Thursday, April 05, 2007

MCA-DAP Perjuangan Kaum, Perjuangan Ideologi



Maka bertemulah secara berdepan MCA-Malaysian Chinese Association atau ada juga yang mengatakan Money Came All, sebuah parti perkauman China yang digerakkan oleh saudagar-saudagar Ciina selepas perang, pada asalnya sebagai satu persatuan perniagaan yang kemudiannya bertukar kepada parti politik dengan DAP-Democratic Action Parti atau dalam bahasa Melayunya dipanggil Parti Tindakan Demokratik. sebuah parti yang asalnya parti untuk kaum bukan Melayu yang terdiri daripada orang Ciina dan India bagi meneruskan perjuangan Front Sosialis satelah Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) di dominan oleh orang Melayu.

MCA yang menentang fahaman komunis dan juga fahaman sosialis walau tidak mengikrarkan pegangan politiknya, bagaimana pun bolehlah dikira sebagai satu parti politik yang berpegang kepada sistem kapitalis. Maka pertarungan politik di Macap bukan satu pertarungan biasa untuk memeriahkan sistem demokrasi sebaliknya satu pertarungan dua kelompok satu kaum yang mempunyai pegangan ideologi yang berbeza.

DAP yang muncul sebagai juara memperjuangkan kepentingan orang – orang Cina dari kelas yang tidak dipedulikan oleh kerajaan yang terdiri dari penjaja kecil, pekebun sayur dan setinggan tidak bertanah bukan sebenarnya sebuah parti berasaskan perkauman Cina. DAP sebenarnya dibentuk bagi meneruskan satu idealisme sosialis yang telah terbukti berkesan di Singapura. Bagaimana pun sistem sosialis di Singapura sudah berubah, malah parti PAP Singapura tidak lagi menyertai sosialis antarabangsa yang kini hanya disertai hanya oleh DAP dan dahulunya PSRM.

Penubuhan DAP berhaluan kiri adalah untuk bersaing dengan PRSM - Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip sosialis klasik yang didominasi oleh orang-orang Melayu dan mempunyai pengaruh di negeri Terengganu, Pahang, Penang dan Melaka. Bagaimana pun kedua Parti tidak pernah bersatu, tetapi pernah berlaku kedua pemimpin mereka telah bersatu dalam mengujudkan GERAM- Parti Gerakan Rakyat Malaysia tetapi lebih dikenali dengan nama PGRM.

Dengan meminjam Lim Cheng Eu, yang bermasalah dengan MCA dan beberapa tokoh Kesatuan Buruh seperti V David, PGRM telah Berjaya merampas Pulau Pinang di dalam PRU 1969. Bagaimana pun dengan latar belakang Tun Razak Hussein yang pernah melibatkan diri dalam Parti Buruh yang berfahaman sosialis masa belajar di England, beliau telah dapat mengamankan PGRM dengan mengujudkan kerajaan campuran dan seterusnya menyokong Barisan Nasional.

Itu sebab untuk beberapa seketika DAP tidak pernah menyerang secara terbuka Parti Gerakan dan di dalam Pilihan raya 1990. DAP hanya mengambil kesempatan untuk projek menguasai Pulau Pinang dan selepas tewas, DAP menukarkan haluan terhadap PGRM dengan cara DAP mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang kepada PGRM tetapi DAP dapat menguasai sebilangan besar Parlimen Pulau Pinang.

Hari ini DAP bertanding di Macap untuk mengambil peluang akan keresahan pengundi Cina atau juga pengundi Melayu yang selama ini memberikan sokongan kepada badan gabungan politik Barisan Nasional yang diasaskan pada awalnya kepada menyokong Dasar Ekonomi Free Enterprise tetapi mengamalkan konsep kapitalis terhad.

Sistem sosialis mula bertambah layu, bila DEB mula dilaksanakan yang berteraskan serampang dua mata, menyusun masyarakat Malaysia dan membasmi kemiskinan dengan sedikit kelebihan untuk diadakan kepentingan Melayu sebanyak 30%.

Bagaimana pun di zaman Abdullah Hj Ahmad yang kecelaruan dasar dan ideologi ekonomi untuk tempoh tiga tahun ini, ekonomi kapitalis telah mengujudkan sistem kelas yang begitu ketara sehingga timbul pertentangan kelas khususnya di dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu hari ini berdepan dengan perpecahan kerana parti politik dan juga mazhab agama. Turut bercelaru adalah sistem yang diamalkan oleh Abdullah Hj Ahmad yang terlalu megah dengan RMK9 nya, yang mana projek-projek tersebut dibuat untuk kepentingan kroni dan nepotisme. RMK 9 juga telah membentuk ketidaksetaraan yang bererti perbezaan yang tidak adil, yang melibatkan perbezaan kekayaan, kekuasaan dan kesempatan dengan kalangan orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO.

Sistem Kapitalis yang ditunjangi oleh UMNO dan juga Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah Hj Ahmad sudah menerima kesan impak yang kuat termasuk penafian kepentingan orang-orang Melayu yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara, yang mana sebilangan pembesar UMNO menganggap bahawa kepentingan 30% bumiputera itu kerana dasar dan bukan peruntukan perlembagaan. Itu sebab Musa Hitam boleh menyebutkan mengenai perkara tersebut.

Bagi masyarakat bukan Melayu khasnya masyarakat China, mereka masih boleh bertahan lagi dengan idealisme Barisan Nasional dalam sistem kapitalis itu kerana segala kepentingan mereka terjamin, seperti soal pendidikan dan kebudayaan. Namun mereka juga perlu hidup dan sekiranya ekonomi sedang dan akan menyusahkan mereka, maka mereka akan menggunakan DAP sebagai lampu isyarat kepada MCA untuk membetulkan keadaan itu.

Kesimpulannya PR-adun Macap, kemasukan DAP adalah bagi menguji sejauh mana masyarakat Ciina mendapat peluang ekonomi, dan aliran sokongan pengundi-pengundi muda Cina dan yang terbaik untuk mengukur akan sikap pengundi keseluruhannya. UMNO terpaksa berkorban Pulau Pinang kepada PGRM bagi tujuan untuk membuktikan perkongsian kuasa. Tetapi pengundi bukan Melayu khasnya orang-orang Cina, mereka akan menggunakan PR-adun Macap untuk mengugut MCA dan juga UMNO supaya dapat melunaskan sebanyak mungkin permintaan mereka.

Dan ini berbeza pengundi-pengundi Melayu yang sebilangan besar sudah terhakis budaya nasionalisme dan kembali balik ke semangat yang pernah juga dihapuskan oleh Tun Razak ia itu “Semangat Tak Apa” yang akan merugikan orang - orang Melayu sendiri. Mereka tidak akan menggunakan lagi parti pembangkang Melayu seperti PAS seperti mana pengundi Cina menggunakan DAP untuk perjuangan kepentingan Cina.

Sungguhpun dikatakan bahawa semangat perkauman dan ras sudah hilang di Malaysia, tetapi dengan cara persembahan Misi Nasional dan RMK9, jelaslah bahawa Malaysia di suatu masa akan bertembung dengan pertentangan kelas. Akan berlaku di suatu hari nanti, Melayu yang miskin, Cina yang miskin dan India yang miskin akan bersatu mengujudkan satu parti yang betul dipanggil alternatif.

Dan bagaimanakah penyelesaian masa itu? Perkauman di Malaysia masih berterusan kerana UMNO menggunakan isu kepentingan Melayu bagi menakutkan orang-orang Melayu supaya jangan mengundi pembangkang, tetapi dalam masa yang sama dia bersekongkol dengan bukan Melayu untuk melahirkan sistem kelas dalam Masyarakat Melayu. UMNO dan kepimpinan perlu berhati-hati dalam usaha untuk memenangi agendanya di abad 21 ini.

Jika Abdullah Hj Ahmad sudah membenarkan anaknya sendiri yang dikatakan kaya raya dan hanya berniaga di luar negeri tetapi semua orang tahu bahawa Scomi mendapat kontrak mengangkat arang batu untuk TNB di Malaysia dengan hanya menggunakan syarikat kapal di Singapura, maka apa akan berlaku sekiranya kekayaan itu dibuat di Malaysia tetapi wang keuntungan itu tidak berpusing di Malaysia dan sebaliknya disimpan dan beredar di luar negeri. Ini akan menimbulkan persoalan di mana patriotisme Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya. Jadi jangan kita marah jika semua orang bukan Melayu yang kaya raya kerana perniagaan di Malaysia tetapi tinggal di luar negeri, kerana kepimpinan Melayu sudah memulakannya.

Sang Kelembai: Bagi menteri yang sudah tua, dan “last term”, inilah masa untuk mencari duit lebih bagi bekal kepada anak cucu. Bagi Menteri atau Timbalan Menteri yang muda-muda bakal mewarisi kepimpinan, perlu juga menyediakan duit untuk politik wang bagi mengekalkan jawatan atau merebut jawatan. Adakah akan lenyap rasuah dalam sistem kapitalis acuan UMNO ini ?

9 comments:

Anonymous said...

Dear Sang Kelembai,

As per my understanding, DAP was form after Singapore been separate from Malaysia. It is the fraction party of Singapore PAP. They rename themselve after DAP.

Don't support truely socialise ideology, but a party to represent Malaysian. A party that is nationalist and willing to do anything for everyone that is currently holding Malaysian IC.

Political party that taking care of welfare and whole Malaysia. No political should be control and taking of just few families.

Let all Malaysians stand, and TOLAK PARTY YANG HANYA 3 ORANG.

Unknown said...

Sama - sama lah kita berkempen untuk Parti Keadilan Nasional dan PAS untuk
memastikan negara kita khas nya untuk
orang melayu tidak tergadai maruah..
pastikan "check and balance" ada dalam parlimen jangan biar 2/3 di kuasai umno dan barisan nasional...

de_kerinchi said...

Salam Saudara Zaharin semoga dianugerahi kesihatan yang berpanjangan dan diberkati Allah s.w.t.

Sebenarnya mana-mana pun parti yang berasas kaum,pasti akan memperjuangkan nasib kaum yang diwakilinya. Kerana itulah matlamat sebenarnya ia ditubuhkan.

Selagi kita masih ada, rasa curiga terhadap kaum lain, selagi itu intergrasi nasional amat sukar direalisasikan.

Buat saudara Masa, maaf cakap,saya masih kurang yakin dengan kredibiliti Pas apatah lagi Keadilan untuk menerajui pimpinan negara.(Ini hanya pendapat peribadi saya)

Walaubagaimanapun kemungkinan kerjasama itu dijalankan adalah tidak mustahil, sekiranya ia melibatkan maruah Bangsa, Agama dan Negara.

Anonymous said...

Salam Sang Kelembai,

Kita di Malaysia ni masih lagi ragu2 dgn keupayaan parti lain selain dpd BN utk memerintah negara, walaupun track record yg dicatat di sepanjang penerajuan mereka tidaklah boleh dibanggakan sangat sepertimana yg diwar2kan oleh mereka. Menurut pengamatan saya, tidak ada kementerian yg benar2 senonoh dari segi pengurusan dan perlaksanaan, amalan2 negatif dan tidak bermoral berterusan berlaku samada secara tersorok maupun terang2an. Rakyat terus menerus diperbodohkan dgn retorik dan sogokan. Namun rakyat masih lagi dapat menerima atau digula2kan oleh parti memerintah utk terus memangkah mereka setiap kali pilihanraya.

Pengurusan yg tidak telus dan sentiasa bersandarkan kpd OSA dan ISA (budaya menakut2kan) utk mengelakkan kepincangan dan tipu muslihat mereka diketahui umum hanya menampakkan betapa tenatnya parti yg memerintah. Salah satu cara utk rakyat mengetahui tembelang sebenar parti yg memerintah ialah sekiranya ianya diganti oleh parti alternatif yg lain sepertimana pendedahan sebenar yg berlaku di dalam isu Lojing. Inilah sebabnya mengapa pihak parti yg memerintah akan bermati2an tidak akan melepaskan kuasa yg sedang mereka pegang walaupun terpaksa memanipulasi SPR dan melalui undi hantu.

Siapa yg memerintah sebenarnya tidaklah begitu penting asalkan unsur2 negatif dan ketidaktelusan di dalam pengurusan wang rakyat dapat dihapuskan. Lagipun, bukan parti politik yg melaksanakannya di peringkat implementasi sebab ianya disempurnakan oleh jabatan2 kerajaan yg berkaitan, iaitu oleh kakitangan kerajaan. So, apa susahnya nak jadi menteri atau ketua eksekutif ni?

Jadi, anda masih lagi ingin mengundi mereka?......

Anonymous said...

Sebenarnya saya amat kecewa dengan sikap parti pembangkang yang tidak bersepakat dan bersatu hati membentuk parti alternatif yang mempunyai kuasa penyaingan dendan abrisan nasional. Kadang kala, bukan kami tidak mahu mengundi parti pembangkang tetapi tanpa satu arah perjuangan yang jelas, perjuangan politik untuk seluruh rakyat Malaysia dan memartabatkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat, bagaimana kita dapat meletakkan nasib ke tangan parti pembangkang?

Kini, kredibiliti barisan nasional semakin kronik. Rasuah, kronisme, tuduh-menuduh dan ketirisan dalam pentadbiran menyebabkan kita makin sesat dalam era globalisasi. Namun demikian, siapa yang dapat mempertaruhkan nasib kita? Kita makin bingung untuk sama ada memilih barisan nasional atau pembangkang.

Saya bukannya risau tentang perkauman dan ketegangan antara kaum. Ini adalah masalah yang lapuk. Dalam era globasasi ini, apa yang saya bimbangkan ialah keadaan negara akan menjadi umbang-ambing kerana dihanyutkan oleh ombak globalisasi. Kita sekali lagi dijajah oleh orang barat dengan menggunakan senjata ekonomi dan budaya. Ini jelas diperlihatkan di negara Singapura dan Thailand. Identiti Singapura bagaikan acuan daripada Amerika Syarikat dan ekonomi Thailand makin ditelan dan dijajah oleh kuasa asing.

Anonymous said...

tuan sk,
setakat hari ini di machap kita lihat bn menggunakan segala bentuk gula-gula untuk diberi kpd pengguni. Setakat ini kita tidak akan berhasil utk menolak bn atau umno. sdra selalu kata sdra akan masuk umno bila pak bodoh lah bukan lagi presiden tapi tak ke sdra nampak umno itu sendiri korup dan penipu?

macam mana nak reformkan umno? kuar aje dan biar umno jadi pembangkang esok , reform umno dah tak main la

Anonymous said...

Berjuang hanya untuk agama Islam, berjuang untuk bangsa apa ada faedahnya....nak kayakan pemimpin bangsa ada la, sejak 50 tahun kemerdekaan di mana kedudukan bangsa Melayu yang diperjuangkan UmNo, patutnya bila perjuangkan bangsa melayu, kedudukan orang-orang melayu jauh lebih baik dari sedia ada...korup sana korup sini, kumpul harta bertimbun-timbun untuk anak beranak dan kroni-kroni aje, rakyat terramai dibebani hutang, cukai dan seumpamanya, apa guna camtu. Berjuang untuk bangsa, suatu masa bangsa tu akan pupus jugak, tak ke mana pun takat dunia nie aje, maka ada jaminan ke hari akhirat besok perjuangan bangsa (nasionalisme) nie? Dalam kubur pun tak ada soalan kamu nie dari bangsa apa ya masa hidup dulu? Sori la pandangan anda setakat wawasan 2020 dan 2050 ajer ker atau wawasan 3000 jer ker atau 10000 jer ker...cuba pikir anda masih ada lagi ker masa tu, atau anda pikir untuk anak bangsa anda pada masa itu ker....ala tak payah ler, anda duk dalam kubur tu pun tak sempat pun nak ingat kat depa. Pendek sungguh akal anda ya.
Perjuangan Islam nie jauh ke hadapan sampai ke hari akhirat dan akhirnya syurga...ya la anda tak nampak dengan mata, kalau nampak, dengar dan sentuh jer anda baru percaya. Diulang-ulang pun anda tak yakin untuk percaya, malah diolah, ditulis dan dikarang supaya dapat berdalih seelok serta selogik mungkin...betul tak...kalau tak percaya, cuba la buka selalu alquran, baca terjemahan ke, atau pergi ke masjid ke dengar ceramah tentang sifat, ciri dan perangai orang-orang munafik serta apa ada di dalam Hadis-hadis nabi. Kalau setakat nak bercakap tentang ekonomi, pentadbiran dan seumpamanya, hebat sana, hebat sini anda mempunyai pemikiran yang low class la..tak ada standard pun kalau agama islam anda perlekeh dan hinakan di bumi malaysia. Sesungguhnya tiada hak untuk anda buat semua tu, kalau nak buat jugak anda cari alam lain la, buat sendiri.
Moga-moga kita mendapat hidayah dari Pencipta Yang Maha Agung

spycatcher03 said...

Sdr j.mirzan, UMNO itu tidak korupt. Yang korupt ialah pemimpin2 yang tidak sedar diri dan menggunakan Umno sebagai keldai tunggangan mereka untuk meraih kekayaan!
Jadi kita haus mengambil bahagian untuk membaiki Umno yang diperalatkan oleh orang2 saperti ini. Tetapi kalau kita hanya pandai bercakap diluar aje tanpa menyertai Umno, maka sampai bila pun kita tak dapat betulkan Umno!

Anonymous said...

wahai sang kelembai,

Memetik perengan "Sungguhpun dikatakan bahawa semangat perkauman dan ras sudah hilang di Malaysia, tetapi dengan cara persembahan Misi Nasional dan RMK9, jelaslah bahawa Malaysia di suatu masa akan bertembung dengan pertentangan kelas. Akan berlaku di suatu hari nanti, Melayu yang miskin, Cina yang miskin dan India yang miskin akan bersatu mengujudkan satu parti yang betul dipanggil alternatif".

saya bersetuju dgn. ramalan saudara iaitu akan wujud pertentangan kelas. Tetapi pertentangan kelas sememangnye sudah wujud beberapa dekad terdahulu hingga sekarang, dan semakin meruncing sebenarnya, terima kasih kepada rakyat Malaysia khasnya Melayu yang masih menyokong golongan kapitalis bourgeoisie ini (kecuali keluarga Al-Bukhary).Mereka lebih teruk daripada communism atau National socilist fasist. Wahai proletariat Melayu khasnya, banyakkanlah membaca, mengkaji dan berbincang mengenai ideologi politik. Terangkanlah minda sebelum membuat pilihan ideologi dan apa yang mereka perjuangkan, sebelum mengundi, bkn utk ijok sahaja tapi utk masa akan datang.Tidak salah membaca buku2 yang 'taboo'spt. 'Das Capital'(Marx) atau 'communist manifesto'atau 'The Motorcycle Diaries'(Dr.Ernesto Guevara de la Serna), 'Che The Revolusionary Life' sebagai perbandingan dan untuk meluaskan skop fikiran. Janganlah dibutakan hati dan minda kita oleh ceramah2,kata2 janji bodoh atau wang ringgit yg ditaburkan oleh mereka yang telah di anugerahkan Tuhan segala nikmat dunia pangkat, harta, kuasa semenjak dari lahir lagi, tak pernah rasa susah, yakni golongan bangsawan,(Ghafar Baba dan sesetengah pemimpin spt Shahril dikecualikan) contohnya keluarga Onn, Razak dll, dok pi mai pimai tang tu, tambah lg family Dr.M,mai Family Dollah pulak dah..."abislah bakrupt aku bankrupt!...tuan penasihat, budak Abd. wahub buat hal lagiiii" (iklan). Datuk nenek mereka dahulu tidak saya sangkal keiklasan perjuangan mereka, tetapi anak cucu mereka mungkin telah terpesong hala tujunya oleh nikmat2 dunia.Bacalah sejarah tanah air dan dunia...(kalau buta sejarah pergilah ke kamsis2 UKM, kebanyakanya dinamakan bersempena nama nama2 pejuang2 Melayu tak kiralah haluan kiri atau kanan, bukak internet, tgk apa yg mereka lakukan utk bangsa...jgn asyik chatting & surf porn site aje!), Insyallah..terbuka minda kita, dan sedar kenapa Melayu, Islam jadi sangat lemah dan berpuak2.
Kita memerlukan revolusi utk menukar apa yg kita nampak dan alami sekarang, jika kita tidak suka revolusikan minda kita dulu, barulah boleh buat reformasi (jika 'revolusi' selalu dikaitkan sebagai jalan puak yg berfahaman sosialist,iaitu pemberontakan bersejata, tak perlu lagi sampai ketahap itu).
"saya berdoa,insyallah satu hari nanti akan lahir seorang atau berberapa pemimpin yang berkarisma, iklas, jujur dan teguh ideologi perjuanganya untuk menerajui parti alternatif yg mewakili golongan proletariat tak kiralah apa bangsa dan agamanya ini"
Supaya suatu hari nanti tiada lagi anak2 muda di Malaysia ini yang memakai T-shirt bergambar 'Che guevara'...tetapi tidak tahu membezakan antara Lenin dan Lenon!!...renungkanlah!!

Sincery,
Vasily Ivanovich Chuikov

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia