Monday, January 29, 2007

Bodoh Tak Bodoh Tapi Bodoh



Tun Dr Mahathir Mohamed pernah berkata bahawa seorang pemimpin bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih. Dalam pentadbiran Abdullah Hj Ahmad pula pemimpin bukan sahaja mesti tidak bersih tetapi menampakkan diri itu tidak bersih. Itulah berlaku hari ini dengan Abdullah Hj Ahmad sendiri yang tidak bersih dan turut menampakkan dirinya sendiri tidak bersih.

Bermula dengan menerima kapal mewah yang dibeli oleh Ananda Krisnan pemilik di sebalik Air Asia (itu sebab semua armada kapal terbang AirAsia menggunakan no pendaftaran AK-Ananda Krisnan) dan juga pemilik syarikat judi nombor ramalan yang diluluskan lesen setiap tahun oleh Abdullah Hj Ahmad, Menteri Kewangan dan juga Imam Besar Islam Hadhari, setelah mendapat fatwa daripada Mufti Besar Islam Hadhari Dr Abdullah Zain yang juga Menteri yang menjaga agama Islam, semua bukan sahaja tidak bersih tetapi mesti kelihatan tidak bersih.

Hari ini dia membeli lagi sebuah kapal terbang mewah untuk menyenangkan dia bercuti di luar negeri atau membuat temuramah di media antarabangsa, seperti yang dilakukan dengan BBC. Berdasarkan apa yang dicakap dalam BBC dan juga di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland maka rakyat Malaysia hari ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak menepati apa yang rakyat kehendaki iaitu "pemimpin bukan sahaja mesti cerdik tetapi mesti dilihat cerdik" tetapi sebaliknya yang ada sekarang boleh dikatakan sebagai pemimpin UMNO yang sesuai dipanggil "bodoh tak bodoh tapi bodoh".

Selepas orang-orang Melayu ditipu dengan isu percantuman NST dan Utusan Melayu yang membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu kemudiannya dibatalkan tetapi isu ini hanya untuk melarikan isu lain dan tanpa disedari Abdullah Hj Ahmad yang juga Menteri Kewangan mengaku tidak tahu menahu mengenai surat pinjaman yang dibuatnya untuk mendapatkan pinjaman sebanyak USD 50 billion. Inilah dia juga Perdana Menteri yang meluluskan pembuangan nama Bumiputra pada bank yang dahulu asalnya bernama Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan selepas 1998 digabungkan menjadi Bumiputra Commerce dan hari ini CIMB Bank Berhad atau boleh juga dipanggil Cina, India dan Melayu Bank Berhad.

Maka sebab itulah Abdullah Hj Ahmad sudah boleh dikatakan sebagai manusia yang mempunyai ciri munafik. Ini adalah kerana di dalam perhimpunan agung yang lalu dia menjerit slogan hidup Melayu tetapi realitinya dia membunuh Melayu sehingga tergamak meluluskan nama bumiputra untuk digugurkan dan ironisnya pembunuh perkataan itu adalah anak Tun Razak Hussein, orang yang bertanggungjawab mewujudkan Bank Bumiputra itu sendiri. Ini membuktikan tidak semestinya seorang negarawan yang mempunyai darah patriot dan nasionalisma yang tinggi akan kelak melahirkan anak yang mempunyai darah patriot dan nasionalisma yang serupa.
Maka bertanyalah orang mengenai Najib Tun Razak yang menjadi orang nombor dua dan pewaris kerajaan di masa depan mengenai apa yang dilakukan oleh adiknya di CIMB Bank. Apa yang jelas insiden ini memberi pertunjuk bahawa orang UMNO dan Melayu sudah tidak ada harapan untuk bergantung kepada pewaris keluarga Tun Razak Hussein dalam menentukan untung nasib orang Melayu.

Jangan hairan dengan Najib Tun Razak, jika Jamalludin Mohd Jarjis boleh jadi "barua" untuk memperkenalkan Rosmah Mansor kepadanya sehingga bercerai berai Najib Tun Razak dengan isterinya yang pertama dan memburukkan lagi Najib Tun Razak kerana sanggup mengatakan bahawa isterinya itu gila sungguhpun sehingga sekarang tak pernah pula diketahui orang bahawa bekas isterinya yang gila itu berada hospital gila yang mana samada di Tampoi atau Tanjong Rambutan maka hebat apanya Najib Tun Razak untuk orang Melayu bergantung harap bagi menggantikan Abdullah Hj Ahmad..

Sudah tak ada idea nak memperlecehkan calon bebas agaknya sehingga terpaksa bangkitkan usia si calon yang dikira masih mentah dan berhingus. Peliknya jika usia 21 tahun muda dan berhingus untuk menjadi calon tetapi kenapa mereka layak mengundi dan tidak pula dikata sebegitu. Sebaliknya dirayu undi mereka untuk mengundi UMNO/Barisan Nasional bagi memboleh lelaki tua berusia 67 tahun menjadi Perdana Menteri sungguhpun sudah dikira nyanyok dan dah mula tak siuman. Maka sewajarnya pengundi dan pemilih yang berusia 21 tahun ke 25 tahun untuk berfikir panjang sebelum membuat keputusan memangkah UMNO/Barisan Nasional.

Maka itu sebab lelaki tua yang berusia 67 tahun bernama Abdullah Hj Ahmad itu boleh menjawab bahawa "kerajaan tidak bercadang untuk menapis siaran dalam internet". Tahukah dia bahawa dalam Akta Cyber Law dan juga prinsip internet tidak ada apa-apa sekatan sebarang maklumat atau yang tersiar boleh di tapis oleh pihak tertentu.

Internet berbeza dengan penerbitan majalah, surat khabar dan buku. Bagi tulisan di kertas, ada penulisnya dan ada penerbitnya termasuk ada pencetaknya. Dalam internet, ada penulisnya tetapi tak ada penerbitnya tetapi ada pencetaknya ia itu laman web yang membuka ruang untuk ditulis berbagai rupa tulisan mereka. Jika Malaysia mahu menyiapkan rakyatnya dalam era Globalisasi maka fikiran kita mestilah berakalkan Global juga. Dalam internet ada yang berdaftar dengan syarikat yang membuat laman web tetapi dia jika dia tidak berdaftar, biarlah undang-undang dan Mahkamah menentukan. Harap-harap selepas kes fitnah di internet nanti, duit yang dibelanjakan oleh kerajaan membuat MSC tidak seperti membuang duit kelongkang.

Kerana lelaki tua yang juga memegang jawatan Imam Besar Islam Hadhari tidak pernah membaca maka dia menjawab memakai logik dia tetapi yang merasa malu ialah rakyat Malaysia yang mendengarnya kerana standard dia menjawab itu lebih rendah dari Tok Batin orang asli di Hulu Sungai, Raub. Sekurang - kurang Tok Batin Orang Asli bila ditanya kenapa undi Barisan Nasional kenapa tidak calon bebas maka dia menjawab bahawa calon bebas tak jumpa dia, berbeza dengan calon BN yang telah berjumpa dengannya dan memberi rokok dengannya. Jawapan itu mudah difaham kenapa semua orang asli akan mengundi calon BN maka bertambah pula budak-budak muda orang asli diberi kebebasan tak pakai topi keledar, membawa motorsikal yang mungkin sudah mati cukai jalan dan tak berlesen menunggang motorsikal di Jalan Negeri mengiring kereta Najib Tun Razak dan "road blok" seolah-olah Polis seperti tak ada makna apa-apa, bila semua anak muda orang asli boleh lalu lalang di depan mereka.

Sesudah ada perahu layar di laut dan pesawat udara mewah di langit, agaknya lengkaplah kehendak Abdullah Hj Ahmad yang "aku cari bukan harta bertimbun-timbun, untuk menjadi kaya". Belum termasuk rumah mewah di Perth dan London atas nama anaknya yang sebahagian kerajaan tiga beranak yang menentukan dasar dan apa sahaja di Malaysia yang mana kesemua ahli Empty UMNO hanya sekadar menjadi cop stem getah sahaja.

Dalam pilihanraya Batu Talam, pergerakan pemuda UMNO yang di ketuai oleh menantu Abdulllah Hj Ahmad yang juga anggota kabinet Tiga Beranak, membuat laporan polis akan ceramah Pas di Kampong Ria, menampakkan sangat kebodohan yang amat sangat. Di ceramah malam tersebut bukan sahaja kehadiran yang hendak mendengar tetapi sesetengah yang hadir adalah polis sendiri, maknanya Polis sudah mengetahui ceramah tersebut. Macam juga bapak mertua, anak menantu yang dianggap hebat pun mungkin tak membaca. Jika dia membaca akan terjumpa akan dia buku Laws Of Malaysia yang berjodol Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Dibawah fasal 27B jelas memberi maksud bahawa SPR boleh menubuhkan satu pasukan penguat kuasa bagi melaksanakan fasal 27E di dalam sub fasal (c) yang berbunyi "memberhentikan atau menyebabkan supaya diberhentikan apa-apa ucapan atau syarahan awam terbuka yang diadakan dalam kawalannya yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan pilihan raya dan jika perlu untuk menahan mana-mana orang yang terlibat dengan ucapan atau syarahan awam terbuka itu, meminta pegawai polis menahan orang itu;

Kesimpulannya jika Pemuda UMNO yang bertugas diterajui oleh anggota kabinet tiga beranak ini memahami undang-undang tidaklah mereka mencari publisiti salah tetapi mungkin ini idea anak menantu nak memburukkan ketua pemudanya sendiri yang mempunyai latar belakang sebagai seorang peguam.

Walau pun BN telah menang besar di Batu Talam tetapi meninggalkan kesan kepada BN, bagaimana ucapan tahniah sewajarnya diberi kepada calon bebas yang sanggup bertanding bebas tanpa berkempen dan telah mendapat 419 undi dan menjadikan undi rosak 385 ini hanya untuk menunjukkan bahawa mereka tidak yakin Barisan Nasional mampu mengeluarkan sebanyak 70% pengundi.

Sang Kelembai: Menantu Abdullah Hj Ahmad kata pilihanraya Batu Talam melawan angin. Kalau melawan angin samalah dengan membunuh nyamok pakai meriam. Kalau nyamok mati pun, bukan kerana tembakan meriam tetapi kerana angin meriam yang berlalu seperti taufan.

24 comments:

The Truth said...

ANWAR KHAIRY – THE MENTOR & THE APPERANTICE

Abdullah Badawi yang dianugerahkan jawatan Perdana Menteri oleh Dr.Mahathir adalah umpama seekor monyet mendapat bunga menjadikan ia terlopong dan ternganga.Tetapi semua itu hanya sementara kerana badawi mula sedar bahawa ia menduduki puncak kuasa dan boleh menjadi raja. Disebalik imej mr clean Abdullah sebenarnya seorang pendendam dan Mahathir adalah salah seorang yang didalam senarainya.

Watak sebenar Badawi yang sombong dan ego tidak dapat disembunyikan lagi apabila ia bercita-cita memusnahkan segala legasi pencapaian Mahathir, maka mulalah beliau menyelongkar segala kotak-kotak peninggalan Mahathir dan akhirnya ia terjumpa satu kotak yang terkunci rapat. Sangkanya itulah kotak yang menyimpan segala rahsia tanpa disangka itu adalah kotak PENDORA yang didalamnya disumbat segala makhluk jahat oleh Mahathir agar tidak mengancam keselamatan negara dan diamanahkan keatas Abdullah agar tidak membukanya. Tetapi sayang Abdullah telah membukanya maka menjelmalah dari kotak pendora itu wajah-wajah yang menggerunkan menyerupai Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin dan bermulalah episod DAJAL dalam mencorak arus dan arah pentadbiran negara.

P/s: Grand design terkini Dajal Anwar & khairy adalah menyingkirkan Najib utuk laluan mudah ketangga Perdana Menteri.

http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Banjir: Kerajaan rugi RM1.5b
PUTRAJAYA: Kerajaan menanggung kerugian RM1.5 bilion akibat dua ‘gelombang’ banjir terutama di Johor, sejak pertengahan bulan lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anonymous said...

"Bodoh tak bodoh tapi bodoh"...itulah UMNO era moden ini...sehinggakan aku jijik nak menyebut perkataan UMNO..Skrg ni bukan masa utk main isu perkauman...semua kaum yg rasa sengsara hidup, kenaikan minyak dan tol....persoalan utama adalah bagaimana nak tukar kerajaan yg lebih efektif dan peka masalah rakyat itu aja...isu perkauman ni isu lapok aje...

Umno je suka main isu perkauman nie...kita lihat negara maju lain mana diorg main isu perkauman sgt nak berpolitik kalo ada pun skit2 je...yg penting kemajuan fizikal dan minda rakyat dilahirkan oleh kerajaan yg bertangungjawab...yg penting setiap kaum hormat agama dan budaya masing2...yg penting kerajaan skrg di reject segera sebelum negara kita ni tercicir dan bukan hebat dgn litar sepang,KLIA dan KLCC semata-mata...rakyat yg hidup tanpa bebanan melambangkan kebijaksanaan kerajaan...itu takkan dpt dicapai selagi UMNO diberi mandat..UMNO telah menjadikan org melayu malas..dasar UMNO menyebabkan org melayu tidak dpt bersaing dgn bangsa lain khusunya cina...maka sbb itulah melayu mudah lupa.....tak lama lagi Malaysia akan jadi lebih teruk dari Negara India dan Indonesia dimana yg kaya bertambah kaya yg miskin akan papa kedana...ini kerana yg kaya (khususnya pemimpin dan kroni2) tiada iltizam utk membantu yang miskin...

sbb itu bak kata pepatah...memberi mata kail itu lebih baik dari memberi ikan....UMNO lebih gemar memberi ikan kepada org melayu terutamanya masa pilihanraya..maka lebih ramailah org melayu yg jadi mudah lupa..

Skrg ni kita sbg rakyat tiada 'option' utk memilih pemimpin...sama ada anwar ke sape ke aku rasa itu lebih bagus daripada najib yg jadi PM..aku kalo diberi peluang utk membuat option lebih baik aku pilih Tuan Guru Nik Aziz je..walaupun pendidikan tak setinggi anwar namun beliau benar2 menggunakan ilmu yg dianugerahkan ALLAH utk membela nasib rakyat...

Anonymous said...

Assalamaualaikum-Hikayat Menang Besar - Selepas menang besar maka turunlah Imam Besar dari persinggahannya melawat Batu Talam. Lawatan tersebut sekadar untuk memberi tahniah kepada Panglimanya Pak Najib atas kemenangan besar yang telah diperolehi dalam pilihanraya kecil Batu Talam.

Kata orang Pahang sendiri, ramai rakyat jelata di Batu Talam yang dah tak suka dan dah naik meluat dengan perangai Imam Besar ini. Itulah sebabnya menantu kesayangannya sibuk pergi berkempen ke kampung orang asli yang masih belum mengetahui akan tingkah laku buruk Imam Besar dan menantunya.

Rakyat jelata di Batu Talam mengundi BN pun sebab masih teringatkan jasa Aruah Pak Razak dan bukan jasa anaknya Pak Najib. Walaubagaimanapun mereka simpati dan kasihan dengan Pak Najib yang menjadi kuda tunggangan Imam Besar, dan atas sebab itu jugalah mereka pun mengundi BN untuk tidak memalukan dan menjatuhkan maruah Pak Najib.

Terdengar cerita, untuk tidak mengurangkan lagi jumlah pengundi yang datang mengundi maka Imam Besar ini juga telah dinasihatkan supaya jangan turun ikut berkempen semasa kempen sedang berlangsung. Takut perasaan meluat rakyat jelata di Batu Talam akan bertambah2 sehingga sampai ke tahap yang tidak dapat dibendung lagi.

Masa pilihanraya umum nanti keputusan tentu akan berubah besar sebab pada masa itu Imam Besar ini tidak boleh tidak kena pergi berkempen ke seluruh negara.

Menantu kesayangannya KJ kata pilihanraya kecil ini seperti melawan angin, ialah angin sepoi-sepoi bahasa boleh dilawan, cuba kalau angin taufan Katrina, alamat terpelantinglah KJ, tak cukup tempat nak lari. Tunggulah pilihanraya umum yang akan datang .... simpati saya pada UMNO yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu ... akhirnya dipinggirkan oleh ahli UMNO sendiri dek kerana perlakuan dan perangai buruk pemimpinnya Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari.

Tapi apakan daya ... kepentingan negara perlu diutamakan. Hendak harapkan perubahan mustahil sama sekali sebab Imam Besar bersama dengan anak menantunya nampaknya bertambah rakus mengaut keuntungan untuk kepentingan diri sendiri.

Singapura yang menjadikan Israel sebagai kawan dan sahabat rapat pun boleh diterima untuk melabur dalam banyak syarikat GLC. Dan dengan memberikan undi kepada syarikat yang melabur dalam GLC, tak lama lagi tergadailah Malaysia kepada Singapura @ Yahudi Israel.

ADAKAH ANDA MAHU INI TERJADI ... SAMA2LAH KITA RENUNGKAN DAN FIKIRKAN.

Wassalam.

A Voice said...

Sebenarnya menyalahkan Najib atau Nazir mengenai CIMB tidak adil.

CIMB bukan kepunyaan Nazir, tetapi dikuasai oleh Khazanah. Siapa menguasai Khazanah kalau bukan MOF?

Najib hanya DPM, bukan portfolio menjaga Finance. Kalau disuroh membuat pengumuman berkenaan CIMB atau mana2 inisiatif CIMB, ianya adalah atas arahan PM.

Berpada-padalah dalam nak hentam orang. Sementang orang Keldaian dan PAS, kerbau tarikan hidung Anwar, menghentam Najib bertubi-tubi, janganlah terikut2 pulak.

Anonymous said...

Sang Kelembai

Sesungguhnya Orang Orang yang Megah Sombong Bacul dan Penganiaya adalah Orang Orang Ber sifat kan "BANGKAI BER KAKI DUA" and mereka mereka yang menjadi kan "BANGKAI BER KAKI DUA" tersebut itu sebagai Ketua Ketua untuk memimpin bangsa kaum dan negara mereka, maka mereka adalah ter masuk ke dalam golongan golongan api neraka yang mana panas api nya adalah amat menyeksa kan.

Dapat lah kita perhati kan bahawa Bangkai adalh suatu yang merosakan deria dan kehidupan sesuatu umat; dan di mana sahaja terdapat "BANGKAI BER KAKI DUA" tersebut - nescaya kehidupan umat umat di situ adalah dalam amat menyedihkan lagi mematikan.

Cara hidup dan pemikiran ketua ketua yang di hadapi oleh rakyat rakyat jelata negara ini umpama Bangkai Bangkai Biawak yang lidah nya ber cabang bak Budak Hitam JKR, menyorok yorok mencari buangan buangan atau serpihan serpihan daging busuk yang di tabur kan oleh rakyat rakyat jelata.

Amat lah benggap lagi membenggapkan jika umat umat manusia menjadi kan pengutip pengutip bahan buangan atau "BANGKAI BER KAKI DUA" sebagai Ketua Negara mereka.

Mereka mereka adalah orang orang yang Rugi!

Anonymous said...

Tak perlu dijakunkan dengan kemenangan di Batu Talam.
Orang Asli dan orang Ulu Dong Raub boleh ler diaorang Gemilang Temberang.

Yang pasti penduduk dibandar sudah meluat dgn keadaan ekonomi dan pimpinan sekarang.

Sampai tahap kerajaan pun dah naik gabra sampai sanggup menilai semula harga petrol.Bunga-bunga pilihanraya sudah mula kelihatan dengan pengumuman tersebut.Lihat lah dalm masa terdekat...Jika mau turun kan harga petrol bukan sekadar 30sen(harga lama) tapi mesti 50sen. Bukankan sekarang ni kerajaan sudah bertambah kaya-raya dengan jet mewah,istana baru,projek multibillion.

Jangan hanya buat gimik politik dgn menguatkuasakan penurunan harga petrol sebelum pilihanraya. Tapi bila mendapat 2 per 3 mereka menaikkan semula harga petrol.

Anonymous said...

siapa kata CIMB bukan kepunyaan Nazir...walaupun CIMB dibawah khazanah dan khazanah di bawah MOF..takkan takde org lain yg lebih bijak dpd Nazir utk teraju CIMB tu.....mengapa adik Najib kaki zina tu...cuba jawab...kuasa sapa yg menyebabkan nazir menjawat jawatan tu...kuasa Pak Lah ke atau kuasa Najib....cuba pikir..kalo kuasa Pak Lah mestilah KJ dan letak org suruhan dia menjawat jawatan tu dan bukan nazir...


Buang masa je nak bela najib ni...takde perkara baik pun dia pernah bawa kpd rakyat sepanjang dia menjadi menteri...mkn gaji buta je bayar najib ni...otak langsung tak guna satu sen pun...bukan itu sahaja menteri2 yang lain pun sama...byr gaji mahal kat diorg supaya diorg boleh memikirkan cara nak memajukan negara dan membantu rakyat...tapi lain yg dibuat..memang laknat lah!

Anonymous said...

Confuseus SALUTES Sang Kelembai !!!
Selalu nampak Sang Kelembai di Parliament, buat apa sih di
sana??

>>A Voice said... CIMB bukan kepunyaan Nazir, tetapi dikuasai oleh Khazanah. Siapa menguasai Khazanah kalau bukan MOF?

Najib hanya DPM, bukan portfolio menjaga Finance. Kalau disuroh membuat pengumuman berkenaan CIMB atau mana2 inisiatif CIMB, ianya adalah atas arahan PM.<<

Voice, there is no EXCUSE. Inilah masaalahnya being a YES MAN... Satu kerbau bermain lumpur semuanya terbabit sama.

Anonymous said...

Kenapa 'a voice' menyokong sangat Najib tak guna tu? Baik sangatkah dia sampai perlu dipertahankan? Anda berdua adik beradik kah...atau close friends? Kenapa orang lain menyokong Anwar atau PAS itu mereka punya pasal. Tapi selindung macam mana pun, orang kita dah nampak Najib punya true colours. Banyakkanlah membaca, mendengar sendiri dan menilai secara bijak. Jgn awak pula yg hentam orang lain sudahlah....tanpa meneliti betul-betul! Kalau dah akhlak tu dah tak baik kenapa mesti disokong orang macam ni?

Anonymous said...

BN BOLEHLAH CAKAP BESAR...
BERI DUIT PADA YANG PEGI MENGUNDI.
RASUAH...TERANG-TERANGAN.

Mr. Right said...

Adakah benar kerajaan pimpinan Pak Lah dah kritikal sangat? Jika benar, maksudnya pilihanraya umum nanti banyak la isu yang boleh di utarakan. Tak sabar nak tunggu.

Anonymous said...

Bodoh Tak Bodoh Tapi Memang Tak Pandai.

Anonymous said...

aku pun tak sabar tunggu pilihanraya...kalo boleh kali ni BA kena berjuang bermati-matian lawan BN...walaupun byk isu semasa yg mendatangkan imej buruk Kerajaan BN, pihak BA kena cari jalan terbaik mengatasi helah BN kali ni...Ketelusan SPR melaksanakan tanggungjawab perlu diberi perhatian menyeluruh...BN pasti membuat helah Besar-besaran bersama-sama SPR kali ini...sy amat pasti...BN bukan lawan yg mudah menyerah kalah...BN akan guna kaedah paling KEJI utk menang..

Kami amat berharap BA kerja keras utk hadapi KEkejiAn BN...Insyallah Allah S.W.T akan bersama org2 yg teraniaya...

Anonymous said...

Sorry, ter 'confused' pulak. Air Asia tu Ananda Krishnan punya ke? Bukan Tony Fernandez and the gang punya. Mungkin telahan tuan sebab kod Air Asia bermula dengan AK. Setahu saya kod tu diberi oleh DCA dan juga badan antarabangsa. Setahu saya, Datuk Pahamin Rejab juga pernah jadi Chairman Air Asia.

Husin Lempoyang said...

Tak baik marah sama orang bodoh. Orang bodoh tak tahu dia bodoh. hehehehe

Baca ana punya komedi baru ... Kenyataan Jet Baru: Tak Susah Nak Buat Lawak

A Voice said...

Wahai ghost rider

Janganlah nak kata aku kaki bodek dan jenis "kami sokong". Nampak sangat kau amatur dan budak baru berhingus dalam political blogging.

A Voice dah merata satu Internet memberi komen dan ada blog sendiri. Cuma dalam blog saya sebelum ini, saya byk berkias. Sekarangh saya mengganas ... ceh mcm real aja.

Kamu nak gelar Nazir Kaki Zina, kamu ada bukti ke? Kalau kamu ada, bermakna kamu pun bersubahat berzina.

Dahlah, jangan tuduh2 macam budak2. Itu salah satu dosa besar yg dah terang disebut ugama. Apa hal pun, biar aku nak tanya: Dari umor 10 tahu sampai kahwin (kalau dah kahwin), kau berani bersumpah tak pernah melancap!!!!!!! Kah kah kah hahahhahaha Sudahlah bukan aku tak tahu, budak PAS banyak kaki melancap.

Anonymous said...

...aku pilih Tuan Guru Nik Aziz je..walaupun pendidikan tak setinggi anwar namun beliau benar2 menggunakan ilmu yg dianugerahkan ALLAH utk membela nasib rakyat...
>>Pembetulan...pembetulan....anda dah kaji ke sebelum kluar statement diatas? Tuan Guru tu pendidikannya jauhhhhhh lebih tinggi dari Anuar, malah ada Master dari Al-Azhar lagi incik...tau2 jelah Master dari Azhar...blajar kat sana kalau IQ tak cukup tinggi takleh naik tahun...IQ tinggi kerana setiap nak naik tahun semesta kena hafal at least 2 juzuk quran...kan hanya yg IQ tinggi yang mampu....tapi ya lah sebab sekarang ni orang lulusan agama ni dipandang macam tak pandai kerana mau tak mau ngaku kebanyakan kita "taking our faith and Ilah to other worldly things instead to Allah the Almighty" (i.e. Sekular nak mampus).

Anonymous said...

kepada the voice...

kesian... ko suruh org jgn berperangai budak2...
tapi ko pun sama...
sudahlah, ko ni ibarat baling batu sembunyi tgn...
setakat ada blog sendiri...apa sangat...

ko pergi cium punggung najib tu....
pergi la...

Anonymous said...

the voice....

Nak back-up najib plak...pirahhh....kalo najib tu tak jadi TPM lagi bagus sistem pentadbiran negara kita...buat membazir je bayar gaji najib..dia mkn gaji buta je sambil2 tu rompak duit rakyat...cuba ko bagi aku 3 kejayaan atau pencapaian Najib selama dia jadi menteri dan TPM....haaa jawab voice

A Voice said...

Najib tak kasi aku apa2 pun. Dulu Nazir present proposal dalam Board room aku, pun aku undi untuk reject. Aku tak kaya defend dia dan tak miskin.

Orang baghal kalau aku tulis hebat2, bukan paham. Kena belasah dan layan macam budak2. Yg belasah aku pun pakai annoymous. Pakai nic pun takut... belum lagi nama sebenar. Podahlah budak2 hingus.

Nampak sangat komplot nak menjatuhkan Najib utk kepentingan Khairy dan Anwar. Ini semua budak hingus yg tak nampak.

Ikan kepala dulu busok. Potonglah kepala. Sekarang ni yg busok Dol, potonglah. Kasi Najib punya giliran.

Kalau dia silap, kita tegur. Kalau ditegur, dia biadap dan hentam penegur, kita gugurkan dia.

Semua diberi peluang dan diberi kesetiaan. Dalam kesetiaan kita, kita ada hak untuk menegur. Kalau kita tegur, biar secara tertutup dan positive engagement. Tapi kalau tertutup dia buat biadap dan nafi dan menjejaskan negara (walaupun evidencec dah berbakul macam dol dgn Khairy), kena di tegur secara terbuka dan dia kena jawab terbuka.

Betul tak Sang Kelembai? Jawab jangan tak.

Anonymous said...

skrg ni aku rasa rakyat bukan nak dengar isu komplot nak jatuhkan najib ke paklah ke atau siapapun...persoalan skrg ialah kerajaan pimpinan UMNO yg semakin kurang ajar menipu rakyat....semakin terang-terangan memperbodohkan rakyat...

bagaimana pula rakyat perlu memperbodohkan pemimpin2 UMNO itu..sudah tentulah dgn memangkah BA...hahahaha siaplah nanti.

Anonymous said...

A voice

ko duduk dah dekat dgn adik najib si nazir tu pun ko nak nafikan najib tu kaki betina...ALLAH dah tunjuk kekuasaannya kes Altantuya tu beb...takkan ko tak tahu langsung pasal perangai buruk najib....mustahil

skrg aku bukan nak campur komplot nak jatuhkan najib ke apa ke...KJ nak komplot dgn Anwar ke apa ke aku taknak campur....sape yg budak hingusan ni sebenarnya...

matlamat aku satu...agar pilihanraya akan dtg ni Pak lah,Najib,KJ dan kroni2 semua tersungkur....kalau diorg stay lagi dlm kerajaan biarlah diorg tak senang duduk mcm skrg...biar pembangkang ramai dlm parlimen....itu harapan aku...Hidup BA

Anonymous said...

A voice

sedap mulut ko ckp org lain baghal...ko tak tau ke ko lebih baghal sbb tak tau perangai buruk najib tu...satu malaya dah tahu pun ko masih tak tahu...mcm katak bawah tempurung la ko ni Voice...

reject nazir punya proposal konon...mcm hebat je bunyi...tapi tak hebat pun....cerita ko je nampak mcm hebat...tapi pengisian kosong beb...perasan tulis hebat2...kalo ko hebat sgt beri komen takkan sampai tak tahu apa aktiviti kegemaran najib...apa yg hebat aku pun tak tau....

hahaha jgn marah aaaa...memang betul pun...kan dah kena baghal...lain kali jgn ckp org baghal kerana akhirnya yg berckp tu lebih baghal..

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia