Untuk Melayu Nikmat Orang-UMNO
Sepertimana kekesalan yang dilafazkan oleh Mukhriz Mahathir begitu jugalah timbul kekesalan bagi UMNO, mengenai siaran langsung perdebatan Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan oleh Astro. Maka menteri - menteri bukan Melayu dalam kabinet Islam Ada Had Ada hari termasuk Presiden parti MCA, MIC dan Gerakan kini menyaksikan bagaimana UMNO membahaskan usul yang nampak seolah - olah menyalahkan mereka atas kegagalan orang - orang Melayu dalam ekonomi, sosial dan pendidikan.
Merungkai sejarah, semenjak wakil-wakil Melayu bersetuju menandatangani "kontrak sosial " pada 18 hb November 1946, kira-kira 60 tahun dahulu untuk memberi nama negeri ini sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggeris berbunyi "Federation Of Malaya dan dirasmikan pada 1hb Februari 1948, maka ke semua perkara yang dijangka akan berlaku 100 tahun kehadapan terhadap rupa bangsa di Tanah Melayu sudah difikirkan oleh pemikir-pemikir berbagai kaum masa itu. Malah UMNO sendiri melalui Dato Onn Jaafar telah menegaskan Kita mesti menerima mereka yang sanggup memberikan segala-galanya kepada negara ini dengan taraf kebangsaan. Mereka ini perlu diberikan pertimbangan sekiranya kita bercita-cita untuk mencapai kemerdekaan" kata Datuk Onn enam tahun sebelum perundingan kemerdekaan diadakan.
Soal disini, adakah Abdullah Hj Ahmad yang memang terkenal lebih banyak tidur dari membaca dan akhir ini mendapat penyakit sindrom "gelak kerbau" ketawa yang dibuat-buat tidak diberitahu oleh penasihat dia khususnya anak dan menantu dari Oxford bahawa, ucapan dasar Abdullah Hj Ahmad yang menyentuh soal sosial kontrak adalah isu yang basi dan sudah menjadi nasi goring hangus sekarang ini. Ini adalah kerana semua generasi "ketiga" Malaysia sudah tahu perihal kontrak sosial yang wujud dan dipersetujui oleh semua bangsa. Tambahan pula di Malaysia pula kita baru sahaja melalui generasi ke empat:
Pertama : generasi sebelum perang yang penuh dengan emosi Nasionalisma Melayu, China dan India.
Kedua : generasi Merdeka yang penuh rasa hidup sebagai satu bangsa walau pun menyimpan Nasionalisma keturunan
Ketiga : generasi yang menghilangkan rasa Nasionalisma keturunan dan menjadi Nasionalisma Malaysia Keempat generasi penerus yang membentuk Bangsa Malaysia.
UMNO dan pemimpinnya masih lagi menyanyikan lagu lama menyalahkan orang lain. Bukankah apa yang terjadi sekarang adalah kerana kesalahan UMNO? Belum ada lagi sejarah Perkhidmatan Awam di Malaysia, orang bukan Melayu menjadi Pegawai Daerah malah untuk menjadi Penolong Pegawai Daerah pun mereka tidak diberi peluang sungguhpun di zaman penjajah terdapat Pegawai Inggeris menjadi Pegawai Daerah (D.O.) Itu sebab warga negara bukan Melayu jarang mahu menyertai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) dan itulah satu-satunya dasar yang tidak memenuhi kehendak Dasar Ekonomi Baru.
Cuba kita fikirkan kalau semua permit, kontrak dan sebagainya diberi kepada orang Melayu tetapi orang Melayu masih tidak juga berjaya lagi, siapakah yang hendak disalahkan? Adakah kita harus menyalahkan Cina, India dan orang lain? Itu sebab bila permit teksi dikeluarkan beribu jumlahnya dan diberi kepada Menteri seperti Mohd Nazri Aziz yang meluluskan permit teksi kepada kroni dan proksi dan hari ini, khabarnya sudah dijual kepada orang lain dengan harga RM 2Juta, kenapa BPR yang selalu menyebut kehebatan perisikanya gagal bertindak? Apa yang pasti BPR tidak akan siasat kes - kes berprofil tinggi seperti ini.
Wajarlah Abdulah Hj Ahmad jangan memberi amaran kepada semua orang, khasnya kepada anggota Perkhidmatan Awam sebelum memberi nasihat dan mencermin dirinya terlebih dahulu. Abdullah Hj Ahmad dengar khabarnya jarang masuk pejabat dan agaknya mementingkan keseronokan tidur sahaja yang mana sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada semua semua staf di Perdana Putra. Mereka melihat dan akan nampak bila masuk dan keluar seorang Perdana Menteri. Jadi jika asyik tidak masuk pejabat dan buat kerja di Seri Perdana, maka adalah lebih baik kita cuba bagi cadangan agar dalam RMK 9 kita dimasukan tambahan peruntukan bagi menyambung Seri Perdana dan dibuat pejabat baru Perdana Menteri macam White House di Washington atau No 10 Downing Street, disitu rumah, disitu pejabat.
Inilah Abdullah Ahmad yang kita ketahui. Tengah berkuasa buatlah apa sahaja yang disukai kerana dari utara, bawa ke selatan, dari barat bawa ke timur sudah berpuluh kali dia memberi peringatan kepada semua bahawa "aku Perdana Menteri" yang kenyataan seperti ini yang tidak pernah diucapkan oleh mana mana Perdana Menteri sebelum ini. Kenyataan ini hanya mahu menegaskan dan memberitahu bawa kuasa adalah dia. Dengan kuasa itu dia seakan membodohkan orang lain sedangkan orang tahu bahawa yang sebenarnya lemah dan keliru adalah dirinya.
Kita lihat kalau dia memberi justifikasi mengenai penganugerahan sebarang projek. Ambil contoh projek Istana Negara. Kalau kontraktor kelas F atau kontraktor yang tidak tersenarai sebagai kontraktor berkelas "K" membawa maksud kroni maka macam-macam benda mereka minta termasuk antaranya perlu ada sijil CIDB dan PKK. Tapi bagi projek ini, kontraktor yang dianugerahkan projek itu hanya mempunyai sijil kelas tertinggi - kelas "K" status "kroni". Malangnya bila ditanya mengenai perkara ini Perdana Menteri bertaraf ulamak ini memberi jawapan dia mudah. Projek itu diberi kepada perunding dan kita akan memberi projek itu kepada kontraktor yang dinamakan oleh perunding, maka disuruhnya pula kita bertanya kepada perunding untuk klarifikasi sepenuhnya.
Itu sebab dikatakan RMK9 hanya sekadar angan-angan. Masa mula RMK dilaksanakan satu kajian telah dibuat oleh EPU dan hasilnya mendapati bahawa dari jumlah hari 365 hari dalam setahun, setelah di tolak cuti am, cuti sakit, hadiri seminar dan macam-macam lagi, maka didapati waktu bekerja sebenar ialah 200 hari sahaja dalam setahun. Itu masa kerja 6 hari tetapi sekarang sudah kerja lima hari seminggu. Maka jika sorang Perdana Menteri tidak masuk pejabat dan asyik menggunakan waktu kerja untuk hadir majlis penyampaian bintang Pengakap, hadiri seminar yang tak mustahak dan sepatutnya dibuat hujung minggu, bayangkan berapa hari seorang Perdana Menteri berkerja dalam setahun? Itu tidak termasuk waktu tidur masa kerja, masa mesyuarat dan juga tidak keterlaluan masa diambil untuk bertukar lampin (pampers)
Hasil kealphaan ini Presiden UMNO yang bercakap tidak pakai fakta terus membohongi diri dia sendiri. Seperti yang disebut dalam ucapan penggulungan bahawa Malaysia ada 4 juta orang yang menonton UMNO TV online dalam internet maka orang akan tertanya - tanya . Dari statistik TM Net mempunyai 2 juta pelanggan, jaring sekadar 1 juta pelanggan dan Streamyx baru mencecah 750 ribu pelanggan, maka betulkah 4 juta pelayar yang kononnya menonton UMNO TV online. Lebih menyulitkan ialah sebenarnya UMNO TV memerlukan talian streamyz untuk memonton dengan sempurna maka dakwaan 4 juta pelawat adalah hanya palsu semata- matanya berdasarkan talian capaian Streamyx adalah hanya 750,000 sahaja.
Dalam bab terakhir beliau Abdullah Hj Ahmad mengatakan agar janganlah gunakan isu perkauman dan memberi amaran kepada semua pihak yang membincangkanya. Kepada kaum lain, jangan marah sendiwara perwakilan UMNO yang menyentuh soal perkauman kerana mereka semua adalah manusia hipokrit dan berpura.
Jika tidak kerana orang Ciina sudah pasti mereka tak dapat mengekalkan kuasa mereka samada sebagai Ketua UMNO Bahagian malah bertanding menjadi wakil rakyat. Jika kamu yang tidak tolong bagi duit entah - entah mereka sedang duduk di warong kopi main "dam" . Jika Abdullah Hj Ahmad boleh memberikan kebenaran menggunakan wang ehsan kerajaan Trengganu untuk Monsoon Cup kepada Patrik Badawi yang memang orang Cina tu, apa lagi yang lain. Jika Annuar Zaini disamping menjadi Pengerusi Bernama, terpaksa menjadi Pengarah Berjaya Berhad, milik Vincent Tan lepas tu boleh berkobar bercakap mengenai perjuangan Melayu maka bayangkan erti perjuangan yang ada sekarang ini dalam UMNO.
Sang Kelembai: Terfikir juga jika British berjaya menjadikan UMNO-United Malayan Nasional Organisation sebagai parti berbagai kaum dan cuba fikirkan sekiranya Datuk Onn Jaafar setelah cadangan ditolak tidak terus menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) parti pelbagai kaum tetapi sebaliknya menyertai Pan Malayan Islamic Parti (PMIP). Bagaimana agaknya Perhimpunan Agung UMNO yang dihadiri oleh berbagai kaum. Agak-agaknya perwakilan Cina, India dan Melayu nak bercakap apa dengan PAS yang disertai oleh orang Islam Melayu.
Sang Kelembai: Terfikir juga jika British berjaya menjadikan UMNO-United Malayan Nasional Organisation sebagai parti berbagai kaum dan cuba fikirkan sekiranya Datuk Onn Jaafar setelah cadangan ditolak tidak terus menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) parti pelbagai kaum tetapi sebaliknya menyertai Pan Malayan Islamic Parti (PMIP). Bagaimana agaknya Perhimpunan Agung UMNO yang dihadiri oleh berbagai kaum. Agak-agaknya perwakilan Cina, India dan Melayu nak bercakap apa dengan PAS yang disertai oleh orang Islam Melayu.
13 comments:
Tuan,
Hari ini banyak benda pelik telah berlaku, sebagai contoh :-
Hari ini bukan Parti menguasai Presiden, tetapi Presiden menguasai parti
Assalamualaikum-tahniah kpd TDM krn menerima anugerah "Mother Teresa". Anugerah tsb sbg satu pengiktirafan atas kejayaan TDM mewujudkan kemakmuran di negara yg berbilang kaum ini.
TDM juga merupakan org Asia yg pertama menerima anugerah tsb.
Bagi Pak Lah Pemimpin Islam Ada Had Ada Hari, beliau sememangnya layak dicalonkan untuk menerima anugerah tempat pertama pemimpin yg selalu ponteng kerja dan tidur paling banyak.
Bagi kakitangan awam yg mempunyai perangai kaki ponteng dan kaki tidur mcm Pak Lah, punch card beliau sudah tentu telah ditukar kepada warna merah dan sekiranya tiada perubahan selepas diberi teguran tindakan tatatertib termasuk buang kerja akan diambil.
Begitulah kesudahan nasib kakitangan awam yg suka ponteng dan tidur waktu kerja.
Kepada Ketua Setiausaha Negara yg baru dilantik, jgn hairan selepas ini ada kakitangan awam yg akan membantah tindakan tatatertib buang kerja atas alasan "Pak Lah lagi dahsyat dan sebagai PM dialah menjadi contoh dan ikutan saya". Apakah jawapan anda sdr KSN ....
Wassalam.
Sang kelembai
Sila refer to Rousseau mengenai "Social COntract". Ianya adalah gentlemen agreement oleh the ruled dengan the ruler.
Bagi orang Melayu, contract sedemikian adalah berupa perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
KITA TAK ADA SOCIAL CONTRACT ANTARA KAUM TETAPI PERLEMBAGAAN. ASAS PERLEMBAGAAN BUKAN BERDASARKAN PERJANJIAN ANTARA KAUM!
TETAPI JUGA MENGAMBIL KIRA PELBAGAI PERJANJIAN LAIN DGN BRITISH SEPERTI PANGKOR (1846).
TANPA PERSETUJUAN BUKAN MELAYU, KITA TETAP ADA KEISTEMEWAAN MELAYU KERANA INI TANAHAIR KITA!
Yang menghampakan ialah sekiranya benar 4 juta menyaksikan perhimpunan agong UMNO, dan dengan mengambil kira 60 % (2.4 juta)dari perwakilan masih memihak kepada TM (sebagaimana yang dimaksudkan oleh blog lain), sya haira kenapa perhimpunan itu masih menghalakan amaran kepada bangsa lain...
Kenapa tidak dihalakan pertanyaan kepada Presiden mengenai produktiviti beliau...adakah kita menerima cara pemerintahan secara "remote control" dari rumah?
Begitu juga dengan ke"perwiraan" Ketua pemuda menghunus keris...kan la ni zaman moden...kalau setakat menghunus keris tak payah lah...sejarah akan berulang sebagaimana kejatuhan empayar Melaka yang tunduk kepada meriam penjajah...begitulah pemuda akan tunduk kepada pena berbisa media...
Dan bagaimana Pemuda tidak sanggup untuk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Mukriz...seharusnya Pemuda bangun dan berbaris bersama dengan Mukriz yang mengatakan yang benar...
Apakah semangat Pemuda sudah dilembutkan dengan penghulunya yang lembik?
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
kalu umno dah jadi berbilang kaum ahlinya, sudah tentu melayu akan jadi barua dan pencacai najis aja macam p.ramlee kata dalam filemnya.
lihat lah walaupun orang melayu sebagai 'desicion maker' daripada agong hingga peringkat tempatan, ekonomi melayu tetap dibelakang kaum cina dan india serta lain-lain.
apa boleh buat.... pilih wrong person. sebab itulah allah hanya menganugerahkan malaysia dengan saiz sekarang. kalau sebesar negera china dan india, tak tau lah apa akan jadi plak.
PM sekarang ini hanya lah menunggu masa untuk pergi. Apabila ramai orang menanggap beliau banyak kelemahan peribadi bermakna beliau ada kelemahan. kelemahan peribadi bukan boleh diubah dalam masa sehari atau setahun lumrahnya begitu. Bahkan akan mengambil masa lebih dari itu. Atau kekal dengan kelemahan itu sampai lah pencen dan mati dengn kelemahan itu.
Memimpin juga bemula dari talent memimpin samada dilahirkan sebagai pemimpin atau digilap diasah dibasuh dibrainwash disekolah kepimpinan hingga akhirnya menjadi pemimpin. Masaalah masaalah peribadi tentunya tidak menjadi sebahagian dari masaalah negara yang dipimpinnya.
PM hari nya nampaknya bercampur aduk dengan kelemahan eribadi yang sentiasa disebut sebut orang disamping waktu yang sama mempunyai tugas untuk memimpin negara. Mampu kah beliau laksanakan amanat ini? ini yang menjadi persoalan kita semua.
Atau sekiranya beliau ingin berubah sebagaimana yang diharapkan oleh TDM, membetulkan halatuju negara. membela negara bukan (membela diri)
Apakah mungkin beliau boleh berubah dalam waktu terdekat ini? dari lembut tiba tiba menjadi tegas. Dari tak tahu menjadi serba tahu atau peka dengan apa yang berlaku disekitarnya. Apa kah mungkin watak abdullah badawi bertukar menjadi watak TDM? Lumrahnya sunnah alam adalah mustahil perkara ini boleh berlaku dalam masa terdekat. Kecuali ada miracle atau pertolongan dari langit.
PM hari ini terpaksa berperang dengan menjawab kritikan terhadap peribadi nya dan dalam masa yang sama menjadi pemimpin kepada nombor satu negara.
Hingga kini belum lagi terdengar orang mengkritik watak peribadi seseorang pemimpin yang sehebat kritikan terhadap PM kini.
TPM juga tidak kurang hebatnya dikritik terhadap peribadi nya. Beliau yang pernah gugur ditangan wanita. juga sedang bersiap sedia untuk naik ke tapak kerusi PM.
Tentu lah kita tahu sangat kenapa TDM tidak memilih beliau dulu. Kalau lah beliau jenis manusia yang berfikir cukup lah pengelaman Abdullah sebagai cermin kepada dirinya. Lupakan saja kerusi PM itu.
Kita rakyat malaysia apa yang boleh kita harapkan sangat dari kedua dua mereka ini yang sedang dan bakal menjadi PM
Malang nya rakyat malaysia.
Hanya satu yang saya tak suka, salah seorang menteri PM panggil TDM dengan nama iblis dan beruk. Please hormat TDM. Kerana dia Malaysia dikenali DUNIA. Jasa beliau teramat besar dan tak ternilai. Ingat TDM masih berpengaruh. Mark my word. Nasib orang yang panggil dia iblis dan beruk tu perlu berhati-hati. Mintalah maaf pada TDM sebelum terlambat.
bila pak lah bercakap mengenai statistik berkenaan sesuatu perkara, sudah pasti jumlahnya akan melibatkan angka-angka yang besar...contoh yang paling aku tak boleh lupa : 2 billion manusia akan menonton monsoon cup..gile ke apa...mana punya data dia dapat ni?? kali ular kasi ke?? world cup yang jadik kegilaan seluruh dunia pon dikatakan hanya 1 ++ billion..
go to http://promahathir.blogspot.com
Musti awk suka..
Dollah xtau apa yg dia ckp... tapi2 wat2 tau...
salah dia jugak malas nak membaca...
ni la malaysia... mempunyai pemimpin yg lemah dlm serba serbi... dengar ckp menantu je la...
pangkah pembangkang le nanti...
kita ajar sama dia...
bagi dollah terkejut dari lamunan mimpi....
nak tgk aksi2 perhimpunan agung umno 2006,
sila lawat tokasid.blogspot.com , scroll down ke bawah....kita akan tgk perhimpunan agung TIDOR....
TERLEBIH TIDUR NI BAHAYA BANG... gelap hati dah mengundang sifat malas.... cmni nk jdi PM kalau kuat TIDO...
kalau camni gaya nyer, xlayak le nak pinpin negara...pangkah pembangkang jer le....
SAKSIKANLAH sambil makan pop corn...
Melayu kita dok bermegah dgn Pahlawan Hang Tuah memanjang. Ingat sentiasa akan ungkapan
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA -
Akan tetapi, apabila diambil aleh oleh puak puak dan juak juak UMNO(baruA) yg la ni ...... maka Melayu akan dgn sendirinya akan lenyap di dunia ini (maksud aku di dunia nya sendiri (bumi Melayusia la)...... apa tidaknya??? ......Lihat sajalah:
UMNO = United Malay National Organization (tapi la ni UMNO yg berjenama baru (UMNObaruA)yang la ni ..... tengok lah muka muka yg dok pegang tampuk diatas : misalnya si Nor Mohammed Yaacob, Kadir Sheikh Fadir, Zainuddin Mohd Maideen (ZAM), suku sakat Kadir Sheikh Fadir i.e. adindanya Musa Sheikh Fadir, Putera UMNO punya ketua (hentah apa nama pun aku tak ambik tau pun), satu lagi yg dok berebut jawatan Presiden GPMS (hentah apa Merikan pun tak tau?(dekat dekat bunyi macam American aja!), Siti Shahrizad (Mami Jarum dari Tanjung - boleh la Prof Razak Mohaideen (Mamak jugak) buat filem episode selepas Nana Tanjung pulak nanti ya?)dan lain-lainnya - semuanya Mamak mamak belaka - bukannya Melayu tulin - Melayu celup - muka muka depa semua tu muka muka Mamak tongkang semua -
Mana pi Melayu Melayu yg kononnya Cemerlang Gemilang & Terbilang? TENGGELAM la apa lagi? Di rejam hingga tenggelam oleh si Mamak Mamak Tongkang yg diterima UMNObaruA tu la ...... punya la "CERDIK" puak puak Melayu kita ni nuuuu??? Mmakna kena REJAM oleh Mamak Mamak yg lebih berkaliber drp puak puak Melayu ni la.
Melayu Melayu lembik akan dengan slowly akan di lenyapkan oleh Mamak Mamak Tongkang ni lah secara tak di sedari ........sikit sikit..... step by step.....
SIAP LA MELAYU-MELAYU UMNObaruA SEMUA ......SLOWLY BUT SURELY....
MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA NYA SENDIRI ........
Kata-kata Hang Tuah kemana .... selogan keramat kemana?
Tengaok tengok Hang Tuah Pahlawan Melayu dok bercinta dgn Puteri Gunung Ledang di puncak Gunung Semanggol pulak kut.
Syorkan pulak kpd pembikin filem yg berkalber yg bukan Melayu pulak dik bikin kisah hal hal purbawara Melayu dgn Pahlawan kebanggaan Melayu Lakselamanya Hang Tuah tu .... Last sekali yang Bukan Melayu pulak pandai-pandai olah cerita Puteri Gunung Ledang bercinta dgn Hang Tuah la ...... HENTAH HAPE HAPE? merapek betul ...
PADAN MUKA BIKIN PUNYA BIKIN ..... MEGAH PUNYA MEGAH .... GEMBOR PUNYA GEMBOR .....JAJA PUNYA JAJA.... FILEM TU HARAM TAK MENJADI ...... LINGKUP .....ANUGERAH YG DI HARAPKAN PUN ...... HABUK PUN TARAK.... SEKADAR DAPAT CONSOLATION AWARD DI PENYAMPAIAN ANUGERAH FILEM ASIA-PACIFIC (2005) ..... ITU PUN KERANA DIADAKAN DI NEGARA KITA SENDIRI (DI KAMPUNG HALAMAN SENDIRI) ..... MAKA DAPAT LAH SATU HABUAN SEBAGAI "PENGHARGAAN" KONON KONONNYA ..... SEBABA PARA JURI PUN MAJORITY ORANG DARI KALANGAN KITA ..... DAH KITA JADI TUAN RUMAH ..... MAKA PARA PENAL JURI-JURI SEMUA BAWAH KITA PUNYA CONTROL LAH ...... KALAU TIDAK JANGAN HARAP LA NAK GONDOL SEBARANG ANUGERAH APA JENIS SEKALIPUN....... SEBELUM TU PUNYALAH HEBOH MACAM NAK RAK.....
KALAU MISALNYA FILEM TU DI TAKDIRKAN DAPAT MENGGONDOL BERPULUH-PULUH ANUGERAH ...... SURE TERLONDEH HABIH PAKAIAN ALA BERKEMBAN SI PRODUSER NYA YG BEGITU KERAS LAGI "SEXY" MACAM BATANG POKOK BAKAU TUA (YG PUAK-PUAK CONTRACTOR DOK BUAT PILING DI 'CONSTRUCTION-SITE' TU). ......AISEY DOK MELALUT KAT SITU PULAK ........
OKAY LAH BERBALIK KPD TOPIC ASAL:
APA AKAN JADI PADA BANGSA MELAYU YG BERSUNGGUH-SUNGGUH NAK JADI BANGSA NOMBOR SATU DIDUNIA?
HANYA DALAM KHAYALAN SAJA LA ...
HAKIKATNYA? AKAN HANCUR LEBUR LAH BANGSA MELAYU KITA SUDAHNYA........
LINGKUP LAH BUMI MELAYU YG KONONNYA "TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA" INI ........
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH MASIH SALAH SEORANG PEMIMPIN YANG BOLEH MENGGERAKKAN KEMBALI KEKUATAN MELAYU TETAPI KEKUATAN AKAN LEBIH ME'RAKYAT' DENGAN SAUDARA ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PENGHULU KEKUATAN MELAYU INI DENGAN KREDIBILITINYA SEBAGAI PEMIMPIN ULUNG RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA SERTA PENERIMAAN HEBAT MASYARAKAT ANTARABANGSA AKAN MELONJAKKAN KEMBALI MARUAH BANGSA MELAYU,KEDUDUKAN ISLAM,RAKYAT MALAYSIA DAN MARTABAT NEGARA MALAYSIA. ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6 DAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH SEBAGAI PELENGKAP BARISAN KEPEMIMPINAN NEGARA PASTI MELONJAKKAN KEMBALI MALAYSIA!
Dalam keadaan negara yang setiap hari di rompak oleh golongan2 elit negara di bawah perlindungan kerajaan sekarang, Y.M Ku Li is the best and perfect choice for PM.
Ku Li adalah harapan terakhir kita bagi Umno memulakan pembelaan pada nasib orang - orang Melayu. Saya sokong kalau Ku Li memulakan langkah bagi memerangi perdana menteri yang ada yang sudah pasti akan menghancurkan Umno. Pak Lah gagal bukan sahaja untuk menjaga Umno tetapi lebih mementingkan keluarga dan rakyat semua derita.
Umno perlu ada mereka yang mampu bangkit memberikan saingan agar mereka bukan sahaja tidak lena tidur tetapi terpaksa melakukan sesuatu untuk mengambil hati rakyat. Saya sokong kalau Ku Li kita jadikan ikon baru untuk menamatkan pemerintahan Khairy....
Walaupun Ku Li nak jadi Presiden UMNO seakan mustahil bunyinya...harapan untuk Anwar Ibrahim mungkin akan berkubur walaupun ianya sgt diharapkan...tapi aku tetap menyokong sebarang usaha menjatuhkan Pak Lah dan sekutunya...
Post a Comment