Mengingati nasihat orang tua - tua dan memang telah menjadi pegangan dalam agama kita, kalau Allah nak tunjuk, dia pasti akan terjadi. Begitulah UMNO bila pemuka yang menjadi pengampu Presiden parti itu tidak memperdulikan tertib bila diadakan program selawat Nabi bagi memulakan Majlis Perhimpunan Agung UMNO pada 14hb Nov 2006. Sepatutnya Selawat Nabi dibuat dalam keadaan semua orang sudah berdiri tegak dan bukan seperti yang disiarkan melalui TV seluruh negara, yang mana Selawat Nabi dialunkan dalam keadaan Presiden UMNO itu masih berjalan masuk ke Dewan Persidangan.
Dalam majlis perkahwinan pun, jika diadakan bacaan Selawat Nabi, pengantin itu terpaksa berdiri dulu sebelum memasuk dewan atau duduk di atas pelamin bersanding. Maka apa yang disaksikan oleh kita semua ialah Selawat Nabi yang diadakan sewaktu Perhimpunan UMNO itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan tertib Islam dan dari segi hukum perhimpunan itu tidak akan mendapat sebarang keberkatan jauh sekali lagi pahala kerana selawat itu lebih bertujuan untuk mendewakan Abdullah Hj Ahmad.
Kita orang Islam sebenarnya sudah terdidik supaya mengikut tertib melafazkan, membacanya "selawat nabi" dengan berdiri dan ini sepatutnya lebih utama dari berdiri sewaktu mendendangkan lagu "Negaraku" kerana selawat ke atas Nabi adalah satu penghormatan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Jadi tidak hairan jika ayat Al-Nisa 4.59 hanya sebagai hiasan sama seperti bendera, banting dalam Dewan Merdeka itu. Ayat yang berbunyi "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatlah Rasul(NYA) dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnah NYA) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
Bila kita lihat dalam pembahasan usul agama, tidak seorang pun menegur kesilapan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat UMNO itu. Jika isu agama yang mencabar tertib perlaksanaan yang akan memberi kesan kepada orang-orang Islam tidak berani ditegur bayangkan perkara-perkara lain? Beranikah mereka untuk menegurnya, jawapannya sekali lagi seperti yang kita tahu ialah Nahi atau Tidak.
Inilah budaya yang ada. Sekiranya perkara-perkara yang menguntungkan politik mereka dan dapat menonjolkan diri sebagai panglima kepada Abdullah Hj Ahmad maka dengan serta merta mereka semua melenting dan mempertahankannya tetapi sekiranya ada perkara yang dibangkit itu sungguhpun sesuai dengan kehendak Islam tetapi tidak akan menguntungkan dari segi politik maka semuanya akan diam - kelu lidah untuk berkata - kata.
Apa yang dikatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, anak muda yang berada dalam kelompok "anak muda berkeris" ialah ucapan Abdullah Hj Ahmad adalah pendapat lama Abdullah Hj Ahmad dan tidak ada yang baru disampaikan oleh nya. Datuk Mukhriz Mahathir tidak pula mengatakan bahawa beliau menentang ucapan dasar yang diberikan oleh Presiden. Namun demi menunjukkan sikap kepahlawanan semberono maka bertali arus budak-budak suruhan mempertahankan ucapan dasar Abdullah Hj Ahmad.
Perlu kita sedar dahulunya di zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad , ucapan dasar Presiden UMNO akan dibawa dulu ke dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk diluluskan sebelum dia dibaca. Dan jika ada satu dasar, dasar itu datangnya dari kehendak dan pandangan kesemua anggota Majlis Tertinggi yang kebetulan terdiri dari mereka yang memegang jawatan Menteri penting dalam kerajaan. Maka berkumpul segala dasar-dasar ahli-ahli Majlis Tertinggi yang memegang potfolio untuk dibawa bagi dipersetujui oleh Perhimpunan Agung UMNO yang menjadikan ini "endorsement" hakikat "Dasar Parti Menguasai Kerajaan" seperti yang digariskan oleh Manipol 11 Mei 1971.
Tetapi jika membaca ucapan dasar yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad jelas bahawa ucapan itu merupakan ucapan dasar yang berpegang kepada prinsip "Dasar Perdana Menteri Menguasai UMNO". Oleh itu apakah sebenarnya peranan ahli-ahli UMNO dalam era kepimpinan Abdullah Hj Ahmad ? Apa yang ada hanya sekadar Abdullah Hj Ahmad yang bangga dengan keturunannya yang mana diketahui bahawa keturunan bukan satu yang boleh dibanggakan membabi buta kerana Nabi Noh sendiri mempunyai anak yang kafir dan Nabi Muhamad S.A.W juga mempunyai bapak saudara yang menentang ajaran Islam dan jika Badui yang terkenal sebagai penggembala dibanggakan maka sesuailah ahli-ahli UMNO khasnya pemimpin yang ada hanya bertaraf unta yang memerlukan air dan seperti kambing yang mencukupi sekiranya diberikan pucuk-pucuk daun atau rumput.
Itu sebab kita semua tidak perlu hairan dengan "respond" mereka mengenai kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir itu. Yang dibangkitkan oleh Datuk Mukhriz ialah tiada apa-apa yang baru atas ucapan dasar Abdullah Hj Ahmad. Sepatutnya orang-orang UMNO yang hendak membela ketuanya yang sejak awal menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan tetapi sekarang kelihatan menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa menjelaskan ketidakbenaran dakwaan Datuk Mukhriz itu dan bukan melarikan isu yang sebenar.
Seperkara lagi yang perlu diingat bahawa Datuk Mukhriz dalam Perhimpunan Agung UMNO tersebut hadir dalam dewan bukan atas tiket Pergerakan Pemuda UMNO sebaliknya wakil UMNO Kubang Pasu. Sepatutnya yang hendak mengambil tindakan kepadanya ialah Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu - Datuk Johari Baharom. Maka dengan cara Pemuda Umno menangani isu kenyataan Datuk Mukhriz itu, maka sendiri kita dapat berfikir sejauh mana cara berfikir Pemuda UMNO.
Sang Kelembai: Dalam perpatah Cina, dikatakan oleh Confusius bahawa "Emas tidak akan takut dengan api dan orang bijaksana tidak akan takut dengan khabar angin (fitnah)". Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan hilang emas jika dibakar dan akan menjadi emas semula tetapi Abdullah Hj Ahmad yang dianggap permata kalau dibalingkan ke pelimbahan (longkang) akan bertukar menjadi kaca apa bila tidak berkuasa nanti.
Perlu kita sedar dahulunya di zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad , ucapan dasar Presiden UMNO akan dibawa dulu ke dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk diluluskan sebelum dia dibaca. Dan jika ada satu dasar, dasar itu datangnya dari kehendak dan pandangan kesemua anggota Majlis Tertinggi yang kebetulan terdiri dari mereka yang memegang jawatan Menteri penting dalam kerajaan. Maka berkumpul segala dasar-dasar ahli-ahli Majlis Tertinggi yang memegang potfolio untuk dibawa bagi dipersetujui oleh Perhimpunan Agung UMNO yang menjadikan ini "endorsement" hakikat "Dasar Parti Menguasai Kerajaan" seperti yang digariskan oleh Manipol 11 Mei 1971.
Tetapi jika membaca ucapan dasar yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad jelas bahawa ucapan itu merupakan ucapan dasar yang berpegang kepada prinsip "Dasar Perdana Menteri Menguasai UMNO". Oleh itu apakah sebenarnya peranan ahli-ahli UMNO dalam era kepimpinan Abdullah Hj Ahmad ? Apa yang ada hanya sekadar Abdullah Hj Ahmad yang bangga dengan keturunannya yang mana diketahui bahawa keturunan bukan satu yang boleh dibanggakan membabi buta kerana Nabi Noh sendiri mempunyai anak yang kafir dan Nabi Muhamad S.A.W juga mempunyai bapak saudara yang menentang ajaran Islam dan jika Badui yang terkenal sebagai penggembala dibanggakan maka sesuailah ahli-ahli UMNO khasnya pemimpin yang ada hanya bertaraf unta yang memerlukan air dan seperti kambing yang mencukupi sekiranya diberikan pucuk-pucuk daun atau rumput.
Itu sebab kita semua tidak perlu hairan dengan "respond" mereka mengenai kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir itu. Yang dibangkitkan oleh Datuk Mukhriz ialah tiada apa-apa yang baru atas ucapan dasar Abdullah Hj Ahmad. Sepatutnya orang-orang UMNO yang hendak membela ketuanya yang sejak awal menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan tetapi sekarang kelihatan menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa menjelaskan ketidakbenaran dakwaan Datuk Mukhriz itu dan bukan melarikan isu yang sebenar.
Seperkara lagi yang perlu diingat bahawa Datuk Mukhriz dalam Perhimpunan Agung UMNO tersebut hadir dalam dewan bukan atas tiket Pergerakan Pemuda UMNO sebaliknya wakil UMNO Kubang Pasu. Sepatutnya yang hendak mengambil tindakan kepadanya ialah Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu - Datuk Johari Baharom. Maka dengan cara Pemuda Umno menangani isu kenyataan Datuk Mukhriz itu, maka sendiri kita dapat berfikir sejauh mana cara berfikir Pemuda UMNO.
Sang Kelembai: Dalam perpatah Cina, dikatakan oleh Confusius bahawa "Emas tidak akan takut dengan api dan orang bijaksana tidak akan takut dengan khabar angin (fitnah)". Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan hilang emas jika dibakar dan akan menjadi emas semula tetapi Abdullah Hj Ahmad yang dianggap permata kalau dibalingkan ke pelimbahan (longkang) akan bertukar menjadi kaca apa bila tidak berkuasa nanti.
15 comments:
Memang benar tuan, Dato' Mukhriz hadir ke persidangan agung bagi mewakili UMNo Bahagian Kubang Pasu. Sikap Hisham dan pemuda kurang cerdik dibawah kepimpinan hisham seperti kebudak-budakan.
Jika inilah yang diharap dari anak Tun Hussin Onn dalam menjadi pelapis kepimpinan negara, alamatlah negara kita akan dipandang rendah oleh negara lain.
Menyerang tanpa berfikir mengambarkan hisham hanya layak mencium keris sahaja. Jika dilihat semasa persidangan Pemuda tempohari, seolah-olah hisham TERHEGIH-HEGIH berbisik kepada beruk hitam. Siapa ketua sebenarnya. Gaya beruk hitam yang mengoyang pokok nampak begitu angkuh dan sombong.
Hisham dan Norza lebih rendah mentaliti dari mat rempit. Sekurang-kurangnya Mat Rempit berani mati walau pun tindakan mereka sia-sia pada pandangan kita. Tapi hisham dan norza tampak bodoh tak boleh diajar pandai tak boleh diikut. Sial punya orang.
Since the U MUST NOT OBJECT, the UMNOputras had no guts to raise issues that were of great concerns to the members. These delegates were bought out to shut their gabs. The UMNOputras had demonstarted that with a little bit of money the UMNO leadership could buy them How embarrassing their stakes are?
Will the malay community ever learn?
Read my blog KAMAL-TALKS http://kamal-talksmalaysia.blogspot.com
It also appears in MALAYSIA CHAT http://www.malaysia-chat.com
"Mukhriz has said no wrong and any offensive words. Is it wrong to state his opinion? Has he commented anything to say his disagreement with the PM/President?
Episod ini menyerupai skrip tersedia yang dilakukan terhadap Tun selepas berlaku pertemuannya dengan Dato Seri Abdullah Badawi. Press perdana memang serupa harimau menunggu untuk menerkam dalam mencari kesalahan atau mencari ruang untuk memutar belit maklumat bagi memburuk-burukkan Tun.
Diakhir pergulongan perbahasan (atau kumpulan kata2 yang dikatakan pergulongan perbahasan atau dikatakan hanya Forum Perdana malam Jumaat yang retorik tanpa pengisian) oleh PM/Presiden UMNO di akhir PA UMNO, terang jelas PM/Presiden memperakui kekurangan amanatnya dari "feedback" yang diterima dari Azim Zabidi dan Zahid Hamidi. Dia sendiri menyebut pendapat ramai yang mengatakan ucapannya hanya menyerupai "budget speech" yang tidak sesuai untuk acara ini.
Dia membuat pengakuan di kaca TV dihadapan berjuta umat Melayu dan rakyat Malaysia bahawa dia sedia ditegur. Tak berapa minit selepas selesai persidangan semasa press conference (dan tanpa sembahyang asar), beliau telah menggempur Mukhriz untuk menjadi salah seorang "chorus girl" yang nada utama di mimik oleh Ketua Pemuda UMNO tetapi dibelakang tabir dinynyikan oleh Khairy Jamaluddin, Pembelot agama, bangsa dan tanahair dan Pelelong negara.
Ini bukan lupa lagi tetapi jelas dan terang seorang Presiden yang pembohong yang bertopengkan ugama tetapi sebenarnya seorang munafiq dan berkelakuan fasik.
Memang jelas dan diperakui sendiri oleh PM/Presiden diawal ucapannya bahawa gagasan 12 yang dipersembahkan adalah himpunan dari ucapan "budget speech" yang lepas2, ucapan pembentangan RMK9 dan ucapan Misi Nasional. Dan, ucapan sedemikian rupa adalah ucapan Pengarah Jabatan dan bukan ucapan pemimpin yang berucap kepada umat Melayu.
Kebolehan "mediocre" Presiden bertambah jelas, apabila ada "passage" tertentu dalam ucapannya adalah ucapan "recycle".
Cuba kita fikirkan. Apa nama gagasan sampai begitu banyak sehingga 12? Terang sekali pemikiran PM/Presiden masih berkecamuk dan tidak jelas akan halatuju yang mahu dibawa negara ini. Gagasan sedemikian banyak pasti akan bercanggah antara satu gagasan dengan gagasan yang lain. Jangan lupa objektif DEB yang sebanyak 3 pun pernah dimomok sebagai tidak ada halatuju. Inikan pula 12 gagasan.
Saya harap saudara Mukhriz bersabar dan cekal dengan pendirian. Kamu telah terserlah sebagai pemimpin yang berani menyuarakan suara rakyat dan sebagai seorang manusia yang mempunyai pendirian. Ini lebih utama dari bersekongkol dengan iblis dan syaitan yang mahu menjahanamkan agama, bangsa, dan tanahair (macam mana hibat mereka menghafalkan doa atau mengeluarkan quote dari quran dan hadis).
Rakyat tahu membuat perbezaan. Tidak jatuh martabat Dato sekiranya di singkir atau di buang. Jauh sekali hilang keimanan Dato kepada tuhan. Malah suara rakyat akan lebih kuat berkumandang lagi menuntut pengunduran PM yang menyelimpang dari perjuangan seumor hidupnya kerana akur dengan cakap menantu.
Semangat Sadiq Sigaraga terus hdup dan bersemadi dalam Abdullah Ahmad Badawi! Rakyat perlukan seorang Abdul Wahub untuk mengajarnya! Oleh kerana masa dah terlambat dan agak lewat, lebih baik Abdul Wahub yang kepala hotaknya geliga menjatuhkan terus PM yang dungu dan mubafiq ini!!!
Inikah yang dikatakan sikap terbuka
Pak Lah.Tegurlah,asalkan membina tapi bila ditegur,ngelabah.apa nak jadi pemimpin Had dan Hari ini? Ahli U Must Not Object ini kena fikirlah jangan ikut membabi buta.Sang Kelembai mesti terus menulis untuk dibaca dan di ketahui rakyat malaysia.
ROBOT DALAM UMNO
Gegak gempita segala balaci dan kaki ampu badawi apabila mukhris mengeluarkan pendapat peribadinya terhadap ucapan dasar presiden sebagai ” Nothing new “kebanyakan nya adalah sama spt tahun lepas”. Begitulah maksum dan riaknya firaun hadhari ini sehinggakan memberi pendapat atas ucapannya pun merupakan satu dosa besar yg tidak boleh diampun, begitu jahilkah firaun ini? tidakkah ia mengetahui junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W itu pun ada masanya menyatakan hal-hal keduniaan merupakan pendapat peribadinya,dan mereka lebih mengetahui urusan-urusan keduniaan mereka.
Dimanakah ketelusan,kebebasan,transperancy yg dilaung-laungkan oleh firaun ini,mukhris hanya baru mengulas belum lagi mengkritik atau menentang ucapannya bayangkanlah jika sebaliknya yang terjadi,barangkali hilanglah segala akal firaun ini dan sekalian tukang kipasnya lalu menjadi orang tidak siuman adanya.
Apa adakah lagi kemanusiaan dalam diri ahli-ahli umno sekarang ini atau mungkinkah kebanyakan mereka yang menobatkan diri mereka sebagai tukang ampu dan tukang kipas firaun hadhari lantaran menjaga isi perut sendiri telah rela menukarkan diri-diri mereka menjadi ROBOT dan HAMBA ABDI kpd firaun dan lebih malang lagi kpd Qarun Khairy yg masih mentah dan berhingus itu …sungguh hina dan memalukan sekali.
Disini saya mengambil kesempatan diatas kemurahan hati Sang Kelembai menyediakan ruang ini untuk menyeru semua ahli umno dan para pembaca yg budiman supaya bangkit dari tidur dan tidak terpukau lagi dgn kelembutan penuh muslihat firaun hadhari. Bangkitlah dgn nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,selamatkanlah diri mu dan ahli keluarga mu, agama,negara dan bangsa mu dari cengkaman firaun ini dan penasihat tamaknya Qarun Khairy…Mereka ini tidak pernah sekelumit pun memikirkan nasib kita rakyat marhain, apa yg difikir dan dicita-citakan oleh mereka siang dan malam hanyalah bagaimana utk memunggah segala hasil mashul negara ini sebanyak mungkin sebelum kerajaan palsu mereka ini dimusnahkan oleh Tuhan yg Maha Berkuasa.
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/
Assalamualaikum-TDM tidak takut dgn apa-apa fitnah krn beliau tahu fitnah yg bertebaran itu sememangnya fitnah semata-mata TAPI Pak Lah fitnah yg bertebaran itu bukan setakat fitnah semata-mata tapi fakta dan kebenaran jua adanya.
Sebab itulah Pak Lah terpaksa menggunakan khidmat semua panglima dan juak hulubalangnya yg taat tak berbelah utk menepis segala fitnah tsb.
Nampaknya sejarah Melaka akan berulang kembali di mana Hang Tuah taat kepada Sultan Melaka secara membuta tuli sehingga tidak dpt membezakan antara kawan yg benar lagi sejati dan lawan sebenar.
Berbeza dgn Hang Tuah, semua panglima dan hulubalang Pak Lah adalah panglima dan hulubalang yg telah kenyang perutnya diisi dgn kekayaan dari wang rakyat jelata tidak seperti Hang Tuah yg memang ikhlas taat tanpa sebarang imbuhan.
Begitu juga musnahnya Kerajaan Melaka kerana angkara perbuatan khianat pembesar Melaka jua adanya.
Begitulah juga akan musnahlah Kerajaan Malaysia akibat sifat tamak dan kebodohan Pak Lah yg mengikut membuta tuli nasihat menantu kesayangan beliau.
Manakala panglima dan hulubalang yg sepatutnya mempertahankan kepentingan negara dan rakyat hanya melihat sahaja akibat tidak berdaya lagi krn teramat kenyang dgn imbuhan kekayaan yg telah dicurahkan oleh Pak Lah dan menantunya.
Maka yang rugi adalah rakyat jelata yg hina dina yg tidak mampu berkata dan berbuat apa-apa krn tersangat percayakan Pak Lah serta panglima dan hulubalangnya.
Dalam perhimpunan baru2 ini sibuklah para perwakilan menyatakan syarikat GLC menganaktirikan orang Melayu. Pak Lah dalam ucapan penutupannya pula tidak pun menjawab rintihan para perwakilan tsb.
KENAPA? - sebab org yg bertanggungjawab mengeluarkan pegawai Kerajaan daripada ahli lembaga pengarah Khazanah dgn menggantikannya dgn ahli lembaga pengarah bukan Kerajaan termasuk rakyat Singapura serta mengambil khidmat penasihat orang asing adalah menantu kesayangan Pak Lah dan kawan karibnya seperti Kalimullah, Brenda dan Patrick Lim.
Akibatnya Khazanah yg mengawal semua GLC pun bertindak tanpa sesuka hati dan mengutamakan orang asing termasuk membenarkan menjual saham Proton dan Telekom kepada Temasek.
Tindakan sesuka hati tersebut juga telah menyebabkan orang Melayu terpinggir dan dianaktirikan apabila banyak projek diberikan kepada pihak lain yg berkepentingan sahaja dan mempunyai kaitan dgn menantu kesayangan Pak Lah dan konco-konconya.
Kepada semua panglima dan juak hulubalang Pak Lah, sedarlah dan bacalah artikel "70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara" yg disiarkan dalam Malaysia-Today di alamat http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php/itemid=612 - bahagian 1 hingga 7.
Bangunlah dari tidur anda dan sedarlah kekenyangan yg anda nikmati hanyalah nikmat sementara di dunia ini. Carilah nikmat kekenyangan sebenar di akhirat.
Bangunlah dari mimpi anda dan tentanglah kemungkaran yg sebenar dan lindungilah kepentingan rakyat jelata yg hina dina ini. Tunjukkan tentangan sepertimana tentangan yg diberikan kepada Mukhriz cuma dalam hal ini anda sebenarnya telah bertindak salah krn menempelak Mukhriz yg bercakap benar.
Kakak Rafidah pun bersetuju dgn Mukhriz bhw apa yg Pak Lah ucapkan adalah bukan perkara baru ... jadi apa salah Mukhriz.
Apa jadi dengan tindakan oleh Pak Shahrir Pengerusi Jawatankuasa Akauntabiliti Parlimen untuk membicarakan mengenai penggabungan ECM Libra dgn anak syarikat Khazanah yg diberikan tanggungjawab sebagai org tengah dalam semua pelaburan oleh Khazanah. Berilah sokongan anda yg tidak berbelah bagi kpd usaha Pak Shahrir tsb.
Kepada Pak Shahrir usaha anda tsb disanjung utk mendedahkan kemungkaran yg berlaku dan jgnlah berhenti sekerat jalan shj. Jangan hanya melibatkan Kastam dan Jabatan Kerajaan lain sahaja anda berani membicarakannya.
"BERSAMA-SAMALAH KITA MENEGAKKAN KEBENARAN"
WASSALAM
Maaf terdapat kesilapan dalam ejaan "objection" - bantahan dengan "object" bantah - namun tidak ada kesilapan maksud. Ianya tidak disengajakan. Ianya telah diperbetulkan.
Namun kepada pengkritik laman ini, sudahkah Pak Lah perbetulkan kesalahannya dan kesilapannya sesudah diberitahu..?
dari moderator blog
Assalamualaikum-setelah membaca artikel "70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara" yg disiarkan dalam Malaysia-Today di alamat http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php/itemid=612 - bahagian 1 hingga 7, bertambahlah rasa sakit di hati ini kepada Pak Lah and family.
Bertambahlah juga rasa sedih dan pedih di hati ini kerana setakat ini tiada usaha daripada pemimpin UMNO yang mungkin telah sedar lama mengenainya untuk mencegah Pak Lah and family dari terus mengkhianati rakyat jelata.
Mungkinkah juga kerana isi artikel tsb tidak mendapat perhatian dari TV3 atau akhbar perdana yang lain sepertimana reaksi negatif yang telah diberikan terhadap TDM selepas berjumpa dgn Pak Lah dan juga komen Mukhriz tempoh hari.
Begitulah salah satu contoh kekuatan dan pengaruh wang yg boleh membeli segala-galanya.
Semoga segala usaha kita yg dipelopori oleh sdr Zaharin akan mendapat keberkatan dr Allah SWT hendaknya di akhirat kelak krn ini shj yg kita termampu setakat ini "mencegah kemungkaran melalui lisan/kata-kata" yg disalurkan melalui blog sdr Zaharin ini.
Kepada saudara Hisahmuddin dan semua pemimpin UMNO kelahiran Johor, sedarlah diri anda sedikit. Anda semua tidak berada di tempat anda sekarang ini tanpa sokongan semua rakyat Johor dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Tidakkah anda semua berasa malu kerana YM Sultan Johor pun telah dimalukan oleh Pak Lah. Apakah tindakan yang anda lakukan selain dari berpeluk tubuh sahaja kerana anda semua sekarang jelas bersultankan Pak Lah.
Kepada saudara UMNO sejati marilah kita semua bersatu hati untuk memastikan Pak Lah and family tidak akan berada lagi di arena kepimpinan negara yang tercinta ini.
Juga kepada semua pembaca blog ini yg sebelum ini tidak bersetuju dgn komen kami dan juga dgn usaha sdr Zaharin, bukalah hati anda seketika dan renungilah sebentar
dan fikirkanlah akan nasib anak cucu kita sekiranya segala pengkhianatan Pak Lah and family berterusan tanpa hentinya.
Sudahkah Pak Lah sedar dan telah membuat tindakan pembaikan, saya rasa kalau setakat melantik TS Mat Taib sebagai Senator dan kemudian Menteri Kabinet, itu bukan pembaikan namanya ... itu sebenarnya usaha utk mendapat sokongan dari penyokong Mat Taib dan utk meredakan kemarahan penyokong Mat Taib krn setelah 3 tahun menjadi PM, Pak Lah gagal memberikan tempat yg sesuai kpd TS Mat Taib walaupun beliau telah lama berjanji utk berbuat demikian. Jelas tindakan Pak Lah tsb tidak ikhlas.
Ketahuilah semua saudara seIslamku, pembaikan yg sebenarnya yg perlu dilakukan oleh Pak Lah ialah membaiki semua kerosakan dan pengkhianatan yg telah berlaku sepertimana dinyatakan dalam artikel "70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara".
Dgn pembaikan tsb barulah Pak Lah boleh dikatakan telah sedar dirinya dan telah bertaubat dari segala dosanya yg lalu.
Kalau tiada tindakan pembaikan yg sedemikian, selepas Pilihanraya Umum yg akan datang Pak Lah akan hanya menjadi kenangan sebagai PM Malaysia sepenggal sahaja dan PM Malaysia yg pertama menjadi pelarian seperti Thaksin krn "WANTED" oleh pemerintahan yg baru atas dosa pengkhianatan yg telah dilakukan terhadap seluruh rakyat Malaysia.
Begitulah kesudahan malang Pak Lah.
Wassalam.
Terlalu ramai bilangannya U Must Not Object dalam UMNO cuma yang jarang-jarang dapat dibilang ialah U Must Not Obey. Pak Sang Kelembai jatuh dalam kategori U Must Not Obey, mungkin. Tahniah!!!
Saya tetap merasakan UMNO adalah releVan dan sebagai warga yg berusia 24 tahun..saya tetap akan memperjuangkan UMNO.......
TETAPI, UMNO versi PAK LAh ini bukan UMNO yg saya turuti......
Post a Comment