Sama ada benar atau tidak apa yang tersiar dalam berita internet dan blogger akan kisah pembelian yacht atau perahu layar yang mewah dengan harga hampir RM30 juta Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, merangkap Imam Besar Islam Hadhari Abdullah Bin Hj Ahmad, pengarang sajak "Mencari Damai Abadi" yang mengatakan bahawa "aku tidak mencari wang berjuta dan harta bertimbun" itu adalah soal kedua.
Soal pertama ialah masa dia hendak berangkat keluar Negara minggu lepas, orang yang menghantarnya dan mencium tangan untuk mendapat berkat, hanya tahu dia ada urusan rasmi di luar Negara kerana melawat Venezuela dan tidak pula dikatakan bahawa dia ada program melawat tempat perahu layarnya yang dibina di Turkey.Dalam masa dan saat berjuta rakyat Malaysia tidak tidur nyenyak kerana memikirkan bermacam masalah kehidupan dalam seminggu dua lagi ; Tol naik, pertanda harga minyak akan turun tidak ada, kehidupan sudah bercorak gali lubang tutup lubang dan jika tersilap macam peminjam along masuk lubang terus. Beban yang ditanggong oleh rakyat yang punya anak lebih dari satu untuk masuk sekolah tidak terkata, mana nak cari duit? Tiba-tiba Perdana Menteri yang selalu tidur nyenyak dan tidur dimana sahaja, diberitakan pergi melihat perayu layar yang ditempahnya sudah hampir siap. Harganya hampir sama dengan duit Felcra yang nak bantu berpuluh ribu peserta yang punya anak untuk bantuan persekolahan.
Bila dia bercakap dengan sombong dan angkuhnya bahawa anaknya Kamalludin Bin Dato Seri Diraja Maharaja Bendahara Abdullah sudah banyak duit dan kaya, sebenarnya dia tidak bodoh. Abdullah Hj Ahmad dalam perkara ini dia cerdik dan pandai. Jika ditanya orang, mana datang duit begitu banyak bagi membeli perayu layar mewah, semesti dia menjawab "anak saya ada duit dan dia kaya" dia belikan untuk saya kerana dia bimbang saya kesunyian setelah kematian isteri. Maka pembelian itu secara sendiri menjadi halal dan BPR pun yang punya pegawai baru 300 orang itu hanya sekadar digunakan untuk mengintip konstable polis yang sudah ada didadanya perkataaan "Saya Anti Rasuah" tetapi tidak perkataan "Memberi rasuah satu kesalahan" yang memberi pengertian dalam Malaysia ini hanya Polis sahaja yang anti rasuah tetapi Kastam, Imigeresen, Penguatkuasa DBKL dan lain-lain anggota perkhidmatan awam tidak anti rasuah. Pelik tetapi benar.
Itu sebab agaknya bersungguh sangat dia mahu majukan Monson Cup yang pada awalnya difikirkan memang ikhlas bertujuan untuk bantu Terengganu meningkatkan industri pelancungan supaya akan ada aktiviti pertukaran wang asing dan rancaknya penjualan barang-barang kraftangan termasuk songket dan batik, sehingga tidak cukup stok di Pasar Payang di Kuala Terengganu itu. Hotel-hotel juga terpaksa dibuat tempahan berbulan lamanya. Sebaliknya disamping mahu memperkayakan kroni dia yang juga rakan niaga anaknya yang bernama Patrick Badawi, dia mahu belajar macam mana kendalikan yacht atau perahu layar dan masa yang sama tengok-tengok jika krew yang sesuai untuk ditawarkan kerja dengan yacht yang dia beli.
Berdasarkan kenyataan Abdullah Hj Ahmad, bahawa dia amat suka dengan suasana dan tempat dipantai peranginan di Turkey itu, sudah pasti ada pertanda jika dia bersara atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri bila kalah pilihanraya akan datang, disitu tempat dia berada untuk menghabiskan sisa hidup dengan senang lenang. Agaknya disitulah jari jemarinya menghitung untung menjadi Perdana Menteri dengan tidak mencari wang berjuta tapi berbillion, tidak harta bertimbun tetapi harta menggunung dan tidak mencari kawan untuk berpoya tetapi mencari kawan memancing ikan dengan yacht mewah.
Bagaimana pula rakyat Malaysia , kekallah dia macam iklan "Sehingga Menjilat Jari" sedang Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti jadi Perdana Menteri dan hidup mewah dengan hasil dia menjadi Perdana Menteri. Mungkin dia berkata "Bukan saya tak hendak jadi Perdana Menteri berpenggal-penggal macam Dr Mahathir tetapi rakyat sudah menolak dan membuang saya dan ini bukan salah saya" Itu sebab Abdullah Hj Ahmad sudah macam dikatakan orang, bila soal tuntutan rakyat terhadap bermacam isu, dia macam "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" tidak diendahkan langsung sensitiviti rakyat.Bila TOL-Tipu Orang Lalu lalang dinaikkan sebagai hadiah tahun baru, maka berkatalah dia bahawa kerajaan tanggung dan rakyat pun perlu tanggung.
Dan berkata pula seorang Menteri bahawa TOL di Malaysia lebih murah pada negara lain. Soalnya kalau di siasat kesemua TOL di negeri orang dihalakan ke tempat orang mampu bayar seperti ke AirPort, Pelabohan atau Lebuhraya freeway yang bermaksud Jalan raya jarah jauh. Tetapi di Malaysia terdapat TOL yang dibuat dalam keadaan sejengkal dan menuju ke kawasan perumahan.Rakyat yang marah bukan tidak mahu bayar TOL yang dikenakan tetapi bagaimana dengan sara hidupnya yang terus meningkat tetapi nilai ringgitnya tidak sepadan. Bagi mereka yang bergaji RM 1000 dua puloh tahun dulu, ia adalah satu pendapatan mewah tetapi hari ini RM 1000 sama taraf dengan RM200, jika dia hendak hidup dengan mewah dalam keadaan masa ini maka dia perlu mendapat gaji sekurang RM 7ribu ke RM 9ribu.. mana nak dapat begitu?
Maka yang menjadikan kemarahan rakyat ialah perangai Abdullah Hj Ahmad yang berlagak pakar ekonomi menjaga Menteri Kewangan hidup dalam keadaan yang mewah dengan membetulkan pagar keselamatan sahaja memakan wang RM 20 juta. Gunakan wang ehsan Terengganu untuk memberi projek kepada Patrik Badawi sehingga Patrick Badawi dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad masuk ke dalam Mesyuarat MTen Terengganu dan bila di sentuh soal dia dengan langgak sombong Abdulllah Hj Ahmad marah kepada orang yang menegur Patrick Badawi dan sehingga bila Abdullah Hj Ahmad pergi ke Terengganu dengan megahnya Patrick Badawi menjemput Abdullah Ahmad naik kereta peribadinya walhal ada kereta rasmi yang disediakan.
Sekarang jelaslah Abdullah Hj Ahmad sudah terlalu jauh terpesong dari perjuangan orang Melayu. Taraf orang yang mencium tangan atau yang menghantar dia pergi dan balik keluar negeri boleh dikira sebagai "orang cari makan" dan kalau dia Islam sudah tentu Abdullah Hj Ahmad disingkirkan dengan segera tetapi dalam prinsip Islam yang ada had dan ada hari, prinsip amar maarof dan nahi mungkar bukan menjadi asas keutamaan.
Sekarang rakyat Malaysia dan khasnya orang Melayu tertipu lagi dengan waraknya Abdullah Hj Ahmad ini, dengan diam-diam dia membeli yacht mewah. Dalam usianya 67 tahun, semua orang bertanya apakah tujuan dia membeli yacht itu walau pun rakyat sudah tahu dia ada rumah mewah di Perth dan London atas nama anaknya dan juga memiliki jet peribadi yang beroperasi di Singapura.
Pertanyaan orang, bagaimana dia boleh berbaik dengan orang terkaya di Malaysia yang masanya banyak di luar negeri. Orang yang dimaksudkan itu adalah orang yang sepatutnya dipanggil Orang Terkaya Asia kelahiran Malaysia: Ananda Krishnan. Ananda ini pernah Abdullah Hj Ahmad arahkan supaya jangan masuk membida tanah tapak lumba kuda di Penang kerana nak diberikan kepada Patrick Badawi. Dan dalam dia semua menipu Melayu dalam perhimpunan agung UMNO "Hidup Melayu" dia tidak mengambil tindakan untuk pengecualian cukai Astro yang memakan masa 20 tahun itu untuk dibatalkan setelah 2juta orang menjadi pelanggan Astro, bayangkan berapa pendapatan bulanannya dengan harga purata RM50 dan dikalikan dengan 2juta.
Maka semua orang berpendapat bahawa percakapan Abdullah Hj Ahmad bagi membenteraskan rasuah hanya illusi jika dia tidak mendedahkan secara telus pembelian kapal layar yang dipanggil yacht.
Sang Kelembai: Dalam cerita lagenda, ada diceritakan orang akan kisah raja-raja dahulu dihasut oleh pembesarnya sehngga membunuh isteri pembesar istana dengan digilis oleh kapal yang bernama "Lancang Kuning" tetapi lancang yang dibeli oleh Abdullah Hj Ahmad ini akan belayar malam bagi tujuan bulan madu Abdullah Ahmad. Entah ya entah tidak... tuhan sahaja yang tahu.
19 comments:
Sah...tahun depan Dollah akan ambil bahagian dalam pertandingan Monsoon Cup di Trengganu...dia akan jadi jurumudi...maka akan ramai lah orang orang umNO akan turun ke Trengganu untuk memberi galakan pada Dollah...tepukan dan sorakan akan riuh rendah lah di Pulau Duyong...
Assalamualaikum-PESANAN BUAT PAK LAH - Bertaubatlah sebelum terlambat dan undurkanlah diri secara terhormat sebelum dijatuhkan secara tak terhormat.
Mencari Damai Abadi hanyalah omongan kosong engkau Pak Lah, yg sebenarnya kekayaan dunialah yg engkau cari.
Rakyat Malaysia rata-rata tlh menyampah dgn engkau Pak Lah. Walaupun engkau Pak Lah mengetahuinya tapi engkau perasan dirimu masih disanjung dan disokong.
Ketahuilah bahawa hari kejatuhanmu telah semakin dekat dan engkau mengetahuinya. Persiapan rapi tlh engkau ambil menjelang hari kejatuhanmu dgn mengaut kekayaan dari wang yg sepatutnya sampai ke tangan rakyat.
Walau bagaimanapun, jangan engkau berangan akan mewah dan senang hidup selepas hari kejatuhanmu ... kami rakyat Malaysia dan ahli UMNO sejati akan memastikan engkau tak tidur lena dan nyenyak.
Jet peribadi dan kapal layar yg engkau sediakan tidak akan menghalang usaha kami semua utk memastikan engkau bersama anak dan menantumu tidak akan hidup damai bahagia di dunia ini.
Wassalam.
yep,kabarnya orang baru sgt rapat (family member) aruah.berita hebat dipasaran sekarang.
selamat belayar,kami support dgn duit tol(lol).
Lepas ini akan berduyun-duyunlah orang-orang kaya dan nak jadi lebih kaya pelbagai bangsa di Malaya membeli yacht dan berebut-rebut nak jemput AAB melancarkannya supaya dilihat sebagai "rub shoulder" dengan PM.
Akan penuhlah club pelayar dengan bot mewah dan yacht di sekitar Malaya dengan mereka yang pembodek yang gila kaya dan kaya gila melepak di clubhouse sambil minum-minum dan mencari "contact"
Akan banyaklah trip memancing laut dalam dan 'trip to no where" berlangsung di serata persisir dan luar pesisir dengan disertakan acara tidak bermoral yang berselindung di sebalik pelayaran atas dasar "entertain" pembesar-pembesar and 'outdoor retreat' kononnya.
....itulah natijahnya bila bila bapa ynag borek melahirkan anak ynag rintik... belajarlah daripada bencana sunami ynag menelan siapa sahaja tanpa mengenal pangkat dan darjat
Ada tertenguk penafian dalam berita tengahari tadi.... apa-apa pun kalau saya berduit, saya pun teringin nak beli kapal layar mewah. Paling tidak pun tumpang kapal kawan saya yang berduit.
Naik feri pun seronok jugak. Tapi tak boleh bersantai macam orang kaya-kaya dan tak payah fikir apa apa...
December 20, 2006 13:25 PM
Abdullah Denies Buying RM30 Million Boat
From Jamaluddin Muhammad
CARACAS, Dec 20 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has denied buying a RM30 million boat as reported by a newspaper in Turkey recently.
"The report is inaccurate. It is a lie. I don't know where it got such facts," he told reporters here when asked to comment on a newspaper report that he went to Bodrum in Turkey recently to see the boat which he ordered four months ago.
Abdullah said he would ask the newspaper to make a correction.
According to the report, the boat is made of Akuju, Maun, Sipo and Brimanya tree which is imported from South Africa and expected to be completed in 16 months.
"I was in Turkey but did not see the boat," he said in reference to his transit in Turkey from Kuala Lumpur before coming here for a three-day official which ended Tuesday.
-- BERNAMA
why go to Turkey for transit
tak kan terbang saja saja
ermmm.. seperti yg dijangkakan, pak lah ( bukan saja )menafikan memiliki kapal layar tersebut. malah menafikan ada singgah di turkey untuk melihatnya !
Masalah nya...
Dulu saya pilih umno/bn sebab I have no choice.
Sekarang, saya tak nak pilih umno/bn and I still have no choice.
Lepas ni kita akan dengar penafian pak lah beli yacht...as expected.
22 tahun saya tak pernah terfikir soal negara akan tergadai. Saya selalu terasa well-protected dgn kebijaksanaan TDM. Bush ke, Gore, ke, LKY ke, Soros ke.. no worry, kita ada TDM. Sekarang dengar nama khairi, patrick, kalimullah pun dah lemah seluruh badan. Fikir generasi akan datang.
Sayang...cari Imam Ghazali, Imam Shafie. Dapat Iblis khairi.
pak lah tidak akan meraikan hadiah tahun baru kenaikan tol 1 jan ini kerana sibuk bercuti a.k.a melawat harta anak menantu di australia hingga minggu pertama jan.
Assalamualaikum-setelah puas menghabiskan wang ehsan rakyat Trengganu dgn Monsoon Cup Pak Lah pun pergi trip ke luar negara.
Tak puas2 lagi ke Pak Lah pergi trip ke luar negara. Rasanya dalam tiga tahun memegang jawatan PM, sudah tidak terkira lagi jari tangan dan kaki bilangan trip Pak Lah ke luar negara.
Sedang rakyat sibuk mencongak cukup tak perbelanjaan sekolah anak dan kesempitan yg bakal dialami dgn kenaikan tol, Pak Lah sibuk menghabiskan wang rakyat dgn trip ke luar negara dan trip kali ini memakan masa lebih dari seminggu. Tentulah perbelanjaannya besar ... minyak dan penyelengaraan kapal terbang, penginapan 1st class dan sebagainya yg semuanya 1st class.
Haai... banyaklah wang rakyat dihabiskan dgn trip yg tak tentu hasilnya dan rakyat tak tahu tujuan sebenarnya.
Tengah rakyat Johor menderita dgn banjir yg melanda-ada Pak Lah tunjukkan rasa simpati atau akan memendekkan tempoh lawatannya. Entahlah ... nampaknya takde dan tak akan berlaku.
Bayangkan kalau wang perbelanjaan trip Pak Lah kali ini dikira tentu boleh membina sebuah sekolah atau masjid. Sekurang-kurangnya ada kegunaan utk rakyat.
Dicadangkan kpd ahli Parlimen yg sibuk menghentam Jabatan Kerajaan mcm Pak Said supaya mengusulkan supaya perbelanjaan trip Pak Lah kali ini dikira supaya rakyat dapat tahu bagaimana Pak Lah menghabiskan wang rakyat. Berani tak Pak Said ... tentu kecut telor Pak Said ... takkan nak menghentam Mahaguru sendiri.
Marilah kita sama-sama renungkan nasib rakyat Malaysia hari ini dan juga utk masa depan. Terjaminkah sekiranya Pak Lah pemimpin mazhab Islam Ada Had Ada Hari masih menjadi PM kita.
JAWAPANNYA SUDAH ADA IAITU TIIIDAAAK SAMAA SEKALIIII ...
Wassalam.
Bila dah siap nanti kapal layar mewah, boleh le Pak Lah and family belayar kat tempat-tempat banjir dalam negara setiap hujung tahun. Lepas tu hulurkan lah bantuan pada mangsa banjir atau jadikan kapal layar tu sebagai bot penyelamat agar rakyat juga merasa kekayaan Pak Lah dan family kaut selama ini!
Pak Lah kata dia takda beli "Yatch" tu. Tapi penapian dia macam ye tak ye je. Boleh percaya ke?
Kalau bayar pampasan tol je dah berbilion-bilion baik buat sendiri je jalan tu!
Assalamualaikum saudaraku sekalian....
Aku sebenarnya dah meluat tahap gaban tgk ragam dan kerenah pemimpin Islam ada Had dan Hari nie....termasuklah anak menakan dan konconya....aku harap pilihanraya akan datang kali nie kita sembelih je diorng bloody fool semua tu...kita sama2 bergerak menyakinkan orang sekeling kita terutamanya family kita utk memastikan BN tidak dapat majoriti besar lagi..dan kemudian beransur-ansur kita lenyapkan UMNO dari sejarah politik kita...
UMNO perosak bangsa melayu...perosak sejarah melayu...perosak budaya melayu...dan selagi UMNO ada selagi tu minda org melayu tak dapat dirasionalkan.....takkan ada pemimpin yang telus dan berintegriti akan lahir dari kalangan UMNO...aku berani bertaruh.
Persetan UMNO.
sang sapurba tidak bersetuju;
tak bersetuju tentang hanya anggota2 polis sahaja diburu oleh BPR,anggota penguatkuasa yg beruniform yg lain juga turut diburu oleh BPR.Golongan2 ini lah yg selalu menjadi kambing hitam@kambing kembiri yg akan dimangasakan olh BPR utk mencari kes2 rasuah.Olh yg demikian pada kali ini saya tak bersetuju dgn Cik Sang Kelembai.
Interesting to ponder
hahhahhahhhahahhahahahaha
patutlah pak lah berlayarlah...
Sang Kelembai,
PM Abdullah Hj Ahmad sedar bahawa dlm pilihanraya akan datang merupakan titik kejatuhan kerajaan pimpinan Imam Ada Had Ada Hari itu.
Oleh itu beliau serta anak menantu beliau akan sedaya upaya mengumpul kekayaan dunia bagi membantu PM yang kurang pintar serta anak menantu ini kut-kut boleh pegang 1 penggal lagi.
Mai kita ramai-ramai boikot next election. Nak pangkah yang lain, lagi haru biru...
dengar sini paklah nak bagi amanat hadhari. tujuan aku beli kapal laor ni sebap bukang saje aku nok pergi masuk monsoon cup. aku nak balik kepala terbatas dengan bot. sebab kat laut takdok tol. kat lebuhraya banyok tol. mapuslah aku bayr tol. lebih baik rakyat je lah yang bayar toll. sakit aku nak bayor tollmacam kau orang.
Post a Comment