Saturday, October 28, 2006

Bila sampah masuk mata




Kepada mereka yang tidak sensitif, iklan Hari Raya oleh Petronas hanya kelihatan seperti iklan biasa sahaja tetapi kepada mereka yang berfikir tentu mereka akan bertanya, apakah moral yang hendak disampaikan oleh Petronas dalam perutusan Hari Raya tersebut? Iklan tersebut mengisahkan seorang bapa yang menumpang hidup dengan anak perempuan dan menantunya. Dalam keadaan tua dan tidak bertenaga walau untuk memegang cawan minuman, akhirnya bapa tadi disisihkan oleh menantunya sehingga cara memberi makan kepada bapanya seakan sama taraf dengan memberi makan kepada seekor kuching. Maka bapa tadi bertindak memprotes, menolak makanan itu tetapi tidak dipedulikan oleh menantunya.

Akhirnya anak kecil mereka dalam keadaan bermain menyindirkan bapanya dengan berkata "jangan lupa pakai lampin (pampers)” dan memberi pengertian untuk mengasingkan bapa dan emaknya bila sudah tua nanti. Ini memberi kesedaran kepada anak perempuannya tentang kesilapannya. Agaknya pada akhir iklan itu anak tadi anaknya memohon maaf dengan bersimpuh kepada bapanya sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.


Jika boleh diubah kepada situasi politik, gambaran sama seperti yang dipaparkan dalam iklan itu seakan berlaku. Bezanya adalah Dr Mahathir Mohamed masih bertenaga dan tidak memakai pampers. Isyarat yang jelas dalam iklan tersebut ialah satu sindirin kepada Abdullah Hj Ahmad, supaya beliau sedar bahawa pada suatu masa nanti dia akan menghadapi waktu tua dan pencen. Abdullah Hj Ahmad seharusnya sedar akan perbuatan beliau terhadap Dr Mahathir dan ini seakan tergambar sebagai motif iklan Petronas yang itu disiarkan.

Malangnya pada peringkat awal lagi, sudah ada kesilapan oleh Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan tidak mahu merendahkan diri dengan mengambil tindakan untuk pergi berjumpa Dr Mahathir Mohamed tetapi sebaliknya dengan keangkuhan "Saya Perdana Menteri" maka perlulah Dr Mahathir Mohamad datang berjumpa dengan dia.

Kalangan mereka yang tahu sudah mengatakan bahawa Firaun Hadhari ini sebenarnya tidak sedar atau sudah lupa bahawa jika Dr Mahathir Mohamed tidak mengutip dia jadi Menteri selepas tewas jawatan Naib Presiden tahun 1993 di tangan Muhyiddin, Najib dan Mohamed Taib, dia mungkin hari ini hanya sebagai penghantar tiket SMAS Travel milik keluarga sebelah isterinya.

Dr Mahathir Mohamed telah mengakui kesilapan dia dengan berkata: "Masa menjadi Timbalan, dia adalah seorang yang baik tetapi berubah apabila dia berkuasa dan kawan-kawan pun tahu bahawa di mulut dengan di perut jauh bezanya Abdullah Hj Ahmad ini. Itu sebab bila balik dari Umrah, dia berkata bahawa "Kalau orang sekali baik, saya akan sepuluh kali baik tetapi kalau ditukar sebaliknya akan menjadi "Kalau orang sekali jahat kepada saya, saya akan sepuluh kali jahat kepadanya - inikah pengajaran yang hendak dibawa oleh Islam yang ada had dan ada harinya. Dendam dan membalas dendam.

Selepas perjumpaan empat mata, Dr Mahathir Mohamed membuat kenyataan media dan menerangkan satu persatu butir perbualan itu kerana rakyat perlu tahu apa yang dibincangkan kerana untuk kepentingan awam. Tun Mahathir dalam kenyataan beliau seterusnya berkata: bahawa dia akan terus mengkritik pentadbiran Abdullah Hj Ahmad.

Maka melentinglah segala hulubalang "mana titah patik junjung" termasuk kambing-kambing yang mengembek seperti Muhyiddan Yassin yang mana pernah dikatakan orang, menangis teresak-teresak setelah tidak menjadi Menteri Besar Johor. Bila ditanya kenapa, jawapan si empunya cerita, Muhyiddin Yasin menangis kerana "tidak kesampaian untuk menswastakan tanah kubur Mahmoodiah di Johor Bharu" kerana dia terkenal meng-swastakan semua tanah di Johor. Itu sebab dia merepek dalam mempertahan bossnya, sama dengan merepeknya projek asas taninya yang satu pun tidak berjaya sungguhpun berbillion sudah habis digunakan. Yang kita tahu ialah dia hanya sebok berulang kali pergi luar negeri. Samada dia pergi melancung atau bekerja kita tak tahu. Ini kita kena tanya pegawai Kementerian dia dan seterusnya bertanya berapa baki peruntukan yang ada lagi.

Sebenarnya kalau ditengok masa dulu-dulu. Almarhum Tunku juga pernah mengutuk Tun Razak Hussein, malah sehingga Tunku sendiri tidak dipedulikan oleh Tun Razak sehingga Tun Mustapha Harun terpaksa membantu kewangan Tunku. Namun apa yang jelas ialah Tun Razak bila ditegur oleh Tunku, kebiasaan dia pergi berjumpa sendiri Tunku. Begitu juga bila Tunku menegur Dr Mahathir Mohamed dalam isu UMNO Baru, tak perlu Dr Mahathir Mohamed arahkan Menteri-menterinya menyerang Tunku tetapi sebaliknya menggunakan Pergerakan Wanita yang diketuai oleh Rafidah Aziz dan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Najib Tun Razak untuk membuat jambatan bagi membolehkan Dr Mahathir Mohamed berjumpa Tunku di rumah kerajaan di Bukit Tunku. Ini akhirnya menjadi penyelesaian yang baik antara Dr Mahathir dan Tunku. Pada saat Tunku meninggal dunia setahun kemudian, Dr Mahathir Mohamed tidak terkilan atas kematian Tunku kerana dia telah memohon maaf atas apa kesalahanya kepada Tunku dan bersetuju dengan wasiat Tunku supaya dimakamkan di Makam Diraja Langgar dan saat akhirnya pun Dr Mahathir Mohamed merakamkan nama Tunku dalam penamaan pusat pentadbiran baru Putrajaya.

Hanya kita harapkan jangan sampai Abdullah Hj Ahmad hilang akal, menukar pula nama Putrajaya kepada Endonjaya kerana tengoklah sendiri apa jasanya Endon Mahmood itu kepada UMNO sehingga satu Dewan di ibu pejbat UMNO diletak atas nama beliau. Kita seharusnya menoleh sejarah apabila Abdullah Hj Ahmad dipecat jadi Menteri ditahun 1987, orang-orang UMNO yang datang ke rumahnya, dihalaunya balik dengan memadam lampu ruang tamu. Kalau ini bohong, mintalah Abdullah Hj Ahmad keturunan Ariffbillah nafikan. Bagi mereka yang lama dalam UMNO mereka tidak akan melupakan, sama seperti Abdullah Hj Ahmad katakan bahawa sesiapa yang tidak menyokong dia dan melawan dia sehingga tersinggkir jawatan Naib Presiden seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin, Mohamad Taib yang penyokong Anwar Ibrahim di tahun 1993, dia hanya berkata "saya maafkan tapi saya tak lupa" tapi kesemua yang di atas termasuk Nazri Aziz tak sedar diri, itu sebab kenyataan mereka membela boss nya sama seperti pesakit yang keluar dari wad orthopedik, sudah patah sana sini tetapi disambung nyawa mereka oleh Abdullah Hj Ahmad.

Anehnya Abdullah Hj Ahmad dalam membuat pembelaaan untuk anak beliau yang terlibat dalam perniagaan, mengatakan bahawa anak Dr Mahathir Mohamed lebih banyak jumlah perniagaan berbanding dengan perolehan Scomi. Sebenarnya jawapan tersebut setaraf dengan masa dulu-dulu bila Keling (mohon maaf gunakan bahasa itu) mabok todi naik basikal. Bila ditahan polis kerana melanggar Jalan “No Entry”, dia akan membela dirinya dengan berkata, "banyak juga orang ada langgar ini No Entry, kenapa saya kena tangkap, yang memberikan pengertian bahawa kenapa semua orang boleh buat kenapa saya tidak. Itulah taraf pemikiran Abdullah Hj Ahmad.


Soalnya masa Dr Mahathir Mohamed memperkayakan anak-anaknya jika benar ada berlaku, kenapa Abdullah Hj Ahmad dan menteri-menterinya sekarang tidak menegurnya masa itu kerana ini soal prinsip. Sebenarnya ada beberapa kelulusan penswastaan yang diberikan kepada syarikat anak Dr Mahathir Mohamad yang memerlukan kelulusan semua jemaah Menteri seperti penswastaan kilang ubat di Petaling Jaya, kenapa mereka tidak membantah dengan tidak menandatangan surat-surat kelulusan kabinet itu? Oleh itu persoalannya bahawa jika dulu anak Dr Mahathir Mohamad boleh kaya kerana bapaknya Perdana Menteri, adakah bermaksud bahawa anak aku juga termasuk menantu, adik beradik aku dan ipar duai aku, boleh kaya kerana "Aku Perdana Menteri"?

Itu sebab kalau telus, biar telus 100% jangan kurang darinya. Sepatutnya berilah peluang media merakamkan bagaimana Dr Mahathir Mohamed berjumpa Abdullah Hj Ahmad kerana rakyat nak tahu, adakah Dr Mahathir Mohamed disambut oleh Tukang Kebun Sri Perdana dan kemudian dibawa ke bilik menanti untuk menunggu Abdullah Hj Ahmad bangun dari tidur dan kemudian rakyat nak tahu bagaimana sofa tempat Dr Mahathir Mohamad berjumpa, di dapor ke, di bilik bacaan ke atau di bilik pejabat Perdana Menteri? Ada tidak masa mula-mula berjumpa itu Abdullah Hj Ahmad bersalam cium tangan sama seperti waktu beliau dia dilantik jadi Perdana Menteri dulu, atau salam biasa sahaja? Ada tak tepok-tepok bahu sebagai tanda keikraban atau ada tidak bunyi ketawa-ketawa langsung. Rakyat turut mahu tahu adakah percakapan dan perbincangkan dibuat dengan didahului persoalan yang bertanyakan khabar masing - masing. Rakyat juga mahu tahu keadaan sewaktu balik, adakah tidak Abdullah Hj Ahmad bukan pintu dan salam sekali lagi dan kemudian lambai-lambai kerana semua itu sekiranya tidak ada maka bererti yang terpenting bagi Abdullah Hj Ahmad ialah dia mahu diiktiraf oleh Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri dan cara datang ke Sri Perdana sudah memuaskan hatinya untuk menunjukan kepada rakyat bahawa "Aku perdana menteri".

Agaknya jika Abdullah Hj Ahmad tahu apa yang dia buat, maka dia tidak perlu juga menjawab soal kuasa atau opsyen dia untuk mengadakan satu pilihanraya dibawah kuasanya. Orang Asli di pendalam Cameron Highland dan Gua Musang yang belajar tatanegara pun tahu bahawa Perdana Menteri boleh menasihat Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bila masa yang dia suka.

Jika dia cerdik sikit, dia hanya sekadar mengatakan bahawa "soal penangguhan pemilihan UMNO dan pilihanraya adalah strateginya dan saya dah maklum kepada Tun, dan saya harap dia faham". Tidak perlu dia bercakap macam orang tidak bersekolah atau memandang rakyat seperti tidak bersekolah.

Itu sebab ada pepatah tua mengatakan "Setiap orang mampu membicarakan mengenai cuaca, tetapi tak seorang pun yang mampu melakukan sesuatu terhadapnya", begitulah Abdullah Hj Ahmad hanya berkata bahawa serangan Dr Mahathir Mohamed pedih dan berbisa tetapi tidak mencari penawarnya untuk menghilang pedih dan bisa tersebut. Begitu juga jongos-jongos masyarakat kambingnya. Walau pun usaha sudah dibuat menemukan mereka tetapi oleh kerana berdasarkan ego, kesombongan yang ada pada Abdullah Hj Ahmad maka matlamat tidak akan kesampaian.

Sepatutnya dia memanggil Rafidah Aziz dan Najib Tun Razak, bagaimana pengalaman mereka berdua meredakan pertentangan terbuka antara Tunku yang tidak menjadi ahli UMNO Baru dengan Dr Mahathir Mohamed, bagaimana perang psikologi masa itu. Tetapi masa itu mungkin Kalimullah dan Brenda tidak memainkan peranan.



Yang Abdullah Hj Ahmad fikirkan ialah Dr Mahathir Mohamad hanya sampah yang boleh dibersihkan oleh pekerja Alam Flora tetapi nyata sekarang jika bahawa sampah telah masuk mata, gosoklah mata kerana ianya memberi kesan yang buruk dalam menyakiti. Hari ini bagi orang yang tidak bersetuju dengan Abdullah Hj Ahmad, mereka akan berpegang "biar berputih mata jangan berputih tulang" biarlah UMNO kalah dalam pilihanraya dari rakyat Malaysia merana kerana amalan nepotism, kroni dan rasuah dibawah pimpinan Firaun Hadhari ini.

Sang Kelembai: Kita buat sedikit kira – kira mudah bagi melihat culaan 200,000 orang yang datang ke Majlis Rumah Terbuka Pak Lah di PWTC. Kita katakan bahawa Pak Lah mengambil masa 1 saat untuk bersalaman dengan 2 orang maka satu minit Pak Lah akan dapat bersalaman dengan 120 orang dan seterusnya untuk masa satu jam Pak Lah akan dapat bersalaman dengan 7,200 orang. Rumah terbuka PWTC berlangsung selama 5 jam dan Pak Lah secara teorinya akan bersalaman dengan hampir 36,000 orang sahaja. Untuk Pak Lah bersalaman dengan 200,000 orang maka masa yang diperlukan adalah lebih dari 27 jam. Bayangkan pembohongan oleh akhbar kecuali yang datang ke majlis tersebut macam pergi ke “high tea” .

36 comments:

Anonymous said...

Benar kata saudara. Dari membiarkan Abdullah memerintah baik kita pastikan UMNO tewas. Saya sangat yakin dengan kekalahan UMNO di pilihanraya yang akan datang. Dari pengamatan dan perbualan saya di masjid dan di kampung sewaktu pulang berhari raya, ternyata gelombang peralihan sangat kencang. Selama ini saya tidak pernah mengundi selain dari UMNO, tetapi kali ini pasti saya tidak akan mengundi UMNO selagi ada si Abdullah yang durjana itu berada di pucuk pemerintahan.

Anonymous said...

Benar kata saudara. Dari membiarkan Abdullah memerintah baik kita pastikan UMNO tewas. Saya sangat yakin dengan kekalahan UMNO di pilihanraya yang akan datang. Dari pengamatan dan perbualan saya di masjid dan di kampung sewaktu pulang berhari raya, ternyata gelombang peralihan sangat kencang. Selama ini saya tidak pernah mengundi selain dari UMNO, tetapi kali ini pasti saya tidak akan mengundi UMNO selagi ada si Abdullah yang durjana itu berada di pucuk pemerintahan.

Anonymous said...

Assalamualikum,

saya memang suka baca blog awak...dan saya memang setuju apa yang awak tulis

Berita dari gunung said...

Walaupun keras, saya setuju dengan pandangan pokok saudara.

Masing-masing buat silap. Along masa serah kereta Vintage1957 kepada Angah, ingatkan dia tahu guna. Rupa-rupanya lesen pun takdak. Kemudian suruh orang lain pandu kereta, Angah menyedap je kat belakang. Maklumla tak pernah rasa.

Saya sokong je, kalau Along ambik balik Vintage1957, touchup balik yg kemek-kemek tu dan serah pada Anjang yang memang ada lesen dan boleh drive. Nak buat macamana, dah terpaksa, kalau tidak Vintage1957 akan hancur, tebarai dan jadi besi buruk.

Anonymous said...

Bravo, bang! Analisis yang mudah dan menarik. Tetapi congak di bawah tu mungkin tak perlu sebab kita berhadapan dengan 'pengerusi JKKK' yang tak pandai mengira dan tak tahu serba serbi!

KAR said...

Jangan salahkan AAB sbb dia 'tidak pernah' setanding dgn TDM..TDM dah sah2 intelligent kalau tak masuk politik pun dia memang Doktor. Tapi AAB, kalau tak masuk politik boleh jadi apa?? Nak jadi ustaz, anak bini sendiri tak terjaga...nak jadi pegawai gomen cabuk, mana cukup duit nak maintain 'high taste' anak bini...jadi jangan la terkejut bila dengar kenyataaan beliau yang setaraf budak lepas sekolah...

Di saat AAB sibuk melobi diri sendiri sebagai bapa Islam "Ada-hari", dia lupa ajaran Islam yg orang muda perlu menghormati orang tua..jangan lupa daratan...kalau tak kerana TDM handpicked dia, mana mungkin dia jadi PM. Semua orang tau Najib jauh lebih banyak pengaruh dari dia...dan jauh lebih rakus dari dia...takpala AAB, kalau sekarang ni masa Pak Lah, harap kita semua dipanjangkan umur utk melihat mcmmana pengganti dia buat kat dia...ditambah pula dengan sumbangan dia yang tak seberapa kepada negara, hari ni dia letak jawatan, esok media dah mula korek kesalahan dia...kita tunggu dan lihat..

Memang bagus berselindung disebalik islam 'ada-hari', tapi jangan lupa dunia hari ini Allah bayar cash! di dunia lagi kita dah kena, inikan pula di akhirat....tunggu...

Anonymous said...

Bg pihak anak2 muda,

Bagaimanalah kami hendak hormat org2 tua, sedangkan org2 tua sendiri melayan org tua mereka bagaikan sampah sarap.

Bagaimanalah kami tidak mengenang budi, sedangkan org2 tua sendiri pun tidak mengenang budi org2 tua mereka.

Bagaimanalah kami hendak bersopan santun, sedangkan org2 tua sendiri biadap dgn org tua mereka.

Bagaimanalah kami tidak merempit, sedangkan org2 tua sendiri yg berperangai seperti celaka.

Bagaimanalah kami tidak korup, sedangkan org2 tua sendiri korup dgn wang berjuta juta?

Bagaimanalah kami tidak meragut, merompak, sedangkan org2 tua sendiri merompak duit rakyat terang terangan?

Bagaimanalah kami tidak mengampu, sedangkan org2 tua kami pun semuanya muka pengampu Pak Lah dan Khairy?

Bagaimanalah kami tidak memberontak, sedangkan org2 tua menjahanamkan negara yg kami cinta?

Bagaimanalah hendak kami percaya lg dgn org2 tua? Kadang2, nampaknya org muda lg mempunyai akal dr org tua. Inikah yg dinamakan lebih makan garam? Inikah yg dinamakan kematangan? Kalau beginilah caranya utk menjadi org tua, lebih baik kami semua teruskan merempit, teruskan berjiwa muda. Sekurang kurangnya kami tidak menipu diri sendiri.

Sudahlah tu org2 tua.....

Anonymous said...

Tuan, saya ingin menyentuh isu tentang komen DYMM Tuanku Sultan Johor. Mengikut maklumat yang saya terima soalan yang ditanya kepada Tuanku Sultan adalah secara umum,maka jawapan yang tuanku berijuga secara umum. Mengikut fahaman saya Tuanku Sultan amat menyayangi TDM dan komen baginda tidak ditujukan kepada TDM.

Oleh kerana media amat terdesak dalam membina imej Pak Lelah,maka sultan sendiri pun mereka persendakan. Komen DYMM Sultan digunakan bagi menunjukkan Tuanku sendiri tidak bersetuju dengan TDM dan idea pembinaan Jambatan bengkok. TDM pernah menyatakan bahawa Tuanku Sultan telah menyerahkan tanah baginda secara percuma bagi membina jambatan tersebut sebelum ini. Inilah cara yang mereka gunakan bagi membela dan membina semua imej pak lelah yang semakin tidak dihormati oleh rakyat..


jamilisa

KAR said...

Sekadar ingatkan kenapa Sultan Johor mengkritik TDM...ingat tak dulu TDMlah orangnya yang melucutkan kuasa raja dan sultan-sultan. Kalau tak kerana TDM, kita dok terus lagi "titah dijunjung"...ingat lagi bagaimana sultan/kerabat ni 'bunuh' orang tanpa dibicarakan???Tu belum kira yg ala2 mafia lengkap dengan askar/polis sendiri..duit siapa???duit rakyat!!!

Kalau kerajaan BN berani, cuba siarkanperbelanjaan istana setiap negeri! Rakyat berhak tahu bagaimana wang rakyat dibelanjakan....

Hanturaya said...

Dalam pertembungan antara TunM dan PakLah, nampaknya yang "menghangatkan" semula perkelahian ini adalah media. TV3 mula mencetuskannya dengan melaporkan secara "cut-and-paste" cuba menimbulkan kemarahan rakyat terhadap TunM.

Saya setuju dengan pandangan sdra Rocky di Rocky's Bru (www.rockybru.blogspot.com) yang mengatakan ada pihak yang tak mahu TunM dan PakLah berbaik semula kerana akan "menganggu-gugat" kedudukan dan kuasa mereka.

Pandangan saya adalah pihak yang sama tidak akan membenarkan sesiapa juga menggantikan PakLah.

Nampaknya Najib juga perlu berhati-hati. Kalau diikutkan "mazhab dua manusia ini" PakLah dan keluarganya akan menjadi DINASTI BADAWI yang akan memerintah negara
selagi ada bulan dan bintang. NAUZUBILLAHMINZALIQ.

Cheers dan selamat hari raya

Anonymous said...

Aku paling pantang kalau orang mempersendakan Sultan! Zakaria tu mmg dah sah2 sepatutnya hukum pancung kerana biadap tak mengadap tuanku Sultan selangor.

Ni pulak media menggunakan komen Sultan yg umum sbg senjata mengenakan TDM?

Respek sket kat Sultan Melayu ... Kuasa PM dan pemimpin lain boleh jatuh ke tangan bangsa lain satu hari nanti, kuasa yang tinggal kat kita hanyalah Sultan.

Ni semua salah penjajah termasuk TDM sendirilah yang telah menghilangkan kuasa Sultan!Kembalikan kuasa Sultan!

Anonymous said...

Sejak kecil saya dilahirkan dalam keluarga penyokong Perikatan@Kapal Layar dan kini UMNO. Setiap pilihanraya saya memangkah UMNO.. Untuk pilihanraya sesiapa saja calon di kawasan saya menentang UMNO/BN saya akan beri undi saya. Tak kira samaada PAS/DAP/KeAdilan atau Bebas.. Saya muak dengan hipokrasi PM YDP !!!!

The Truth said...

KESOMBONGAN,BONGKAK LAGI ANGKUH sudah menjadi trade mark PM abdullah bin ahmad ini.Bagi mereka2 yg mempunyai pandangan yg menembus dan memiliki firasat yg tinggi keperibadian abdullah yg kotor dan menjijikkan ini bukan lagi sesuatu yg boleh disembunyikan dgn senyuman hipokrit dan riak wajah simpati yg penuh kepura-puraan.Abdullah sekarang ini sebagaimana yg dinyatakan oleh mahathir adalah seorang individu yg telah hilang sikap malu..sudah hilang malu terhadap cakap2 bohong yg sering terlontar dari mulutnya,begitu riak dgn pujian2 palsu yg disumbatkan ketelinganya saban hari,sudah lali dan tertutup hatinya dari menerima teguran2 dan nasihat2 yg benar sebaliknya begitu jengkel dan marahnya ia akan nasihat2 yg sebegitu. Abdullah ahmad badawi sebenarnya seorang pemimpin yg tertipu dgn ilusi-ilusi yg diciptakan oleh para pengampu beliau,ilusi2 yg mengatakan beliaulah shj yg benar, arifbillah,yg cemerlang,gemilang dan terbilang..sedangkan pengampu2 yg hanya memikirkan isiperut sendiri ini akan ketawa terbahak2 melihat arifbillah ini khayal sampai terlelap memudahkan pengampu2 ini merompak dan menjarah segala hasil mashul negara.Wahai umat..sedarlah kita sekarang ini sedang ditimpai bala oleh Allah dgn dianugerahkan pemimpin spt Abdullah bin Ahmad ini..bala kerana kita mudah lupa.

Anonymous said...

Iklan Hari Raya Petronas itu menunjukan bahawa Pak Lah akan menerima nasib nya...apabila dia pencen kelak...olih itu Dolah kena kahwin...mesti ada isteri untuk menjaga masa tua nya...

Anonymous said...

Kekadang bila fikirkan UMNO tewas maka bererti parti selain UMNO akan menang. Bagaimana dengan pembelaan orang Melayu? Inilah dilema saya kerana "Melayu kalau tak tolong Melayu, siapa lagi yang nok tolong. Pada masa yang sama Melayu yang menjatuhkan Melayu". Namun, saya sentiasa termimpi agar UMNO tewas dlm pilihanraya akan datang untuk memberi kesedaran kepada pemimpin perihal objektif UMNO diasaskan suatu masa dulu. Yang pasti mereka berada dalam situasi "complacence".

Jin & Tonik

Anonymous said...

Pada hakikatnya kedua-duanya penyamun,penyamun bergaduh dgn penyamun ank2 lanun pun ikut suka nak buat apa.Rakyat yg terkial-kial menderita.Kita sebagai rakyat perlu berfikiran waras dan celik akal jgn berterusan kena tipu kena main tak guna menyokong si tua mahatir dan lagi tak guna menyebelahi dolah mat kepala batas.Ada blogger yg terus terang sokong mahatir ada bloger yg berfikiran waras mcm sang kelembai ada bloger yg berpihak pas.Kita perlu blogger mcm kelembai nih berfikiran waras menulis secara akliah bkn main hentam keromo jer.Olh itu kt sbg pembaca serta rakyat perlu ikt berfikiran waras dan jgn berfikiran dangkal mcm si jongos-jongos yg dok ada tuh.IKHLAS,SALAM AIDILFITRI DR SANG SAPURBA

Anonymous said...

Menurut rakan karib Khairy Jamaluddin semalam, Pak Lah akan memecat Tun Mahathir dari UMNO pada mesyuarat MT UMNO Khamis ini. jom demonstrasi bantah pemecatan Tun Mahathir...REFORMASI...podahhh Tun Mahathir

Anonymous said...

Kalau lah dulu lagi iaitu 8 bulan dulu, Dolah kata kat semua ahli MT, Menteri dan BN, "tolong jangan perkecilkan Dr M, dia bekas boss kita, biar saya jumpa dia dan selesaikan kerunsingan beliau. Yang lain jangan cuba-cuba tak balun Mahathir"; tentu kita tak kacau semacam ni. Bila dah jadi lebih sudu dari mangkuk, yang nak lobi, nak ngampu, nak naik dan nak kekal dalam kabinet, maka ini lah jadi nya. Luka makin dalam. Tolong tolong lah lihat Pak Lah oi. Jangan dah jadi nanah, kemudian mintalah peimpin-pemimpin kecil masuk kampung keluar kampung tolong kempen kuatkan UMNO. kita pun tak pandang kiri kanan, kempen separuh mati jaga parti. Lepas tu bila dah menang contoh macam zakaria, Umno pun malu alah nak ambil tindakan. Kalau kita kata Hidup Melayu, hati semua melayu mesti dijaga. Jangan dah jahanam baru nak ajak bersatu. Waktu tu nasik dah jadi bubur.

Anonymous said...

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara. Memang UMNO dibawah Pak Lah dah banyak merapu. Macam mana budak tak kurang hajau kalau dah Perdana Menteri Nya pun dah tak tahu nak hormat orang tua. Susah-susah zaman Mahathir saya meniaga boleh gak senang sikit. Ni senang-senang zaman Pak Lah rumah dah tergadai. kang kata lebih-lebih dikatanya melayu tak pandai meniaga. Saya cadangkan pilihanraya yang akan datang nanti dibuat sistem elektronik seperti di India (Negara Demokrasi terbesar didunia). Baru tak de penipuan dan pembohongan. Zaman Pak Lah ni nak tengok berita kat TV pun dah meluat dan menyampah.

Anonymous said...

Wahai orang-orang melayu,
janganlah kita jadi semakin layu....
Marilah kita bangun menentang pemimpin yang rakus dan durjana....
Mari buktikan yang melayu bukan mudah lupa....
Lupa akan kedurjanaan pemimpin bangsanya....
Mari pastikan UMNO/BN tidak lagi mendapat majoriti 2/3 pada pilihanraya akan datang ini....
Melayu mungkin akan hilang juga di bumi ini....
Tetapi Islam insyaAllah akan kekal selama-lamanya....

ALLAHUAKBAR!!!
WALILLAHILHAMD...

Anonymous said...

saudara2 semua ni dalam kelompok mana, adakah yang masa sayang dsai belasah tdm atau masa sayang tdm ttp belasah aab atau kerana sayang tpm (najib) akan belasah aab pula?
cuba jadi rasional sikit, saya sayang malaysia, biar pemerintah menang majoriti kecil 51/49 masa tu semua sayang rakyat dan rakyat sayang pemerintah, tiada tol, tiada kenaikan minyak, tiada kenaikan air dll malah mungkin dapat buku percuma....

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya...

...BISING2 TAK GUNA, marilah kita sama2 jatuhkan BN(UMNO) pada pilihanraya akan datang dan selepas solat isyak marilah kita sama2 solat hajat (samada individu atau berjemaah) , minta kpada ALLAH TAALA, luahkan segala isi hati, minta ALLAH tunjukkan kebenaran, bukakan pintu2 hati mereka2 yang xsedar, hancurkan segala perancangan penipuan puak2 munafik, dan bismillah, tawakal pada ALLAH semasa hendak memangkah nanti, Insyallah akan beroleh kemenangan untuk Islam dan kehidupan anak cucu kita dimasa hadapan.

maaf zahir batin

The Truth said...

Dr mahathir adalah seorang pejuang,prinsip perjuangannya mudah "kebenaran"itulah paksi pejuangannya dari dulu hingga sekarang.tapi sebagai seorang pejuang yg telah meniti usia senja kekuatan dan kecekalan jiwanya juga akan susut selari dgn kelanjutan usianya.Sejak akhir2 ini kelihatan seolah2 pejuang yg bernama mahathir ini telah mula merelakan melayu2 yg mudah lupa ini bertambah alpa dan sesat hanyut tanpa arah menentukan nasib sendiri,mahathir seakan hampa utk menyelamatkan melayu yg mudah lupa ini dari menjadi mangsa pelahap2 rakus yg bertopengkan sebagai pemimpin dan penyelamat melayu,walhal sebenarnya adalah individu2 munafik yg dipenuhi sifat tamak haloba ,rakus dan gelojoh,sombong dan bongkak,bermuka2 dgn sifat riak dan nifak..inilah wajah2 yg membarisi kebanyakan pemimpin umno sekarang dgn tunjangnya Firaun hadhari dan penasihatnya Qarun khairi.Mala petaka apakah ini..dgn kendurnya mahathir dari perjuangannya dan kerelannya utk dipecat sebagai penasihat atau digantung keahlian bahkan dipenjara sekalipun..maka lengkaplah bencana yg bakal ditimpakan oleh Tuhan keatas umat ini..umat melayu yg mudah lupa.

Anonymous said...

Assalamualaikum-Allah SWT berfirman "Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku tambah bagi kamu rezekiKu, sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur) akan nikmatKu maka ketahuilah sesungguhnya azabKu adalah pedih".

Agaknya Pak Lah terlupa mengenai firman Allah SWT tersebut atau buat2 lupa. Sekiranya buat2 lupa maka ... Nauzubillahi min zalik ... ingatlah Pak Lah dengan azab yang telah Allah SWT turunkan kepada Qarun yang lupa dan takbur dengan nikmat yang Allah kurniakan dan kemudiannya telah diazab oleh Allah SWT dengan azab yang pedih.

Nasihat pada Pak Lah, janganlah tunggu sampai anda dimalukan dengan semalu-malunya. Janganlah tunggu sampai dijatuhkan sampai meniarap terlentang di atas tanah. Undurkanlah diri anda sebelum terlambat semoga orang masih boleh menghargai tindakan yang anda ambil untuk memperkukuhkan kembali perjuangan UMNO.

Tidak hairanlah jika orang mengatakan anda pemimpin "Islam Ada Had Ada Hari" sebab anda tidak mengamalkan sifat mulia berterima kasih dan menghormati orang yang telah memberikan anda peluang menduduki kedudukan tertinggi kepimpinan negara.

Orang China Singapura yang tidak beragama Islam pun tahu menghormati pemimpin lampau dengan menghormati pandangan dan memberikan kedudukan yang boleh dianggap istemewa kepada Lee Kuan Yew.

Malulah sikit ... sebagai seorang Islam anda gagal untuk berbuat demikian ... anda gagal untuk menjadi contoh sebagai seorang yang menghormati seseorang yang telah berjasa kepada anda ... anda sepatutnya pergi atau berjumpa sendiri menghulurkan salam muhibbah dengan TDM sepertimana yang TDM lakukan dengan berjumpa sendiri dengan TAR.

Walau bagaimanapun anda tidak berbuat demikian dan ahli UMNO sejati yang bukan "Pak Angguk" atau "Kaki Ampu" melihat sahaja situasi ini dan sekarang ini akan memastikan anda jatuh terjelepuk ke atas tanah tanpa peluang untuk bangun lagi.

Kepada Pak Lah and Family terimalah Salam Kejatuhan Dan Kehancuran daripada seluruh ahli UMNO sejati.

Jangan kata TDM mementingkan diri sendiri. Andalah sebenarnya orang yang mementingkan diri sendiri and family anda. Apa yang TDM buat adalah semata-mata untuk memperbetulkan anda supaya anda menjadi seorang pemimpin UMNO yang senantiasa dihormati dan dikenang jasanya TETAPI MALANG SERIBU KALI MALANG anda sebenarnya bukanlah orang yang boleh menerima nasihat yang baik.

Anda sombong dan takbur dan ingin menunjukkan anda tidak perlu bergantung dengan TDM ... walhal anda sedar dan tahu pengalaman anda sebagai seorang pemimpin utama sangat dengkel dan amat cetek. Pengalaman anda sebagai pemimpin keluarga mungkin lama tetapi tidak sebagai seorang pemimpin utama sesuatu pertubuhan atau negara.

Ingatlah TDM memberikan nasihat bukan untuk kepentingan diri TETAPI penasihat anda termasuk KJ semuanya mempunyai muslihat tersendiri dalam setiap nasihat yang diberikan.

Kepada "Pak Angguk" dan "Kaki Ampu" ketahuilah bahawa tindakan anda bersubahat dengan kemungkaran akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT, sekiranya tidak di dunia ini, di akhirat kelak. Wassallam.

Anonymous said...

1. Tun bekas hakim ialah legal adviser Sultan Johor.

2. Kerabat Sultan Johor ialah penyebab kepada kelucutan kuasa.

3. CEO Scomi kalau tak salah ialah menantu Tun Bekas hakim.

Cuba analisa......

Anonymous said...

saudara,

saya yakin penetrasi internet di kalangan muda masa kini membolehkan mereka mengetahui kebenaran di sebalik "spin" NST serta media mainstream lain. Memang BN akan menang di pilihanraya akan datang, tapi pastinya dengan mandat yang lebih rendah, dan apabila pilihanraya seterusnya dan seterusnya dilakukan, mandat akan semakin mengecil apabila generasi internet mula mengundi. maka, kirim salamlah kekuatan UMNO di kalangan grassroots. boleh saya jamin yang, saya yang berada di eropah ni yakin berkata yang 95% org malaysia yang belajar di sini sedar apa sebenarnya yang berlaku...

Anonymous said...

Assalamualaikum-Pak Lah berkata "Saya tidak pernah membuat keputusan yang menyalahi dan menyalahgunakan kuasa saya dalam hal berkaitan dengan anak-anak saya" "Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki" UTUSAN 3/11/06 m.s. 2.

Macam tulah kata2 Pemimpin "Islam Ada Had Ada Hari". Bila terkena pada batang hidung atau keluarga sendiri ada aje jawapan yang positif yang mewajarkan apa yang telah berlaku TAPI kalau kena pada orang lain-mampuslah orang itu-tiada maaf bagimu-akan kukorek akan kucari hingga ke lubang cacing sekalipun.

Agaknya Pak Lah lupa sesuai dengan kedudukan beliau sebagai PM memberi sokongan dalam apa-apa bentuk sekalipun adalah merupakan satu penggunaan kuasa. Walaupun tiada hitam putih tapi mendengar suara PM memberi arahan atau sokongan sudah mencukupi untuk seseorang itu untuk menurut arahan.

Sekiranya digunakan bagi menyokong anak, menantu dan adik beradik yang lain-tiada jawapan lain ianya jelas satu penyalahgunaan kuasa.

Haai ... Pak Lah tak tahu ke ahli UMNO sekarang ini banyak yang dah masuk Universiti. Mungkin budak seolah rendah atau menengah masih tidak dapat membuat analisa yang tepat tapi tidak kami.

Pak Lah juga lupa bahawa semua kakitangan Kerajaan pun diwajibkan membuat perisytiharan harta bukan harta sendiri sahaja tapi isteri, anak-anak juga adik-beradik/keluarga. Walaupun beliau hanya seorang kerani cabuk atau jurutaip. Inikan pulak seorang PM ... lagilah mesti.

Apalah yang Pak Lah buat semasa menjadi Pegawai Kerajaan dulu dan sekarang ini sebagai PM kalau arahan perkhidmatan seperti dinyatakan di perenggan di atas pun sudah boleh buat2 lupa.

Kalau menurut kata Pak Lah seperti yang disiarkan dalam UTUSAN, selepas ini tak payahlah susah2 MB atau ahli kabinet/politik UMNO termasuk kakitangan Kerajaan isytiharkan harta isteri, anak2 dan adik-beradik/keluarga. Kalau ditanya kenapa ... kami mengikut apa yang PM sarankan.

Selepas ini jangan hairanlah sekiranya semakin banyak gejala rasuah dalam institusi kepimpinan negara dan perkhidmatan awam.

Jelaslah PM kita sekarang ini ... Pemimpin "ISLAM ADA HAD ADA HARI".

Anonymous said...

Selamat Raye semua bloggers. Ape lagi, tukar je kerajaan. Pilihan yg lebih bijok..............

Anonymous said...

Assalamualaikum-setakat ini jelas beberapa tindakan yang Pak Lah ambil jelas bertentangan dengan tanggungjawab sebenar beliau sebagai seorang pemimpin utama pentadbiran Kerajaan.

Apabila Kastam Diraja Malaysia (KDRM) hebat dibelasah di Parlimen oleh Pak Said, Pak Lah yang juga merupakan Menteri Kewangan Pertama(KDRM di bawah kawalan Kementerian Kewangan)senyap membisu seribu bahasa.

Mungkin sebab Pak Said adalah salah seorang penyokong beliau-tak tahulah. Atau mungkin Pak Lah memang takut untuk menegur ahli parlimen termasuk Pak Said ... takut kurang pupolar. Hai ... kalau macam itu tidak payahlah jadi PM sebab gagal membela kakitangan Kerajaan yang telah berhempas pulas untuk memajukan negara dan melaksanakan semua dasar Kerajaan.

Apabila Pak Said telah disiasat BPR dan terdapat bukti untuk didakwa-tiada pula tindakan pendakwaan diambil sehingga sekarang. Makin bertambah malang lah nasib kakitangan Kerajaan.

Begitu jugalah apabila Abang Z (Zakaria) yang telah didenda beribu2 ringgit. Tiada tindakan diambil walaupun Abang Z telah dengan jelas melanggar undang-undang dan menjatuhkan air muka Sultan Selangor.

Haai ... Abang Z apa nak takut ... Bos Besar Pak Lah pun lebih kurang 2 x 5 ... masing-masing ada ijazah dengan kepujian kelas pertama dalam bidang pengajian ILMU KURANG AJAR.

Abang Z pun boleh meninggi diri diambil gambar oleh TV3 ... apa idaknye ... BOS BESAR beliau iaitu Pak Lah walaupun telah jelas melakukan kesilapan masih boleh meninggi diri tanpa perasaan malu di kaca TV.

Yang terbaru - boleh pulak Pak Lah kata "Saya tidak pernah membuat keputusan yang menyalahi dan menyalahgunakan kuasa saya dalam hal berkaitan dengan anak-anak saya" "Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki" UTUSAN 3/11/06 m.s. 2.

Haai ... sia-sia sahaja sebelum ini jadi pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) kalau jahil tentang arahan perkhidmatan ke atas semua kakitangan Kerajaan supaya membuat perisytiharan harta termasuk harta bini, anak dan adik beradik yang lain.

Duit dalam akaun anak bini pun kena isytihar ... ramai yang mengeluh sebab arahan begitu ketat sekali. Kalau gagal boleh diambil tindakan disiplin.

Itulah Pemimpin "Islam Ada Had Ada Hari".

Pak Lah sepatutnya mendalami maksud sebenar iklan Petronas di TV (jangan pulak lepas ini iklan itu digugurkan daripada disiarkan).

Lihatlah nasib yang berlaku pada Thaksin sebagai contoh yang terdekat. Selepas dijatuhkan semua kesilapan atau kesalahan akan dikorek sehingga ke lubang cacing.

Oleh itu berundurlah sebelum terlambat. Ahli UMNO banyak yang sudah celik internet ... walaupun akhbar perdana menyembunyikan kelemahan dan kesilapan anda ... perkara yang sebenar masih dapat diketahui melalui internet di seluruh dunia (tak tahulah selepas ini kalau nak buka internet pun kena mengadap dan mencium tangan Pak Lah dulu).

SEMOGA MALAYSIA SENANTIASA DILINDUNGI ALLAH DARIPADA PEMIMPIN YANG TIDAK AMANAH-AMEEN

A Voice said...

Kami org Johor tuntut UMNO Johor yang sedang mengadakan Konvensyen pada hari Ahad dan Isnin ini supaya menyokong tuntutan DYMM Tuanku Sultan Johor untuk merobohkan Tambak Johor yang merupakan legasi penipuan penjajah terhadap negeri Johor.

Kami juga tidak setuju dengan rancangan K(haz)ianat untuk SJER mengadakan Free Access Zone, pihak berkuasa otonomi SJER, memberi keutamaan kepada pelabohan & lapangan terbang singapura, dan menjadikan JB bandar satelit & tempat berhibur untuk Singapura.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Anonymous said...

Saya berharap penyokong UMNO jangan ikut perasaan. Yg salah di sini adalah paklah dan balacinya yg menggunakan UMNO dan melakukan kerosakan kepada parti UMNO pembela nasib melayu.

kita kena tengok di mana penyakit dan ubat penyakit itu, bukannya lari terjun tingkap dan tinggalkan usaha TDM dan kita semua penyokong UMNO.

kita betulkan UMNO, buang mereka yg merosakan UMNO. Ini kerana jika kita undi orang lain, nasib melayu makin kabur.. jadi marilah bersatu hati.. membetulkan UMNO..

Anonymous said...

Assalamualaikum-Saranan saya pada Pak Lah janganlah lewat2kan lagi dan segerakanlah tarikh pilihan raya umum yang telah anda putuskan untuk diadakan lebih awal daripada pemilihan agung UMNO.

Kami semua ahli UMNO sejati sudah tidak tertahan sabar lagi untuk memberikan pengajaran kepada anda .... and family.

Wassallam.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudaraku
sekalian....sama ada pro TDM atau tidak bukanlah perkara pokok asas perjuangan kita...yang penting kita pikirkan cara berkesan utk men-delete semua pemimpin UMNO yg palat lagi sial....terutamanya Paklah dan mereka2 yg tak layak jadi pemimpin...walaupun kita terpaksa mengundi pembangkang sekalipun pd pilihanraya akan datang...itu sudah memadai...jika golongan seperti kita hanya berdebat melalui blog2 yg ada tentang kelemahan kerajaan sahaja tidak cukup...apa guna kita berdebat sesama sendiri dlm blog2 yg ada jika kita sebagai orang yg waras gagal mempengaruhi walau seorang pun ahli keluarga utk tidak mengundi BN di peringkat parlimen... kalau kita betul2 nak mengubah senario politik negara kita yg tercinta kita perlu jalankan pengaruh seluas-luasnya kpd ahli keluarga kita yg terdekat agar tidak mengundi BN di peringkat parlimen.....jika saudara2 dapat mempengaruhi ramai ahli keluarga terdekat supaya menolak kepimpinan skrg...insyaallah pasti berjaya...memberi undi kepada BN khususnya UMNO hanya akan menjadikan bangsa melayu terus dirosakkan....jgn protes dgn undi rosak kerana itu lebih merugikan...walaupun satu undi dari kita gagal menyingkirkan calon BN namun pada dasarnya kita telah menunjukkan sifat terpuji kita dalam memikirkan masa depan bangsa melayu dan kedaulatan Islam terutamanya dlm menjana ketuanan melayu utk zaman anak2 kita pd masa depan....ingatlah walaupun byk kerusi parlimen yg jatuh ke tangan pembangkang ianya tidak akan merugikan rakyat...ingatlah bahawa jika kerusi parlimen akan dtg dipenuhi pembangkang maka percayalah kerajaan akan sedar kuasa rakyat....kita kurangkan kerusi BN di parlimen terlebih dahulu berperingkat-peringkat...sy adalah ahli UMNO tetapi bukan pro-UMNO...yg salah tetap salah...Trust me...This is the last resort...Takbir

Anonymous said...

Tiada siapa boleh menafikan bahawa untuk tempoh masa yang lalu, ada di antara kita yang telah menerima terlalu banyak bantuan dan peluang. Ada juga yang menerima bantuan dan peluang terlalu sedikit. Ada pula yang tidak langsung mendapat bantuan atau peluang. Ini tidak adil. Ini jauh dari saksama. Ini sama sekali tidak boleh diteruskan. Ia perlu dihapuskan dari kamus amalan kita. Tidak akan pernah ada cukup kontrak, lesen, permit mahupun biasiswa untuk semua bumiputera. Kita perlu sedar bahawa apabila kita memberikan biasiswa kepada seorang pelajar bumiputera yang kurang layak, kita sebenarnya menidakkan hak pelajar bumiputera lain yang lebih layak. Ini jelas tidak adil. Menganugerahkan kontrak kepada syarikat bumiputera yang tidak boleh menjalankan kerja secara berkualiti sedangkan ada syarikat bumiputera lain yang lebih berwibawa, juga tidak adil dan tidak boleh diteruskan. Malah, ia merupakan satu pembaziran. Menganugerahkan lesen dan permit dengan tidak berasaskan kepada merit atau prestasi, juga merupakan satu pembaziran. Ia jelas satu ketidakadilan. Kita tidak boleh menutup sebelah mata, tidak boleh memandang ringan kepada segala amalan ini.

Di atas adalah petikan teks ucapan Pak Lah semasa persidangan UMNO 2005....

Jelas selepas 3 tahun pemerintahan Paklah tiada sedikit pun perlaksanaan di atas mencapai kejayaan....Jika kes Datuk Zakaria yang memang terang2 nampak penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan tahap Gaban pun kerajaan nak cover lagi..apatah lagi kes2 rasuah yang lain...cakap memang boleh tapi perlaksanaan 0....Kes Datuk Zakaria pun diangkat setelah beberapa kali dibangkitkan oleh pembangkang...jika tidak maka bermaharajalela lah si bangsat tu...

Sudah 3 tahun....apakah saudara2 pikir Paklah mampu melaksanakannya...apabila kabinet lama dikekalkan sudah jelas menunjukkan tahap intergriti Paklah yg longgar... ini semua angkara TDM yang tak mampus2 lagi tu...kubur kata mari rumah kata pergi...TDM adalah perintis kpd pucuk pimpinan UMNO yang rakus dan haprak...sesiapa yang ingin menafikan apa yang aku cakap adalah bapak segala Haprak...persetan sama UMNO.

Anonymous said...

baguslah cerita.....
orang2 lama kalau bercerita bagus sbb ada pengalaman luas....
Harap maklumat begini dapat disampaikan dgn berkesan

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia