Tuesday, January 09, 2007

Selamat Datang Dan Selamat Pulang


Sebagai warganegara Malaysia, kita sewajarnya mengucapkan Selamat Datang kepada pelancong-pelancong luar negeri ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Diharapkan semua pelancong itu bukan sahaja sekadar berjalan-jalan tetapi juga berbelanja membeli barang yang dijual, kalau boleh belilah kraftangan Malaysia. Bagaimana pun tidak ada halangan jika pelancong tersebut membeli barang-barang mewah, yang mungkin asalnya dari negerinya sendiri kerana di Malaysia barang-barang buatan luar negeri dikira murah berdasarkan pertukaran wang asing.


Dalam masa yang sama, jangan lupa sebagai warganegara kita mengucapkan Selamat Pulang kepada Perdana Menteri yang juga Imam Besar Islam Hadhari, Abdullah Hj Ahmad yang pulang dari bercuti setelah membelanjakan wang rakyat di Australia dan juga kepada beberapa Menteri yang menyambung cuti selepas Bah Besar di Johor dan Melaka. Perbuatan ini kita anggap sebagai dia datang atau pulang ke Malaysia macam dia melawat rumah pelacur. Setelah hajat tercapai di Malaysia, dia dan keluarga akan berada semula di Perth, Australia.

Bila Abdullah Hj Ahmad muncul di kaca TV pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia, rakyat dan orang ramai merasa hairan kerana kelihatan dengan jelas Abdullah Hj Ahmad terbatuk-batuk dan suara timbul tenggelam dan kadang-kadang macam suara itek serati. Maka ditanya oleh orang, setelah aku mencari kawan berpoya-berfoya, setelah aku mengira wang berjuta-juta, setelah rakyat menanggong perbelanjaan puluhan atau mungkin ratusan ribu ringgit untuk Abdullah Hj Ahmad bercuti di Perth, Australia kenapa masih lagi tidak sihat?

Di zaman Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, bila berlaku bencana negara seperti banjir, kerajaan tidak akan membuat apa-apa program yang berbentuk program mewah dan membazir. Malah pernah pada satu ketika , dibuat arahan kepada Radio Televisyen Malaysia dan surat khabar supaya jangan menyiarkan sama sekali gambar-gambar atau filem berita yang menunjukan pemimpin negara termasuk menteri-menteri yang diperlihatkan sedang makan di majlis rasmi kerajaan kerana bimbang rakyat akan tersinggung atas perbuatan itu. Begitulah cara pemimpin dulu menjaga hati rakyat sehingga, perkara yang remeh pun diambil kira.

Tetapi hari ini, pemimpin negara khasnya Perdana Menteri termasuk Menteri-Menteri "half pas six" tidak mengindahkan langsung sensitiviti rakyat sebaliknya sebilangan besarnya pergi bercuti keluar luar negeri, sungguh pun Menteri itu dikira orang penting dari segi logistik bagi membantu mangsa banjir sebaliknya Menteri itu sangguppergi bercuti? Ini hanya kerana mereka mencontohi bossnya Perdana Menteri yang dikenali selepas cerita popular "The Sleeping Beauty" kini hadir " The Sleeping Primer Minister" Itu sebab bagi orang yang tahu, jika ada bencana sedemikian, wartawan akan bertanya kepada Perdana Menteri, adakah akan diisytiharkan dharurat, tetapi hari ini jangankan wartawan mahu bertanya malah kerajaan sendiri tidak membuat kenyataan bahawa jika perlu di isytiharkan dharurat.

Dharurat bukan sahaja digunakan sebagai ancaman keselamatan, tetapi juga masalah rakyat. Agaknya jika di isytiharkan dharurat atas bencana banjir itu, Abdullah Hj Ahmad dan Menteri-menteri yang bersekutu dengannya tidak boleh bercuti.Ini mungkin satu pengajaran baru Islam ada Had dan ada Harinya iaitu dalam rakyat ditimpa kesusahan pemimpin mesti wajib bercuti. Malah di Amerika Syarikat yang begitu canggih negaranya, sekiranya berlaku bencana atau malapetaka alam dengan segera kerajaan pusat mengisytiharkan "State of emergency". Ini bukan satu tindakan baru kerana Malaysia pernah mengisytiharkan dharurat seperti pada August 12, 2005 bila Kerajaan Isytihar Darurat Jerebu Untuk Lindungi Kesihatan Awam (laporan Bernama) dan sewaktu wabak selsema burung



kickdefella


Kerajaan Tiga Beranak sekarang amat beruntung mendapat pemimpin yang ariffbilah, itu sebab dia ke Turki sebelum bercuti penuh kerana mungkin sudah dapat wahyu tentang akan berlakunya banjir besar, macam wahyu yang Allah bagi kepada Nabi Noh. Jika Nabi Noh menyiapkan bahtera besar, Abdullah Hj Ahmad pula membeli perayu layar atau "yacht" yang berjumlah hampir RM 30Juta. Benar atau tidak, soalnya sekarang penyokong kedua orang - orang, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Abdullah Hj Ahmad sedang berbalah dan saling tuduh menuduh dan menafikan. Bagi Tun Dr Mahathir Mohamed, dia beli atau tidak rakyat tidak ambil peduli lagi tetapi Abdullah Hj Ahmad ini isu dan pertanyaan.

Kapal Layar pernah digunakan sebagai atau lambang gabungan tiga parti yang bernama Perikatan. Ini diambil sebagai simbol satu kapal hanya satu nakhoda dan tiga parti satu pemimpin. Dan dengan menaiki kapal inilah wakil raja-raja melayu menerima perjanjian kemerdekaan. Bila Abdullah Hj Ahmad pergi melihat kapal layar di Turki dengan tidak semena rakyat di Johor dan Melaka mendapat musibah banjir.

Banjir bukan datang sekadar ke hendak tuhan atau disisi Islam atas kehendak Allah, malah Allah sendiri telah banyak mewahyukan ayat ke Nabi Muhammad S.A.W, akan kerosakan dunia disebabkan oleh tangan manusia. Maka tidak pernah terfikir oleh kita sebagai seorang Islam bahawa banjir di Johor, Melaka dan dimana sahaja sebenarnya atas perbuatan manusia dan manusia itu sebilangan besarnya memimpin UMNO

Apa tidaknya, setelah segala bukit yang di iktiraf oleh Allah sebagai pasak mengimbangi bumi, kini telah diratakan atas nama pembangunan dan yang lebih malang lagi ialah kayu kayan yang menjadi dinding hakisan bumi daripada air, dimana dengan sebatang pokok boleh membantu penyerapan beribu gallon air terus dimusnahkan. Malangnya dengan kerakusan pemimpin UMNO memohon penebangan kayu-kayu balak yang sepanjang hayat hidupnya tidak pernah dijaga atau menyiramnya secara terkencing di pedu pokok tersebut, tiba-tiba pokok itu ditebang.

Ingatlah, UMNO adalah satu pertubuhan Melayu yang ditubuhkan atas linangan air mata, keringat dan darah orang Melayu. Selepas raja-raja Melayu yang dikira berdaulat, UMNO adalah satu-satu organisasi yang juga mempunyai kedaulatan yang tersendiri. Kedaulatan ini jika ada yang melanggarnya akan terkena ketulahannya. Kesimpulanya selepas kayu balak ditebang, gunung ganang dan bukit bakau diratakan oleh pemimpin UMNO, maka datanglah banjir yang macam Tsunami Darat menyerang beberapa kawasan yang rendah dan tinggi di Johor. Fikirkan.

Anehnya selepas banjir atau tsunami darat melanda Johor dan Melaka yang mana dikira sebagai kubu kuat UMNO, kenapakah orang UMNO tidak muhasabah diri masing-masing. Tidak bolehkah mereka merujuk kepada orang-orang yang arif agama, macam di Johor ada terdapat seorang Mufti yang agak bebas dari tekanan politik. Kenapa tidak ditanya, adakah kemurkaan tuhan ini adalah kerana menyokong kepimpinan secara membabi buta tanpa ada nilai-nilai agama. Bukankah pemimpin itu menjual Islam dan memperbodohkan orang-orang UMNO yang semuanya beragama Islam? Adakah sesuatu perkara mungkar itu boleh dihalalkan hanya kerana dia Presiden UMNO segala yang dibuat harus dipatuhi berdasarkan konsep "pemimpin perlu disokong" ?

Akhirnya selepas banjir, bah atau boleh dipanggil tsunami darat ini, rakyat hidup dalam kesempitan dan rakyat terus menjadi mangsa sementara ada pemimpin UMNO mendapat habuan dan sekarang wujud beberapa wakil rakyat melalui proksi masing-masing sedang berlumba untuk mendapatkan kontrak pemulihan seperti baiki jalan, buat jambatan dan macam-macam lagi. Aneh dan pelik tetapi ini sebenarnya berlaku. Banjir yang terjadi adalah kerana ada antara orang UMNO yang mengambil balak yang telah diluluskan oleh Menteri Besar UMNO dan kerana ada pemusnahan alam maka banjir akan berlaku dan semua rakyat yang terkena banjir akan rugi dan kerugian itu bukan sedikit. Selepas banjir ini pasti ada pemimpin UMNO juga yang terdiri diri wakil rakyat, pemimpin UMNO bahagian akan dapat untung.

Maka kesimpulannya, sampai bila ahli-ahli UMNO ini akan menjadi sekadar penjaga kubu. Jeneral-jeneral lima bintang UMNO bersuka ria di luar negeri dan balik selepas perang dan mengaku terlibat dalam membantu mangsa banjir macam jawapan Abdullah Hj Ahmad.

Sang Kelembai: Kalau dengar cerita dari mangsa banjir di Johor akan sikap pemimpin mereka termasuk Muhyiddin Yassin yang kawasan penuh dengan air tetapi mereka sanggup untuk pergi bercuti balik ke luar negeri. Kalau undi juga UMNO kali ini, kita tak tahu jenis apa orang Johor dan Melaka ini? Agaknya mereka spesis apa? Yang jelas spesis ini mungkin spesis yang tidur macam Abdullah Hj Ahmad. Masa hidup bininya memang semua orang tahu dia takut bini tetapi lepas bini mati, lagi bertambah takut. Agaknya dia takut hantu, macam setengah orang UMNO yang takut dengan Hantu.

22 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Wahai sangkelembai jgn sesekali kamu berkata org johor dan melaka jenis yg semacam itu...bagaimana dgn mereka yg tidak taksub UMNO yang berasal dari johor dan melaka...mereka yang membenci kerajaan juga ada di melaka dan johor....cuma tggu masa pilihanraya kali ini sahaja...

Di melaka dan johor,hanya golongan dah dimakan usia sahaja yg masih menyokong UMNO...Namun masih lagi ada golongan dari kalangan pro dan pertengahan yg cintakan tanahair dari dihancurkan UMNO yang masih bergerak...

Jgn cakap sembarangan Pak sang kelembai...Mengapa UMNO di johor dan melaka begitu kuat bukan kerana sikap rakyatnya yg takutkan perubahan...

Jangan menghina rakyat di Johor dan Melaka sebegitu rupa...jgn ingat semua rakyat di johor dan melaka tak sensitif...

macamlah pak sang kelembai dah biasa tinggal di Johor dan melaka...

adakah tempat kelahiran pak sangkelembai bukan dari kepimpinan UMNO...hahahhaa kalo UMNO jgn cuba2 ckp sembarangan...aku pun boleh cakap org ditempat ko tu juga mcm tu...

sekurangnya-kurangnya aku tak pernah pangkah BN sepanjang hidup aku....alhamdulillah

Anonymous said...

Hmmmmm....

Sekejap sekejap cuti. Sekejap sekejap cuti. Bila kemana mana, mesti nak singgah gak kat Australia.

harap Sang Kelembai dapat menyiasat hal ini betul atau tidak...

Di khabarkan... ada seorang sahabat telah diberitahu oleh sepupu kepada Bekas Permaisuri Agong (Cik Puan Aishah) bahawasanya (awal tahun lepas) Ibunya (MakCik Cik Puan Aishah) sedang bersibuk untuk menyambut akan peminangan Cik Puan Aishah oleh rombongan dari Perdana Menteri Islam Hadhari kita.

DI khabarkan juga Cik Puan Siti Aishah sekarang ni bermaustautin di Australia. Apakah akan khabar dia atas dan khabar ini ada kaitan dengan Sukanya Perdana mendeteri Islam Hadhari kita ni yang suka bercuti ke Australia.

Apakah benar khabar ini wahai saudara ku Sang Kelembai.

Hamba ingin sangat tahu hal ini. Kalau tidak, masa kan semasa negara di landa banjir, dia pergi bercuti di Australia.

Dikhabarkan juga oleh orang istana Selangor yang Cik Puan Siti Aishah ni garang orangnya. pernah di satu ketika dibaling nya sepatu beliau kearah Al marhum Sultan Slengor yang dahulu. nasiblah Al marhum seorang yang pelembut. kalau lah dibuat cam tu kat Sultan Johor, mahu kena pukul dengan kayu golf agaknya.

Bukan saya nak mula kan khabar angin. Cuma curious sahaja setelah mendengar berita ini. Kalau dapat disiasat kan bagus.

Sekian

Anak kampung baru belajar guna internet.........

Anonymous said...

Saudara Sang Kelembai,

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan saudara. Inikah yang dikatakan pemimpin yang prihatin dengan masalah rakyat setelah sanggup berhibur di masa kita semua mengalami kesusahan. Perlu diingat bahawa penggunaan bahan bakar kapal terbang, gaji pengiring2 semua adalah duit rakyat. Jadi tak hairanlah kenapa semua subsidi dikurangkan tak lain tak bukan kerana ingin disalurkan kepada BODOlah dan keluarganya.

Kalau next pilihanraya org Johor dan Melaka, makanya sudah sah mereka ini tiada harga diri hanya kerana disuap dengan umpan seringgit dua masa kempen pilihanraya.....

Org Tanjung

Anonymous said...

Assalamualaikum...Salam sejahter....what's up bro....ini bukan isu bangsa...skrg nie kita cuma nak bangkikan isu pemimpin yang tidur dan tidak melaksanakan tggjwb sbg pemimpin...pemimpin yang tak boleh kawal kerakusan sendiri dan kerakusan kabinet2nya...semua rakyat di malaysia tak kira bangsa berhak tuntut kehidupan yang lebih baik....no more Mr. Nice Guy...that's all...kita malaysia perlu ada check n balance...jgn esok Vietnam dan Myanmar jadi lebih maju dari kita.....baru padan muka....pd pandangan aku dlm keadaan skrg ni sepatutnya rakyat hidup senang tanpa apa2 bebanan melampau...barang2 sepatutnya tak mahal mcm skrg....semua rakyat pelbagai bangsa byr cukai di Malaysia...tapi yang urus duit rakyat tu pemimpin...kalo pemimpin haprak bukan org melayu je rugi bahkan semua kaum juga turut rugi.....so mari kita undi parti selain BN...kita takkan rugi BN hilang majoriti...rakyat juga akan untung nanti...Go to hell BN n go to hell UMNO!

Anonymous said...

Umno mentality:

They want money but they don't want to work for it. They want investment but at the same time, they are afraid of being taken advantage by foreigners. The real fact is, nobody is taking advantage of them.

The fact is, Umno leader has spoil their own malays.

The fact is, Umno leader has never think about the malays.

The fact is, Umno leader in the name of "fighting for the rights of malays" has abuse their power to enrich themselves.

The fact is, Umno government has destroy their own reputation by being unfair to their own citizens include their own.

The fact is, Umno government has display no respect for international rules, no fair play, don't play by international rules, being a recalcitrant like Mahathir, and hence no respect from anybody on earth.

The fact is, Umno government is corrupted to the core and always wants something in return by just giving speech and signing a few documents.

The fact is, Umno government does not get much recognition from other nations except for third world countries like Zimbabwe, Somalia and Cuba.

The fact is, Umno government can never provide high skills job to the malays. MNC company can provide high skills job to the malays.

The fact is, there is no substantiate fact to justify that Umno malay leader has improve the education levels of their own malays.

The fact is, so many malays can't get high skills job is because Umno leader has fail to emphasize education as much as Chinese parents onto their children.

The fact is, Proton is failing. The fact is, MAS is failing. The fact is, Malaysia is failing.

The fact is, UMNO has brainwash malays into believing that Umno will be their free welfare system, insurance system, and also provides money and food for all malays as long as they can.....

We must end this scenario A.S.A.P.

We must NOT vote for BN.

R.I.P Pak Lah and the Gang..F**k off KJ...

Anonymous said...

wahai rakan seperjuangan...

kerajaan yg ada skrg dah tak releven lagi...kita rakyat yg dah celik politik...pemikiran rakyat skrg sudah mengatasi pemikiran pemimpin...ini bukan era 70an @ 80an lagi..apa yang kerajaan buat rakyat sedang nilaikan...

kenaikan tol ni sebenarnya hanya akan jadi pemangkin kejatuhan kerajaan BN...pada aku apapun rintihan kita sama ada isu kenaikan tol,kenaikan barang2 keperluan mahupun kenaikan harga petrol hanya sia2 je...

kerajaan skrg pada aku takkan layan semua rintihan rakyat...penjelasan bodoh kerajaan hanya menambahkan sakit hati rakyat...

Kita bersatu menolak kepimpinan BN pada pilihanraya akan dtg...that's only the solution..

Anonymous said...

Assalamualaikum-Tanpa disedari Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari dah ada di dalam negara. Sepertimana beliau pergi bercuti semula selepas melawat SEBENTAR SAHAJA utk melihat keadaan banjir di Johor begitu juga bila balik dari bercuti di Australia ramai orang yg tak tahu termasuk saya dan lagilah orang di ceruk2 kampung termasuk yg sedang pulih dari banjir dan yg sedang nak mula banjir.

Tup ... tup ... tup ... bila tengok Berita Utama TV3 dah ada dalam negara. Macam silap mata pulak David Copperfield kejap ada kejap tiada.

Mungkin Imam Besar ni tak mahu orang ramai tahu betapa lamanya tempoh percutian dan pertiduran beliau anak beranak di Australia. Senyap2 aje balik ... dan takde siaran berita orang menyambut kepulangannya.

Mungkin juga Imam Besar ni tak mahu orang tahu siapa lagi yg bersama-sama beliau menaiki kapal terbang eksklusif atas tajaan wang rakyat. Tak tahulah ... Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Haii ... mcm tulah kalau dah rasa bersalah.

Selalunya orang beriman sekiranya melakukan kesalahan tentulah rasa malu kepada Allah dan segera meminta maaf serta bertaubat. Tetapi Imam Besar ni mana nak nampak dan sedar kesalahan diri sendiri, kesalahan orang lain termasuk TDM dan kakitangan awam sahaja yg dia nampak bak kata pepatah orang Melayu "Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tak Nampak".

Lepas ini disarankan agar Imam Besar ni menjalani rawatan mata selain resdung di Australia supaya jelas dan luas lagilah pemandangan dan pemikirannya.

Selepas ini jangan hairanlah kalau Imam Besar ni akan selalu pergi ke Australia. Cuma kali ini atas tujuan lain iaitu utk merawat mata beliau yg sudah rabun dekat. Jauh seberang laut nampak, depan mata satu sentimeter pun tak nampak.

Wassalam.

A Voice said...

Mungkin baca elok dibaca link dibawah:

http://mimpiboneka.blogspot.com/2006/12/johor-banjir-jual-belum-habis-lagi.html#links

Hentam jugalah kawan baik Dol dan Kerry.

Anonymous said...

Kalaulah orang-orang yang layak mengundi di Batu Talam nanti masih tak sedar diri...tak tahulah apa nak dikata. Mungkin buta hati dan buta mata. Mungkin juga sebab Terengganu belum lagi banjir teruk, kot! Apapun diharap UMNO tersungkur jatuh kali ni.

Anonymous said...

Cuti, sakit dan ubat:-

Saya harap PM pulang dari cuti di Australia dengan azam baru. Tentu kajian dan ujian telah dibuat di sana untuk mengesan penyakit dan langkah-langkah menyembuh telah diambil.

Dulu sebab penyakit resdung. Kita tahu sebab dimaklumkan begitu. Sekali ini kita tidak pula dimaklumkan, mungkin penyakit itu serius, dan tak nak rakyat susah hati.

Penyakit kepimpinan juga saya rasa boleh dikaji, dan langkah-langkah menyembuh boleh dibuat. Seminar sehari baru-baru ini tidak membawa apa-apa makna kalau ada yang sanggup mengatakan idea PM first class tapi civil servants teruk dan lambat... Nampak macam statement yang desperate!!!

(Saya selalu ambil ubat tidur...dan ianya berkesan untuk saya. Untuk orang lain saya tak tahu..)

Anonymous said...

SANG SAPURBA berkata,

sang kelembai ckp ntahlah klu rakyat Johor dan Melaka undi emeno lagi kali ni ntah lah jenis apa?Jenis apa kamu sekalian wahai rakyat Johor dan Melaka bagi rakyat kedua negeri ini jawab sendiri lah.Hah jawab lah org johor dan melaka semua.

Anonymous said...

Sang Kelembai

Dan sesungguhnya akan tiba suatu masa apabila binatang binatang dan manusia manusia berlari bertempiaran, maka di masa itu lah akan wujud suatu bala yang amat di geruni oleh semua umat umat manusia dan binatang... maka tiba lah Cobra Sultan yang di perbuat dari kayu kayan Afrika Selatan, yang menjadi punca mengakibatkan tsunami darat to seluruh dunia - akibat dari perubahan cuaca global.

Si bahalol itu tidak akan berganjak, malah akan menghirup nyaman hasil hasil usaha rakyat yang telah di seksa kan untuk memenuhi dahaga tamak haloba si Tua benggap lagi bahalol; apa nama... si penggantok half-past-sick!

Sesungguhnya apabila panggilan batu nesan tiba ke atas para ketua-ketua yang menganiaya rakyatnya, maka mereka berkata "aku tak ber salah, aku tak tahu, aku ikut cakap George Bush saja"... maka seksa lah mereka di dalam kubur kubur mereka.

Jikalau di renungkan kesemua bala yang terjadi di malaysia, dapat di perhati wujud satu dajal... apakah ia seorang manusia, ataupun binatang berkaki / berupa manusia; dan siapa kah ia???

Renungi lah...

Anonymous said...

Cuba Abang baca Jeff Ooi.com pasal percutian Pak Dol di Perth. Sedap makan nasi kandar rupa-rupanya masa orang di Johor dan Melaka bersedih bila harta benda musnah kena air bah besar.

Orang cam ni memang tak boleh simpan.

Selamat Malaysia

Husin Lempoyang said...

Selamat Datang kepada PM Malaysia yang datang bercuti kenegara ini.

Dia keluar negeri terlalu kerap hingga rasanya dia jarang sekali berada di Malaysia.

Lawatan ke Caracas baru2 ini tu sebenarnya tak perlu. Baru tahun ini Chavez datang ke Malaysia (masa tu dia tidor masa speech Chavez yg dia berhenti terus berucap).

Mana standard sama. Dolah kaki bodek amerika. Chavez roti telor boleh panggil Bush itu syaitan di UN.

Anonymous said...

PAS dan PKR boikot Batu Talam...saya cadangkan Sang Kelembai turun padang jadi calon BEBAS!

Anonymous said...

I have to agree with Ghostrider

Perosak kepada bangsa melayu adalah pemimpin2 kita sendiri (UMNO) dan bukannya bangsa2 lain.

Pemimpin2 kita tiada kelayakan selain dari berpolitik. Mereka hanya tahu bercakap dan tidak tahu bekerja dan berfikir. Erti kejayaan kepada mereka adalah kuasa, kekayaan dan perempuan.

DEB gagal membela melayu sebuah bangsa tetapi mengurniakan pemimpin umno dengan semua ini; kuasa, kekayaan dan perempuan.

Sayang nya, pemimpin yang berupaya berfikir dan bekerja telah diketepikan. Termasuklah TDM.

Tinggallah melayu dengan siti, mawi dan badawi...

Anonymous said...

Amat menarik bila saya baca kenyataan demi kenyataan yang diutarakan oleh saudara sang kelembai....sebagai anak jati Johor yang tercinta ...saya juga merupakan antara rakyat yang berfikir bijak sejak lahir, agaknya ehehe.Maka tak pernah sekalipun jari-jemari saya menyentuh pencil untuk mengariskan tanda pangkah atas logo keris kontot itu. Kepincangan kaum keris kontot itu sudah lama dapat dicungkil oleh warga Johor yang berfikir. Saya percaya rakyat Melaka pun dah ramai yang bijak berfikir. Walau bagaimana pun saya mengucapkan jutaan terima kasih pada saudara sang kelembai kerana menambahkan kesedaran yang telah sedia ada di dalam jiwa saya.
Berkata benarlah jika sesuatu perkara itu memang benar, tulislah kebenaran dan kepincangan yang jelas kebenarannya kerana setiap apa yg kita kata dan kita tulis itu akan ditanya dan dipertanggung jawabkan di mahkamah akhirat nanti.

Bangkitkanlah kesedaran untuk ramai lagi insan yang masih tidur dengan lenanya.

wassalam

Anonymous said...

Salam kpd SK dan semua pembaca di sini;

Saya dari JB, kalau SK masih ingat..dan masih segar dalam ingatan saya betapa hebatnya Shahrir Samad menumbangkan calun umno ketika itu(saya tidak tahu kemana perginya SS sekarang? mungkin sedang tidur atas kerusi empuknya...)

Orang Johor telah membuktikannya memang boleh! jika isu yang di bawa berupa isu2 nasional, apatah lagi kemarahan orang ramai atas sebab kesusahan yang tidak dapat di tolong oleh pemerintah yang telah mereka berikan mandat terbesar dalam sejarah PRU.

Kalau di negara2 barat rakyat yang tiada kerja boleh diberi elaun sarahidup, tentulah pemerintah kita yang berugama islam di sebuah negara islam lebih arif untuk membantu mengurangkan kesusahan rakyatnya. Kenaikan harga minyak tol, air,letrik menyebabkan harga barang2 berputar ligat naik ke atas macam twister lagaknya boleh dihindari jika pemerintah jujur insaf diri untuk membantu rakyatnya, terutama yang hidup di bandar2.

Kita semua tahu lambat laun kos sara hidup pasti naik juga,maka disinilah peranan pemerintah (..sepatutnya berjuang demi rakyatnya)untuk menahan sebarang kenaikan sehingga keadaan ekonomi negara pulih atau setidak2nya peserta2 VSS yang trauma(akibat penggabungan syarikat) kembali ada keyakinan diri juga mata pencarian.

Menasabah atau tidak kenaikan bukanlah alasan yang bijak disebut.Malah ia menyakitkan hati dan jiwa.Apakah salah jika pemerintah berjuang bermatian2 dengan menggunakan segala kebijaksanaan, dana untuk menepis kenaikan tersebut dengan apa jua cara demi membela nasib rakyat yang telah memilih mereka?

Sayang seribu kali sayang..ubi yang diberi tuba dibalas. Bagi mereka pembesar2, kenaikan apa juga di katakan menasabah kerana mereka tinggal di banglo2 mewah dikawasan elit,mercedes benz BMW serba menjalar dan wang berjuta diluar negara(..kalau tak ada wang bercuti keluar negara itu wang siapa?)

Emosi tidak memenangi undi..marilah kita semua senyum dan ketawa sekuat2 hati mudah2an kita tak cepat mati(marah akan kena sakit jantung)dan sempat mengundi pada PRU yang dah tak lama lagi tu.

Mari kita ketawakan diri kita wahahahahahahahahahahahakakakakakakakahehehehehehehehehehe...adeh sakit perut.

wasalam semuga Allah berkati rakyat semua.Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum semua...

Kepada mereka yg cakap sesuka hati kpd org johor dan melaka.....jgn main sentimen kenegerian ok.....org terengganu dan kelantan sokong pas pun kena banjir jugak...jgn ingat semua org melaka dan johor pro umno...kalo hangpa yg cakap mcm tu ada depan aku dah lama aku sepak....jgn lupa bahawa ada juga orang melaka dan johor sememangnya mahu BN tumpas...

WATCH OUT YOUR MOUTH BRO!

Anonymous said...

Sang Sapurba...

cakap boleh sebarang cakap..makan jgn sebarang makan ok...

jgn ingat semua org Johor dan Melaka takde maruah dgn mendokong BN...masih ramai lagi yg tidak mendokong BN sejak azali lagi di disini.....

nanti ALLAH S.W.T bagi bencana banjir kat kawasan tempat tinggal keluarga ko baru ko sedar bahawa kata2 ko tu semua tak berasas langsung...

Sebelum ckp tolong fikir dahulu bangsat!

Anonymous said...

Banjir yang melanda Johor kini sebenarnya telah diramal oleh seorang cendikiawan Melayu dari Universiti Teknologi Malaysia hampir empat tahun dulu!


tak percaya masuk....
http://ecologyasia.com/news-archives/2002/mar-02/straitstimes.asia1.com.sg_asia_story_0,1870,109471,00.html

Shai Arif said...

Wake up orang Johor!!! Bukak mata luas-luas, sedarkanlah pemimpin kita... aku dengar banyak dah yang tergadai ke Sporean di JB sana.. wallahualam betul atau tidak, semuanya kerana kerakusan pemimpin.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia