Monday, April 30, 2007

Petunjuk apa di Ijok?



Bagi mereka yang tidak menjadi pengundi, ada kekesalan dan kesedihan di atas keputusan PRK Ijok yang menyaksikan kemenangan yang dilaungkan sebagai kemenangan besar tetapi tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan jentera yang didatangkan oleh BN/UMNO seluruh negeri termasuk dari Sabah dan Serawak.

Secara rasminya KPN, PDRM dan KP Selangor mengesahkan sejumlah 1500 anggota PDRM bertugas di Ijok. Kepada mereka yang lalu lalang di Ijok yang sudah menjadi macam Jalan Pekeliling .. boleh kira berapa banyak Polis yang ada. Di samping sekatan jalan raya yang berjumlah 7 semuanya, polis trafik dan tugas am yang menjaga keselamatan tetamu kerajaan di PRK Ijok bole di anggarkan berjumlah dalam 400 orang sahaja. Maka ditanyalah orang, ke mana yang 1,100 orang lagi? Adakah mereka ikut berkempen dan kalau merisik serta berkempen untuk siapa?

Pasukan petugas BN dari Selangor sendiri setiap dari 27 UMNO Bahagian menghantar tidak kurang 300 petugas yang terdiri dari tenaga UMNO, wanita, pemuda dan puteri. Ini ditambah pula setiap UMNO Negeri menghantar tidak kurang 200 orang dan parti komponen lain seperti MIC sendiri. Belum dikira jumlah lain-lain tenaga sokongan, seperti Kemas, Jasa, BTN, Pegawai Seranta Felda, keseluruhan semua tenaga yang Pro Barisana Nasional tidak kurang 10 ribu orang bertugas dalam masa PRK Ijok.

Jika dibandingkan dengan tenaga parti pembangkang, maka perkiraan adalah 100 BN persamaan 1 petugas parti pembangkang. Maka dengan kebanggaan jumlah majoriti yang diperoleh ianya tidak setimpal dengan jumlah petugas dan sepatutnya Barisan Nasional sekurang-kurangnya memperoleh paling kurang 7 ribu pengundi dan majoriti 3 ribu ke atas. Jika dibandingkan wang yang dicurahkan termasuk RM 36juta untuk projek membuat jalan tar dan wang digunakan oleh UMNO di mana setiap UMNO Bahagian di Selangor mendapat peruntukan tidak kurang 250 ribu dan UMNO Negeri-negeri mungkin berbelanja hampir sama, maka diambil secara rambang bahawa sejumlah 60 juta dibelanjakan oleh Barisan Nasional untuk menang di PRK Ijok, maka agaknya berapa harga satu undi BN di Ijok.

Berbagai andaian dan ulasan terhadap kemenangan dan kekalahan dalam PRK Ijok dan tidak terdapat pun ulasan dari Barisan Nasional mengenai kemenangannya selain daripada sebab yang biasa digunakan. Begitu juga Parti Keadilan Rakyat menggunakan alasan yang sama mengenai kekalahannya dan menyalahkan SPR sungguhpun sebenarnya SPR bukan lawan nya tetapi lawannya adalah kerajaan.

Perkara yang pertama yang patut diambil kira, setelah hampir 10 tahun Anwar Ibrahim dipecat keahlian dari UMNO kerana salah laku moral dan rasuah dengan berkesudahan dia dapati salah dalam kes rasuah yang bermaksud salah guna kuasa mengarahkan Polis menangkap dua orang penulis surat yang menceritakan kisahnya dan bebas dalam salah laku moral kerana kekurangan bukti, sekali lagi rakyat mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamed adalah betul.

Mengapa tidak, walau pun tidak disebut oleh pembesar UMNO moralnya, kekalahan PRK yang Anwar Ibrahim menjadi penasihatnya, adalah juga sebagai sokongan kepada keputusan UMNO dulu. Di sinilah Anwar Ibrahim terlupa bila berucap di PRK Ijok. Beliau langsung tidak meminta pengundi Ijok membuktikan dengan undi, sama ada dia diberikan keadilan atau tidak bila disumbatkan ke penjara oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu sebab berhabis pembesar UMNO dari negeri-negeri lain mengalahkan calon PKR kerana mereka amat bimbang, jika kemenangan berpihak kepada PKR ianya memberikan pertunjuk akan kesilapan UMNO memecat dia dahulu, dan bukan angkara salah laku moral atau rasuah tetapi kerana dia tidak bersetuju dengan rasuah yang dia amalkan oleh UMNO, seperti mana yang di gembar gemburkan dalam ucapan ceramah pilihan rayanya.

Inilah padahnya jika berpolitik tidak secara pintar. Sepatutnya Anwar Ibrahim bila melihat ada kesempatan, sepatutnya menggunakan peluang itu selengkap mungkin. Bila mana Tun Dr Mahathir Mohamed mula mengkritik Abdullah Hj Ahmad, beliau pula mengambil bahagian sama mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamed. Jika dia pandai bersilat dalam gelanggang, Anwar Ibrahim meminjam Tun Dr Mahathir Mohamed bagai tujuan politiknya dengan bersama-sama mengayun Abdullah Hj Ahmad, sebaliknya dia banyak bermain silap mata, sehinggalah dia tersedar bila sudah terhantuk, di mana Khairy Jamalludin menghentam dia secara terbuka dan dia membalasnya hanya sekadar mengatakan Khairy Jamalludin sekadar mengkarung sahaja dan dia seekor naga.

Itu sebab para pendengar ceramah melihat semacam ada episod seperti drama swasta antara Anwar Ibrahim dan Abdullah Hj Ahmad, dan ditambah lagi dengan serangan bertubi kepada Najib Tun Razak, yang sepatutnya bagi seorang seperti Anwar Ibrahim menembak Najib Tun Razak macam hanya "membazirkan peluru sahaja". Kenapa tidak dihalakan senapang atau meriam kepada Abdullah Hj Ahmad sendiri yang penuh dengan kekotoran itu? Jika di masa kempen Anwar Ibrahim menyerang habis-habisan pentadbiran Abdullah Hj Ahmad seperti mana yang pernah kononnya diperjuangkan dulu di saat dia hendak dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamed ia itu atas alasan kroni, nepotism dan rasuah senario mungkin lebih berbeza. Bukankah amalan itu diteruskan oleh Abdullah Hj Ahmad.

Sebenarnya PKR tidak membaca habis geografi politik di Ijok dan merasakan dengan hanya meletakan calon Melayu dengan sendirinya sejumlah 6234 pengundi Melayu akan berpihak kepadanya tetapi dia tidak mengetahui dari jumlah itu terdapat 3501 pengundi UMNO dan bererti hanya 2733 orang Melayu yang tidak menjadi ahli UMNO. Perlu di ingat bahawa orang Melayu di Ijok adalah keturunan Jawa. Dan bagi orang Jawa, walau bertengkar sejauh mana pun dia tetap megah dengan jawa nya. Jika sekarang sudah ada seorang Menteri Besar dari keturunan jawa di Selangor selepas Hormat Rafie.. adakah kita terfikir bahawa orang jawa sanggup memalukan Mohd Khir Toyo?

Setelah pengundi Melayu berfikir soalnya jawa nya, bagaimana pula pengundi India di ladang mereka? Semua sudah maklum terdapat terlebih kuil hindu dari masjid jika dibandingkan jumlah 3475 pengundi India. Pernah kah PKR terfikir bahawa siapakah hendak membela kuil-kuil hindu yang didirikan di tanah-tanah estet kerajaan yang tidak bergeran. Jika Majlis Daerah atau Pejabat Tanah hendak merobohkan kuil mereka siapa yang mampu menahannya, Khalid Ibrahim tidak akan mampu maka kerana itu mereka mesti memilih calon Barisan Nasional. Maka bagi orang-orang India yang beragama Hindu, antara kemiskinan yang tak terbela di estet dan kuil hindunya.. siapa yang di utamakan? Jawapan mudah, semestinya kuil hindu dan siapa yang boleh pertahankan kuil itu, jawabnya mestilah seorang wakil India, itu sebab adalah satu dongeng bagi PKR untuk mendapat undi India walau pun Nalakaruppan bertanding.

Setelah Melayu/Jawa dan India/Hindu berfikir dan menimbangkan untuk mengundi siapa, bertanya pula kita dengan orang-orang Cina di Ijok. Mereka ini memang betul tiada kepentingan apa-apa dengan kerajaan dan sungguhpun mereka tidak senang tapi mereka tidak susah. Bagi masyarakat Cina, sebahagian hidupnya tidak akan bererti tanpa judi. Itu sebab selalu kita dengar kisah peminjam Ah Long adalah dari kaki judi. Kerana amalan begitu, tidaklah sukar bagi mengatasinya. Dari 2539 pengundi Cina dengan bayaran seorang RM200 dengan membeli RM1, BN hanya memerlukan 1300 orang sahaja untuk berjudi dan untuk dimenangkan. Maka kewangan yang diperlukan untuk membayar pemenang yang mengambil RM 1 bayar RM 200 jika membeli BN menang dan hanya bermodalkan lebih kurang 260 ribu sudah dapat dibeli pengundi Cina. Setelah itu kita bandingkan perjudian membeli PKR dengan RM1 bayar RM150. Agak-agak mana yang dibeli oleh kaki judi, dengan hanya bermodalkan RM1.

Kesimpulannya PRK Ijok telah memberi pertunjuk bahawa walau pun dalam keadaan apa sekali pun, generasi perubahan sudah berlaku dalam setiap pilihan raya. Kemenangan BN tidak berakhir tamatnya satu sejarah demokrasi, demi setiap pilihan raya umum atau kecil protes kepada BN terus meningkat, dan peningkatan itu bertambah generasi rakyat yang memahami apa itu demokrasi. PRK Ijok telah membuktikan ada pertanda untuk tempoh lima dan sepuluh tahun akan datang, Barisan Nasional akan ditolak oleh rakyat. dan dia bertambah cepat jika parti-parti pembangkang tidak menggunakan isu yang remeh temeh sebaliknya jika PKR hendak menentang rasuah, penyelewengan atau apa pun, yang terpenting bukan sahaja membawa yang bersalah ke mahkamah tetapi mesti berani melahirkan idea atau gagasan untuk menukar sistem politik dan ideologi negara.

Sang Kelembai: Nampak cara yang dilakukan oleh pengundi di PRK Ijok, seperti memasang serang hendap. Dalam taktikal mestilah dilepaskan dulu bandit melalui kawasan yang mahu diserang hendap itu dan mengira berapa yang melintas dan menunggu mereka pulang dan membunuh berapa yang melintas tadi. Begitulah caranya dalam politik, maka betullah cara Pas, bila musuh kuat, dia lari (pulaukan PRK Batu Talam) bila musuh rehat dia kacau (adakan ceramah sana sini) dan bila musuh lemah (kerana sibuk nak menjawab isu) hanya dengan undi akan dikalahkan.

11 comments:

Unknown said...

Maaf Sang Kelembai,

Saya amat tertarik dengan analisis tersebut tetapi mengapa sekarang? Setelah selesai Pilihanraya Kecil ijok baru dibangkit mengenai faktor Melayu dan Jawa, India dan Kuil? bagi Cina saya akui mereka tidak senang tetapi tidak juga susah, walaupun menggunakan taktik RM1 untuk RM200 tetapi kawasan majoriti Cina di pekan Ijok dan Berjuntai bestari Selatan mengundi PKR.

Kalau analisis ini dapat diutarakan sebelum pilihanraya kecil Ijok mungkin boleh membantu PKR kalau tidak menewaskan BN pun sekurang-kurangnya mereka cuma menang dalam majoriti yang amat sedikit.

Saya harap analisis seperti begini sepatutnya dikongsi sebelum piliharaya atau sebelum penamaan calon lagi bukannya selepas pilihanraya. Walaubagaimanapun, analisis tersebut amat berguna buat Barisan Alternatif untuk lebih bersedia pada Pilihanraya Umum kelak - Insyaallah.

Anonymous said...

Cina memang mudah jual undi dengan berjudi, melayu lagi teruk, jual segala - galanya. Itulah melayu

Anonymous said...

lagi satu, melayu jawa jual daun dan batang pisang untuk upacara kuil dan agama hindu. biasa laaa... jawa pada nama sahaja.

Tuhan tengok bangsa jawa ka??

Mr. Right said...

Putat,

Bila habis game bolasepak, cukup mudah untuk kita buat segala jenis analisis. Bayangkan Malaysia menewaskan Brasil, perkara yang tidak logik itu pun aku rasa kita boleh kupas dan cari apa punca ianya berlaku.

Jika PKR menang, mungkin Sang Kelembai pun mampu ulas bagaimana ianya terhasil.

Sang Kelembai,
Apa yang kau cakap itu betul, tapi aku setuju dengan putat, next time please utarakan benda sebegini sebelum hari mengundi...!

Anonymous said...

Sang Kelembai

Melayu Cina dan India.... sudah ada trend Melayu mula mengadaikan negara nya, kemana pulak dia nak mencari makan apabila semua nya habis di gadaikan???? Negera Cina.... India???

Laksamana Bentan said...

Sudah banyak kali saya mengingatkan isu-isu fokus yang patut diutarakan oleh PKR iaitu tentang rasuah,penderitaan rakyat berhubung minyak,tol,dan penyelewengan BN berhubung pencemaran alam,setinggan, kroni,nepotisme dan isu-isu semasa serta kesalahan tatatertib Parthiban sebagai penjawat awam berhubung General order JPA BabD 2.1f. Tetapi PKR asyik memburukkan peribadi orang lain yang tidak relevan dengan masalah rakyat yang terdekat. Buat apa sibuk-sibuk altantuya? Komisyen kapal selam itu ada bukti dan data sahih ke? Akhirnya PKR terjerat dan makan diri sendir! Porrrrah ammmmmaaaah... (sayu hati Laksamana Bentan)

Anonymous said...

cuba komen skit on phantom voters... katanyer ramai???

Anonymous said...

hehehehe...satu lagi bukti ialah
betapa MENIPU, MEMBOHONG, DAN SEGALA-GALANYA OLEH BE END DAN UMENO.

SORAKAN HEBAT UNTUK MALAUN-MALAUN SEMUA KERANA MENANG DENGAN PENIPUAN

Berita dari gunung said...

Sang Kelembai, apa kabar.

Anonymous berkata:
"cuba komen skit on phantom voters... katanyer ramai???"

Isu ini sebenarnya cakap saja senang. Kalau di bandaraya kosmopolitan memang senang jadi, dan orang pun tak heran, sebab cara hidup di situ, takat kenal keliling rumah saja. Kita boleh berbaris masa nak mengundi, tapi tak kenal ramai dalam barisan.

Di kampung tradisional lain sikit. Di situ kita boleh kenal ramai. Kalau nampak orang pelik sikit, kita boleh cam samada orang situ atau orang menyamar.

Walaupun begitu di kampung-kampung dimana terlalu ramai anak-anak muda berhijrah keluar dan jarang2 balik, memang sukar kita nak kenal mereka ini.

Itulah sebabnya yang kerap protes tentang pengundi hantu adalah di Kelantan dan Terengganu, kerana disana kerja terhad hingga terlalu ramai yang berhijrah untuk bekerja. Jadi bila berbaris untuk mengundi, ramai sangat wajah2 yang tak pernah dilihat, apatah lagi siap dengan stail, lengguk tutur orang KL!

Tapi dari pengalaman saya mengundi beberapa kali, saya memang diminta mengeluarkan IC sebagai pengesahan, dan bukan seorang yang membelek IC saya. Saya adalah warganegara, penduduk dan pengundi tulin, manakala IC saya adalah tulin. Saya tak tahu, mungkin ada pemegang IC palsu, dan saya rasa memang ada mekanisma untuk mengesannya. Agen calon memang ada di tempat mengundi, laksanakanlah tanggungjawab dengan baik.

Sesiapa yang ragu-ragu, bolehlah cuba dimana-mana pusat mengundi, menyemak dan mengecam betul-betul pengundi-pengundi yang datang. Boleh ambil gambar semua dengan kamera handset. Boleh semak. Boleh kaji. Kemudian bincang.

lamandau said...

Grapes are sour ..ini selalu terjadi apabila mengalami kekalahan. Dikatanya ujud penipuan, korupsi, undi hantu dan bermacam2 alasan untuk meyedapkan diri sendiri ! PKR harus buat muhasabah diri sendiri. Anwar Ibrahim yang membantu BN menang di Ijok. Orang menyampah mendengar terjahan secara personal dibuat keatas DS Najib saolah2 beliau yang bertanding! PKR menggunakan gelanggang ini untuk melepaskan tuduhan keatas DS Najib tanpa segan silu dan takut kepada undang2. Mungkin Anwar telah disediakan skrip oleh mereka yang igin melihat DS Najib gugur kerna isu2 lain begitu banyak untuk menjadi bahan memikat pengundi Ijok.

Pengundi hantu adalah isu yang sering di laung2kan oleh pembangkang (kalau kalah, kalau menang diam aje kerana mereka pun kerap berusaha memindah pengundi dari tempat lain juga! Tapi tak panggil pengundi hantu. Tanya Pas Kelantan!) Pengundi hantu tak ujud. Apa yang terjadi adalah proses pemindahan pengundi dari satu kawasan kekawsan lain mengikut peraturan dan undang2! Apa yang perlu dibuat , tukar alamat dalam mykad dan daftar dikawasan sejajar dengan alamat dalam mykad! Ini loophole undang2 yang di eksploitasikan oleh parti2 politik!
Kalau nak buat dari sekarang!

Anonymous said...

memang Pas dah bagus dari dulu hingga skrg....BN pun byk dah tiru cara Pas kelantan memerintah...sbb tu aku nasihatkan sang kelembai berpijak dibumi nyata...knp dulu taknak puji Pas...ahli2 fikir melayu yg hebat2 sudah tiada dlm UMNO...mereka semua ada dlm Pas dan Keadilan skrg...yg tinggal semua ahli rakus dan dungu je dlm UMNO...

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia