Thursday, April 12, 2007

KTM-Kena Tipu Melayu


Salah satu jenaka yang digunakan oleh nasionalis Melayu untuk menggambarkan kekecewaan kepada dasar-dasar UMNO yang merugikan orang Melayu, menyebut bahawa yang tinggal lagi pada orang Melayu ialah KTM - Kereta api Tanah Melayu. Itu sahaja yang masih tinggal mengguna pakai perkataan Melayu di samping Tanah Simpanan Melayu, setelah orang Melayu kehilangan perkataan Semenanjung Tanah Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu. KTM - Kereta api Tanah Melayu pun sekarang hanya tinggal nyawa ikan dan jarang digunakan dengan ayat penuh kerana banyak orang lebih suka dengan memanggil ayat akronimnya KTM.

Maka janganlah hairan bahawa tanpa disedari oleh orang ramai dan rakyat jelata, KTM itu sendiri sudah hanya tinggal nama kerana bangunan ibu pejabatnya yang sepatutnya termasuk dalam senarai bangunan warisan sudah menjadi milik YTL-Yeoh Tiong Lay, dan bangunan itu tidak digunakan oleh YTL buat masa ini kerana ada perjanjian asal mahu mem-faraid-kan bangunan tersebut. YTL pula sepatutnya membuat bangunan ganti Ibu Pejabat KTM di Jalan Tun Sambanthan (Jalan Brickfield) ditapak bekas padang bola di hadapan bangunan YMCA.

Kini KTM sudah jadi kenangan, malah benteng terakhir perkataan Melayu sudah hilang secara perlahan-lah ditelan dek zaman oleh perbuatan orang Melayu yang berkuasa dan orang Melayu itu ialah UMNO sendiri yang menjadi Kerajaan memerintah Malaya semenjak tahun 1955 sehingga sekarang. UMNO juga tidak ada halangan untuk bangunan Majestic Hotel yang berada di sebelah bangunan KTM dirobohkan, wa hal bangunan itu banyak kenangan yang membabitkan perjuangan orang Melayu. Nasib baik dia dapat dikekalkan hasil perjuangan Yayasan Warisan.

Pada fikiran kepala pembesar UMNO, asal dapat menjadikan wang, apa benda pun boleh dibuang. Sepanjang sejarah hanya sekali orang Menteri Melayu yang jaga KTM, itu pun dalam masa yang agak singkat sahaja oleh Sardon Jubir. Selepas itu menteri yang jaga KTM kekal di tangan bukan Melayu semenjak selepas Manickavasagam dan kini portfolio pengangkutan dipegang oleh Menteri dari MCA sehingga ke hari ini. Ini sudah hampir 30 tahun. Ironinya tanah-tanah KTM semuanya sudah bertukar tangan di zaman Ling Leong Sik. Bermula dengan dasar nak memperkayakan Melayu bukan nak melahirkan pengusaha atau peniaga Melayu yang berjaya, tanah KTM di Sentul diberikan kepada Sulaiman Manan, yang terlebih dahulu mengambil tanah PKNS yang dijadikan Lot 10.

Setelah dia gagal, tanah tersebut dijual kepada YTL dan akhirnya YTL membangunkan kawasan tersebut dan melupakan perjanjian asal tujuaan tanah tersebut iaitu untuk dibangunkan beberapa blok kuarters pekerja KTM dan juga ada diskaun kepada pekerja KTM. Tetapi YTL sebaliknya tidak membangunkan tanah tersebut untuk kepentingan pekerja dan termasuk kuota Melayu tetapi terus membangunkan kondominium dan apartmen mewah yang tak mampu dibeli oleh orang Melayu. Khabarnya bangunan ibu pejabat KTM itu tidak terserah lagi kepada YTL bukan kerana diperjuangkan oleh UMNO khasnya Pemuda UMNO tetapi kerana dipertahankan oleh Pengerusi KTM sekarang ia itu Lim Ah Lek.

Beliau yang memainkan peranan mempertahankan bangunan ibu pejabat itu walau pun YTL sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri untuk mengosongkan ibu pejabat KTM. Dikhabarkan juga dia juga tidak bersetuju dalam beberapa kes pengambil tanah KTM yang dimajukan oleh Bolton Berhad, milik Menteri yang pernah jaga KTM seperti tanah di Jalan Syer, Bukit Tunku, yang sekarang sudah didirikan rumah banglo mewah yang berharga RM1juta ke atas.

KTM-Kena Tipu Melayu akan terus dapat ditipu oleh YTL, satu ikatan Cina yang hanya bermodal orkestra dari Itali untuk memikat Dr Mahathir Mohamed menyerah tanah-tanah KTM dan kali ini akan terus menipu lagi seorang Perdana Menteri yang dikenali tidak membaca dan lebih banyak tidur. Kalau Dr Mahathir Mohemad yang dianggap cerdik boleh ditipu siapalah Abdullah Hj Ahmad. Bertambah pula dia tidak langsung merasa malu untuk menyokong Scommi, syarikat anaknya yang berkepentingan membolot kesemua kerja-kerja membaik pulih gerabak atau wagon KTM yang bernilai RM57, walau pun ada tender yang lebih murah dari tawaran Scommi dan itu belum lagi jika ditanya kepada syarikat mana semua besi buruk (scrap) KTM yang mendapat hak eksklusif membelinya.
Maka lahirlah idea untuk membuat kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Singapura tanpa kerajaan keluar satu sen pun. Satu pakatan peniaga Cina ini berpandangan jauh. Ssuatu masa nanti sekiranya UMNO kehilangan kuasa dan sudah pasti Kasino di Genting Highland akan di tutup atau tidak diperbaharui lesen. Maka dengan terdirinya satu Kasino baru di Singapura, maka berduyun kaki judi ke Singapura. Dan dengan sendirinya YTL akan dapat menggunakan tanah-tanah KTM di Singapura yang bernilai tidak kurang RM30Billion termasuk penggunaan tanah KTM di Tanjung Pagar sebagai terminal kereta api laju.

Untuk pengetahuan formula yang diguna pakai oleh MRCB dan beberapa perompak Melayu dalam pembangunan di KL Sentral akan digunakan pakai bagi pembangunan tanah KTM sama ada di Woodland dan Tanjung Pagar. Bagi melicinkan segala birokrasi KTM dan YTL dijangka akan mengundang dengan karpet merah Temasek Holding dalam pembangunan tersebut.

Akhirnya tanah-tanah KTM berkesudahan akan jatuh juga ke Singapura setelah sebelum ini diusahakan oleh Daim Zainuddin untuk memiliki tanah tersebut. Itu sebab perkatakan KTM akan sinonim dengan MKT-Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Sebelum UMNO yang ditubuhkan 1946 yang dibatalkan pendaftarannya di tahun 1988, perkataan MKT merujuk kepada MT-Majlis Tertinggi UMNO dalam perlembagaan UMNO Baru. Bagaimana pun perkataan MKT itu menjadi senda gurau dikalangkan ahli-ahli UMNO kerana mempunyai pengertian yang lain di kalangan aktivis UMNO yang merujukkan MKT itu dengan maksud "Melayu Kena Tipu" Hari ini setelah hampir 20 tahun UMNO Baru diwujudkan, terserlah sudah pengertian Melayu Kena Tipu oleh pembesar UMNO kerana MT itu dari segi ejaan akan merujuk kepada “empty” atau kosong. Sebilangan “empty” UMNO memanglah kosong dan penakut untuk menegur apa-apa yang dilakukan oleh Presidennya yang sewajarnya dipanggil Abdulllah Al Tiduri Bin Abdullah Al Badawi. Semua orang tahu, tanyalah anggota kabinet bagaimana Abdullah Al Tiduri dalam mesyuarat kabinet dan taklimat-taklimat didapati dia tidur, sehingga satu mesyuarat itu terhenti dan menunggu dia tidur dulu dan menyambung perbincangan selepas dia terjaga.

Dikisahkan bagaimana seorang Melayu dalam Projek Melayu (perkayakan Melayu) menghadapi masalah perniagaan dalam sektor bank yang dia pernah berkuasa penuh dan juga sahabat kepada Abdullah Al Tiduri, tengah sipolan ini mengadu hal menceritakan akan kisahnya bagaimana hutang-hutang dan banknya bertukar tangan, dengan perlahan-lahan dia dapati Abdullah Hj Ahmad tertidur dan sipolan ini pun terdiam dan terhenti untuk macam beri taklimat kepada Abdullah Al Tidori, dan satelah terjaga dia pun memberi jawapan dengan mengeluarkan dari koceknya satu kertas dan memberikan kepada sipolan dengan nasihat supaya membaca yang tertulis dalam kertasnya, yang mana terkandung ayat-ayat doa.Bayangkan perasaan si polan tu? Sudahlah temu janji dibuat berbulan nak dapat, sudah dapat berjumpa, tidur pula, lepas itu bukan ada kata perangsang yang dapat atau bagaimana cadangan itu mahu diselesaikan tetapi mungkin berharap dengan berdoa maka semuanya akan terlaksana.

Ini juga sama yang dilakukan kepada Idris Jala, CEO Mas yang buat kunjung hormati. Bukan arahan atau pun nasihat yang diberikan oleh Abdulllah Al Tiduri kepada Idris Jala sebaliknya kertas doa yang dikeluarkan dari poketnya, sehingga memaksa Idris Jala memaklumkan bahawa dia bukan seorang Islam. Bayangkan seorang Perdana Menteri yang melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif tidak mengetahui latar belakang orang dilantik. Dan akhirnya dalam bulan ini, maka berjumpalah Melayu yang hendak menjadi pengusaha dan peniagaan yang berjaya bukanya yang macam terdapat dalam Gabem, di mana terdiri dari kalangan orang Melayu yang hendak dikayakan oleh UMNO oleh Perdana Menteri. Maka berkatalah salah seorang dari peserta dengan perkataan yang lebih kurang, " disebabkan suasana perjumpaan ini macam nak tidur, maka kita beri tepukan kepada Perdana Menteri" di mana kebetulan Abdullah Hj Ahmad sudah melelapkan mata dan tidak menunjukkan reaksi kepada ucapan-ucapan wakil-wakil persatuan perniagaan. Dengan terpinga-pinga Abdullah Hj Ahmad menjawab bahawa "saya tak tidur, saya dengar", cuba fikirkan apa yang dicakapkan oleh wakil itu, adakah itu ditujukan kepada Abdullah Hj Ahmad?

Sang Kelembai: Perahu Layar Mewah dah ada, Kapal Terbang Mewah juga dah ada, Rumah Mewah juga lebih pada ada. Maka Lengkap kehidupan Imam Besar Hadhari ini untuk beristeri dan dengan pertolongan mufti Perlis, bakal mempelai yang bernama Jean Danker tidak perlu bertukar nama. Dari macam bersekedudukan di Seri Perdana, lebih baik lah menikah. Pasti semua empty-empty UMNO mendoakan selamat sejahtera, dan dengar khabarnya akan ada kroni pasang siap dan menantu pasang siap tapi cukuplah satu anak dan menantu yang ada sekarang, bertambah lingkup lagi Melayu jika yang pasang siap juga berperangai sama.

13 comments:

Anonymous said...

Melayu UMNO seperti lagu dan irama dan bagai aur dengan tebing.

Anonymous said...

Assalamualaikum-Alkisah diperdengarkan satu hikayat oleh Sang Sapurba, hikayat yang lebih ternama dan masyhur dari Hikayat Merong Mahawangsa.

Maka ditanyalah orang ramai apakah nama hikayat yang gah dan masyhur itu. Maka dimarahi oleh Sang Sapurba akan orang ramai itu kerana tidak tahu menahu akan nama hikayat itu.

Setelah didesak beberapa kali oleh orang ramai itu maka Sang Sapurba pun lemah hati dan berkata akan nama hikayat tersebut ialah "Hikayat Abdullah Altiduri".

Setelah didengar akan nama hikayat itu, maka orang ramai itu pun berkata "Tidaklah payah saudara Sang Sapurba bersusah payah menghikayatkannya kerana kami orang ramai sudah mengatahui hikayat tidurnya dari A sampailah ke Z dari Alif hinggalah ke Ya".

Maka dimarahi sekali lagi orang ramai itu oleh Sang Sapurba. Maka ditanya oleh orang ramai itu kenapa dan mengapa mereka semua dimarahi tanpa sebab adanya. Maka Sang Sapurba berkata dengan sepenuh perasaan "Aku mahu kamu semua mengambil iktibar dan pengajaran supaya selepas ini tidak akan ada Abdullah Altiduri kedua atau ketiga dan seterusnya di Tanah Melayu yang tercinta ini. Cukuplah Abdullah Altiduri yang satu ini yang telah membuat onar dan memalitkan kecelakaan kepada kita semua orang Melayu".

Maka berkatalah orang ramai itu kepada Sapurba "Apalah kiranya saudara Sang Sapurba membukukan hikayat ini supaya dapat dibaca oleh anak cucu kita turun temurun. Supaya mereka mengetahui petualang dan penjahanam bangsa Melayu ini".

Maka dijawab oleh Sang Sapurba "Ya tak ya juga ...".

Wassalam.

Anonymous said...

Sdra Sang Kelembai,

Sebenarnya Keretapi Tanah Melayu tidak lagi wujud. Yang ada hari ini ialah KTMB dan ianya terpampang dengan megahnya di bangunan berhadapan dengan dahulunya bekas stesyen utama sistem keretapi di negara kita.

Kata Tok Laksamana Hang Tuah "Tak Melayu Hilang Di Dunia". Kalau beliau hidup semula dan berjalan-jalan di bumi ini yang dahulunya bergelar Tanah Melayu ternyata sekali beliau akan terkejut besar apabila mengetahui bahawa Melayu hari ini hanya tinggal beberapa kerat sahaja, lebih-lebih pun pada nama sahaja.

Hari ini yang ada bernama Melayu tidaklah banyak -- Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), akhbar Utusan Melayu, Baju Melayu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) akan tetapi pemimpin Melayu rela mengelarnya Umno, lantaran hilangnya istilah Melayu, Institusi Raja-Raja Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan akhir sekali Jalan Melayu yang papantandanya berdiri dengan penuh kesedihan dan kesuraman di celah-celah ibu kota yang sibuk berdekatan dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan Melayu yang bukannya jalan utama akan tetapi merupakan jalan susur yang tidak berapa panjang bagaikan tersorok daripada pandangan ramai, hanya pada akhir-akhir ini ada usaha membina pintu gerbang yang kalau tidak silap saya lihat seminggu lalu masih berbunyi Jalan Melayu. Esok, siapa tahu?

Dahulunya ada Rangkaian Irama Melayu Asli atau RIMA di Angkasapuri akan tetapi telah diperkosa, dicabul dan diliwat cukup-cukup oleh seorang India Muslim yang pernah menjadi menteri penerangan dan penggantinya yang juga seorang India Muslim pun terus memperkosa keMELAYUan rangkaian itu sehingga diubah nama agar tiada lagi wujud unsur-unsur Melayu atau keMELAYUan.

Itu sahajalah yang Melayu di bumi bekas Tanah Melayu yang ada hari ini. Hendak mencari Kampung Melayu tiadalah harapan kerana yang ada Kampung Baru, Kampung Datok Keramat dan Kampung Pandan yang majoriti besarnya penduduk Melayu. Kuih Melayu hari ini kebanyakkannya diadaptasikan daripada kuih nyonya dan tidak semua Melayu mengetahui asal-usul untuk membezakan yang mana satu kuih Melayu dan yang satu bukan.

Bank Melayu tidak wujud. Yang paling hampir ialah Bank Bumiputra yang kini sudahpun tinggal kenangan. Wisma Melayu tiada, yang ada Wisma Dato' Dagang (di Kg Baru), Wisma Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin di Sentul dan Menara Safuan di tengah-tengah ibu kota. Masjid Melayu tiada dan tidak pernah wujud, yang ada Masjid India, Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang, Masjid Pakistan di kawasan Chow Kit dan tidak lama lagi akan wujud Masjid Cina sekiranya cadangan mufti popular dan vogue dari utara tanahair akan menjadi kenyataan. Sebenarnya masjid yang berbentuk senibina Cina sudah wujud di Melaka yang kunun-kununnya bermulanya asal-usul Tamaddun Melayu. Akan tetapi tidaklah wujud satupun yang bernama Melayu di bandar Melaka, jauh sekali Jalan Melayu atau Lorong Melayu! Kedai Buku Melayu atau selalunya dinamakan Toko BUka Melayu memang sudah lama dipadamkan daripada senarai istilah-istilah toko perniagaan di Melaka.

Persatuan Melayu saya belum pernah dengar akan tetapi wujud Kelab Melayu di Ipoh, Perak. Tidak lah pula saya ketahui sekiranya kelab ini masih wujud kerana dahulunya menjadi sarang judi oleh kakitangan kerajaan Melayu di Ipoh. Yang wujud ialah Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

Justeru, tidaklah banyak lagi yang bergelar Melayu yang wujud di Tanah Melayu ini. Hanya yang meMELAYUkan negara kita ialah kerana kuasa politik Melayu yang didokong oleh Orang Melayu di luar bandar yang selalunya diperbodohkan oleh para pemimpin Melayu yang mereka berikan undi. Kini hanya tinggal kuasa Melayu dan itupun sudah dicabar dengan teruknya saban hari, saban minggu, saban bulan dan saban tahun sehinggakan tidaklah menjadi mustahil suatu hari ini kuasa ini hanya akan tinggal kenangan, sekiranya ramalan Pak Sanusi Junid menjadi kenyataan. Seperti kata beliau "seratus tahun dari sekarang para penuntut sejarah akan diceritakan bahawa dahulunya ada sebuah bangsa bernama Melayu akan tetapi dek sikap mereka yang memusnahkan diri mereka sendiri maka tiadalah wujudnya bangsa itu."

Sebenarnya tidaklah banyak yang bernama Melayu, nama-nama Melayu pun dalam perbendaharaan kata hanyalah, mengikut pendapat orang tua-tua yang masih asli ialah Busu, Yeop dan Awang. Nama hampir kesemua Umat Melayu yang berjalan di muka bumi ini hampir kesemuanya dipinjam daripada bahasa lain, terutamanya Arab dan Mat Salleh dan bangsa-bangsa lain. Istilah-istilah Melayu sudah semakin hari semakin dihakis sehinggakan sudah hampir bagaikan tiada istilah Melayu yang sesuai.

Yang masih berbau Melayu ialah lawak Melayu lama yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra yang berbunyi: "Melayu kalau dia seorang dia akan tidoq, kalau dua orang dia bersembang, kalau depa bertiga nanti buat kenduri". Ahli Parlimen Yan Badruddin Amiruldin pula menambah "Melayu kalau ada empat orang dia nanti buat jawatankuasa!"

Dua ungakapan terkanal Tunku masih menjadi ingatan kita semua iaitu "Biaq Pi dan Tak Pa". Pak Tun Dr Mahathir Mohamad pula bersungut bahawa "Melayu Mudah Lupa".

Ini semua pasai sikap tolak ansur yang hanya terkenal sebagai kunun-kununnya sifat terpuji orang Melayu. Ini adalah ulam-ulaman bukan Melayu terhadap Melayu yang pada perkiraan dan pandangan mereka mudah sangat kena tipu, ditipu dan menjadi mangsa penipuan walaupun di depan mata. Tipu-tipuan sudah lumrahnya menjadi makanan rohani Melayu. Bagaimana mereka tidak memuji orang Melayu disebabkan sikap tolak ansur kita, kerana "bila depa tolak kita dok ansoq pi...tolak ansur la tu!"

Zaki Tok Tam
Anak Melayu Kedah

Anonymous said...

satu lagi KTM - Kabel Tiada? Maaf!

Nak kerja situ mesti kenal orang. Kalau tak jangan harap boleh masuk. Tak kisah lah Melayu ke bukan Melayu ke.

Anonymous said...

Zaki Tok Tam, Tolak ansoq tu saya baca macam lain, tolak tu tolak mai duit baru beransoq.

Bila kita cakap pasal Melayu UMNO, cuba bayangkan yang rentung garin, bukan takat gelap, cakap hindu pulak tu. Depa ni la dah dapat kuasa sikit depa tukar unsur-unsur Melayu dalam UMNO. Jawa lain, dari rumpun Melayu jugak. Ni dak, depa mai dari jauh, kalau kita tengok sejarah memang depa ni yang dok perlekeh Melayu, perjatuh Melayu. Pasai apa, depa ni ada kasta-kasta, yang kasta rendah ni dah masuk Islam untuk mempertinggikan darjat dan maruah. Jadi bila dah masuk UMNO ni nak jadi Melayu lah pulak, apalagi macam kera naik junjung. Depa ni mau jaga.

Anonymous said...

Macam mana nak ada Melayu, dalam UMNO pun banyak yang rentung garin, cakap hindu pulak tu. Jawa takpa dari rumpun yang sama. Kalau kita tengok sejarah depa ni yang kacau sangat, sampai lani. Kasta rendah jadi masuk Islam, lepas tu mai Malaysia masuk Melayu pulak.

zaharin mohd yasin said...

Kepada Sdra Zaki Tok Tam,

Terima kasih banyak2 komen Sdra itu. saya akan ambil sepenuhnya tulisan itu untok buku yang mengumpulkan kesemua tulisan saya selama kini.

Anonymous said...

saudara kelembai,
melayu sebenarnya sudah lama layu ditelan zaman dan peredaran masa. saya pun dah tak dapat nak ingat sebuah sajak mengenai bangsa melayu yang lambat laun akan menjadi layu. mungkin saudara boleh cari kerana saudara seorang yang "menggali" benda-benda yang orang lain dah tak mahu!

pak sanusi tu walaupun bukan melayu tulin, tetapi semangat melayunya dicampur dengan keacehannya begitu tinggi. tetapi kepimpinan parti pemerintah yang ada sekarang terus tidak mahu menggunakan kepala botaknya yang atas tu langsung. dia tu manusia cerdik, tetapi nasib tak menyebelahi dia, sebab itulah berakhirnya karier politik sebagai presiden uia sahaja.

Anonymous said...

Apa yang hebat yang masih tinggal lagi untuk orang Melayu ni ya, seingat yang tak akan lupa mungkin ungkapan "Tak kan Melayu Hilang Di Dunia"...hehehe lama-lama duk atas muka bumi Tanah Melayu nie semakin jadi merempat, mengemis dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aduhaiii....patut la ramai yang nak tukar dari melayu tulin ke melayu kacukan, mungkin satu hari nanti depa yang jenis nie, tak mahu mengaku dari keturunan Melayu sebabnya Malu, malu kerana Melayu pemalas, mudah lupa dan tak cerdik, korupsi, assabiyah....apa lagi akan berlaku ya untuk Melayu di masa akan datang....mungkin majoriti jadi pengemis....tidak mustahil kan jika dilihat keadaan yang berlaku sekarang ni.

Apa boleh buat....
Pok Pulas

Oranglam said...

Nama pun Me Layu, nak buat macam mana. Melayu membawa maksud lari, jadi apa yang tinggal.

Anonymous said...

Sdra Trojan Horse,

Maksud Sdra ialah lagu WARISAN yang dahulunya dinyanyikan oleh anak-anak Mara semasa kami menuntut ilmu di institusi yang sewajarnya patut terus bergelar ITM dan bukannya universiti. Tak sampai 1 hari selepas Pak Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan permintaan pengurusan ITM untuk "menaikkan taraf"nya kepada universiti maka kolej tunku abdul rahman pun bergelar Universiti Tunku Abdul Rahman. Antara satu contoh sikap tolaq ansoq Melayu.

Mengenai Hindu yang masuk Islam untuk membebaskan diri daripada sistem kasta, saya amat bersetuju kerana mereka tidak hanya memilih Islam akan tetapi agama Allah yang dibawa oleh Nabi Isa A.S. akan tetapi telah diseleweng dan ditemberang oleh pihak gereja untuk dimunculkan sebagai agama baru yang bernama Kristian. Hindu masuk Islam dan Kristian kerana ingin membebaskan diri dari sistem kasta.

Kami di utara ni kalaupun bangsa dia India dan beragama Hindu kami tetapi memanggil mereka Hindu bukan kerana elemen penghinaan akan tetapi sebagai tradisi. Akan tetapi bangsa hindu yang tidak pernah sedaq diri termasuklah serpihan mereka yang bergelar India Muslim tetap memanggil Melayu sebagai "nata kare" atau "walyan kati" yang berbau penghinaan dan nista.

Saya tidak fasih berbahasa Tamil akan tetapi insyALLAH dengan minda yang diberikan ALLAH SWBT dan latarbelakang saya semasa membesar di Aloq Setaq (ada pulak makrop sintok yang pi tukar nama lain, kunun nak bagi bunyi sedap!) amat memahami bahasa ini dalam bentuk pertuturan ala bahasa pasar atau kami di kedah kata bahasa market.

Saya setuju bahawa apabila gelap garin dan rentung ni masuk Islam dan bernama Melayu apabila menukarkan perkataan anak lelaki atau son of kepada bin, maka depa ni lebih melayu daripada melayu akan tetapi warna kulit mereka dan sikap mereka yang keterlaluan telah begitu mudah menunjukkan belang mereka yang suka dok makan nasiq kepai. Orang utara tau la nasiq kepai ni apa...

Semoga Melayu akan tetap wujud di Tanah Melayu ini. Melayu akan tetap segar selagi ada sifat keMELAYUan dalam jiwa dan diri kita umat Melayu ini. Janganlah lupa lagu Warisan yang nama asalnya ialah "Kisah Melayu".

Ingatilah petikan-petikan lagu itu...yang antara lainnya berbunyi: "anak kecil bermain api..." dan "airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang..."

Zaki Tok Tam
Anak Melayu Kedah
* ayaq mata selalu mengaliaq bila dengar dan menghayati lagu ini, namun ada seorang pembesar negara seketika dahulu telah tidak membenarkan lagi lagu Warisan ini diperdengarkan...pasai apa? Saya pun tak tau...

Anonymous said...

"Let the ruling classes tremble at a Communist revolution. The proletarians have nothing to lose but their chains. Working men of all countries, unite!"
Karl Marx

"The true revolutionary is guided by great feelings of love. It is impossible to think of a genuine revolutionary lacking this quality."
Che Guevara

"Communism needs democracy like the human body needs oxygen."
Leon Trotsky

"The devotion of such titans of spirit as Lenin to an Ideal must bear fruit. The nobility of his selflessness will be an example through centuries to come, and his Ideal will reach perfection."
Mahatma Gandhi

"I worked at a factory owned by Germans, at coal pits owned by Frenchmen, and at a chemical plant owned by Belgians. There I discovered something about capitalists. They are all alike, whatever the nationality. All they wanted from me was the most work for the least money that kept me alive. So I became a communist."
Nikita Khrushchev

MY NAME IS:-
"VASILY IVANOVICH CHUIKOV"

Anonymous said...

Saya sudah jemu,merintih dan mengeluh pasal Melayu. Melayu mudah lupa,kata Mahathir. Ya zaman Mahathir banyak "pasal Melayu" yang hilang.Tetapi apabila Mahathir hanya mantan PM, orang-orang Melayu pun terus lupa apa yang telah/kesan dasar-dasar Mahathir terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan, dan segala macam nama dasar lagi.Malas ceritalah. Alhamdulillah, saya memperoleh ijazah pertama,master dan Ph.D tanpa biasiswa kerajaan. Jual buku,jula kereta, jual rumah dll.Setelah berkhidmat 28tahun dalam kerajaan, saya bersara pilihan kerana amat kecewa dengan dasar-dasar kerajaan zaman TMM dan DSAB. Saya tiada hutang-piutang.Saya berbangga sebagai anak Melayu jati yang mana saya dapat mencari susur-galur keluarga saya di Tanah Melayu ini sejak sebelum tahun 1600M.Justeru, Melayu jati sebenarnya berjiwa besar, tidak mengemis,jujur,ikhlas dan tidak mudah mendamba selagi hayat dikandung badan.Wallahualam.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia