Wednesday, February 21, 2007

Tahukah Apa Yang Dia Cakap


Dalam sejarah hidup seorang manusia, kecerdikan seorang itu bergantung kepada akal dan akal perlu selalu diisi dengan ilmu maka barulah seorang itu dikatakan orang berilmu. Ilmu hadir dari dua pendekatan, belajar dan berfikir. Belajar dengan cara berguru atau membaca dan berfikir pula menggunakan bahan yang ada di dalam badan samada pancaindera, kudrat atau tenaga.

Tidak semestinya seorang yang dianggap ketua, maka segala yang diperlakukannya baik. Nabi Muhamad sendiri dibantu oleh para Malaikat walau pun dia diangkat menjadi Nabi oleh Allah. Pengertiannya, setiap orang mesti mempunyai pembantu atau setidak-tidaknya mendengar nasihat orang lain. Apabila seorang menganggap dia bijak dan setiap tutur katanya seperti hadis, maka orangnya itu akan termasuk dalam golongan macam pengikut Ayah Pin ketua Kerajaan Langit yang sudah diharamkan.

Begitulah Abdullah Hj Ahmad, bila dia bercakap bahawa akan tiba masanya kerajaan akan menamatkan Dasar Ekonomi Baru, sekiranya pemilikan ekuiti perniagaan orang Melayu/Bumiputra sudah mencecah 30% seperti mana yang disasarkan. Namun berita itu tidak pun diulas oleh sesiapa kerana yang membaca pun kurang mahu mengambil tahu tentang dasar 30% ekonomi yang diperuntukan kepada orang Melayu Bumiputra.

Sedarkah Abdullah Hj Ahmad yang kaki tidur itu bahawa Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan adalah untuk menjayakan kehendak Perlembagaan Malaysia Fasal 153 yang disetujui bersama dengan kaum lain dan dibuat melalui satu Suruhanjaya yang bebas. Bila Abdullah Hj Ahmad berkata bahawa akan tiba masanya Dasar Ekonomi Baru ditamatkan sekiranya dasar itu sudah berjaya, maka dia memberi pengertian bahawa Abdullah Hj Ahmad akan menggunakan Perlembagaan Fasal 40 dalam Perlembagaaan Malaysia untuk menasihatkan Yang Di Pertuan Agung bagi membatalkan hak keistimewaan orang Melayu dalam bidang permit, perniagaan, biasiswa dan juga kuota Melayu dalam perkhidmatan awam.

Maka kita tidak perlu menunggu aktivis perkauman yang selalu di kambing hitam seperti Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri bagi meminta Yang Di Pertuan Agung menarik balik kesemua kuota Melayu atau Bumiputra dalam ekonomi di negara kita ini. Ini adalah kerana Abdullah Hj Ahmad sendiri dari Kerajaan Tiga Beranak ini yang pernah berkata bahawa dia bukan Perdana Menteri satu penggal, akan mempersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agung untuk membatalkan kesemua keistimewaan orang melayu dalam rezab atau kuota ekonomi, permit, pelajaran dan sebagainya apabila sudah berjaya sampai ke matlamat 30% pegangan ekonomi orang - orang Melayu.

Apa punca jadi begitu? Kenapa seorang yang suka menjerit dalam setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, "Hidup Melayu" boleh mengeluarkan satu kenyataan yang sedemikian. Dia bernasib baik kerana kumpulan-kumpulan bukan Melayu terlepas pandang akan kenyataan itu dan mungkin kerana mereka cukup selesa dengan dasar Abdullah Hj Ahmad tersebut, maka tidak perlu membuat apa-apa reaksi kenyataan dari Imam Besar Islam Hadhari. Atau mungkin mereka hanya menunggu untuk menggunakan kenyataan itu apabila tiba masanya. Sementara orang- orang Melayu pula tidak mengambil kisah kerana menganggap kenyataan itu tidak merugikan mereka.

Sebenarnya apa yang disungutkan oleh orang Melayu semenjak Dasar Ekonomi Melayu dan Bumiputra adalah persaingan agensi kerajaan sendiri dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh orang Melayu. Dahulu orang Melayu tidak pandai dalam perniagaan pengangkutan termasuk Bas lalu MARA digunakan sebagai alat mempercepatkan orang Melayu dalam bidang itu dengan MARA sendiri menjalankan perniagaan Bas dan akhirnya diserahkan kepada Syarikat orang Melayu seperti mana berlaku sekarang.

Namun sepuluh tahun yang lalu, Kerajaan mengambil alih ke semua syarikat pengangkutan di Kuala Lumpur dan melupuskan konsensi Bas Sri Jaya milik bumiputra. Ini disebabkan keadaan gawat ekonomi dan syarikat itu tidak berupaya lalu diambil alih oleh Kerajaan dan diberi nama Rapid. Pada tahun lepas Kerajaan menaikkan harga minyak dan antara alasan kenaikan adalah untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan pembelian Bas baru.

Maka dibeli bas baru, yang hari ini banyak berkeliaran di Kuala Lumpur tetapi sesetengah bas tersebut sudah macam umur lima tahun. Naiklah sendiri Bas Rapid itu dan lihat sendiri apa yang mata anda dapat melihatnya, dengan pemegang yang dah terputus dan lampu yang tidak bernyala. Siapa pembekalnya? Bukankah dia sebahagian dari syarikat Scomi. Siapa pemilik Scomi? Jawabnya orang yang berkuasa dalam Kerajaan Tiga Beranak yang memerintah Malaysia sekarang.

Bila mana Abdullah Hj Ahmad mengumumkan Rapid atau MOF yang memiliki Syarikat Pasarana Negara Berhad akan beroperasi di Pulau Pinang, ini bukan bertujuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan di Pulau Pinang tetapi hanya untuk membolehkan bas baru dibeli dengan modal awalnya berjumlah RM50juta dan yang membekalnya sudah tentu syarikat milik anak Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya keseluruhan RM 3 billion hasil kenaikan minyak akan masuk juga ke poket mereka. Pi mai, pi mai kroni mereka juga yang dapat hasil kenaikan harga minyak yang ditanggung oleh rakyat.

Apa yang berlaku sekarang, samalah jenaka yang selalu diceritakan orang, kenapa setiap kali pemimpin UMNO mengalami kecederaan di kepala lutut ia akan mengakibatkan kematian walau pun kepalanya berkeadaan baik dan tidak seperti pemimpin bukan melayu yang lain, banyak yang mati bila kecederaan di kepala walau pun kepala lututnya baik. Setelah disiasat maka diketahui kita akan puncanya. Ini disebabkan oleh pemimpin UMNO sebilangan besar otaknya berada di kepala lutut tidak seperti pemimpin bukan Melayu yang memang otaknya di dalam kepala.

Maka dengan berbagai kenyataan Abdullah Hj Ahmad dan para pendukongnya dalam seminggu dua ini, maka bertanyalah orang, adakah akan diadakan pilihanraya dengan petunjuk yang sedia ada. Dari seorang ahli ekonomi di Pusat Penyelidik sampailah ke peniaga-peniaga yang menyokong untuk diadakan pilihanraya. Semua orang menunggu akan keputusan itu. Kalau dibubarkan sekarang, maka berpeluanglah rakyat untuk membuat keputusan kerana dalam masa 3 tahun 8 bulan ini bagi generasi tua, ianya sama dengan zaman dan masa pemerintah Jepun dahulu yang juga tiga tahun 8 bulan, yang penuh dengan penderitaan. Kesimpulan rakyat mesti beramai-ramai bertanya dengan Imam Besar Islam Hadhari ini, tahukah apa yang dia cakap?

Sang Kelembai: Abdullah Hj Ahmad yang setiap bulan ke luar negeri kerana mahu mencuba Kapal Terbang barunya dan dia bukan dari jenis orang membaca dan tidak pula dari spesis yang mahu bertanya apa reaksi rakyatnya. Kalau dia boleh ditipu oleh dua tiga kerat orang rapatnya maka tidak ada sebab 20 juta rakyat dewasa tidak boleh menipu dia. Tunggu dan lihat.. biar sampai kata-kata Sarjan dalam Ali Baba Bujang Lapok "siapa nak kena?", akan ada jawapan
.

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum-Hikayat PM Malaysia Yang Malas Membaca-Imam Besar IAHAH telah jelas tanpa bersuluh lagi seorang yang malas membaca jika dibandingkan dgn TDM. Kalau TDM di waktu malam sebelum masuk tidur digunakan utk membaca bagi mencambahkan pemikiran, Imam Besar IAHAH ini tengah orang sibuk berdegar-degar berucap dan bermesyuarat pun masih boleh tidur masakan lagi hendak membaca sebelum masuk tidur di waktu malam. Waktu malam tu tentunya tidak dilepaskan utk menambahkan tidurnya yg masih tidak berkecukupan di siang hari.

Itulah sebabnya tidak hairan kalau orang kata Imam Besar IAHAH ni bergantung harap kepada anak menantunya utk membca bagi pihak dirinya dan sudah tentulah banyak yang telah ditapis dan tak sampai kat dia.

Itulah sebabnya juga Imam Besar IAHAH ni tak ada rasa malu sikitpun nak bagi projek kat anak dia utk membekalkan bas baru kepada RapidKL utk digunakan di P. Pinang. Rasanya kalau ditanya dia akan jawab-dia tak bagi projek kat anak dia tapi Syarikat Prasarana Negara yg bagi projek. Mcm beli jet barulah senang aje dia kata Kerajaan tak beli jet baru tapi PMB yg beli, Kerajaan pajak saje jet tu.

Agaknye para blogger semua kena berpakatlah utk beli dan hadiahkan Imam Besar IAHAH ni satu komputer riba yang comel dan kecil yg mudah dibawa ke sana ke mari dan boleh masuk poket seluar. Juga telah siap disambung dgn internet dgn sekali tekan aje supaya sebelum menambah waktu tidurnya di waktu malam bolehlah Imam Besar IAHAH ni layari internet dan melawat blogspot para blogger semua. Semoga dengannya terbuka sikit sifat rajin utk membaca masalah dan rintihan rakyat jelata. Para blogger semua pun boleh dapat pahala kerana berjaya merubah minda Imam Besar IAHAH ni. Belum cuba belum tahu kan !!!!

Wasallam.

Anonymous said...

sang sapurba wrote,

Salam sejahtera saudaraku sang kelembai.

Apabila anda menulis tentang cakap2 yg tak tau biji butir biarlah saya menyelit sebuah album baru dari penyanyi MEL.

Di sini saya bukan maksud untuk mensasarkan penulisan tetapi rupanya kita mempunyai kawan yg sama2 berjuang dlm arena ini menerusi album lagu barunya.

Mel klu sesiapa ingat beliau merupakan bekas penyanyi kumpulan Wings.Beliau pernah popular dgn lagu Lena Diulit Intan di sekitar tahun 1995 dahulu.Namun hala tuju beliau berlainan sekali dan muncul dgn 2 buah album solo tetapi tak mandapat sambutan kerana lirik2 beliau tak digemari olh org2 MAILAH U.

Saudara sang kelembai di sini saya ingin menyisipkan sebuah lagu dan lirik dari penyanyi MEL,izinkan saya.Bkn niat utk mempromosi tetapi saudara sekalian pasti teruja dgn setiap lagu dan lirik nukilan MEL dan rakan2.

ULAMA IKUTAN.

KAMI MAHUKAN ULAMA MCM IMAM MALIKI,
MCM IMAM HANAFI,MCM IMAM HAMBALI,MCM IMAM SYAFIE.

KITA PERLUKAN ULAMA MCM IMAM GHAZALI.MCM IMAM SAYUTI.MCM IMAM NAWAWI.MCM IMAM DARKAWI.

MRK ITU CTH ULAMA BAGI KITA.BAGI SIAPA NAK JADI ULAMA SETIAP MASA.PERIBADI MRK ITU BLH DICONTOHI.

MRK ADALAH IKUTAN BKN SAJA UTK ORG BIASA TAPI ULAMA SETIAP MASA.
AKHLAK MRK SANGAT MULIA,ILMU MRK SANGAT KETARA.

IBARAT CAHAYA MENTARI SETIAP HARI.ULAMA ITU BKN HANYA SEBAGAI NAMA.ILMU MRK ADALAH GLOBAL.

SETIAP MASALAH DIKETAHUI OLH MRK.AKHLAK MULIA MRK TERSERLAH.IBADAH MRK BYK SEKALI.SIAPA YG HENDAK JADI ULAMA?

MRK ITU ADALAH CTH ULAMA SETIAP MASA.KLU ULAMA SETIAP ZAMAN MCM MRK.ADA PIMPINAN SURI TAULADAN UTK IKUTAN.

KITA PERLUKAN ULAMA MCM IMAM GHAZALI.MCM IMAM SAYUTI.MCM IMAM NAWAWI,MCM IMAM DARKAWI IKUTLAH MCM MEREKA

JGN IKUT IMAM HADARI.....

Lagu2 MEL kena gam olh Radio Mlaya kununnya lirik terlalu jelas dan terang.tak boleh mcm itu kita kena main kias2 songlap pun secara kias tapi rakyat tau lah bodohwi....

Saya sarankan anda diluar sana mencari membeli dan mendgr album MEL pasti tak rugi melodi sedap lirik tak khayal ttp membangkitkan semangat.

MEL DUNIA BARU...

Anonymous said...

Sang Kelembai

Dan sesungguh nya rugi lah sesuatu kaum dan bangsa itu jika ia nya ber ketua kan seorang manusia yang ber sifat serta ber akal kan seperti se ekor keldai atau baghal.

Akan tiba suatu waktu apabila kaum kaum itu ber tanya kepada ketua nya "apakah hari akan kiamat", maka si ketua nya pun menjawab "sesungguh nya aku ada lah ketua bagi kaum dan bangsa ku, namun aku bukan lah tuhan untuk menjawab soalan soalan mu itu". Maka si kaum kaum itu menyedari bahawa ketua nya bukan lah dari golongan golongan baghal atau keldai keldai yang benggap, bahalol, lagi mentoye'kan empunya nya.

Maka di ajar dan di tunjuk ajar kan kepada ketua kaum nya itu cara cara untuk menjadi ketua, namun dengan bongkak lagi sombong, ketua kaum ter sebut lari lari melancung ke luar tanah air nya untuk mencari ilmu yang boleh di dapati di kalangan kaum nya.

Namum apabila tiba malaikat maut menghampiri ketua ter sebut apabila tiba waktu ketua ter sebut pencen, di tanya kan suatu soalan cepu emas "apakah yang engkau laku kan kepada kaum kaum mu yang jahiliah, se waktu engkau menjadi ketua bagi kaum mu itu?"... Lalu di jawab nya, "I am a Datuk Seri and I am very very busy!".

Lalu terbang lah segala harta harta duniawi yang di kumpul dari hasil titik peluh kaum kaum nya hasil dari menoye' kan mereka.

Si malaikat itu pun ber kata, "Sesungguh nya mereka mereka yang menganiaya sesama kaum dan bangsa, adalah ter diri dari golongan golongan yang rugi dan hanya api neraka adalah milik mereka".

Untuk renungan ber sama.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Melayu perlu belajar untuk bersaing, bersusah payah dan berusaha dalam mendapatkan sesuatu daripada hanya bergantung harap dan menanti orang lain menyuapkan segalanya! Dengan berani berusaha, berani menghadapi cabaran, barulah bangsa akan maju! Bangsa akan semakin lemah sekiranya sering dimanja!

P.S - Satu Soalan, adakah dengan berkahirnya DEB, bermaksud keistimewaan Melayu akan terhapus sama sekali?

Anonymous said...

Ah Chong dan Ramasamy setakat ini rasanya belum lg buat bising berkenaan DEB. Tp nampaknya si Dullah dan konco2nya pulak yg beria2 benar nak cpt2 tutup buku DEB ni. Para penjilat pun ikut sama menyalak.. Alasan mereka? “..Biarkan org melayu berdikari, toksah manjakan mereka.. Sampai bila org melayu nk bergantung harap pd kerajaan..”

Apa diorang ni tak pernah belajar sejarah masa kt sekolah dulu ke? Negara kita yg tercinta ni apa nama asalnya dulu? Tanah Melayu ke Tanah Apek atau Tanah Keling?

Cuba tanya kebanyakan anak2 sekolah di seluruh negara yg lahir pd thn 80an dan 90an, kebanyakannya tak tahu nama Tanah Melayu… Siapa punya dosa yg memansuhkan mata-pelajaran sejarah yg kebanyakan kita belajar bila naik darjah 4 dulu…

Kalau kita belajar sejarah, maka kita harus bin wajib menegakkan keistimewaan dan hak2 org melayu sampai bila2… Betul tak Pak Sang Kelembai?

Ah Chong dan Ramasamy ni kalau dah diberi muka akan naik tocang la mereka.. Dullah dan kwn2nya dah buka jalan utk Ah Chong dan Ramasamy, yang rugi ialah org melayu sendiri..

SiDullah ni mmg pandai berlakon, sepatutnya dia diberi oskar… Hidup Melayu konon, sebenarnya dia tak kesah pun kalau melayu tergadai, mcm melayu di seberang tambak tu… Apa lg yang tinggal pd mereka?

Wahai umat melayu, fikir-fikirkanlah…..
Allah jadikan otak manusia di kepala atas, bukan di kepala lutut…

Anonymous said...

Kenapa SPN/RAPID mesti beli bas melalui SCOMI???

SCOMI pulak import bas-bas tu dari China…

Dalam Malaysia ni takde ke company yang boleh supply ‘made in Malaysia’ punya bas? Setidak-tidaknya bas yang bodynya made in Malaysia kerana seperti yg kita tahu Malaysia mmg takde buat chasis bas…

Walaupun dikecualikan cukai namun harga pembelian bas-bas tersebut masih lg tinggi berbanding bas yang boleh dipasang di Malaysia…

Mesti ada unsur2 price mark-up ni….

BPR tak minat nak siasat ke? BPR? BPR tu amende? BPR tu adik beradik sama cam SPR la… mana ada telus punya…

Kot-kot bos-bos PR PR ni pun species suka tidor jgk...
Tidor dalam jaga, macam big bos diorang tu lah....

Anonymous said...

DEB adalah satu satu dasar ekonomi benggap untuk memusnahkan orang orang melayu di dalam jangka masa panjang.

Untuk mara dan maju kehadapan, orang orang melayu mesti menerima hakikat bahawa mereka adalah bangsa yang amat malas, bahalol, lembap lagi benggap.

Dengan menerima kenyataan ini, orang orang melayu tidak akan merasa bangga akan diri mereka sendiri. Berbandingan dengan bangsa asing - Cina, India, Indon, Mamak - orang melayu boleh mempelajari kekuatan dan kebijaksanaan mereka dan melalui pelajaran ini, orang orang melayu boleh mengubah pendirian dan masa hadapan mereka.

Boleh di perkatakan bahawa kekayaan orang orang melayu di bandar serta di kampung kampung, kebanyakan adalah dari hasil makan duit 'kopi' dari peniaga peniaga bukan melayu. Mercedes sana, BMW sini, Chairman sana, Advisor sini, semuanya adalah teknik meminta duit 'kopi' sebagai balasan menunjuk muka 'khinzir berlapik melayu' mereka.

Adalah memalukan jika satu generasi akan datang segan menerima hakikat mereka di lahirkan melayu, secara terbuka.

Orang orang melayu bahalol di jadikan ketua untuk orang orang melayu, dan bijak pandai melayu di sisihkan dari arena korporat, politik, maupun di masjid masjid.

Benggap betul agak nya orang orang melayu. Cara mudah dan cepat menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengalak kan perkahwinan campur antara melayu-cina, melayu-india, melayu-mamak, atau melayu-iban. Kacukan anak anak ini akan mengalakan pemikiran terbuka dan perkembangan ilmu ilmu terbaik kedalam perkauman melayu.

Jika keadaan terkini bergayut selamanya, tinggalah melayu melayu di bawah jambatan kerana tak mampu bersaingan di Curve, Ikano, Damansara Heights, Bukit Tunku, yap Kwan Seng, Jalan Pinang, Bukit Bintang serta Raja Chulan.

Ketua orang orang melayu pun malu menjadi melayu, lalu di jelajah dunia untuk berjauhan dengan orang orang melayu nya.

Anonymous said...

Terdetik di hati saya dgn kenyataan PM dalam Utusan Malaysia dalam column "Bukan rekaan – PM -- *Pelaburan lebih RM40b *Bursa Malaysia stabil *Nilai ringgit kukuh", PM berkata, Dalam hal ini Perdana Menteri berkata:‘‘Apa lagi yang rakyat hendak.’’

Alangkah bodohnya kenyataan ini, adakah dia mengetahui dgn ekonomi yang beliau anggap di tahap tertinggi skg ini mampu membantu rakyat menangani kos hidup yang semakin meningkat? Adakah dia sebenarnya tahu apa sebenarnya kehendak ataupun kesusahan rakyat?

Saya adalah antara rakyat yang hidup dalam kesusahan, dgn kos membesarkan anak dan lain lain kos yang semakin meningkat dan dgn pendapatan yang lebih kurang sama setiap tahun, adakah saya boleh mengatakan ekonomi negara skg membantu meringankan beban rakyat.

Memang ekonomi skg meningkat, tapi siapakah yang membolotnya. Tepuk dada, tanya selera. Takkanlah nak dapat projek kecik pun nak pegi menyembah. Saya sembah ALLAH S.W.T sahaja.

ALLAH MAHA BESAR.

Anonymous said...

Objektif utama DEB adalah untuk menaik taraf hidup bumiputera, supaya dapat bersaing dgn kaum-kaum lain.
Jgn kita sesuatu yg asing dan pelik jika hanya sebahagian bumi yg memperolehi kekayaan dari DEB.
Dgn takdir Allah, keluarga bangsawan di raja UMNO telah terpilih utk menikmati kekayaan negara. Bagaimana mereka mencapainya? Soalan b***h yg tidak perlu dilayan.
Malaysia skrg adalah milik Umno, jika putih kata UMNO putihah negara. Asas ini telah diterima pakai dan menjadi dasar org sejak 50 tahun lampau. Kalau tidak, masakan org melayu memilih UMNO setiap kali pilihanraya.

spycatcher03 said...

Sdr Sang Kelembai,
Tidak dapat di sangkal lagi bahawa 'dia tu' memang tidak faham apa yang dia cakap! Dia ingat dengan memberi ucapan/kenyataan tanpa teks menunjukkan sesaorang itu bijak? A gifted orator? jauh sekali , kerana he don't even know what he is talking about!
Sdr nampaknya sentiasa ingin melepaskan geram terhadap nya. Ini tidak membawa anda kemana2. Cuba2 lah fikir dan cari jalan bagaimana mesej2 ini bisa sampai kepada rakyat. Internet amat berkurangan di kampong2 terutama pendalaman,tak usaa cakap tentang kosnya! Rakyat berhak mengetahui terutama sekalai polimik TDM/AAB dan sebab musabab sesuatu isu itu timbul! Sedangkan media perdana tidak menyiarkannya!
Fikir!!!!!!

The Truth said...

S.O.S-ENEMY AT THE GATE
Hakikatnya penasihat-penasihat Abdullah Badawi dilevel four telah melakukan kesilapan besar dalam rancangan menaikkan imej Abdullah Badawi dengan menggunakan pendekatan pemalsuan indek-indek ekonomi.Rancangan yang tidak mengikut arus dan pola semasa ini telah mengheret kerajaan Abdullah Badawi dalam polimik dan telah mendedahkan kebodohan sendiri.

Rancangan penasihat Abdullah Badawi adalah untuk mengalih perhatian rakyat dari segala kelemahan kerajaan yang cukup memalukan. Lebih-lebih lagi apabila segala langkah yang diambil oleh Abdullah Badawi dalam mentadbir negara sekarang ini telah dapat dirasai kesannya oleh kerajaan Thailand dimana langkah-langkah yang sama juga pernah diambil oleh bekas Perdana Menteri yang diguling Thaksin Sinawatra. Natijah dibawah pemerintahan Thaksin, Thailand hampir ditelan oleh musuh yang telah berada diambang pintu. Langkah lemah gemalai yang diguna pakai oleh Abdullah Badawi dalam hubungan luar juga telah menyebabkan musuh yang sama sedang menanti dan menunggu masa untuk meratah dan melahap kita.
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia