Wednesday, November 22, 2006

Untuk Memuaskan Nafsu Oportunis - UMNO


Untuk Memuaskan Nafsu Oportunis - UMNO


Apa jenis Perdana Menteri yang kita ada sekarang ini? Itu persoalan semua orang bila membaca kenyataan Abdullah Hj Ahmad apabila ditanya reaksinya mengenai kenyataan kekesalan Mukhriz Mahathir atas komen yang diberikan oleh beliau berhubung dengan ucapan dasar Presiden.

Adakah "respond" dia itu mempunyai ciri-ciri Islam yang ada had dan ada hari, sehingga doa Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari memohon restu agar Allah menjayakan Islam Hadhari, dan Allah Yang Maha Mendengar, pasti hairan dengan kekeliruan hambanya yang membaca doa tersebut*, kerana itu bukan ajarannya. Dalam masa yang sama Abdullah Hj Ahmad berkata itu bukan agama baru, tetapi yang peliknya berdoa pun menggunakan perkataan Islam Hadhari. Tak tahulah kita semua sama ada Islam Hadhari ini sudah dipersetujui oleh Allah. wallahbisawab.


Tindakan kenyataan anak ulamak dan cucu Mufti Pulau Pinang itu, amat bersesuaian seperti lagak seorang Firaun Hadhari dan jenis pemimpin yang tidak ada ilmu. Tiada langsung ada ucapannya yang boleh dijadikan perangsang dan membawa kebaikan. Seolah kuasa yang ada seakan tiada penamatnya. Inilah sebabnya Allah turunkan bermacam bala ke atas negara ini.Firaun pun jika tidak mengaku dirinya Tuhan, mungkin Allah tak suruh Nabi Musa dan Harun pergi membetulkannya tetapi apabila dia melampaui batas, engkar akan seruan yang dibawa oleh Nabi Musa dengan pendekatan yang baik maka Allah menghancurkan kerajaan Firaun itu dan melenyapkannya dari muka bumi ini. Dan hari ini segala peninggalan Firaun dijadikan ingatan kepada orang-orang beriman tetapi malangnya Abdullah Hj Ahmad tidak pernah mengambil ingatan ke atas apa yang berlaku itu. Itu sebab kesemua perkataan dia jadi songsang dan lintang pukang.


Jika Firaun yang di Mesir percaya dengan nujum, Firaun di Malaysia yang hadhari pula percaya kepada nombor. Itu sebab digabungkan No 13 yang menjadikan nombor bertuah olehnya dengan No 11 yang digunakan oleh Timbalannya, menjadi tarikh bermula Perhimpunan Agung UMNO ia itu pada 13hb (Isnin) 11(Novermber) 2006 (13-11-2006) dengan taklimat Presiden di Dewan Merdeka.


Dalam ucapan taklimatnya dengan tanpa rasa malu dan bersalah mengumumkan perbelanjaan sejumlah 600juta bagi disalurkan dan digunakan oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang berjummlah 191 Bahagian tidak termasuk Serawak.Apakah ertinya ini? Pemberian wang pembayar cukai melalui Ketua UMNO Bahagian hanya bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang hampir mahu bankrap kerana tidak ada kontrak baru? Tindakan ini menyelamatkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang akan mendapat keuntungan dan komisyen dari projek dan ini akan menyelesaikan masalah kehidupan Ketua-Ketua UMNO Bahagian tersebut.


Ini akan menyebabkan mereka terhutang budi maka akhirnya tergadai "body" dan terlaksanalah "Mana Titah Patik Junjung". Ketua UMNO Bahagian dengan ini akan merasakan bahawa kepimpinan Abdullah Hj Ahmad adalah pemimpin yang baik tetapi sebenarnya perbuatan itu bukan untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan Ketua-Ketua UMNO Bahagian itu sahaja. Kalau berdasarkan pengalaman setelah ditolak beberapa projek diluluskan, sekurang-kurang 20% ke 30% keuntungan dari jumlah harga projek akan dikontra kepada Ketua UMNO Bahagian yang mencadangkan nama kontraktor.


Maka bertanyalah kita, siapa mulakan politik wang dan rasuah dan siapa pula menggalakkannya? Tanya dan jawab sendirilah. Golongan oportunis dalam UMNO ini akan terus bermaharajalela yang kini diketuai oleh Abdullah Hj Ahmad. Itu sebab bila RTM menayangkan berulang kali ucapan seorang Ketua UMNO Bahagian dari Selangor di Perhimpunan Agung UMNO kita akan lihat bahawa realiti yang ada tidaklah begitu. Di kawasan UMNO bahagiannya berpuluh orang Melayu menderita bila diusir dari kawasan terokaan mereka dan justifikasi yang diberi adalah "mereka itu semua orang Indon". Kalau mereka Indon pun, adakah mereka itu binatang? Adakah ini ajaran Islam ada Had dan ada Hari.


Itu sebab berdasarkan pengalaman dalam kes Setinggan Sungai Midah di Bahagian Bandar Tun Razak pernah dicadangkan semua setinggan itu yang terdiri dari orang Melayu jati, yang membesarkan anak-anak di kawasan itu puluhan tahun supaya mereka mengaku diri mereka "babi" dan bukan "manusia". Ini kerana semasa isu babi di Bukit Pelandok, Abdullah Hj Ahmad yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa kesemua kandang babi yang dipecahkan termasuk babi yang ditembak mati akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan. Jadi "babi" lebih baik dari manusia, maka eloklah manusia di Kampong Berembang yang Ketua UMNO Bahagian bercakap soal minda kelas pertama dengan semangat Melayu kelas ketiga meng-kategorikan penduduk sebagai "babi" agar mudah-mudahan diperolehi kemudahan seperti mana babi Bukit Pelandok dilayan oleh penggembalanya.


Itu sebab jangan hairan jika wakil pemuda UMNO bergelar Datuk dan Ustaz meminta Menteri Penerangan meletakan jawatan kerana didakwa gagal melaksanakan Islam Hadhari. Yang anehnya bila bercakap kepada perwakilan UMNO - orang Melayu hebat tetapi bila dia ditamatkan jawatan sebagai pemikir JASA, dengan berang dan marah-marah dia mengamok di pejabat Pegawai Kanan Jasa sehingga membalikkan meja. Itu semua orang di JASA tahu. Bagaimanapun jangan marah dengan beliau ini kerana Abdullah Hj Ahmad sudah mengajar bentuk lain dalam Islam. Dalam Islam Hadhari "Kesabaran saya ada hadnya", lalu puas orang yang tahu mengenai Islam memikirkan bahawa sekarang sudah ada pengajaran baru iaitu - sabar itu ada hadnya - kerana kita sebelum ini diajar supaya bersabar tanpa had kerana sabar itu sebahagian dari iman..


Sang Kelembai: Memang semua orang tahu, bahawa Abdullah Hj Ahmad memanggil Hishamuddin Tun Hussein dimakan malam Presiden dan marah-marah kerana Pemuda UMNO tidak berkata apa-apa atas ulasan Mukhriz Mahathir. Jadi yang marah-marah dengan Mukhriz Mahathir bukan pemuda tetapi Abdullah Hj Ahmad sendiri. Itu sebab "respond" Abdullah Hj Ahmad macam orang baru bangun tidur.
* Terima Kasih kepada mereka yang menghantar komen...saya telah memperhalusi ayat tersebut.

9 comments:

Anonymous said...

http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=905


22/11: How they lied to Parliament
Category: General
Posted by: Raja Petra
MALAYSIA TODAY SPECIAL REPORT

Raja Petra Kamarudin

This is an extract of the Parliament session of 15 November 2006:

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kubang Kerian Yang Berhormat.

Dato’ Zainal Abidin bin Osman: Sila.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya tertarik tadi dengan jawapan Timbalan Menteri bahawa komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membasmi kemiskinan ini khususnya di kawasan luar bandar. Dengan saya memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa memberikan taklimat kepada perwakilan UMNO baru-baru ini bahawa beliau telah memperuntukkan sebanyak 600 juta lagi untuk projek pembangunan luar Bandar. Kita ucap terima kasih di atas komitmen ini tetapi yang meragukan saya adalah apabila kenyataan itu menyatakan bahawa ianya akan diagihkan kepada UMNO Bahagian dan mengikut laporan seorang Ketua Bahagian UMNO yang tidak mahu namanya disiarkan bahawa setiap UMNO Bahagian akan mendapat 3 juta ringgit tetapi saya ingin penjelasan di sini adakah duit ini peruntukan-peruntukan kerajaan ataupun duit daripada poket UMNO sendiri, 600 juta ini minta penjelasan kerana disebut inilah projek untuk pembangunan luar bandar, terima kasih.

Dato’ Zainal Abidin bin Osman: Terima kasih Yang Berhormat kerana membawa soalan ini. Kementerian belum lagi dimaklum tentang 600 juta yang ingin dikemukakan kepada projek-projek luar bandar tetapi menerusi apa yang kita lihat daripada media akhbar, 600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit UMNO dan akan dibagikan kepada ICU melalui SDO, dan tidak ada faktor yang disebut di sini tentang ketua-ketua bahagian mengikut apa yang difahamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah secara rasmi.

Now look at this letter from the Deputy Minister of Works:

TMKRM/0033/20
13 November 2006

Ketua Pengarah Kerja Raya
Ibu Pejabat JKR
Tingkat 5, Blok F
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
u/p: YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Razali Othman

YBhg. Dato’

Perlaksanaan Projek Kecil Kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan Sabah

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. Dato’ di atas pemgumuman YAB Perdana Menteri pada 13 November 2006 di Putra World Trade Centre.

2. Untuk makluman YBhg. Dato’, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah dengan nilai keseluruhan RM600 juta (Ringgit Malaysia Enam Ratus juta). Pecahan kecil untuk setiap kawasan Parlimen adalah sebanyak RM3 juta (Ringgit Malaysia Tiga juta) dan projek ini perlu dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan.

3. Sehubungan itu, saya memohon kerjasama YBhg. Dato’ untuk mengambil tindakan proaktif bagi melaksanakan arahan YAB. Perdana Menteri melalui JKR Daerah dengan mengarahkan seluruh Jurutera Daerah mengadakan perbincangan dengan pemimpin tempatan bagi menentuan kerja dan lain-lain.

4. Segala kerjasama dan tindakan segera YBhg. Dato’ atas perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian,

Yang ikhlas,

(signed by: DATO’ Ir. MOHD ZIN MOHAMED)

s.k.

1. YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

2. YB. Dato’ Seri Samy Vellu
Menteri Kerja Raya

3. YB. Senator Tan Sri Dato’ Nor Mohamed bin Yakcop
Menteri Kewangan II

Note the salient points in the letter above:

1) The letter is dated 13 November 2006, TWO days before the Parliament session of 15 November 2006.
2) The letter is dated 13 November 2006, the SAME DAY that Abdullah Ahmad Badawi announced the matter at the Umno pre-council meeting in the Umno headquarters. In fact, the letter was prepared BEFORE Abdullah made the announcement that same day.
3) The letter is signed by the Deputy Minister of Works and copied to the Prime Minister, Minister of Works and the Finance of Minister II (meaning the Deputy Minister of Works has overridden those above him -- but could have done so only if someone ABOVE the Minister of Works and Minister of Finance II gave him that authority to do so).
4) The amount to be implemented is RM600 million as announced by Abdullah Ahmad Badawi on 13 November 2006.
5) The implementation must be completed within two months (meaning the RM600 million must be utilised by the end of this year or so).
6) Sarawak is NOT included in this scheme because Sarawak does not have an Umno presence.
7) The RM600 million is only for Umno and will be managed by the Umno division leaders.
8) RM3 million will be allocated to each of the Umno divisions (less Sarawak which does not have any Umno divisions).
9) The letter confirmed the RM600 million on 13 November 2006 but two days later, on 15 November 2006, Parliament was told: Kementerian belum lagi dimaklum tentang 600 juta yang ingin dikemukakan kepada projek-projek luar Bandar.
10) And it is government money but for Umno’s use as what Parliament was told: 600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit UMNO.

Now, also note what Malaysia Today reported in Constitutional Crisis in Umno on 13 November 2006 and Ali Baba and the 40 thieves on 15 November 2006. On 13 November 2006, the eve of the Umno General Assembly last week, Umno’s President, Abdullah Ahmad Badawi, called all the 191 Umno division leaders and committee members for a pre-council meeting and informed them that he will be giving RM3 million to each division. The money is supposed to be for ‘rural development’. However, the money will be entrusted to the division heads and those committee members who would like to taste a share of the money will have to ‘pandai-pandai bodek ketua bahagian’.

Salahuddin bin Ayub, the PAS Member of Parliament for Kubang Kerian, then raised this matter in Parliament on 15 November 2006 and the official reply he got from the government is that the money will be managed by the government and not by the Umno division heads.

This is of course a blatant lie and Parliament has been misinformed. The money will not -- I repeat, will not -- be managed by the government but will be managed by the Umno division heads. The government lied to Parliament and I just do not know what the implication of this is.

The reason they lied to Parliament is simple. The RM600 million is government funds but it is going to be channelled to Umno for party purposes. This is of course illegal. But they needed to do this for another simple reason. They need to buy off the division heads plus the committee members -- who are all delegates to the recent Umno General Assembly -- to ensure that none of them raise any embarrassing questions or blast the Supreme Council for the recent controversy involving the 28 September 2006 Umno Supreme Council meeting.

According to an assessment done by the Umno headquarters, about 60% of the delegates support Tun Dr Mahathir Mohamad and there were plans by some of them to raise hell at the recently concluded General Assembly. Most by then had become aware of the 28 September 2006 Supreme Council meeting that expunged three pages of incriminating evidence from the Minutes of the previous meeting. In that particular (previous) meeting, the Supreme Council had discussed the matter of Mahathir contesting the post of delegate to the general assembly and they did not want him to win. The Kedah Menteri Besar plus the Kubang Pasu division head -- who was not a Supreme Council member but nevertheless still attended the meeting -- were instructed to ensure that Mahathir loses.

And they did. On the eve of the Kubang Pasu division meeting they summoned the more than 450 delegates for a gathering and each was given an envelope containing RM200 with instructions who to vote for. Invariably, Mahathir’s name was not on the list of whom to vote for. In this meeting were also the watchdogs of Umno, member of the Disciplinary Board, whose job it is to ensure that no such underhanded tactics perpetuate in Umno. Instead of being the party police, they were instead the perpetrators who went on stage one-by-one to slam Mahathir and explain why the delegates should not vote for the ex-party president. Sending a thief to catch a thief is one thing, sending the party police to commit the crime is unique to the world but not to Malaysia where a new controversy has just erupted involving the elite SWAT force and its implication in murder.

As they say, when you lie, then you need to tell another lie to cover the first lie. The Chinese say this is like digging a hole to get the earth to cover another hole. In the end the second hole just gets bigger. I suppose the Americans would in turn say: when you are in a hole, stop digging.

As they also say, everything comes in threes. In Umno’s case it came in fours. And the Chinese say that four means die. The first offence they committed was to discuss sabotaging Mahathir at the Umno Supreme Council. The second offence was expunging all records of the discussion from the Minutes of the meeting. The third was calling the more than 450 delegates for a meeting and paying them RM200 each to not vote for Mahathir. And finally, the fourth crime and the killer blow, was to pay each division RM3 million of our money (duit kerajaan Barisan Nasional as what they told Parliament) to keep them quiet and to buy their silence and make sure that no one brings this matter up at the General Assembly.

How much can Malaysians tolerate? How much can Umno members tolerate? Isn’t there any sense of outrage? Doesn’t anyone feel like a fool for being manipulated in such a manner? I suppose if murder is tolerated then a ‘small matter’ such as stealing RM600 million of our money, bribing Umno members, rigging the elections, lying to Parliament, and other such ‘triviality’ would not raise many eyebrows in Malaysia. As the Malays would say, “perkara biasa saja”. This proves one thing I suppose, Melayu sudah hilang di dunia, because true Malays of days past would never tolerate such things. They would draw their keris to oppose such kemungkaran. But today they draw their keris to defend it.


http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=905

Anonymous said...

Saya suka berpegang pada prinsip bahawa:

1) 'sesuatu yang buruk itu akan makin terserlah keburukannya apabila makin cuba ditutup dan dibuat buat kelihatan baik'.....

2) 'sesuatu yang pernah disangka buruk dan disalahtafsir tetapi hakikatnya ia adalah bersih dan berniat baik...makin lama makin orang terperasan dialah wira bangsa dialah yang membawa kita ke satu tahap yang baik selama ini'


Penyataan yang pertama saya serahkan pada rakan rakan yang lain untuk mencari contohnya.....

Tetapi penyataan yang kedua itu saya ingin memberikan contohnya...Tun Dr Mahathir sesuai diletakkan di penyataan kedua itu.....

TUN DR M - dulu, kini dan selamanya kau akan menjadi sumber inspirasi kami GENERASI 2020, kelahiran 80-an tatkala kau mula merubah dimensi dan martabat kami !

Anonymous said...

Rm600 juta wang barisan nasional di agihkan kepada umno bahagian?kenapa tidak diagihkan kepada parti komponen BN?Memang tak adil sungguh pak lah ini,cakiap perkongsian kuasa,wang pun kita kongsi-kongsi ma.. Haiya.. Pak lah))) letak jawatan...

Anonymous said...

Assalamualaikum-dari sehari ke sehari makin terserlah kemungkaran yg Pak Lah lakukan.

Alhamdulillah inilah berkat doa semua ahli UMNO sejati dan seluruh rakyat Malaysia yg telah dianiaya oleh Pak Lah and family.

Sesungguhnya Allah amat menyayangi kita semua dgn membuka pekung di dada Pak Lah satu persatu.

Jelaslah Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Penyayang kpd kita semua.

Dibukakan pekung di dada Pak Lah supaya bagi kita semua mengambil tindakan yg sewajarnya dan terhadap Pak Lah pula, supaya beliau bertaubat segera.

TAPI sayang Pak Lah nama shj berketurunan alim ulama, tapi tidak mempunyai ciri dan mengamalkan kebijaksanaan sebagai seorang yg berketurunan ulama.

Kalau setakat berdoa dan mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran semasa berucap-sesiapa pun boleh buat. Sekarang ini budak sekolah rendah pun dah ramai yg khatam Al-Quran.

Persoalannya sekarang apakah kita semua yg menyedarinya hanya melihat sahaja kemungkaran tsb berterusan. Sama-samalah kita renungi peranan kita.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan kpd sdr Zaharin supaya membuat pengundian melalui internet mengenai sesuatu isu mengenai kepimpinan negara sekarang ini. Sekarang ini saya mencadangkan kpd sdr Zaharin dan saudara2 pemilik blog yg lain supaya bersatu tenaga dgn TDM dan menubuhkan satu NGO yg khusus mendedahkan kemungkaran Pak Lah. Dgn penubuhan tsb diharap penentangan kdp Pak Lah akan lebih tersusun dan berdaya saing lagi.

Penubuhan NGO tsb adalah teramat perlu krn MT UMNO yang sememangnya "EMPTY" tidak boleh diharapkan lagi dan tidak berdaya langsung utk menasihatkan dan merubah Pak Lah. Ini kerana semua keris dan tombak yg menjadi senjata Panglima dan juak hulubalang dlm MT UMNO menjadi lebur setelah mendapat imbuhan dari kelulusan projek yg diberikan oleh dan yg diharapkan dari Pak Lah dan menantu kesayangannya KJ.

Keputusan membina Istana baru pun juga jelas satu tindakan pembaziran wang rakyat. Jelas juga ia bertujuan utk mengkayakan Maya Karin bagi menutup mulut beliau mengenai hubungan rapat beliau dgn KJ.

Apa gunanya Istana yg tersergam indah di Putrajaya. Yang jelas ianya menjadi Gajah Putih sbb tidak berpenghuni.

Adalah lebih baik wang tsb disalurkan kepada pembangunan yg lebih bermanafaat kepada keseluruhan rakyat.

Mengenai wang 3 juta bagi setiap bahagian walaupun ianya dapat membantu usahawan bumiputra tapi jelas ianya adalah sejenis sogokan. Oleh itu satu lapuran BPR perlu dibuat supaya satu siasatan terperinci dapat dijalankan. Kita tengok sama ada kata-kata Pak Lah bahawa "BPR tidak memilih bulu dalan mengambil tindakan" akan menjadi kenyataan atau hanya setakat kata-kata kosong pemimpin Islam Ada Had Ada Hari sbb dah terkena ke muka sendiri. Sebab itulah agaknya Mat Said MP Jasin sebelum ini berani bermaharajalela di Melaka sebab dia tahu Bos Besarnya lebih dahsyat daripada dia.

Kepada KP BPR, ingatlah anda memikul amanah yg besar kepada Allah dan bukan kpd Pak Lah. Keluarkanlah satu surat "Tunjuk Sebab" kpd Pak Lah mengenai kekayaan yg beliau dan ahli keluarga beliau perolehi dlm tempoh hanya 3 tahun memerintah, sepertimana surat "Tunjuk Sebab" yg anda telah keluarkan terhadap kakitangan awam yg lain. Saya percaya anda mampu dan mempunyai kuasa utk berbuat demikian di bawah undang-undang rasuah yg sedang berkuat kuasa skrg ini. Jgn hanya berani mengambil tindakan terhadap ikan bilis sahaja tetapi tidak berani jika melibatkan ikan jerung dan paus.

Wassalam.

Anonymous said...

sang kelembai,

isu setinggan di Kg Berembang Ampang hendaklah dilihat dari semua aspek.Adakah adil semua kesalahan diletakkan di atas bahu pihak PBT dan kerajaan negeri??Mengapa daripada seribu penduduk asal yg telah sanggup menerima tawaran dari kerajaan negeri utk berpindah,hanya kira2 50 keluarga yg menolak??
Klik utk maklumat lanjut :http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=1735

Anonymous said...

Orang Tua Kutuk no: 1 Malaysia ni memang dah g*la!! Dia ni memang tak peduli apa pun.. Haram pun kasi halal juga..

Mula-mula dia pegang office dulu dia cakap negara takdak duit untuk laksanakan mega projects yang telah diluluskan oleh bossnya yang terdahulu, sekarang bila terbukti yang sememangnya duit ada banyak, dia nak belasah sampai 1 sen pun takmau tinggaii...

Orang semacam ini layakkah menjadi pemimpin negara?

TIDAK!!!

Jadi P E N C A C A I boleh la!!!

Apa pun, come the next general election,
jalankan tugas kite sume!!!

Pastikan si Tua Kutuk dan konco-konconya itu tersingkir!!

HIDUP ISLAM !!!

The Truth said...

Cadangan dan penerangan yang diberikan oleh Anonymous 10.59 am, amat menarik dan saya amat bersetuju dengannya.Saya telah memetik cadangan saudara dan akan dimasukkan kedalam blog saya iaitu:
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Blogger said...

Heran ya ..... Kata PakLah Lembik..
tapi tak dak sapa boleh mengambil apa-apa tindakan ....... BPR? apa ke jadah?

Puak puak UMNO yg selamanya dok jadi pecacai ..... kena umpan dgn duit ....... habih semuanya sengap...

Yang tu yg depa dok aim pun .....

HABUAN BAGGGUUIIHHHH PUNYA!!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum-kpd sdr "the truth" komen 8.24 am-saya amat bersyukur kpd Ilahi krn kita mempunyai wadah yg sama iaitu menentang kemungkaran yg Pak Lah telah dan akan lakukan dan seterusnya menegakkan keadilan di bumi Malaysia yg tercinta ini.

Saya sebenarnya memang sudah lama melawat blog sdr semenjak ianya diwujudkan dan mendapati komen sdr berikan amat bernas sekali dan dpt membantu mencambahkan lagi komen saya dlm blog sdr zaharin.

Semoga semua usaha sdr pemilik blog mendapat pertolongan dr Allah jua.

Ameen.

MARILAH KITA SEMUA BERSAMA-SAMA MENERUSKAN PERJUANGAN SEHINGGA KEMUNGKARAN DAPAT DIHAPUSKAN DAN KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN.

Wassalam.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia