Monday, April 23, 2007

Siri Ijok Yang Bergelora Bil: 3



Bila Khairy Jamalludin yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menyebut berulang kali mengenai "gengsterisme" yang diamalkan sewaktu penamaan calon Pilihan Raya Kecil Ijok oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekutu pembangkangnya, maka orang yang prihatin terpaksalah ambil tahu dan patutlah dicadangkan segera agar dipinda Akta SPR supaya di masa hadapan menjadi satu kesalahan jika mana-mana parti-parti yang bertanding menggunakan khidmat "gengster". Seharusnya dengan hampir 1000 kekuatan anggota Polis dalam PRK - Ijok, sudah pasti Polis sudah mengenal pasti sesiapa dalam kumpulan itu yang terdiri dari penjenayah, gengster, orang buang daerah dan bekas banduan.

Maka yang melakukan provokasi itu, sudah pasti mempunyai latar belakang "berani mati" tetapi sebaliknya dalam
www.malaysia-today.net tertulis rencana yang panjang mengenai penglibatan Khairy Jamaludin membebaskan penjenayah yang hendak dibuang daerah dan cerita dalam rencana itu juga termasuk bagaimana wang itu diberikan serta tindakan Johari Baharom yang menerima wang rasuah itu dan ironisnya penjenayah itu turut dikatakan kononnya pernah menyumbang kepada bapa mentuanya yang juga Perdana Menteri dengan jumlah wang yang banyak juga.

Maka "orang atas pagar" akan bertanya, siapa yang sebenarnya berbaik dengan "gengster" dan kalau begitu sudah tentu orang yang berbaik dengan gengster akan menggunakan khidmat gengster. Biarlah orang yang membaca membuat jawapan. Soalnya, cara menantu kesayangan Perdana Menteri ini alias Imam Besar Islam Hadhari ini terlepas pandang dalam isu gengster amat menghairankan.

Dalam sehari dua ini, isu Altantuya Sharibu yang mati dibunuh di Malaysia telah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Pesta Demokrasi di Ijok dengan meminta Najib Tun Razak menjawab sama ada beliau terlibat atau tidak? Maka menjawablah Najib Tun Razak akan isu tersebut dengan berbagai jawapan tetapi tidak juga menjawab “ya” atau “tidak”. Kedua jawapan ya atau tidak, tidak memerlukan penerangan. Kalau tidak, tidaklah dan hanya minta Anwar Ibrahim tunggu kes itu dibicarakan dan tambahlah dengan kata-kata "jangan sampai malu nanti apabila kebenaran muncul nanti".

Altantuya bukan satu ribu orang, dia hanya seorang, Najib Tun Razak pula telah jawab berpusing-pusing. Sehingga menyatakan bahawa isu itu tidak relevan dengan pengundi di PRK Ijok. Mana agaknya dia belajar menjawab cara begitu. Pasti Universiti Notthingham yang terkenal dengan Robin Hood itu, tidak mengajar cara begitu. Bukankah dia pemimpin No 2 dalam negara ini. Dia bukan pekerja alam flora yang mengangkat tong sampah dan dalam konteks Islam dan setiap pemimpin turut di ukur dengan keperibadinya. Kalau begitu jawapannya maka sewajarnya Anwar Ibrahim tidak dipecat dalam UMNO atas tuduhan salah laku seks, kerana yang jadi mangsa bukan anak isteri pemimpin UMNO, kalau mereka suka sama suka, apa yang nak dipedulikan.

Jadi, jika kes Antantoya ini tidak relevan dengan PKR-Ijok, ini memberi erti yang calon BN itu tidak melibatkan pemimpin kerajaan di peringkat atas, tetapi budak tak sekolah pun tahu jawapan, jika memilih BN dalam PRK ini dan BN menang, dia memberi gambaran bahawa Abdullah Hj Ahmad diterima oleh rakyat termasuk juga kepada Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan skandal Antantuya dan kisah kapal selam dan Sukhoi. Ini memberi pengertian bahawa rakyat membenarkan rasuah dan penyelewengan berterusan oleh pemimpin tertinggi UMNO dan Kerajaan BN.

Dan akhirnya tidak bersebab orang-orang yang menentang melalui wadah PAS atau. PKR yang beragama Islam mendapat pahala, kerana sesuatu yang bertujuan amal maarof nahi mungkar adalah balasan dari tuhan (Allah) dan Allah sahaja maha mengetahui.

Kemungkinannya ada isu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim lebih merupakan untuk membantu Najib Tun Razak, kerana ini adalah kali kedua Najib Tun Razak mengaitkan nama Abdulllah Hj Ahmad. Pertama dalam isu yang dia tidak berbelah bagi memberi sokongan kepada Abdullah Hj Ahmad tetapi tidak ada apa-apa respons dari Perdana Menteri merangkap Imam besar Islam Hadhari itu dan kedua ialah isu Altantuya yang kononnya dijawab oleh Najib Tun Razak, selepas Polis dan Peguam Negara tahu kisah sebenarnya ialah Perdana Menteri sendiri yang mengetahui dia tidak terlibat.

Jika membaca apa yang pernah dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad dalam isu Johari Baharom vs PDRM dan BPR, yang mana beliau meminta Johari Baharom untuk menjawab isu itu sahaja tanpa mengaitkan orang lain, kemungkinan agaknya Abdullah Hj Ahmad juga patut menjawab dalam nada yang sama. Maka dengan itu Anwar Ibrahim sudah memberi isyarat bahawa sebenarnya Abdullah Hj Ahmad sudah tidak lagi mahu hidup semati dengannya dan Najib Tun Razak lebih merupakan macam kata pepatah Melayu "Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong".

PRK Ijok juga memperlihatkan kehilangan arah Barisan Nasional sehingga boleh mengatakan bahawa jika calon PKR menang dia tidak boleh membawa pembangunan. Bukankah calon PKR itu pembangkang dan memang diketahui oleh semua pengundi bahawa dia tidak boleh bawa pembangunan, tetapi sekurang-kurangnya parti pembangkang boleh membawa suara mereka dalam Parlimen atau Dewan Negeri secara bebas dan tidak seperti wakil BN dalam Dewan Negeri yang lebih merupakan membawa hal-hal yang tidak relevan dalam persidangan Parlimen dan Dewan Negeri, seperti seorang Ahli Parlimen yang berasal dari luar bandar dan Wilayah Persekutuan bercakap masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Sebenarnya sudah tiba masanya dalam ceramah Barisan Nasional dan juga difahamkan kepada rakyat bahawa zaman wakil rakyat bercakap masalah pembangunan dan juga melihat masalah rakyat dengan isu longkang tersumbat, jalan tidak bertar dan macam-macam lagi sudah berakhir dan tugas wakil rakyat ialah membuat undang-undang dan meluluskan peruntukan kewangan bagi tujuan pengurusan dan pembangunan. Dan sepanjang sejarah belum ada lagi mana-mana parti pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negeri menentang dan tidak meluluskan peruntukan yang dibawa Parti Kerajaan yang memerintah kecuali membahaskan perbelanjaan itu.

Masalah di Ijok amat mudah, iaitu 20% isu keputusan perkauman, di mana pengundi Melayu mungkin tidak mengundi calon Barisan Nasional kerana sentimen Melayunya, pengundi Cina yang tidak berkepentingan mungkin akan menyokong PKR dan begitu juga orang-orang India yang tidak bersetuju dengan calon BN kerana memarahi bekas wakil rakyat dulu yang diketahui sesudah dia mati bahawa dia mempunyai 54 lot tanah rumah di kawasan Dun Ijok.

20% lagi ialah masalah MIC sendiri yang mana cara bekas Ketua MIC Bahagian yang berpatah balik menyokong calon MIC, di tafsiran oleh orang-orang MIC kemungkinan bekas ketua itu diberi imbuhan. Dan yang terakhir adalah masalah dalaman UMNO di DUN Ijok, kerana semenjak datangnya bantuan petugas dari luar Ijok dan Kuala Selangor, terdapat Ketua-ketua UMNO tempatan dipinggirkan dalam majlis yang dihadiri oleh Pembesar UMNO terutama Najib Tun Razak yang tidak diberikan berucap sama, seolah-olah Ketua UMNO Cawangan tidak boleh memberi ucapan sokongan kepada anak buahnya.

Sehingga sekarang peranan Daud Tarehep sebagai seorang Ahli Parlimen Kuala Selangor juga tidak terserlah dan kepimpinan UMNO Negeri seperti beliau diketepikan. Itu sebab mana-mana perhubungan UMNO Negeri yang menjaga peti, yang dibantu oleh UMNO Bahagian, tidak terdapat bantuan dari Jawatankuasa Bahagian dalam kawasan-kawasan Peti Undi dan peranan Daud pula hanya sekadar menjaga pengundi luar seramai 94 orang. Nampak Daud berkelas rendah yang kastanya tidak sama dengan calon Barisan Nasional, yang siapa nak kahwin dengan calon ini kena bayar dowri.

Petanda kemenangan PKR agak jelas. Kekuatan dia bukan kerana dia kuat dari segi kehadiran majlis ceramah atau poster, sebaliknya kekuatan sokongan dari pengundi-pengundi di Ijok sendiri. Dengan jumlah bantuan petugas hampir 10 ribu orang dari UMNO dan Barisan Nasional kekalahan BN di PKR Ijok akan menjadi satu perkara yang memalukan dan lebih lagi sekiranya kemenangan itu ialah kerana UMNO sendiri dan ucapan-ucapan pemimpinnya termasuk yang terbaharu menafikan soal terlibatnya Khalid Ibrahim membawa balik Guhtrie ke Malaysia, di mana yang sebenarnya bagi operasi itu, orang yang betul terlibat ialah Tengku Razaleigh Hamzah semasa itu Menteri Kewangan. Namun kenapa tidak seorang pun mahu menyebut namanya termasuk Najib Tun Razak sendiri, kenapa begitu? Jawabnya mudah kerana semua mereka sudah dipegang telornya oleh Khairy Jamalludin dalam Kerajaan Tiga Beranak, walhal Tengku Razaleigh Hamzah masih Ketua UMNO Bahagian di Kelantan dan Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang.

Sang Kelembai: Khabarnya budak-budak muda tempatan melihat PRK Ijok macam iklan KFC ia itu "sehingga menjilat jari" kerana semua kerja-kerja yang berduit dibuat oleh petugas import atau sudah di francaisi kepada syarikat, tidak seperti dulu kerja-kerja ini dibuat oleh orang tempatan dan ini adalah indiksi yang menunjukkan BN akan kalah dalam saluran 3 dan 4.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum-BN Akan Kalah Di Ijok-Lapuran dari Teropong Hubble Nun Jauh Di Angkasa Raya.

Setelah diteropong dilihat tiada pemimpin kanan MCA atau Gerakan yang benar2 serius turun padang di Ijok sebab rata-rata pengundi Cina tidak mengalu2kan kedatangan mereka. Awal2 lagi mereka diberitahu supaya tidak perlu turun ke Ijok kerana membuang masa sahaja. Alasan mereka mudah sudah muak dengan ADUN dari MIC. Sebabnya kalau diundi calon MIC orang India di Ijok akan lebih besar kepala-akan lebih banyak gangster India "Susah mahu meniaga ini macam-rompak sana-ugut sini".

Setelah diteropong juga-cubaan lawatan Najib ke kawasan orang Cina pun mengalami nasib yang sama.

Setelah diteropong juga- banyak ahli UMNO di Ijok pun sudah bosan dengan calon MIC sebabnya sama seperti di atas dan juga selepas ni makin banyaklah kuil hindu akan dibina di Ijok. Kalau ADUN MIC sebelum ini yang meninggal dunia boleh berkata "Saya menang bukan atas undi Melayu" dan selepas menang tidak memperjuangkan nasib orang Melayu di Ijok kemungkinan perkara yang sama akan berulang kembali.
Masa berkempen baiklah- tersenyum sampai ke hujung pipi kiri kanan tapi lepas menang batang hidung pun tak nampak. Buku catatan yang dibawa ke hulu hilir pun tak nampak lagi ... mungkin dah masuk tong sampah atau Sg. Kuala Selangor.

Setelah diteropong juga- maka kebanyakan pengundi UMNO/Melayu di Ijok berpandangan eloklah diberi undi kepada Khalid BUKAN kerana mereka menyokong Keadilan dan suka dengan Anwar tapi sebab hendak protes supaya dalam PRU akan datang diletak balik calon UMNO. Ini sahajalah cara dan ubatnya ... sebab pemimpin UMNO dah tak mahu memahami perasaan mereka dan hanya memikirkan kesenangan diri sendiri sahaja.

Setelah diteropong juga- ahli UMNO di Ijok pun sudah naik muak dengan kepimpinan UMNO Bahagian-mereka berasa teraniaya kerana tidak mendapat pembelaan daripada Ketua Bahagiannya semasa ADUN MIC masih hidup lagi. Sudahlah ADUN MIC tu tak mahu menolong orang Melayu, Ketua Bahagiannya pun susah nak nampak batang hidung mana pergi tak tahulah. Mungkin sibuk dengan aktiviti tegarnya yang hanya orang di Kuala Selangor sahaja yang tahu.

Hanya baru2 inilah nampak batang hidungnya yang turun berkempen bersama2 dengan Khir Toyo. Orang Ijok bukan tak tahu dia menang Ketua Bahagian dulupun Khir yang tolong-jadi dia dan Khir 2 x 5 sahaja tidak boleh dipercayai. Cadangan Khir nak meletakkan 2 wakil di Ijok sudah jelas menunjukkan Ketua Bahagiannya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada orang UMNO. Sudah terlambatlah Khir ... kalau dibaut dulu bolehlah sekarang sudah teerlaambaat ...

Setelah diteropong juga- kebanyakan ahli UMNO di Ijok berkata, kalau orang hulur kita ambillah rezeki jangan ditolak-tapi undi tetap bagi pada Khalid. Kali ni kita kena protes la ...

Akhirnya setelah diteropong juga-
dilihat Keadilan dalam kempennya tidak menyentuh secara langsung nama Abdullah Altiduri @ Imam Besar IAHAH atau perihal menantu kesayangannya KJ sebelum ini-yang banyaknya Najib, sesetengah orang berpendapat ini tentunya hendak menjatuhkan lagi imej Najib dan kalau kalah, Najiblah akan menjadi penyebabnya dan bolehlah disingkirkan. Mungkin ada persefahaman antara Anwar, Abdullah Altiduri @ Imam Besar IAHAH selepas ini-tak tahulah-sama2lah kita fikirkan ... sekiranya betul ini bermakna pemerintahan Abdullah Altiduri @ Imam Besar IAHAH dan kegiatan KJ akan berterusan ... adakah ini baik untuk kita ... fikiiir ...

Sekian Lapuran Oleh Teropong Hubble Nun Jauh Di Angkasa Raya.

Wassallam.

Anonymous said...

Assalamualaikum-sambungan Lapuran Teropong Hubble Nun Jauh Di Angkasa Raya.

Setelah diteropong juga- didapati ada orang yang menjadi talam dua muka yang membocorkan stategi kempen BN di Ijok kepada kumpulan kempen Keadilan yang diketuai oleh Anwar. Teropong Hubble telah mencuba beberapa kali untuk "zooming" bagi mengenal pasti orang yang berkenaan tetapi tidak berhasil sepenuhnya kerana orangnya berkulit hitam sama seperti kebanyakan penduduk di Ijok.

Walau bagaimanapun setelah diimbas kembali rekod2 PRK di Batu Talam dan Machap yang ada dalam cakera keras CPU Teropong Hubble, didapati orang yang berkenaan juga terlibat aktif dalam kempen UMNO di sana.

Melalui rekod2 yang ada dalam simpanan cakera keras, Teropong Hubble menyimpulkan bahawa berkemungkinan besar orang yang berkenaan mendapat pendidikan tinggi di Oxford dan merupakan anak didik CIA.

Kesian sungguh Najib ... terpaksa jadi kambing hitam ... setelah berhempas pulas di Batu Talam dan Machap, jasanya akan dilupakan dengan apa yang akan diputuskan di Ijok ... habis madu disepah buang. Abdullah Altiduri @ Imam Besar IAHAH yang tak pernah turun berkempen dan hanya berdiam diri dan bertiduran sahaja dan sibuk dengan lawatan sambil melancung di luar negara akan terlepas begitu sahaja ...

Tapi kalau menang di Ijok ... Abdullah Altiduri @ Imam Besar IAHAH ini akan segera terkejut dari tidurnya yang nyenyak dan sepertimana selepas kemenangan di Machap menjadi orang yang pertama sekali memalu gendang kemenangan di dalam peti tv ke seluruh negara.

Wassallam.

Anonymous said...

Peluang PKR menang pada PRK kali ini adalah amat cerah sekali walaupun kempen pembangkang tidak dibantu Media cetak dan elektronik,rakyat sudah muak dengan tindak-tanduk BN yg sungguh menjengkelkan.
Khairy telah merwar-warkan ahli PKR telah keluar dari parti dan menyertai parti pemerintah adalah pembohongan dan omongan kosong tanpa bukti,adegan membaling botol minuman juga dicetuskan oleh Hisamudin krn berasa marah dipanggil pondan oleh ahli PKR.

zaki tok tam said...

Salvatore "Sammy The Bull" Gravanno's life was on the line. He was staring at a possible death sentence, if not possibly a very long, long jail term.

The multiple term of jail sentences staring at him were almost uncountable for the murders, attempted murders, conspiracy to commit murders, culpability etc that he will be charged with for his involvement as the confidante, the most trusted under-boss and the right hand man of John "Johnny Boy" Gotti, the head of the Gambino Family in New York.

What did he do? His locked-up time was spent thinking of the noose hovering over head and it was absolutely impossible for Sammy to make a dash out of the state jail that was holding him as the most-valued-man-in-custody.

Then what did he do? Sammy called in the FBI guys to offer a deal and the feds were impressed with the beans spilled. They cut him a deal and he was only to finger Gotti in court.

It was either him or Gotti and Sammy was not called The Bull for nothing. He was the most ruthless hatchet man ever during Gotti's reign of New York's Cosa Nostra. He has said to have no heart when it comes to taking lives, simply like having sex or his mouth over an Italian funguso zupe.

The moral of the story: Even the most heartless criminal had a heart when it came to his own life hanged in the balanced, pretty much going over to a little chamber where he will be administered with a lethal injection. Perhaps then the State of New York still practices capital punishment. However the prospect spooked him to the core and he became a rat. He had all the money in the world but this prospect really had his world caved in and into a total darkness unless he walks the way the Feds wanted him to.
Then what? Sammy broke the cardinal principle of Cosa Nostra or the strict code of silence and fingered Gotti's crime of being man who ordered all the killings and rap everything about the Gambinos including the execution of “Big Paul” Castellano.

Gotti, a former Time magazine Man Of The Year and the most powerful Boss of the Bosses simply had no defense against Sammy's words under oath and was convicted and sent to the slammer.

Sammy now lived under an assumed name with his family in the US and the last time the world heard about him that he was into organic gardening! That means Sammy was very much alive and kicking, or shall we say gardening!

Now, I wonder whether Razak Baginda has the guts to;

(1) Spill the beans
(2) Unspill the beans...

Questions:

Does he have what it takes?

Will he walk Sammy's way?

Sammy was The Bull and Razak was not, will he break the code of silence now that his life was on the line?

All them Gambino guys had fun together during the good old days but once Sammy was in custody he was all alone, done and was pondering his future that he was unable to chart anymore. Unless he rat.

Sammy was a rat but yet he survived.

The feds' witness protection programme was known to be not too iron-clad (which meant that some rats were fried and whacked by the Cosa Nostra guys years later somewhere and somehow) but Salvatore "Sammy The Bull" Gravanno was still breathing the last time they checked on him. Unless there was an unannounced demise.

Now, what about Abdul Razak Abdullah Baginda?

Zaki Tok Tam
Anakbukit, Alor Setar

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia