Friday, January 12, 2007

Pilihanraya dan Sakit Otak




Dalam sejarah dunia sekiranya mengikut apa yang ditulis oleh Samuel Huntington dalam bukunya Gelombang Ketiga Demokrasi, Malaysia berada di gelombang ketiga yang dimulai dalam tahun 1974. Dalam sejarah manusia modern telah berlaku dua gelombang demokrasi, yang dimulakan dalam tahun 1828-1926 selepas kebangkitan Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika yang turutmenumbangkan Feudalisma yang "otoritet" kepada kekuatan raja dan bangsawan-bangsawan lain sementara gelombang kedua pula pada ditahun 1943- 1962 selepas perang dunia kedua, menyaksikan terdapat negara yang demokrasi menjadi "authoritarianism".

Tidak pernah orang politik di Malaysia khasnya dalam UMNO memahami apa yang pernah dikatakan oleh Hagel, seorang ahli falasafah Jerman yang mengatakan bahawa sejarah itu merupakan pertarungan dua kekuatan, spiritual dan duniawi. Benar atau tidak teori Hagel itu tidak memerlukan jawapan tetapi yang nyata bahawa "pengaruh agama sangat kuat, ia itu ada kekuatan mesigit yang disebut kekuatan spritual menghadapi kekuatan duniawi. Kekuatan duniawi sifatnya sementara sedangkan kekuatan spritual sebaliknya.

Keputusan PAS-Parti Islam SeMalaysia dahulunya dikenali sebagai PMIP-Pan Malayan Islamic Party memulaukan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Pahang di Batu Talam, adalah seperti memecahkan telor tembelang yang tidak menjadi ayam. Dari segi tindakan PAS memboikotnya pilihanraya ianya adalah satu tindakan maksima, sudah sampai ke langit. Bagi mereka yang tidak ada asas atau belajar sains politik, terutama orang-orang UMNO/Barisan Nasional tentulah keputusan itu sebagai menunjukan satu kekuatan UMNO/Barisan Nasional dan berita gembira seperti itu adalah seakan selari dengan komen yang diberi oleh Pengerusi SPR "itu dia punya fasal" . Tetapi bagi yang faham apa erti Politik, tindakan memboikot itu sama ertinya Pas menghantar peluru berpandu ke Putrajaya, walau pun bomnya tidak nampak melutup tetapi kerosakannya amat terkesan.

Sekarang nama Malaysia tercemar, sebagai pengamal demokrasi yang Perdana Menterinya seorang Pengerusi Pertubuhan Kedua terbesar selepas PBB termasuk Pertubuhan Negara Berkecuali telah dimalukan oleh PAS. Isyarat yang dihantar oleh PAS dihantar kepada SPR sebenarnya bertujuan untuk dihantar seluruh dunia walau pun tidak memakai satelit Measat 5.

Minda orang UMNO/Barisan Nasional khasnya pemimpin selalu mengambil kira bahawa kemenangan besar dalam satu-satu pilihanraya yang mewujudkan satu kerajaan melebih majorti 50 + 1 sebagai petanda kestabilan politik. Kayu pengukur kestabilan politik sebenarnya bukan hanya kekuatan di dalam Parlimen tetapi yang penting penyertaan rakyat dalam "pesta demokrasi" itu. Ukuran sebuah negara demokrasi ialah sejauh mana rakyat terlibat seperti yang berlaku di India dan Jepun, dimana penyertaan rakyat dari jumlah penduduk yang layak mengundi ialah melebihi 65% berbanding di negara lain hanya sekadar bawah 51 peratus seperti yang pernah berlaku di Indonesia dan di Malaysia sendiri dibawah 55% rakyatnya yang layak mengambil bahagian dalam proses demokrasi, membuang undi.

Itu sebab kekuatan UMNO/Barisan Nasional tidak dipedulikan sangat oleh negara-negara maju kerana mereka amat mengetahui kualiti undi yang dapat diperolehi Barisan Nasional. Aliran pengundi di Malaysia yang membantah UMNO/Barisan Nasional pada setiap pilihanraya terus meningkat dan akhirnya semua pengkaji politik dan demokrasi sudah mendapat satu data seimbang ia itu di Malaysia kekuatan rakyat antara yang menyokong dan menentang sama banyak tetapi terdapat 18% ke 20% pengundi akan menjadi penentu. Pada tahun PRU 1999 hampir 11% pengundi memberikan sokongan kepada pembangkang sehingga menyebabkan jumlah kerusi pembangkang meningkat naik dalam dewan negeri dan dewan rakyat. Bagaimana pun ditahun 2004 terdapat 9% pengundi kembali balik didalam Barisan Nasional dan kekal pengundi yang membangkang dalam kedudukan 10% diseluruh negara yang mengurangkan popular vote Barisan Nasional.

Walau pun alasan yang diberi oleh Pas dan parti lawan BN kerana ketidakpuasan hati dengan cara SPR-Suruhanjaya PilihanRaya mengendalikan pilihanraya, akan lebih wajar lagi jika alasan itu ditujukan secara langsung kepada kerajaan sendiri sebagai campur tangan dalam urusan pilihanraya. Memang diakui banyak kelemahan Akta SPR yang tidak menunjukan bahawa organisasi itu bebas dan tidak berpihak kepada Kerajaan.

Pada tahun 1959, dalam keadaan rakyat Malaysia-dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang banyak dibawah paras buta huruf dan orang cerdik boleh dikira dengan jari, soal tersebut sudah didebatkan di Dewan Rakyat walau pun Pas mempunyai hanya ada satu kerusi berdasarkan pilihanraya 1955. Perdebatan itulah memaksa Tunku Abd Rahman Putra meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan diambil alih oleh Tun Razak.

Perletakan jawatan Tunku sebagai Perdana Menteri kemungkinan adalah kerana beliau sebagai orang yang berkelulusan undang-undang, tahu dan faham akan kesan tindakannya menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri pergi berkempen menjelang Pilihanraya Umum, bertambah pula Malaya menggunakan format British di dalam pilihanraya, dimana undang-undang Election Commision terlalu ketat.

Persoalan inilah, iaitu campur tangan kerajaan dalam satu pilihanraya, sama ada umum atau kecil perlu dipersoalkan. Sebagai contoh, perlulah dibuat undang-undang bahawa kesemua jentera kerajaan yang dibayar melalui peruntukan Dewan Rakyat dan Dewan Negeri tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri dalam kempen mana-mana pilihanraya. Itu menjadi senda gurau apabila Perintah Am terhadap pegawai kerajaan melarang mereka terlibat dalan Politik tetapi dibenarkan melibatkan diri untuk kepentingan Parti Politk. Sebagai contoh ialah Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA, Jabatan Kemajuan Masyarakat- Kemas, belum lagi termasuk pegawai Kementerian yang menjadi pegawai sokongan. Selepas pilihanraya ratusan ribu mungkin jutaan RM (ringgit Malaysia) tuntutan petugas pilihanraya yang dibuat oleh Pegawai Kerajaan yang ironisnya tugas untuk parti politik dibayar dari wang rakyat. Adilkah wang pembayar cukai digunakan untuk parti politik mengekalkan kuasa?

Campurtangan Anggota Pertabiran Awam ia itu Perdana Menteri dan sesiapa yang berkuasa bagi menentukan tarikh piliharaya telah sedia kita maklum, sehingga tarikh Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam telah diketahui lebih awal oleh UMNO/Barisan Nasional sebelum diumumkan oleh Pengerusi SPR yang lebih merupakan pengumuman "ceremony" dan sekadar memenuhi peruntukan undang-undang.

Dan pergi tanyalah Tun Dr Mahathir Mohamed, adakah tidak dia pernah memberi tahu lebih awal bila pilihanraya hendak diadakan di zaman dia menjadi Perdana Menteri dan bagaimanakah pegawai-pegawai SPR boleh hadir didalam mesyuarat- mesyuarat dengan orang-orang parti politik di Ibu Pejabat parti yang memerintah.. adilkah itu? Penulis sendiri pernah bertembong dengan orang kanan SPR di Pejabat Setiausaha Agung UMNO

Sepatutnya Parti PAS dan lain-lain Parti lawan Barisan Nasional membuat tuntutan mendesak pihak SPR membuat kenyataan tegas supaya kesemua jentera kerajaan termasuk kenderaan, pegawai kerajaan tidak dibenarkan dan dilarang berada dalam satu-satu kawasan pilihanraya dan setiap kerja-kerja pembangunan atau sebarang kenyataan yang ada unsur memancing undi seperti yang berlaku di Batu Talam sekarang harus meminta kelulusan SPR terlebih dahulu untuk memastikan keperluan Jabatan kerajaan terlibat samada untuk kepentingan awam atau dilakukan untuk kepentingan pilihanraya.

Maka kesimpulannya, pemulauan pilihanraya oleh parti lawan Barisan Nasional ini, bukan satu isyarat kepada SPR tetapi kepada dunia antarabangsa kerana sekian lama UMNO/Barisan Nasional memerentah kekuatannya dia adalah kerana kerajaan yang boleh mengawal kesemua jentera kerajaaan. Bagaimana pun parti politik yang mirip kepada macam UMNO/Barisan Nasional seperti Parti
Konggres di India dan LDP di Jepun akhirnya ditolak rakyat walau pun berjasa besar apabila tiba masanya bertukar generasi.

Mulai sekarang tuntutan rakyat mestilah menjurus supaya kerajaan jangan campur tangan dalan soal pilihanraya termasuk membetulkan semula tafsiran hak rakyat dan pemilih dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Sebenarnya adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan hakikat yang betul, bila rakyat diberi satu orang satu undi, kerana hanya mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja yang ada "satu orang satu undi" tetapi dilain tempat satu orang dua undi, berdasarkan dia mendapat dua kertas untuk mengundi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri.

Telah tiba masanya diperbetulkan bahawa setiap pengundi hanya diberi satu kertas undi jika berlaku pembubaran bersama Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Sebagai contoh bila dia mengundi di kawasan Peti Undi Seri Kota, dimana lokalitinya di Jalan Sri Permaisuri 5, dari segi Dewan Negeri bernama Salak Selatan dan Dewan Rakyatnya Bandar Tun Razak, maka secara automatik undi yang satu dikira sekali untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negeri tidak seperti sekarang kertas undi di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri diasingkan kerana terdapat setengah pemilih mengundi membahagikan mengikut citarasa kononya di Parlimen adalah untuk Barisan Nasional dan Dewan Negeri adalah parti lawan Barisan Nasional.

Sang Kelembai; Sebenarnya pengundi hantu atau pengundi pos tidak tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan, yang tertulis dalam Perlembagaan ialah jika ada orang menerima dan merawat orang-orang yang menghidap sakit otak, atau cacat otak. Kesimpulannya jika UMNO/Barisan Nasional menang dengan undi Pos atau dipanggil undi hantu sebenarnya dia menang dengan undi orang sakit otak atau cacat otak, pendek kata mereka ini pengundi orang Gila. Itu sebab UMNO/Barisan Nasional punya banyak pemimpin macam orang sakit mental dari Presidennya sampai kebawah-bawahnya termasuk setengah Menteri Besar.

15 comments:

Yaakub Bagulung said...

Salam. Tahniah. Tulisan saudara sungguh menarik dan ada pengertian bagi yang mengerti apa itu menjadi ahli partai politik. tapi sungguh malang d kalangan sarjana d menara gading Tanah Melayu ini sudah tiada setim politik asyik di cucuk hidung dan buntut. tetapi lebih parah lagi golongan yang mengaji agama telah sesat dalam membawa risalah Muhammadi SAW. Contoh terkini Sdr Asri Zainal Abidin.

kingbinjai said...

saya amat menyokong tindakan pas memboikot pilihanraya di batu talam itu. rasanya, mereka mengambil pengajaran kejadian hamas dahulu yang memboikot pilihanraya dan akhirnya membuka mata rakyat, hasilnya mereka menang.

dan satu lagi yang saya nampak melalui tindakan itu ialah ianya emmberi sindiran yang tajam kepada spr dan KERAjaan.

namun mereka seakan tidak nampak mesej yang tersembunyi. apa nak buat, orang tak berpelajaran begitulah...

elhakim said...

yes. aku setuju.
bagus..bagus...bagus.

he..he...he..

sang kelembai,

apa kata..kau kasi tegur itu pengerusi SPR biar jadi batu.

Lepas jadi batu, kau simpan jer dalam muzium seni.

semoga jadi tatapan umum sebagai lagenda bagi lambaian sejarah Malaysia silam bagi generasi-generasi yang mendatang jika Qiamat hakiki masih belum menjelang.

he..he.. kredit untuk kau.

Anonymous said...

Sang Kelembai

masa kan si benggap Ketua Agama Islam Ada-Had Ada-Hari itu akan membiarkan parti PAS menerajui batu talam, mahu pun negara walaupun ia menang general election 2008/2009 nanti...

percayailah bahawa setan setan yang mengetuai bala bala UMNO dan
BN akan memasti kan undi undi hantu berleluasa, serta jel jel di penuhi oleh mereka mereka yang berkata benar dan yang mengakui 'ALLAH itu Satu dan wujudnya Alam Barzah selepas Hari Khiamat'...

mereka mereka yang laknat itulah yang menipu rakyat dengan kata kata manis, sesungguhnya mereka tidak sedar mereka hanya lah menipu diri mereka sendiri!

sesungguhnya bala nala dari ALLAH swt telah pun menimpa negara ini, akan tetapi sekumpulan melayu-melayu laknat akan mengatakan bala bala itu tidak lain hanya lah hasil dari perubahan cuaca... mereka mereka ini adalah manusia yang ber mata kan manusia, ber hati kan khinzir khinzir yang di ubat dengan beta agonist untuk membesarkan fizikal badan, akan tetapi membahalol kan otak fikiran khinzir khinzir tersebut...

hal hal ini tidak lain hanya lah untuk membuat rakyat merenungi segala kejadian alam, sebelum tiba nya hari khiamat yang pasti...

insya'ALLAH...

bujang senang said...

Saya berpendapat biar PAS/PRK bertanding juga di Batu Talam tetapi dgn protes agar SPR memperkemaskan sistemnya agar lebih telus.
Hapuskan Undi Pos yang mana boleh di pertikaikan ketelusannya.

A Voice said...

Cerita pasal sakit otak, si Kalimullah pun sakit otak. Kononnya nak saman ROcky, Jeff, Kickdfella, dan beberapa blogger lain.

Kita semua perlu bersatu dan tampalkan gambar2 Blogger United di blog masing2. Dijangka dah 50 blog menampal.

Saya ada dedikasi untuk Rocky, Jeff, Sang Kelembai, dan Kickdefella dalam blog saya yg baru saya sambung semula.

Bloggers United!!!

isLah said...

SALAM.TAHNIAH DIATAS USAHA TUAN DALAM MENYEBARKAN MAKLUMAT TERBAIK LAGI ADIL UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
DISINI SAYA INGIN MENJADI RAKAN PEJUANG DALAM BLOG TUAN DENGAN MELETAKAN LINK KE BLOG SAYA.
SEBARANG RESPON BOLEH EMAIL KEPADA SAYA DI: azwan172003@yahoo.com
SEBAGAI RUJUKAN TUAN BOLEH MELAYARI BLOG SAYA:
http://www.formerleader.blogspot.com
http://www.ilhan-holywar.blogspot.com
TERIMA KASIH & SALAM RAHMAT.AMIN.

Anonymous said...

Saudara SK, Tahniah dengan penulisan saudara yang sungguh menarik dan mudah di fahami. Cuma saya ingin penjelasan serta andaian saudara..apakah Pas akan memboikot pilihanraya kecil DUN di Kelantan jika ada di antara Adun PAS meninggal dunia dalam masa terdekat?.

Harap SK dapat memberikan penjelasan dan hujah-hujah. terima kasih.

Anonymous said...

Sejak parti pembangkang memboikot pilihanraya di Batu Talam, saya rasa ia satu situasi yang menarik. Belum pernah dengar satu pakatan pembangkang memboikot pilihanraya di Malaysia ini. Dari apa yang saya baca, kesimpulannya saya berpendapat jikat boikot ini berkesan, tentu rakyat akan menyedari omong kosong kerajaan 3 beranak tak sedar diri ini. Tapi bila saya baca di media cetak kerajaan semuanya nak menunjukkan bahawa parti pembangkang takada idea lain nak diketengahkan. Agaknya UMNO nak menutup malu mereka atau terkejut beruk dengan tindakan parti pembangkang. SPR pun dua kali 5 juga yang hanya jadi pak turut UMNO. Saya berdoa semoga pihak yang benar akan memenangi pilihanraya di Batu Talam dan rakyat sedar bahawa UMNO penuh dengan penyelewengan, konspirasi dan 'macam-macam ada!' Rakyat kat Batu Talam cuma perlu lihatlah ke selatan dan tengok apa terjadi di Johor sekarang ini yang menerima bala dari tuhan....!

ghostrider said...

Pengerusi SPR tu aku rasa hidup dia dah ditaja UMNO...sbb tu percakapan dia mcm budak sekolah menengah....aku tak respect langsung org mcm tu dan aku letakkan Pengerusi SPR tu tarafnya sama mcm babi hutan yg kehilangan habitat...hahahaha...

Sebagai Pengerusi SPR iaitu badan berkecuali segala ulasan dan komen seharusnya lebih neutral...apa dia ingat semua rakyat malaysia tak perhatikan tingkah laku jelik dia tu....

Aku harap jika ada peluang pihak pembangkang suruh BPR Siasat Pengerusi SPR ni...muka dah la tak hemsem perangai buruk pulak tu...

ghostrider said...

Dana RMK9 -Betapa Pandai Pak Bodolah mengurus kewangan Negara

Fakta Pinjaman:

Jumlah Pinjaman:
USD 50,000,000,000

Tujuan:
Pelaburan dalam Pelbagai Projek Infrastruktur

Jangkamasa:
10 Tahun (Masuk RMK11 baru habis bayar)

Faedah:
2.88% - 3.5%

Transaction Undertake:
B&G Credit International (S'pore) Pte Ltd.

Pemberi Pinjaman:
Gabungan 25 Bank Singapore

Surat dari Pejabat Menteri Kewangan kepada Dato Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor BNM.
Surat 1 - muka 1 muka 2

Surat dari ASASATU Sdn Bhd kepada Menteri Kewangan.
Surat 2 - muka 1 muka 2

Surat dari Project Equity Services Group Kepada Gabenor Bank Negara Malaysia.
Surat 3 - muka 1 muka 2


Syarikat perunding dana untuk RMK9 Malaysia
ASASATU TECHNOLOGY SDN BHD

Pengurus Dana
UNION FINANCIAL SERVICES CORPORATION (Project Equity Services Group)

Kedua-dua merupakan syarikat yang sudah dalam proses gulung tikar dan 'deregistered' dapat nyawa RMK9

Baca seterusnya dlm...
http://mambau.blogdrive.com/

utk maklumat terperinci

Anonymous said...

Jika kerajaan pun dok meminjam inikan pula peniaga di Malaysia tetapi senang ke nak meminjam kat bank ....mana die melayu islam yg tdk pecaya riba dan kalau boleh mati takde utang kecuali dosa dan pahala sedarlah dgn banjir melanda itu petanda dr Allah SWT bukan buatan manusia...renungkanlah

afifi said...

undi orang sakit otak! hahahah
well said!

Anonymous said...

kalo brani dan demokrasi publishla yekk tulisan aku nihhh. kalo tak ko tak geng aku sbb tak demokrasi

Anonymous said...

ko penyokong sarwar ke? kalo ko kawan aku jawab

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia