Sunday, March 04, 2007

Bila Kepala Lutut Bertopi Keledar


Apa akan berlaku kepada satu kumpulan pemain bolasepak di tengah padang, bila salah seorang pemainnya terpijak atau dilempar tahi? Adakah dia akan terus bermain? Tidakkah dia terasa sendiri yang dia menyusahkan pemain lain termasuk pasukan lawan. Biasanya pemain yang beradab akan keluar padang dahulu untuk membersihkan diri dari tahi yang terkena pada badannya sebelum masuk bermain semula.

Andaian ini sesuai kita tujukan kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, sebagai pemain bolasepak sama ada dia terpijak tahi atau ada orang lain yang membalingkan tahi kepadanya tetapi masih lagi berdegil hendak main, bagaimana agaknya rasa pemain lain? Tetapi pemain yang juga banyak tahi macam Shahrir Samad dan Mohd Nazri Aziz mungkin akan meminta juga orang kena tahi itu untuk terus bermain, kerana kedua mereka penuh dengan tahi maka tidak terbaulah tahi yang kena kepada pemain lain seperti Ketua Pengarah BPR itu. Alasannya mudah kerana belum disahkan lagi tahi itu dipijak, dilemparkan atau pemain itu terberak sendiri tetapi yang pasti keadaan itu busuk lagi membusukkan. Adakala kita terlampau biasa maka yang busuk itu seakan lali lalu menjadi sesuatu yang membiasakan. Mungkin keadaan ini juga menjadi "sindrome" kebiasaan kepada kita orang - orang Melayu.

Orang-orang Melayu kesemuanya pasti beragama Islam begitu juga setiap warganegara yang pasti mempunyai agama masing - masing kerana prinsip rukun negara yang utama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Ini secara relatif menunjukkan bahawa di Malaysia tidak ada tempat bagi mereka yang mengatakan mereka "free Thinker" atau tidak beragama untuk mengaku warganegara atau rakyat Malaysia. Sebagai orang Islam, Tuhan yang dipanggil Allah tidak berada di atas seperti amalan biasa bila berdoa, apabila semua memandang ke atas, sungguhpun sewaktu sembahyang semuanya memandang ke bawah. Allah sebenarnya berada dimana-mana, tak kira dia hadapan, belakang, kiri atau kanan, mahu pun timur ataupun barat. Namun orang Melayu Islam kita sudah bertahun tahun diserap ke dalam kepalanya supaya menyerahkan masa depannya selain dari Allah juga kepada UMNO sehingga terungkap kata-kata "selain tuhan (maksudnya Allah) maka UMNO lah tempat orang Melayu bergantung".

Sebenarnya banyak sudah pertolongan Allah beri kepada orang Melayu, dilahirkan disebuah negeri yang subur tanahnya, alam semestanya yang indah permai dan mewujudkan hasil sumber asli yang tidak terkira. Namun apabila Allah memberikan pertunjuk tiada siapa yang hendak berfikir. Allah membenarkan Pemuda UMNO menerima Khairy Jamalludin menjadi Naib Ketuanya dan Allah juga membiarkan budak yang berkelulusan Oxford ini membuat salah laku yang bukan sedikit kepada orang Melayu, dari Ecm-Libra, membawalah kepada isu ular lidi menelan ular sawa sehingga memperoleh kekayaan yang melimpah ruah. Ini belum lagi isu "hijack" projek-projek kerajaan yang berbillion ringgit dan yang terbaharu adalah bagaimana Khary Jamaludin terlibat secarang langsung membatalkan satu projek yang sudah diserahkan kepada satu syarikat bumiputra untuk pembinaan projek IPD Ipoh yang dibiayai daripada penyerahaan tanah-tanah polis di Jalan Mahameru dan Jalan Damai di Kuala Lumpur dengan menggunakan satu syarikat topeng Kementerian Kewangan di Perbadanankan dengan tidak punya apa-apa pegawai sokongan seperti Jurutera, Jurukur Bahan dan macam-macam lagi kalau syarikat itu hendak menjadi syarikat pembinaan. Kesalahan ini semakin jelas dan Allah telah menampakkan kepada kita perencanaannya supaya kita boleh ambil ikhtibar dari petunjuknya.

Perencanaan jelas ini kelihatan apabila kematian Endon Mahmood yang boleh dikatakan menguasai Abdullah Hj Ahmad. Bayangkan apa akan berlaku kepada negara ini, kalau dia masih sihat dan hidup zaman Abdullah Hj Ahmad menjadi Perdana Menteri? Kematian perunding Etos yang dihempap batu dan isu kematian seorang model Mongolia yang mana tertuduhnya seorang perunding dan penganalisa politi kepada orang VVIP politik Malaysia. Insiden Tsunami dan banjir besar Johor juga adalah petunjuk dan sebenarnya petujuk - petujuk insiden dan pelbagai insiden lain adalah pertolongan dan amaran Tuhan kepada orang Melayu tetapi kenapa Melayu masih lagi alpa tanpa mahu mengambil ikhtibar.

Malangnya sekali Abdullah Hj Ahmad tergolong dari keluarga yang rapat dengan agama turut alpa dengan kejadian dan petunjuk yang ada. Abdullah Badawi bukan sahaja tidak memikirkan petunjuk petunjuk ini malah tidak pernah mengambil iktibar segala peristiwa itu. Dia berseronok dengan kuasa yang ada dan mendabit dada seraya berkata " aku Perdana Menteri" dan "aku Menteri Kewangan" dan menggunakan wang rakyat untuk tujuan berpoya-poya walau pun dia sudah menzahirkan bahawa dia tidak mencari kawan-kawan untuk berpoya - poya. Siapa yang mengulang membaca sajak "mencari damai abadi" boleh berfikir sendiri sama ada pengucapan dia itu sama dengan perbuatannya.. fikir, fikirkanlah.

Hari ini Abdullah Hj Ahmad bercakap masalah apa yang berlaku kepada Ketua Pengarah BPR. Sebagai seorang Perdana Menteri, dia perlu bertanggungjawab kepada semua yang dipimpimnya. Dalam keadaan apa pun dia semestinya mempertahankan pegawai atau kakitangan yang dituduh secara terbuka oleh orang lain. Soal tindakan kepada pegawai itu, itu soal lain dan tidak ada siapa yang tahu apa yang hendak dilakukan. Sikap Abdullah Hj Ahmad berlainan dari sikap mana-mana Perdana Menteri sebelumnya. Kalau dicermati kesemua Perdana Menteri samada di dalam dan di luar Parlimen akan mempertahankan Pegawai-pegawai Kerajaan yang dicela oleh orang awam atau rakyat. Tetapi ini tidak berlaku kepada Abdullah Hj Ahmad, sebaliknya merasa bangga akan mengumumkan yang dia telah berhubung dengan Musa Hassan dan memperakui tuduhan itu serius dan penyiasatan mesti dilakukan. Kalau Abdullah Hj Ahmad tidak mementingkan tidurnya, sesuailah dia menjawab dalam isu Ketua Pengarah BPR itu dengan satu ayat yang pendek sahaja ia itu "Saya masih penuh percaya dengan dia selaku Ketua Pengarah BPR" dan kalau di desak lagi dengan soalan lain, dia hanya perlu menjawab, "Saya tidak akan mengganggu jika penyisatan dilakukan kepada dia" Itu sahaja ayat-ayat yang agaknya patut dikeluarkan oleh seorang ketua atau pemimpin kerajaan... bukan seperti yang disiarkan dalam akbar.

Pegawai-pegawai Kerajaan mesti berfikir, jangan jadi seperti orang politik terutama orang UMNO yang meletakan otak di kepala lutut. Bukan perkara baru pegawai kerajaan terdedah kepada celaan awam kerana sikap dan peribadinya. Dahulu pernah berlaku seorang pegawai awam yang bakal menjadi Ketua Setiausaha Negara tertangkap khalwat. Bacalah balik keratan akbar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam persoalan itu dan buat perbandingan cara Abdullah Hj Ahmad menangani isu Ketua Pengarah BPR ini yang belum dituduh secara formal lagi. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah menerima hakikat bahawa seseorang tidak akan bersalah selagi dibuktikan bersalah dalam Mahkamah. Masalahnya pula ialah Ketua Pengarah BPR itu sendiri mempunyai minda otak di kepala lutut, sepatutnya tidak boleh persalahkan orang yang buat aduan. Jika dia cerdik sedikit.. dia hanya perlu menjawab hanya empat perkataan ia itu "Saya terbuka untuk disiasat". Jika itu kenyataan beliau maka persepsi yang terbentuk dari kenyataan beliau akan menyebabkan seorang awam tidak lagi memikirkan "ya" atau "tidak" mengenai tuduhan itu tetapi sebaliknya menunggu keputusan atau laporan siasatan. Sebaliknya apa dia menjawab seperti yang tersiar, maka bermula andaian oleh orang awam mengikut istilah "secukup rasa". Peristiwa Skandal Ketua Pengarah BPR mestilah dijadikan ikhtibar kepada Pegawai-pegawai Kerajaan yang ada sekarang khasnya yang kanan-kanan yang sudah bergelar Tan Sri, Datuk Seri atau Datuk, dalam zaman pemerintahan Abdullah Hj Ahmad.

Kita jangan hanya memakai istilah ayat pusaka Hang Tuah "tak melayu hilang didunia" tetapi pakailah juga ayat Hang Jebat yang berbunyi "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Kalau dilihat pemerintahan Abdullah Hj Ahmad, segalanya yang salah ialah Pegawai Kerajaan sehingga wujud apa yang dipanggil Permudah. Resamnya bila satu projek dicadangkan atau ditenderkan, maka orang politik akan berjumpa orang politik untuk meminta wahyu. Masalah semuanya disokong, akhirnya menyebabkan pegawai kerajaan kena menunggu restu dulu dari orang yang berkuasa. Jika Abdullah Hj Ahmad ada menconteng di kertas itu, lagi bertambah berat, kerana yang dia conteng untuk sokongan bukan seorang malah ada kadangkalanya sampai lima enam orang. Maka macam mana pegawai kerajaan nak buat keputusan dan ini belum lagi kerenah setengah-tengah Menteri UMNO dalam soal yang sama.

Sang Kelembai: Sebenarnya Abdullah Hj Ahmad tidak banyak memikirkan masa depan negara ini. Dia hanya memikirkan bagaimana mana nak selesaikan isu Jean Danker menjadi milik dia. Dia memikirkan setelah dia mengwujudkan anak dan menantu yang diakui sendiri sebagai Kaya Raya maka jika Barisan Nasional kalah.. dia pasti lari untuk tinggal di Perth atau London. Bertambahlah pula sekarang Scommi dah beli aparment Mas di London yang dijual lelong oleh Munir Majid yang dilantik semula Pengerusi Mas. Bolehlah aparment itu digunakan untuk meletakan orang-orang yang bersekutu dan sewaktu denganya.

9 comments:

Anonymous said...

dear sang kelembai,

free thinker doesn't mean they don't believe in God. but most believe that all religions lead to the same God and God gave us a MIND to think and seek our own salvation. not just accept whatever other ppl tell us about God/life/etc. 'free thinking' encourages to question and actually FIND God in everyday life, everywhere, in everyone.

cheers.

Anonymous said...

as a free thinker, i agree with your view that "Malangnya sekali Abdullah Hj Ahmad tergolong dari keluarga yang rapat dengan agama turut alpa dengan kejadian dan petunjuk yang ada."

cheers.

Anonymous said...

Terkenang daku pada karya Sasterawan negara Shahnon Ahmad dengan karya nya bertajuk "SHIT".....

Ah...tersenyum sendirian di sini... pemikiran Saudara Sasterawan negara kita jauh ke depan ya Pak..

Anonymous said...

Inilah hak istimewa orang melayu dan ketuanan melayu yang mesti dipertahankan sepertimana dalam blog umno-reform

Anonymous said...

Assalamualaikum-Hikayat Bukan Kroni-Orang bukan tak tahu Johari Baharum sebelum ni kan Setiausaha Politik TDM. Semasa menjadi ahli kabinet Imam Besar IAHAH pun beliau nampaknya masih berpihak kepada TDM. Ini sememangnya tidak menyenangkan Imam Besar IAHAH ni duduk dan tidur dengan lebih lena lagi. Ingatkan kalau dah dilantik ke dalam kabinet hilanglah kesetiaan beliau kepada TDM tapi ianya tidak berhasil. Kurang asam betoi Johari Baharum ni.

Oleh itu peluang yg ada tidak akan dilepaskan sama sekali utk mengenepikan Johari Baharum ni.

Keadaan mungkin berbeza kalau Johari Baharum ni kuat menyokong Imam Besar IAHAH ni atau merupakan kroni beliau.

Lihat sahajalah sebelum ini tiada tindakan telah diambil ke atas Pak Said dan Pak Zakaria yg jelas telah menyalahgunakan kedudukan mereka. Bukan itu sahaja Pak Zakaria jelas telah mendatangkan murka Sultan Selangor.

Malahan pengumpulan harta oleh menantu dan anak Imam Besar IAHAH ni pun tidak boleh diganggu gugat sama sekali. Jangan diganggu periuk nasi mereka kerana periuk nasi mereka juga merupakan periuk nasi Imam Besar IAHAH ni. Sekurang2nya boleh jugak tumpang kedua2 belah kaki.

Isu Patrick Lim dan Kalimullah yg bersekongkol dgn menantu beliau menjarah hasil kekayaan negara dan wang rakyat sedikit pun tidak pernah disentuh oleh Imam Besar IAHAH ni walaupun telah banyak diperkatakan oleh rakyat. Isu ECM Libra sekiranya tidak dibangkitkan oleh Pak Shahrir akan senyap begitu sahaja.

Haiii begitulah nasibnya kalau bukan tergolong dalam kroni Imam Besar IAHAH ni.

Diseru bagi ahli kabinet yg jelas tidak sehaluan dgn Imam Besar IAHAH ni, selepas ini jgnlah lagi lagi takut utk mengatakan "Tidak" kepada Imam Besar IAHAH ni krn anda semua telah dikenalpasti utk dibuang dari kabinet tidak lama lagi. Gunakanlah masa dan peluang yg ada ini utk membetulkan UMNO balik kepada jalan yg sebenarnya.

Sesungguhnya ahli UMNO sejati semua berada di belakang anda semua. Berpeganglah kepada kata2 "Berani Kerana Benar".

Wassallam.

Anonymous said...

semuanya bersekongkol melakukan perbuatan terkutuk ini..Perlakuan rasuah dibuat secara terancang dan mendapat perlindungan dari semua kerabat rasuah yang punya kedudukan jawatan dan kuasa politik..Bila kepala lutut bertopi keledar,kepala di atas bertopi apa pula?

terdapat amalan pengambilalihan saham beberapa syarikat dibuat menggunakan nama syarikat RM2 sahaja yang dijadikan proxy awalan.Amalan ini diluluskan dan dibuat secara direct nego ataupun lantikan terus dari Perbendaharaan.Pelik tapi benar...

apabila urusan pengambilalihan selesai,syarikat RM2 ini akan dibubarkan serta merta dan saham sebenar akan berpindah milik kepada beberapa nama individu yang pada awalnya tidak tertera langsung dalam penyenaraian pengambilalihan syarikat asal.

salah satunya ialah pembelian saham syarikat BOVAR Canada sebanyak 25 peratus yang dibeli oleh syarikat RM2 bernama Quantum Up Returns Sdn Bhd. yang dimiliki oleh 2 wanita muda yang menjalankan perniagaan general trading sahaja.

Bovar Canada adalah rakan kongsi Progressive Impact Corporation yang mewujudkan ASMA Sdn Bhd syarikat yang menjalankan kerja-kerja penswastaan pengawasan kualiti air sungai/marin dan udara Malaysia.ASMA mendapat projek penswastaan bernilai RM 25 juta setahun bagi melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bawah seliaan JAS/NRE...

tolong bongkar dan siasat kenapa syarikat RM2 dilantik terus oleh perbendaharaan sebagai syarikat yang berjaya memiliki saham BOVAR yang tidak memiliki sebarang pengalaman teknikal dan kepakaran dalam menganalisa data alam sekitar ataupun menjalankan kerja-kerja pengawasan ini.

Siapakah dalang disebalik urusniaga penuh penipuan serta RASUAH ini?

Anonymous said...

semuanya bersekongkol melakukan perbuatan terkutuk ini..Perlakuan rasuah dibuat secara terancang dan mendapat perlindungan dari semua kerabat rasuah yang punya kedudukan jawatan dan kuasa politik..Bila kepala lutut bertopi keledar,kepala di atas bertopi apa pula?

terdapat amalan pengambilalihan saham beberapa syarikat dibuat menggunakan nama syarikat RM2 sahaja yang dijadikan proxy awalan.Amalan ini diluluskan dan dibuat secara direct nego ataupun lantikan terus dari Perbendaharaan.Pelik tapi benar...

apabila urusan pengambilalihan selesai,syarikat RM2 ini akan dibubarkan serta merta dan saham sebenar akan berpindah milik kepada beberapa nama individu yang pada awalnya tidak tertera langsung dalam penyenaraian pengambilalihan syarikat asal.

salah satunya ialah pembelian saham syarikat BOVAR Canada sebanyak 25 peratus yang dibeli oleh syarikat RM2 bernama Quantum Up Returns Sdn Bhd. yang dimiliki oleh 2 wanita muda yang menjalankan perniagaan general trading sahaja.

Bovar Canada adalah rakan kongsi Progressive Impact Corporation yang mewujudkan ASMA Sdn Bhd syarikat yang menjalankan kerja-kerja penswastaan pengawasan kualiti air sungai/marin dan udara Malaysia.ASMA mendapat projek penswastaan bernilai RM 25 juta setahun bagi melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bawah seliaan JAS/NRE...

tolong bongkar dan siasat kenapa syarikat RM2 dilantik terus oleh perbendaharaan sebagai syarikat yang berjaya memiliki saham BOVAR yang tidak memiliki sebarang pengalaman teknikal dan kepakaran dalam menganalisa data alam sekitar ataupun menjalankan kerja-kerja pengawasan ini.

Siapakah dalang disebalik urusniaga penuh penipuan serta RASUAH ini?

Anonymous said...

Sang Kelembai!
Cerita si petani benci melihat daun kelapa yang keluar dari pokok kelapa. Geramnya menyebabkan dikerat pelepah kelapa, namun selepas sebulan pelapah baru melahirkan daun kelapa. Diulang perbuatan tersebut berulang kali, namun keputusannya adalah sama daun kelapa yg keluar.
Keputusan sama apabila batang yang sama, menyebabkan petani menebang pokok kelapa dan menanam pokok rambutan. Hilang daun kelapa tumbuh menghijau daun rambutan. Selesai sudah penderitaan si petani.
Membicarakan ahli politik UMNO rasuah, dan membuang menteri yg rasuah sama dengan tingkah laku si petani membuang pelepah kelapa, apabila tidak mahu melihat daun kelapa. Perbuatan tersebut adalah sia-sia, rasuah adalah budaya Umno, hidup UMNO, nadi UMNO dan "tanpa rasuah tiada UMNO". Buang sahaja UMNO, Isyaallah tiada lagi budaya dan barah rasuah dalam hidup umat melayu.
Saya rasa Sang Kelembai mustahil nak menerima kenyataan ini. Tapi apakan daya yg benar tetap benar walaupun pahit untuk ditelan.

Anonymous said...

PERBINAAN BLT....SEKADAR KEDAI SATU TINGGKAT DIATAS SHOWROM "KANCIL" TAPI MENGENDALI PROJEK BERBILION2....KENAPA KAH PROJEK TERSEBUT TIDAK DI SERAHKAN KPEADA JABATAN KERJA RAYA..YG RAMAI KAKITANGAN TEKNIKAL...BERBANDING BLT....KENAPA AGAK2 NYE TUAN2....

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia