Satu perkara mudah yang dilakukan oleh sesiapa pun ialah "mengerjakan" perkara yang sudah siap. Ini disebabkan bila hendak "menjadikan" sesuatu itu kenyataan, dia bukanlah orang yang bersusah payah maka tidaklah dia terasa akan "sentimental"nya satu - satu perkara itu.
Hari ini kita lihat anak bongsu Tun Abdul Razak Hussein, Bapa Pembangunan Malaysia, bersungguh - sungguh dalam usahanya untuk menggabungkan beberapa syarikat perladangan. Ini hanya menunjukkan bahawa bukan semua anak seorang patriot akan mewarisi darah patriotisma bapanya malah mungkin bertentangan. Jika anak Tun Abdul Razak Hussein itu sama terlibat dengan perjuangan bapanya, sudah pasti dia tidak tergamak melakukan apa yang dilakukan hari ini. Walaubagaimanapun mungkin dia boleh dimaafkan kerana sewaktu Tun Razak Hussein meninggal dunia, dia masih kecil sungguhpun hari ini dia mempunyai abang dan abangnya bukan sebarang orang, dia Timbalan Perdana Menteri.
Mungkin sejarah telah dilupakan bagaimana pengambilan syarikat perladangan milik Inggeris seperti Sime Darby, Guthrie dan yang terahir Golden Hope dilakukan oleh patriot-patriot nasionalis dahulu. Pengambilan ini bukan kerana Malaysia sudah merdeka tetapi lebih dari itu kerana pengambilan itu adalah semangat Dasar Ekonomi Baru.
Pengambilan syarikat asing itu bukan perkara mudah dan tidak banyak negara bekas jajahan British yang berjaya dalam pengambilan tanah-tanah dan ladang-ladang kepunyaan Inggeris. Lihat di Afrika sendiri seperti Zimbabwe dan Congo, bagaimana kekerasan terpaksa digunakan untuk merampas ladang-ladang dan tanah kepunyaan British. Bayangkanlah apa akan berlaku, jika orang-orang British yang mempunyai kepentingan di Malaysia terutama dalam syarikat perladangan mempunyai waris yang akan mewarisi kepentingan keluarga, menjadi warga-negara Malaya atau Malaysia, seperti dilakukan oleh rakyat British di Afrika?
Tetapi kita bernasib baik, tidak begitu ramai Rakyat British yang dipanggil "Mat Salleh" yang memohon menjadi warga-negara dan mereka yang memohon boleh dikira dengan jari. Bila Dasar Ekonomi Baru dilancarkan dalam awal tahun 70an,kebijaksanaan Tun Razak Hussein dan beberapa ahli ekonomi yang tidak berkelulusan Oxford terserlah dengan pengambilan syarikat-syarikat British dilaksanakan tanpa perlu membuat akta di Parlimen tetapi berjaya menerima mekanisma pembelian saham syarikat-syarikat British tersebut melalui perundingan.
Soalannya, syarikat puak-puak Kamaluddin, Khairy dan Kalimulllah telah direstui oleh Abdullah Hj Ahmad dengan menggunakan "front line" syarikat yang CEO nya adik kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menggabungkan syarikat yang kini sudah menjadi milik terbesar Permodalan Nasional Berhad. Tahukah mereka bahawa berjuta-juta wang rakyat telah digunakan untuk membeli saham syarikat tersebut dan ini adalah wang rakyat , ini bukan wang Abdullah Hj Ahmad , kroni anak dan menantu. Ini wang rakyat miskin yang terpaksa mengepiskan perut demi kepentingan negara dan maruah Melayu.
Malang sekali Abdullah Hj Ahmad telah bersetuju dengan penggabungkan itu yang mana semua orang tahu di balik tabir syarikat yang mengurus CIMB, sebenarnya adalah ECM-Libra. Maka bertanyalah orang kenapa proses penggabungan ini tidak dilaksanakan secara "internal" oleh PNB? Mungkinkah kerana ada pihak yang mahukan komisyen dari penggabungan yang dikatakan hampir 600 juta. Sebenarnya pengkhianat ini sudah menjadikan ekonomi negara ini macam rezeki harimau. Kalau lapar mereka akan membaham apa sahaja dan bukan seperti rezeki ular yang bila lapar akan membaham mangsanya dan akan mempastikan makanan yang sudah dibaham habis dan sudah menjadi tahi, baru dicari mangsa lain.
Harimau-harimau penerkam mangsa ini yang diketuai oleh Kamaluddin Bin Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Bin Abdullah Bin Fahim dengan bersekutu bersama iparnya Khairy Bin Jamaluudin dan Kalimulllah More Bin Hassan sudah tidak memperdulikan akibat dan implikasi, yang penting segala yang dilakukan mendapat restu Abdullah Hj Ahmad yang sudah berusia 67 tahun dan seorang pengidap resdong yang sudah di ubati tetapi terus merana penyakit kencing yang memerlukan dia pakai lampin (pampers) pada masa tertentu dan mengidap penyakit sukar yang tak mungkin boleh diubat.... tidur....tidur... tidur.
Penggabungkan syarikat ini sudah pasti akan diketawakan oleh mereka yang pernah bekerja dengan Simedarby, Guthrie dan juga Golden Hope terutama rakyat British kerana akhirnya syarikat itu jatuh juga ke tangan puak kapatalis dan tidak seperti alasan yang diberikan oleh Tun Razak Hussein dahulu bahawa pengambilan ini untuk melaksanakan satu sistem kapatalis terhad yang berlawanan dengan konsep memilik-negarakan ladang-ladang British. Ini adalah untuk rakyat yang berjuang demi kemerdekaan merasa nikmat kemerdekaan yang akhirnya mencetuskan ilham dan cadangan mewujudkan Amanah Saham Nasional. Kini syarikat-syarikat perladangan tersebut yang pada asalnya dibawah payung Perbadanan Nasional Berhad atau PERNAS tetapi sekarang dimasukkan dibawah kawalan Permodalan Nasional Berhad atau PNB.
Isu penggabungkan ini ada soal maruah. Telah tiba masanya orang-orang Melayu kena berfikir panjang dari terus menyokong UMNO di bawah Presiden Abdulllah Hj Ahmad. Demi maruah, UMNO dan Barisan Nasional terpaksa dikorban dalam pilihanraya yang akan datang . Orang Melayu mesti disingkirkan dari mindset bahawa UMNO lambang ketuanan Melayu dan akan tersingkir kuasa Melayu jika UMNO kalah pilihanraya. Melayu mesti diingatkan bahawa yang menentukan masa depan mereka bukan UMNO tetapi Islam.
Dalam saat ini kita dipesongkan dengan Islam Hadhari yang mana sebelum ini kita sudah bergenerasi diterapkan dengan Islam tuntutan Al Quran dan Muhammad s.a.w. Kita yang telah dididik dengan ajaran Al Quran dan segala sunnah dan hadis sebagai pedoman, maka sewajarnya orang Melayu balik kepada kepercayaan Islam sebenarnya dan bukan Islam yang ada had dan ada hari, dimana pemimpin utama Abdulllah Hj Ahmad hari.
Terserah kepada UMNO dan orang Melayu, samada hendak mengekalkan harimau-harimau lapar mencari mangsa di sekeliling Abdullah Hj Ahmad yang terdiri dari anak, menantu dan penasihatnya Kali untuk terus menyamun harta negara ini secara berselindung dengan berbagai nama dan akhirnya mereka ini akan menghumban kita ke dalam gaung dan mereka terus ketawa kerana kita boleh dibodohkan.
Selepas syarikat perladangan ini kemungkinan NST dan Utusan akan digabungkan, maka sedikit demi sedikit bukan sahaja struktur yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohammed untuk negara ini dirobek malah struktur kesemua empat Perdana Menteri akan diruntuhkan oleh Abdulllah Hj Ahmad.
Baca banyak-banyak hadis dan sebaiknya Al Quran. Sudah ada pertanda di depan kita orang yang merogol budak bawah umur walau pun dibebaskan, orang yang kawin lari dan bermacam lagi jenis orang yang dilihat jelik di mata rakyat, sudah diangkat menjadi pemimpin besar oleh Abdullah Hj Ahmad, anak dan cucu ulamak ariffilah dan perlu kita ingatkan.. apa akan terjadi kepada satu bangsa jika orang sedemikian sudah dipilih menjadi pemimpin. Tetapi inilah perjuangan Islam Hadhari yang berasaskan Islam ada Had dan Harinya. wallahuwalam.
Sang Kelembai: Dicerita orang, hanya keldai sahaja akan masuk ke dalam lubang dua kali, itu sebab dalam satu tulisan Khalil Gibran ada menyatakan "Malanglah suatu bangsa, yang memuja gemerlapan sebagai penguasa dan yang mengangkat tukang pukul sebagai pahlawan... Malanglah suatu bangsa, yang orang-orang bijaknya berotak tumpul, dan orang-orang kuatnya masih dalam buaian.
Baca banyak-banyak hadis dan sebaiknya Al Quran. Sudah ada pertanda di depan kita orang yang merogol budak bawah umur walau pun dibebaskan, orang yang kawin lari dan bermacam lagi jenis orang yang dilihat jelik di mata rakyat, sudah diangkat menjadi pemimpin besar oleh Abdullah Hj Ahmad, anak dan cucu ulamak ariffilah dan perlu kita ingatkan.. apa akan terjadi kepada satu bangsa jika orang sedemikian sudah dipilih menjadi pemimpin. Tetapi inilah perjuangan Islam Hadhari yang berasaskan Islam ada Had dan Harinya. wallahuwalam.
Sang Kelembai: Dicerita orang, hanya keldai sahaja akan masuk ke dalam lubang dua kali, itu sebab dalam satu tulisan Khalil Gibran ada menyatakan "Malanglah suatu bangsa, yang memuja gemerlapan sebagai penguasa dan yang mengangkat tukang pukul sebagai pahlawan... Malanglah suatu bangsa, yang orang-orang bijaknya berotak tumpul, dan orang-orang kuatnya masih dalam buaian.
12 comments:
Assalamualaikum-saya memahami perasaan sdr Zaharin dan saya berkongsi perasaan geram terhadap apa yg telah berlaku sekarang ini.
Hendak diharapkan kepada UMNO nampak gayanya tiada harapan.
Hendak harapkan Pak Lah utk berubah seperti janjinya pada TDM nampak gayanya pun tiada harapan.
Hendak harapkan Pak Lah meletak jawatan sekiranya diminta sepertimana janjinya pada TDM tempoh hari pun nampak gayanya orang tua yg tak sedar dan lupa diri tu takkan meletakkan jawatan.
Hendak mengharapkan kepada pemimpin UMNO lain pun jelas tiada juga harapan.
Jadi semuanya tiada harapan.
Sekiranya begitu apa kata kita ajak TDM tubuh Parti baru aje. Macamana sdr Zaharin.
Wassalam.
Kenapa perlu digabung??
Penggabungan cantik dibuat kalau ada cacat cela yang tidak mampu diperbaik lagi ataupun menghadapi masalah kronik yang boleh menjejaskan komnpetensi pasaran....
Apa yang dapat dilihat sekarang ini, sektor perladangan Malaysia belum berada pada sitausi nazak dan kronik....
Apa yang perlu dibuat ialah memastikan ULC (Umno Link Company) itu bersendiri dan mencabar mereka mencapai KPI yang ditetapkan dengan cara masing-masing... Setakat ini kita dapat melihat bahawa prestasi GUTHRIE, SIME DARBY dan GOLDEN HOPE adalah boleh dibanggakan....
Proses M&A seperti ini dapat dimengertikan sebagai cuba memberi kekayaan 'segera' kepad apihak yang menguruskan proses M&A dan spekulator pasaran saham.....
Kepada Tuan P.M, janganlah terlalu suka membuat benda benda yang nampak 'janggal' atas nama cuba mencari kelainan dan ingin menunjuk bahawa kerajaan sekarang juga mampu melakukan 'sesuatu....'
Kepada Pelayar Blog sekalian, jemputlah melawat blog kerdil saya di www.fendy1982.blogspot.com
Yang Berbahagia Dato' A Kadir Jasin telah melawat dan meninggalkan cebisan semangat buat saya.....
Sdra Zaharin,
Saya melihat unsur lebih kepada mencari ruang kritikan. Pertama tentag pergabungan - apa salahnya kalau kita perkukuhkan ketiga - tiga entiti tersebut untuk membawa penyatuan modal bagi melebarkan sayap perniagaan.Pelaburan besar dan kuat boleh dibuat dengan penggabungan dan kita mesti akui untuk memainkan peranan diperingkat global maka usaha penyatuan modal perlu dilakukan.
Setakat ini yang dipersoalkan adalah teknik dan urusan penggabungan. Apa salahnya kalau diambil local mind..dari kita mencari syarikat luar.
Saya percaya penggabungan adalah untuk membsarkan dan menguatkan modal bagi menjangkau lebih jauh malah menjadi key player dalam dunia.
Salah ke?
Untuk Menjadi lebih berdaya saing dalam dunia global.... piraaaaaaaaah. Guthrie serta 2 lagi syarikat tersebut akan terjebak dalam kemelut yang lebih besar jika bergabung. Masing2 antara syarikat tsb telah membuktikan pencapaian mereka. Pengabungan yang diusulkan merupakan jalan udah membuat kekayaan.
Tanah serta peluang pelaburan amat banyak dimalaysia, kenapa perlu kita nak jadi pemain peringkat global. Apakah kita ditahap untuk bertanding syarikat siapa lebih besar. Bodoh benar nampaknya saya kerana telah memberi kepercayaan dengan mengundi BN pafda pilihanraya yang lalu. Insyallah, akan datang saya akan pastikan semua kaum kerabat saya untuk tidak keluar mengundi BN dan UMNo kerana UMNO hari ini telah menjadi milik kepala bapak abdullah b haji ahmad. Akar umbi dibawah hidup merempat, pemimpin yang diangkat keatas semakin lupa diri.
Katakan TIDAK kepada pemimpin yang ada had dan ada hari.
Saudara
Pengabunggan ini di dapati sangat hangat di perkata kan di pelusuk negara.
Amat elok lah suatu kumpulan gergasi di wujud kan dan di terajui oleh anak anak Melayu. Yang penting nya Melayu; tidak akan hilang Melayu di Dunia. Paling teruk, anak anak Melayu dapat bekerja di DBKL menyapu sampah... namun, masih ada lah Melayu di Dunia ini.
Rata rata anak Melayu di zaman ini sudah agak lembap, malas, rempit, saja saja hendak menjadi benggap pun ada... alhamdullillah.
Tak boleh di persalahkan sesiapa - Al Quran & Sunnah ada di turunkan, hanya tak di pelajari dan di ikuti.
Kalau negara dan bangsa di jual pun, ia nya oleh bangsa Melayu juga.
Oleh itu, tak salah di kira pemikiran dan orang Melayu amat bijak; bukan semua nya seperti "Ketam Dalam Bakul".
Kesimpulan nya, Melayu harus perlu sedar bahawa "yang benggap akan terus di benggap kan" sehingga ia tidak mahu di benggap kan.
Mari lah kita sama sama merenungi nya.
Sang Sapurba:Abdullah hj ahmad kiranya ialah seorg makhluk perusak lah iyer.Klu ia seorg mahkluk perusak hanya satu cara jer iaitu kita guna racun round up.
Melihat kepada tulisan anonymous (posted 11.19pm), jelas sekali bahawa beliau amat tidak peka terhadap nasib dan masa depan umat melayu yang sedang dilelong oleh Pak Bedola Al Bodohwi dan kaum kerabatnya serta konco2nya...
He is missing the facts..!!
Melayu2 beginilah yang harus ditukar mind-setnya dan harus dibuka mata hatinya...
Betul tak, Pak Sang Kelembai?
kepada komen 12.30
Apa yg sdra maksud akan terjebak...terjebak apa...mereka bergabung bukan mereka dijual kpd equiti asing.
Apa sebenarnya yg hilang kalau bergabung. Melayu hilang apa huh. Tak bergabung pun korang dok bantai melayu terpinggir, ketirisan lah...bergabung atau tak melayu dpt apa.
bagi yg kurang faham..kita perli dominan dalam membentuk kekuatan perniagaan. wang dan modal memainkan peranan utama.
kita takleh hidup dlm kepompong kita. kita perlu venture out macam syarikat international..tapi kita perlu modal besar...
gi baca ekonomi...la bodoh. kalau nak bantai pak lah pun bantai lah tapi biar betul- betul..dan berpada - pada
Assalamualaikum-kepada sdr2 yg menyokong idea penggabungan yg dicetuskan di zaman Pak Lah-ingatlah kita perlu meneliti sesuatu itu dengan serius krn ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat secara kesuluruhannya. Janganlah sdr menyokong sesuatu idea itu secara membuta tuli krn yg akan rugi hanyalah sdr2 sendiri.
Saya meminta sdr2 semua melihat komen saya dlm blog sdr Zaharin atas tajuk "UMBC-Untuk Melayu Bagi China" posted pada pukul 9.25am dan 1.51pm dan juga komen2 lain posted di bawah tajuk tsb semoga sdr2 yg menyokong penggabungan itu boleh mencambah pemikiran sdr2 semua ke arah jalan yg sepatutnya.
Wassalam.
Assalamualaikum...
Penggabungan tersebut adalah tidak perlu....ianya akan memberi kekayaan segera kepada mereka2yg terlibat...byk rakyat yg bernaung dibawah syarikat tersebut akan hilang perkerjaan....kalo semua benda nak digabungkan maka senanglah syaitan2 laknat tu menikmati kekayaan dan menguasai kekayaan tersebut...pengabungan tetap tidak relevan pada masa skrg...harap2 semua syaitan2 tu lenyap selepas pilihanraya akan datang nanti...kill e'm all...yearhhhhhh.
Di dalam mana-mana penggabungan akan terjadi situasi yang mana pekerja akan kehilangan pekerjaan kerana excess capacity. Penggabungan ketiga-tiga syarikat perladangan ini akan menyebabkan ramai pekerja terpaksa menerima VSS. Di dalam mengejar keuntungan menjadi global player, nasib yang akan kehilangan kerja mungkin akan terabai sementara yang menjalankan penggabungan akan mendapat nikmat komisyen lumayan. Penggabungan ini tidak perlu sebenarnya. Nak dikatakan syarikat terbabit bukan global industry player, lihat sahaja pelaburan Golden Hope di luar negara. Syarikat berkenaan seharusnya dibiarkan membesar dengan sendirinya dan bersaing antara ketiga-tiganya untuk menjadi lebih kompetitif. Corporate manouvering di masa hadapan tidak mustahil akan sebabkan syarikat perladangan negara terjebak dan jatuh ke tangan asing hanya melalui pemindahan pegangan ekuiti syarikat.
Saya bersetuju dengan gabungan tiga syarikat tersebut, Kesan pergabungan adalah positif untuk industri kerana mempeaktiviti upstream dan downstream kelapa sawit boleh diselaraskan dengan lebih effisien dan untuk mengurangkan pergantungan kepada minyak. Pergabungan ini akan menjana penyelidikan dan pengembangan biodiesel dari minyak kelapa sawit dengan lebih berkesan selain memajukan industri-industri downstream yang berasaskan minyak kelapa sawit atau minyak sayuran yang lain.
Kenapa kita selalu buruk sangka. Adakah itu sikap orang melayu.
Post a Comment