Thursday, January 18, 2007

Melahirkan Rakyat Pembayar Hutang


Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia merangkap Imam Besar Islam Hadhari yang boleh dibodohkan oleh anak dan menantu, sudah pergi melawat banjir dengan baju sportnya, macam dia naik Cobra King dan berangan dia di Laut Mediterranean . Dahulunya Tun Razak, Tun Hussein dan pernah juga Tun Mahathir melawat banjir dengan memakai baju hujan kerana mereka melawat sewaktu hujan masih turun. Mengikut orang yang baru pulang dari Jakarta, bila Presiden Indonesia Susilo Bambang Yohdyuno (SBY) nak ke mesyuarat peringkat Ketua Kerajaan Asean Cebu di Filipina, dia berkata "saya mohon izin dari rakyat Indonesia untuk mesyuarat peringkat tinggi Asean di Cebu dan akan pulang segera sebaik sahaja sidang itu berakhir kerana saya mahu bersama dengan kesedihan rakyat"

Apakah kesedihan rakyat Indonesia tersebut? Kesedihannya adalah kerana karamnya sebuah feri yang mengakibatkan hampir 450 orang menjadi mangsa dan kehilangan pesawat Adam Air yang dijangka kematian semua penumpangnya. Keseluruhan mangsa tidak sampai seribu orang. Tetapi di Malaysia di waktu puncak banjir menyerang, setelah melebihi 100 ribu orang dipindahkan, Abdullah Hj Ahmad ketika banjir pertama melanda dia sedang bersukaria bercuti di Perth, Australia dan dengar khabar makan sedap di kedai nasi kandar milik adiknya.

Setelah itu apabila banjir kedua melanda dia boleh berada di Cebu walaupun Mesyuarat sudah berakhir dan hanya tinggal mesyuarat peringkat pegawai sahaja. Agaknya dia sedang hendak berehat lagi dengan memancing ikan dan tidur. Apa malangnya Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedemikian rupa. Kemudian rakyat Malaysia dikejutkan dengan peranan dia melalui Setiausaha Politiknya dalam skandal kewangan yang terbesar pada abad ini bila Perdana Menteri mempersetujui untuk membuat pinjaman kewangan bagi tujuan pembangunan dan khabarnya untuk membiayai RMK 9 yang lebih merupakan Rancangan memperkayakan Kroni.

Sudah sewajarnya bertuahlah Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam masyarakat yang kurang peka mengenai hak mereka sebagai warga negara. Sebenarnya isu tersebut boleh membawa padah sekiranya Abdullah Hj Ahmad menjadi Perdana Menteri di Jepun kerana Dewan Parlimen Jepun pasti memecat beliau dari terus menjadi Perdana Menteri kerana insiden sebegini.

Tidakkah dia tahu bahawa Perlembagaan Malaysia dengan jelas melarang sebarang pinjaman luar negeri tanpa melalui proses dan peruntukkan perundangan. Perbuatan pejabat Abdullah Hj Ahmad menulis surat kepada pejabat Gabenor Bank Negara Malaysia dan memberi sokongan untuk kemasukan pinjaman USD 50 billion melalui syarikat swasta boleh memerangkap negera ini ke arah kemiskinan tegar setelah rakyatnya sudah dikenali berada dalam paras kemiskinan.

Itulah akibatnya bila dia bergantung kepada seorang Ketua Penerangan UMNO yang jawapannya mengenai isu pemulauan pilihanraya di Batu Talam, Raub adalah, "Apakah Pas akan memulaukan pilihanraya kecil di Kelantan jika ada kematian? Satu jawapan yang taraf ahli UMNO Cawangan pun tidak akan berkata demikian. UMNO tidak mengetahui kesan yang bakal menimpa terhadap pemulauan parti lawan Barisan Nasional di persada antarabangsa.

Setelah 50 tahun kita merdeka, akhirnya demokrasi "westminister" yang beracuankan British akhirnya dicabar oleh parti PAS dan PKR. Mengikut satu website yang mengkaji tahap kedudukan demokrasi antarabangsa, Malaysia menduduki ranking 91 daripada 150 negara, yang mana jumlah ahli PBB sudah sampai ke 192 negara. Maka wajar pemimpin UMNO macam yang dikatakan oleh P Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok bila ditanya tulisan jawi yang sepatutnya berbunyi UMNO, disebut oleh P. Ramlee sebagai "sarkas".

Jika pemimpin UMNO ini jenis cerdik dan mempunyai latarbelakang akademik yang hebat sudah tentu jawapan atau komennya terhadap tindakan PAS dan PKR memulaukan pilihanraya itu terlalu mudah. Jawapan yang boleh diberikan adalah "Pas yang berasaskan Islam tidak sepatutnya melibatkan diri dalam pilihanraya secara demokrasi bukan sahaja masa ini tetapi semenjak ditubuhkan kerana Islam menolak demokrasi sebagai acuan memilih pemimpin dan menubuhkan kerajaan". Bukankah dengan kenyataan sebegini akan memberi jawapan dan kefahaman kepada rakyat yang tidak memahaminya. Ini adalah hakikat dan jika tidak mengetahui atau tidak jelas tanyalah Mufti Perlis yang muda atau tanya Mufti yang tua macam Mufti Johor sama ada benar atau tidak bahawa demokrasi bukan ajaran Islam.

Itu sebab di Arab Saudi selagi Mekah berada di dalam negaranya, tidak akan ada demokrasi atau parti politik ditubuhkan di sana. Kesimpulannya jika rakyat Arab Saudi mahukan demokrasi, pindahkanlah Mekah ke lain negeri. Islam ada caranya untuk mencari pemimpin dan menubuhkan kerajaan. Islam menolak demokrasi kerana ianya adalah satu pembohongan semata-mata. Yang terpenting adalah penyertaan rakyat.

Persoalannya sebanyak mana rakyat yang akil baligh atau sudah dewasa terlibat dalam menentukan nasib negara melalui pilihanraya? Jika di Parlimen Bandar Tun Razak terdapat hampir 150 ribu dewasa dan yang berdaftar sebagai pemilih berjumlah 60 ribu dan yang keluar mengundi hanya 35 ribu orang, maka bolehkah di ambil kesimpulan bahawa wakil rakyat itu benar-benar mewakili rakyat dengan hanya sekadar mendapat sokongan sejumlah 30% dari penduduk disana?

Fakta ini perlu dipertimbangkan oleh Abdullah Hj Ahmad daripada dia tidur dan memancing ikan, lebih baik dia membaca dan buat kajian. Adakah dia merasakan bahawa dia terlampau selesa setelah dia mendapat mandat besar 2/3 di Parlimen? Kalau dia rasakan itu cukup baik cuba bandingkan jumlah rakyat yang dewasa, pengundi dan jumlah sokongan kepada parti-parti Barisan Nasional. Bacalah laporan pilihanraya Umum yang ke 11, apa konklusi sebenarnya? Itu sebab dia bermatian - matian membawa mazhab Islam Hadhari kerana dia menggaji Al Quran dia tidak akan terjumpa ayat-ayat kebanggaaan sistem demokrasi.

Eloklah dia baca balik Puisi "Mencari Damai Abadi" dan mencari realitinya. Akhirnya dalam keadaan banjir di Johor dan negari lain berlaku , Menteri Kewangan boleh mengatakan ini tidak ada kesan terhadap ekonomi. Penjelasan ini membuat rakyat bertambah keliru akan ukuran yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad kerana setiap hari diumumkan akan perbelanjaan kerajaan bagi membantu mangsa banjir termasuk menghapuskan hutang Mara, pembaikan infrastruktur dan wang tunai yang diberikan belum termasuk kos logistik makanan dan bantuan material yang lain. Adakah itu tidak memberi kesan kepada kewangan kerajaan dan ditambah pula kesan akibat beberapa banyak kilang yang terpaksa ditutup sehingga memgurangkan peluang pekerjaan.

Tapi semua jangan hairan kerana Abdullah Hj Ahmad membuat keputusan samada waktu memancing atau sedang tidur. Itu sebab dia memberikan sokongan untuk negara meminjam wang dan diserapkan ke 25 Bank bagi menampong perbelanjaan RMK 9 (Rancangan Memperkayakan Kroni yang terdiri dari anak dan menantu)

Sang Kelembai
: Sistem Ekonomi Abdullah Hj Ahmad yang dibantu oleh menantunya Khairy Jamaluddin ialah sistem membantu sepupu menantu macam Hanif Aziz dan Ramziah Arshad yang jadi AP King, Shahaziman Abu Mansor yang jadi Timbalan Menteri kerana keempat orang itu datok mereka semuanya sama bernama Abu Bakar. Maka ditanya orang tak kan dia orang yang dapat AP yang bernilai ratusan juta ringgit tak boleh hantar sekampit dua beras ke rumah Nori dan Khairy kerana periuk nasi mereka dah dimasukkan pasir oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Logik ke mereka ini tidak membantu Khairy dan Nori sekiranya periuk nasi mereka pupus dan lupus ?

13 comments:

Anonymous said...

Sang Kelembai yang dihormati,

Harapan saya agar Tuan dapat melakukan apa yang terbaik di dalam mengutarakan apa yang terbaik di dalam kita mengelakkan negara menjadi miskin dibebani hutang luar negara. Saya nampak hala tuju pemimpin sekarang dah kacau bilau dan Malaysia dah belayar tanpa tujuan, terbang tanpa petunjuk.

Pemimpin dah bacul tiada "telur" sentiasa menjadi penjilat demi memperkayakan perut sendiri. Yang saya nampak, harga barangan akan terus naik kerana pengurangan subsidi itu dan ini akibat membayar hutang negara.

Adakah pasti bantuan Rancangan Memperkayakan Kroni sampai ke tangan rakyat? Pastinya TIDAK kerana sejarah pengagihan bantuan mangsa tsunami & banjir di Utara telah membuktikan senarionya.

Saya hairan kenapa maruah pemimpin sekarang cukup rendah daripada penagih dadah. Sanggup mengadai martabat yang ditinggikan oleh pemimpin dulu semata-mata kerana duit.

Adakah kerana mereka telah lupa asal usul? Memang betul kata Tun "Melayu Mudah Lupa". Saya tambah sedikit "Melayu sudah Murah". Lebih murah dari harga seorang pemuas nafsu di Lorong Haji Taib....

Yang pastinya, marilah sama-sama kita memberi message melalui pilihanraya akan datang kecualilah anda semua begitu murah untuk dibeli dengan harga yang rendah. Kembalikan kegemilangan UMNO yg dulu.

Sekian.

Orang Tanjung

AC said...

Assalamualaikumk w.b.r

Saya memang mengikuti perkembangan blog tuan. Apa yang ingin saya komen di sini agar tuan tidak mengaitkan kota suci Mekah samaada directyly or indirectly dalam tulisan tuan....

Anonymous said...

Sang Kelembai

Dan percayai lah, sesungguhnya setiap manusia manusia itu datang dengan akal fikiran (otak) dan bersifat manusia; ada juga yang benggap se benggap si Ketua Agama Islam Ada-Had Ada-Hari. Dan percayai lah bahawa mereka mereka yang sekutu dengan nya itu adalah lebih buruk sifatnya dari khinzir khinzir yang di cipta oleh ALLAH swt.

Untuk Renungan Bila.... sebelum masuk alam kubur!

Si mamat Ada-Had Ada Hari ini dah lah Benggap lagi Bahalol, masa kan ia akan mengikut ajaran Al Quran dan Sunnah bila dia straight mengumumkan Islam Versi (Version) baru...Versi 2.0!

Kegilaan wang, dan tamak haloba dalam mengumpul harta harta dunia, dari Nasi Kandar yang boleh menjadi "Taq-ik" hingga kan kayu-kayu jati yang boleh menjadi "Cobra King" - Kepala Otak Dia!

Rakyat di Johor takda beras dan minuman bersih untuk hidup, ini gilakan tengok tengok enjoy habis kan duit pembayar cukai dan rakyat... mereka mereka ini lah bermuka keji lagi hina, se hina muka mereka sendiri!

Kalau di renungi bersama, dapat di perhatikan bahawa mereka mereka yang bersifat khinzir khinzir liar ber muka kan kasar dan tidak berseri... rata rata kasar dok jalan raya selepas banjir bah besar dengan lopak lopak di sana sini; hitam macam beruk dan ber perangai beruk hitam ala zoo tingkat empat...

sesungguhnya rakyat rakyat bengap juga akan di per salah kan di hari khiamat kerana memilih ketua ketua yangt ber bau busuk lagi membusuk kan atau "Shit!"....

Batu Talam tidak lain hanya lah tempat monyet monyet menyerbu pisang pisang ber taburan untuk makanan khinzir khinzir liar; sesungguhnya mereka mereka yang gagal ber fikiran dan ber sifat manusia akan menjadi binatang.....

Apakan umat umat melayu akan bersifat kan khinzir, monyet, atau manusia di akhir zaman ini... dapat lah di perhatikan di waktu ke hadiran dajal dajal moden di abad ke 21 yang kita harungi sekarang ini.

Sedarlah......

Anonymous said...

Orang tua itu masukkan pasir keperiuk nasi sipolan.
Orang tua itu juga yang berikan kawah untuk sipolan berkhenduri?

Anonymous said...

Itu Najib tak guna ada cakap calon bebas kat Bukit Talam ditaja oleh parti pembangkang. Tapi dia juga yang bodo sebab cakap tak ada bukti. Nak memperbodohkan rakyat tapi dia sendiri yang bangang! Nampak sangat orang-orang UMNO tak ada ilmu bercakap macam budak sekolah rendah! Aku tak heranlah kalau Imam besar ada hari ada had tu nak melahirkan rakyat pembayar hutang, sebabnya sekarang ni pun rakyat berhutang secara sah atau tak sah, ada masanya nyawa pun boleh melayang kerana nak meneruskan hidup di bumi Malaysia ni. Harga barang meningkat, harga petrol dah naik, harga tol pun dah naik tapi yang tak naik ialah gaji, masih di takuk lama. Lainlah orang atasan yang tak sedar diri sebab banyak makan suap berjuta dan berbilion ringgit. UMNO ingat dia bolehlah memperbodohkan rakyat tapi tanpa sedar atau tidak, UMNO yang bodoh!

ghostrider said...

Dana RMK9 -Betapa Pandai Pak Bodolah mengurus kewangan Negara

Fakta Pinjaman:

Jumlah Pinjaman:
USD 50,000,000,000

Tujuan:
Pelaburan dalam Pelbagai Projek Infrastruktur

Jangkamasa:
10 Tahun (Masuk RMK11 baru habis bayar)

Faedah:
2.88% - 3.5%

Transaction Undertake:
B&G Credit International (S'pore) Pte Ltd.

Pemberi Pinjaman:
Gabungan 25 Bank Singapore

Surat dari Pejabat Menteri Kewangan kepada Dato Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor BNM.
Surat 1 - muka 1 muka 2

Surat dari ASASATU Sdn Bhd kepada Menteri Kewangan.
Surat 2 - muka 1 muka 2

Surat dari Project Equity Services Group Kepada Gabenor Bank Negara Malaysia.
Surat 3 - muka 1 muka 2


Syarikat perunding dana untuk RMK9 Malaysia
ASASATU TECHNOLOGY SDN BHD

Pengurus Dana
UNION FINANCIAL SERVICES CORPORATION (Project Equity Services Group)

Kedua-dua merupakan syarikat yang sudah dalam proses gulung tikar dan 'deregistered' dapat nyawa RMK9

Baca seterusnya dlm...
http://mambau.blogdrive.com/

utk maklumat terperinci

Anonymous said...

Assalamualaikum-Alkisah Hikayat Hairan Bin Teramat Pelik-sebelum ni Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari sibuk mencanangkan ke seluruh negara bahawa Malaysia mempunyai cukup wang untuk menjayakan RMK9.
Kerajaan juga telah menjalankan amalan berjimat cermat untuk mengurangkan defisit dan oleh itu banyak projek semasa TDM dibatalkan.TDM juga diperlekehkan dan dikatakan telah meninggalkan sebuah Kerajaan yang tidak lagi berduit.

Kalau betul seperti didakwa dan dikata oleh Imam Besar tersebut langkah berjimat cermat alah setu langkah yang baik kerana tak payahlah negara kita meminjam dan menjadi pembayar hutang sepanjang masa.

Selepas pergi bercuti lama di Australia ... tiba-tiba timbul pulak cerita Imam Besar tersebut bersetuju supaya negara meminjam dengan bank kewangan yang berpusat di Singapura sebanyak USD50Billion.

Apa nak jadilah dengan Imam Besar yang sebenarnya tidak patut dipanggil Imam Besar kerana yang sebenarnya patut dipanggil sebagai "Lanun Besar".

Apa jadi dengan pelaburan wang rakyat yang dibuat oleh Khazanah Malaysia yang diterajui oleh orang luar (bukan lagi pegawai Kerajaan seperti dahulu).

Dicadangkan supaya Ahli Parlimen semua supaya tidak menjadi Pak Turut "Lanun Besar" tersebut-usulkanlah penubuhan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelaburan yang telah dibuat oleh Khazanah Malaysia. Juga untuk menyiasat kenapa perlunya pinjaman USD50Billion tersebut dibuat.

Ini kerana selepas Kerajaan telah mengambil langkah berjimat cermat seperti kata "Lanun Besar" tersebut, kenapa negara masih perlu meminjam USD50Billion.

Takkan "Lanun Besar" tak tahu-Jabatan Kerajaan yang ingin mendapatkan tambahan peruntukan perbelanjaan pun mesti memberikan justifikasi. Apatahlah lagi pinjaman sebesar ini lagilah teramat mesti kepada justifikasi dan justifikasinya mestilah teramat kukuh sehingga mewajarkan kepada pinjaman sebesar itu. Atau mungkin kerana keuntungan yang akan diperolehi daripada orang tengah yang mengaturkan pinjaman tersebut AMATLAH BESAR sehinggakan tidak perlu lagi kepada justifikasi.

Persoalannya lagi kenapa perlu kepada orang tengah (sebuah syarikat dari Permatang Pauh yang sedang dalam proses penggulungan)-kenapa tidak buat rundingan terus supaya tiada komisen perlu diberikan kepada orang tengah dan jumlah pinjaman penuh dapat digunakan oleh negara. Persoalan ini saya rasa mustahil dapat dijawab tepat oleh "Lanun Besar" tersebut oleh kerana keuntungan yang bakal diperolehi untuk memenuhkan khazanah keluarga juga amat besar.

Sekiranya penggabungan tiga syarikat korporat perladangan adalah untuk memantapkan lagi ekonomi negara-kenapa perlu lagi meminjam, jumlah USD50Billion tu bukanlah kecik anak-kalaulah ia betul menjadi kenyataan-pengganti "Lanun Besar" lepas ni mesti tak cukup tidur dan tiada masa untuk pergi bercuti kerana memikirkan bagaimana nak melunaskan hutang tersebut. Akhirnya negara kita tergadai dan pada masa yang sama "Lanun Besar" tersebut bersama anak dan menantunya sedang bersenang lenang menaiki bot memancing di Australia.

Alhamdulillah syukur seketika apabila mendengar bahawa PNB menangguhkan untuk menandatangani perjanjian penggabungan untuk mengkaji semula beberapa perkara. Mintak-mintaklah tak jadi ...

Tup..tup...tup besoknya "Lanun Besar" tu mengeluarkan kenyataan bahawa penggabungan tersebut akan tetap dilaksanakan. Tentu besar juga keuntungan yang "Lanun Besar" tu dapat kalau tak takkan beliau beria-ia benar untuk memastikan penggabungan tersebut menjadi kenyataan.

Rasanya teramat sedih melihat tidak ada apa-apa yang boleh menghalang kerakusan "Lanun Besar" tersebut. Kalau di Indonesia, Filipina dan Thailand tentu dah lama "Lanun Besar" ni dibuang kerja dan dibicarakan atas kesalahan mengkhianat negara.

Cuma saya mengharapkan kepada TDM supaya segera mengambil tindakan janganlah tunggu sehingga tempoh yang diberikan kepada "Lanun Besar" tu untuk berubah tamat kerana "Lanun besar" tu takkan berubah kerana beliau sudah lupa asal usul dirinya dan tidak takutkan lagi azab Allah.

Demikianlah Alkisah Hikayat Hairan Bin Teramat Pelik.

Wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum-diseru kepada semua pemimpin peringkat tertinggi UMNO dan ahli MT UMNO dan juga semua Ketua Bahagian UMNO yang sedar akan kerakusan Pak Lah beserta anak dan menantunya supaya meletakkan jawatan untuk menunjukkan ketakpuasan hati.

Atau ahli MT UMNO usulkanlah undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah.

Dengan yang demikian nasib rakyat khususnya ahli UMNO terbela daripada pengkhianatan dan kerosakan yang sedang dilakukan.

Semoga segala tindakan diambil akan mendapat balasan pahala yang setimpal kerana melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan ahli UMNO khususnya.

BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Wassalam.

bigfoot jr. said...

umno tidak berdosa, tidak rasuah, tidak bodoh.....pendokong2nya sahaja yg melacurkan umno dgn pelbagai cara crooked. maaf kerana memberi pandangan sedemikian.

bujang senang said...

Sang Kelembai,

Kita semua dah sedia maklum tentang engin 3 silender PM kita tu, cuma mendapat sokongan para menteri yg kemaruk kuasa.

Beliau merupakan boneka kepada menantunya dan saya berkeyakinan ahli UMNO juga faham situasi ini.Kalaulah PAS atau Keadilan masuk sebagai calon di Batu Talam, boleh kita bayangkan syarikat yg buat envelop akan laris di beli oleh KJ.

Walaupun calon Bebas saya ingat pengundi cina akan menyokongnya termasuk penyokong2 PAS akan mengundi calon Bebas.

Yang saya berasa hairan tidakkah kerajaan berasa malu dgn kenyataan mereka berkata pihak pembangkang tidak ada modal untuk berkempen?

Kalau guna modal isu2 yg di kemukakan oleh TDM pun dah cukup power untuk merais undi ??

Anonymous said...

GE is coming closer...and Government needs to stop strong left-sided opinions as fast as possible (if they could!) from internet-savvy, potential and influential voters (we, bloggers). You know, government-controlled media couldn't do it. The failed merger couldn't do it.

It would be interesting to see the outcome of Batu Talam by-election the coming week.

Anonymous said...

Sang Kelembai,

Saya harap calon bebas itu akan menang dalam pilihanraya akan datang.

"Orang yang menghina orang lain akan menghina diri sendiri pada suatu masa kelak."

freelunch2020 said...

Hey Sang Kelembai,

I really enjoy your articles. They are very informative and educational. Tks for sharing.

But now with PM / UMNO President under-performing by far, will he be sacked from his THRONE? Or is the RM600mil enough to keep everyone happee at the expense of our beloved country?

Rgds
Freelunch 2020

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia