Dalam keadaan kepimpinan yang tidak ada hala tuju dibawah pentadbiran Abdullah Hj Ahmad, rakyat Malaysia yang dewasa di tahun 60an dan pertengahan tahun 70an amat merindukan pemimpin mereka masa itu. Umpamanya, Tun Dr Ismail Abd.Rahman, seorang tokoh berprinsip yang sanggup meletakan jawatan Menteri pada tahun 1967 kerana tidak bersetuju dengan beberapa dasar Tunku Abd Rahman dan memberi alasan kesihatan dan kembali semula menjadi Doktor di klinik bagi menyara keluarganya. Tapi Tun Dr Ismail Abd. Rahman antara tokoh kemerdekaan Malaya yang bertuah kerana mempunyai pemimpin yang meletakkan kepentingan negara dan bangsa sebagai keutamaan mereka dan walau pun dia sudah meletak jawatan, namun pilihanraya 1969 beliau dikekalkan bertanding dan bila berlaku Peristiwa 13 Mei, beliau menawarkan diri untuk membantu kerajaan dan dengan senang hati Tunku yang tidak berdendam melantik beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Jika dilihat dari segi pandangan orang politik dan pegawai kerajaan memang beliau seorang yang sangat ditakuti tetapi sebenarnya orang politik, pegawai kerajaan dan rakyat bukan takut tetapi sangat menghormati beliau dan beliau mempunyai trek rekod yang tidak ada cacatnya dari segi moral kehidupan. Apa sahaja yang dicakap dan ditegur, semua mempunyai intergirti, dia tidak rasuah, tidak ada kroni, dia seorang yang bermoral tinggi. Cakapnya tidak kosong , tidak retorik bukan setakat slogan "kata dikota janji dilaksana"tetapi dia benar - benar melaksanakannya. Jasanya di Johor negeri tanah tumpahnya amat besar dan antaranya adalah membina Johor Tenggara dengan berbagai kemudahan seperti lapangan terbang, pelabuhan dan penerokaan tanah.
Kedua, generasi pasca kemerdekaan, dalam keadaan banjir yang bertahun melanda negara ini, akan menangis didalam hati dan terasa kehilangan pemimpin yang teragung bangsa Melayu yang telah membuktikan pengorbanan dia kepada negara ini sehingga saat menghembuskan nafas dalam keadaan yang memilukan. Namun dia telah membuktikan, kerana bangsa bahawa dia sanggup mati, disebabkan tidak mahu berubat dan menyembunyikan rahsia sakitnya. Beliau meninggal dunia dalam masa yang singkat, apabila penyakit menyerang secara tiba-tiba dan tidak meninggalkan apa-apa harta. Tun Razak Hussein dalam sejarah riwayat politiknya dari Timbalan ke Perdana Menteri tidak pernah sekali meninggalkan negara dan bercuti dalam keadaan negara dan rakyat menghadapi malapetaka terutama dalam malapetaka routin ia itu banjir. Dia akan berada di mana berlaku banjir, jika tidak pagi, petang dan jika tidak petang sebelah malam. Anak Sungai Pahang itu merasakan seolah dirinya mangsa banjir. Carilah dalam gambar-gambar lama akan terjumpa beliau sama-sama makan dengan mangsa banjir jika lawatan dia itu pada masa mangsa tengah makan. Bukan seperti yang tersiar dalam Berita TV, pemimpin sekarang hanya sekadar tukang sendok makanan kepada mangsa tapi makan dirumah, yang mana menu tak sama dengan mangsa banjir. Bila melihat hari ini anaknya Najib Tun Razak melawat kawasan banjir, satu nostalgia lama bermain semula.
Pendapat Abdullah Hj Ahmad, yang sekarang ini Perdana Menteri dan merangkap Imam Besar Islam yang ada had dan ada hari ini berbeza. Pendekatannya adalah, jika dia ada disini pun banjir tak surut. Berlainan dengan Tun Razak, sungguh pun air tidak akan surut bila beliau hadir tetapi beliau tetap datang ke kawasan banjir. Dia hadir untuk mempastikan bantuan betul betul sampai kepada mangsa banjir dan kerana banjir berulang, dia mengikhtiarkan bagaimana hendak mengelakkannya maka lahir idea dua dalam satu, ampangan dibuat, jana kuasa diadakan. Maka dengan idea itu, akhirnya beberapa projek empangan dibuat di Perak dan sehingga hari ini hasil fikiran Tun Razak dinikmati oleh orang sepanjang Sungai Perak setelah beberapa empangan dibuat di Hulu Sungai Perak. Begitu juga di Terengganu dengan terbina empangan Kenyir.
Tetapi hari ini, Malaysia yang dibawah naungan Islam Hadhari, imam besarnya yang duda itu berada jauh beribu batu, tengah bercuti mungkin di atas perahu layar mewah dan diiringi oleh calon-calon bidadarinya manakala di negara ini sekarang para pengundi, rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional terpaksa menguruskan sendiri penderitaan mereka. Mereka gelak ketawa bersama keluarganya yang terdiri anak dan menantu dan kawan-kawan korporat Abdulah Hj Ahmad, sedangkan beribu rakyat tengah tidur di dalam dewan, sekolah masjid dan surau. Mungkin dia terus ketawa terbahak-bahak meraikan kejayaannya membodohkan rakyat dan khasnya orang Melayu.
Abdulllah Hj Ahmad yang bercampor berdarah Cina dan anaknya yang bercampur darah Jepun, yang sekarang berada jauh dari kawasan banjir mungkin juga sedang melawat tempat-tempat yang sesuai untuk membeli tanah untuk membina Istana mewah, itu sebab dia tidak marah sangat dengan Zakaria Mat Derus dan kalau dia mahu marah pun adalah kerana Zakaria Mat Derus buat Istana di kawasan Melayu miskin, tetapi dia buat diluar negeri atas nama anaknya yang tidak ada langsung perniagaan di Malaysia. Percutian Abdullah Hj Ahmad dalam masa beribu rakyat bergelut dengan banjir atas sebab dua perkara, pertama nak buang gian memancing ikan dan kedua nak tidur tanpa gangguan.
Soalnya ialah; kalau seorang Perdana Menteri bagi sebuah negara yang mahukan pemikiran minda kelas pertama, ditanya, samada dia membeli yacht atau tidak, dia seharusnya menjawab dengan mudah iaitu "tidak" tetapi Imam Besar Islam Hadhari ini tidak menjawab soalan sebaliknya mengatakan itu mengarut dan pembohongan. Sebenar Abdullah Hj Ahmad seorang yang pembohong dan mengarut, apa malang rakyat Malaysia dapat Perdana Menteri minda zaman batu ini?.
Surat khabar Turkey bukan macam surat khabar Sarawak Tibune yang boleh dibatalkan KDNnya atau surat khabar NST yang boleh diteruskan walau pun menghina Islam kerana Menteri yang jaga lesen dan permit itu adalah Abdullah Hj Ahmad. Surat khabar di Turkey yang menyiarkan mesti mempunyai asas. Dan jika perkara itu tidak betul bukan sekadar minta surat khabar itu membetulkan sahaja sebaliknya bagi sebuah negara yang Merdeka dan Berdaulat, Perdana Menteri bagi pihak rakyat Malaysia boleh meminta Menteri Luar dan Kedutaan Malaysia menghantar surat bantahan kepada Kerajaan Turkey, supaya kerajaan Turkey boleh membuat siasatan dalaman dan kemudian membuat kenyataaan apa yang sewajarnya.
Sekarang sudah lebih 24 jam berita penafian Abdullah Hj Ahmad atas pembelian bot itu, tindakan Kementerian Luar masih tidak ada. Pihak Kerajaan Turkey dan juga pengarang akbar Hurreyet masih membisu. Maka dengan diamnya itu, boleh memberikan pengertian mengenai kebenaran berita oleh akbar Hurreyet itu. Rakyat Malaysia tidak perlu keliru akan penafian ini. Satu masa nanti Kapal Layar itu yang khabarnya "cakap dengarnya" samada di "sponsor" oleh Patrick Badawi atau Ananda Krishnan akan diketahui juga. Bangkai gajah tak akan boleh ditutup dengan niru, jika ditutup dengan Hangar Aribus 380 pun, bau busuk akan terhidu juga.
Tindakan rakyat dan pembaca blog, seharusnya membuat salinan apa-apa yang patutnya dan cetak maklumat itu dan berikan kepada orang kampong, terutama mereka yang bertaraf imam dan bilal termasuk setengah mufti yang menganggap Abdullah Hj Ahmad macam Imam Mahadi yang nak menyelamatkan orang Islam dan Melayu. Simpan semua gambar-gambar maksiat yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad dan sekutunya Idris Jusuh yang tersiar sekarang. Pilihanraya nanti ramai-ramai edarkan gambar itu kepada mereka yang betul-betul Islam mengikut madzhab ahli sunnah waljamaah dan bukan Islam Hadhari supaya berfikir panjang sebelum membuat keputusan.
Sang Kelembai: Selalu bertanya kenapa sialnya Malaysia ini?, Bila Abdullah Hj Ahmad bercuti dalam bulan Disember mesti ada melapetaka besar yang menimpa rakyat, Tsunami dahulu bulan Disember, dah lepas rakyat menderita dengan bala itu, barulah terhegeh Abdullah Hj Ahmad melawatnya tapi sampai sekarang mangsa Tsunami samalah saperti "pi mai pi mai tang tu". Abdullah Hj Ahmad bersuka ria di luar negeri dengan anak dan menantu, ahli UMNO hanya menjadi kubu. Setengah Menteri hilang ghaib macam Syaharizat Jalil kerana pergi bercuti, macam bossnya juga. Perdana Menteri kencing berdiri, menteri kencing berlari.
19 comments:
imam besar ada had ada hari akan terbang ke johor esok dari australia untuk melawat mangsa banjir.
para penjilatnya pasti berkata...imam besar seorang yang sangat prihatin. sanggup pendekkan cuti demi rakyat.
Sang Kelembai
Apa yang berlaku pada negara kita dan orang orang Melayu ber agama Islam terutamanya adalah satu BALA dari ALLAH swt.
Akan tetapi, banyak di antara kita tidak menyedari ianya satu Bala, malah mengangapnya sebagai satu Taufan??? - itu adalah tanda tanda umat Islam menuju kelalaian dalam kehidupannya, dan keteguhan kepercayaan nya kepada ALLAH swt.
Apabila rakyat salah memilih ketua nya, maka rakyat lah yang akan menerima Bala dari ALLAH swt.
Si Perdana Menteri tu dah tertidur apabila kekayaan dan kuasa datang dengan tersangat mudah di dalam hidup nya; tak dapat di salah kan beliau kerana si rakyat menyerupai monyet monyet apabila di taburi pisang pisang di waktu hari pengundian.
Banyak pemimpin tamak holaba hidup sombongnya pendek, Saddam Hussein dah nak 'gol'... yang di Asia Tenggara banyak dah di 'gol' kan oleh ALLAH swt...
Kita sama sama tengok kan berapa lama si Toye' ini mengianiaya monyet monyet nya... doa-doa orang teraniaya amat di dengari dan di bantu oleh ALLAH swt.
Rest Assured!
semoga pak lah dan kunco2nya 1 masa nanti akan merasakan kesusahan 10 kali ganda daripada apa yg rakyat menjadi mangsa banjir sekarang tgh rasakan ! sungguh rakyat telah dizalimi....
sedih tengok pakcik2, makcik2, anak2... melayu, cina dan india kehilangan harta benda dan bersusah payah mengharungi banjir... sedangkan dia anak beranak tengah bergelak ketawa tak ingat dunia agaknya.
semoga ada balasan utk dia dan kunco2nya ! Amin!
Begitu perasan si dolah mengenai dirinya hinggakan mahu menempah dan mengekalkan dirinya dalam sejarah melalui siling emas yang dirancang dari awal tahun bulan februari 2006 dan telah mula di edar untik di beli orang ramai pada sejak bulan November.
heheheh ... saya rasa yang lebih layak siling emas adalah seperti yang saya buat di blog saya. Sila lawati:
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/
Sang Kelembai,
Cuma heran juga la...Pak Lah bercuti, Maya Karin pun pergi bercuti juga..siap masuk dalam paper artis nak pi bercuti(buat apa nak announce??)relevan ke?
Maya Karin pun nafi ada jalin hubungan dgn Suami orang...ermm KJ jadi scapegoat utk elak dihidu aje kot? Sebenarnya PAK DUDA KAPAL MEWAH yang dok tido dibuai mimpi indah...agaknya?
Heran dan terkejut juga...bukan fitnah..cuma mencantumkan puzzle aje...
Mangsa banjir dok harung air...PAK DUDA dok buang air yang dah naik kepala!!
ROCK KAPAK
Sabar lah. Siap boat nanti, dia pi lah melawat kawasan banjir!Itu pun kalau tak tertidur!
si bahalol PM dah balik...
bahalol PM dah balik....
habislah duit tabung tabung kecemasan di magik hilang lagi... nampaknya!
si bahalol PM dah balik....
Pelihanraya akan datang marilah sama-sama kita sokong UMno sepenuhya.Tanpa Umno, melayu akan mampuih dan ghaib dari dunia ni!UMno lah seolah-olah tuhan bagi melayu yang mudah lupa.Hidup Umno !Mampuih Melayu!!!
BADAWI - THE BLIND,THE MUTE AND THE DEAF.
Pemimpin yang buta,bisu dan pekak adalah rujukan yang paling tepat untuk dirujukkan kepada imam besar hadhari @ firaun hadhari ini iaitu Abdullah Badawi.
1. BUTA - kerana ia buta terhadap realiti sekelilingnya dimana majoriti rakyat dari segenap lapisan sudah hilang kepercayaan,memandang rendah bahkan malu mempunyai perdana menteri seperti beliau. Rakyat Malaysia sudah menjadi rendah diri,hilang keyakinan dan bangga diri lantaran tingkah laku jelek Badawi ini sebagai PM. Cukup banyak tingkah laku jelek Badawi ini disaksikan oleh rakyat dengan yg terbaru adalah kata-kata penafiannya terhadap pembelian bot mewah di Turkey sebagai “LAPORAN BOHONG DAN MENGARUT SAMASEKALI” beserta dengan muka masam yang mencuka langsung tidak mencermin ciri-ciri pemimpin yang berkeliber dan berjiwa besar.Bukan penafian yang rakyat kesalkan tetapi kata-kata penafian bodoh yang yang terlontar dari mulut dan body language beliau yang memualkan dan memalukan rakyat.
2. BISU – Sikap membisu imam besar hadhari terhadap segala kritikan-kritikan yang membina terhadap dasar pentadbirannya yang merangkumi ekonomi,politik dan dasar luar negara yang pada pandangan mereka-mereka yang pakar adalah merugikan dan meranapkan bahkan ketahap menjual maruah negara tetapi disambut oleh Badawi ini dengan sikap membisu dan membatu dan amat berbangga pula dipanggil sebagai elegence silent yang mana pada hakikatnya adalah sikap hipokrit yang meloyakan.Tapi sikap membisu yang hipokrit ini akhirnya terburai apabila ia mengucapkan kata-kata “ JANGAN MENGUJI KESABARAN SAYA” “SAYA ADALAH PERDANA MENTERI”dan akhirnya terlontarlah perkataan yang terkeluar dari lubuk hatinya yang bersih itu dengan merujuk Mahathir PM Malaysia yang paling cemerlang dan berjaya dan paling dekat dihati rakyat itu sebagai sebagai “IBLIS” dan “ORANG TUA YG TELAH MENABURKAN PASIR KEDALAM PERIUK NASI MENANTUNYA KHAIRY”. Sikap membisunya yang terkini adalah tentang penyiaran gambar meraba seorang tetamu (Michele Teoh?) dalam satu majlis monsoon cup.
3. PEKAK – Pekak badak yang diamalkan oleh Badawi dalam menangani segala macam rintihan dan masalah rakyat jelata telah menyebabkan malapetaka bertimpa kepada kehidupan rakyat marhain.Bermula dengan kenaikan mendadak harga petrol 30 sen (paling tinggi dlm sejarah) dan dinaikkan pula ditengah-tengah malam buta telah menyebabkan inflasi yang melampau ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan tambahan atau kenaikan gaji disebabkan oleh kebekuan dan merudumnya aktiviti- aktiviti ekonomi hasil dari dasar ekonomi yang cemerlang,gemilang dan terbilang oleh Badawi dan penasihat-penasihat pintar dari kaum keluarganya.Terbaru adalah kenaikan tol sehingga 60% telah menyebabkan warga KL tercekik. Pekak badak Badawi mencapai ketahap maksimun apabila ia mengambil sikap berdegil terhadap pandangan dan kritikan terhadap idea bodoh dan menjahanamkan negara dan bangsa melayu iaitu penggabungan NST dan Utusan Melayu dan lain-lain idea penggabungan yg merugikan seperti penggabungan syarikat-syarikat perladangan yg dibantah oleh PNB.
Apakah motif Badawi utk bersikap buta,bisu dan pekak terhadap segala kritikan dan rintihan rakyat Malaysia..Jelas Badawi ada agenda tersendiri dan memegang kata-kata pepatah melayu lama ‘ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN”.
Seterusnya…http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/
Kepada Tuan Perdana Menteri,
Dengan berlakunya bencana banjir besar ini, maka kesusahan rakyat (terutamanya yang berada di kampung dan semua kategori berpendapatan bawah RM2000)yang telahpun semakin 'miskin' sepanjang tahun 2006 ini akan bertambahlah lagi.
Maka, janganlah memikirkan atau mempertimbangkan sebarang idea-idea untuk menaikkan lagi harga minyak, tol, elektrik, air dan seumpamanya.... Kenaikan dalam 4 perkhidmatan inilah yang mensengsarakan rakyat keseluruhannya. Naiknya harga / tarif maka naik jugalah majoriti produk-produk pengguna di pasaran....
Fahamilah rintihan kami wahai Tuan Perdana Menteri yang bestari....
Takutlah wahai orang yang berakal,janganlah anda tertipu oleh kegembiraan hidup didunia,yang pasti mematikan hati anda. RAmai manusiayang binasa akibat kegembiraan hidup didunia.Fikir-fikirlah...........
fuhhh!!! gilo ko kelembai, belasah tanpa belas kasihan. Apa pun ko memang berani dan bertanggung jawab dengan segala tulisan ko. Syabas!
Air mata darah sekalipun Pak Lah imam besar Islam Hadhari (ada hari ada had) tak akan sedar rintihan dan kesusahan rakyat. Tak akan sedar kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan pada rakyat. Ya Allah ya tuhanku, jika benar kerajaan sekarang telah banyak menyeleweng, tunjukkanlah balasan yang setimpal ke atas mereka agar mereka sedar ada kuasa yang lebih besar dari mereka yang "buta" ini. Amin!
sang sapurba merindukan Tun Dr Ismail,
Allahyarham Tun dR Ismail pernah berkata tentang soal rasuah di anrata kalangan anggota polis dan org awam.Sila lihat dan baca di dalam biografi beliau dan rencana yg pernah ditulis oleh Mohd Noor Azam bekas CEO Tv3 dan penulis kolum dlm Berita Minggu yg tiba2 telah dihentikan siaran punulisan beliau.Sang Kelembai mungkin tahu kan.
Assalamualaikum-Alkisah pemimpin Islam Ada Had Ada Hari dengan amat keberatan terpaksa memendekkan tempoh percutiannya dan terbang balik dari Australia untuk menunjukkan keprihatinannya kpd rakyat yang sedang sengsara akibat bencana banjir.
Hairan kenapa perlu singgah juga di Australia dan kenapa tak terus balik ke Malaysia.
Ini menunjukkan pemimpin Islam Ada Had Ada Hari sebenarnya tidak begitu tersentuh dgn masalah dan kesengsaraan rakyat, sekiranya boleh beliau ingin menghabiskan tempoh percutian beliau. Beliau cuma balik setelah didesak supaya memendekkan tempoh percutiannya.
Lihat sahajalah keadaan beliau ketika membuat lawatan muka sembab macam tak cukup tidur. Almaklumlah tempoh pertiduran beliau telah dipendekkan.
Marilah kita menilai adakah keprihatinan yg beliau tunjukkan itu benar2 ikhlas atau pun tidak.
Wassalam.
Dollah banyak makan kepala udang sebab tu bodoh.
arap sang kelembai membuat ulasan tentang kejadian yg menimpa bekas pemain bola sepak selangor..sekitar tahun 80an..
dimana restoran kepunyaan ibunya telah dimusnahkan oleh majlis pembandaran klang(mpk)...seperti yg disiarkan dlm buletin utama 26 dis 2006.apakah kerajaan sudah tiada belas kasihan...mana pergi nya khir toyo...
hampir menitiskan air mata saya apabila melihat berita yg disiarkan itu...sedangkn restoran yg dibina itu diberikan lesen oleh mpk sendiri..yg sy musykilnya berlainan pula dgn kes dato zakaria...?renung2kan lah...arap sang kelembai mmbuat ulasan tentang kes ini
mungkinkah PM ingat ini banjir 'kilat' saja ma..jadi macam kilat, dia pun hilang cepat2 la..
:D
rakyat sungguh menderita dibawah pimpinan anak ulama ini.
Istighfar kawan, semua bala ni datang sebab current issue ke? Kenapa nak blame seorang Pak Lah aje? Semua kerusakan ini sebab kite semua. Kalau kita asyik tunjuk hidung orang boleh selesaikah semua bala bencana ni? Korang tau kan Allah tak akan bangkitkan pemimpin yang dzholim kecuali untuk menghukum suatu bangsa. So kalau lu kawan semua nampak Pak Lah dzolim, itu sebab kite dah buat banyak dzolim kepada Allah, diri, keluarga dan bangsa ini. So terima aje lah sambil-sambil tu kite tobat dan sokong segala bentuk perubahan dan usaha untuk menjadi baik supaya Allah angkat semua bala dan bencana ini. Kerja kite bukan saling jatuhkan dan salahkan orang. Ingat kawan tak akan Allah pandang ummat Islam ini selagi kite saling bertelagah bertikam lidah jatuhkan maruah. So siapa yang buat dajal binasekan diri dan bangsa? tepuk dada tanya iman jangan tanya selera dan ikut panas kepala. Wallaahu'alam, Allaahumma fadzna min kulli balaa.
Phd Candidate
Post a Comment