Rakyat yang prihatin pasti akan mengingati tarikh 8hb Februari. Tarikh itu merujuk kepada hari kelahiran Almarhum Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj, Presiden Kedua UMNO dan Ketua Menteri bagi Malaya dan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian dikenali sebagai Malaysia. Jika beliau masih hidup usianya hari ini ialah 103 tahun.
Adalah malang bagi Malaysia kerana tidak membina rakyat yang menjunjung pemimpin, kerana ada masanya kita rasa cemburu melihat di kaca TV, tersiar berita pemimpin negara lain yang bertemu dengan Perdana Menteri mereka dan terpampang di dinding pejabat Perdana Menteri atau Presiden gambar atau photo kepimpinan kemerdekaan negara mereka.
Di India akan kita lihat gambar Mathama Ghandi dan Jawaral Nehru masih terpampang di mana-mana, begitu juga di Pakistan, gambar Mohamad Ali Jinnnah masih bergantung di ruang tamu pejabat Presiden dan di Indonesia, walaupun Ir Soekarno membuat sejarah hitam di Indonesia, gambarnya masih di pamirkan sebagai negarawan negara itu. Ini belum termasuk lagi di Mesir dengan Gamel Abd Nasir, Turki dengan Mustafa Kemal Pasha atau Atatuk. Di Amerika dengan George Washington, di Perancis dengan Napoleon Bonaparte, malah terakhirnya di Afrika Selatan, gambar Nelson Mandela yang masih lagi terlekat di dinding pejabat-pejabat kerajaan.
Berbeza di Malaysia, gambar pemimpin mereka hanya layak digantung dalam memorial atau muzium sahaja dan kalau ada sedikit penghargaan, ianya hanya akan digantung dalam bilik Mesyuarat Kementerian. Bila RTM atau akronim jenakanya Rehat Tidur Makan, setiap malam mengeluarkan visual Tunku dan generasi ke empat Malaysia maka akan terpinga-pinga generasi tersebut kerana kisah Tunku hanya ada sewaktu meraikan hari kemerdekaan tetapi tidak sebagai satu lambang sejarah yang perlu disanjung dan dihormati.
Dahulu selepas Peristiwa 13 Mei 1969, pernah di isytiharkan iaitu 8hb Februari setiap tahun sebagai Hari Perpaduan. Malangnya kini Almarhum Tunku dan jasanya hanya di ingat oleh kerajaan waktu bermusim. Itu Tunku yang kononnya meninggal dunia di luar UMNO yang mana hakikat sebenarnya UMNO diharamkan dan beliau tidak memohon menjadi ahli UMNO sebaliknya dilarang menyertai UMNO. Tunku tidak pernah meninggalkan UMNO dan Tunku mungkin kekal dalam UMNO jika tidak kerana UMNO diharamkan oleh Mahkamah satelah 11 orang bertindak membawa kes UMNO ke mahkamah atas nasihat dan sokongan dari Team B khasnya dari Presiden UMNO dan Setiausaha Agung UMNO yang ada sekarang ini.
Kalau diteliti banyak tarikh - tarikh turut digelapkan dan dilupakan dalam sejarah. Ada juga pemilihan sesuatu tarikh sebagai hari yang mempunyai ikatan sejarah yang tidak jelas atau tidak diketahui orang. Sebagai contoh Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1hb Februari setiap tahun. Kenapa tarikh itu dipilih? Ini adalah kerana pada tarikh itulah negeri-negeri Tanah Melayu bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union. Sebenarnya banyak tarikh-tarikh sejarah ini sudah dilupakan.
Hari ini isu perbincangan orang-orang politik khasnya orang UMNO hanya sekitar soal projek dan tender dan akhir - akhir ini topik bualan dari kaki lima sampailah ke Hotel tujuh bintang adalah al kisah Perdana Menteri Malaysia yang kelima ini mahu berkahwin lagi. Banyaklah cerita-cerita timbul yang tidak diketahui dari mana sumbernya.
Yang menarik mengenai lekaki tua yang berusia 67 tahun ini, yang telah memperlecehkan orang berusia 21 tahun yang bertanding bebas di PRU Batu Talam dan menuduhnya sebagai mentah dan berhingus tetapi dalam bab hajat batin beliau sama pula dengan budak yang berusia 21 tahun, yang baru merasa atau mencuba nikmatnya hubungan badan.
Ini mungkin ajaran Islam Hadhari atau yang ada had dan ada harinya. Khabarnya ada empat calon yang sudah menjadi perbualan. Calon pertama seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas sebagai KSU Kementerian, kebetulan adik ipar kepada rakan karib Imam Besar Islam Hadhari ini yang sekarang menjadi Yang Di Pertua Negeri. Seorang lagi juga adik ipar kepada seorang Menteri Besar tetapi khabarnya kerana dia seorang doktor, maka awal awal telah menolaknya kerana mungkin bimbang soal calon suaminya yang memerlukan pakai lampin (pampers) itu. Dan yang terakhirnya calon isteri Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan sajak Mencari Damai Abadi, sebenarnya sudah berada di dalam komplek Seri Perdana di Putrajaya.
Khabar cerita dari mulut ke mulut bahawa wanita yang bertuah ini terpilih kerana ada wasiat dari bekas isteri Perdana Menteri ke lima ini yang terhebat dan terbesar jasanya kepada UMNO sehingga satu dewan di Ibu Pejabat UMNO dinamakan sempena namanya supaya berkahwin dengan wanita ini. Tambahan pula wanita pilihan pengganti isterinya ini adalah janda adik iparnya dan bagi Imam Besar ini dahulunya dipanggil biras.
Wanita ini lah sekarang yang masuk "final list" disamping kekasih lamanya yang bernama Hamidah. Seperti mana kita maklum, Imam Besar Islam Hadhari ini amat takut dengan isterinya dan setelah isterinya meninggal, dia lagi bertambah takut. Wanita ini khabarnya bertugas sebagai "Hometaker" di kediaman rasmi Perdana Menteri tetapi jika dia kerja di Hotel jawatan itu adalah jawatan " Housekeeping" dan masa dulu kerja-kerja rumah ini, kalau ada orang Melayu atau Cina berkerja di rumah orang putih untuk tugas membasuh baju, kemaskan bilik, siapkan makanan akan dipanggil "amah". Jika rumah orang Melayu pula banyak gelarannya, ada dipanggil "orang gaji" atau "babu" dan hari ini sudah di gred dengan panggilan samada "servant" atau "pembantu rumah".
Apa pun sekiranya Abdullah Ahmad ini bernikah bayangkanlah apa yang akan terjadi dengan Rosmah Mansor yang terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi Bakti kerana amalannya isteri Perdana Menteri akan menjadi Pengerusi, maka beramai-ramai isteri Menteri dan Timbalan Menteri yang ada sekarang ini berketuakan orang gaji.
Bagaimana pun eloklah Perdana Menteri kita ini berkahwin. Sebagai seorang yang kononnya tahu agama, pastilah dia tahu salah untuk membenarkan sesaorang yang tidak mempunyai hubungan keluarga dengannya tinggal serumah dan sebumbung kerana kesemua saudara sebelah isteri sudah meninggal dunia atau bercerai dan tidak ada lagi hubungan apa-apa kecuali keluarga disebelah lelaki sendiri.
Lagi pun akan berlakulah macam filem Nujum Pak Belalang dalam soalan yang mempertaruhkan negeri dan kerajaan ia itu... "banyak-banyak" memang banyak orang kematian isteri. Sikit-sikit, memang sikit orang yang akan berkahwin dengan adik bekas isterinya untuk kepentingannya dan akhirnya jarang-jarang, maka Imam Besar Islam Hadhari akan mencipta rekod Malaysia dalan Guinnes Book Rekod bila berkahwin dengan janda adik iparnya dan adik iparnya pula masih hidup.
Sama-samalah kita mendoakan semoga aman bahagia dan selamat berbulan madu sama ada di kapal layar yang mewah atau dengan jet eksekutif yang baru itu. Akhirnya cinta Mencari Damai Abadi tidak seperti Shah Jehan.
Sang Kelembai: Jika di kampong, jika terdapat salah laku masyarakat seperti bersekedudukan dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum syarak, jika tidak ditegur atau di ambil tindakan, akan tiba bencana atas kampong itu, tetapi bagi sebuah negara, jika pemimpin sudah menyimpang adakah negara terpaksa menanggung bala atas perbuatannnya seperti banjir baru-baru ini?
16 comments:
Sebenarnya memang lumrah jika seorang duda mahu berkahwin lagi...aku tak brp kisah sgt pasal paklah nak kahwin ni...dgn siapa dia nak kahwin pun itu lantak dia....yg penting muhasabah diri itu utk mengubah corak kepimpinan....nampak gayanya tumpuan beliau skrg sudah tentu kpd bakal isterinya dan bukan kpd pentadbiran negara....mungkin KJ ckp pada pak bodolah "takpelah abah soal negara biar sy uruskan"..kata KJ...hahahaha...matilah kita beb...
Brader, biarlah dia nak kahwin dengan siapa pun. Tak payah di kritik peribadi.
Mudah2an apabila Dolah dah kahwin, hilanglah lendir2 dalam badan, berjalanlah perjalanan darahnya. Sihat dan tak tidur tengah majlis.
BIla darah ke otak berjalan, rajinlah sikit utk dia membaca fail yg berkumpul sampaai seminggu tak di sign....
Hai ...Masa Tun tak ada KIV file...hari tu dah selesai ke out tray. Tak payah tubuh PEMUDAH untuk buat kerja utk Dolah.
Your last article referred quote:
Apa yang jelas insiden ini "memberi pertunjuk bahawa orang UMNO dan Melayu sudah tidak ada harapan untuk bergantung kepada pewaris keluarga Tun Razak Hussein dalam menentukan untung nasib orang Melayu.
PEMBETULAN"
"memberi petunjuk bahawa ORANG MELAYU TIDAK ADA HARAPAN UNTUK BERGANTUNG KEPADA UMNO dalam menentukan untung nasib orang melayu" PERIOD..
Bab orang tua miang ni jelas: tengoklah tangan dia raba bahu pompuan tu tapi muka tengok kat lain. Muka slumberland, tangan merayap.. Boleh percaya ke orang macam ni.Tuhan nak tunjuk tapi para pengampu tak mau terima kenyataan gak..
terima lah padah nya
Orang yang persendakan Islam konon sebagai teras kepimpinan nya akan dibayar cash oleh Allah SWT atas dunia ni denagan aib yg besar.. contoh ..Anuwa
Jadi sama sama kita tunggu dan lihat aib apa yang dia akan terima Insya Allah
ZAM-How dare you
Zainuddin Maidin mula menggunakan bakat semulajadinya sebagai batu api dalam krisis AAB dan Dr M.Dengan penayangan semula filem klasik wawancara TAR setiap malam semasa slot berita nasional.Tiada apa yg membawa manafaat kpd rakyat melainkan kisah2 nostalgia TAR,dan tidak menghairankan kerana itulah wawasan AAB utk membawa negara berpatah balik kebelakang dgn kisah2 nostalgia dan penglibur lara,sebab itulah sungai tempat mandiannya semasa zaman kanak2 pun menjadi menjadi tajuk besar diakhbar2.
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/
Assalamualaikum-Pasal Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari (IAHAH) nak kahwin baru-BAGUSLAH. Kita pun camtu jugak kalau dah kematian isteri tersayang-mesti cari pengganti kalau ada yg berminat.
Mintak2lah bakal isterinya tu boleh membimbing Imam Besar IAHAH ni ke jalan yang lurus dan benar-takdelah asyik meraban tak tentu arah tak tentu pasal sampai benda yg betul pun dikatakan tak betul.
Cuma dikhuatirkan bakal isterinya itu adalah calon pilihan KJ atau KJ yang tolong pilihkan almaklumlah dah peringkat penghujung umur ni takkanlah nak tunjuk gatal/miang teramat-mestilah melalui orang tengah.
Kalau betul-alamat makin naik tocang dan bermaharajalela sakanlah KJ sebab Imam Besar IAHAH ni kan dah terbukti takut kat bini. Makin bertambah banyaklah khazanah simpanan KJ dan kuncu2nya-sampai tak habis 7 keturunan. TDM pun dah cakap, hasil dari penggabungan 3 syarikat perladangan aje akan ada orang yang akan mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM200juta.
Kita2 ni kerja sampai tua pun pendapatan kita tak tentu lagi dapat cecah RM1 juta. Takpelah asal kita dapat rezeki yg halal. Bahagia hidup di dunia dan akhirat.
Wassalam.
Kawin la cepat2 PM, biar terang sikit mata tu..mudah2an nampak kawan2 lama...
The Centre for Independent Journalism is working with independent
bloggers to set up of an information clearing house and information
exchange centre. The objectives of the group are;
-.To provide information for bloggers to protect themselves against
infringements of Freedom of Expression (FOE) and to keep up-to-date with
the latest developments
-.To provide an avenue for bloggers to access information of public
interest which is not available in or sufficiently covered by the mass
media.
The information exchange will be moderated, and will work through an
e-group.
The proposed e-group will be based on the following regulations;
1. All posts have to be concerned with the public interest
2. Contributors can ask for an explanation if their post is rejected
3. The CIJ code of ethics will serve as the guidelines for publishing
postings
4. Priority will be given to issues that are not given space in the mass
media
5. Opinion will be published at the discretion of the Secretariat
"A council of elders", numbering less than 10 bloggers and comprising
among others, the group owners,will be established either by election or
appointment.
CIJ proposes the council members will serve for four years, whereby the
after two years, the post Chairman and Vice Chairman have to be filled
in by new members.
Council members can appoint successors for their respective post whereby
the list of nominees will be publicized. A candidate will be appointed
if he/she receives a majority support from the members.
Membership is by application to the group owners.
CIJ volunteers to be the Secretariat of the e-group.
For more info email waifong@cijmalaysia.org or visit
http://tech.groups.yahoo.com/group/mybloggers/
and www.cijmalaysia.org
Memang patut pon AAB cepat kahwin agar bakal wifenya tu dapat beri petunjuk kepadanya dan kembalilah mereka ke jalan yang benar. Cuma kita takut bila dia kahwin dia lupa dan makin kuat tidur pula dek kerana penangan membujang beberapa bulan.
Lantas.. dia sound kat KJ ambillah jawatan aku yang penting kau jangan kacau kantung aku. Biar tabung aku tu terus membesar seperti kandungan aku ni!
Tahniah Pak Lah kerana berjaya mengeluarkan dari UMNO beberapa "tokoh" yang tak sepatutnya berada di dalam Parti yang mulia ini. Hidup Pak Lah. Hidup UMNO. Jangan pedulikan kecaman dan hinaan dari "orang-orang bijak" kerana kami majoriti rakyat Malaysia menyokong kepimpinanmu terutamanya untuk memperbetulkan penyelewengan dan penghinaan yang telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir terhadap agama, bangsa dan Bahasa Melayu.
TDM yang juga bekas menteri Pelajaran mempunyai masa selama 22 tahun untuk memertabatkan bahasa dan budaya melayu tetapi diakhir pemerintahannya beliau memaksa anak-anak kita mendaulatkan Bahasa penjajah sedangkan salah satu dasarnya adalah untuk kita memandang ke Timur.
Saya tidak pandai hanya lulus SPM tetapi saya percaya dan yakin bahawa agama Islam yang diajar oleh datuk nenek saya, bahasa melayu dan Jawi yang diajar oleh guru-guru tua serta bidang pertanian yang disertai oleh ibu-bapa saya boleh membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat. Ikhtiar dan kepercayaan Pak Lah di dalam memberatkan usaha-usaha memajukan bidang mikroekonomi saya sanjungi. Saya juga mendoakan agar mereka yang mengkritik dan membenci Pak Lah agar sentiasa bahagia dan kita semua berada di dalam golongan orang yang benar.
Sang Kelembai
Sesungguhnya mereka mereka yang benggap dan bahalol akan terus lalai di alam kebenggapan dan ke bahalolan mereka selagi mereka tidak sedar akan ke lemahan diri mereka sendiri sebelum mereka mereka menemui alam kubur.
Si Benggap Si Hadhari dah lalai akan tanggungjawab nya ter hadap rakyat jelata serta ter hadap ALLAH swt yang Esa, Satu dan Maha Agung.
Si rakyat yang sedar akan kesilapan Si Benggap dan terus hidup di alam kebenggapan tidak akan maju selama mereka mengubah nasib mereka sendiri.
Malah bala bala besar dari ALLAH swt akan terus menimpa negara dan rakyat rakyat yang seteru dengan segala kemungkaran yang di lakukan oleh si Jahil selama ia nya menerajui rakyat....
Satu per satu bala akan datang dan pergi; dan sedar lah bangsa yang paling benggap lagi bahalol adalah bangsa pri bumi yang ke banyakan nya miskin lagi menghirup air air kopi jalanan dari tadahan tadahan tangan tangan terang terangan atau pun melalui jelingan jelingan syaitan di meja meja mesyuarat besar.
Mereka mereka ini tidak lain hanya lah menipu diri mereka sendiri selagi tidak menemui ajal kubur dan batu nesan yang tercatat pangkat pangkat moden, tidak lebih dari harga murahan ber bandingan dengan keranda keranda zaman Dinasti Ming hingga ke kini.
Amat lah merugi kan bangsa pri bumi yang hidup dan ber fikiran seperti biawak biawak jalanan yang mati ke hausan akibat ter dampar di tepi tepi lebuhraya utara selatan di musim perayaan tahun baru cina, akibat dari ke bijaksanaan bangsa dari Dinasti Ming ini...
Sedar lah... apakah pri bumi hanya layak di gelar biawak yang tiada wujud di kalendar tahunan cina. Atau adakah lebih baik menjadi khinzir khinzir beta agonist yang tak laku di pasar pasar pagi...
Bersedudukan serta zina hanya lah permainan khinzir dan biawak; dan mereka mereka yang ber sifat sedemikian tidak lain hanya lah bangkai bangkai pri bumi yang angkuh lagi bodoh.
elakkanlah cerita2 yg berbentuk prasangka buruk. blog ini akan lbh dihargai sekiranya artikel yg disiarkan mempunyai asas dan bukti yg kukuh. jgnlah kita menambah dosa yg tak pernah putus ada pd kita. buatlah kritikan atau teguran yg membina. sekian.
Abg Kelembai....byk lg isu yg boleh dibicarakan selain dari spekulasi yg belum ada kepastiannya ini. Kalau tidak betul kita berdosa dan kalau betul pun tidak ada cacat celanya malah kita patut bersama-sama mendoakan kebahagian. Harap dapat ketengahkan isu yg lebih dpt memberi manfaat kita bersama.
Biarlah dia kahwin, itu hukum alam dan hukum Allah. Yang kita nak tau siapa dia, cantikkah orangnya, mudak ke tua, dah monopause atau belum,anak siapa, apakah b/ground nya, dan banyak lagi pertanyaan yang harus kita ketahui, kerana yang nak jadi isteri bukan calang2 ..nak jadi First Lady ! Kita takut kalau2 first lady kita jadi thirst lady ! Anak2, menantu, bisan nya terima tak wanita bertuah ini? Kalau rumahtangga CEO Negara kecuh, negara pun turut harubiru! Itu sahja yang kita ingin tau sdr Sang Kelembai!Saya cadang sdr kirim pertanyaan saya ini ke tgkt 4. Kalau pembantu rumah sekali pun, saya tak kisah, kalau tua sangat pun Pak Lah tak kisah, Kalau dia nak kikis harta pon Pak Lah tak kisah (anak dan menantunya lagi dahasyat!), semuanya tak saya tak kisah, teetapi yang saya amat kisah,, mengapa tak jawab soalan2 TDM, itu aje. Sdr tulis apa pun, pak lah tak kisah !!!!!!!!
saya tak kisah, kalau kahwin lagi baik, banyak lah kisah !!!siapa orang nya, saya tak kisah. Monopause atau belum , saya tak kisah. Pembantu rumah ke, saya tak kisah. Kuat kikis harta ke, saya tak kisah (anak menantu lagi kuat, itu pon saya tak kisah). Yang amat saya kisah ialah mengapa pak lah tak kisah jawab solan2 yang masih tak terjawab!!!!!!!
Hidup PakLah? Hidup UMNO? Tapi apa yg aku nampak, dengar dan nilai ialah Malaysia ni cuma nampak kerajaan 3 beranak saje. Yg lain tu interframe saje! Bukan semua orang menyokong PakLah bodo ni sebab kalau tak dinilai betul-betul, takkan nampak kelemahan dan kebodohan Imam Besar ni. Sebab tu aku peduli ape si bodo ni nak kahwin ke, nak ape ke, sebab kalau dia jadi kahwin pun, tapi masih menyusahkan, membebankan dan berlaku kejam pade rakyat, takde maknenye!
Tak tau lah apa nak jadi dengan orang melayu @ orang malaysia kedepan ni.Ada pemimpim pun jenis menkedarhah untuk membuncit perut sendiri.
Post a Comment