Friday, February 16, 2007

Ali Baba Visi UMNO


Maka marah sangatlah Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Pengerusi Khazanah Holding Berhad merangkap Imam Besar Islam yang ada had dan ada harinya akan perihal projek pembinaan yang diberikan kepada syarikat orang Melayu kemudian diserahkan kepada bukan Melayu.

Berdasarkan fakta yang diberikan secara rasmi oleh Kerajaan melalui sumber JKR sejumlah 85% projek kerajaan bertukar tangan dari orang Melayu kepada bukan Melayu. Tidak pula dikeluarkan data yang jelas, samada 85% jumlah harga projek atau jumlah banyaknya projek yang ditawarkan.

Bagaimana pun perbuatan itu dipanggil sebagai "Ali Baba". Tidak ada catatan yang menunjukan bagaimana datangnya istilah Ali Baba, tetapi rata-rata orang bersetuju bahawa Ali Baba merujuk kepada Ali iaitu orang Melayu dan Baba sebagai orang Chna yang sudah mengamalkan budaya Melayu tetapi tidak beragama Islam. Kononnya kisah Ali yang dapat tender atau peluang perniagaan dari kerajaan atas ketetapan Perlembagaan Malaysia yang memberikan peruntukan kepada quota orang Melayu dalam bidang ekonomi menyerahkan tawaran atau peluang perniagaan itu kepada Baba.

Bila Abdullah Hj Ahmad dan JKR sendiri mengesahkan akan sikap Ali yang dapat tender kemudian menyerahkan kepada Baba kemudian beliau marah-marah, maka bertanyalah orang yang tak faham, adakah ini perkara baru? Jawapan pasti TIDAK kerana isu Ali Baba sudah dikenali lama virusnya dan pembawa kuman yang amat merbahaya itu hari ini terdiri dari orang-orang pengikut atau penyokong Abdullah Hj Ahmad sendiri.

Cuba adakan penyiasatan terbuka akan perihal nama pemilik syarikat tersebut dan bagaimana dia dapat tender, permit atau sebagainya yang menjadi hak istimewa orang Melayu. Akan kita lihat bagaimana akan terdapat beberapa surat atau nota ringkas dari orang yang berkuasa membuat keputusan yang terdiri dari orang - orang politik.

Bila Anuar Zaini dalam satu debat di RTM, berhujah bahawa ketelusan akhbar berdasarkan keberanian akhbar seperti NST mendedahkan akan kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek-projek dibawah porfolio Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang Abdullah Hj Ahmad menjadi Menterinya, tahukah Anuar Zaini bahawa jika tidak semua sebilangan besar yang tak dapat menyudahkan projek PDRM atau pun tak mengikut speksikasi seperti IPD Selayang mempunyai surat wahyu dari Abdullah Hj Ahmad sendiri. Jika JKR bersalah dan pegawai JKR cerdik sudah pasti dia tidak mahu menyediakan teks ucapan seorang Perdana Menteri untuk memasukkan fakta itu tetapi kerana ahli fikir di tingkat 4, JPM juga dibawah Abdullah Hj Ahmad yang tidak membaca maka mereka sudah terperangkap dengan teks ucapan itu.

Moralnya JKR memerlukan sangat orang awam faham khasnya pembayar cukai mengetahui bahawa kesemua projek Ali Baba itu adalah projek yang diberi secara wahyu dengan bermacam nama antaranya "Runding Terus" dan "Bina Dan Serah". Tanyalah siapa yang dapat projek-projek tersebut? Jawapannya sudah diketahui, yang akan dapat adalah pemegang saham KCT (Kumpulan Cium Tangan) yang akan selalu berada di Airport atau majlis-majlis yang dia tak berkenaan tetapi hanya sekadar nak cium tangan dengan Abdulllah Hj Ahmad.

Kisah Ali Baba, adalah cerita rakyat dari Telok Parsi dalam Hikayat 1001 malam bagi tujuan mengurangkan kematian perempuan yang dibunuh oleh raja setelah di peristerikannya di malam pertama. Ali Baba adalah imej baik, dia seorang yang miskin, dalam visi P Ramlee dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok. Bukan sahaja Ali Baba yang baik hati memberikan kod untuk membuka pintu gua kepada Kassim Baba tetapi perompak itu sendiri berhati mulia memberikan kod kepada Ali Baba yang menyamar menjadi pemberita.

Ali Baba tidak mengambil semua harta rompakan yang di dalam gua. Dia hanya sekadar mengambil dinar emas sahaja, harta-harta lain kekal di dalam gua sehingga perompak sendiri tidak perasaan bahawa wang dinar sudah dicuri oleh Ali Baba.

Jauh beza dengan Kassim Baba yang punya seorang isteri yang otaknya berfikir bagaimana Ali Baba boleh menjadi kaya. Maka Kassim Baba dapatlah mempengaruhi Ali Baba untuk memberi nombor kod pembukaan pintu gua dan kerana tamak haloba terlupa pula akan kod membukanya dari dalam lalu dibunuh oleh lanun-lanun itu Kassim Baba.

Sekarang Malaysia tidak secara langsung dan disedari diperintah cara ala Ali Baba. Maka bertanyalah orang siapakah yang menjadi Kassim Baba itu? Sebenarnya Kassim Baba tersenarai dalam Kerajaan Tiga Beranak.. carilah sendiri siapakah diantara Abdullah Hj Ahmad, Kamalluddin dan Khairi yang ada ciri-ciri Kassim Baba.

Kassim Baba dalam pentabiran Kerajaan Tiga Beranak ini lebih dahsyat dari pada yang tertulis di Hikayat 1001 Malam. Kassim Baba inilah yang menjadi Menteri Kewangan, menjadi Perdana Menteri dan ada pertanda kesemua kepentingan perniagaan yang besar-besar di milik secara senyap oleh Kassim Baba dari Air Asia, Penggabungan Tiga Syarikat Perladangan Besar, CIMB Bank sampailah kepada syarikat yang membangunkan Johor Selatan dan dengan terlantik seorang CEO dari Post Malaysia sebagai peon Kassim Baba.. maka lengkap pemilikan Kassim Baba di zaman Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad ini.

Kesimpulannya kisah Ali Baba bukan sahaja menjerumus kepada soal perniagaan yang diserahkan kepada bukan Melayu, yang setidak - tidaknya adalah warga negara Malaysia tetapi adakah kerana sikap Ali Baba itu maka sebahagian kontraktor bumiputra kerja-kerja pembinaan gagal menyiapkan kerja - kerja tersebut? Jika tidak siap itu satu kesilapan tetapi jika diserah kepada bukan Melayu, kerja-kerja pembinaan itu siapa yang sebenarnya bermasalah.

Masalahnya sekarang adalah soal kerajaan yang sudah ditadbir secara Ali Baba, kalau babanya MCA atau Gerakan dan SUPP di Sarawak atau LDP di Sabah masih boleh lagi diterima tetapi jika Baba dari PAP yang berasal dari Singapura seperti mana berlakunya sekarang apabila sudah banyak pentadbiran diatur oleh Baba-Baba yang bukan warga negara maka ini akan menimbulkan masalah terutama pembawa Baba-baba ini adalah Kassim Baba.

Sang Kelembai: Dalam perang internet dan perang psikologi hebatnya pentadbiran Kerajaan Tiga Beranak, sudah banyak fakta-fakta ekonomi digendang kepada rakyat sehingga Abdullah Hj Ahmad sendiri mempercayai sudah berbohong bila mana ekonomi ada lonjakan tetapi tiba-tiba Timbalan Menteri Pendidikan mengatakan bahawa bantuan buku teks terpaksa ditamatkan kerana tiada peruntukan atau cakap senangnya "tak ada duit"

13 comments:

Anonymous said...

sebab tu aku masuk UMNO,cium tangan kalau tidak tak dapat tender, aku bukan tau pasal kerja yang aku tau bodek saje. Mereka kat atas tu macam aku juga dulu

The Truth said...

ABDULLAH BADAWI - LORD OF THE LIAR
Jika dilihat kepada prestasi ekonomi semasa negara terlihat seolah-olah begitu memberangsangkan dengan indek BSKL meloncak melebihi paras 1200 mata dan nilai dagang Malaysia melangkaui 1 trillion. Lalu Abdullah Badawi tanpa berlengah mengistiharkan bahawa ini merupakan pencapaian yang luar biasa. Disebabkan telah dilabelkan sebagai PM yang pandai BERCAKAP BOHONG maka hebahannya tidak mengundang rasa ghairah rakyat sebaliknya rakyat tertanya-tanya apakah pekung dan muslihat disebalik kenaikan angka-angka yang mendadak itu sementelah pula mantan PM Dr Mahathir telah hilang kepercayaan terhadap segala perangkaan yang dikeluarkan pihak kerajaan masa kini

Pekung PEMBOHONGAN Abdullah Badawi tak dapat disorok lama, kerana bau busuk peningkatan indek-indek ekonominya akhirnya meresap keluar.Sungguh menghairankan apabila catatan dana modal asing yang mengalir keluar adalah lebih tinggi dari dana modal asing yang mengalir masuk telah dapat melonjakkan BSKL sebegitu rupa. Putar belit Badawi akhirnya terburai apabila diakui bahawa dana KWSP dan KWAP telah diguna pakai untuk melonjakkan indek BSKL.Persoalannya berapa banyakkah wang rakyat yang telah dikorbankan dan dimanipulasi oleh Badawi untuk menaikkan imejnya. Sudah tentu nilainya mencecah angka billion ringgit untuk mendapatkan hasilnya. Penipuan badawi ini terbukti apabila kenaikan harga hanya melibatkan saham-saham blue chips yang menjadi tanda aras indek komposit tanpa melibatkan kenaikan saham-saham yang berharga rendah.
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Sang Kelembai

Dan ketahui lah bahawa orang orang yang menganiaya dan menipu rakyat untuk mendapat kekayaan dan kesenangan dunia yang sementara (sehingga menghembus nafas terakhir), mereka mereka ini adalah ter golong dari orang orang yang rugi, benggap, bodoh lagi bahalol.

Kisah si Al Baba ini tidak lain hanya lah lakonan masa kini untuk melalai kan rakyat (yang kebanyakan nya hidup di alam mimpi lagi toye) sehingga kan tidak menyedari atau mengenali si Ketua nya pun ber darah kan Ali dan Baba...

Masa kan dapat di bezakan dari mata luaran di antara khinzir ber beta agonist dengan khinzir asli di pasar pasar pagi.

Se tiap hari wujud lah skrip skip lakonan dari Zoo Negara untuk mengantokkan di rakyat rakyat yang toye dan loye, akan kemajuan tinggi yang lebih baik dari zaman zaman jahiliah terdahulu. Pada hal, kebanyakan rakyat rakyat yang sedar mengetahui kehidupan mereka bagai kan lembu lembu mencari rumput di kawasan tanah Murugan yang sudah kering kontang akibat penempatan haram.

Tanpa Ali dan Baba, nescaya lakonan lakonan si bahalol dan benggap akan gagal dan hilang di dunia ini. Apabila darah daging nya serta mereka mereka yang menjilat tangan dan punggung nya ber darah kan juga ber mata kan syaitan, maka agak mustahil untuk si bahalol menukar panduan agama duniawi ke arah yang benar.

Mereka mereka yang gagal dan peng aniaya mempunyai sifat kebijaksaan dan kebenggapan yang sama, maka Al Kisah Ali dan Baba akan tetap di negara Malaysia sehingga umat pri bumi sedar akan kelemahan dan keperluan untuk hidup ber pandu kan kepada AlQuran dan AlSunnah yang benar.

perfectman2017 said...

kami genarasi berilmu tahu apa yang benar apa yg salah, kerajaan atau parti pembangkang hendaklah kamu memperjuang sesuatu yg adil, dan kami generasi berilmu tahu pilihan kami.

Anonymous said...

Dalam ertikata yang lain, kerajaan pimpinan PakLah bodo ni takdak duit. Kalau adapun diperhabihkan pada kroni-kroninya saja. Patutlah Skim Pinjaman Buku Teks ditarik balik, susah sangat nak mintak naik gaji kakitangan awam dan nak mansuhkan pencen pesara. Sebab duitnya dah takdak. Jadi apa storynya indeks BSKL melonjak naik melebihi paras 1200 mata dan nilai dagang Malaysia lebih dari 1 trillion? Maknanya kerajaan pemimpin bodo ni sedang berbohong besar pada rakyat. Kalau rakyat pun buta tang tu, memanglah tak nampak apa pun. Tapi bukan semua rakyat buta, cuma dapat lihat PM yang kaki pembohong dan kaki tidur yang bangang. Dia ingat nak bodohkan rakyat tapi dia sebenarnya yang bangang sangat!

Anonymous said...

Assalamualaikum-Hikayat Pilihanraya Dah Nak Dekat-Setelah berhempas pulas memenuhkan khazanah keluarga sehingga tak habis 7 keturunan maka terdetiklah di kepala Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari (IAHAH) bagaimana ingin melanjutkan lagi tampuk pemerintahan supaya khazanah keluarga yang terkumpul dapat diperbesarkan lagi sehingga 7 keturunan lagi.

Maka berhempas pulaslah anak dan menantunya serta pemikir2 di tingkat 4 berfikir mengenai cara-cara utk memujuk dan mengaburi mata rakyat jelata. Antaranya -

1. Kisah projek diAliBabakan-untuk menunjukkan bahawa Imam Besar amat prihatin dan banyak memberikan projek kepada Orang Melayu. Dan Orang Melayu sendiri yang telah mensia2kan peluang yang diberikan. Kesilapan bukan di pihak Imam Besar.

2. Kisah indeks BSKL yang mencecah trillion ringgit. Ini untuk menunjukkan di zaman pemerintahan Imam Besar ekonomi negara adalah cemerlang, gemilang dan terbilang.

3. Perbincangan demi perbicangan diadakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan lain2 faedah. Ini untuk menunjukkan Imam Besar amat prihatin terhadap kebajikan kakitangan awam.

Maka tenggelamlah sebentar isu-isu buruk yang diperkatakan terhadap Imam Besar IAHAH ini sehingga hampir2 tidak kedengaran lagi.

Percayalah projek2 akan terus diberikan kepada kroni2 Imam Besar IAHAH ini untuk terus diAliBabakan, indeks BSKL akan terus baik hasil duit rakyat sendiri dan gaji kakitangan awam jua akan dinaikkan DEMI untuk mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Persoalannya sama ada kita semua ingin Imam Besar ini terus memegang tampuk pemerintahan. Apa yang berlaku di Thailang rasanya sudah mencukupi utk kita mendapat pengajaran bagaimana seorang pemimpin yg telah menjualkan aset strategik negara kepada orang asing demi kepentingan diri sendiri. Adakah itu yg kita inginkan utk berlaku di negara kita. Sama-samalah kita renungi bersama.

Wassallam.

Anonymous said...

Kalau benarlah ekonomi Malaysia dah benar-benar pulih dan "..running on the right track....." -menurut kata si Dullah di Penang siang tadi, kenapa harga minyak tetap maintain tinggi...? Kau turunkanlah harga minyak tu wahai Dullah!!!

Anonymous said...

kalau kita fahamkan cerita p.ramlee tu sebenarnya ali baba tu orang yg baik hatinya sebabnya dia berkongsi harta dgn rakyat miskin dgn menabur dinar emas kpd org ramai. Bezanya Ali baba zaman imam besar berkongsi harta dgn baba pilihan dia orang okey le tu.

Anjing peligi, babi mali
Election hali, korang pangkah le lagi.

Kotete Gang said...

Alahai sang Kelembai,

Benda baik pun kata macam-macam, Ingat boleh ke dibuat-buat yang ekonomi kita baru nak pulih. Ceritanya baru nak pulih. Zaman tun mahathir, indeks tak naik-naik, ekonomi stagnant. bila index naik, jumlah dagangan capai trilion ringgit, ekonomi berkembang 5.6peratus..barulah nak bernafas sikit. Ini kaitkan dengan harga minyak tak turun-turun, barang mahal. Dulu pelabur asing lari-tak nak labur di negara kita...mereka lari kerana macam-macam cerita pasal negara kita termasuk kekangan mata wang asing. La ni 44 peratus pelabur adalah orang asing. Mereka yakin dengan cara negara tangani kemelut ekonomi.......sabor le sikit. Tunggu masa je, impak keghairahan ekonomi akan dapat juga di rasai oleh rakyat.. Kotete Gang

Anonymous said...

Kerajaan Hadhari...

Anda boleh membohongi seseorang dalam setiap masa...Namun tidak semua org anda boleh bohongi sepanjang masa....

Anonymous said...

Ali Baba dan Kassim Baba memang dah ramai yang tahu ceritanya. Yang orang ramai belum tahu ialah semenjak RMK-1 hingga RMK-9, semua peruntukkan pembangunan habis tiris ke bukan bumi. Kenapa jadi begini? Bumiputra (tak kiralah Kerajaan atau Kontraktor Kelas F- A)sekiranya dapat kontrak di mana mereka nak dapat bekalan kalau tidak kena mengadu kepada si Ah Chong dan Si Ramasamy. Jadi lagi banyak peruntukan dalam RMK lagi sukalah mereka (bukan Bumi) kerana mereka tahu duit itu lambat laun akan mengalir ke poket mereka. Sebab itu mereka tak kisah sangat berapa nak bagi pada mereka (RMK untuk bukan Bumi)janji kerajaan ada projek untuk dibangunkan...

Anonymous said...

heheheh...sang kelembai..pak cik punya analisis kasim baba bagus..apa kata kita namakan

pak lah dogol baba..heheheh

jgn mare... selamat pak lah..idup pak lah untuk selamanya..mampus lah..

Anonymous said...

Zalim tercela tahap dewa...itulah yg mampu saya katakan pada sesiapa juga yg melakukan dakyah jika tanpa bukti yg sahih. Baik Sg Kelembai mau pun Golongan Kassim Baba, bertaubat lah...sebelum Allah menurunkan bala ke atas kemungkaran dan penganiayaan yg kamu lakukan di mukabumi ini. Wahai orang2 yg teraniaya...marilah kita berdoa agar pihak yg menganiaya itu diturunkan bala..oleh Allah Subhanahua Taala.AMIN.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia