Tuesday, November 28, 2006

UMBC - Untuk Melayu Bagi Cina

UMBC - Untuk Melayu Bagi Cina

Antara bank yang agak besar di abad ke 20 dahulu adalah United Malayan Banking Corporation atau akronimnya UMBC. Bank ini dikatakan ada kepentingan Pernas didalamnya. Pada bumbung ibu pejabatnya yang terletak di Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur tertulis perkataan singkatnya UMBC, kerana bangunan itu tinggi, maka tulisan itu boleh dilihat sejauh mata memandang. Sekarang Bank itu sudah tiada lagi semenjak di "kong kalikong" oleh Daim Zainuddin dengan dasar percantuman (merger) yang dilaksanakan selepas gawat ekonomi 1997.

Perkataan UMBC itu bagi para nasionalis Melayu dan mereka yang tidak dapat meminjam wang untuk perniagaan, diertikan sebagai Untuk Melayu Bagi Cina kerana ada sebuah lagi Bank yang akronimnya OCBC atau ayat penuhnya Overseas Chinese Banking Corporation dibaca pula oleh orang-orang Melayu pada masa itu sebagai Orang Cina Bagi Cina.

Bila Perhimpunan Agung UMNO yang dibanggakan oleh Abdullah Hj Ahmad bersetuju cara perwakilan membahaskan usul yang menyeret permasalahan kaum, dia samalah dengan zaman enam puluhan dan tujuhan puluhan dulu, seperti menonton wayang "cheap matinee" ia-itu wayang separuh harga yang diulang tayang. Kisah berdepan dengan soal perkauman juga pernah dibangkitkan 40 tahun dahulu di tapak Pameran Maha di Jalan Klang Lama. Disitu terdapat satu Pavillion yang dipanggil "Rothman Pavillion" yang dijadikan tempat Perhimpunan Agung UMNO, setahun selepas Kongres Ekonomi Bumiputra 1965. Disitu juga perwakilan UMNO pernah mendesak dan mencadangkan berbagai kaedah bagaimana hendak mencapai keadilan ekonomi dan secara senyap Tun Razak Hussein menyediakan pakar-pakar ekonomi dari campuran anak tempatan dan luar negeri bagi menyediakan Dasar Ekonomi Baru untuk dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kedua (menggantikan Rancangan Lima Tahun Malaya).

Itu sebab jangan terkejut bila DEB dibuat selepas 13 Mei, rancangan itu terlalu komprehensif dan tidak mungkin siap dalam sebulan dua.Di tapak MAHA ini juga, Tun Razak Hussein mendapat ilham mewujudkan Gerakan Bumi Hijau. Tujuannya bukanlah berhasrat untuk mementingkan kegiatan komersial pertanian tetapi mengutamakan hasrat agar orang kampung jangan sia-siakan tanah milik mereka, sebaliknya hendak mengerjakan tanah dengan cara menanam bahan makanan yang cukup untuk keperluan mereka.

Tetapi kalau dilihat cara Abdullah Hj Ahmad memberikan nasihat kepada orang Melayu dalam dua kes yang berasingan, ia itu pembangunan Ekonomi Johor Selatan dan Pembinaan Jambatan Kedua di Pulau Pinang, ucapan beliau sekadar menasihatkan orang-orang Melayu supaya jangan menjual tanah, tetapi gagal memberikan tunjuk ajar apa orang - orang Melayu mesti lakukan dengan tanah-tanah mereka yang menjadi modal asas bagi "mobiliti" ekonomi mereka.

Dibeberapa tempat, Felcra telah menjadikan tanah-tanah pertanian yang asal dari sawah padi sudah bertukar menjadi ladang kelapa sawit. Dengan sedikit pembayaran kepada tuan punya tanah, tanah-tanah tersebut menjadi kebun kelapa sawit tanpa melibatkan pemilik tanah, sehingga untuk memetik kelapa sawit itu pun diserahkan kepada kontraktor. Orang - orang kampung yang menyertai skim itu hanya sekadar memandang dan senario ini tidak kurang seperti makan duit "pencen".

Sepatutnya Abdullah Hj Ahmad yang menunjukan minat dalam pertanian ini, memikirkan cara mana orang kampung boleh melibatkan diri dalam gerak tani dan dia sendiri harus bertindak agresif dengan pergi melawat secara mengejut projek-projek pertanian dan bukan berpusing di tempat Expo berjam-jam lamanya. Cara itu tak selesaikan masalah.
Cuba pergi tengok macam mana jentera-jentera pembajak yang diberikan kepada Jabatan Pertanian dikendalikan oleh mereka . Banyak mesin-mesin dan jentera pertanian yang diagihkan kepada Jabatan Pertanian tersadai begitu sahaja kerana Jabatan Pertanian hanya sekadar membeli sahaja tetapi perkhidmatan selepas jualan tidak ada dan jika rosak, jentera itu tidak boleh dibaiki kerana tidak ada peruntukan untuk dibaiki. Maka kesimpulan sama jugalah dengan perang, kalau berperang senjatalah yang penting, jadi jika senjata yang dipakai tidak sesuai dan berperang mengikut kudrat sahaja, sampai bila tak akan menang.

Sekarang orang-orang UMNO hendak mengalihkan pandangan kegagalan orang Melayu berpunca dari rakyat keturunan Cina dan India. Orang-orang UMNO yang bercakap hendaklah terlebih dahulu muhasabah diri sendiri. Abdullah Hj Ahmad yang kononnya merasa sedih kerana ada orang yang diberi permit, lesen dan kontrak tetapi menyerahkan pada yang lain sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri. Semua orang tahu, berapa cepat dan tanpa usul periksa Abdullah Hj Ahmad ini menulis surat memberikan sokongan dan kelulusan kepada kroninya untuk mendapatkan projek. Kesemua projek-projek yang diperolehi oleh orang - orang tertentu sekiranya dicari akar umbi sudah pasti akan dapat asasnya kerana ia disokong oleh Abdullah Hj Ahmad sendiri.

Pernah diceritakan orang bagaimana seorang kontraktor sudah mendapat surat sokongan dari Abdullah Hj Ahmad dan selepas itu projek itu ditolak kerana diberi kepada kroni anak menantunya Khairy Jamalludin dan bila diadu kepadanya, dengan perasaan macam tak bersalah dia menjawab "Kalau Khairy nak projek tu... carilah yang lainlah". Mudahnya pemimpin Islam ada had dan hari ini memujuk kontraktor yang mengharap itu. Fikirkan insiden Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan memberikan sokongan berbentuk arahan kepada Menteri Kewangan bagi persetujuan atas projek Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, yang kemudiannya diserahkan kepada kontraktor yang dia sokong tetapi berkesudahan pejabat Menteri Kewangan menolak projek tersebut dengan satu ayat yang agak menggelikan hati, " Merujuk surat Tuan bil.............. dan surat sokongan dari YAB Perdana Menteri berhubung dengan projek tersebut, dukacita dimaklumkan YAB Menteri Kewangan telah tidak menimbangkan dan menolak cadangan Tuan itu."

Jika tidak kerana Akta Rahasia Rasmi (OSA) mungkin beratus atau beribu surat-surat sokongan dan minit bertulis yang dikeluarkan oleh Abdullah Hj Ahmad berkesudahan projek tersebut betul-betul dapat kelulusan dan dijual atau diserahkan kepada orang lain khasnya kepada bukan Melayu. Jadi siapa yang salah dan siapa yang menggalakan perkara ketirisan ini berlaku.. Tak akan kontraktor yang tiada kroni atau "cable" dan bersusah payah untuk dapat kontrak pembinaan atau bekalan dengan mudah menyerahkan kepada orang lain.

Maka berkatalah seorang anggota pentadbiran awam di Kementerian Kewangan bahawa jangan membazir dalam meraikan rumah terbuka Hari Raya. Maka bertanyalah orang siapa yang membazir itu? Jawapannya adalah Menteri Kewangan sendiri. Kalau di PWTC disebut 200 ribu yang datang jika seorang dikenakan bayaran oleh katering anggaran RM20 (sebenarnya lebih dari harga itu) kalau 200 ribu tidakkah ini menjangkau jumlah RM4 juta dan belum termasuk di Kepala Batas yang dikatakan hadir seramai 150 ribu.

Bagaimana pun jika Menteri Kewangan Kedua yang telah berjaya memberi untung perniagaan forex yang berjumlah RM1Billlion dengan kawalan kewangan yang berhemah, ini masih belum mencukupi membayar semula kerugian yang dibuat olehnya semasa di Bank Negara berjumlah RM15Billion dan mestilah dianggap keuntungan RM1Billion itu sebagai membayar hutang kepada wang rakyat yang hilang itu. Bagaimanapun janganlah sampai untuk tidak membazir, rumah terbuka Menteri Kewangan Kedua dibuat di Bangsar Seafood Village yang dipunyai oleh Vincent Chua. Soalnya tak akan tak ada restoran Melayu dan adakah kesemua makanan itu dibayar oleh Kerajaan atau free melalui kontra? Eloklah BPR pergi tengok bil bayaran itu.

Sang Kelembai: Agak-agak nya Abdullah Hj Ahmad ke Expo MAHA tu kerana suka tengok lembu-lembu dan kambing-kambing dan mungkin tahun depan dia akan mencadangkan supaya di bawa Unta pula. Jika semua itu sudah lengkap maka selesailah Abdullah Hj Ahmad penggembala Melayu dan ahli UMNO macam lembu dan kambing.

15 comments:

Anonymous said...

sang sapurba mengomen,

salam sejahtera sang kelembai,
di sini saya memetik beberapa petikan temubual wartawan BMinggu 26.Nov(Ahad)bersama tokoh akademik yg tersohor pada saya iaitu Prof.Khoo Kay Kim.Saya kira pendapat dan pandangan org cina spt Khoo Kay Kim ini tak digemari olh ahli2 politik baik dr barisan kerajaan dan pembangkang.Mungkin sbb ia merupakan pandangan ilmiah yg boleh menggugat agenda politik masing2.Petikan2 beliau juga telah saya sisipkan dlm sebuah laman web Malaysia yg berbentuk sosial tetapi ramai pengunjung yg bodoh dan dungu serta bahalol tak dpt menilainya.Akhirnya sisipan Khoo Kay Kim yg ditemubual dlm B.Minggu itu telah hilang atau dipotong begitu sahaja.Mari kita semua berkongsi pandangan beliau.

TIDAK FAHAM SEJARAH PUNCA MASALAH KAUM.

SOALAN:Hubungan antara kaum selalu dilihat dari sudut negatif,sedangkan kepelbagaian kaum sepatut menjadi aset dan kelebihan kepada Msia.

Prof.Khoo Kay Kim:Jika ahli politik tidak menggalakkan org bergaduh,saya berasa keadaan bertambah baik.Tugas ahli politik ialah merapatkan rakyat Msia dan membina negara bangsa.Sejak dahulu dlm sisitem politik negara,ahli politik cuba mendapatkan sokongan drpd kaum masing2.Jika cuba menjadi ahli politik liberal,dia takut org tidak menyokongnya.Ia memang hakikat.Kita perlu mendidik golongan muda supaya blh berfikir dgn lbh luas dgn menghargai ahli politik yg jujur dan ikhlas dan berkhidmat utk rakyat.Bkn org yg hanya pandai berpidato.

Temubual penuh amat menarik.Sesiapa yg ada membacanya mungkin memahami apa yg sebenarnya ttg ahli2 politik keparat kita baik melayu cina dan India.Tiada kejujuran hanya nak melantak mentekedarah perut anak beranak sendiri.Bak kata pepatah `Tak tinggal kat org belakang sama`.

Anonymous said...

xde halatuju, xde fokus, xde kemampuan, luar kawalan, tido dan terus tido... itulah pm kita... dollah badawi...

Anonymous said...

Pembaziran sebegini memang sudah lama dipraktikkan oleh mereka (yg lupa diri). TPM Najib pun pernah meminta semua rakyat supaya berjimat cermat apabila kerajaan menaikkan harga minyak, sudah pastilah rakyat terpaksa berjimat cermat! Dengan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan tol, kenaikan kos sara hidup, dan lain-lain. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat, mereka dan suku sakat mereka berbelanja sakan dengan duit rakyat dengan segala jenis pembaziran! Lihat sahaja istana-istana mereka, kereta-kereta mewah mereka, aset dan harta benda mereka. Mereka ini menjadi kaya raya dengan pantas/t dengan menyalahgunakan kuasa yg ada. Ini adalah salah satu contoh pembaziran yang mereka lakukan yang kita nampak, bagaimana dengan yang lain-lain yang tersembunyi?? Kekayaan negara dan wang rakyat telah dibelanja dan disalahkangunakan oleh si pengkhianat2 bangsa dan negara ini! Adakah anda semua hanya akan melihat tanpa mengambil tindakan dan membiarkannya sahaja???? Fikir-fikirkan lah...

Anonymous said...

Wah kalau di arab jadi gembala unta...tapi di malaysia nie jadi gembala lembu atau bandot lah ye..

Musyikil jugak sebab kat malaysia nie lembu tak digembala tapi di lepas bebas serata ceruk kampung..bila nak kenduri, ditembak je.. nampaknya gembala dah tak de kerja sebab tulah lepas makan kenyang2 terus zzzzzz...

Anonymous said...

Assalamualaikum-HIKAYAT UNTUNG ATAS ANGIN.

Nampaknya trend sekarang ni pemimpin atasan UMNO berlumba2 mencari kekayaan atas angin.

Kita lihatlah sahaja cadangan penggabungan 3 syarikat GLC yg terlibat dalam sektor perladangan baru-baru ini tetapi tidak melibatkan FELDA.

Maka ditubuhlah satu syarikat diberi nama Synergy utk melaksanakan penggabungan tsb.

Melalui penggabungan tsb saham 3 syarikat tadi akan dibeli oleh beberapa syarikat pelabur. Walau bagaimanapun PNB dan KWSP masih dikekalkan sebagai pelabur terbesar dgn PNB 45% dan KWSP 15% kalau tak silap.

Kita lihatlah nanti selain PNB dan KWSP, syarikat manakah yg menjadi syarikat pelabur tsb.

Synergy pula tentu akan mengaut keuntungan dalam bentuk komisen, ialah takkan dah buat kerja tapi tak dpt ape2.

Nak jadi syarikat pelabur pulak kena melobi terlebih dahulu-tentulah Synergy untung berlipat ganda dgn memilih syarikat yg tertentu sahaja. Kemungkinan juga pemimpin UMNO tertentu yg memberikan sokongan pun dapat bahagiannya jugak.

Kalau yg menjadi peneraju syarikat pelabur tu pulak kroni atau proksi pemimpin UMNO tertentu-untunglah
lagi pemimpin UMNO tertentu.

Sesetengah org berkata apa gunanya penggabungan tsb kalau prestasi 3 syarikat GLC tsb dah cemerlang, gemilang terbilang-sama-samalah kita fikirkan.

Selalunya penggabungan dilaksanakan sekiranya prestasi 3 syarikat tsb menurun. Ini tidak sama sekali ....

Selepas ini ramailah yg kena VHS ... sbb telah digabung. Yg rugi rakyat jelata yg hina dina sbb kehilangan pekerjaan utk mencari sesuap nasi.

Lepas ni, dikhuatiri akan timbul pulak cadangan utk menstruktur semula Petronas. Masa itu lagi besarlah jumlah keuntungan yg boleh diperolehi.

Yg paling takut sekali penglibatan Temasek sebagai salah satu syarikat pelabur. Ini tidak hairan krn saham proton, pantai dan TM pun dah dikuasainya. Lagi pun Pak Najib pun dah kata "Singapura perlu lebih terbuka dalam pemilikan saham syarikat Singapura oleh syarikat Malaysia".

Macam telah ada satu persefahaman utk "exchange" pemilikan saham antara kedua belah pihak.

Tapi apa yg sedihnya syarikat Malaysia selalu tertipu, saham syarikat Singapura yg dikuasai sebenarnya tidak bernilai tinggi (3rd class company)jika dibandingkan dgn 5% ekuiti saham TM yg dimiliki Temasek sbb TM untung berbilion2 sebagai contoh.

MELAYU MUDAH LUPA itulah ungkapan yg boleh diberikan. Sedih kerana pemimpin UMNO tidak melihat kejatuhan Thaksin sebagai satu pengajaran .... dan kita ahli UMNO sejati tidak mampu menunjukkan penentangan kuat macam mana rakyat Thailand telah laksanakan .... marilah kita semua bersatu utk menubuhkan satu NGO bagi tujuan tsb.

Wassalam.

Ubaidullah Albodowi said...

Jibauok wrote:
zaim atras wrote:
//Kalau Pak Lah,Najib,KJ and the gang perintah nepal..nescaya rakyat nepal dah mengamuk.Buat rusuhan dan singkirkan pemerintahan yang korup.

**kita kat sini cuma boleh main teloq peliaq je sambil tengok depa bunuh orang yang boleh mengancam kedudukan depa** //

Aku agree dgn apa yg zaim atras komen - memang kita rakyat Malaysia ni memang tak dak teloq peliaq - nak main macam mana? - dah menerojoi masuk kedalam - hilang ghaib - tinggai sarung saja - sarung kosong - jadi mana mai nak ada teloq lagi? Hilang ghaib ......

Cakap saja berdegar-degar ...... dgn keris tergawang-gawang konon ..... kalau betoi betoi punya lawan bertikam macam mana jadi gamaknya?...... lari lentang pukang apa!!! TERLONDEH HABIH SELUAQ NAMPAK JUBOQ BA KEMUTEH ...... MULLLA..... KAKI RAPIST DOK MARK.... tunggu NAK TOJAH JUBOQ PUTEH MELEPAK TU....

Melayu!!!..... sekadar DOK KERJA GEMPAQ AJE LEBIH .... NAK TUNJUK HANDAL LA KUNUN!!!!

PORAHHHHH TENGOK KE MUKA PUN JENIH MUKA PENGECUT ..... MUKA DARAI TUA....

Bangsa kita RAKYAT keseluruhannya nak tunjuk macam rakyat Thai atau Philipine atau pun Indonesia - JANGAN HARAP la - jauh sekali - mampuih nak berani ... jenih penakut - pengecut pahit ......
MACAM MANA PEMIMPIN MACAM TU LAH RAKYATNYA ...... JENIS KETURUNAN MAI DARI DARAH JENIH PENGECUT .....

JENIH TAK DAK TELOQ PELIAQ PUNYA BANGSA .....
BANGSA BANGSAT NAK DIKATAKAN ..... MASING-MASING TENGOK DGN MATA NIN AJE LE ....

JENIH PENAKUT ...... PENGECUT NAK MAMPUIH!

Jibauok stressed:

KAN KITA SEMUA ASALNYA JENIH BANGSA PELARIAN ..... BANGSA BANGSAT YG LARI DARI NEGARA ASAL MASING-MASING.......

BANGSAT MELAYU (kalah perang) LARI DARI SUMATRA atau KEPULAUAN INDONESIA - CARI TEMPAT BARU NAK BUKA NEGERI BARU ..... SEMUA JENIH GILA KUASA - PAKAT NAK JADI RAJA/SULTAN - ITU SEBAB SAMPAI ADA SEMBILAN SULTAN KEMARUK NAK MEMERINTAH NEGERI SANGAT - MAKA JADI NEGERI-NEGERI YG KENIT KENIT PUN JADILAH ASALKAN DAPAT MEMERINTAH SEBAGAI RAJA ...... HINGGALAH KETURUNAN BANGSA BANGSAT NI TURUN TEMURUN PULAK KPD PUAK PUAK MELAYU BANGSAT MACAM UMNO LA NI - JENIH GILA KUASA MACAM CONTOH CONTOH RAJA-RAJA MELAYU YG BERKUASA DULU DULU LAH ....... ITU BANGSA MELAYU.........

BANGSA CINA & INDIA PUN SAMA JUGAK LA ....... BANGSA BANGSAT JUGAK --- NEGARA ASAL MEREKA (TANAH BESAR CHINA & INDIA/PAKISTAN) TAK MAU TERIMA DEPA LAGI ATAU PUN DEPA SENDIRI TAK TAHAN POKUA'A SEBAB ITU LAH DEPA CHOW (BAWA DIRI LARI) DARI NEGARA ASAL MEREKA ....... ITULAH JADINYA atau JELMAANNYA "OVERSEAS CHINESE" = SAMA JUGA CINA BANGSAT .....JENIH MEREMPAT DI RANTAU ORANG....KEMUDIAN PAKAT CLAIM HAK MASING-MASING ..... KAWAI HABIH KALAU DAH JADI HAK MEREKA ......

HINDU atau ORANG INDIA PUN SAMA JUGAK DUA KALI LIMA SAJA ........ KETIGA-TIGA KELUMPUK BANGSA YG MAJMUK NI ADALAH KETURUNAN DARI BANGSA-BANGSA YG BANGSAT = SAMA TAKRIFNYA DGN BANGSA PELARIAN = REFUGEES ....... LARI MEMBAWA DIRI CARI TEMPAT ATAU PENEMPATAN YG BARU ....... PASAI NAK BERKUASA (LEBIH-LEBIH PADA YG BERBANGSA MELAYU LA)......

ELOK LA NAMA PUN MELAYU ..... meLAYU....

PATUT PUN ORANG INDONESIA TAK MAU DI PANGGIL ORANG BERBANGSA MELAYU.....PASAI NAMA MELAYU TU MEMBAWA SIAL BAGI DEPA ....... PATUT LAH JAWA-JAWA DI MALAYSIA NI LEBIH MEGAH DGN KETURUNAN JAWA MEREKA....... BEGITU JUGAK DGN YG BERKETURUNAN MINANG DAN LAIN-LAINNYA......SEMUANYA MALU NAK MENGAKU MEREKA TU BERKETURUNAN MELAYU ...... MALU ...... PASAI KETURUNAN MELAYU ADALAH JENIS KETURUNAN BANGSA YG BANGSAT - BANGSA PELARIAN - BANGSA KALAH PERANG - BANGSA YG KENA HALAU DARI TEMPAT ASAL (BAGI MEREKA BERKETURUNAN INDONESIA LAH) ....... TANYALAH SECARA PRIVATELY DGN MEREKA YG DARI INDONESIA .....KALAU TAK PERCAYA.......MEREKA TIDAK MAHU MENGIKTIRAFKAN KEMEGAHAN MELAYU ..... KERANA BANGSA MELAYU JENIS BANGSA YG SENTIASA KALAH ..... ITU SEBABNYA BANGSA KITA SELALU DIKAITKAN BANGSA KITA NI BANGSA YANG SENTIASA MENGALAH ..... BUKAN MENGALAH DALAM ERTIKATA SEBENARNYA ..... TAPI TAK BERANI .....SAMA DGN PENAKUT ..... ATAU PENGECUT......

JADI BANGSA-BANGSA KITA DI MALAYSIA NI YAITU
MELAYU, CINA DAN INDIA ADALAH JENIH KATEGORI BANGSA BANGSAT YG SAMA TARAF PARIAHnya ......

TAK PAYAH LAH DOK BERLAWAN PENAIK MASING-MASING PUNYA TARAF ATAU HAK ATAU KEEGOAN STATUS BANGSA MASING-MASING ..... KERANA KITA TAHU DARI MANA ASAL USUL KITA .....
ROOTS MAN ROOTS .....

YOU KNOW YOUR ROOTS ..... WE KNOW OUR ROOTS MAN.......

KALAU DAH JENIH BANGSAT KE PARIAH KE..... BANGSAT DAN PARIAH LAH ASAL USUL KITA SEMUA ......

JANGAN MARAH AAAAA ....... ITULAH REALITYnya

***********************

Aku tersentak jugak dengan komen-komen dari hamba Allah yg di atas tu!!!!

Memang ada kebenarannya ......
Dan itu lah HAKIKATnya!!!

Fikir fikirkan ....... renung renungkan!!!!

Apa kata Sang Kelembai?

A Voice said...

Kumpulan CIMB

Kumpulan untuk
C = Cina dan
I = India.
M = yang Melayu
B = Bodoh

Cerita sama merata dan sama. Bila melayu jadi boss, dia complain mengeni staff melayunya ... tak itu dan tak ini. Bila melayu kerja dgn cina atau india, boleh pulak ....maknanya boss melayu yg tak tahu jadiboss.

Sedihnya Cian dan India boleh masuk organisasi Melayu, tetapi Melayu susah mahu diterima dan juga di diskriminasikan dari masuk organisasi Cina dan India.

Salahnya Melayu sendiri ...Orang Melayu yang paling kuat berpaut kepada Cina adalah orang UMNo tu sendiri.

Jadi UMNO itu sebenarnya adalah Untuk Melayu No Otak!!!

Anonymous said...

Aku ingin panjangkan apa yg diperkomenkan oleh member kita yg dibawah ini:

Muhd Maulana mengomen:
Itulah akibatnya terlampau banyak sangat Islam dengan berbagai-bagai jenama. Kalau orang lain dari golongan pemerintah (PM pulak tuh)yg membawa akan pembaharuan kpd Islam Hadhari seperti ni - aku ingat dah lama dah di cop sebagai 'ugama sesat lagi menyesatkan' - 'terpesong lagi memesongkan' - tentu akan jadi macam yg di bawa oleh Ayah Pin atau pun Hj Ashaari of ARQAM.

Tengok lah nanti bila PM si Imam Islam Hadhari ni sudah tak berkuasa lagi (no more as PM) mesti tenggelam ghaib hilang lenyap akan segala jenama baru Islam Hadhari ni - berani potong jari punya .......

Apa kata sdr/sdri semua?


Adapun Muhd Maulana mengomen lagi...
Imam Islam Hadhari ni boleh di kategorikan sebagai Makhluk Perosak Ugama Islam yang sebenarnya.

Banyak yang mengelirukan - hinggakan bangsa lain pun mempertikaikannya, apalagi yang memang dah Islam pun. Maka akan bertambahlah jumlah bilangan murtad yg tak istihar nanti.
Ini yang dikatakan 'melingkupkan' umat Islam sebenar. Makhluk Pelingkup atau MAKHLUK PEROSAK ugama Islam.

Kalau gitu Islam Hadhari pun boleh membawa kpd murtad nya si pengikutnya yg mengikut secara membuta tuli dek kerana nak jaga hati pemimpin Imam Hadhari mereka.

Kalaulah begini jadi seterusnya:
AKIBATNYA AKAN........

LINGKUP UGAMA
LINGKUP BANGSA
LINGKUP MALAYSIA

***************************

ITULAH JADINYA ........
ISLAM HAD HARI NYA BUKAN NAK MENYATUKAN UMAT ........ MALAH MEMECAHBELAHKAN UMAT.......

APA KA JADAH NYA PEMIMPIN SEPERTI INI???? TAK PAHAM AKU ........

Anonymous said...

Imam Hadhari tu ingat dia tu Islamic Studies punya grad sudah boleh memandai-mandai meminda-minda akan agama Islam sebegitu mudah atau mengikut hati dan naluri nya sendiri.

Hendak jadi pelopor agama Islam yang baru lah konon konon nya.

Anak dan isteri dan menantu tak nampak ciri-ciri macam wanita Islam pun .......

Ooooppsss ....... ITUKAH DIA CIRI CIRI ISLAM HADHARI nya KUT?

Patut lah pun KEBAYA NYONYA yang diperkenal semula dalam PROMOSI-PROMOSI semasa arwah bininya masih hidup dulu tu semuanya menampakkan KETELUSAN (tranparent) - SIKIT PUNYA BERBAYANG KA BENTUK TUBUH KULIT dan POTONG BENTUK TUBUH SI PEMAKAI ...... ITU LAH HADHARI YG SEBENARNYA .......

KALAU BERTENTANGAN DGN PRINSIP ISLAM HADHARI PAKLAH - TENTULAH DIA MENEGURNYA - INI TIDAK!!!! DIA (SI IMAM HADHARI) PUN TURUT SAMA MERAIKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PERAGAAN PAKAIAN KEBAYA NYONYA YG JARANG & KETAT dan MENDEDAHKAN.

APA LAGI PIHAK MEDIA TV & MAJALAH & AKHBAR PUN BEBAS SEBEBASNYA LAH MEMPAMIRKAN SEGALA MODEL MODEL atau PERAGAWATI MEMPERAGAKAN PAKAIAN KEBAYA NYONYA JARANG KETAT SENDAT DGN BODY-SHAPE MODEL-MODEL, ARTISTE-ARTISTE, MALAH PENGACARA TV PUN TURUT SAMA TUMPANG SEMANGKUK.

APA NAK TAKUT?

BINI PAKLAH PUNYA PROMOSI APA?

KENA LAH TUNJUK RESPON YG BEGITU MENGGHAIRAHKAN.

AKU TAKUT NANTI USTAZAH-USTAZAH YG KERAP DOK APPEAR SEBAGAI PENCERAMAH UGAMA DI TV PUN TURUT SAMA MEMPAMIRKAN BAJU KEBAYA JARANG atau PAKAIAN YG GLAMOR YG BERKAIN JARANG SEMATA-MATA HANYA UNTUK MENJAGA HATI SI IMAM HADHARI (SELF DECLARED PROPHET of ISLAM HADHARI).

Anonymous said...

Assalamualaikum-petikan dari Mtoday 1 Disember -selepas Pak Lah mempengerusikan "EMPTY UMNO mengenai cadangan penggabungan tiga syarikat perladangan "Prime Minister Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi has hailed the merger of three of the country's palm oil companies into a world class listed entity, saying it was good business move."

Pak Lah seterusnya dipetik berkata "Expanding capacity through mergers has always been a government policy".

Sejak bila pulak Kerajaan ada polisi yg sedemikian. Kenyataan di atas adalah salah krn polisi tsb hanya wujud dan didengar pd zaman Pak Lah saje.

Sebelum ini takde sbb mmg ketiga-tiga syarikat tsb takde masalah pun. Sekiranya begitu kenapa pulak nak digabung sbb skrg ni pun ketiga2 syarikat tsb takde masalah sepertimana yg dihadapi oleh Proton dan MAS.

Haii tentulah ada Udang sebalik Mee Teow.

Pak Lah seterusnya berkata PNB sebagai pemegang saham terbesar tidak mempunyai masalah utk menerima cadangan tsb.

Hairan bin Ajaib Pengerusi PNB baru-baru ini berkata beliau belum lagi melihat kertas cadangan tsb dan akan melantik jururunding utk mengkaji kebaikannya.

Ini bermakna keputusan tlh pun dibuat utk menerima cadangan penggabungan tsb oleh Pak Lah.

Ini krn Pak Lah pun dah terlebih dahulu melihat atau ditaklimatkan mengenainya.

Ini krn Pak Lah pun tahu keuntungan yg akan diperolehi olehnya dan konco2nye.

Keputusan yg besar ini dibuat tentulah ada sebabnye ... mustahil takde sebab - sama2lah kita lihat siapa syarikat pelabur yang terlibat dlm Synergy Drive Sdn. Bhd.

Nasihat kpd Pengerusi PNB-tak payahlah PNB lantik jururunding sbb buang duit pelabur aje.

Tetapi sebagai pemegang amanah wang rakyat yg menjadi pelabur dan kalau takut kpd azab Allah di kemudian hari kelak dan tidak takut kehilangan jawatan-Pengerusi PNB mestilah telus dalam membuat keputusan. Buatlah kajian yg perlu dan umumkanlah keputusan kajian tsb tanpa apa-apa tapisan kpd umum. Cuma kalau nak lantik jururundung-biarlah yg betul2 bebas.

Dan kalau Pak Lah seorang pemimpin yg telus tak payahlah masuk campur dlm membuat keputusan. Biarlah PNB yg buat sendiri.

Tapi sebagai org yg berkepentingan tak mustahil kalau Pak Lah melupakan sekejap keperluan kpd amalan ketelusan yg dilaung2kan oleh beliau.

Mcm tulah keadaannya di Malaysia skrg-selagi mana ada lubang utk untung atas angin maka keputusan akan dibuat tanpa dibuat sebarang kajian terperinci terlebih dahulu dan terutama sekali tanpa mengira kepentingan negara dan rakyat.

Yang menjadi mangsanya adalah rakyat yg hina dina yg bekerja utk mendapat sesuap nasi dan utk menyara anak dan isteri krn kehilangan kerja akibat penggabungan tsb. Apatah lagi skrg ni susah utk mencari kerja krn Syarikat bukan Melayu dan Multinasional begitu keberatan utk menerima org Melayu bekerja.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya juga akan kerugian krn kemungkinan penglibatan syarikat asing yg pastinya Temasek sama ada melalui proksi atau tidak krn aset strategik negara secara tak langsung akan dikuasai oleh mereka.

Mengimbas pertemuan dgn seorang Pengurus HR sebuah syarikat GLC dlm satu persidangan di KL 3-4 bulan yg lalu-menurut beliau Kerajaan akan menjual saham dalam semua syarikat GLC kepada pelabur asing. Masa tu tak terbuka hati utk mempercayainya-skrg ni dah menjadi kenyataan-proton dan TM dah selesai, mungkin lepas ni saham dalam 3 syarikat perladangan tsb.

Dimanakah TDM skrg ini krn beliau seorang saje yg berani membuka suaranya. Semoga Allah memanjangkan umur beliau utk beliau meneruskan perjuangan utk kepentingan bangsa, agama dan negara.

Sesungguhnya rakyat Malaysia kerugian besar krn berPMkan Pak Lah Pemimpin Islam Ada Had Ada Hari.

Wassalam.

che'GuBard said...

Kenyataan Media
4 Disember 2004




LAPORAN PENYALAH GUNAAN KUASA PERDANA MENTERI MENGAGIHKAN KONTRAK KERAJAAN KEPADA KELUARGA

Gerakan Demokrasi & anti Korupsi (GERAK) hari ini membuat satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Laporan ini bertujuan supaya satu siasatan dapat dimulakan terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Berdasarkan laporan yang dibuat, GERAK berpendapat BPR telah mempunyai asas yang cukup untuk memulakan siasatan ke atas penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri dan Keluarganya di dalam pengagihan kontrak kerajaan di bawah Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, Abdullah Badawi mesti dipertanggungjawabkan dan siasatan mesti dimulakan terhadapnya.

Pada 26 Oktober 2006, Abdullah Badawi dalam sidang medianya telah membuat kenyataan dan disiarkan dalam hampir semua media utama yang mana dalam kenyataannya terkandung pengakuan beliau sendiri tentang agihan kontrak kerajaan yang dipolehi oleh syarikat yang mempunyayi kepentingan anaknya Kamaluddin Abdullah selain mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengagihkan kontrak kepada anaknya semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Pengakuan ini merupakan satu pengakuan yang serius mengenai penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri.

Melalui laporan ini juga dipanjangkan laporan polis yang telah dibuat GERAK pada 1 November lepas di Balai Polis Dang Wangi.

Bersama laporan ini kami kepilkan dua laporan polis terdahulu antaranya satu laporan mengenai MILITARY COOKHOUSE PRIVATISATION AGREEMENT yang merupakan tender yang dianugerahkan secara luar biasa kepada anak Abdullah Badawi, salinan perjanjian tender kerajaan yang di tandatangan kerajaan Malaysia dan Kamaludin Abdullah. (untuk makluman tiada sebarang tindakan diambil ke atas laporan polis - laporan tersebut) Laporan mengenai transaksi pegabungan ECM Libra dan Evenue Capital dan beberapa laporan dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Semua dokumen tersebut diyakini cukup untuk BPR memulakan siasatan ke atas Penyalah gunaan kuasa Perdana Menteri dan keluarganya.

BPR harus melihat laporan ini dengan serius khususnya apabila persepsi dunia melihat Malaysia semakin parah dari sudut jenayah rasuah. BPR harus memulakan siasatan dan mengheret mereka ini ke muka pengadilan atau mengisytiharkan mereka ini bersih dari amalan penyalah gunaan kuasa dan korupsi.

Laporan yang dibuat hari ini telah diterima oleh Encik Haryazi Bin Hj Baharom Penolong Penguasa, Pusat Pengurusan Maklumat dan tatatertib, Ibupejabat Badan Pencegah Rasuah pada jam 11.15 pagi ini. Bagi pihak Ketua Pengarah BPR Malaysia.


‘RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA’



MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Pengerusi

www.gerakmalaysia.org

Anonymous said...

Assalamualaikum


simedarby+guthrie+goldenhope
tv3+8tv+ntv7+gbsb
nanyang+sinchew
utusan+nst
edge+star+sun
astro+gsc+astroshaw+tgv+all fm stations
proton+naza+volkswagen
all the bloody roadbuilders
what else is new?


this merger will definitely make LKY a very happy man on earth. dendam terbalas habis. his super agents - PM son-in-law and God Kali have done it well for him. the biggest moron is of course the half-past six PM..

Pak Lah da Bullshit... apa yang dia tahu pasai ni?..nothing... seronok dapat duit lagi yalah...semua nie perancangan KJ supaya pilihanraya tahun depan Paklah masih lagi jadi PM...Ku Li plz do something...selamatkan Malaysia yang ku cintai..hanya kamu harapan terakhir rakyat Malaysia...

Anonymous said...

Assalamualaikum-belum habis lagi cadangan penggabungan 3 syarikat gergasi perladangan timbul pulak cadangan baru iaitu utk menggabungkan NST dan Utusan.

Mengenai cadangan penggabungan NST dan Utusan, yang pasti untung ialah Kalimullah.

Hairan bin Ajaib daripada mana datang duit Kalimullah-beliau juga merupakan salah seorang pemegang saham ECM Libra yg bergabung dgn anak syarikat Khazanah Capital Avenue.

Yang pastinya beliau bukan rakyat Malaysia tapi Singapura. Kalau macam tu duit beliau yg banyak tu tentulah datang dari Singapura-dan yang pastinya tentulah dari Temasek sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Singapura.

Sedang pelaburan Temasek telah berjaya di merata dunia termasuk di Thailand, Malaysia dan Indonesia, Khazanah Malaysia yg telah ditukar peranannya atas nasihat KJ utk membuat pelaburan sama seperti Temasek tidak tahu untung ruginya sbb tiada lapuran kewangan dibuat.

Ada org berkata pelaburan oleh Khazanah yg diterajui oleh org luar (bukan pegawai/Jabatan Kerajaan lagi) hasil nasihat KJ telah mengalami kerugian yg banyak dan ini telah menyebabkan Pak Lah terpaksa mendapatkan pertolongan Singapura utk mendapatkan wang bagi melaksanakan RMK9.
Sebagai balasan kpd bantuan tersebut saham syarikat GLC kena dijual kepada Temasek terlebih dahulu.

Kalau betullah begitu ... yg menjadi mangsanya adalah kita semua rakyat Malaysia.

Semoga Allah melindungi kita dari pengkhianat no. 1 negara Pak Lah and family.

Wassalam.

Anonymous said...

Imam Melayu raba Perempuan Cina. Jangan marah LAH..Saya raba sikit saja...dan tuan empunya tubuh pun tak marahhh...Dia amat suka cara rabaan saya...amat lembut dan amat loving...Saya ada lah bapa tunggal..Sekali sekala mau seronok juga....

Anonymous said...

insaflah wahai pemimpin hdhari sekalian..
jgnlah jdikan terengganu khususnya seperti Acheh yg dserang tsunami yg tidak mengenal org..
membiarkan org2 kafir berbogel tanpa pakaian berpesta dgn gembira higga xsedar pe yg akn terjadi selepas itu..
INGATLAH AZAB@BALA ALLAH TIDAK MENGENAL ORANG..
1 ORG YG BUAT TP SEME RAKYAT TERJEBAK!!!!!!!!!!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia