Monday, October 02, 2006

Tindakan Menghalal Cara

Ada orang menzahirkan damai abadinya untuk mencari Al-Ghazali dan Al Shafie tetapi persoalannya tahukah orang itu siapa dia Al Ghazali dan Al Shafie. Kalau kedua itu dicari sudah pasti pembaca sajak tersebut selepas membaca sajak itu akan terus berhenti atau meletakan dari jawatannya. Al Ghazali pernah dilantik menjdi Mufti dan kemudian meletakan jawatan tersebut dan memilih untuk berkelana dengan perjuangan dakwah islamiah, begitu juga Al Shafie yang mahu hendak diangkat menjadi Kadhi di zaman Raja Harun Al Rashid tetapi menolaknya.

Dan jika dia mencari Al Ghazali sudah pasti dia akan bertemu, mereka yang tergolong dalam golongan ulama yang memenuhi kriteria Imam Al Ghazali; "orang yang tahu dirinya adalah tahu (rojulun yadri wa yadri annahu yadri fa dzalika'alimun) jika sebaliknya kalau ada "orang yang tahu tetapi tidak tahu kalau dirinya tahu, maka termasuk golongan tertidur" (rojulon yadri wa la yadri annahu yadri fa dzalika naimun).

Nama asalnya hanya Abdullah Bin Hj Ahmad, tetapi selepas tewas bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia sungguhpun pada ketika itu beliau adalah seorang Setiausaha Parlimen, Abdullah Hj Ahmad telah memberi alasan kekalahannya adalah kekeliruan kerana terdapat dua nama yang serupa. Memang benar ada dua nama serupa, satu adalah dirinya dan seorang lagi yang pernah merengkok ditahan dibawah ISA. Oleh kerana itu ditambahkan perkataan "Badawi" yang digunakan oleh ayahnya.

Mengikut catatan jejak - jejak pejuang yang ditulis oleh Abd Samad Idris (Allahyarham Tan Sri) nama Badawi itu diberi kepada Hj Ahmad oleh masyarakat kampungnya mengambil sempena salah seorang daripada empat orang ulama (qutub empat) di Mesir. Sungguh pun Hj Ahmad Bin Abdullah Fahim lahir di Mekah Mukarramah tetapi gelaran itu diperolehi dikampungnya dan tidak seperti kebiasaan para pemuda Melayu yang belajar agamanya di Timor Tengah akan menambah dihujung namanya bagi tujuan mengenal asal usulnya seperti Al Banjari, Al Patani.

Hj Abdullah Fahim seorang ahli falak yang terkenal dan pernah menjadi Mufti di Pulau Pinang dan bila Sardon Jubir sengaja bertanyakan kepadanya tarikh yang sesuai bagi kemerdekaan Tanah Melayu, beliau telah memberikan tarikh 31hb Ogos 1957 berdasarkan angka ganjil seperti mana tarikh-tarikh kemerdekaan Indonesia dan India pada 17 dan 15 Ogos. Kononnya tarikh itu menentukan kecemerlangan. Sebaliknya negeri - negeri itu, kalau diukur kecemerlangan Islamnya, contoh Indonesia, sehingga hari ini walau majoriti penduduknya atau rakyatnya Islam tetapi tidak meletakan Islam sebagai Agama Rasmi dalam Perlembagaan, India yang dahulu negeri keagungan dan dikuasai Islam, terpaksa dipecahkan menjadi Pakistan Timor (Bangladesh) dan Barat dan India hari ini dikuasainya sepenuhnya oleh Hindu. Malaysia walau sudah hampir 50 tahun, agama Islam tidak menjadi satu agama yang tenteram kerana dipenuhi dengan bermacam-macam dugaan dan yang terbaharu, beberapa pihak sudah berani mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi dengan menyentuh artikel 11. dalam perlembagaan.

Masalah kedudukan Islam terus tercabar dibawah pemerintahan seorang yang berketurunan "Ariffbillah" (meminjam gelaran yang di beri oleh Muhamad Bin Muhamad Taib - Ketua Penerangan UMNO kepada Hj Abdullah Hj Ahmad ). Dan hari ini Malaysia samalah saperti yang dikatakan oleh Dr Abdul Qadir Audah seperti berikut:

"Para pembesar (Perdana Menteri), yang menganut agama Islam, baik di Timur maupun di Barat, mereka telah merasai lazatnya berkuasa, hingga mereka diserang oleh penyakit "takut" hilangnya kekuasan itu, dan mereka diperbudak oleh perasaan yang amat kuat untuk tetap di atas kekuasaan. Mereka akan dan telah mengorbankan segala mungkin untuk melindungi kekuasan itu, mereka korbankan kehormatan diri mereka, kehormatan tanah air mereka, kebesaran diri dan kebesaran negeri mereka, dan sehingga hendak mereka korbankan Islam agar mereka dapat menggembiran hati musuh Allah dan musuh-musuh Islam"

Setiap orang Islam pasti tahu mengenai Perang Badar, Islam yang minoriti dapat mengalahkan golongan kafir Quraisy yang lebih besar jumlahnya. Dan waktu kebanggaan itu dirasai oleh orang Islam, Nabi saw langsung mengatakan " Kita pulang dari jihad kecil menuju jihad yang besar" Ada yang bertanya, "Apa jihad besar itu wahai Rasulullah?" Dijawab, "Ialah memerangi hawa nafsu",.

Manusia sudah dikenali seperti serigala dari manusia. Mereka selalu ingin menerkam orang lain, agar dapat dijadikan sebagai mangsanya, Kalau hawa nafsu sudah menguasai dirinya, maka ia akan menjadikan sesaorang itu lupa daratan seperti Abdullah Hj Ahmad yang buta kepada pencarian Al-Ghazali dan Al Shafie.

Kewujudan Firaun adalah kerana rakyatnya yang tidak mahu mengatakan "tidak" telah disebutkan dalam Al-Quran. Ketika dirinya mulai berkuasa, maka segala daya upaya diperlukan, demi kelestarian kedudukannya itu, bahkan sehingga sesat lantas mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Hari ini Majlis Tertinggi UMNO sedang membentuk firaun baru dengan sokongan 3 juta ahli UMNO. Firaun baru ini dikenali sebagai Firaun Hadhari, yang sombong mengucapkan "Akulah Perdana Menteri" .
Ucapan ini mungkin membawa erti "Aku orang yang berkuasa penuh dan barang siapa menentang aku, akan aku sumbatkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri atau jika dia adalah Ahli UMNO yang mengkritik aku, aku singkirkan dia atas nama musyuwarah kerana kesemua ahli syura berada dalam cengkaman aku, aku hanya perlu tanya setuju atau tidak setuju , tidak perlu aku minta pendapat seorang demi seorang atau bertanya pendapat lain".

Kini kepimpinan sudah berubah arah. Kalau dahulu sokongan diberi kerana kepercayaan akan keikhlasan memikul tanggung jawab, hari ini mungkin berubah menjadi kepentingan yang hadir untuk memperkayakan kaum kerabatnya. Dalam menentukan, memilih pimpinan atau memberi jawatan, Islam tidak mengenal "Family System, teman, sahabat dan keturunan. Kemampuanlah (ability) yang menjadi kriteria, ukuran kemampuan, bukan kerana membodek, atau kesetiaan dan sokongan tanpa batas.

Umar bin Khattab berkata dengan tegas terhadap anaknya (menantu pun kira anak juga -sk) Abdullah Bin Omar, "Barangsiapa yang mengangkat sesorang untuk satu jabatan yang mengurus kaum Muslimin maka "diangkatnya orang kesayanganya" atau hubungan karib kerabatnya antara keduanya, maka dia telah berkhianat kepada Alllah dan Rasulnya dan kepada semua kaum Musliman.

Pendapat Umar mempunyai alasan - alasan bernas. Menjadi Perdana Menteri atau ketua Parti bukan bererti memberi kuasa untuk beliau melantik sesiapa sahaja yang mahu diberi pangkat dan jawatan. Pangkat dan jawatan memerlukan seseorang yang amanah dan sanggup memikul tanggung jawab yang besar dan ini bukan boleh diwariskan sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja.Dan Rasullah saw juga telah memperakui kenyataan dengan Umar itu (Man waliya min amril muslimiina fa walla wa huma ya jidu man huwa ashlahu lil muslimiina minhu, fa qad khaana allaaha wa rasulahu-h.r.Muslim)

Perhatikan siapa Abdullah Hj Ahmad lantik dalam jemaah Menterinya. Sebilangan sahabat karibnya dalam perjuangan untuk menumbangkan Mahathir Mohamad dahulu dan antaranya adalah seorang yang berkelulusan undang-undang yang bersama menyiapkan kertas "summon" UMNO ke Mahkamah. sehingga UMNO diharamkan. Lihat bagaimana dia terpaksa mengambil semula Tengku Adnan Mansor menjadi Menteri kerana hendak masukan seorang lagi jadi Menteri, kerana orang ini sahabat karib isterinya. Begitu juga, seorang yang tidak berpengalaman mentadbir kerajaan hanya tokoh korporat dilantik menjadi Menteri Besar kerana dia ada hubungan dengan menantunya.


Dan kerana itulah Dr Abdul Qadir Audah telah menyindir pemimpin Islam seperti Abdullah Hj Ahmad yang disanjung oleh setengah orang yang buta ilmu di mana setelah kehidupan dunia tercapai, maka tidaklah dia peduli, apakah dirinya akan merugikan Islam atau tidak.
Katanya. "Mereka meninggikan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Mereka mencintai mereka itu supaya gembira musuh-musuh Islam atau musuh-musuh Allah , dan mereka terus menerus berlaku demikian. Mereka berbuat demikian bukan kerana terpaksa yang dibolehkan oleh Islam, akan tetapi kerana betul-betul cinta, jujur dan kerana mengharapkan manafaat dari musuh-musuh Allah itu sekali pun merbahaya terhadap Islam dan kaum Muslimin. Semua itu mereka (kemungkinan Abdullah Ahmad) lakukan untuk melindungi kerusi pemerintahan dan kekuasaan dan segala sesuatu yang mereka perolehi dari menduduki kerusi itu. Agaknya mereka tidak mengerti tentang hukum-hukum Islam, dan kerana menghormati dan mengharap dari musuh-musuh Allah, itulah yang membinasakan diri mereka kerana perbuatan demikan, dan itu mereka nyatakan dengan lisan dan mereka selalu berpegang terus apabila dan di mana saja"

Sang Kelembai: Abdullah Ahmad perlulah dinasihatkan supaya masuk balik ke sekolah pondok jika nak tafsir apa pengertian tindakan menghalalkan cara. Satu contoh tindakan menghalalkan cara ialah dahulu kata apa-apa keputusan Lembaga Disiplin UMNO, Majlis Tertinggi tidak akan mengubahnya tetapi apa yang berlaku pada petang khamis 29hb September 2006 yang dicadang lain yang diputuskan lain. Itu sebenarnya "Tindakan menghalalkan Cara". Inilah yang akan menyebabkan beliau jatuh dan dituduh cenderung bersifat "Munafik"

94 comments:

Anonymous said...

Tuan, manusia yang sedang kita bicarakan adalah jenis manusia yang lupa kekuasaan Allah. Beliau mendapat semua ini memang benar telah direncanakan oleh Allah s.w.t

Cuma beliau yang cepat lupa diri, mendabik dada bahawa majoriti rakyat telah memberi mandat yang besar disebabkan beliau manusia pilihan. Hinggakan manusia ini meletakan dirinya setaraf Nabi Adam yang telah dipilih oleh Allah. Maka saudara serta ramai lagi rakyat yang celik jika merasa jelik dan menganggap Pemimpin Besar Islam Hadhari sebagai perosak negara maka fatwa baru akan dikeluarkan. Maka lahirlah Iblis, beruk sarkas serta singa tua bagi mengasingkan pesaing Pemimpin Besar Islam Hadhari dengan masyarakt ramai.

TDM meletakan jawatan secara sukarela tanpa paksaan dan menyerahkan gengaman kuasa kepada Pemimpin Besar Islam Hadhari pada bulan Oktober 2003. Pada Mac 2004, pilihanraya umum telah diadakan. Dalam tempoh 5 bulan, pemimpin besar ini telah mendapat pengiktirafan dan pengesahan bahawa pilihan TDM keatas beliau direstui rakyat.

Malang sekali jenis manusia yang menjual agamanya ( sama seperti segelintir pemimpin PAS dan Anuwar Ibrahim )melihat mandat besar diperolehi beliau telah mula MUDAH LUPA, lupa kepada jasa pemimpin sebelumnya, lupa kepada parti yang memberi restu kepadanya, lupa kepada rakyat yang telah memilihnya ( sebagai menghargai jasa TDM mengurus negara selama 22 tahun ) dan beliau juga lupa pesan arwah ibunya untuk menjadi manusia yang sentiasa tawaduk dalam memegang amanah Allah. Dan hari ini beliau sekali lagi lupa bahawa segala tindak-tanduknya akan menjadi satu sejarah panjang untuk diingati dan dikutuk oleh rakyat terbanyak.

Tanda2 itu semakin ketara berserta slogan yang sering beliau banggakan, bekerjalah bersama-sama saya untuk mengayakan anak dan menantu saya, supaya segala idea saya akan terus Cemerlang, Gemilang dan TEMBERANG.


Sedihnya saya - dangabay1.....

Anonymous said...

Read your statement ('Tindakan Menghalal Cara') but nothing is concrete (acceptable in court of law) except hearsay only. You are raising the same issues again and again - dah jelak baca. If you have any concrete evidence of any misdoings by our leaders, not only Dato' Seri Abdullah, why don't you come out with such statements followed by official reports made to the Police and also Badan Pencegah Rasuah. Such action will enable the two Departments to conduct their investigations and take the offenders to court for a proper trial. If the courts find the offenders guilty, then appropriate sentence will be imposed on them. Inilah cara sistem keadilan kita di-Malaysia dan bukan 'hentam sokmo' macam anda telah/sedang/akan buat ini.

From what I have read so far, you are only expressing your dislikes, hatred, vengence, etc. towards a certain personality because of the action taken against you. Do you think 'anda semuanya betul dan tidak ada yang tidak betul'. If you think so, what a joke!. In the first instance, there must be something wrong with you resulting in your removal as Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. How about writing/saying something about this for a change?.

You may have form an opinion that I am pro Dato' Seri Abdullah and against you. I am not for or against anyone. I am not an UMNO member, I am not a voter but just a Malaysian who is seeing from the 'other side' of the fence. I just say what I think is right (in my mind). Maybe one fine day, I will give you my wholehearted support if you are able to convince me 'beyond any reasonable doubt' of your allegataions against anyone - not only Dato' Seri Abdullah.

Come on man, let's have the hard facts fast. Don't blabber (cakap pusing pusing) any more. Dah fed up baca maklumat basi anda. Kind regards from me (?).

Anonymous said...

Sdra
Komen Sdra saya boleh terima berdasarkan satu orang yang tidak ada apa-apa peranan dalam negara ini selain seorang askar upahan, untok menulis kononya tidak berpihak tetapi berpihak, kerana sebagai warga negara Malaysia (kecuali Sdra penyangak asing) tidak pun berdaftar sebagai seorang pemilih berdaftar-pengundi. Jadi apa perlu Sdra hendak runsing dengan tulisan saya. Satu tabiat saya, kalau saya tak suka atau tak ambik perhatian kepada sesuatu perkara saya tidak ambil peduli. Kalau Sdra tak suka tulisan saya, Sdra jangan baca daripada Sdra membuat comment yang boleh menghina minda Sdra sendiri. Agaknya Sdra bersekolah oxford juga maka mungkin tidak terjumpa buku-buku tempatan berbahsa Melayu jauh sekali kitab2, dan berbeza dengan saya bersekolah rendah sahaja, maka untok renongan Sdra diturunkan sebahagian ucapan mentor saya Saterawan Negara Almarhum Datuk Usman Awang semasa menerima anugerah S.E.A. Write Award pada tahun 1982.

"Kita, penulis dan cerdik pandai
Tidak mungkin melepas diri
Dari segala kenyataan disekeliling
Dan kita mesti memilih dan memihak
Kerana dalam dalam dunia kita ini
Tiada siapa pun boleh berkecuali.

Maka itulah perlu para penulis memihak kepada golongan serta gerakan yang ingin mengukuhkan nilai-nilai kemanusian, menegakan perdamaian sejati, dan memperjuangkan pembebasan serta keadilan bagi bangsa dan negara yang tertindas"

Kesimpulanya kalau Sdra terlalu marah sangat dengan perkataan "Munafik" itu tetapi tidak dapat menghujjah "tidak" (pinjam ayat LKY) jangan terlalu emosi dan terpesong dari topiknya.
Sekian. Tkasih dan selama berpuasa jika Sdra Islam.

Anonymous said...

Dr Abdul Qadil Audah -salah
Dr Abdul Qadir Audah -betul

ahm said...

POLL STATION

dear friends,
jika anda rasa tak nak pangkah BN sila reply ke

http://halimajid.blogspot.com

Anonymous said...

Askum Tn yang membetulkan,

Betul saya tersilap taip memang sebenrnya Dr Abdul Qadir Audah. saya akan membetulkan. Dimaafkan saya hendaknya.
Tkasih

Anonymous said...

Sdr Zaharin,

Saya sentiasa mengikuti perkembangan saudara dan penulisan saudara , malahan ucapan saudara di suatu majlis umat melayu itu juga saya ikuti. Sekali sekala kelihatan kelibat saudara di kawasan Kondo di Cheras yang saya juga tinggal disitu. Sdra seorang yang berani dan saya yakin selepas ini akan lebih ramai ke depan utk mendedahkan kepincangan kepimpinan ABB. Saya dan "rakan-rakan" menyokong perjuangan sdra, saya akan turut sama menyertainya bila tiba waktunya.

Anonymous said...

Pak Zaharin,

Maaf sekiranya ilmu saya nie kurang sedikit.

Menurut pemahaman saya, munafik itu ialah manusia yang telah mendapat ajaran Islam tetapi kemudiannya menolak ajaran itu.

Betulkan saya sekiranya salah. Dan saya bukan disini untuk menegur sesiapa kerana adakah terlalu pedas apabila menggelar sesama Islam itu munafik.
Terima kasih Pak Zaharin..

The Truth said...

Dear sang kelembai

saya amat mengkagumi keberanian saudara dlm menelanjangkan kemunafikan pemimpin sekarang.sebenarnya badawi memang mencari2 al-ghazali dan shafie tetapi malangnya ia tidak pernah ketemu dan tak akan bertemu, kerana dia bukanlah layak utk itu..sebaliknya badawi telah sesat barat,buta dlm terang yg terjumpa olehnya hanyalah dajal dan iblis..itulah sebabnya dgn sombong dia berkata "I'am prime minister dan siapa yg mengkritik aku adalah IBLIS".Adakah dia lupa makhluk yg paling derhaka dan bersikap sombong terhdp Tuhannya adalah IBLIS.Perkataan yg diucapkan itu adalah mencerminkan dirinya sendiri iaitu badawi adalah IBLIS.

A Voice said...

Munafiq bukan hanya khusus pada perkara berkenaan akidah saja. Cuba ingat kembali satu Hadith yang di pelajari semasa di sekolah.

... bercakap ia bohong, diberi amanah ia khainat ...pendeknya Munafiq menghampiri Munafiq dari segi mana.

A Voice said...

Pembetulan
----------

... bercakap ia bohong, diberi amanah ia khianat ...pendeknya Munafiq menghampiri Hipokrasi dari segi makna.

Anonymous said...

Askum. Sdra semua, saya dah tua, pengajian agma pun tidak formal,dari itu saya tak tudoh Abdullah Hj Ahmad ni munafik hanya saya kata di cenderong.. nak ke situ. Saya dah usaha nak jumpa dia hampir satu tahun, saya gunakan Azalina Othman Said, saya cakap dengan Othman Desa, saya dah cakap sendiri dengan Abdullah Hj Ahmad diParlimen nak berjumpa berjumpa dengan dia. Dengan Yazid Othman pun sudah, tapi saya dah kata ikut ramalan saya, Abdullah Hj Ahmad ni bukan yang saya kenal sebagai Pengarah Belia dulu atau waktu dia tak ada kawan selepas terpecat jadi Menteri, dia sudah jauh beza. Dia tak sedar kalau tidak kerana saya edarkan buku dan buat report pasal Anwar Ibrahim, dia entah kemana sekarang. Jadi saya kira, saya sudah tidak ada dosa apa-apa kepada dia sebelum saya menulis ini dan paling akhir iktiar saya gunakan Johari Baharom yang janji akan atur. tapi apa pun tak ada. Jadi janganlah saya tidak dikira sebagai orang yang tidak beriman, kerana didalam alquran seruan kepada "hai orang yang beriman!" bukan hai orang Islam. Itu sebab dalam bulan ramadhan saya hanya menulis ada kaitan dengan agama. Tak tuju pun kepada Abdullah Hj Ahmad. terserahlah kepada yang mentafsir, sendiri makan cili, sendiri rasalah pedasnya. Sekian, Subnahallah segalanya saya serahkan kepadanya. Sekian. Tkasih

Anonymous said...

Much as I disagree with Abdullah Badawi, I think you are just being vindicative just because
he threw your butt out of UMNO.

Please give us something solid for us to weigh, not just some accusations which could not be proven.

Anonymous said...

Saudara Sang Kelembai,

Saya tetap menyokong dan berminat untuk menelusuri tulisan saudara.... TAHNIAH !

Saya juga bukan berminda Oxford, Harvard, Standford..apa jua sekalipun....

Saya hanyalah bersekolah di dalam negara...Mentaliti saudara dan gaya sastera Sang Kelembai amat saya minat dan MAde In Malaysia Sepenuhnya !!! Tahniah lagi ~~

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Askum Sdra-sdra sekelian,

Saya membenarkan comment anonymous untok memberi sejumlah ramai pembaca boleh memberi comment yang bermanafaat kepada pembaca dan saya sendiri. Sebarang teguran yang membina, memang saya mengambil perhatian. tetapi jangan gunakan peluang untok membuat serangan peribadi dan perkataan yang tidak wajar dan lari dari topik perbincangan. Saya juga tidak bererti suka sangat dengan pujian tetapi jika ikhlas saya tidak ada sebab tidak boleh terima dengan senang hati. Sekiranya ada pehak-pehak yang membela Abdullah Hj Ahmad, silakan hujjah ilmu dan bukan saperti kalau dibagi kepada AlGhazali dan AlShafie jawatan Perdana Menteri mungkin dia hendak. Bacalah sejarah tamadddun islam apakah peranan jawatan Mufti dan Kadhi dizaman peradabpan Islam, kalau dia dianggap kecil, itulah ilmu yang ada kepada yang menulis. Saya memohon maaf jika saya terpaksa memadamkan komen-komen yang sedemikian salepas ini. Tkasih.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamu'alaikum semua,

Bagaimana mampu beliau atau kita menjumpai Al-Ghazali atau As-Shafie' jika banyak amalan kita tidak mengikut fatwa , pendapat dan pesanan Syafie'.

Menjadi pemimpin merupakan amanah yg amat besar yang bakal di persoalkan oleh ALLAH 'Azza wa jalla samada pemimpin tersebut telah menjalankan tugas kepimpinannya berlandaskan al-Quran dan AsSunnah. Samada dia telah berlaku 'adil kepada orang dipimpinnya.

Samada dengan kuasa yg ada di tangannya dia telah melebihkan golongan2 tertentu dan menzalimi golongan yang lain.

Samada harta kekayaan negara di dominasikan oleh yang rapat dgn pemimpin.

Samada golongan bawahan dan rakyat terbela kehidupan mereka. Samada keperluan asas rakyat mudah di dapati dan tidak dibebani ke atas rakyat.

Memang di akui, tiada lagi manusia yang maqsum sesudah Rasulullah s.a.w. , tetapi tidak mustahil jika pemimpin mencontohi sifat dan akhlak Nabi s.a.w. dalam memberi keadilan utk rakyat semua.

Khalifah Umar Abdul Aziz bila berurusan dgn ahli keluarga terus memadamkan api milik kerajaan kerana baginya jika menggunakan api milik kerajaan utk urusan keluarga adalah tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa dan harta negara.

Khalifah-khalifah kita selama ini bagaimana....??

SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin said...

HARAP MAKLUM

Sebarang komen yang tidak menepati isu yang diutarakan akan dipadamkan dari "blog" ini.

TERIMA KASIH

The Truth said...

To all bloggers

Langkah yg diambil oleh saudara sang kelembai dgn menegur pemimpin yg tersasar dari landasan kepimpinan yg benar adalah satu tindakan yg terpuji dgn kata lain telah melakukan amal makruf nahi munkar.Siapakah badawi jika dibandingkan dgn khalifah besar islam abu bakar dan umar al-khatab.Kedua pemimpin amirul mukminin ini dgn rela dan bahkan bersyukur jika ada yg menegur kepimpinan mereka sekiranya ada tindakan mereka yg melanggar batas2 Allah.Tetapi pemimpin kita sekarang ini bukan shj menolak bahkan melenting terhadp apa shj kritikan yg dituju kpd beliau.Beliau menolak dgn cara mengambil sikap membisu dan gah apabila dipuji sebagai ilegant silent.Apabila terbukti sikap membisu itu sebagai hipokrit,beliau mula melenting dan mula melabel pengkritik beliau hingga ketahap iblis..tergamak beliau ucapkan begitu terhadap seorang manusia yg begitu besar jasanya kpd negara ini dan kpd batang tubuhnya sendiri..pemimpin jenis apakah ini,apakah beliau akan terlepas begitu shj dari hukaman Allah dgn berkata "Saya Perdana Menteri".Mahathir yg dilabelkan oleh pengkritik dari gelaran firaun sehingga kata2 makian sehina Tun Taik pun tidak pernah terlontar dari mulutnya perkataan iblis kpd pengkritik beliau,ternyata Mahathir mewakili pemimpin2 yg berjiwa besar yg pernah wujud dari zaman berzaman dalam umat Muhammad ini,tapi badawi dimanakah tarafnya....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pasti ada satu kumpulan yg perlu bangun untuk memperbetulkan keadaan politik di Msia. Mungkin saudara salah seorang darinya yg bangun dan berdiri tanpa rasa takut. Tahniah

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saya ingin bertanya apakah falsafah politik anda dalam menjamin survival bangsa Melayu di Malaysia. Apakah pandangan anda tentang Pas dan Keadilan..adakah parti ini sesuai untuk dijadikan wadah perjuangan untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Bagaimana pula tentang kaum-kaum yang lain diMalaysia.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hanturaya said...

Selamat berjuang bang! Dulu abang jatuhkan timbalan perdana menteri. Sebab itu Pak Lah naik. Sekarang abang kena jatuhkan Perdana Menteri. Wajib bang sebab tangan abang jugak bertanggungjawab menaikkan dia.

Salam perjuangan bang !

Anonymous said...

Sememangnya menjadi budaya orang Melayu yang suka menjatuhkan pemimpin yang mereka naikkan. Pada satu ketika saudara mengkritik Mahathir ( melalui buku 'Mahathir Bila Mahu Sedar ' ) sebelum Mahathir berundur, saudara telah bersama memainkan peranan menjatuhkan bakal pengganti Mahathir ( DSAI ) Ini bermakna saudara mahukan AAB sebagai PM. Kini saudara kearah menjatuhkan DSAAB dan adakah ini bermakna saudara mahukan Najib menggantikan AAB ? Harus diingat bahawa Najib bukanlah seorang Mr Clean Man. Najib banyak isu, isu sensasi dan panas serta penuh skandal. Saya percaya sekiranya Najib menggantikan AAB sebagai PM dan seterusnya beliau menolak rayuan saudara untuk menyertai UMNO semula maka saudara akan menggunakan isu-isu panas utk menjatuhkan Najib. Atau mungkinkah KJ bakal PM Malaysia ! Bingung....bingung dengan sikap pemimpin Melayu. Susah-susah kita bagi Hj. Hadi jelah jadi PM.

Anonymous said...

Kritikan Saudara terlalu pedas malah lebih pedas dari kritikan pembangkang. Saya meramalkan suadara akhirnya akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Universiti Kamunting. Inilah senjata ampuh yang boleh melenyapkan kritikan saudara.Hanya ramalan sahaja.

Anonymous said...

Anger can cloud a person's mind thus his rationality to judge.

Anonymous said...

Saya rasa ramai yang ingin tahu penglibatan anda dalam menjatuhkan DSAI. Jika anada berani, ceritalah!! Adakah anda ada bukti DSAI bersalah dan rasa bertanggungjawab menjatuhkannya, atau anda hanya DIPERKUDAKAN oleh pihak tertentu?!! Jika anda masih berdiam diri, saya anggap anda adalah antara mereka yg suka DIPERKUDAKAN supaya matlamat politik anda tercapai!! Ingatlah ... dosa MEMFITNAH ITU LEBIH DARI DOSA MEMBUNUH!!!!

Anonymous said...

Reference is made to the comments posted at 10.11am. Apa reaksi anda, Sang Kelembai?. Mengapa diam saja?. Jawabnya dengan fakta-fakta yang kukuh, padat dan tidak boleh dipertikaikan.

Anda jangan 'harap' nak lihat komen-komen yang berpihak dan menyokong anda sahaja. Anda wajar terima hakikat bahawa masih ada insan berfikiran 'waras dan suiman' yang meluat dengan kerenah anda. Jadi, lihat dan bacalah juga hayatilah komen-komen negatif terhadap anda. Baru seimbang dan baru adil.

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Aku rasa sesiapa yg masih nak menyokong dan mempertahankan Pak Lah mungkin orang yang masih mempunyai kepentingan dgn beliau sama ada keluarga terdekat atau sanak saudaranya....jika kita lihat semua ucapan Pak Lah yang kita dapat tahu keperibadian Pak Lah yang longgar seperti mana ucapan tak bermayanya menjelas segala isu...untuk pengetahuan anda semua, aku berpendapat Pak Lah menjadi PM hanya atas dasar rekod bersihnya sahaja bukan atas dasar intergriti ataupun kebolehan beliau mentadbir...aku yakin taraf pemikiran Pak Lah hanya layak jadi Pengetua sekolah agama sahaja....Mungkin KJ akan mengakui kebenaran kata-kata aku.. baik mengaku je KJ...sebab itulah aku tak hairan mengapa dalam setiap perkara dan sebarang keputusan penting dipengaruhi oleh idea KJ...sebab Pak Lah lembab dalam segala hal....dah la berucap mcm orang yang tak bermaya...daripada intonasi ucapan Pak Lah sudah menjelaskan betapa boleh diperkotak katiknya beliau semasa mentadbir kerajaan yang ada....aku hanya rakyat Malaysia yang sayangkan kemakmuran negara dalam ertikata kemakmuran rakyat dan bukannya kemakmuran pemimpin meneruskan kerakusannya dalam memerintah...Mungkin inilah yg harus dibayar akibat kebodohan kepimpinan yang lalu...aku kecualikan Tun Abd Razak sahaja...Kebodohan Tungku Abd Rahman kerana melibatkan Lee Kuan Yew dalam agenda kemerdekaan maka sebab itulah Lee Kuan Yew sesuka hati buat kenyataan kurang ajar dgn Malaysia, kebodohan Tun Hussien Onn kerana menjadi mentor kepada Tun M,kebodohan Tun M kerana mementingkan pembangunan yang bersifat menunjuk-nunjuk tanpa mengkaji kesan kepada taraf kehidupan rakyat,kebodohan Pak Lah kerana menyambung dan menokok tambah kebodohan yang dibawa oleh Tun M....Wahai saudara Zaharin aku tahu yang kamu ni pernah terlibat dalam agenda menjatuhkan Anwar Ibrahim...Aku tahu skrg kamu berperanan membawa agenda menjatuhkan Pak Lah untuk memberi laluan kpd Najib pula...pada aku jika Najib jadi PM pun sama lah juga nasib rakyat yang tidak akan berubah dan mungkin jadi lebih buruk...Untuk pengatahuan semua rakyat bijak dan tahu menilai isu politik skrg..jadi cakap banyak pun tak guna, kita tunggu je pilihanraya nanti bro...Aku berdoa agar mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan wang rakyat mendapat balasan di DUNIA dan di akhirat...Takbirrr.

Anonymous said...

Ya Allah Pak Zaharin, Bapak pun turut terlibat dalam menjatuh sdr anwar ibrahim. Bapak ada bukti sungguh sungguh ka ini , jika ada bukti kokoh tidak ada salahnya mendedahkan kemungkaran itu, tapi jika hanya sekadar agenda politik bapak zaharin saya mengucap panjang selepas ini. Kerja Bapak zaharin ini adakah sebagai penulis upahan gitu. Bapak Zaharin jika saya mahu ketemu bapak sendiri utk mendapatkan kesahihan sdr anwar terlibat dalam sodomy. saya ingin tahu kebenarannya.
Berkenaan keputusan judge abdul hamid mengatakan dia prcaya sdr anwar terlibat dlm aktiviti homoseksual itu kan perlu penelitian yng bena benar jitu. frasa "homeseksual" itu kan bersifat generic bercium , berpelukan , berpegangan tangan sesama lelaki itu kan juga aktiviti homeseksual, menunjjukkan affection dan passion pada rakan sejenis itu kan juga tergolong aktiviti homeseksual. Sdr anwar kan gitu jika ketemu teman lelaki lantas dipeluknya dan dipandang tajam.Itukan biasa itu, cuma saya tak percaya sdr anwar melakukan sodomy judge pun tidak berkata begitu

The Truth said...

Sungguh menghairan tentang sikap mereka2 yg masih meminati anwar ibrahim.Beliau sebenarnya adalah seorg politikus yg mengamalkan tindakan menghalalkan cara demi utk cita2 politiknya rakus.kalau dilihat persamaan gaya dan cara meraih peluang2 dlm politik KJ(menentu Pak Lah)dilihat sebagai kesinambungan perjalanan anwar ibrahim.Gaya yg rakus,tidak sabar dan tamak dlm meraih peluang dlm agenda politik kepentingan diri amat terserlah dlm diri kedua2 individu ini.Anwar sebenarnya sudah expired,kefasihan pidatonya bermain dgn kata-kata dan mengolahnya dgn berbagai cara tidak lagi dpt menutup pekung dan kudis yg menempek dibadannya.

Anonymous said...

Ya Pak Zaharin,
Saya ni bukan umno dan juga bukan penyokong parti pembangkang. Jauh sekali saya berminat untuk berpolitik. Cuma pongkok pangkalnya dalam hidup yang sementara ini, kita sebagai manusia, insan yag daif lagi kerdil, mesti memandang kepada pemimpin yang boleh berteraskan Al Quran dan Al Sunnah. Dua asas yang telah ditetapkan oleh Allah jika kita mengikutinya kita tidak akan sesat.

Tidak kira pemimpin itu hadhari atau tidak hadhari yang penting jika manusia tersebut tidak berpaksikan kepada Quran dan Sunnah, maka amat malanglah mereka yang menyokongnya.

Sekian Wassalam

Anonymous said...

saya rasa ini adalah satu mainan kalangan puak puak umno sendiri saya yakin kalau dulu zaharin pernah mengatakan dia pernah menjatuhkan anwar ibrahim dan hari ini saya rasa sekarang untuk menjatuh kan pak lah dan ini di lihat tatik biasa dalam umno ,dan saya yakin di belakang zaharin adalah rahim tamby cik dan najib tun razak .sudah lah zaharin jagan kamu berlakon dan saya menyeru agar semua teman jagan terpegaruh degan beliu agenda beliu adalah jahat dan bahaya

Anonymous said...

Betul jugak tu, nak jugak tahu apa dan bagaimana bukti perbuatan DSAI boleh dikesan oleh sdra Kelembai ni. Boleh tolong explain in details tak? Please..

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saudara Zaak...semua org boleh berkata mcm saudara ..mendidik anak,beli baju dan zakat fitrah adalah wajib dan merupakan tangungjawab...tak perlu pukul canang...bila anak dah cerdik pandai nanti dia juga akan tahu bahawa kepimpinan Pak Lah dan kepimpinan yang sebelum ini adalah Kepimpinan yg Rakusssss.....Aku kesian dgn ko ZAAK sbb ape yang ko dapat sbb kata ALLAH YA KARIM melantik Pak Lah...ko nie buta kayu kot...kpd zaharin aku rasa elok ko tukar agenda ko ke arah yg lebih ikhlas...sama ada ko , Pak Lah dan Najib dan konco2nya...semuanya aku tak percaya...Ulama' sahaja yang aku percaya buat masa nie...Takbir

Anonymous said...

Hanya org gila dan jumud sahaja yang akan menuduh Anwar Ibrahim Homoseks...jikalau tuduhan yang lain tu mungkin boleh dipercayai..aku bukan pro Anwar apatah lagi pro kpd pemimpin UMNO...bila seseorang itu dijatuhkan hukuman sebelum dibicarakan bermakna sistem kehakiman kita tidak sehebat mana...sistem kehakiman yang telah di UMNO kan....segala perkara yang telah di UMNO kan memang terbukti boleh merosakkan peradaban bangsa...peradaban orang melayu sekarang telah dirosakkan secara berperingkat oleh pemimpin UMNO...tidakkah anda semua SEDAR...terima kasih kepada yang sedar..kita sama2 buktikannya pada pilihanraya akan datang...Kerajaan Amerika yang paksi kejahatan tu pun lebih bersikap terbuka dengan rakyat mereka berbanding Malaysia...tak malu ke pemimpin kita....pemimpin yang selalu melaungkan demokrasi konon...pirahhhh

Hanturaya said...

Sdra Zaharin;

Saya amat terkejut dengan tulisan zaak atau Pak Hitam bekas Ketua Pemuda UMNO Batu Gajah yang "dipermainkan" serta dikeluarkan oleh Ketua Bahagiannya sendiri.
Ketaksuban zaak terhadap PakLah memanglah tidak dapat dinafikan kerana hanya "orang bodoh" sahaja yang menyokong orang bodoh. Perhubungan antara Pak Hitam dengan PakLah samalah seperti the blind leading the blind. Di zaman pemimpin lain, orang macam Pak Hitam ini hanya menjadi "penglipur-lara" dan "tok selampit" kerana beliau adalah bahan tertawa.
Tengoklah setiap pemimpin datang beliau akan hadir dengan songkok tinggi ala-Madrasnyer bersampin dan berbaju Melayu di tengah panas terik. Beliau hanya jadi bahan lawak jenaka.
Tetapi di zaman PakLah, paklawak seperti ini menjadi wira kerana golongan ini sahajalah yang terkehadapan mempertahankan PM dan presidennya.
Kenyataan zaak "SAYA TETAP MENYOKONG YANG TERUS MEMASTIKAN BAHAWA YAB.PERDANA MENTERI MALAYSIA TIDAK DI HINA OLEH MEREKA YANG KURANG CERDIK.
YANG MELANTIK PERDANA MENTERI MALAYSIA IALAH "ALLAH YA KARIM"
BUKAN MANUSIA.
ALLAH SEJAHTERAKAN ABDULLAH AHMAD BADAWI..." membuktikan kedangkalan pemikirannya serta kurang pengetahuan dan tidak mampu berdebat.
Nasihat saya (kalau Pak Hitam nak dengarlah) ialah supaya beliau pergi berjumpa dengan Dato' Yusof Kasim Ketua Bahagian UMNO Batu Gajah dan menuntut ilmu politik lagi sebelum mengeluarkan bunyi dari mulutnya.
Kalau setakat berbunyi macam sekarang lebih baik dengan bunyi katak mengaum!
Salamz perjuangan . . .

Anonymous said...

Assalamualaikum aku berpuasa hari ni cuma ingin mengatakan aku kecewa dengan pemimpin melayu hari ini - melayu tipu melayu - melayu tikam melayu - melayu jual melayu -lebih berat melayu jual agama untuk kesenagan diDUNIA ..
Untuk pengetahuan aku dan saudaraku dahaga ....amat dahaga pada kebenaran .ALLAH MA AJIR NA MINANARR 3X

zaharin mohd yasin said...

Sdra,
Saya telah membaca comment Sdra semua, terima kasih atas penyertaan Sdra dan melayari blog saya. Berhubong dengan isu DS Anwar Ibrahim dan penglibatan saya, biarlah segalanya tersimpan dalam memoir saya yang akan ditulis dan kemudian diterbitkan selepas saya mati. Kerana saya hendak mencontohi Allahyarham Tun Ghafar Baba yang menulis memoir dan diterbitkan selepas dia meninggal dunia oleh anaknya Tamrin Ghafar, soal betul atau tidak dalam tulisan Pak Ghafar, jika ada orang pertikaian, tidak mengapa kerana dia sudah meninggal dunia. Maka saya mohon maaf untok tidak menjawabnya. Malam tadi 04092006, saya bersama Sdra Tien Chua, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, perkena tea tarik di Restoran Pelita diBangsar. Perkara itu juga disembangkan dan saya telah menjelaskan. Soalnya hubungan saya dengan DS Anwar Ibrahim kekal macam dahulu, saya dan dia berbeza pendapat dalam soal perjuangan dan perinsip tetapi saya tidak bermusuh dari segi kemanusian.
Malah pemecatan saya adalah lanjutan aduan yang dibuat oleh Badan Perhubongan UMNO Wilayah Persekutuan yang diPengerusikan oleh YBM Ds Tengku Adnan Mansor kepada Lembaga Desiplin UMNO berhubung dengan hadirnya saya, waktu itu masih lagi Setiausaha UMNO Bahagian memberikan sokongan kepada Ds Anwar Ibrahim supaya diberi pengampunan dan saya menandatangi surat rayuan itu. Tidak diketahui kenapa Lembaga Desiplin tidak mengambil tindakan, mungkin kerana Vcd yang dilampirkan itu ada saya menyebut "jika Ds Anwar Ibrahim dalam Parti Keadilan saya tetap menentang dia, tapi soal pengampunan saya tetap menyokong kerana dia berhak untok merayu sebagai rakyat Yang Di Pertuan Agung" dan majlis itu dihadiri oleh parti-parti pembangkang dan ngo yang simpati dengan Ds Anwar Ibrahim.Malah sayalah orangnya yang mencadangkan Ds Anwar Ibrahim diterima semula didalam UMNO dan jika perlu UMNO Bhg Bandar Tun Razak akan menyokong, tetapi dipintas oleh Abdullah Hj Ahmad dengan membuat keputusan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi menolak Ds Anwar Ibrahim dalam UMNO. Maka diminta semua pehak bertenang dengan isu saya dan Ds Anwar Ibrahim, jangan lebih sudu dari kuah.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa saya menyokong Dr Mahathir Mohamad, satu andaian yang cukup silap, perlu tegaskan saya tidak menyokong Dr Mahathir Mohamed atas nama batang tubuhnya dan konsisten pendirian saya terhadap Dr Mahathir Mohamed saperti buku yang saya tulis "Bila Lagi Mahathir Nak Sedar", saya hanya menyokong isu-isu yang dibawanya kerana isu itu kepentingan awam. Saya meramalkan dalam buku itu Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri UMNO yang terakhir, dengan perbalahan kedua mereka ini sudah ada symtom kearah itu. UMNO akan kehilangan kuasa walau pun bukan Dr Mahathir Mohamad tetapi Abdullah Hj Amad, tetapi segalanya kerana Dr Mahathir Mohamed yang memulakanya.
Isu saya menyertai UMNO semula selepas Presiden UMNO bertukar, mesti dilihat dari segi latar belakang pegangan politik saya. Dia tidak semestinya apabila Ds Najib Razak mengambil alih atau siapa pun, maka dengan mudah saya menggadaikan maruah perjuangan saya untok menyertai UMNO. Saya amat mengerti bahawa pemecatan saya dalam UMNO bukan kerana politik wang, salah laku jenayah tetapi sebaliknya kerana mengkritik Presiden UMNO yang Arifbillah, dimana yang saya kritik atau ditulis,perkara itu juga ada dicakap dimana-mana oleh orang yang berminat atau tidak perkara politik. Kebiasaan parti politik akan memecat anggotanya yang melanggar "tujuan" saperti yang ditulis dibawah Fasal 3 Perlembagaan UMNO. Dan yang terpenting ialah apakah "Falsafah Perjuangan UMNO"? banyak gulungan muda dalam UMNO tidak memahami apakah hala tuju UMNO kecuali generasi tahun 70an.dahulu saya dimasokan falsafah itu yang dinamakan "Demokratik Nasionalism" sebagai hala tuju UMNO. yang sekarang sudah dipakai oleh PAS dan dilupakan oleh UMNO. Saya mempertahankan sistem yang dijadikan paksi oleh UMNO sekian lama iatu sistem ekonomi Kapitalis tampa had yang dilndungi dengan nama "free enterprise" satu warisan penjajah yang melekat dalam badan tubuh UMNO semenjak dia tubuhkan. Dalam sistem itu saya tidak terlibat dan dapat habuan dari sikap mempertahankanya, sebaliknya saya memberikan sokongan berdasarkan acuan yang dibuat oleh Tun Razak Hussein dalam DEB, dimana di zamanya saya menyertai UMNO. Hari ini kita boleh melihat bagaimana ahli UMNO berbeza pendapat bukan soal perjuangan Melayu sebaliknya kerana faraid hasil kekuasan dalam kerajaan, semua soal projek, orang UMNO diperingkat bawah sudah berpuas hati dapat permit teksi, kontrek klas F, kutip sampah, lesen penjaja tetapi pemimpin partinya dari Presden UMNO yang sibuk degan AMASI (ANAK, MENANTU, ADIKBERADIK, SAUDARA, IPAR) membawalah kepada Menteri, Menteri Besar sibuk pula mempertahankan Kapitan Kapitalis yang membotakan hutan, mencemarkan sungai, mengambil tanah kerajaan dan macam-macam lagi.
Saya berulang kali menyatakan termasok dalam mesuarat yang terakhir saya hadir di Perwakilan UMNO Bandar Tun Razak pada 10hb September 2006, "bahawa pemimpin UMNO jangan leka menjadikan ahli-ahli UMNO diperingkat bawah atau prolitarian sebagai lembu, dimana sekarang lembu saperti digunakan untok memajak tanah-tanah gersang, dan selepas dibajak dan tanah subur, ditanam atasnya segala tumbuhan yang mendatang hasil, saperti padi, kelapa sawit, pokok getah dan lain-lain. Dan bila tumbuhan sudah besar, memang benar lembu tak boleh makan padi, kelapa sawit dan getah tapi tumbuhan itu dijual dan jika dapat duit, jangankan nak beli rumput untok dibagi kepada lembu supaya terasa nikmat bersama hasilnya, tetapi sebaliknya akan ada lembu-lembu yang akan disembelih." Dan hari ini cukuplah saya menjadi lembu, dan kena berfikirlah kita, kenapa dalam Islam kita dilarang menyembelih binatang dihadapan binatang yang lain. Orang-orang UMNO jangan bersorak pemecatan saya tetapi berfikirlah adakah tidak satu masa anda akan disembelih?. sekian. terima kasih

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin said...

posting diatas telah dibuang kerana penggunaan kata - kata lucah dan keterlaluan ,

Anonymous said...

assalamualikum saudara sang kelembai..selamat berpuasa..banyak maklumat yang saya perolehi daripada blog saudara ini...cuma, apa yang saya amat harapkan, semoga saudara dalam membuat sebarang kenyataan atau ingin mendedahkan sesuatu biarlah benar-benar benda itu berlaku dan jgn pakai sedap tangan menaip sahaja.sekiranya benar,bolehlah kita sama-sama mengambil iktibarnya, tetapi sekiranya salah...dosalah yg akan dipikulnya..teruskan perjuangan saudara..cuma 1 sahaja yang saya pinta..tunaikanlah harapan kami semua yg setia membaca blog saudara ini dgn pendedahan saudra terlibat dalam konspirasi DSAI. agar dgn penjelasan saudara dapat memperbetulkan apa yang tidak betul.kami amat2 berharap..jgn hampakan kami tuan sang kelembai..selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa apabila tiba masa berbuka..wassalam

Anonymous said...

tahniah sabg kelembai...made in malaysia thinker..

Anonymous said...

Bila Pak Lah berdiam diri dan tidak menjawab isu yg diutarakan oleh TDM, anda hentam Pak Lah habis2an.

Saya lihat anda pun 2x5 juga bila tidak mahu menjawab tentang penglibatan anda dalam knspirasi DSAI.

Selalunya org bediam diri ni, sebabnya dah tau diri salah ... tak gitu kata anda sebelum ni Sang Kelembai?

Anonymous said...

Assalamualaikum!
Terima kasih atas penerangan yang diberi tentang isu DSAI.Saya akan menunggu dengan sabar dan diharap dianugerahkan usia yang panjang agar dapat membaca buku karangan sudara selepas saudara tiada lagi di dunia ini.
Saya bukan fanatik terhadap isu DSAI tetapi cuma kadang kala sebagai seorang yang dianugerah Allah akal yang baik kadang kala sukar untuk menerima apa yang berlaku tanpa bukti yang dijanjikan.
Sebagai seorang bekas pegawai tentera, saya masih ingat bagaimana kami DIPAKSA menerima apa yang berlaku dalam beberapa siri perjumpaan dan setiap kali perjumpaan kami telah dijanjikan bahawa ada banyak bukti akan di tunjukkan.Malangnya setiap kali itulah juga saya berasa hampa kerana perkara yang sama disebut berulang kali dan kami digesa untuk percaya...
Saya cuma berharap agar saudara dapatlah kiranya memberikan bukti yang jelas dalam isu penyelewengan AAB dalam menjalankan tugas sebagai PM.
Sekarang setelah hidup sebagai rakyat biasa saya dapat merasai kesempitan dan kesusahan rakyat biasa terutama bangsa melayu.Saya tak sanggup maruah dan perjuangan bangsa digadai oleh orang2 tertentu.

Anonymous said...

Apa sebab hendak tunggu sampai awak 'mati' baru bukti-bukti terhadap DSAI hendak dikeluarkan?. Itu tidak adil terutamanya jika 'andaian' yang anda buat terhadapnya tidak berasas. Takda peluanglah DSAI saman anda ke Mahkamah.

Jika anda 'berani' sepertimana anda telah/sedang lakukan sekarang, keluarkan bukti-bukti terhadap DSAI sekarang juga bagi membolehkan masyarakat, termasuk saya sendiri, membuat persepsi masing-masing.

Jikalau anda dah 'mati' baru bukti-bukti itu hendak dihebahkah, mana boleh DSAI atau pihak-pihak lain 'hentam' anda balek jika terbukti jelas cerita anda itu karut belaka.

Pada mula-mula blog anda disiarkan, anda bukan main hebat lagi, hentm sana hentam sini. Mengapa sekarang tempo anda dah mula menurun; macam habis 'steam' sahaja. Maybe your expecation that you're going to have wholehearted support dah meleset kut. You have to accept the fact that ramai orang tak akan support orang macam you ni - 'discarded politician' yang 'syok sendiri'.

Sang Kelembai, you've started the ball rolling, let me see you scoring the goal.

Anonymous said...

Benar, kata org mengenai umno. Aku first time bukak blog ini. Aku tengok wah....ramai org sokong ko..tapi org umno ini sokong dari jauh aje..mereka tompang tengok apa yang akan jadi aje..last kali mereka akan kata kesian....kesian...kesian...

Sang Kelembai perlu prepare to die alone...coz bagi saya yang sokong ini tak de value.

Lepas itu sang kelembai kena evaluate, semua yang ada hanya tahu sokong dan bagi kesian, tak de satu pun yang turunkan hujah - hujah mengenai apa sebenarnya berlaku dan bagaimana nak selesaikan masalah ini.

At the end things will still be the same

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamualaikum...

Zaak..aku rasa elok ko jgn bagi komen ape2 dlm blog nie...aku meluat sgt tgk komen ko...ko salah ruangan nak komen beb...walaupun ko org terawal sokong Pak Lah ko ingat ko bagus ke...pada aku ko lah org paling awal diperbodohkan oleh Pak Lah...aku rasa pemikiran ko mcm budak darjah 6..UMNO rosak sbb ramai manusia mcm ko...Sorry ye sebab aku rasa betul...

Anonymous said...

Eloklah kau tak komen pasal Anwar tu, kita dah lari tajuk ni !, Pak Lah dah semakin lega bila korang dah tukar topik.

Anonymous said...

Tn Kelembai..
Tn yang Komen..
saya suka baca. suka baca pertelingkahan pendapat. Kept good work friends.. biar semua pembaca tau apa yang dibincangkan. sendiri punya tapis apa yang dirasakan 'blabber', tapi idea yang diperjuangkan, hadith, sunnah dan firman yang dinyatakan adalah sesuatu yang baik untuk difikirkan dan dibandingkan dengan senario sekarang. saya setuju dengan "islam ada had, ada hari" (islam hadhari kononnya) yang merapu. Islam hanyalah ISLAM dan sesuai sepanjang zaman. tak perlu untuk 'reNEW' islam yang telah 'perfect'. orang Islam hanyalah orang yang beriman. beriman lah kita kepada ALLAH dan RASULALLAH.
---selamat berpuasa---

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, sebagai manusia yang diberikan akal oleh Allah Taala untuk berfikir, gunakanlah dengan sebaiknya untuk mendapat keberkatan untuk menuju jalan yang lurus ke hadratNya, seperti yang kita bace tiap-tiap solat surah Al-Fathihah... termasuklah dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara...

Kalau kita lihat dari dulu sejarah politik Malaysia, banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh Umno, melayu terpinggir pun kerana Umno (tgk Penang,negeri lain pun apa kurangnyer...), belum lagi termasuk dengan dengan isu rasuah yang tak berkesudahan, kronisme, nepotisme, bergaduh sesama pemimpin kerana rebutkan ap, gejala sosial yg semakin teruk, murtad dikalangan orang melayu, robohkan rumah orang seperti berlaku kat kg semarak , perpecahan Melayu(pertembungan kuli ngan tun m, pemecatan anwar ibrahim) dan belum pun isu2 diatas selesai dah nak bergaduh pula tentang isu paklah dan anak2 menantu....

apa yang aku nak katakan apa lagi yang boleh diharapkan dengan Umno ni?

inilah balasannya kerana tidak meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan. Yang halal boleh jadi haram, yang haram boleh jadi halal. Kuasa menjadi rebutan. Kekayaan diboloti sebanyk mungkin tanpa berpegang pada Al quran dan sunnah.

ada baiknya sesiapa yang kecewa dengan pemerintahan sekarang ni berbuat sesuatu pada pilihanraya akan datang. Berubah kerana Allah di bulan Ramadan ni. Sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk dan hidayah. Bagilah peluang kepada mereka yang Ikhlas untuk meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan pemerintahan.

bagilah mereka peluang...
takbir....
-hafaze

Anonymous said...

Bila aku baca komen daripada kebanyakan bangsa cina di M'sia boleh kata semuanya sokong kenyataan LKY..diorg ni barangkali sudah bosan hidup di M'sia....aku rasa sebelum sesuatu terjadi kpd mereka elok juga mereka2 ini segera bermastautin di negara China semula...aku rasa dgn pegangan ekuiti tertinggi bangsa mereka di M'sia ni memang tak patut seorg pun bangsa cina sokong kenyataan LKY...kalo ada pun mesti lah dari golongan yang bukan waras ...yang pasti aku cukup anti bangsa cina yang sokong kenyataan LKY..jika beberapa perkara yang mereka tidak puas hati mereka hanya perlu tuding jari kepada pemimpin UMNO sahaja...sbb pemimpin UMNO dari dahulu sehingga skrg byk yang bermuka-muka,tali barut dan menangguk di air keruh...sedangkan nasib bangsa melayu golongan pertengahan pun tertindas inikan pula nasib segelintir bangsa mereka....Nasib baik Tunku Abd Rahman jadi PM pertama M"sia..kalo aku lah jgn harap aku nak layan kerenah LKY yg hanya menumpang di T.Melayu...sehingga skrg aku masih tidak berbangga dgn cara Tunku memerdekakan M'sia..Beliau dlm diam melibatkan pembabitan LKY dlm memperjuangkan kemerdekaan tanpa pengetahuan Tun Hussien Onn....Lebih baik libatkan Rashid Maidin je kalo begitu...mungkin Singapura tu sebahagian dari M'sia skrg...Tidak semua rakyat M'sia yang tahu fakta ini semua..maka sehingga skrg kita masih dapat lihat LKY memperlekehkan pemimpin M'sia yang pd LKY hanya sampah kot...memang HINA....aku berdoa pemimpin yang akan menggantikan Pak Dol nanti lebih intergriti serta dapat menyatukan semula org melayu dari golongan pembangkang,atas pagar dan UMNO....jika ini berlaku maka tidak boleh tidur lenalah bangsa

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamualaikum, saya amat menyokong tindakan sdra memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan ahli UMNO khususnya bahawa pemimpin kita skrg ini telah jauh lari dari manhaj kepimpinan Islam yg sebenar. Satu perubahan perlu diadakan sebagaimana TDM kata "either he changes or steps down" bagi menjamin masa depan ketuanan orang Melayu/ Islam di negara Malaysia yg tercinta ini dan ini termasuk anak cucu kita.
Teruskan perjuangan sdra dan ketahuilah ramai ahli UMNO telah mempunyai kesedaran dan ramai yg berasa sedih dengan sikap "yes Pak Lah" oleh kebanyakan pemimpin UMNO. Saya mencadangkan kpd sdra untuk menyenaraikan salahlaku "Pak Lah and family" utk tatapan semua. Pray for Allah to be always with us - Ameen.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zaharin mohd yasin said...

Saya amat memahami bahawa kesemua comment yang lari dari topik perbincangan itu bukan datangnya dari mereka yang berada dalam Parti Keadilan atau yang simpati dengan Ds Anwar Ibrahim,sebaliknya dia ditulis oleh satu atau dua orang yang tertentu yang akhirnya hendak menjurus menyokong membela Abdulah Hj Ahmad atau askar upahan yang selalu dipanggil "gurkha" bertujuan untok menghentam saya termasok yang memanggil saya Pak Chik itu, satelah mereka-mereka ini, tidak dapat menghujjah topik yang dibincangkan ia itu "Tindakan Menghalal Cara" Ini berdasarkan jika jawabpan yang diberikan sudah tidak faham atau tidak mahu faham. Janganlah membuat komen sebegitu yang datang dari orang yang sama dengan berbagai nama samaran, kilas ikan di air saya tahu jantan betinanya, maka saya terpaksa memadamkan comment tersebut kerana mengganggu kepada yang lain untok berbincang atas topik yang dilontarkan. Sebenarnya perkara yang ditanya itu sudah tertulis dalam berbagai buku dan rencana dizaman reformasi dan salinan laporan polis saya dalam isu Ds Anwar Ibrahim pun terdapat dalam buku yang ditulis oleh Sdra Lufti yang sekarang menjadi pengarang Harakah. Saya membangkitkan laporan polis yang kemudian saya dikatakan terlibat dalam isu itu, hanya nak mengingatkan Abdullah Hj Ahmad, bahawa dia berada disitu kerana Ds Anwar Ibrahim telah dipecat jawatan, kalau Ds Anwar Ibrahim sebaliknya sudah pasti Abdullah Hj Ahmad sudah jadi Menteri Pencen atau jadi macam Mohd. Khalil Yaakob, jadi Gabnor. Jadi "gurkha" yang menyamar ni, kalau tak ada hujjah jangan berselindung atas keenggan saya untok menjawab soalan tersebut kerana tulisan itu mengoturkan blog saya.Tektikal dalam serang hendap, bukan menyerang waku dia melintas tetapi akan menyerang waktu dia balik kerana sudah diketahui berapa yang dah melintas. Itu sebab, saya membiarkan dulu, tulisan-tulisan Gurkha ini. Saya pinjamlah kata Pak Habib Syed Hussein Al Attas, "saya punya buku, saya punya suka nak tulis apa" begitu juga saya, saya punya blog, saya punya suka nak tulis apa, yang penting banyak lagi saya nampak pelayar yang kreatif, intelektual dan memberi ilmu. Sekian Terima Kasih. kepada anonymous yang tiada kaitan jangan berkecil hati, teruskan perbincangan luahan rasa hati anda berdasarkan topik yang dibincangkan.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamualaikum "Tindakan menghalal cara" eeem baru pertama kali dengar. Rasanye satu istilah baru yg timbul dlm era Pak Lah. Nampaknye Pak Lah pun mempunyai bakat yg sama dgn Anwar iaitu menimbulkan istilah/terma baru B. Melayu. Tapi harap2 tidak mempunyai hobi yg sama. Nauuzubillah min zalik.

Sefaham saya, ia bermakna selagi mana tindakan itu berfaedah apa-apa cara pun boleh digunakan - halal ke haram ke tidak menjadi pertimbangan. Kalau mcm tu serupa Syiah la Pak Lah kita. Kalau mcm tu juga tak payahlah lagi nak promote Islam Hadhari sebab diri dah jadi Syiah.

Sefaham saya yg cetek dlm agama ni, Islam tidak membenarkan penggunaan apa-apa cara yg bertentangan dgn Islam walaupun matlamatnya berfaedah kpd kita. Jadi sendiri2 la faham.

Mungkin dgn istilah itu Pak Lah ingin menjustifikasikan segala tindakan dan/atau kekayaan yg diperolehi oleh "Pak Lah and Family" iaitu utk membanyakkan kekayaan org Melayu Malaysia. TAPI kenapa hanya anak menantu dan adik beradik saje yg dapat - itu Pak Lah saje yg boleh jawab. TAPI kenapa pulak Patrick Lim dan Kalimullah (warganegara Singapura) pun dpt tumpang seluruh mangkuk - itu pun Pak Lah saje yg boleh jawab. TAPI kenapa sampai nak jual saham semua GLC kpd Temasek - itu pun Pak Lah saje yg boleh jawab. TAPI mcmana saham bumiputera Pantai boleh jatuh ke tangan Temasek - itu pun Pak Lah saje yg boleh jawab. Tapi kenapa jambatan bengkok tak boleh bina - itu pun Pak Lah saje yg boleh jawab.

Walaubagaimanapun jawapan yg boleh kita dpt dari Pak Lah "Encik boleh pergi berjumpa KJ, beliau boleh berikan jawapannya" atau "Sepanjang pengetahuan saya - perkara tsb tidak berlaku. Saya tidak pernah dimaklumkan". Itulah Pak Lah yg sengaja buat2 tak tahu apa yg beliau dah tahu lama. Semoga Allah memberikan petunjuk kpd Pak Lah supaya cepat2 membuka mata sebelum terlambat. Sekiranye tak mampu, ambillah tindakan bukan utk kepentingan diri and family tapi utk kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Encik Zaharin,

Boleh anda nyatakan apa bezanya anda dengan AAB?

Anda tidak puas hati AAB tidak menjawab soalan TDM dan melencong ntah ke mana.

Anda juga melencong ntah kemana bila ditanya tentang konspirasi DSAI.

AAB akan memecat atau sumbat ke ISA mereka yang menentang beliau.

Anda pula, memancung komen2 yang menentang anda.

Hmm ... saya tidak nampak beza.

Sebenarnya, apa yang saya lihat, para pengunjung di blog ini hanya mahu melihat sejauh mana keberanian anda menjawab soalan mengenai DSAI.

Mereka bukan mahu tahu sangat pun penglibatan anda, kerana apa yang terjadi pun, DSAI sudah bebas sekarang.

Kasihan kerana anda sudah sudah pun menjukkan kebaculan anda dengan tidak menjawab soalan tentang konspirasi DSAI.

Ada lebih anda bercakap depan cermin sahajalah Encik Zaharin bila mahu menghentam AAB, kerana anda dan AAB, sama sahaja!!

Anonymous said...

Saya cukup kelakar bila seorang Pakcik berumur 50 ++ boleh memadam komen yang dibuat oleh saya yang baru berumur 26 tahun??

Apa yg pakcik takutkan sangat ni? Saya tidak menggunakan bahasa yang lucah atau makian. Atas dasar apa pakcik memadam komen saya?

Itulah acuan UMNO - "pancung sesaper sahaja yang menghentam kita!!"

zaharin mohd yasin said...

Bukan saya tak bersetuju atau tidak boleh dihentam atau komen, tapi kalau menyentuh soal saya dengan Ds Anwar Ibrahim, jangan bercakap benda yang tak tahu, perlu apa saya nak terangkan penglibatan saya dalam Isu Ds Anwar Ibrahim kepada satu Malaya, kalau saya sendiri boleh menerangkan dengan Ds Anwar Ibrahim orang yang sebenar terlibat dan menjadi mangsa kalau saya dikatakan buat "fitnah". Tahukah mereka satelah Ds Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan, hubungan saya dengan dia masih baik. Malah Sdra Azmin Ali sendiri pernah hadir kerumah saya dalam majlis khenduri semasa beliau menjadi wakil rakyat.. dan yang terpenting saya dengan Ds Anwar Ibrahim sudah memaafkan satu sama lain, dan dia tidak pernah menyimpan demdam kepada saya begitu juga saya denganya. Malah isu pemecatan saya dalam UMNO beliau merasa kesal termasok kes aduan polis fasal sms saya, beliau merasa hairan kenapa saya diperbuat begitu. Kalau tak percaya yang saya kata buatlah soalan kepada blognya dan dia akan jawab. Soal kenapa yang lain-lain menyibok tak tentu arah, saya tak faham itu sebab saya panggil "gurkha" dan jangan hairan dalam sebulan dua nanti saya dan dia akan berceramah dalam satu pentas, sama yang pernah kami lakukan dalam tahun 1978. Bincanglah isu topik yang saya tulis dalam ruangan saya, daripada menulis mengatakan saya buat "fitnah" kita sendiri menyebarkan "fitnah". Tujuan saya menjawab dalam comment, bagi membuktikan saya membaca komen-komen sebagai tanda penghurmatan saya kepada pelayar blok saya. Sekian, Tkasih

Anonymous said...

oleh sebab itu boleh ke sedara terangkan di sini siapa yang betul dalam kes ds anwar.... tdm ke ds anwar cakap betol.. cakap..cakap..jgn delete..

The Truth said...

Saudara Sang Kelembai

Penjelasan saudara berkaitan isu Anwar ini,nampaknya telah mengheret masalah ini kedasar yg lebih dalam dan telah menimbulkan konflik yg berbagai antara blogger.saya sendiri secara peribadi agak keliru berkaitan masalah ini..siapakah sebenarnya berdiri diatas jalan yg benar,mahathir atau anwar..mahathir pd perspektif saya dan umum adalah seorang yg mempunyai peribadi yg konsistan,yakin diri dan amat benci kpd pembohongan,jadi saya yakin mahathir tidak berbohong dan membuat tuduhan palsu keatas anwar..Oleh itu saya berpendapat saudara mempunyai tanggung jawab yg besar dan sebagai amanah utk memberi penjelasan dlm isu ini utk menerangkan kebenaran.Kebenaran adalah pahit tetapi ianya harus diterima oleh semua pihak,atau mungkin berlaku fitnah antara mahathir dan anwar hingga berlaku pergeseran antara keduanya,maka disini tanggung jawab saudara semakin besar dari sudut agama utk memberi penjelasan agar segala kekeliruan ini dpt diperbetulkan.

Anonymous said...

Assalamualaikum - Ada org berkata semua ini berlaku adalah atas perancangan DS Anwar dan KJ. Ia adalah utk menunjukkan ketakupayaan Pak Lah. Seterusnya setelah Pak Lah turun, oleh kerana tiada pemimpin UMNO lain yg clean maka eloklah dipanggil DS Anwar kembali utk menerajui UMNO. Nauzubillahi min zalik.

Maaf saya katakan saya tidak akan menerima DS Anwar seorang hipokrit - yg menghalalkan cara utk kepentingan diri - dan pd masa yg sama tidak bersetuju dgn kepimpinan "Pak Lah and Family".

Kpd sdra Zaharin sekiranya anda terlibat dlm menaikkan kembali DS Anwar, minta maaf, anda tidak layak mendapat sokongan saya dan mmg betullah apa yang dikatakan oleh org ttg awak sebelum ini.

Kepada Pak Lah "Pls change or step down". Sekiranya tidak, pilihanraya yg akan dtg akan menyebabkan UMNO mengalami malu dan kekalahan yg amat besar. Akhirnya yg rugi adalah org Melayu Islam sendiri dan bangsa lain akan tersenyum lebar melihat keruntuhan org Melayu Islam. Mungkin pada masa itu Pak Lah tidak sedikit pun berasa bimbang krn khazanah yg terkumpul melimpah ruah hingga boleh menampung hidup sehingga hari kiamat.

Tapi Pak Lah jgn khuatir krn anda akan dimasukkan dalam sejarah sbg "Pengkhianat dan Penjahanam No. 1 Bangsa Melayu Islam".

Anonymous said...

Tiada unsur lucah,makian dan perkauman pun dalam komen aku, kenepalah...kau delete !. kurang2 dpt disiarkan seminggupun jadilah...mungkin kau rasa pahit kot !

Anonymous said...

kau orang ni mesti kayu, dia dah kata dia punya, maka dia punya sukalah. aku pun dah macam setuju dengan dia si kelembai ni fasal kamu orang. kau nak pampang seminggu ke, sebulan ke, buatlah blogger sendiri. orang cerita nasi, kamu masih cerita beras. isu anwar ibrahim dah basi,cubalah cari bahan yang bernas. hehehe selamat berbuka posa.

Anonymous said...

After going through all the comments, including yours, I can summerise with a concise statement: You are a wayward good for nothing politician - cakap tak serupa bikin. You are no different from the others. Carilah pahala dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dari mencari dosa dengan mengata orang tanpa mempunyai asas dan bukti yang kukuh. Lagi pun anda dah tua; tak lama lagi mungkin akan menemui ajal.

Anonymous said...

Tindakan menghalalkan cara memang kerja orang UMNO..menteri UMNO..ahli UMNOsudah sekian lama.
UMNO pernah di haramkan..ganti UMNO Baru..tapi apa dah jadi?. Kemana hilangnya UMNO Baru?.Tetiba nama UMNO Baru lesap dalam semua urusan UMNO?.

Saya tak nampak mahupun kedengaran dalam apa-apa forum nama UMNO Baru disebut..Mengapa jadi demikian?.

Ini pastinya pucuk pimpinan UMNO dah menghalalkan Cara dengan menghalalkan UMNO yang telah di haramkan.

Saya harap Sang Kelembai dapat menyiasat dan memberikan penjelasan di blog ini.

terima kasih..selamat berjuang, berani kerana benar, takut kerana salah.

Anonymous said...

Sang kelembai,
Apa pun komen yang diberikan di blog anda ini, ianya tetap memberikan kesan yang menakutkan di kalangan pemimpin UMNO.

Percayalah..AAB dan timbalannya tak tidor lena miniti hari-hari mendatang untuk berhadapan dengan lebih 3 juta ahlinya.

Pemimpin di peringkat negeri turut merasa bahang apabila macam-macam arahan dikeluarkan pucuk pimpinan parti bagi memastikan segala isu yang dibangkit tidak merebak ke akar umbi.

Menteri Besar-menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri terpaksa akur dengan arahan-arahan kedua-dua bos.

Apa jua majlis yang dianjurkan kedua bos WAJIB di hadiri semua ketua-ketua UMNO bahagian tiada yang berkecuali sebagai tanda sokongan padu kepada AAB dan timbalannya.

Maka satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh KDYTM Tengku Mahkota sebuah negeri khas untuk Menteri Besar dan ahli-ahli EXconya tanpa kehadiran mereka yang setia kepada pucuk kepimpinan parti.

Dengar khabarnya, Menteri Besar yang terkenal dengan samsennya itu telah mengeluarkan arahan supaya semua exco dan semua ketua UMNO Bahagian, melupakan jemputan Tengku Mahkota dan WAJIB pergi ke majlis berbuka dengan TPM di Putrajaya.

Sedih dan bersimpati juga dengan penganjur yang pastinya menyediakan juadah yang enak-enak untuk seorang Menteri Besar dan ahli exconya berbuka di Istana.

Sebagai seorang pemerhati politik, saya turut terkilan dengan tindakan Menteri Besar tersebut yang sanggup melukakan hati seorang putera raja yang bakal menaiki tahta kerajaan.

Suka saya mengingatkan, Tengku Mahkota juga mempunyai peranan dalam menentukan siapa pemimpin yang layak bertanding dan menjadi Menteri Besar.

Janganlah terlalu ghairah menjaga hati ABB dan timbalannya hingga lupa sumpah dan taat setia kepada raja.

Catatan saya ini untuk renungan semua, bahawa Tindakan Menghalalkan Cara kerja orang UMNO.

zaharin mohd yasin said...

Sdra Jasni,Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Saya akui bahawa saya menyokong PBS tetapi saya punyai alasan masa itu, sebab saya sudah tidak tertahan melihat kesusahan yang dihadapi oleh orang-orang USNO yang diperlakukan oleh BERJAYA kerana selepas USNO tidak berkuasa,saya seorang ahli UMNO yang menggerakan USNO semula bersama Karim Ghani dan Amisah Borhan. Tanyalah Dzulkefli Hamid dan orang lama dalam USNO. Masa itu, saya melihat masa depan politik Sabah selepas gagalnya "Barisan Sabah" dalam PRU 1981. Berjaya terus menekan orang-orang USNO, itu sebab saya pernah mencadangkan USNO dibubarkan sahaja bagi menyertai berjaya untok survival orang-orang Islam masa itu. sama saperti dilakukan Fuad Stephen membubarkan UPKO untok survival Kadazan. Saya juga melihat jika USNO berkuasa pun dia tidak menjadi kerajaan yang kokuh kerana 8 kerusi masih lagi dikuasai orang China. dan orang kedazan Islam tidak mencukupi membantu dikawasan Kadazan. USNO secara maksimanya hanya ada 22 kerusi dari 48 kerusi. Akhirnya saya beri idea kepada Pairin Katingan yang dipecat oleh Berjaya menubohkan PBS, saya berusaha mencari pemimpin Melayu islam menyerai PBS tetapi tidak siapa yang hendak sertai kecuali Hj Wahid, imam masjid Tambunan yang memperakui Pairin Ketingan seorang baik. dan dilantik sebagai Timbalan Presden kuota bumiputra dan pemandu basmi mini Jabar Khan. salepas PBS berkuasa dan menubohkan kerajaan 2/3 diSabah, baru banyak orang Islam menyertainya termasok Kasitah Gadam dan kemudian menjadi Menteri diPusat Sebenarnya PBS dan USNO memang ada perjanjian dalam PRU 1985, siapa yang lebih kerusi, dia menjadi Ketua Menteri, tetapi selepas PRU, USNO mengkhianati perjanjian itu. Inilah theori yang menyebabkan saya menyokong penubohan PBS, jika USNO berkuasa semula, politik balas demdam akan lebih burok lagi apa yang dilakukan oleh Berjaya kepada ahli USNO. Begitu juga akhirnya USNO bubar untok menyokong UMNO masok ke Sabah. dan saya satunya ahli UMNO yang tidak bersetuju penubohan UMNO keSabah. Jika ada kekesalan pribumi Sabah saperti yang Sdra Jasni nyatakan jangan saya seorang menjadi sasaran Dan yang terpenting dalam saya menyokong PBS, saya tidak mendapat balasan dan mencari kesempatan dalam apa bentok pun, walau Pairin Kitingan pernah menawarkan satu pingat yang agak tinggi juga kelasnya. Sekian. Terima Kasih

Anonymous said...

Saya ambil sedikit petikan dari blog rostam sani ...

"Dengan wujudnya orang-orang seperti Zaharin, maka lebih banyak yang akan dapat dilakukan, tanpa memerlukan Mahathir sendiri mencemar kredibilitinya sendiri."

"Dan pendekatan ini mengingatkan kita tentang ciri-ciri konspirasi “tajaan” Mahathir sebelum ini – seperti halnya dalam “sengketa” Mahathir-Anwar tahun 1998. Yang berperanan besar dalam konspirasi itu adalah beberapa “tokoh” yang dikenal di kalangan para penyokong reformasi sebagai “para konspirator”."

Dalam sibuk si Pak Kelembai ni mengatakan orang lain "Gurkha", rupanya dia pun dah lama jadi "Gurkha" orang lain ...

Anonymous said...

Dalam Umno, jatuhkan orang, tipu sana tipu sini, rebut kuasa, bolot kekayaan, jual bangsa, perlekeh agama dah memang budaya.... tindakan menghalalkan cara...

- kalau tak sedar2 jugak xtau la nak kata apa....

Anonymous said...

Dalam Umno, jatuhkan orang, tipu sana tipu sini, rebut kuasa, bolot kekayaan, jual bangsa, perlekeh agama dah memang budaya.... tindakan menghalalkan cara...

- kalau tak sedar2 jugak xtau la nak kata apa....

Anonymous said...

Kelembai aku tengok jadi gurkha mungkin ada sebabnya, bukan macam kamu jadi gurkha nak jaga Dollah KakiTido dan pakai pemper tu, tu sebab dalam utusan malaysia,ada gambar DollahKakiTido pegang samping bagi duit raya, takut terlondeh kot, nanti nampak bawah kangkang dia macam pakai pamper tu. Sang Kelembai pun satu penyakit, yang pergi layan orang pakai anonymous tu buat apa dilayan? layan yang pakailah blogger sahaja macam Jasni. Nampak sangat kau tak profesional dan kerana semua nak hentam kelembai maka semua ayatnya sama, cari isu yang bukan topik, kalau nak nasehat orang jangan buat fitnah dan mengatakan, mulakan dari kamu dulu.. ada faham! ini semua penyangak dollah kakitidor yang mungkin dekat BTN atau Kelab Tidor Bersamamu Pak Lah.. hehehhe, hidup TDM.. aku tengah marah ni. tak di jemput kemajlis buka posa dengan TDM ni.

Anonymous said...

Sang Kelembai,
Aku ni kesian ngan kau. Nasehat aku janganlah kau layan dan jawab orang yang bela Dollah KakiTido tu. kau buat bodoh sahajalah tak payah padamkan, biar kami orang dapat baca mentaliliti apa yang kau kata "Kelab Bersamu Tidor Pah Lah" kami pun perasaan begitu, sekejap bahasa inggeris, sekejap bahasa Melayu dalam tulisan menghentam kamu tu. macam mana pun kau bukan nyamok, lagi pun nyamok tak mati dengan peluru meriam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bubar je lah UMNO nih. Merosakkan akidah orang Melayu Islam je. Banyak sangat benda tak elok diajar dalam parti ni, especially rasuah ler kan. Hahaha. Hidup ni kalau tak berpaksikan Islam, macam ni lah jadinye, jadile Islam ikut2an. Tengok subjek terbaru, tindakan menghalalkan cara, tak ke pening mendengarnya. Lagi teruk daripada komunis lagi dah. Tengok ler orang UMNO penipu ni, tindakan membuang negeri ahli2 PKM, sampai ade yang meninggal di tanah terbuang, kononnye puak2 ni memudaratkan keselamatan. macam UMNO pulak yang beria2 menuntut kemerdekaan, padahal KMM lagi awal dari UMNO dalam bab nih. sudahlah, dah boring dengan kumpulan Melayu tua tak sedar diri, elok duk surau buat ibadat.

Anonymous said...

tak kisah lah TDM atau Pak Lah yg benar , tapi saya amat tidak berpuas hati dgn perasaan syok sendiri oleh Pak Lah , atau pun angkat bakul oleh akhbar perdana ke atas Pak Lah . Segala percakapan perdana menteri sekarang hanya pada permukaan , rambang , dan retorik saja - kalau mahu retorik , lebih baik saya undi Datuk Sri Anwar sahaja . Selepas 100 hari memerintah , tiada apa yang berlaku , Pak Lah kata , "Sekarang bary nak mula , mari bekerja dgn saya " . Genap setahun , tiada policy yg jelas dan detailed walaupun dah ada mandat yg begitu besar dlm pilihan raya umum . pak lah cuma kata , "baru nak menyesuaikan diri ." Lepas tu , masa temubual dlm TV secara LIVE hari tu , Pak Lah kata , dia baru nak WARM UP , kata beliau , pemerintahan ni macam juga bola sepak .

Banyak org complain susah nak mendekati Pak Lah sebab banyak sangat GATEKEEPERS sekeliling dia , tak macam Dr Mahathir dulu .

Akhir2 ini , bila begitu banyak rakyat tidak begitu berpuas hati dgn dia , tiba-tiba dia menggelabah , tidak stabil , dan tidak boleh dikritik .

Anonymous said...

Assalamualaikum - saya ni nak bagi komen sikit aje pd abg2 penulis komen yg nampaknya sudah jauh lari dari tajuk perbincangan.

Bukankah membuang masa utk membincangkan pasal DM Anwar yg dah tak relevan dgn UMNO lagi. Pasal Pairin la, komunis la - buat ape memberatkan kepala dgn perkara yg tak relevan buat masa ini.

Perkara yg utama skrg ni yg perlu dibincangkan ialah bagaimana boleh kita membetulkan kepimpinan Pak Lah yg nampaknye sudah jauh terpesong dari landasannya dan/atau apakah peranan yg boleh kita mainkan utk menjamin masa depan anak cucu kita. Bagaimana boleh kita berikan kesedaran kpd ahli UMNO lain supaya tidak mudah tertipu dgn kepimpinan Pak Lah.

Sedarlah kegagalan kita utk memainkan peranan akan menyebabkan kita menyesal kemudian hari iaitu pada hari semua ketuanan Melayu Islam tergadai kpd bangsa lain.
Takkan kita sanggup melihat anak cucu kita senasib dgn Melayu di Singapura.

Berilah komen bernas anda mengenai polisi "Tindakan menghalalkan cara" yg dicanangkan skrg ini oleh Pak Lah. Sama ada ianya boleh disokong atau tidak.

NYATAKAN PANDANGAN ANDA
terhadap isu ini secara spesifik.

Sdra Zaharin kita pun ada byk lagi isu2 menarik yg nak tulis - kesianlah sikit pd beliau - jadi jgn sibukkan beliau dgn isu yg dah tak relevan lagi pd masa ini. Tkasih.

Anonymous said...

arghhhh!!! Kene cantas lagik!!!

Anonymous said...

Masalahnyer memang semua ahli umno dah tau... menteri2 umno pun dah tau... yang dollah ni lemah...
tapi:

- Nak pulih cmne? dah teruk tahap gaban!!!

-semua nak jaga kedudukan, kekayaan yg melimpah ruah, projek sana sini...ni bagi pak2 menteri le. kalau menentang, jadi mcm pak zaharin le!!! x pun kena sumbat dlm Isa!

- xboleh buat apa2 dan hanya menentang dari belakang.(yg ni yg berjuang betol2 tapi majoriti kecik, xupaya dah)

- yg menyokong dan mendapat subsidi dari umno(kebanyakkn rakyat marhaen,( ni yg old timer le, yg dah set dlm kepala(save as) yg berasakan umno ni le yg tlg melayu, berpegang pada kalau umno xde, habis la melayu) xsedar2 asyik kena tipu!!!

- kita yang sedar ni buatlah sesuatu pada pilihanraya ni...undi je pembangkang, kita ajar la umno ni sikit....
bagi dia insaf....sebab puak2 umno ni dah tau apa yg dia wat rakyat x menentang, sebab tu la sukahati dia je nak buat aper2!!!!

- berdoa pada Allah bila mengundi, walaupun depa ni main tipu dlm pilihanraya, kita kena ingat yg manusia pandai merancang, tapi Allah yg menentukan!!!

Anonymous said...

Nak bagi UMNo sedar kite pakat ramai2 pangkah PAS. tu baru tindakan menghalalkan cara. Amacam? Ader berani? Kite tgk pulak mcm mane orang2 PAS memerintah. Aku cume nak hudud dan qisas dijalankan segera demi akidah umat Islam di Malaysia. Takbir!!!!!!!!!!

Anonymous said...

"Tindakan Menghalalkan Cara"
Apabila kita memisahkan antara Agama dan politik maka akan berlakulah apa yg dipanggil "Tindakan Menghalalkan Cara".
Kita jangan jadi "Munafik" dan kita juga jangan jadi manusia "hipokrit".
Pada pemerhatian saya sifat-sifat seperti ini juga (maaf) ada pada pak Zaharin.Pak Zaharin tuduh pak Lah munafik tapi dlm masa yg sama Pak Zaharin pun 2x5. Betullah pendapat yg mengatakan satu jari kita tunjuk pada org, tiga jari tunjuk pada kita.
Sungguh saya tak sangka rupa2 nya Pak Zaharin pun musang berbulu ayam.
Pada mula2 saya mengikuti blog ini saya sangka Pak Zaharin memang jujur dlm memperkatakan tentang kebejatan yg dilakukan oleh juak2 dlm umno, tetapi setelah Pak Zaharin sendiri "terlepas" tulis tentang kes DSAI tempoh hari barulah saya tahu siapa sebenarnya Sang Kelembai.
Pada Pak Zaharin saya nasihatkan sementara DSAI hidup lagi ni pergilah minta ampun pada dia atas dosa2 Pak Zaharin padanya. Awak tu dah Maghrib..takut tak sempat nak menghapuskan dosa silam..jangan asyik nak hentam org saja..Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Zaharin
Lama tak jumpa. Kalau Pak Zaharin ingat sayalah salah seorang org GOv yang tolong membangunkan usahawan melayu BTR. Cuma satu je yang saya nak ingatkan pada semua. Pak Lah tuh tunggu masa je nak jatuh, kalau kena caranya semua bersatu, dia terlungkup. Kita naikkan semula TDM.

Anonymous said...

Saya rujuk kepada komen posted at 6.51pm.

Kalau nak bagi jatuh Pak Lah atau mana-mana pemimpin pun biarlah diambil kira cara dan akibatnya. Jangan pula disebabkan tindakan kegelojohan akibatnya lebih buruk dari apa yang ada sekarang.

Misalnya nak naikkan semula TDM. What a joke!. Orang tua tu kita hormati dan kita sanjungi kerana jasa-jasanya tetapi kalau orang tua ni dan menunjukkan gara-gara nyanyok kata-kata dan tindak tanduknya, apa guna kita naikkan dia lagi. Kita carilah pemimpin yang betul-betul layak. After all, no one is INDISPENSIBLE. That includes TDM.

Anonymous said...

Ape punyaa turrr laaa....

Buat ape nak junjung lagi TDM tu...
cukup2 lah tu...selain Pak Lah mahupun TDM masih ramai lagi yang mampu pikul tanggungjawab besar tu....yang penting sape yang kita nak junjung jadi next PM...

Anonymous said...

Pernah satu ketika sebelum pilihan raya 2008 saya dan suami memperkatakan tentng senario politik semasa yang kelihatan seolah-olah tidak mementingkan hal rakyat tetapi asyik dgn isu projek dikalangan wakil-wakil rakyat muda.Hal-hal berkaitan rakyat diabaikan .Maklumat ini kami dpati drp maklumat rakyat sendiri yg melihat dan menyedari dan mengadu kpd kami.Keadaan ini memang dpt dirasai terutama ditempat kami sendiri.Keadaan ini menyebabkan sbhgn perniagaan yang dijalnkan juga menjadi lembab atau tiada bisnez lgsung menyebabkan kalangan peniaga juga terasa susah hendak cari makan. Syukurlah saudara sedar keadaan ini dan telah menyatakan kebenaran kpd kerajaan.Saya dan suami sangkakan tiada siapa akan menegur keadaan ini.Teruskan usaha saudara untuk menceritakan kebenaran ini spy keadaan ini dpt diperbetulkan.Pada saya rakyat bukan menolak BN tetapi menolak kepimpinan yg kotor dan hanya mementingkan kroni mereka sahaja tanpa mempedulikan kebajikan rakyat yg telah mengundi mereka.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia