Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak , Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Pahang terpaksa membuat kenyataan menafikan apa yang tertulis laman - laman web yang kononnya dia tidak sehaluan lagi dengan Abdullah Hj Ahmad.
Apa pun kenyataannya dengan menggunakan perkataan "dongeng" dan "karut" adalah tidak penting dalam penafiannya itu. Yang penting ialah dimana dia berucap. Dia berucap dihadapan orang kampung di sekitar kawasan Pekan yang terdiri dari Ketua-ketua Kampung. Maka dengan sendirinya Najib Tun Razak sudah memperakui kesan laman web dan blogger terhadap kerjaya sebagai orang politik sehingga terpaksa memberi ikrar macam aku janji bahawa dia setia dengan Abdullah Hj Ahmad.
Najib Tun Razak selaku Menteri Pertahanan sudah pasti punyai Ko Risek sendiri dan mungkin maklumat dari Cawangan Khas yang mana dia juga berhak untuk mengetahuinya bahawa sudah tersebar luas kepercayaan orang bahawa terdapat masalah antara dua pemimpin ini.
Website dan blogger tidak menulis secara terperinci masalah atau konflik kedua-dua orang pemimpin ini tetapi kerana pengendali laman dan blog ini selalu berdamping dengan masyarakat, sebilangan blogger mereka berjaya memperolehi maklumat dari sumber yang boleh dipercayai khasnya sekarang dengan adanya gerakan yang akronimnya bernama GAN-Gerakan Anti Najib. Khabar ceritanya didalangi oleh menantu kesayangan Abdullah Hj Ahmad. Maka bertanyalah orang, kenapa ini tidak dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut?
Lebih mengharukan lagi selepas ikrar taat setia dan aku janji itu Abdullah Hj Ahmad tidak membuat ulasan apa-apa terhadap kenyataan Najib Tun Razak, maka ini membolehkan orang ramai membuat tafsiran betul atau tidak bahawa kedua - dua pemimpin ini nampaknya sudah bergesel. Bagi orang politik yang melihat, ada petandanya bahawa kedua - dua mereka ini sedang berdepan dengan masalah. Ingat sewaktu Anwar Ibrahim di saat-saat akhirnya menjaja aku janji yang sedemikian rupa. Namun indikasi yang jelas mengenai keretakan perhubungan mereka ialah kesahihan faktor bahawa Abdullah Hj Ahmad tidak pernah melawat atau menghadirikan diri untuk majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan sebaliknya banyak masa diberi kepada Muhyiddin Yasin, menteri di Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Di beritakan, semenjak Najib Tun Razak digosipkan dengan isu Razak Baginda, sudah ada majlis makan malam di rumah Muhyiddin Yassin yang diaturkan oleh orang tertentu, sehingga puak ini ada yang mengatakan bahawa Najib Tun Razak akan letak jawatan sebaik balik dari lawatan ke Jepun dan Korea. Anehnya pada saat itu ada beberapa Menteri Besar menyertai yang rombongan itu dipanggil balik untuk berjumpa dengan Abdullah Hj Ahmad di Langkawi.
Apa pun kisah dua orang ini tidak perlu untuk didebatkan. Setiap mereka memang ada rasa ketakutan. Si Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk buang Timbalannya, Si Timbalan ini jika dibandingkan pengaruh akar umbi, dia melebihi si Perdana Menteri sungguhpun Si Perdana Menteri tidak menyedari bahawa yang ada didalam UMNO bukan generasinya sebaliknya Generasi Si Timbalan ini. Perkara ini tidak disedari oleh si Perdana Menteri berkemungkinan kerana dia terlampau banyak tidur. Kalau adapun generasi si Perdana Menteri, ianya sudah berpecah dua, satu yang pemimpin UMNO yang independen dan ada perjuangan ikut Tun Dr Mahathir dan satu lagi adalah pembesar UMNO yang bercita tinggi dan masih tamak mahu mengikut menyokong si Perdana Menteri.
Yang perlu didebatkan sekarang penerimaan UMNO bahawa website dan blogger sebagai satu ancaman. Lonjakan ini tidak dimulakan oleh website sebaliknya dimulakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang sesuai dipanggil Firaun Hadhari bila memecat penulis blog yang mengkritiknya dalam UMNO, walau pun sudah membuat aku janji secara bersurat akan berhenti menulis kerana sudah ditegur oleh Lembaga Disiplin. Kemudian ditambah dengan arahan macainya, menggunakan duit Syarikat ULC-Umno Link Company menyaman dua blogger. Dan akhir - akhir ini pihak PDRM memberi perhatian terhadap kes rasuah Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang berdasarkan tulisan dalam blogger. Inilah yang menyebabkan ada lonjakan terhadap populariti laman web dan blogger.
Hari ini purata 6 juta rakyat mengunjungi internet dan jika terdapat dua juta sahaja yang membaca website dan blogger yang tidak pro kerajaan (sebenar yang tak suka Abdullah Hj Ahmad) ini sudah melebihi sasaran. Website dan Blogger terdiri juga dari mereka yang berlatar belakang ahli UMNO atau simpati terhadap UMNO dan mereka menulis bukan kerana anti UMNO atau Barisan Nasional kecuali mereka berlatar belakang sebagai ahli dan penyokong parti di luar Barisan Nasional tetapi menjurus kepada menyedarkan rakyat khas ahli UMNO yang hendak berjuang bahawa kini wujud Presiden UMNO yang boleh dikira sebagai orang yang akan membawa UMNO ke lubang kubur untuk ditanam hidup-hidup jika masih lagi mengamalkan sikap nepotism, kronis kepada sahabatnya macam Sharif Udang di Pulau Pinang, yang semua kontrak diberikan kepadanya dan kemudian di Ali Baba-kan dan juga penyakit tidurnya.
Kehadiran laman web dan blogger sudah memasyarakatkan rakyat dalam bandar dan juga di luar bandar. Parti Pembangkang juga tidak perlu berhempas pulas untuk memberi ceramah kerana mereka yang cerdik dan celik IT meningkat setiap hari dan masyarkat Malaysia sudah mula menerima kehidupan Internet sama seperti datangnya Televisyen ditahun 60an sebagai satu keperluan dalam kehidupan.
Sebilangan besar genarasi ketiga (yang lahir selepas penubuhan Malaysia) dan generasi keempat (yang belum layak jadi pengundi dan lahir setelah tamat DEB-1990) mempunyai kemahiran internet dan celik IT. Saluran maklumat sudah masuk ke dalam setiap rumah. UMNO mesti meyedari bahawa setiap laman web dan blogger mengetahui akan jumlah tetamu setiap hari, malah sudah ada alat mengesan dari mana sumber yang melayarnya. Dari itu UMNO sudah tidak boleh lagi berbohong atau cuba menipu seperti yang cuba hendak dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad, kerana dia perlu sedar bahawa popularitinya tidak seperti yang dia banggakan.
Dahulunya UMNO atau Barisan Nasional boleh bermegah setiap kali Pilihanraya Umum, kerana akan menang mudah. Tetapi kali ini parti pembangkang akan menukar strategi. Dahulu setiap kali pilihanraya mereka sekadar bertanding tetapi sekarang mereka bertanding dan terus memberi tahu siapa Perdana Menterinya dan jika peringkat negeri siapa yang menjadi Menteri Besarnya. Perlu di ingat kenapa Pulau Pinang boleh ditawan Gerakan adalah kerana sebelum pilihanraya 1969 mereka sudah mencalonkan Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri menggantikan Wong Phow Nee jika menang. Maka pengundi Pulau Pinang sudah tahu siapa bakal jadi Ketua Menteri jika Gerakan menang di Pulau Pinang. Begitu juga Joseph Pairin Kitingan. Kenapa PBS menang di Sabah pada tahun 1986? Mereka menggunakan strategi yang sama dan strategi inilah juga yang digunakan di Kelantan, bila Nik Aziz Nik Mat * disebut menggantikan Mohamad Yaakub.
Dalam sejarah Parlimen begitu juga, pengundi sudah mula memberikan sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU 1990 * tetapi kerana kebodohan pengundi Melayu termakan umpan gambar Tengku Razaleigh Hamzah memakai lambang kristian, pengundi Melayu menarik diri dari memberikan sokongan kepadanya. Maka pada pilihanraya akan datang, jika Parti Pembangkang bersatu dan bersedia bertolak ansur dan dapat menamakan siapa yang hendak dinamakan sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah Hj Ahmad, tidak ada sebab pengundi generasi ketiga dan dengan sedikit pengundi generasi kedua akan dapat memberikan kemenangan kepada Parti Pembangkang di peringkat Parlimen dan Negeri seterusnya menubuhkan kerajaan.
Sang Kelembai: Selagi Parti Pembangkang tidak menamakan siapa Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi membentuk kerajaan jika menang di Parlimen dan Negeri, Barisan Nasional akan tetap dapat memerintah walau dalam "simple" majoriti.
* pembetulan dilakukan Terima Kasih
17 comments:
Tuan,
Ulasan Tuan amat menarik perhatian saya dan sebagai penuntut ilmu saya mempelajari sesuatu yang baru hari ini daripada laman/maklumat ini. Strategi Politik Yang Mantap Mewajarkan Kemenangan di Pulau Pinang (Lim Chong Eu) dan Sabah (Joseph Pairin Kitingan)seperti yang diceritakan.
Saya amat bersetuju bahawa Pembangkang tidak begitu cerdik dan belum matang semasa bertanding dalam PRU yang sebelum ini. Mereka hanya sekadar bertanding kerana tidak mahu memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional baik di kerusi Parlimen atau Negeri. Pada pandangan saya mereka tidak begitu serius untuk muncul sebagai alternatif, hanya menjadi pembangkang dengan memberi saingan kepada parti pemerintah dan hanya ghairah semasa bertanding sahaja. Nampaknya mereka menerima bulat-bulat ungkapan Pak Tun Dr Mahathir bahawa "Malaysia masih perlukan pembangkang yang kuat". Saya tidak menyalahkan mereka kerana modus opperandi mereka sudah sebegitu sejak beberapa lama, mungkin sejak 1952. Berbanding dengan pembangkang di Britain yang mana sistem, acuan dan perlaksanaan demokrasinya kita adunkan secukupnya untuk menjadi bentuk demokrasi kita, parti pembangkang di sana mempunyai kabinet bayangan kepada parti pemerintah dan mereka dengan secara terbuka membahasakan diri mereka sedemikian. Saya pernah terbaca ungkapan "I am XXX, MP for XXX and I am Shadow Secretary of XXX" daripada hansard British House of Commons yang membuktikan bahawa mereka amat serius dalam amalan demokrasi mereka dan sikap itu memberikan tekanan kepada parti pemerintah, kini Parti Buruh. Ini sungguh realistik dan sesuai dengan kehendak dan tuntutan demokrasi semasa, mungkin juga di Malaysia.
Di Malaysia kita belum pernah mendengar mana-mana parti pembangkang yang bersifat demikian, iaitu menampilkan diri mereka sebagai kabinet bayangan baik di dewan negeri atau di dewan rakyat. Yang ada ialah ketua pembangkang yang hanya bertindak membangkang apa sahaja yang diutarakan oleh kerajaan. Mungkin elaun ketua pembangkang mewajarkan beliau berbuat demikian. Dan mutahkir ini, ketua pembangkang pun sudah seakan-akan kehilangan suara berkaitan dengan pelbagai isu, mungkin beliau sudah keletihan kerana sudah sekian lama memegang jawatan berkenaan.
Selebihnya, kita hanya melihat pembangkang seperti tidak serius dengan sistem demokrasi dan kelibatnya para ahli politik pembangkang lebih selesa memunculkan diri mereka sebagai pembangkang. Dalam hal ini saya tidak menyalahkan parti pembangkang kerana mereka masih belum dapat melihat keseriusan peranan pembangkang dan kabinet bayangan dan yang seperti Tuan katakan strategi politik Gerakan di Pulau Pinang, Parti Bersatu Sabah dan Pas di Kelantan seketika dahulu. Strategi berkenaan amat berkesan dan terbukti berkesan dan hanya mereka yang arif sahaja yang akan berjaya. Namun pembangkang yang ada hari ini tidak dapat mengaplikasikannya lantaran ketiadaan tokoh yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai kabinet bayangan, menteri bayangan, menteri besar bayangan, ketua menteri bayangan dan anggota exco negeri bayangan. Yang kita dengar ialah kalau adapun seorang bekas menteri kanan kerajaan yang kini sedang menimbangkan kawasan mana yang beliau akan bertanding pada PRU akan datang (kerana kawasan lamanya akan dikekalkan kepada isterinya yang dipilih sebagai ahli parlimen akan tetapi tidak pernah bersuara walau sepatahpun di dewan rakyat) namun belum terdengar akan sifatnya sebagai perdana menteri bayangan. Sekiranya belum ada perdana menteri bayangan janganlah sebut mengenai kabinet bayangan ataupun timbalan perdana menteri bayangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ketidakyakinan beliau (yang dikatakan mahir berpolitik walaupun pada hakikatnya beliau masih belum hebat!) akan kemampuan pembangkang yang ada hari ini dan faktor kedua bahawa beliau masih memikirkan bahawa jalan ke puncak sebagai perdana menteri adalah menerusi Umno dan bukannya pilihanraya umum. Tidaklah kurang akan cerita mengenai beliau mengintai-intai peluang dalam umno dalam keadaan kekeliruan dalam umno hari ini.
Kesimpulannya adalah parti pembangkang masih lagi berserabut, berada dalam keadaan cacamarba dan seperti dalca basi yang kelam kabut dan belumpun sampai tahap profesional. Masakan mereka profesional kerana kita masih ada lagi ahli persatuan (lebih tepat disifatkan mereka sebagai ahli persatuan daripada ahli parti politik) pembangkang yang bertindak cuba melanggar orang ramai, yang masih melaung-laung ketidakadilan di tepi-tepi jalan dan kedai kopi dan macam-macam lagi. Dalam keadaan mereka masih berserabut inilah Barisan Nasional akan muncul sebagai pilihan rakyat sekali lagi. Ini bukan kerana pengundi tidak mempunyai pilihan (selain Barisan Nasional) akan tetapi daripada membuat pilihan daripada kalangan pilihan yang ada, lebih baiklah pilih Barisan Nasional yang pernah berjasa.
Saya akan tetap mengundi Barisan Nasional di Parlimen Alor Setar dan DUN Alor Merah di Kedah selagi parti pembangkang masih belum serius dan belum bangun daripada tidor mereka yang panjang. Dan daripada saya pilih anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri yang minda mereka mereka masih belum cukup cerdik (atau tidak cerdik langsung lantaran tidak berpendidikan) atau setidak-tidaknya lebih pandai daripada saya, lebih baiklah saya berikan undi saya yang berharga kepada Barisan Nasional yang walau mempunyai cacat celanya pernah berjasa kepada keluarga saya di kampung khususnya kepada pak long, mak long, pak ngah dan mak ngah serta arwah tok dan tokwan saya di Alor Setar. Selagi ada calon pembangkang yang menyebut "Jangan undi Barisan, depa ni tahgut...depa zalim" dan bila ditanya pasai apa mereka zalim (atau cuba jelaskan dakwaan) dia akan menjawab "zalim la..zalim la, hanpa tengok sendirila depa ni zalim" maka selagi itulah undi saya akan diberikan kepada Barisan Nasional. Sekiranya begitulah mutu calon pembangkang yang latarbelakang mereka mencurigakan (ada di kalangan tukang kebun pencen, guru maktab, penghantar notis mahkamah dan posmen), maka Barisan Nasional lah akan masih menjadi pilihan saya dan keluarga. Bukan kerana tiada pilihan, akan tetapi pilihan yang ada sukar tercapai dek minda saya. Fenomena ini tidak hanya berlaku di Kedah malahan di serata pelusuk negara kita ini.
zukri valenteno
Mergong, Alor Setar,Kedah
aku rasa hang masih tidoq macam ketua hang imam hadhari.Mana ada calon2 PAS daripada penarik beca dan sebagainya.Tengok saja la wakil rayat kami DUN anak bukit sapa? sorang engineer bukan macam wakil rakyat Alor Merah....Bashah pass certificate apa? Celik la mata,jangan dok godam ikut sedap mulut saja..kita tau aloq merah tu...UMno hangit..
bagaimana untuk berserius jika 3 parti pembangkang utama pas, dap dan pkr juga punya matlamat dan agenda berasingan.
jika bersepakat pun bukanlah bersepakat sepertimana kejayaan perikatan dahulu bersepakat,akan tetapi bersepakat untuk jatuhkan kerajaan yang ada sekarang sahaja.
jika menubuhkan kerajaan pun, kerajaan yang diwujudkan oleh pembangkang tidak akan dapat menumpukan kepada usaha membangunkan rakyat melainkan menghabiskan masa untuk mencari kesepakatan sajalah jawabnya pasal pas ada cara pengurusan kerajaannya sendiri yang kita sedia maklum mahu menukarkan malaysia menjadi negara islam tulen dengan hudud dan sistem yang menjulang al quran dan sunnah sebagai perlembagaan. akan tetapi pkr tidak berhasrat sebegitu. pkr hanya mahu mentadbir ala-ala BN sekarang yang menurut perlembagaan yang ada cuma berjanji akan menjadi lebih demokratik, liberal dan telus. lalu dap pula mahu istilah ketuanan melayu dihilangkan dan mahu hak sama rata setiap kaum dengan konsep malaysian malaysianya.
maka, jadilah seperti hamas, walaupun telah berjaya menubuhkan kerajaan tetapi tidak dapat memfokus pada usaha mentadbir atas kerana pertentangan pendapat dalam parlimennya (?).akhirnya terpaksa menepikan beberapa prinsip untuk mencari keamanan dan tertubuhlah kerajaan perpaduan sekarang.
harap ahli politik kurangkanlah berpolitik tetapi banyak amalkan keikhlasan beramal dan berjuang, masjid dah lama kosong.. moh imarahkan masjid dan pertautkan ukhuwwah sesama muslim. belajarlah ilmu-ilmu agama tak kira muda ke tua ke, kita semua akan mati tak lama lagi, siapa kita yang rasa akan sentiasa hidup di dunia ini?
insyaAllah dengan ilmu agama dan akhlak yang terbina dengan didikan ulama, usaha politik kita pun akan jadi amal soleh yang diterima Allah sebagai ibadah. insyaAllah, Allah akan naikkan mereka yang soleh dan bertaqwa untuk memimpin malaysia di hari depan.
sekian.
iklan: untuk mengikuti majlis ilmu boleh rujuk jadual aturcara di sini
Rakyat biasa tidak terlibat memilih perdana menteri dalam pilihanraya. Masing-masing cuma memilih seorang DUN dan Ahli parlimen yg berpaut pada parti tertentu.
Kuasa memilih perdana menteri berada ditangan perwakilan dalam Perhimpunan Agong UMNO. Saya tidak meragui kemampuan BN untuk memenangi setiap pilihanraya.
Memahami trend UMNO kini, saya kurang yakin bahawa yang terpilih sebagai Presiden UMNO sentiasa seorang insan yang bijak, cerdas, berwibawa dan gigih untuk memacu negara.
Yang terpilih nanti sekadar dari mereka yang kuat pengaruhnya dan pintar mengekang pengaruh yang lain. Yang berjaya menjadi Presiden nanti adalah mereka bijak dalam permainan politik.
Itulah yang terpilih. Dan itulah yang akan menyarung baju Perdana Menteri. Itu sistem kita maka itulah yang dapat.
saudara,
saya ingin memberi sedikit respon tulisan zukri valenteno berkenaan dengan keyakinan tulisan tuan tentang PRU dan komitmennya tentang pilihan undi yang beliau akan buat.
saya kira, zukri kurang membaca dan mentelaah bahan bacaan kerajaan ataupun pembangkang. acap kali sebelum budjet kerajaan BN dibentangkan, ianya juga dibentangkan oleh BA (PAS & ADIL) di hotel. dan pembentangan ini dibuat oleh presiden PAS sendiri dan tidak pernah diberi liputan sepertimana budjet kerajaan BN (inilah demokrasi terpimpin - kata p.ramlee). apakah ruang yang boleh pihak pembangkang dapat nyatakan secara langsung? tetapi hanya naik atas pentas beralaskan lantai lori 3 tan untuk menyatakan semua ini. Akhbar harakah pulak dinafikan dan diketatkan syaratnya. Suatu ketika dahulu (tak ingat tarikhnya) harakah ada memberi bayangan kerajaan di bawah pemerintahan pas. jika dilihat semua mempunyai kelayakkan profesional dan separa profesional yang mempunyai pengetahuan agama dan bidang masing2. ini yang sepatutnya wujud di dalam sebuah negera islam. kita tidak perlu nyatakan pendirian langsung kita sebab kerajaan membonekakan demokrasi sahaja. bukannya real demokrasi.
Pengundi atas pagar (seperti zukri) ini hanya mengambil peluang dan berfikiran bahawa pembangkang terutamanya PAS akan memundurkan negara sebab ketiadaan wang dan sebagainya. Tahukah anda bahawa BN lebih dhaif dan mundur dari PAS. dengan menyekat bantuan wajib dan mengambil hak negeri pun kerajaan PAS boleh memerintah dan membayar bonus lebih daripada BN. Boleh memberi pinjaman tanpa faedah kepada rakyatnya. Negeri BN??? perlu kita ingat petronas, KWSP, wang pencen dan lain2 aset negara bukan milik BN tetapi milik semua rakyat malaysia. Jadi sekiranya PAS atau ADIL perintah, sumber kewangan yang sama akan digunakan sepertimana kerajaan BN buat dan seleweng pada masa kini. Bangsa yang merempat boleh mendapat manfaat yang banyak daripada penduduk pribumi (melayu auto & proto). Dan orang yang menghakis dan membunuh dalam senyap melayu ini salah seorangnya adalah saudara zukri.
saya berpegang kepada janji allah, bahawa perjuangan atas agama akan menuju kemenangan. Bila??? janji allah akan dikotakan. sabar menanti.
sekian
labu labi
broker_maut@yahoo.com
sya cabar zukri valenteno
Mergong, Alor Setar,Kedah utk berdebat dengan sya secara terbuka...di dalam ym...dr:pemuda PAS...
saya nk cerita satu persatu mengenai perjuangan PAS dan apa kezaliman BN(barisan nasional)...anda cuba memutarbelitkan fakta.."Selagi ada calon pembangkang yang menyebut "Jangan undi Barisan, depa ni tahgut...depa zalim" dan bila ditanya pasai apa mereka zalim (atau cuba jelaskan dakwaan) dia akan menjawab "zalim la..zalim la, hanpa tengok sendirila depa ni zalim" " salah satu artikel yg x berasas....dan sekali lg saya mencabar zukri valenteno utk berdebat dgn saya dlm YM...sekian...wassalam..HIDUP MATIKU HANYALAH UTK ISLAM....
sya cabar zukri valenteno
Mergong, Alor Setar,Kedah utk berdebat dengan sya secara terbuka...di dalam ym...dr:pemuda PAS...
saya nk cerita satu persatu mengenai perjuangan PAS dan apa kezaliman BN(barisan nasional)...anda cuba memutarbelitkan fakta.."Selagi ada calon pembangkang yang menyebut "Jangan undi Barisan, depa ni tahgut...depa zalim" dan bila ditanya pasai apa mereka zalim (atau cuba jelaskan dakwaan) dia akan menjawab "zalim la..zalim la, hanpa tengok sendirila depa ni zalim" " salah satu artikel yg x berasas....dan sekali lg saya mencabar zukri valenteno utk berdebat dgn saya dlm YM...sekian...wassalam..HIDUP MATIKU HANYALAH UTK ISLAM....
Tuan,
Saya baru saja semak daftar pemilih yang terkini dan saya disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Bata untuk pilihanraya umum akan datang dan sekiranya berlaku pilihanraya kecil di mana-mana kawasan sebelum hadmasa 2 tahun sebelum mandat 2004-2009.
Saya tidak melihat kepada calon Barisan Nasional akan tetapi kepada parti kerana jasa kerajaan memerintah selama ini yang mungkin walaupun sedikit sebanyak di sana sini namun tetap telah berjasa kepada keluarga, rakan-rakan dan sahabat serta taulan saya selama ini. Apabila mereka berjasa kita pun merasa nikmat pembangunan. Tanpa jasa kerajaan Barisan Nasional masakan saya boleh berpendidikan tinggi sampai ke luar negara? Dan sebagai anak bangsa Melayu yang tidak mudah lupa akan jasa yang memberi, maka saya bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada Barisan Nasional di atas jasa-jasa mereka selama ini.
Dahulunya saya mengundi di Parlimen Kuala Kedah dan DUN Anakbukit pada pilihanraya 1990, 1995 dan 1999 dan pernah terfikir untuk memberi undi kepada calon parti pembangkang. Ini adalah kerana pembangkang berkempen dengan berkata bahawa mereka adalah lebih baik dan perlu diberi peluang. Saya setuju. Namun, perspektif saya ialah apabila hendak melihat kepada pilihan pembangkang saya meneliti calon-calonnya. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang apabila parti pembangkang meletakkan calon yang pernah ditangkap khalwat dalam hotel di kota baru akan tetapi dibebaskan oleh mahkamah yang dipengaruhi kerajaan pembangkang negeri di atas sebab-sebab teknikal maka saya langsung tidak berfikir panjang untuk mengundi Barisan Nasional. Sebelum mereka meletakkan calon yang dikatakan (maksudnya depa habaq la) dia ni jurutera pada DUN Anakbukit depa setelah dah jenuh dok cari calon yang kenal huruf dan reti membaca akan tetapi akhirnya mereka letak calon-calon yang latarbelakangnya mencurigakan seperti tukang kebun, jurujual insurans, pembawa teksi dan tukang sembelih ayam di Market Besaq Aloq Setaq, saya tak payah nak pikiaq banyak2 la dan terus undi Barisan Nasional. Pilihan selamat, rakyat berkat.
Saya takut nanti kalau saya tersalah pilih, calon-calon parti pembangkang yang dahulunya tukang kebun, tukang sembelih ayam dan tukang gunting rambut atau pembawa teksi akan terkejut besaq dan gelabah puyuh pasai dah jadi wakil rakyat. Bayangkan tukang sembelih ayam nak jadi wakil saya yang cukup berpendidikan tinggi ini saya khuatir nanti depa tak faham apa yang saya cakap (lagi khuatir dia nanti tak faham apa yang wakil-wakil lain dok bercakap di dewan negeri atau dewan rakyat) dan saya akan turut bersalah atas sebab saya terbabit dengan menaikkan martabat mereka yang mindanya tidak cukup besaq (maksudnya tidak berpendidikan tinggi) untuk memahami apa-apa selain daripada urusan sembelih ayam atau bawa teksi ataupun cerita pasai tumbuh-tumbuhan yang depa selalu jumpa masa jadi tukang kebun atau gelaran terkini Jurukebun.
Era pengundi memilih calon di kalangan orang-orang macam ini sebagai wakil rakyat sudah lama (maksudnya dah berkurun) berlalu dan masanya sekarang ialah rakyat sudah celik dan sedar untuk memilih calon yang berpendidikan sebagai anggota-anggota perundangan di dewan negeri dan di dewan rakyat. Jangan salah faham kerana ada di kalangan adik-beradik saya daripada kalangan ini dan saya tidaklah tidak menghormati mereka. Akan tetapi kini zaman berlalu pusaka bergilir maka kita hendaklah meneliti latarbelakang calon-calon yang berkebolehan (atau sekurang-kurangnya faham apa yang pengundi cakap) untuk dipilih. Kalau setakat lulusan maktab, diploma yang mencurigakan hendak dijadikan sandaran maka saya ingin menasihatkan mereka agar lupakan saja hasrat yang ada. Macam mana nak setanding dengan ahli-ahli parlimen alor setar (peguam) dan kuala kedah (juga peguam)? Kalau parti pembangkang boleh mengenegahkan calon-calon yang lebih berkelayakan maka saya pasti akan menimbangkan dengan teliti. Itu adalah janji saya.
Justeru selagi calon-calon yang dikemukakan datangnya daripada latarbelakang yang jauh lebih rendah (apatah lagi yang tidak kenal huruf) maka tidak perlulah saya memikir panjang-panjang untuk membuat pilihan. Maknya ialah kebodohan parti pembangkang adalah kemudahan bagi pengundi seperti saya sebab tidak perlu berfikir panjang-panjang. Ini adalah kerana bukan pasai kempen Barisan Nasional sangat yang akan atau boleh mempengaruhi keputusan saya nanti akan tetapi senarai calon-calon pembangkang yang boleh buat saya tergelak panjang yang nampak seakan-akan lawak bodoh yang membodohkan yang ingin membodohkan pengundi. Macam kisah Raja Lawat di sebuah stesyen televisyen satelit lah.
Hari ini kita boleh mengira dengan jari sahaja berapa ramai wakil rakyat parti pembangkang di DUN dan Parlimen. Pilihan pengundi semasa PRU 2004 disebabkan beberapa faktor -- antaranya latarbelakang pendidikan calon-calon yang terpilih. Kalau kesemua mereka itu datangnya daripada latarbelakang yang baik-baik dan berpendidikan tinggi atau sekurang-kurangnya faham bahasa pengundi maka saya percaya lebih ramailah jumlah wakil rakyat parti pembangkang di DUN dan Parlimen. Lebih-lebih lagi apabila Pak Tun Dr Mahathir tidak lagi bertanding dan dikatakan bahawa laman permainan telah diratakan untuk permainan yang adil dan saksama. Namun, lihat sahajalah fakta yang ada hari ini dan kita tidak perlu berdebat panjang-panjang dan lama-lama untuk melihat akan hakikatnya. Cakap lama-lama pun buang masa sahaja sekiranya tidak tercapai dek minda mereka! Takut kalu2 depa nanti tak faham, macam lagu Ilyana yang sering berkumandang saban hari.
Alhamdulillah hari ini sebuah parti pembangkang sudah mula menampilkan golongan profesional, teknokrat dan berpendidikan tinggi dalam hiraki kepimpinan merek. Akan tetapi persoalannya berapa kerat sahaja yang ada? Berapa kerat sangat? Dan apakah hanya selepas tahun 2004 mereka menjumpai golongan2 yang mereka cari selama ini? Berapa kerat sangat yang kenal huruf dan boleh diketengahkan? Apabila mereka tidak dapat mencapai calon wakil rakyat jumlah yang dihasratkan untuk menyaingi Barisan Nasional maka mereka akan turun padang untuk tangkap muat sahaja sesiapa sahaja yang ada di depan mata. Ini termasuklah tukang kebun, tukang sembelih ayam Market Besaq Aloq Setaq, atendan pencen Hospital Besaq Aloq Setaq, pemandu teksi, pembaca meter, tukang rumah, tukang sapu Majlis Bandaran (kini Majlis Bandaraya ALoq Setaq) dan apatah lagi. Janji ada dan janji jangan bagi Barisan Nasional menang free, kan?
Kita tidak payah nak cakap banyak2lah dalam hal ini. Pilihanraya kecil DUN Batu Talam sudah cukup membuktikan bahawa pembangkang tidak cukup ramai orang yang kenal huruf dan reti membaca. Dan sebuah parti pembangkang yang dikatakan memulaunya berbuat demikian kerana mungkin akan malu sebab hendak letak calon yang berpendidikan hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran. Itu di Batu Talam dan di DUN atau Parlimen lain belum tau lagi. Jangan lupa dahulunya Ahli Parlimen Pokok Sena hanya belajaq setakat Tingkatan Lima sahaja, kan?
Selagi parti pembangkang ingin mengambil jalan mudah untuk memperbodohkan pengundi selagi itulah saya akan memberi undi saya kepada Barisan Nasional di Dun Bakar Bata dan Parlimen Alor Setar di pilihanraya umum akan datang. Memang benarlah Barisan Nasional tidak sempurna akan tetapi dalam ketidaksempurnaan mereka ini nampaknya mereka lebih boleh dipercayai berbanding dengan parti pembangkang yang tak nak buat apa dan tak tau macam mana nak buat!
zukri valenteno
Mergong, Alor Setar, Kedah
Pengundi Tetap Barisan Nasional
DUN Bakar Bata dan Parlimen Alor Setar
Assalammualaikum
Saya terkekeh ketawa pagi ini bila terbaca respon-respon terhadap pandangan saudara Zukri Valenteno.
Terkekeh ketawa kerana para penyokong Pas secara jelas masih gagal memahami perbahasan secara demokratik dan rasional.
Disinilah puncanya kegagalan Pas didalam menawan hati rakyat Malaysia ‘dulu, kini dan selamanya’; termasuk saudara-saudara seagamanya.
Pas tidak pernah mahu mengkritik diri sendiri. Salah sendiri tidak pernah mahu diakui.
Yang penting pada Pas adalah keupayaan berbicara berapi-api didalam memperlekehkan keIslaman rakan seagamanya; hanya atas dasar kepartian. Itulah sebenarnya PAS, sebuah parti politik yang menggunakan Islam sebagai platform PROMOSInya.
Tidak menjadi isu bagi mana-mana pemimpin dan penyokong Pas bahawa selama kewujudannya, ia telah menjanjikan sebuah pentadbiran negara Islam yang dikatakan tulin walaupun pada realitinya mereka tidak pernah berusaha secara serius untuk membukukan idea tersebut agar rakyat dapat memahami secara jelas apa yang ingin diperjuangkan.
Mungkin agaknya Allah hanya mengurniakan kebijaksanaan itu kepada para pemimpin Islam berpartikan PAS sahaja. Maka dengan demikian mereka takut bahawa jika terbuku segala idea tersebut maka hilanglah segala kelebihan setelah diplagiat oleh umat Islam yang lain.
Kenyataan tersebut sudah tentu kebenarannya kerana menurut PAS tidak ada model Pemerintahan Islam yang serupa ada dimana-mana negara dimukabumi ini.
Maka PAS cukuplah sekadar mengkafirkan orang-orang UMNO dan menuduh mereka dengan pelbagai nama penuh kehinaan berdasarkan perjuangan Islam Tulin yang dianuti oleh para pemimpin Pas.
Maka PAS cukuplah sekadar mentertawakan pemimpin UMNO yang berdoa menggunakan Surah Al-Fatihah yang menunjukkan kejahilan orang UMNO walhal mereka terlupa bahawa surah tersebut adalah ibu segala doa yang wajib kita lafazkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari.
Sebenarnya UMNO bukan segagah mana pun. UMNO telah melakukan terlalu banyak kesalahan secara jelas. Malah kini ianya menjadi semakin buruk.
Malangnya kita umat Islam di Malaysia tidak mempunyai sebarang alternatif yang berkualiti. Kita sebenarnya dahagakan kemunculan satu kuasa baru yang jitu.
Tidakkah pernah terlintas disanubari para cerdik pandai PAS, MENGAPA DENGAN SEGALA KEMUNGKARAN DAN KELEMAHAN UMNO, PAS MASIH TIDAK DITERIMA OLEH RAKYAT MAJORITI TERMASUK SAUDARA SEAGAMANYA???
Itu pun jika orang Pas memahami secara rasional dan jelas apa yang sedang dibicarakan.
Atau mereka akan sekali lagi memaki hamun semua orang secara Islam.
Wasallam
KEMALAKBOY
Tengok belum apa-apa dah nak gaduh. Dok tak nak mengaku kekurangan dan kelemahan. Dok tak nak belajar dari pertandingan sejak 50 tahun yang lalu yang tak pernah sekali pun pembangkang menang. Kerana apa? Ingat tak pepatah Melayu, cerdik tak leh ditegur bodoh tak leh diajar. Inilah contohnya. saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh sdr. Zukri tapi untuk pemilu akan datang ni saya tak nak mengundi BN atau Pas. Saya nak tengok calon dulu baru saya pangkah kertas undi saya.
Sdr SK, banyak tulisan /postings tentang perhubungan Pak Lah/Najib, tetapi tiada satu pun yang menulis secara terperinci perselisihan faham antara kedua. Tetapi ramai pengulas ingin menyampaikan mesej kepada Najib agar tidak berlagak 'buat tak tau aje' kerana ramai dah mengetahui bahawa ujud satu pakatan untuk menjatuhkan beliau. Grand design ini telah bermula semenjak TDM menyuarakan perlantikan TPM lagi!
Bagi saya kenyataan Najib di Pekan merupakan political statement untuk nak ambil hati AAB.Kadangkala orang kampung menganggap Najib berlagak 'hidung tak mancung , pipi tersorong2' sedanagkan mereka anak beranak dan menantu tak inginkan Najib kekal di situ. Saya faham Najib berada dalam keadaan 'ditelan mati ibu,diluah mati bapak'. Jadi Najib terpaksa lah mengulumnya sahaja untuk bertahan buat sementara!
Kesempatan Najib untuk menjadi orang no.2 yang brutal dan 'indispensible' dimana beliau boleh berperanan memnesihati PM dgn lebih berkesan, telah hilang apabila beliau telah memilihuntuk join ssama jadi anggota kabinet 'geleng2,angguk2'. Maka dengan sendirinya serigala2 peliharaan AAB menunggu peluang untuk menerkam, hanya menunggu siulan bos mereka aje! Keadaan lebih parah apabila serigala2 ini dapat berintraksi dengan harimau yang taring nya di patahkan oleh TDM.Kedua2nya mempunyai cita2 sama!
Najib harus menukar paradigma nya, untuk menjadi lebih agresif dan assertif! Di mana penyokong2 Najib sekarang! Kalau Najib tidak berbuat sesuatu, maka ramai lah yang akan menyanyikan lagu Elton John " Candles in the Wind"!!! Menyedihkan!!!!!!!!
"......Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU 1990 * tetapi kerana kebodohan pengundi Melayu termakan umpan gambar Tengku Razaleigh Hamzah memakai lambang kristian, pengundi Melayu menarik diri dari memberikan sokongan kepadanya....."
Pengundi Melayu bukan bodoh masa itu, yang bodoh adalah Tengku Razali yg bersekongkol dgn Pairin. TR tidak perlukan Pairin untuk menang... Bukan sebab tanda salib, tapi sebab Pairin...
Kalau betul UMNO pernah berjasa kepada keluarga dan suku sakat saudara Zukri Valenteno dulu, ialah kerana UMNO dulu bukan lagi macam UMNO sekarang. UMNO sekarang banyak korupsi, seleweng, kejam dan tamak haloba. Tapi saya peduli apa kalau saudara nak mengundi BN/UMNO kalau anda sendiri tak nampak apa kelebihan pembangkang dan apa keburukan BN. Tapi saya tak kata pembangkang itu semuanya baik dan betul sebab kita ni manusia, ada buat salah. Tapi pemimpin UMNO buat salah pun tak serik-serik lagi, macam mana? Kabinet bayangan tu mungkin pembangkang ada sebut, cuma tak diuar-uarkan di media sebab apa? Hampir semua media di bumi Malaysia dipunyai oleh KERAJAAN! Jadi saya berasa kasihan pada saudara yang menganggap (dengan megahnya, mungkin) diri saudara seorang penuntut ilmu tapi sebenarnya kurang membaca dan kurang mencari maklumat.
Assalamualaikum-saya amat bersetuju dengan kenyataan bahawa Pembangkang tidak begitu cerdik dan matang semasa bertanding dalam PRU sebelum ini.
Ianya adalah satu kenyataan yg tepat sekali-kenapa saya berkata begitu-jawapannya mudah sahaja-Pembangkang dalam berkempen menanamkan perasaan membenci dan memusuhi sesama Islam yang lain serta tidak pandai mengambil hati orang lain. Hanya keburukan (yg masih belum dibuktikan) sahaja diketengahkan, kebaikan seseorang dibuang jauh2 ke dalam lautan Pasifik atau China Selatan. Keluarga darah daging sendiri sanggup diketepikan dan dipulaukan semata2 kerana menyokong UMNO, kenduri dan kematian ahli UMNO tidak dihadiri walaupun ada jemputan.
Selain bersifat oportunis (dengan menyokong Anwar Ibrahim) walhal sepatutnya boleh dan lebih baik bersifat berkecuali, PAS sanggup mengetepikan perjuangan kerana Islam dengan bersekongkol dengan DAP semata-mata utk mengalahkan BN. DAP yg sememangnya jelas tanpa disuluh menentang perjuangan menegakkan negara Islam boleh dijadikan kawan satu oerjuangan oleh PAS.
Pada pandangan saya selagi PAS tidak mengubah cara perjuangannya dan beristiqimah dalam perjuangannya semata-mata kerana Allah selagi itulah PAS tidak akan dapat memenangi hati pengundi lain supaya mengundi PAS.
Minta maaf kpd sdr Zaharin kerana rasanya topik perbincangan kali ini telah menyimpang dari tujuan asal untuk memberikan komen kepada tindak tanduk Imam Besar IAHAH.
Wassalam.
Saudara SK,
Sila panjangkan episode yang menunjukkan betapa bodohnya orang2 melayu semasa PRaya 1990, supaya bahlol saperti Halim Tunggal ni dapat faham sikit....
Saudara SK,
Sila panjangkan episode yang menunjukkan betapa bodohnya orang2 melayu semasa PRaya 1990, supaya bahlol saperti Halim Tunggal ni dapat faham sikit....
Salam,
sdr anony..yg menyebut,...saya peduli apa kalau ..
dan sdr anony yg belasah halim tunggal
mereka inilah yg menjadikan pembangkang tidak digemari orang ramai apatah lagi yg bukan islam, jgn mimpi la. Dah la jumud angkuh sombong tak tentu hala,panas baran yg kuat memaki mencarut.
eloklah hampa berdua ni masuk PAS belajag budi pekerti adap sopan dgn tuan guru, agar nampak cahaya di hujung gua. UMNO pun tak berkenan dgn hampa ni..asyik syok sendiri
Post a Comment