Monday, March 12, 2007

Bila menantu marah mertua


Akhbar arus Perdana baru - baru ini menyiarkan betapa marahnya Khairy Jamalludin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merangkap menantu dan pemegang saham minoriti kepada Kerajaan Tiga Beranak Berhad terhadap syarikat Khazanah Holding Berhad dan syarikat sekutunya yang dinamakan GLC atau Syarikat Kerajaan yang di perbadanankan kerana tidak hadir ke Majlis Cakap Banyak-Banyak anjuran Gabem dalam Jihad Ekonomi.

Bagi yang tak tahu pasti merasakan akan hebatnya Naib Ketua ini tetapi pada bagi yang tahu akan senyum "sempoi" (pinjam ayat AC disini). Ini adalah kerana bila Khairy Jamaluddin marah dengan syarikat-syarikat GLC, maknanya dia terlepas pandang bahawa semua CEO syarikat GLC dalam Khazanah Holding Berhad dilantik oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Pengerusi dan Menteri yang menjaga semua GLC.

Ini memberi pengertian bahawa Khairy Jamaluddin sudah menegur bapak mertuanya sendiri dan dia sudah mengesahkan juga yang bapak mertuanya tidak tahu apa-apa melainkan mendengar atau mengikuti apa kehendak pemegang saham majoriti Kerajaan Tiga Beranak Berhad ia itu Kamaluddin Bin Dato Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Hj Ahmad yang juga pemegang saham Scommi yang menguasai ekonomi besar-besar zaman pemerintahan Islam yang ada had dan hari di Malaysia.

Bila berita akhbar itu dikeluarkan pada 11hb Mac 2007, yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun ke 85 Tun Abdul Razak Hussein, maka sesetengah orang akan ingat bahawa apa yang dikatakan oleh Khary Jamaluddin pernah berlaku di zaman Tun Abdul Razak dan yang akan menjadi mangsa ialah orang yang melaksanakan strategi itu.

Tun Abdul Razak Hussein juga tidak terlepas dari kecaman atau serangan musuh politiknya yang di luar dari badan tubuh UMNO sendiri. Antara nama yang selalu menjadi sasaran ialah dua nama yang terdiri daripada dua Abdullah, seorang Setiausaha Akbar dan dan seorang lagi Setiausaha Politik. Kedua - dua mereka ini terlalu rapat dengan Tun Abdul Razak Hussein. Bila orang terlalu marah dengan kedua Abdullah ini, terutama dengan yang memegang jawatan Setiausaha Politik, maka mengadulah orang kepada Tun Razak Hussein. Satu kelebihan Tun Abdul Razak Hussein adalah dia mendengar keduanya sekali ia itu yang baik atau yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia.

Sekiranya pandangan yang dikemukakan kepadan Tun Abdul Razak adalah pandangan kedua iaitu pandangan yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia pada kebiasaannya, Tun Abdul Razak tidak akan berdendam sebaliknya dia akan beri harapan kepada pengadu dan lebih lagi Tun Abdul Razak Hussein akan menggunakan pendekata ia itu sama ikut marah-marah dengan dua Abdulllah ini.

Maka berpuas hati orang yang mengadu hal itu kepada Tun Abdul Razak Hussein dan akan dibawa cerita bagaimana Tun Abdul Razak Hussein juga marah dengan kedua-dua Abdullah ini khas yang memegang jawatan Setiausaha Politik. Malangnya, Tun Abdul Razak Hussein tidak lama menjadi Perdana Menteri, dia meninggal awal dan akhirnya pecah tembelang Tun Abdul Razak Hussein bila kisah-kisah itu diceritakan semula oleh orang yang rapat dengannya. Ini termasuk orang - orang yang dapat mengesahkan sendiri yang menjadi perlaku dan saksi mata, bahawa apa pun yang dilakukan oleh dua orang ini khasnya Setiausaha Politik yang kemudian keduanya ini menjawat jawatan Timbalan Menteri adalah orang suruhan dan arahan Tun Abdul Razak Hussein sendiri.

Apakah sebab Tun Razak Hussein melakukan perkara ini? Sewajarnya bagi mereka-mereka yang berminat menyelidik dan belajar sains politik membuat kajian. Pada orang yang tidak ada asas penyelidikan dan belajar sains politik, mereka perlu hanya mengambil kesimpulan bahawa Tun Razak Hussein hendak memandu kapal yang bergelora dalam UMNO agar dia masih diterima sebagai Nakhoda kerana di zamannya terdapat juga ketidak puasan hati ahli UMNO dengan cara kepimpinannya dan permulaan dasar ekonomi baru. Sehingga sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, Pahang, negeri tanah tumpahnya darahnya, yang mempunyai lapan kawasan Parlimen, tujuh memegang jawatan Anggota Pentadbiran Awam, kecuali ahli Parlimen Maran, itu pun menjadi Pengerusi Risda.

Sekarang menantu Perdana Menteri menggunakan tektik lapok itu, marah-marah dengan Pembesar Tinggi Khazanah Holding yang tidak hadir ke majlis cakap-cakap Gabem yang habuk pun tak ada dan andainyaair liur yang bercakap dari mula soal ekonomi Melayu ini dikumpulkan, harus kita boleh buat takungan air yang cukup untuk diminum oleh penduduk Lembah Klang selama setahun dan tak perlu nak buat Empangan Lembah Klau lagi kalau setiap tahun Gabem anjuran majlis macam itu setiap negeri.

Akhirnya dengan menggunakan sumbernya, Khazanah Holding sudah menjawab, pembesarnya pergi ke Luar Negeri dan sudah pasti sebelum pergi mereka memaklumkan kepada Pengerusinya atau orang di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dia tidak maklumkan atau memberi tahu kepada pejabat di Kementerian Kewangan bererti pembesar tinggi di Khazanah Holding, sudah menjadikan syarikat duit pembayar cukai itu macam harta pusaka yang ditinggalkan oleh emak bapak mereka dan sesuka hati melakukan apa yang dia suka.

Menantu Perdana Menteri ini juga mengatakan bahawa tuduhan keperluan untuk membayar bagi mengatur perjumpaan dengan bapak mertuanya dan mereka yang terlibat dalam perniagaan "Broker" mengeluarkan surat wahyu sebagai sesuatu yang mengarut tetapi tidak dia nafikan bahawa macai-macai dia kini ada yang hidup mewah dengan kereta yang berjumlah lebih dari satu dan pernah disiarkan secara terbuka di akhbar tabloid dan internet.. Macai-macai yang seperti ikan dugong ini masih lagi berdamping dengan dia lagi.

Kemudian keluar pula idea mengarut daripada Exco Pemuda UMNO yang beristeri dua, dulu isteri tuanya yang juga Ketua Puteri dalam satu Bahagian di Wilayah Persekutuan, meronta-meronta minta cerai tetapi apabila disumbatkan bermacam-macam dan hidup mewah, macam tak kisahlah pula. Jadi bagi seorang perempuan isteri kepada orang politik, yang dia takut bukan laki dia berkahwin lain tetapi takut harta berpindah ke bini baru. Kalau laki boleh menjamin harta dan sudah mempunyai cukup wang untuk tujuh keturunan boleh hidup... lantaklah nak kahwin sepuluh ke ! Mengarutnya Ecxo Pemuda ini dan juga Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad ialah dia nak suruh kerajaan buat syarikat membekal barang binaan untuk bantu kontraktor bumiputra. Dia patut pergi sekolah balik dan membaca buku atau pergi ke Kementerian Inovasi, supaya dapat mengeluarkan idea yang bernas. Sebenarnya kerajaan dah buang beratus juta RM ke dalam longkang dengan mewujudkan syarikat Pembekalan Bahan Binaan, di Peringkat Persekutuan, sudah ada Pernas Trading, diperingkat negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri semuanya ada syarikat membekal barang binaan. Di Selangor dahulunya ada Perangsang Trading dan di Johor dengan Sergamnya dan Terengganu dengan Babenanya. Malangnya semua sudah mati tetapi tidak tahu dimana kuburnya.

Yang perlu dibetulkan ada sistem kontraktor itu. Jika sekarang kena melawat tapak baru boleh beli tender , ini perlu ditukarkan dengan membeli tender dulu dan jadikan satu hari mereka boleh melawat tapak. Bukankah mereka kontraktor maka sudah pasti mereka sudah memahami soal teknikal dan staf atau perunding yang boleh menasihatkan dan tak perlu Pegawai Penguasa nak beri taklimat.

Keduanya dalam borang tender sekarang mesti dimasukkan surat aku janji atau jaminan dari syarikat pembekal barang binaan yang berdaftar dengan CIDB supaya kerajaan mesti bersetuju untuk membayar terus bahan binaan yang dibeli oleh kontraktor melalui skim pembayaran berasingan yang dikemukakan melalui kerja-kerja kemajuan. Jika dia hendak mencari untung menaikkan harga bahan binaan, terserahlah dia dengan pembekal. Kalau satu ton besi dibeli dengan harga Rm 1800 tetapi pihak pembekal membekal dengan harga RM 1,690, baki keuntungan RM 110 terserahlah kepada pembekalnya. yang penting tidak ada alasan besi atau bahan lain tidak dapat dibeli oleh kontraktor seperti yang didakwa hari ini.


Sang Kelembai: Kesimpulannya apa yang diilhamkan oleh seorang Naib Ketua dan Exco Pemuda UMNO Malaysia itu tidak berinovasi. Jika ilham atau idea mereka berinovasi, dia akan berakhir dengan keuntungan untuk mereka seperti bagaimana Kementerian Kewangan mewujudkan BLT, sebuah syarikat yang memgambil alih kesemua kepentingan pembinaan rumah polis dan penyelengaraannya, dimana tender tender pembinaan diberi secara runding terus dan kalau nak dapat projek itu, cable atau wahyu mesti sebesar paip air dari empangan Klang Gate yang merentang Taman Melawati. Kalau tidak lebih baik beramai-ramai membuang air liur atau meludah untuk dikitar semula menjadi air bersih. Lagi ada faedah
.

7 comments:

Anonymous said...

SANG SAPURBA WROTE,

wahai sang sapurba sapa exco pemuda ameno tuh?sapa bini dia ketua pu3 bhg wilayah tuh?habaq mai lah kat semua org.time2 feel good mcm nih tak payah lah hangpa nak berclue-clue,mai habaq biaq semua org tau.

Backpacker said...

the mentua should marah menantu actually. terbalik dunia. this is the teaching of umno putra. menantu pula marah mentua

http://rahsiaforex.com/?i=JoinUs
http://www.marketiva.com/?gid=10469

spycatcher said...

KJ= pelakon terbaik, seperti yang dijangka ,ini merupakan lakonan beliau! Kebanyakan CEO GLCs merupakan mereka yang dilantika baerasaskan perakuan beliau! Tak Hairan Sang Kelembai!

Anonymous said...

dear sang,
did kj know that the glc head honchos are with najib? what a fuss. unless he did not want the head honchos to follow najib.

simplish at simplilaa.blogspot.com

Daeng Sulu said...

Sdra Sang Kelembai,

Sebenarnya saya sering juga ke sini lepas Bung Roslan kenalkan blog sdra.

Saja tak ulas tapi hari ni ada kelapangan maka izin saya tokok ..


DARI BLOG SDRA : Dari BPR ke BSN dan Ordinan Darurat

>> Kita ambil contoh dalam keluarga "Kuok Brother" yang mana Philip Kuok pernah jadi duta dan pengerusi TDC dan Robert Kuok orang paling kaya di Malaysia, hari ini dilantik menjadi penasihat SJER... tetapi tahukah kita bahawa ada seorang adiknya bernama William Kuok menjadi pengganas komunis dan tembak mati di Kluang, Johor zaman darurat dahulu.<<

---

IZIN SAYA LETAK KOMEN SINI

Ramai yang gitu kok

Selami riwayat peniaga telor ayam Swatao berpengkalan di Central Market asalnya tapi terbongkang anaknya ditembak rakan kongsi Siam angkara berkira berat candu dalam karung beras yang ditenggek atas belakang lori

Hari ni kaum kerabat Si Hoi Lucky Chan berhasil memiliki gedung Takashi Maya di Orchard Road dan ternyata segalanya gedang hanya yang utama jua se Malaya.

> SAPA PETUALANG SIFU PENAUNGNYA?

BACA NI : KHAS BUAT SEMUA YANG TAK KENAL HIKAYAT ABDULLAH:

LINTAS LANSUNG WARTAWAN BERTUGAS MELAPORKAN PERIHAL SAMBUTAN LORD MINTO LABOH DI MELAKA DENGAN ANGKATAN SUPAI NAK SERANG TANAH JAWA : 1811 TM

Maka datang-lah kapal-kapal ka-Melaka pada sa-hari tiga buah, empat buah, sebuah. Maka esok-nya datang-lah pula enam tujuh buah; demikanlah tiap-tiap hari.

Maka adapun kapal-kapal sekalian itu bermuat lashkar dan supai orang Bengali; maka orang besar-besar-nya semua-nya Inggeris, terlalu banyak.
Maka ada-lah sakalian mereka itu tinggal dalam khemah, tempat-nya itu bernama Limbongan; maka dari pun Limbongan itu hingga sampai ka-Tanjong Keling tiada-lah berputusan, masing-masing dengan pasokan-nya dan dengan jenis pakaian-nya. Maka dalam mereka itu berjenis-jenis bangsa, Hindu dan Islam.

Maka ada-lah ku-lihat yang ada makan saperti anjing, ya’ani menjilat. Dan yang ada tatkala ia makan itu, jikalau di-lihat orang, maka di-buangkan-nya nasi-nya dan di-kejar-nya orang orang yang melihat itu, saperti hendak di-bunoh-nya; demikian-lah marah-nya.

Dan yang ada yang sendiri-nya memasak di-tengah panas itu di-makan-nya di-situ juga; serta titik peloh padam peloh saperti mandi-lah peloh-nya; satelah sudah di-makan-nya di-tanam-nya nasi-nya dan gulai yang lebeh-nya itu ka-dalam pasir.

Dan ada yang di-ikat-nya tiga urat benang di-perut-nya lalu ia makan; maka sampai putus benang itu baharu-lah ia berhenti.

Dan yang ada pula ku-lihat di-ambil-nya tanah putih dan tanah merah, di-chonteng-nya dada-nya dan lengan-nya dan dahi-nya tiga chabang; maka menyembah-lah ia ka-hadapan-nya dan kiri kanan-nya dan ka-belakang-nya, lalu lari-lah turun ka-laut sampai ka-pusat-nya ayer; maka ia menyembah matahari beberapa ketika lama-nya, serta ia menampar-nampar muka-nya kiri kanan. Maka naik-lah ia-nya ka-darat, baharu-lah ia makan, di-dinding-nya dengan kain putih tiada boleh di-lihat orang pada ketika ia makan. Maka barangkali terlihat oleh orang, di-buang-nya nasi-nya dan di-pechahkan-nya periok belanga-nya; maka lain kali ia hendak masak, di-beli-nya pula yang lain ada-nya.

Dan lagi pula suatu bangsa, ia makan boleh di-lihat orang, tapi tiada boleh ia berkata-kata; melainkan mulut-nya sahaja kumat-kamit di-bacha-nya, dan tangan-nya membilang-bilang sambil ia makan, dengan tiada boleh bergerak-gerak dari tempat-nya dudok itu.

Maka berbagai-bagai ’adat bodoh itu telah ku-lihat. Dan ada pula yang tiada boleh makan ikan dan daging dan perkara yang berdarah, melainkan tumboh-tumbohan sahaja.
|
|
|
Maka aku bertanya “Dari mana engkau orang sakalian di-bawa oleh Inggeris?” Maka jawab-nya, “Negeri kami sakalian Delhi, maka kami sakalian ini orang Nawab; maka Inggeris pergi ka-sana meminta orang, maka sebab itu-lah di-beri oleh Nawab tiga ratus orang pandai kuda. Maka ada-lah di-sana lagi tinggal beberapa ribu kawan-kawan kami, semua-nya berkuda saperti kami juga.”

Maka kemudian aku bertanya pula, “Berapa gaji tuan-tuan pada sa-bulan?”

Maka jawab-nya, “Tiga ratus rupiah sikah di-bayar oleh Nawab; maka demikian-lah juga di-bayar oleh Inggeris ada-nya. Dan lagi ada-lah perjanjian-nya pada kami sakalian, jikalau dapat Tanah Jawa itu, nanti ia beri hadiah lain daripada gaji yang tersebut itu pada kami sakalian.”
|
|
|
Maka masa itu di-Melaka segala jenis makanan pun mahal-lah : telor ayam tiga buah dua wang, dan ayam sa-ekor satu rupiah sikah; dan sayor-sayor dan ikan jangan di-kata lagi; sampaikan ikan-ikan bedukang yang dalam sungai makan kotor itu pun habis-lah menjadi rupiah sikah belaka.

Maka orang-orang Melaka pun pada segala bangsa basah-lah, miskin chara miskin, kaya cara kaya, masing-masing dengan pekerjaan-nya menchari kehidupan-nya.
|
|
|

KESIMPULAN :

[JIKA DI NISBAH GAJI SUPAI PREBET ZAMAN ABDULLAH MUNSHI @ 600 RUPIAH SIKAH = 600 EKOR AYAM = 20 EKOR AYAM SEHARI = BERSAMAAN NILAI RM 4,8OO SEBULAN MATAWANG RINGGIT HARI NI!

-– AMACHAM GAJI LASHKAR KERAJAAN ABDULLAH BADAWI ???]

Daeng Sulu said...

Maka gempar-lah dalam Melaka mengatakan, “Kapal Lord Minto datang;”maka sa-bentar lagi kelihatan-lah kapal itu memasang bendera ular-ular.

Maka di-Melaka pun di-berilah perentah masing-masing menyapu di-hadapan pintu-nya; maka segala lorong dan pekan pun di-suroh-nya hiasi; maka orang pun beribu segala bangsa ada-lah berhimpun di-tepi laut itu, sebab hendak melihat bagaimana-kah gerangan rupa-nya dan pakaian-nya; kerana nama-nya bagitu mashhor.

Maka sa-bentar lagi ke-dengaran-lah bunyi-bunyian rioh-rendah serta dengan baris supai yang di-Limbongan, dan Kelebang Kechil, dan Kelebang Besar, dan Batang Tiga, dan Lirih, dan Tanjong Keling, semua-nya sa-kali gus datang ka-Melaka semua-nya memakai pakaian baru belaka, berkilat-kilat sebab kena sinar matahari.
|
|
|
Maka ada-lah panjangnya baris itu kira-kira sa-jam perjalanan tiada putus, itu pun di-ator-nya dua lapis dan empat lapis; maka penoh sesak-lah dengan baris itu dalam Melaka.

Maka tambahan pula orang-orang Melaka yang menuntun itu, tiada apa yang kelihatan lagi melainkan manusia sahaja. Ada pun sakalian baris itu di-ator-nya tiga-tiga lapis, dari tepi laut itu hingga sampai ka-rumah Raja.
|
|
|
Maka sa-telah sedia, pergi-lah bersama-sama Tuan Raffles dan Tuan Farquhar dan segala orang besar-besar hendak menyambut Tuan Lord Minto itu.

Maka ada-lah kira-kira sa-jam lama-nya, maka turun-lah ia dari laut; maka apabila ia turun, menembak-lah kapal itu; apabila kedengaran, maka di-sambut-lah dari darat.

Kemudian segala kapal-kapal yang ada di-laut itu pun semua-nya menembak-lah, bunyi-nya saperti bertih di-goreng. Ada kira-kira dua jam tiga jam tiada keputusan bunyi meriam; maka kelam kabut-lah lautan itu oleh asap bedil itu.

Maka sa-bentar lagi, maka segala orang besar-besar dan segala baris itu pun siap menanti; maka apabila Lord Minto itu melangkah kaki-nya ka-darat, berbunyi-lah meriam di-bukit itu ada-nya.

Shahadan apabila aku melihat rupa-nya dan sifat-nya Lord Minto itu ta’ajub-lah sangat hati-ku, kerana ku-sangkakan bagaimana-kah rupa-nya dan tampan-nya dan tinggi besar-nya dan pakaian-nya.

Maka teringat aku saperti umpamaan Melayu, kata-nya, “Endah khabar dari rupa” maka kugigit telunjuk-ku.
|
|
|
DEMIKIAN LAH CATATAN SI TUKANG CHATIT PEMBODEK TUAN NYA YANG GIAT SAKAN MENGAMPU BOSS NYA.

TARIKH PERISTIWA 1811 – YAKNI 8 TAHUN SABELOM TEMENGGONG JOHOR SERAH BULAT BULAT SINGAPORE KE RIBA SI PETUALANG RAFFLES YANG TEMPAH NAMA HASIL LABA BERDAGANG CHANDU JUA GUNA UMPAN BAGI UMAT RAYAP MELATA YANG KINI DAH MEWAH BELAKA
HARI NI NAMA RAFFLES SI PENGAMPOO JAYA LEBIH MASHOR DARI LORD MINTO YANG DIJULANG NYA SE AWAL TIME TEMPAH PANGKAT


--> BETAPA BALOINYA KERJA MENGGILAP BUAT SI MATA DUITAN YANG BERWAWASAN KONTROL DAGANGAN CHANDU NUSANTARA YANG DAH JADI IKUTAN JUAK ANAK KETURUNAN

anisahmaisarah said...

sang kelembai, tulisan anda dijawab dalam blog lahabau.blogspot.com

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia