Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, nama "Musa" menjadi bahan berita, sama ada di akhbar harian arus perdana milik ULC (Umno-link Company), akhbar tabloid atau lebih hebat lagi di dalam website dan tulisan dalam blog. Kenapa tiba-tiba nama "Musa" menjadi sebutan semua orang, dari desa yang terpencil membawa ke bilik berhawa dingin, warong kopi dan rumah-rumah termasuk dalam majlis keramaian?
Adakah "Musa" ini disebut kerana dia akan bertindak macam Nabi Musa dalam sejarah Firaun bagi menentang kezaliman, penindasan dan gila kuasa yang dilakukan oleh Firaun, kerana di Malaysia juga sudah hadir seorang Firaun baru yang dinamakan "Firaun Hadhari" yang memerintah dalam "Kerajaan Tiga Beranak".
Kehadiran Musa ini tidaklah diketahui sama ada secara kebetulan atau sengaja di aturkan begitu. Yang menghairankan mula-mula datang hanya seorang "Musa" yang berjawatan Ketua Polis Negara, kemudian menyusul pula seorang lagi "Musa" yang agak juga berkuasa dengan memegang jawatan Ketua Menteri dalam Kerajaan Di Bawah Bayu dan terakhir seorang lagi "Musa" yang dahulunya bercakap soal Melayu dan UMNO sehingga terkenal dengan beberapa ungkapan seperti "UMNO dari kampung", Berhati-hati dengan neo-kolonialisma sebelum disepak keluar dari Dewan Merdeka sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan suara yang perlahan-lahan berkata, "Jagalah UMNO Baik-baik".
Ketiga "Musa" ini telah mencorakkan isu semasa yang agak panas yang menyentuh isu - isu kepentingan awam. Dimulakan oleh Musa Hassan yang akan menyiasat kebenaran apa yang tertulis dalan blog Freeweb berkenaan tiga individu, satu di Sabah dan dua di Perak. Mereka ini yang pada awalnya ditahan untuk 60 hari untuk penyiasatan dan kemudiannya tertakluk kepada keputusan atau kelulusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi menerima cadangan PDRM untuk disimpan dan diberi kursus tatanegara di Simpang Renggam atau dipindahkan tempat kediaman dalam satu kawasan terhad. Malangnya kesemua cadangan itu ditolak oleh Timbalan Menteri KDN dan individu - individu berkenaan dilepaskan, khabarnya kerana ada tumbuk rusuk daripada orang tertentu. Persoalan orang ramai ialah kenapa sebelum ini Timbalan Menteri turut sama bersetuju agar mereka ini ditahan selama 60 hari bagi persiapan kertas siasatan untuk tindakan lanjut seterusnya sama ada untuk dihantar ke Simpang Renggam atau ditempatkan di kawasan terhad (buang daerah cakap pasarnya) tetapi akhirnya membuat keputusan yang berbeza.
Isu itu menjadi besar kerana ada tuduhan rasuah dalam keputusan itu. Dan bertambah terbakar lagi bila Timbalan Menteri itu sendiri menafikan dengan cara menyalahkan orang lain. Yang perlu diambil perhatian ialah cara Timbalan Menteri itu menjawab yakni terlampau banyak sangat menggunakan perkataaan "saya" daripada Kerajaan atau KDN. Jika tahanan itu ditahan di bawah ISA maka Timbalan Menteri tersebut telah membenarkah apa yang selalu dikatakan oleh sesetengah orang bahawa akronim ISA itu sebenarnya adalah "Ikut Suka Aku".
Musa Hassan tidak mempunyai masalah dengan rakyat dan orang ramai juga tidak bermasalah dengan dia tetapi yang bermasalah adalah antara Kerajaan dengan Musa Hassan dan menjadi lebih keliru lagi bila adanya jawapan - jawapan seorang yang berlatar belakang guru senaman yang sudah pasti menggunakan wisel untuk membuat arahan kepada anak murid atau harus mengambil perhatian dengan seorang yang sudah menjadi polis hampir 33 tahun dan seorang yang ada latar belakang undang-undang. Akhirnya wisel dari Abdullah Hj Ahmad terpaksa digunakan untuk mendiamkan Timbalan Menteri ini. Maka senyaplah isu itu hanya menantikan kes ini termasuk kes rasuah Ketua Pengarah BPR akan dimaklumkan hasilnya.
Belum lagi selesai kes Musa Hassan vs Timbalan Menteri KDN , datang pula satu isu lagi yang dibawa oleh seorang bekas Timbalan Menteri Kerajaan Pusat yang sekarang menyertai Parti Keadilan Rakyat akan kisah Ketua Menteri Sabah, negeri dibawah bayu yang amat sangat selesa untuk tidur, akan perihal rasuah dan salah gunakan kuasa. Nama bapanya tidak membawa apa-apa pengertian kerana nama Aman tidak tidak membawa keamanan lagi di singgasana tersebut. Sewajarnya dia aman dengan tugasnya tetapi malangnya dia sudah tidak aman dan tenteram lagi.
Pertuduhan bertulis telah dibuat kepada Musa Aman dengan jumlah yang terlalu banyak tetapi jawapan Musa Aman adalah terlalu mudah dan pendek ia itu jangan percaya dengan Internet dan Blogger. Bertanyalah rakyat dan orang ramai, betul ke tidak boleh percaya internet atau blogger dalam menyampaikan maklumat yang tidak keluar dari surat khabar biasa milik pro kerajaan dan jauh sekali akan disiarkan dalam RTM Berita Inforia atau Tv milik Media Prima? Internet yang mengandungi website berita dan rencana dan si blogger yang menyiarkan berita itu tidak terlibat dengan pembohongan itu kerana sudah menjadi kesahihan bahawa bekas Timbalan Menteri itu sudah membuat aduan polis dan BPR dan salinan aduan itu termasuk surat-surat sokongan dakwaan dilampirkan. Jadi sepatut Musa Aman atau juga Rahim Tamby Chik yang selamat dalam perbuatannya kerana zaman dia dituduh merogol budak bawah umur, Internet belum begitu meluas dan sepatutnya kedua-duanya berkata bawa "Jeffrey Kitingan itu berbohong dan tidak boleh dipercayai" .
Macam juga kes Johori Baharom, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata bahawa "dia bersih dan tak makan sesen pun dan akhirnya tidak bersalah" Kemungkinan juga akan begitu kepada Musa Aman. Abdullah Hj Ahmad dalam masa dia mula menjadi Perdana Menteri sudah terlihat niat buruk bagi memperlecehkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal rasuah. Bila dia bersetuju untuk menuduh seorang Menteri dan dua orang exco kerajaan negeri atas tuduhan rasuah, sebenarnya dia menggambarkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pelindung rasuah dan atas tindakan itu, maka berduyun-duyunlah orang dalam pagar, atas pagar dan luar pagar memberi undi dalam PRU ke 11 kepada Barisan Nasional dan senyum lebarlah Abdullah Hj Ahmad macam wajah dia bila ditanya soal mengenai kahwin, dan atas kekuatan itu dia boleh berkata "aku perdana menteri" dan "aku menteri kewangan".
Sekarang tuduhan rasuah dan salah guna kuasa kepada Musa Aman dalam masa dia menjadi Perdana Menteri, maka bertanyalah rakyat lagi, beranikah Abdullah Hj Ahmad bertindak terhadap Musa Aman? Adakan Musa Aman akan dilindungi macam Annuar Musa? Ini adalah kerana kedua orang ini menjadi Pengerusi UMNO Sabah dan Kelantan dalam saat pengaruh Abdullah Hj Ahmad sedang menurun dan bersediakah dia menerima risiko dalam keadaan ada orang bercadang untuk lawan dia jadi Presiden UMNO?
Kelak kerana kedua orang ini walau se hodoh mana kes rasuahnya, mereka tetap ada pengikut mereka tersendiri dan sudah pasti akan jadi hulubalangn kerana mereka ini makan ditapak tangannya. Belum lagi ada jawapan rasmi akan perihal aduan rasuah di PDRM dan BPR, samada di siasat atau kata-kata di kedai kopi ada agaknya arahan Abdullah Hj Ahmad agar kedua agensi ini diminta untuk "NFA" - No For Action sahaja laporan itu. Itu sebab kedua agensi ini sudah terkena satu penyakit yang virusnya pernah di ingatkan oleh Musa Hitam ialah sindrom bisu.
Tukang peringat jangan sampai bawa "sindrom bisu" itu dengan tiba-tiba sudah tidak bisu lagi semenjak beberapa tahun dahulu sudah memperingatkan dirinya sendiri bahawa dia "total bersara" kecuali untuk jaga isterinya yang cantik itu. Dan semenjak menjadi Pengerusi syarikat harta tanah milik Singapura, ucapan terhadap pembangunan WPI menjadi keliru. Tetapi jika mengenangkan Musa Hitam waktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang jaga Polis, orang ramai boeh mengukur sejauh mana adanya perasaan tanggung jawabnya.
Ambil sahaja contoh, isu "Memali" yang mengorbankan bukan sedikit orang awam yang tidak berdosa dan anggota Polis yang mati sia-sia bila menyerang kediaman Ibrahim Libya. Tentulah polis mempunyai perhitungan dan perancangan teliti untuk menangkap Ibrahim Libya tetapi tak mungkin menggunakan teknik bawa meriam untuk membunuh nyamok. Sudahlah peristiwa itu dibuat sewaktu Dr Mahathir Mohamed di luar negeri tetapi Musa Hitam membuat jalan singkat untuk meletakan jawatan dengan menggunakan isu lain daripada mengambil tanggong jawab atas insiden memali itu. Kerana kecerdikan Musa Hitam itulah dia selamat dari bertanggungjawab dan insiden Memali hilang begitu sahaja dan tidak ada "inquari" awam atau ada usaha oleh kerajaan hendak menubuhkan apa-apa suruhanjaya untuk siasatan. Dan disini kebijaksanaan Dr Mahathir Mohamed yang tidak mengambil kesempatan menggunakan isu tersebut untuk kepentingan politiknya.
Sekarang Musa Hitam membawa idea yang sama oleh Francis Light di tahun 1786 dengan menggunakan Syarikat Hindia Timor Inggeris untuk bertapak di Pulau Pinang dan cara Stamford Raffles di tahun 1819 menguasai Singapura yang pada awalnya untuk disewa 300 ringgit se tahun bagi tujuan membina loji atau gudang di Singapura yang akhirnya membawa kepada pendaratan tentera British di Singapura dengan alasan untuk menjaga kepentingan British.
Jika dulu bagaimana cara berputar Francis Light dengan kelemahan Sultan Kedah menghadapi ancaman Siam sehingga terserah Pulau Pinang ke tangan British yang kemudian menjadikan negeri Selat naungan British lantas sebelum merdeka 1957, British telah meminta tanggungannya terhadap pembayaran pajakan negeri selagi ada bulan dan bintang diperbuat oleh Kerajaan Persekutuan. Itu sebab sehingga sekarang setiap tahun kerajaan Persekutuan terus membayar duit pajakan kepada Kedah.
Sejarah kini berulang lagi dan sekarang perangai Francis Light dan Stamfod Raffle masih berterusan dan hantu kedua mereka sudah menyerap dengan nama..mungkin Khairy Jamalludin, Kalimullah, Kamalludin Datok Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah.. dan terbaru ialah Musa Hitam sendiri. Kalau dulu Raffles boleh memperalatkan Temengong Abd Rahman dan kemudian melantik Tengku Hussein menjadi Sultan Singapura, agaknya siapa dikalangan orang-orang UMNO Johor yang dijanjikan oleh hantu-hantu Francis Light dan Stamford Raffles yang menyerap dalam Kerajaan Tiga Beranak ini dalam abad ke 21 untuk menjadi Menteri Besar Johor. Teruskah Abd Ghani Othman menjadi Menteri Besar jika menentang gagasan Musa Hitam itu oleh Abdullah Hj Ahmad?
Kalau dulu hanya menggunakan Syarikat Hindia Timor Inggeris (British East Company) hari ini formula yang sama digunakan oleh Temasik Holding. Masih tak nampak lagikah Abdullah Hj Ahmad masalah di depan mata ini?
Sang Kelembai: Setelah 21 tahun baru diketahui sikap sebenarnya Musa Hitam, patutlah Dr Mahathir Mohamed menerima perletakan jawatannya duhulu. Sama-sama kita berdoa semoga roh Tun Abd Ghafar Baba dirahmati Allah kerana jika dia tidak menang Timbalan Presiden 1987, senario politik Malaysia lagi berubah jika Musa Hitam menjadi Perdana Menteri. Syukur kepadamu Alllah, terima kasih tuhan, terima kasih perwakilan UMNO 1987 kerana telah menyelamatkan negeri ini. Insyaallah dengan airmata darah dan nyawa UMNO ditubuhkan di tahun 1946 akan hilanglah Melayu dunianya jika Kerajaan Tiga Beranak diberi mandat lagi dalam PRU akan datang.
8 comments:
Assalamualaikum-Pak Musa Hitam jadi Pengerusi Syarikat Hartanah Milik Singapura-patutlah Pak Musa tiba2 berubah sikap dari seorang yg dikenali menyokong hak2 orang Melayu sebelum ini kepada sebaliknya dalam sekelip mata sahaja.
Dari sini kita boleh menilai tahap patriotasisme yg ada pada beliau.
Sejarah dunia tidak boleh ditipu bilamana ramai pemimpin dalam dunia sebelum ini yg gelap mata dengan jolokan wang ringgit dan harta benda sehingga terlupa bhw mereka telah dipergunakan oleh musuh mereka sendiri utk menghancurkan negara mereka sendiri.
Tidak hairan ini berlaku krn Pak Musa pun dah lihat bagaimana Imam Besar IAHAH dan KJ meratah harta negara utk kepentingan diri tanpa sebarang halangan dan gangguan. "Maka apalah salahnya utk aku mengambil tindakan yg sama, khazanah aku pun perlu diisi juga. Peluang yg ada ini tidak boleh dilepaskan. Kalau tidak org lain pula yg dapat".
Dari satu segi lain pula, kemungkinan Pak Musa dipergunakan oleh Imam Besar IAHAH, KJ dan konco2nya juga tidak boleh diketepikan sama sekali.
Bayangkanlah kalau kata2 yg Pak Musa Hitam luahkan tu datang dari mulut Imam Besar IAHAH atau KJ sendiri. Rasanya sokongan kpd UMNO yg memang telah jatuh akan terus menjunam tanpa dapat diperbaiki lagi. Akan bertambah2lah perasaan benci dan meluat serta jijik org terhadap mrk berdua ni.
Tapi yg hairannya, mereka berdua ini buat dek aje mcm takde apa2 yg berlaku. "Ilmu Tak Tau Malu" apakah yg diorang berdua ni belajar dan siapakah Mahagurunya- Ustaz atau Syaitan Laknatullah. Kalau org yg berakhlak dan berhemah tinggi tentu sudah lama mengakui kesilapan dan meletakkan jawatan.
Sekiranya Pak Musa dipergunakan-dinasihatkan segeralah kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah sebelum sejarah mencatatkan anda sebagai salah seorang Pengkhianat Bangsa Melayu.
Wassalam.
Keluhan paling jujur dari saudara.
Tahniah, dan terima kasih.
Cakap senanglah tapi tok nenek aku dan semua orang tua2 kat kampung tu tak tau ape ke benda .Yang depa semua tau pangkah dacing.Dacing kan boleh timbang pahala dan dosa ha ha .Saya ingatkan Sang kelembai sudah hendak mengikut cakap Hindu Kaveas tu dari mengikut cakap orang melayu seperti Pak Lah.Saya akan kencing kubur Sang kelembai Kalau join PPP demi politik, kutuk2 pak lah pi join PPP .semua org tau PPP geng Umno.Apa ni hindu mabuk pun tau nak bezakan yang mana lawan dan kawan.
MUSA BADAWI – THE DUMB AND THE DUMBLER
Akhirnya terbongkar dan terburai wajah sebenar Musa Hitam yang terpelihara selama ini dengan bertopengkan kononnya seorang politikus dan negarawan yang patriotik. Wajah hodoh Musa Hitam mula terpampang apabila ia mengesyorkan supaya hak-hak istimewa orang Melayu dilenyapkan demi menarik pelabur asing keWilayah Pembangunan Selatan Johor (SJER). Sebenarnya rupa buruk Musa Hitam telah lama tersingkap apabila ia mula memperkenalkan budaya songsang supaya orang Melayu harus bersikap kurang ajar untuk maju. Tun yang baru ini (meminjam istilah Mahathir) yang pernah melabel Mahathir sebagai terkena sindrom selepas pencen sebenarnya sendiri telah mengalami sindrom kecelaruan personaliti.
Sindrom kecelaruan personaliti Musa Hitam ini begitu ketara apabila ianya merupakan individu utama yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Abdullah Badawi PM Malaysia yang bertaraf Badut ini dalam menjayakan pelan Singapura dengan berselindungkan idea SJER untuk menjadikan sebahagian Johor sebagai wilayah koloninya.Tidak mungkin mana-mana orang Melayu yang waras akalnya akan menyokong idea SJER ini melainkan mereka-mereka yang tamak dan mempunyai kepentingan dalam kerajaan badut Abdullah Badawi dan menantu hantunya Khairy Jamaluddin.
Tidak ada apa-apa pun keuntungan yang bakal dinikmati oleh orang-orang Johor jika idea-idea karut Abdullah Badawi dan Khairy diguna pakai dalam menjayakan SJER.
SJER jika benar akan terlaksana hanya akan menjadikan Johor wilayah ke-2 Singapura dimana warganya akan bebas keluar masuk ke Johor tanpa apa-apa sekatan, malah akan dilayan sebagai warga kelas pertama oleh kerajaan Abdullah Badawi dan dihadiahkan pula dengan pemilikan dan pembelian harta di Negeri Johor tanpa had. Sebagai balasannya Singapura akan mengistyiharkan Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia yang paling bijaksana dalam sejarah disamping menantunya Khairy sudah pasti akan tersenarai diantara individu yang terkaya di Malaysia dalam usia yang muda.
Bagi orang-orang Johor pula peluang kerjaya yang terbuka luas nanti adalah bersaing dengan warga Bangla dan Nepal untuk menjadi kuli ditapak-tapak pembinaan dimana pemiliknya sudah tentu dari warga-warga kelas pertama iaitu rakyat Singapura. Inilah episod sedih yang bakal dilalui oleh warga Johor yang terkenal dengan semangat Bugisnya yang mana akhirnya akan menjadi seperti Lebai Malang - Menang Sorak Kampung Tergadai. Bertambah malang pula apabila yang menjadi siKitul itu adalah rakyat Johor sendiri si Musa Hitam yang bertuankan Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin.
P/s: Khairy Jamaluddin adalah tangan-tangan yang berselindung di dalam setiap dasar-dasar kerajaan yang sedang memusnahkan negara ini secara beransur-ansur.
. http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/
Zaharin,
Saya sangat berbesar hati dapat berjumpa dengan Tuan hari ini.
Kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
Salam
duit boleh beli prinsip yg ada dlm diri manusia...beza manusia skrg ni ialah 2 sahaja...prinsip yg boleh dijual beli dan prinsip yg kekal didlm jiwa.
Bila difikir-fikir balik, patut la awal-awal jadi Perdana Menteri, AAB beria-ria menggunakan pendekatan "berbaik-baik dengan negara jiran".
Berbaik-baik pun tak mengapa. Itu hanya alternatif. Kaedah menekan dan menjerat pun alternatif jugak. Kita mungkin baik, naif, tapi kita tak boleh paksa jiran juga berbaik-baik.
Ini dunia luas!! Where life isnt all as refreshing as playing golf. World is full of culprits. Are our neighbours always good???????? Thailand has different views.
So MH is playing a dangerous game as proxy! Time will tell. Patriotism has never been traded this low.
Kalau dah terkena daki UMNO, mustahil terdapat setahil berat di dalam hati untuk berjuang demi bangsa, agama, negara. Semuanya demi harta dan kekayaan. Rompak dan curi harta negara adalah mainan dan perkara biasa.
Selagi anda ada sebesar zarah perasaan cintakan UMNO, anda tidak layak menulis mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah, hanya memalukan diri sendiri sahaja.
Post a Comment