Majlis Tertinggi UMNO atau singkatannya MT, jika disebut berbunyi "empty" yang bermaksud "kosong" dalam Bahasa Malaysia, telah mengambil keputusan untuk tidak memecat Dr Mahathir Mohamed baik sebagai ahli UMNO atau sebagai penasihat kepada syarikat – syarikat milik kerajaan. Keputusan yang dibuat itu tidak pula dinyatakan samada di buat secara “consensus” atau hanya keputusan yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad secara peribadi.
Namun yang kita ketahui ialah hampir dua minggu selepas perjumpaan Mahathir/Abdullah, Abdullah Hj Ahmad yang maksum itu telah atau membiarkan penggunaan akhbar dan media bagi memburukkan Dr Mahathir Mohamed dari kaca mata ahli-ahli UMNO dan orang Melayu. Abdullah Hj Ahmad tidak langsung menegur kenyataan beberapa "orang besar" dan "orang kecil" UMNO yang mencadangkan supaya Dr Mahathir Mohamed di pecat atau disingkirkan dari jawatan penasihat Syarikat kerajaan berkepentingan. Yang hanya disebut adalah isu ini terbuka untuk perbincangan.
Persoalannya kenapa "All the President Man" dalam "Empty" UMNO tidak bersetuju dengan kehendak Presiden supaya UMNO mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir Mohamed? Bukankah “pesuruh” presiden sudah beberapa hari sebelum mesyuarat MT itu telah mengeluarkan kenyataan kenyataan media seakan-akan menggesa supaya Dr Mahathir dikenakan tindakan.
Jawapannya mudah, terdapat ahli “empty” UMNO sebilangannya terdiri dari muka baru, yang sedang bercita-cita untuk meningkat lebih tinggi lagi dalam politik dan rajin buat kerja di kawasan Parlimen masing-masing mengetahui sentimen yang sebenarnya berlaku di kalangan rakyat marhean.
Mereka sedar sentimen yang wujud setelah hadir berbual dengan dengan penyokong dan rakyat samada ahli UMNO atau tidak. Sentimen yang wujud di kalangan rakyat marhean ini adalah pandangan yang jujur dan ikhlas dan mereka sedar akan perlakuan penghinaan Abdullah Hj Ahmad ke atas Dr Mahathir Mohamed.
Isu penghinaan Abdullah Hj Ahmad ini sudah merebak bukan sahaja ke ruang tamu rumah banglo di Tropicana, Damansara Heights, Kajang Country Heights dan macam-macam tempat elit dimana bermautautinnya pemimpin UMNO tetapi isu ini sudah singgah sampai ke tempat letak kereta mereka dan mungkin tempat tidur anjing yang menjaga rumahnya yang kos rumah untuk anjing itu kemungkinan lebih mahal dari projek rumah PPRT. Isu penghinaan Abdullah Hj Ahmad ini turut menjalar sampai ke ruang tamu, dapor, malah jamban di cerok rantau tempat rakyat berkais pagi dan petang untuk makan kini turut menceritakan perihal ragam Abdullah Hj Ahmad.
Abdullah Hj Ahmad sekiranya kita mahu tahu adalah Perdana Menteri yang jarang datang pagi ke pejabat. Dia hanya hadir pagi sekiranya ada mesyuarat tetapi akan pasti balik untuk makan tengah hari di rumahnya Sri Perdana kerana hanya masakan di rumah sahaja yang boleh dimakan. Khabarnya tukang masak ini sahaja yang masakannya sama seperti air tangan Endon Mahmood dan jika masakan itu menyelerakan dia akan bertambah nasi dan setelah itu sudah pasti ikut "sunnah nabi" dia kena tidur sekejap atau biasanya dipanggil "beauty nap". Sekiranya tidak ada yang mustahak di pejabat seperti temujanji dengan tetamu asing, maka dia akan terus tidur dan akan tidak masuk ke pejabat. Maka meloponglah penunggu di bilik menanti pejabat Perdana Menteri bila diberitahu pada saat - saat akhir bahawa temujanji dibatalkan setelah tarikh temujanji itu dibuat dan dimaklumkan berbulan - bulan lalu.
Itu sebab ramai orang akan mencari peluang untuk berjumpa Abdullah Hj Ahmad ini di Majlis yang dihadiri oleh beliau dan pada masa itu mereka akan membawa envelop dan kalau bernasib baik “envelop” tadi dapat diserahkan kepadanya. Sampul surat ini kemudiannya akan di letakan dalam keretanya dan pada keesokan harinya “pesuruh” di tingkat empat akan mengambil dan menapis sampul surat tadi mengikut citarasa mereka - mana yang boleh diserahkan atau tidak kepada Abdullah Hj Ahmad. Inilah rutin Abdullah Hj Ahmad dari mereka yang empunya kisahnya.
Kisah - kisah Abdullah Hj Ahmad ini tersebar luas dan sikap Perdana Menteri Malaysia ini dikatakan berbeza dengan Tun Mahathir. Tun Mahathir pula, diberitakan oleh empunya kisah berbeza dengan sikap Abdullah Hj Ahmad dalam menguruskan tugas dan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Perbandingan antara Tun Mahathir ini juga menyebabkan peguambela dan peguamcara politik Abdullah Hj Ahmad mengatakan bahawa tidak wajar kalau mahu bandingkan Dr Mahathir Mohamed dengan Abdullah Hj Ahmad yang hanya baru berusia tiga tahun menjadi Perdana Menteri. Dr Mahathir sudah 22 tahun memerintah dan Abdullah Hj Ahmad hanya 3 tahun, bagaimana kita boleh membuat perbandingan. Alangkah daifnya pemikiran peguambela Abdullah Hj Ahmad ini. Tidakkah mereka tahu bahawa setiap orang yang menjadi Ahli Parlimen dan kemudian memegang jawatan dalam UMNO, dari hari pertama itulah tarikh bermulanya persiapan untuk menjadi seorang Menteri atau Perdana Menteri, soal berjaya menjadi Perdana Menteri atau tidak adalah soal kedua. Persiapan ini bermula dari awal lagi dan sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri kita sudah dapat melihat ukuran standard kepimpinan sesorang itu.
Untuk pengetahuan kita Abdullah Hj Ahmad mula menjadi ahli Parlimen dan kemudian dilantik ke jawatan Setiausaha Parlimen pada tahun 1978. Hanya pada tahun 1987 sahaja dia pecat dari jawatan Menteri oleh Dr Mahathir Mohamed tetapi kemudian dilantik semula di tahun 1991 dan sungguhpun tewas dalam pemilihan Naib Presiden UMNO tahun 1993 dia kekal sebagai Menteri. Abdullah hj Ahmad kemudiannya dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri di tahun 1998 selepas Anwar Ibrahim dipecat. Ringkasnya selepas 20 tahun dia angkat menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk jangkamasa 4 tahun dan sekarang menjadi Perdana Menteri selama 3 tahun. Dengan pengalaman memimpin hampir 28 tahun, Abdullah Hj Ahmad sepatutnya sudah bersedia untuk menjadi Perdana Menteri. Apa lagi misi dan visi yang dia tak tahu dan adakah tidak wajar untuk kita mengukur standard prestasi beliau setelah 28 tahun disediakan untuk mengambil alih teraju utama. Kita tidak boleh jadikan masa singkat sebagai alasan pembelaan terhadap Abdullah Hj Ahmad kerana ini lebih memburukkan beliau.
Kita juga harus sedar melainkan Dato Onn Jaafar, Perdana Menteri lain bermula dengan Tunku, Tun Razak dan Hussein Onn semuanya berkelulusan undang-undang dan kemudian diganti oleh Dr Mahathir Mohamed yang berkelulusan perubatan. Hari ini Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang gagal dalam pengajian Ekonomi dan bertukar kepengajian agama untuk memboleh dia bergelar siswazah.
Dengan tahap pengajian yang ada, apa sangat yang diharapkan kepada Abdullah Hj Ahmad. Dia terpilih menggantikan Shopee Ibrahim di Parlimen Kepala Batas pun kerana masa itu UMNO mempunyai projek untuk meletakan beberapa pegawai perkhidmatan awam bagi meningkatkan kewibawan UMNO dari parti lain seperti MCA yang telah meletak Chong Hon Nyan dan MIC yang telah meletakan Patmanaban. Lebih malang lagi Abdullah Hj Ahmad sampai sekarang tidak perasaan bahawa penyokongnya didalam UMNO adalah orang yang tidak bersetuju atau tidak menyokong Anwar Ibrahim dan bukan penyokong yang setia kepadanya. Nama-nama mereka yang dipanggil kumpulan "Sahabat" disamping kenalannya Fatah yang menjadi Setiausaha Politiknya semuanya berlatar belakang orang anti Anwar Ibrahim, kerana semasa Anwar Ibrahim berkuasa orang-orang itu tidak dipedulikan oleh Anwar Ibrahim. Khabarnya juga Abdullah Hj Ahmad sudah diberi kata dua kepada kumpulan sahabat bahawa jika hendak berkawan atau menyokong jangan sentuh anak menantunya dan sebilangan besar kumpulan sahabat ini jenis "muka tembok" masih lagi mengadap muka Abdullah Hj Ahmad biarpun sudah tahu hati budi Perdana Menteri Malaysia ini.
Paduka Tuanku Sultan Johor yang buat - buat macam tak tahu eja perkataan Badawi pun masih Abdullah Hj Ahmad tidak sedar lagi. Dia fikir rakyat masih berpihak kepada dia. Rakyat hanya menunggu pilihanraya untuk mempastikan Abdullah Hj Ahmad didesak oleh orang yang menyokongnya untuk berhenti kerana cara dia menangani isu Zakaria Mat Deros yang menjadi mutawib dia semasa mengerjakan Umrah dalam bulan ramadhan baru - baru ini , seakan seperti Ketua Blok Rancangan Felda menjawab dan mungkin ketua blok itu lebih baik menjawab jika diberi peluang untuk menjawab bagi pihak Empty UMNO. Maka bertanyalah semua orang, pada kaca mata Abdullah Hj Ahmad yang selalu tidur ini, salah atau tidak apa yang Zakaria Mat Deros buat itu? Jika tak salah, apa faktanya, dan sebaliknya salah apa hukumannya. Kerana semua orang sedang merujuk kepada konsep Islam yang ada had dan ada hari dan adakah yang dilakukan oleh Zakaria Mat Deros boleh dipanggil Tindakan Hadhari ia itu buat dulu kemudian jawab?
Maka bercerita orang empunya cerita, sekarang sudah terkenal dengan bahasa isyarat di kedai-kedai yang menjual roti canai, mee mamak dan sebagainya. Cerita ini ada hubungan dengan telur. Jika minta roti canai, mee, nasi lemak, maka akan ditanya oleh pekerja atau penjual itu, mahu mana encik, Mahathir ke atau Pak Lah? Kalau Mahathir ini memberi maksud roti canai atau mee goreng itu akan dimasukan telor dan jika Pak Lah bererti semua EMPTY tanpa telur. Maka sekarang kerana mereka tahu makanan bertelor lebih enak, banyaklah yang meminta atau memesan makan yang bertelor dari tidak.
Demikian Abdullah Hj Ahmad yang selalu menjerit sana sini macam orang kena sawan, bahawa zaman pentabirannya semua keputusan adalah melalui musyuwarah tapi semua orang masih ingat, samada di Dewan Rakyat , Dewan Negara dan juga penyimpan deposit di Tabung Haji, bagaimana keputusan mereka untuk tidak setuju supaya disenaraikan Ladang Tabung Haji, dilanggar oleh Pak Lah. Abdullah Hj Ahmad menolak semua pandangan untuk tidak bersetuju bagi menyenaraikan Ladang Tabung Haji itu dan sebaliknya membuat keputusan sendiri untuk meluluskan penyenaraikan. Itu juga mungkin ciri - ciri Islam ada Had dan Hari.
Sang Kelembai: Masih teringat macam mana BJ Habibie yang semangat juangnya tinggi bila menggantikan Soeharto tapi bila dia tidak terpilih menjadi Presiden Indonesia dengan serta merta lari ke German dan menetap di sana. Apa kata orang-orang UMNO yang bertaraf peguambela dan peguamcara kepada Abdullah Hj Ahmad bila dia sudah tidak menjadi Perdana Menteri? Adakah mereka dan keluarga mereka akan berhijrah ke Australia dan London. Bolehkah masa itu penyokong Abdullah Hj Ahmad menjawab, saya tak tahu jadi begini bila saya bermatian menyokong kaki tido' itu dulu!
18 comments:
Kes Abang Z (Zakaria Mat Deros) adalah sekadar " a tip of an iceberg" yg mana kisah sebenar yg lebih besar apabila orang2 politik diberi kuasa "memegang" PBT tidak banyak diketahui umum. Nak tergelak bila baca kenyataan DS Khir Toyo bila mengatakan ahli2 majlis PBT juga adalah terdiri dpd golongan profesional spt doktor, jurutera, lawyer dsbnya, cuma mereka juga adalah ahli2 atau AJK parti2 politik. Inilah masalahnya, sebab mereka2 ini biasanya lebih cenderong (dan ada personal interest)utk menguatkan kedudukan politik masing2 dgn melaksanakan perkara2 yg tentunya politically correct walaupun kengkadang tu professionally or morally wrong. Kalau tak percaya, mintak DS Khir Toyo declare segala akaun pendapatan dan perbelanjaan PBT di Selangor macamana yg company2 buat setiap tahun (kalau betul2 nak buat cara professional)setelah di audit kalau dia brani.....
Assalamualaikum-YM Sultan Johor dalam ucapan perasmian SJER telah mengejutkan Pak Lah and konco2nya termasuk Kerajaan Singapura apabila meminta supaya tambak Johor dirobohkan.
Harapan Pak Lah untuk menyejukkan kemarahan YM Sultan Johor akibat pembatalan projek pembinaan jambatan baru menggantikan tambak Johor tidak menjadi kenyataan.
Pak Lah yang kemudiannya membuat ucapan tidak berani mengangkat muka ketika memberi ucapan kerana malu besar dan tidak menyangka Tuanku akan menimbulkan isu tersebut. Jawapan pun tidak disediakan dalam teks ucapan beliau.
Cuma selepas daripada itu selepas menerima nasihat daripada penasihatnya termasuk yang berkelulusan Oxford Pak Lah kemudiannya memberikan jawapan bahawa tambak Johor akan kekal seperti sedia adanya.
Haai ... pecah lagi satu tembelang ... dulu ECM Libra, lepas itu Scomi yang jelas kemudiannya mendapat projek Kerajaan.
Temberang yang terbaru sekali pecah ialah kononnya YM Sultan Johor tidak bersetuju dengan tindakan TDM mengkritik Pak Lah dan kata-kata Pak Lah sebelum ini bahawa "Rakyat tidak mahu dan/atau bersetuju dengan pembinaan jambatan baru menggantikan tambak johor".
JELAS semuanya merupakan satu pembohongan semata-mata. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan senantiasa memakbulkan doa2 orang yang teraniaya.
Kata2 Tuanku adalah merupakan suara seluruh rakyat Johor (kecuali seorang dua rakyat Johor yang ingin meraih keuntungan besar daripada penjualan pasir).
Tetapi malang sekali harapan seluruh rakyat Johor tersebut hancur berkecai menjadi debu disebabkan seorang pemimpin yang sombong, takbur dan tidak lagi sedarkan untung dirinya dilantik menjadi PM dengan jalan yang mudah.
Jelas Pak Lah sudah memalukan YM Sultan Johor selepas Abang Z memalukan YM Sultan Selangor. Ini tidak hairan berlaku kerana mereka berdua memegang ijazah dengan kepujian kelas pertama dalam ILMU KURANG AJAR.
Bukan itu sahaja seluroh rakyat Johor juga sudah dimalukan kerana harapan mereka selama ini supaya tambak Johor dirobohkan berkecai dan dimusnahkan oleh seorang pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan diri and family. Seluroh rakyat Malaysia juga telah dimalukan kerana Pak Lah dengan mudah telah menjual kedaulatan negara.
Kepada YM Sultan dan seluroh rakyat Johor, apa gunanya banyak Menteri Kabinet daripada rakyat Johor sendiri kalau kehendak dan harapan YM Sultan dan seluroh rakyat Johor pun tidak dapat dipenuhi ... sepatutnya mereka semua merasa teramat malu kerana kata2 dan harapan Sultan mereka dan seluroh rakyat Johor telah diperlekehkan (kecualilah kalau mereka semua tidak tahu malu).
Jika difikirkan sedalam-dalamnya kenapa Pak Lah dan Kerajaan Singapura boleh mempunyai satu pandangan dan persefahaman bahawa tambak Johor tidak sepatutnya dirobohkan-jika diteliti senario yang berlaku jelas antara Pak Lah dan Kerajaan Singapura seperti telah ada satu permuafakatan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Mungkin kerana hubungan baik KJ dengan Temasek untuk satu hubungan jangka masa panjang yang membawa keuntungan peribadi atau mungkin juga untuk mengelakkan Kerajaan Singapura daripada membocorkan rahsia mengenai pihak yang sebenarnya bersetuju untuk menjual pasir dan memberikan kebenaran terbang di ruang angkasa Malaysia ATAU kedua-duanya sekali sama2lah kita lihat dan analisa sendiri.
Cubalah selidiki pihak manakah yang mengambil keuntungan daripada SJER-Pak Lah and family ke atau melalui proksi mereka atau mungkin juga Temasek. Dengar2 cerita dalam Khazanah banyak orang suruhan KJ. Selidikilah Syarikat yang banyak menerima projek-terutama yang mendapat projek tidak melalui tender.
Oleh kerana sekarang ini kita telah tahu dan sedar Pak Lah telah banyak melakukan pembohongan kepada rakyat Malaysia, janganlah teragak2 untuk menjalankan kewajipan anda sebagai seorang Melayu Islam dan sebagai ahli UMNO yang sejati. Pepatah Melayu berkata -"Pemimpin yang adil kita junjung, Pemimpin yang zalim kita sanggah". Janganlah tunggu sampai anak dan cucu kita menjadi hamba di tanah air mereka sendiri di atas kesilapan kita menyokong membai buta pemimpin yang zalim.
Wassallam.
Abdullah Ahmad harus berasa MALU kepada rakyat JOHOR apabila dengan tanpa usul periksa mengatakan bahawa ' RAKYAT JOHOR TIDAK MAHU JAMBATAN'....
Allah itu Maha Kuasa... Maka DUli YAng Maha MUlia Sultan kami telah menunjukkan KESULTANANNYA (bukan jenis 100% ikut skrip ucapan yang dibuat - ITU POK LAH punya style baca skrip 100%) dengan secara sinikal telah mengatakan TAMBAK JOHOR harus dirobohkan !
Tuan Perdana Menteri perlulah lebeh peka dengan informasi dan gaya bahasa..... Ilmu dan perterjemahan maksud situasi dan impak sesuatu masalah dan projek perlulah ditelusuri olehnya....
Makin lama memerintah, bukannya makin intelek PAk Lah di mata rakyat..tetapi adalah semakin lemah dan seolah makin senang merapu dan meradang.. MASYA ALLAH ~~
Perkembangan2 mutakhir yg berkaitan firaun hadhari semakin lama semakin menarik.Terbaru adalah adalah betapa murkanya Sultan Johor kpd firaun ini apabila sewenang2nya dikaitkan seolah-olah baginda menyokong firaun ini dlm konfliknya dgn Mahathir.Walhal semasa baginda menjadi yg dipertuan Agung, mahathir adalah seorang Pm yg amat beliau sayangi sehingga dipanggil mamanda oleh baginda biarpun semasa berlakunya krisis perlembagaan. Kemurkaan sultan Johor ini meledak semasa perasmian projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) di Teluk Danga dgn menitahkan tambak Johor harus diroboh demi kemajuan Johor.Titah Sultan Johor ini merupakan satu pukulan TKO kepada firaun hadhari ini, tetapi seperti yg diduga respon firaun hadhari yg telah sebati dgn sikap SOMBONG,ANGKUH LAGI BONGKAK ini menegaskan bahawa tambak Johor tetap akan dikekalkan.( demi untuk kepuasan egonya.)
Jika dahulu mahathir mengadap raja2 melayu dgn sembah derhaka (utk mengubah perlembagaan) tetapi semua itu adalah demi kebaikan rakyat dan sistem beraja sendiri sehingga difahami dan diperkenan oleh semua raja-raja melayu. Tetapi hari ini firaun hadhari ini melontarkan kata-kata derhaka kpd seorang raja yg titahnya merupakan hasrat dan isihati rakyat negerinya. Mungkin semua ini merupakan detik-detik akan tumbangnya firaun hadhari dlm masa terdekat,kalau semua ini sitakdirkan berlaku apakah hukuman yg layak utk sipenderhaka ini, jika zaman dahulu tidak ada hukuman yg layak utk sipenderhaka melainkan mati, sementara tapak rumahnya akan dibongkar dan dicampakkan kelaut.Maka dalam kes firaun hadhari Badawi dan penasihatnya Qarun Khairi maka dirasa hukuman yg sama adalah masih relevan memandangkan kerosakan dan kemudharatan yg telah dilakukan keatas rakyat dan negara ini,Cuma tapak rumahnya haruslah dikorek dan dihumbankan keselat teberau semasa perasmian robohnya tambak Johor.
p/s: Dijemput keblog the truth http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/
sang sapurba mengomen,
PM kita skrg nih mmg dah congak nak pegang merasa jadi Pm Msia sepenggal jer dia pun tahu sebenarnya ttg kelemahan pentadbirannya sendiri.Sekurang-kurangnya bila dia dlm kubur malaikat tanya apa post pernah dipegang waktu hidup di bumi malaya dia leh jawab,`wa pernah sepenggal menjadi PM tanah melayu`selepas itu wa telah dipenggal eheheheh.Mahap ckp lah semenjak dari Tun nak pilih lagi Dolah 3line jadi PM saya dah gelak bukan saya saja rasanya ramai lagi yg gelak.TDM pun terlalu yakin boleh pegang dolah nih tapi masalahnya dolah ni benak terlebih klu bodoh TDM boleh pegang perkiraan tun silap maka tun juga harus menanggung akibatnya.
Assalamualaikum-terfikir di kepala saya apa kata kalau sdr zaharin adakan satu pungutan undi melalui internet seperti mana TV3 adakan semasa Buletin Utama disiarkan mengenai sesuatu isu contohnya sama ada rakyat Malaysia bersetuju supaya tambak Johor dirobohkan.
Walaupun orang boleh mempertikaikannya sebagai tidak tepat tetapi sekurang-kurangnya
sdr Zaharin ada "back-up" dalam membincangkan sesuatu isu.
Wassallam.
Assalammualikum kepada semua pembaca dan juga penulis artikel ini. Saya bersyukur kehadrat ilahi masih ada orang seperti penulis artikel ini yang sanngup melawan arus dan cuba menegakkan kebenaran. Tahniah, teruskan insyallah allah s.w.t akan bersama orang orang yang sabar dan benar. Memang benar banyak berbeza antara Pak Lah ngan Tun kita. Waktu zaman Tun kalau kita buat appointment jumpa PM di pejabatnya, pastikan kita sampai awal 30 miniti dari dia, yang pasti nya Tun akan sentiasa mengingati temujanji yang dibuatnya. Tetapi berbeza zaman Pak Lah ni, subhanallah nak jumpa dia macam nak mampus menunggu dia. Entahlah nasib Malaysia dibawah Perdana Menteri yang bernama Pak Lah ni. Sekarang ni Tun ngan Pak Lah bertelagah. Yang dia ni tuduh dia, yang dia ni tuduh dia balik.... ha elok lah tu.
Kalau ada sesiapa yang teringat satu dialog dalam Filem 3 Abdul. "Ha elok lah tu penyamun dah tipu perompak, kenalah tu. Itulah dialog Atrwah Tan Sri P. Ramlee ucapkan ketika Sarimah berjumpa nya di kedai muzik nya. Begitulah keadaan Pak Lah dan Tun Mahathir kita.
Walaubagaimanapun, Pak Lah harus sedar, ketentuan Allah mengatasi segalanya. Pak Lah harus ingat (kalau betul lah dia belajar ugama) "anak dan isteri serta harta kamu itu adalah fitnah terbesar untuk kamu" bagi mereka yang lalai dan lupa.... maksud al-quran.
Cari harta cara halal dan diberkati allah, walau sedikit namun boleh membawa kepada keredhaan allah s.w.t. Kalau dah jadi pemimpin Negara tu kenalah pikir hal Negara dulu. Tak takut ke dengan azab allah. Hendak ke Pak Lah digolong dari orang yang di haram kan syurga baginya. Terpulang lah Pak Lah. Apa pun Pak Lah jangan lah cakap Tun boleh ngape saya tak leh "begitulah lebih kurang maksudnya" Kalau gitu Tun makan taik Pak Lah nak ikut jugak ke....
Sabar ajelah ..... Mari sama-sama rakyat Malaysia berdoa semoga allah s.w.t memberi petunjuk dan keselamatan kepada semua rakyat Malaysia.
Assalamualaikum-maka telah jelaslah tanpa perlu dibuktikan apa2 lagi bahawa YM Sultan Johor menyokong bekas memanda TDM DAN maka sudah jelaslah juga tanpa boleh dinafikan lagi bahawa Pak Lah adalah "Pembohong No. 1 Malaysia" kerana telah membuat pembohongan bahawa rakyat tidak berkehendakkan jambatan baru.
Sudahlah begitu ... masih berani juga Pembohong No. 1 ini menafikan kehendak YM Sultan dan rakyat Johor secara terang2an tanpa perlu berselindung lagi bahawa tambak Johor akan dikekalkan seperti adanya.
Sepatutnya Pak Lah pergilah menghadap YM Sultan untuk memaklumkan keputusan mengekalkan tambak Johor seperti sedia adanya tapi kerana sifat angkuh dan sombongnya dan kerana "Aku adalah PM" maka
cukuplah memadai melalui surat khabar atau TV sahaja.
Selepas ini kalau ada apa-apa perkara yang perlu dimaklumkan kepada atau mendapat kerkenan Sultan2 di Malaysia, tak payahlah Pak Lah pergi menghadap kerana atas nasihat peguambela dan peguamcara Pak Lah cukup sekadar melalui surat khabar dan TV sahaja.
Maka akan berulang kembali sejarah hitam jika sebelum ini TDM kena pergi menghadap Pak Lah, selepas ini Sultan2 pulak kena pergi menghadap sembah memohon perkenan Pak Lah.
Malang sungguh nasib orang Melayu Islam kerana mempunyai Pemimpin Melayu yang mudah lupa yang tidak tahu untung dirinya.
Manakala "MT UMNO" dan pemimpin UMNO yang banyak terdiri daripada rakyat Johor adanya akan terus "EMPTY" kerana gagal melaksanakan inspirasi dan harapan rakyat yang sebenarnya. Sia-sia sahaja diberikan undi semasa pilihanraya yang lepas.
Bangunlah semua rakyat Malaysia ahli UMNO sejati untuk menentang dan membasmi kemungkaran sebelum terlambat.
Wassallam.
Assalamualaikum.....
Dari hari ke hari mcm2 pergolakan yang byk berlaku atau memang dirancang utk berlaku....rakyat sedang memerhatikan byk isu2 yg timbul...semua isu2 yg timbul hanyalah bersifat kebudak-budakkan sbg contoh isu kastam,isu alam sekitar dan mcm2 lagi...tidakkah kita sedar bahawa kerosakan alam sekitar dan pembalakan haram semua adalah 100 peratus kelemahan kerajaan...pernahkan kita terfikir bagaimana hebatnya NEW YORK yg mana sungai2 yg terdapat disekitarnya tidak seperti sungai2 yang terdapat disekitar Kuala Lumpur walaupun jumlah penduduk di NY berkali ganda jumlahnya dari jumlah penduduk di KL..lihat lah betapa teratur dan terancangnya pembangunan mereka...adakah perkara ini dipikirkan oleh pemimpin2 kita...pemimpin2 kita hanya pandai melaungkan slogan menjaga alam sekitar tapi apa tindakan drastik yg mereka buat...mereka melaungkan agar rakyat bekerjasama menjaga alam sekitar..sedarkah mereka alam sekitar ini sebenarnya byk dirosakkan oleh golongan pemimpin sejak zamam TDM sehingga skrg...pembalakan haram adakah rakyat yg perlu disalahkan...air sungai jadi mcm teh tarik adakah rakyat perlu disalahkan..banjir sana sini di KL adakah salah rakyat...ini semua akibat pembangunan tidak sistematik yg tanpa dikawal oleh siapa lagi kalau bukan pemimpin...pemimpin2 yang hanya pandai menyalak seperti anjing dengan melaungkan kpd rakyat utk menjaga alam sekitar sedangkan semua isu2 ini hanya berpunca dari ketamakan PBT yang bernaung dibawah kerajaan...menteri2 yang ada aku rasa memang tak pernah menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab mereka....mkn gaji buta..semua jabatan dibawah kementerian tidak dipantau...semua ini telah disedari oleh kebanyakan rakyat....bukan itu sahaja kita lihat isu terbaru kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah blok baru2 ini...adakah itu salah rakyat...jawapannya 100 peratus adalah salah kerajaan...sebarang bentuk pembangunan mestilah dibuat kajian terperinci kesannya terhadap kawasan dan struktur berhampiran...kita lihat apa yg terjadi skrg...amat terserlah kerakusan org yg terlibat dgn adanya projek tersebut...jika dgn akal pun boleh pikir tanah runtuh pasti berlaku bila kawasan berdekatan di korek tanpa kajian awal...betul2 kelakar pembangunan yg dianjurkan skrg...semuanya mementingkan faedah projek tersebut tanpa memikirkan kesannya kpd rakyat berhampiran..memang sungguh hina dan jijiknya kerajaan skrg...tidak kah kita sedar betapa sedihnya penduduk di blok itu yg terpaksa meninggalkan rumah yg tidak selamat dan dipindahkan duduk beramai-ramai di dewan lebih2 lagi waktu perayaan yang semakin hampir ini...apakah kerajaan tidak rasa bersalah langsung kepada penduduk2 di blok itu...yg jadi kambing hitam kerajaan biasanya pemaju ataupun kontraktor yg terlibat...sedangkan kita tahu mereka yg terlibat meluluskan sesuatu projek tidakkah dtg dari PBT mahupun pemimpin kerajaan...sepatutnya kerajaan mesti memberi pampasan kpd penduduk terbabit di atas kesulitan mereka tersebut....kesimpulannya pemimpin yang ada tetap aku labelkan sebagai HAPRAK,DUNGU,SIAL dan DURJANA..kerana dengan kuasa yang mereka ada bukan digunakan utk menjamin kesenangan rakyat tetapi memburukkan lagi keadaan hidup rakyat....aku doakan segala kemewahan dan kesenangan yg diraih kapla2 PBT dan pemimpin2 terlibat akan dibalas dgn seksa di DUNIA dan di AKHIRAT...AMIN....yang paling aku marah KEGAGALAN pihak berwajib memantau produk2 yg HALAL di pasaran skrg...kita pun tak tau tanda halal pd sesuatu produk itu sah atau tidak...sedangkan nama pengilang roti yang memproses roti secara meragukan pun pihak berwajib masih nak merahsiakannya...adakah ini wajar????tidakkah mereka sedar rakyat yg beragama islam masih terdedah dgn roti jenama tersebut dipasaran...didlm akhbar ada dipaparkan masalah ini tapi nama pengilang roti itu tidak dinyatakan...tidakkan ini pelik...mana pergi Islam Hadhari...sedangkan isu kecil yg berkaitan halal haram tidak dpt dilaksanakan dgn berkhemah..sungguh SIAL pemimpin skrg...tunggu je lah pilihanraya nanti....Takbirrrrrr
Rupanya kan tak payah minum arak untuk mabuk...
ada orang tak leh naik kereta nanti mabuk
ada orang tak leh naik kapal nanti mabuk
macam-macam kes mabuk...Dollah Badawi pulak dalam dok sibuk Islam 'Had-Hari' boleh jugak terkena mabuknya. Mabuk kuasa.
Assalamualaikum-lupa nak sentuh pasal PM kita yang ikut sunnah Nabi tidur sekejap di waktu tengahari. Alhamdullillah baguslah tu .... sesuailah dgn PM kita yang banyak saudara maranya bergelar ulama.
TAPI kalau dah tidur sampai ke petang itu susah sikitlah sebab itu bukan ikut sunnah Nabi, itu dah ikut sunnah orang yang pemalas.
PM kita sibuk mempromosikan dan mengarahkan kesempurnaan "System Delivery" dalam perkhidmatan awam. Maka semua kakitangan awam pun berhempas pulaslah mengerah tulang empat kerat
untuk memastikannya tercapai. Jikalau tidak takut nanti dikenakan tindakan disiplin pulak.
Haai ... inilah apa yang dikatakan "Cakap Tak Serupa Bikin".
PM kita ni rupanya boleh digolongkan dalam golongan orang yang malas.
TAK TAHULAH mungkin PM kita tidur macam Imam Syafei agaknya. Semasa tidur itulah digunakan untuk berfikir dan idea keluar mencurah-curah.
TAPI rasanya PM kita tak boleh disamakan dengan Imam Syafei. Sebab tak setaraf tahap keimanannya dengan Imam Syafei, jauh bezanya.
JADI masa tidur PM kita tu tentulah telah digunakan untuk tidur dengan senyenyaknya sebab dah kenyang makan tengahari sebelum tu. Sebab itulah agaknya budak2 di tingkat 4 tu berani bermaharajalela.
MASYAALLAH ... terfikir juga kalaulah PM kita boleh dikenakan tindakan disiplin, maka saya percaya Pak Lah lah PM Malaysia yang pertama dibuang kerja.
TAPI malang sebab MT UMNO adalah "EMPTY" maka tidak berdaya untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas Pak Lah. Malahan untuk mengeluarkan suara bantahan pun tersekat jauh kat dalam perut.
OLEH ITU terpulanglah kepada semua ahli UMNO sejati untuk mengambilalih peranan MT UMNO tersebut. Sama-samalah kita fikirkannya.
Wassallam.
pagi ni dalam berita radio aku dengar kerajaan telah meluluskan penjualan 51% saham dalam Proton kepada syarikat asing.
Hah??????!!!!!! nampak gaya bermula lah era penjualan maruah dan diri kita kepada penjajah semula. aku betul2 tak faham kenapa kerajaan sekarang tergamak melukakan hati dan perasaan rakyat.
bodoh betul,biarlah 200 tahun proton dipegang oleh rakyat melayu sendiri dan aku percaya dalam masa terdekat proton boleh berjaya. kenapa nak tunduk kepada tekanan luar? ada org BODOH tak bole pikir ke kalo lama2 kita cube kite bole berjaya. kalo tak takkan ungkapan 'Practise make perfects' tercipta? korang tau tak adik beradik Wright yg cipta kapal terbang tu buat cubaan 200 kali baru berjaya dan colonel sanders cube menjual resipi rahsia dia sebanyak 1009 kali sebelum terhasilnya KFC? hoi org2 pemerintahan jgn rakus dan tak sabar2 nak jadi kaya! Tuhan murka dengan org yg tamak haloba!!!!!
aku rasa ada sesuatu yang tak kena dalam kerajaan sekarang. sanggup menggadaikan negara demi kepentingan sendiri. tgk singapore tu, si lee kuan yew yang level tunku abdul rahman dulu pun masih dihargai dan segala pandangan dia diguna pakai. singapore mcm ada 3 perdana menteri yang memerintah. 3 brains is more powerful than 1! tak macam kerajaan kita sekarang, org pandai di tong smapahkan org bodoh,lembap tau mengampu je diguna pakai. apa maruah yang tinggal selepas ni? Proton aku percaya boleh dan pasti jadi international brand....tapi JANGAN LA GADAIKAN PEGANGAN KITA!!!!!!!!!!!!!!
dengan ini secara rasmi aku mengatakan SEDIH terhadap pemerintahan kerajaan sekarang!
Tiga tahun kecermerlangan Badawi
1.Menaikan kadar inflasi 15% (5% setahun)
2.Menaikan harga petrol 30%
3.Kos tenaga letrik 15%
4.Kos ayer 17%
5.Indek korupsi 20%
Assalamualaikum-apabila menyentuh pasal cadangan untuk menjual 51% saham Proton kepada syarikat orang asing, saya berpandangan di zaman Pak Lah ni ianya adalah satu perkara yang tidak mustahil berlaku.
Di zaman TDM, banyak syarikat yang mana Kerajaan ada kepentingan di dalamnya ditubuhkan. Syarikat-syarikat ini dipanggil dengan singkatan "GLC". Kebanyakannya diterajui oleh orang Melayu bertujuan untuk memartabatkan orang Melayu dalam arena perniagaan dengan bantuan dan sokongan Kerajaan. Ini juga membantu membanyakkan peluang pekerjaan orang Melayu. Sepertimana yang kita semua tahu syarikat bangsa China/India dan syarikat multinasional kurang mengambil orang Melayu bekerja.
Manakala syarikat swasta yang ingin mendapatkan projek Kerajaan disyaratkan 30% saham ekuiti dimiliki oleh orang Melayu Bumiputra. Semuanya mempunyai tujuan sama seperti dijelaskan di atas.
TAPI di zaman Pak Lah ni lain pulak senarionya.
Pegangan saham Kerajaan dalam syarikat GLC boleh dijual kepada syarikat asing seperti dalam kes Telekom dan Proton yang dijual kepada Temasek.
Dalam kes Telekom dan Proton perlu disiasat dan perlu diketahui siapakah pihak yang menjadi orang tengah dalam atau yang menasihati Kerajaan (sebenarnya Pak Lah)dalam penjualan saham tersebut.
Penjualan saham Kerajaan adalah satu isu sensitif yang melibatkan kepentingan negara. Hanya orang tengah atau penasihat yang betul2 berkaliber atau berpengaruh seperti yang berkelulusan Oxford sahaja yang boleh mempengaruhi Pak Lah.
Ini adalah kerana pegangan Kerajaan dalam erti kata lain rakyat Malaysia dikurangkan.
Orang berkata ini adalah atas hasil usaha dan peranan yang dimainkan oleh KJ dalam menasihati Pak Lah. KJ kan bekerja sebagai "Investment Banker".
Ini tidak hairan berlaku sebab Pak Lah pun ada berkata tiada salahnya penjualan saham dalam GLC sebab itu menunjukkan dan untuk membantu syarikat tersebut berdaya saing. Siapakah yang memberi Pak Lah jawapan yang sedemikian .... sama2lah kita renungkan.
Perniagaan syarikat GLC juga dihadkan dan bantuan serta sokongan penuh Kerajaan tidak diberikan. Contohnya dalam kes persaingan MAS dengan Airasia atas alasan untuk mengelakkan persaingan yang tidak sihat antara keduanya. Ini tidak berlaku di zaman TDM.
MALANG SUNGGUH rakyat tidak diberitahu siapakah yang memiliki saham Airasia. Dengar2 cerita orang-orang kuat UMNO termasuk KJ berlumba-lumba membeli saham Airasia. Sedih sungguh sedih akibat ketamakan seorang dua orang Melayu menyebabkan hidup beratus2 pekerja MAS yang kebanyakannya orang Melayu hidup merana selepas diberhentikan kerja.
Manakala penjualan 30% saham ekuiti Melayu Bumiputra pula boleh dijual kepada syarikat asing contohnya dalam kes Pantai.
Bagaimanakah ini boleh berlaku dengan begitu mudah.
Oleh itu perlu disiasat siapakah pihak yang telah menjadi orang tengah yang berusaha mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan bagi penjualan 30% saham ekuiti tersebut. Dengar2 cerita ianya tidak lain dan tidak bukan menantu kesayangan Pak Lah KJ.
Haai ... kenapa pula ECM Libra setelah menjadi kontroversi bergabung kemudiannya dengan syarikat yang ditubuhkan Khazanah. Itu semua menjadi satu persoalan yang perlu dijawab jika bukan oleh Pak Lah oleh Kerajaan.
Kenapa semua ini berlaku. Setelah diteliti kenapa dan bagaimana semua perubahan yang disebut di atas boleh berlaku ianya tidak boleh lari dari Pak Lah and family dan pengaruh kuat KJ ke atas Pak Lah.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah Pak Lah, pemimpin "Islam Ada Had Ada Hari" SESUNGGUHNYA TIDAK LAYAK MENJADI PM MALAYSIA.
OLEH ITU BERUNDURLAH SEMASA NAMA DAN PENGARUH ANDA MASIH BOLEH DIPERBAIKI LAGI.
WASSALLAM.
Assalamualaikum-terbaca dalam suratkhabar hari ini tentang komen KJ di atas kekalahan Jus Semak, Presiden US.
Komen KJ kekalahan tersebut adalah disebabkan rakyat US sudah banyak yang tidak bersetuju dengan polisi Jus Semak terutama mengenai perang Iraq.
Haii ... sejak bila pulak KJ jadi penganalisa politik.
KJ tidak sedar agaknya bahawa beliaulah sekarang ini menjadi liabiliti kepada UMNO dan antara penyebab kejatuhan Pak Lah.
Dan tidak lama lagi KJ akan memberi komen yang sama di atas kejatuhan Pak Lah.
Masa itu Pak Lah tidak boleh nak berkata apa2 sebab nasi dah menjadi bubur.
Begitulah kesudahan Pak Lah dalam sejarah pemerintahan Malaysia. Orang yang sama menasihat Pak Lah akan menjadi orang yang sama memberi komen di atas kejatuhan Pak Lah.
Wassallam.
Sebenarnya UMNO telah menjadi lubuk kehancuran umat Islam Melayu dgn memilih pemimpin yg korupsi dan tamak haloba serta mementingkan tembolok masing-masing.
Ini telah berlaku sejak awal 80an sehingga kini.MT adalah rubberstamp kepada Presiden UMNO(dulu dan sekarang).Segala kata Presiden bagaikan hadis sahih yg wajib di ikut.
Untuk memulihkan negara, jatuhkan UMNO. Bukan Pak Lah sahaja.
mat lela mato tigo
SAUDARA ZAHARIN
PADA PANDANGAN PERIBADI SAYA APA YG BERLAKU PADA DATO Z & RAZAK BAGINDA ADALAH REFLECTION PADA DIRI PAK LAH SENDIRI.
1) KES YG PERTAMA BERKAITAN DGN KELUARGA
2) KES KEDUA BERKENAAN DGN PENASIHAT STRATEGIK
MUNGKIN SECARA KEBETULAN KEDUA-DUANYA TAPI INGATLAH ALLAH MENJADIKAN SESUATU KEJADIAN ITU ADALAH SEBAGAI PERINGATAN KEPADA ORG2 YG MAHU BERFIKIR...
FIKIR-FIKIRKAN LAH..
Pak Lah tak boleh say "NO" to KJ sebab nanti anak perempuan dia si "NORI" tu akan jadi JANDA! Malulah dia...Sapa tak sayang anak bang!
Tengok je la esok(isnin) persidangan UMNO. Tangan KJ dah pegang teloq Pak Lah, pembesar2 lain akan cium...maka teganglah segala apa yang boleh tegang!
Semuanya MANGKUK tahap GABAN!
Post a Comment