Thursday, December 28, 2006

Minda Kerajaan Tiga Beranak



Berapa hari lagi, kita akan masuk ke gerbang tahun 2007 dan bererti kita akan merayakan 50 tahun Malaysia merdeka. Bagi sebuah negara yang berusia 50 tahun, sudah pasti kita akan menoleh ke belakang dan memandang kehadapan sebagai ukuran berjaya atau tidak kita dalam membina negara ini.

Dalam tempoh 50 tahun, sudah banyak pengalaman pahit manis perjalanan dilalui. Generasi kedua Malaysia seharus bangga dengan apa yang telah dilakukan bagi mengisi erti kemerdekaan di peringkat awal. Setiap pengorbanan generasi pertama dalam tahun getir di zaman pemerintahan Jepun, Malayan Union, Pengganas Kominis dan Konfrantasi Indonesia akan tetap dalam ingatan. Setiap mereka telah memainkan peranan atas negara ini, tanpa mengira dia Melayu, Cina atau India dan juga kaum-kaum lain di Sabah dan di Sarawak harus diberi penghormatan sewajarnya.

Sekarang Malaysia berada dalam keadaan yang kritikal dari sudut jurang antara generasi atau apa yang disebut "generation gap". Bagi generasi ketiga, setengahnya sudah bersedia untuk mengambil alih peranan membangunan negara ini. Sebagai generasi 100% merdeka, generasi ketiga mempunyai pandangan lain terhadap apa yang dilakukan oleh generasi pertama dan kedua. Mereka agaknya lebih liberal dalam satu-satu isu samada politik dan sosial. Mereka berfikir panjang, mungkin generasi ketiga lebih berpelajaran daripada generasi sebelumnya. Hari ini Malaysia sedang menyediakan satu generasi penerus didalam generasi keempat yang memecahkan segala tembok perpisahan antara bangsa, agama dan politik.

Persoalan perkauman yang dibawa oleh UMNO, MCA dan MIC hanya satu perjuangan yang diteruskan oleh saki baki generasi pertama dan kedua. Bagi generasi ketiga dan keempat, mereka mempunyai pandangan sendiri dalam menguruskan negara dimasa depan.Jika berlaku seperti mana yang diramalkan, generasi ketiga dan keempat boleh hidup dengan bangga sebagai bangsa Malaysia tanpa sempadan perkauman dan agama.

Semua orang kenal Tunku Abd Rahman Putra sebagai bapa kemerdekaan, di ikut oleh Tun Razak dan Tun Hussein. Ketiga mereka adalah pemimpin Malaysia yang idealis. Sebagai seorang idealis, ketiga mereka membina negara mengikut acuan kepercayaan mereka bahawa Malaysia boleh dibina sebagai satu negara satu bangsa sungguhpun idealisme kepimpinan hari ini tidak akan dapat melihat kejayaannya kerana terdorong dengan pemikiran fantasi dan tidak seperti ketiga pemimpin itu yang telah menjadikan sebahagiannya sebagai realiti dihari ini.

Bila Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai "orde" lama tetapi fikiran baru mentadbir negara ini, beliau dalam tempoh dua puluh dua tahun dia menjadi Perdana Menteri, mengidamkan sebuah negara yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kemajuan zaman yang perlu diterima oleh rakyat Malaysia. Maka banyaklah idea-idea beliau yang nampaknya mengarut tetapi hari ini sudah menjadi kenyataan dan inilah yang hendak diteruskan oleh generasi yang ketiga dan keempat Malaysia.

Malangnya dalam masa semangat juang rakyat Malaysia terus meningkat dan bersesuaian dengan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilafazkan 33 tahun dahulu, Malaysia kini terajui oleh seorang Perdana Menteri yang merancang negara ini mengikut "illusi" yang bermaksud sesuatu yang di angan-angan atau pengamatan yang tidak sesuai dengan pancaindera, atau juga boleh dimaksudkan tidak boleh dipercaya atau palsu.

Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia dan dalam masa yang sama bertindak sebagai Imam Besar Mazhab Islam Hadhari untuk tempoh tiga tahun, sudah banyak melukakan hati rakyat. Dia adalah orang yang pernah mendabit dada menyebut "aku Perdana Menteri, itu sebab dia pulang sekejap melihat banjir di Johor dan Melaka dan tanpa perasaan atas penderitaan rakyat dia terus bercuti semula. Seolah - olah kalau tidak bercuti dalam bulan ini dia tidak akan bercuti lagi untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Yang ternganga sekarang ialah pengundi-pengundi Barisan Nasional dan UMNO kerana memberikan sokongan kepadanya. Kapal Terbang Eksekutif yang diberikan kepadanya bagi tujuan rasmi macam sudah menjadi "Private" Sapu kepada dia untuk bercuti. Jika seorang Perdana Menteri disebuah negara kuasa besar yang bernama British boleh naik kapal terbang komersial untuk bercuti dengan keluarga di Miami, Amerika adakah Perdana Menteri itu tidak boleh mengatur jadual dengan berjumpa dahulu Presiden Bush, lepas itu dengan Jet Kerajaannya dia mengarahkan Jet itu ke Miami?

Kesimpulannya apa "klas" nya Perdana Menteri Malaysia yang bernama Abdullah Hj Ahmad yang dikenali sebagai kaki tidur dikalangan pegawai kerajaan tidak boleh menggunakan Penerbangan Malaysia atau Air Asia. Adakah minyak yang digunakan oleh jet itu di isi dengan angin dan kemudian rakyat tidak membayarnya?.

Soalnya Malaysia sudah jelas hanya diperintah oleh tiga beranak. Dan sewajar nama kerajaan dibawah pimpinan Abdullah Hj Ahmad dipanggil kerajaan tiga beranak. Illusi yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad yang berpandu Cemerlang, Gembilang dan Terbilang kini sudah mula nampaknya menjadi temberang. Sedikit demi sedikit tembelang Abdullah Hj Ahmad sudah pecah, kalau dia seorang yang sengsara tidak mengapa tetapi malangnya yang menerima akibat ialah rakyat terbanyak.

Itu sebab anak menantu dia yang hanya Naib Ketua Pemuda UMNO sudah boleh bercakap mengenai dasar kerajaan antara lain menyebut bahawa kerajaan akan menarik balik kebebasan yang konon-kononnya ada. Tetapi kenyataan itu bukan persoalan tetapi nampaknya menantu Abdullah Hj Ahmad sendiri tidak memahami Islam dan jika dia hadhari sudah tentu memahami apa yang terdapat dalam piagam madinah soal kebebasan yang ditentukan oleh Agama Islam.


Sang Kelembai: Yang diminta oleh Abdullah Hj Ahmad buat penafian ialah surat khabar Hurreyet bukannya pembuat kapal tetapi menurut cerita orang, kapal itu dibuat oleh kerana Abdullah Hj Ahmad tidak mahu naik kapal percutian yang pernah digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, maka terpaksalah towkey judi nombor ramalan itu membuat yang baru. Kalau Imam Besar Islam Hadhari boleh berkawan dengan towkey pemilik judi nombor ramalan, dia mana dia pemberi lesen, maka rakyat Malaysia, fikir-fikirkan lah siapa Abdullah Hj Ahmad yang sebenarnya.

16 comments:

Anonymous said...

Sang Kelembai

Kisah 'Kerajaan Tiga Beranak' ni dapat mengingatkan rakyat akan kisah si Ayah Pin dan kerajaan langitnya.

Apa lagi pula dengan Imam Besar AlHadhari yang mengharapkan duit judi kawanan untuk hidup bergaya...

Ini lah dia 'the making of Ayah Pin 2' oleh Pak Si Ngantok dan anak2 nya.

Hanya di Malaysia Boleh!

Anonymous said...

Sang Kelembai,

Memang sesuai kita namakan kerajaan '3 Beranak' kerana rakyat faham tentang kelemahan kepimpinan Abdullah Hj Ahmad PM yang kurang pintarmendapat idea di meja makan bersama anak menantu.

Anonymous said...

jabatan hal ehwal khas (jasa) mula mengedarkan sticker "we love pak lah".
apa ke jadahnya ini??
sama-sama kita tengok berapa banyak barua-barua imam besar ada had ada hari yang sanggup tampal kat kenderaan masing-masing...

Anonymous said...

APA? Betulkah Imam besar Mazhab ada hari ada had tu sudah kembali bercuti. Patutlah...TPM took over bab-bab banjir ni! Sebenarnya, saya tak hairan tapi saja buat-buat hairan!!!!

Pada saya, bila kita dikatakan merdeka apabila kita betul-betul merdeka bukan saja dari segi fizikal tapi dari aspek pengaruh negatif, mengikut acuan kita sendiri sebagai orang Malaysia dan yang paling penting mengikut ajaran dalam AlQuran dan sunnah nabi.

Tapi setelah 50 tahun, yang saya lihat dan baca hari ini ialah keruntuhan akhlak dan maksiat berleluasa.....seks bebas, najis dadah, pondan/maknyah, murtad dan banyak lagi perkara yang mengaibkan umat Islam. Bagaimana boleh kita katakan Merdeka?!

Dengan kerajaan tiga beranak sekarang ini, saya yakin Malaysia, dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang akan menjadi satu contoh keruntuhan moral dan etika....dan menjadi bahan gelak senda gurau orang bukan Islam terhadap kita.

Oh! Malaysiaku...apa nak jadi akhirnya? Sungguhku risau melihat keadaan sekarang....diperintah oleh kerajaan 3 beranak yang hanya menjadikan orang lain mangsa supaya mereka anak beranak dapat hidup senang lenang. Apa akan terjadi pada anak-anakku...cucu-cucuku dan keturunanku seterusnya?

Anonymous said...

dah lama dah cuma belum boleh sedar lagi rakyat malaysia nie.

Berita dari gunung said...

Bukan senang mahu jadi pemimpin berjiwa besar...... kalau pemimpin masih menyebut tentang periuk nasi (di Bangkok), entahla...

Anonymous said...

Sang Kelembai !
Kalau pelepah kelapa yg tua dan berpenyakit gugur, yg mengantikannya juga adalah pelepah kelapa. Kerana pokoknya, akarnya dan batangnya adalah kelapa.
Begitulah! jika yg ada sekarang diganti, maka pengantinya nanti adalah sama, seperti dan serupa yang diganti. Kecuali cabut terus pokok tersebut dan jgn tinggalkan batang dan akarnya.

zaharin mohd yasin said...

Shenyeeaun.
Masalah rasuah diKementerian Pertahanan memanglah sudah menjadi pengetahuan umum. yang terbaru ialah ialah kesah bas untok bawa PLKN. Bukan cukup minta maaf sahaja sepatutnya dedahkan nama syarikat bas yang dapat tender itu. Sudah pasti tak akan didedahkan fasal kroni. Kalau saya Ketua Pengarah dengan serta merta batalkan kontrek itu. Sebagai orang yang pernah berkerja dengan kerajaan, adalah menjadi kebiasaan untok "chek list" semuanya sebelum dilaksanakan. syarikat bas mesti sudah hantar nama bas dan permit sekali. tapi kerana (tidak menudoh)ada dah terima tumbuk rusuk. itulah jadinya. Sepatutnya PLKN bukan dibawah Kementerian Pertahanan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan, tapi wangnya setengah billion, maka letakan dia di Kementerian Pertahanan.

Saya juga sedih, jika ini berlaku, bila mendengar Tentera minta duit untok bantu mangsa banjir. Silapnya dimana? mungkin kerana tidak ada hebahan oleh RTM Inforia akan tentera terlibat dalam bantuan mangsa banjir. Berapa banyak gambar keluar dlm surat khabar, kisah tentera bantu banjir? satu soalan yang saya tanya.. mana dia perginya kereta kebal Comando yang boleh masok dalam air itu? itu Dahulu waktu banjir Kereta Kebal Comando yang banyak membantu. dah jadi besi buruk ke?

Sepatutnya Jawakankuasa Bencana Banjir dibawah BKN ada inisiatif sikit. Masa dulu kita mengajar rakyat mangsa bencana supaya meletakan bendara atau tulisan yang ditulis perkataan besar "S.O.S. (Save Our Ship) tapi dalam kontek Malaysia akan bermaksud "Saya Orang Susah". kenapa sekarang tak boleh?

Yang anda boleh bantu.. ialah pastikan pengundi-pengundi usahlah lagi mengundi BN. mengundi BN bererti memberi chek kosong kepada Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya bercuti keluar negeri waktu rakyat bergelumang dengan banjir.

Anonymous said...

Sang Kelembai,

"MINDA KERAJAAN TIGA BERANAK"

Hanya dlm pilihanraya sahaja dapat kita pastikan mereka2 ini yang sedang selesa dgn mengatakan 'dapat mandat PUM 2004'

Itu soal dulu rakyat dok nampak Mr Clean dan selepas kritikan dari mantan PM TDM baru rakyat sedar sebenarnya Mr Kurang Pintar atau Mr Family Govenment.

Anonymous said...

Pilihan raya hujung tahun ini tak tahu apa kesudahannya. Adakah kerajaan 3 beranak terus kukuh? sama2 kita saksikan...

Anonymous said...

Wahai Sang Kelembai.

JOM BOIKOT SPR! JOM BOIKOT BATU TALAM!

BN, melalui SPR, memperalatkan parti pembangkang sebagai COP DEMOKRASI di Malaysia.

Antara pembaharuan penting pilihanraya di Malaysia ialah reformasi struktur institusi yang mengendalikan pengurusan pilihanraya seperti yang sudah berlaku di Indonesia, Mexico, Nigeria, Romania dan Afrika Selatan. Tekanan demi tekanan dari masyarakat tempatan atau kumpulan-kumpulan antarabangsa juga boleh mencetuskan pembaharuan dalam pengurusan pilihanraya seperti di Georgia dan Liberia.

Kebergantungan kepada tekanan luar ke atas SPR Malaysia harus diimbangi dengan tekanan dalaman yang kuat, seperti yang sedang berlaku di Bangladesh.

Pembaharuan strategi, polisi dan prosedur dalam SPR adalah penentu kemenangan atau kekalahan yang adil saksama sesebuah parti di Malaysia.

Isu-isu utama pembaharuan adalah seperti partisipasi & representasi, batasan kawasan pilihanraya, pendaftaran pemilih, pendaftaran & penyeliaan parti-parti politik, dan peningkatan integriti pilihanraya. Aspek-aspek teknikal proses pilihanraya seperti memperkenalkan proses-proses terkini dalam sistem pendaftaran pemilih, serta kaedah/sistem pengundian & kiraan undi.

Pembaharuan sistem pilihanraya seperti di Fiji, Indonesia, Lesotho, Liberia dan New Zealand adalah merupakan reformasi-reformasi yang paling terkehadapan di dalam pentadbiran pilihanraya.

Harap Sang Kelembai dapat memberikan komen samada DUN Batu Talam perlu diboikot atau sebaliknya. Terima kasih.

p/s: Rakyat Bangladesh yang kita panggil ‘bangla-bangla’ tu adalah lebih responsif & efektif dalam menangani SPR mereka yang berat sebelah.

Anonymous said...

Assalamualaikum-setelah mencapai target keuntungan khazanah keluarga untuk tahun 2006 maka tiga beranak pun bercuti sakan dgn diketuai oleh Imam Besarnya sehingga tidak kedengaran lagi suara mereka di Malaysia.

Oleh kerana kejayaan yang amat memberansangkan dan hasil pencapaian khazanah keluarga bagi tahun 2006 yang sangat cemerlang, terbilang dan gemilang maka percutian perlu diadakan bagi meraikan kejayaan tersebut.

Keseronokan percutian tersebut adalah amat tidak terhingga sehingga penderitaan rakyat yang mengalami sengsara banjir tidak dapat menandinginya.

Maka pulanglah Imam Besar hanya sebentar sekadar untuk menunjukkan muka yang masih sembap kerana tidak cukup lagi tempoh percutian dan pertidurannya.

Selepas lawatan yang sebentar sahaja kemudiannya Imam Besar pun menyambung percutiannya dengan menggunakan wang rakyat terbang menaiki kapalterbang yang hanya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja dan diselenggarakan dengan hasil wang rakyat jua.

Begitulah alkisah "Kerajaan Tiga Beranak" yang lupa asal usul dirinya.

Wassalam.

Anonymous said...

Sang Kelembai,
Susah nya jadi rakyat Malaysia! Ketika rakyat sedang bergelut dengan kos kehidupan, banjir, negara di gadai, kita tak ada sesiapa yang sanggup membela. Dimana pemimpin2 kita? Tak de...

Pilihanraya nanti kita harus pilih siapa? Pak lah lagi?

Berita dari gunung said...

Isu kapal layar mungkin isu kecil. Rakyat umum barangkali tak kisah sangat, PM nak beli kenderaan apa, bayar tunai ke, hire purchase ke, dia nak naik masa mana, dengan sape dia nak naik atau kalau dia tak bayar sapa yang tolong bayarkan.

Barangkali yang lebih utama, ialah apa benar kerajaan kita dipimpin dengan baik dan berhemah! Kata-kata bisa dari Tun, "half past six", masih belum dihakis. Seboleh-bolehnya kita tak mahu percaya kerajaan kita begitu lemah, tetapi kita juga harus diyakini bahawa kerajaan kita betul-betul mantap, dan berada dilandasan yang betul.

Kalau kita tidak diyakini, mungkin kita selesa dengan "tag" berbisa;
1. half past six
2. kerajaan tiga beranak.

May God bless us all. Thanks.

Anonymous said...

kalau tiang telefon dicalonkan sebagai wakil rakyat umno nescaya orang johor akan undi tiang telepon bagi menang, sekarang apa jadi?

Anonymous said...

Kita penggal je tiga beranak tu dan konco2nya pada pilihanraya akan dtg...aku dah bosan tahap gaban tgk pentadbiran dan pengurusan kerajaan skrg...mcm2 masalah dah berlaku skrg...seolah-olah semua kementerian, PBT dan Jabatan2 kerajaan sedang lena diulit intan mengisi periuk nasi masing2...rakyat malaysia semakin parah...pilihanraya kali ini peluang utk rakyat mengubati kecederaan yg parah...jika tiada perubahan yg significant maka semakin parah la rakyat pd masa hadapan...wahai rakyat, para profesional dan para intelektual yg sayangkan Malaysia....Mari kita BANGKIT!!!!!Bukan sahaja bangkit atas dasar semangat Bangsa Melayu semata-mata bahkan BANGKIT untuk mencambah semula kerukunan dan perpaduan kaum yg semakin besar jurang...UMNO lah yang bertanggunjawab memisahkan jurang tersebut tanpa kita sedari...sentimen bangsa melayu bukan agenda utama kita tapi semangat cintakan tanah air supaya tidak terus menerus ditadbir oleh Haprak UMNO dan sekutunya....REFORM FOR ALL!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia