Saturday, June 23, 2007

30% ekonomi Melayu untuk siapa?

Tentu ada sebab mengapa seberani itu Duta dari Suruhanjaya Kesatuan Eropha di Kuala Lumpur secara terbuka meminta polisi Ekonomi Baru yang telah tamat pada tahun 1990 dimansuhkan. Apa yang jelas pihak kerajaan tidak bersetuju dengan pengucapan tersebut dan menganggap itu sebagai campurtangan dalam hal ehwal dalam negeri.

Polisi Ekonomi Baru kini sudah berusia 37 tahun dan polisi ini dibentuk serta dilaksanakan setelah berlaku rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada bulan Mei tahun 1969 yakni selepas PRU-Pilihan Raya Umum 1969. Kesemua polisi Ekonomi Baru itu tidak diketahui bila dirancangkan oleh Kerajaan Perikatan. Adakah sebelum PRU 1969 atau polisi itu dibuat di bawah Mageran-Majlis Gerakan Negara yang ditadbirkan menuruti Perintah Kuasa Darurat.

Sehingga kini tidak diketahui asal usul polisi Ekonomi Baru itu dan apakah polisi Ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Tunku Abd. Rahman Putra sebelum wujudnya polisi tersebut. Tetapi berdasarkan apa yang ditulis K. Pathmanaban sebelum menjadi Ahli Parlimen dan dilantik Timbalan Menteri, beliau bertugas di EPU-Economy Planning Unit menyatakan bahawa kertas kerja DEB-Dasar Ekonomi Baru telah dibuat dalam tempoh satu malam sahaja dan yang menghasilkannya adalah pegawai bukan Melayu.

Akar DEB sebenarnya adalah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat tanpa pengenalan kaum khusus mengenai pembahagian ekonomi berdasar 30% Melayu & Bumiputra. Adakah membasmi kemiskinan itu hanya melibatkan 30% Melayu & Bumiputra atau 30% Melayu & Bumiputra disusun semula? Tetapi dari retoriknya matlamat 30% ekonomi negara ini hendaknya dikuasai oleh orang Melayu.

Jika begitu andaiannya, maka bererti perjuangan kemerdekaan yang dilakukan oleh UMNO adalah satu perjuangan yang sia-sia dan terburu-buru. Ini memberi pengertian semasa Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dibawah pemerintahan British, pembesar tempatan khasnya di Semenanjung, Raja-raja Melayu memang tidak bertindak sebagai institusi yang menjaga kepentingan Melayu dan tanah-tanah dengan sewenang-wenangnya diberikan kepada bukan rakyat tempatan termasuk kepada kaum pendatang yang terdiri dari orang British, Cina dan India.

Jika perkara diatas diambil kira, maka kedudukan Raja Melayu yang dipertahankan oleh Dato Onn Jaafar supaya jangan menandatangan Malayan Union memang sebelumnya sudah wujud sebagai hanya raja boneka yang tidak mendatangkan faedah kepada orang Melayu. Dari itu kepentingan siapa yang cuba dipertahankan oleh pembesar-pembesar Melayu tadi? Jawapannya ialah kepentingan mereka sendiri kerana dengan wujudnya Malayan Union secara moralnya, Tanah Melayu tidak memerlukan lagi jawatan-jawatan pembesar di dalam Istana seperti Menteri Besar.

Atas alasan itu kemungkinan gagasan Malayan Union disokong oleh orang-orang Melayu berhaluan kiri dan golongan bangsawan Melayu menggunakan sentimen Melayu yang kebetulan Melayu itu buta huruf dalam berfikir maka terikut menentang Malayan Union. Akhirnya sesudah 61 tahun UMNO ditubuhkan agenda Melayu masih lagi menjadi perisai ugutan oleh pembesar-pembesar Melayu khasnya yang berada di dalam UMNO kepada orang Melayu.

Sewajarnya penyelidik sejarah menulis secara berfakta akan perihal kemurungan orang Melayu yang berasal usul atas kesilapan pembesar UMNO dahulu dan diteruskan sehingga sekarang. Cuba ambil isu soal warganegara secara Jus Soli. UMNO dan pembesarnya mendabik dada menyatakan bahawa itu pengorbanan orang Melayu untuk bersetuju menerima jus soli kepada orang-orang pendatang. Tetapi hakikatnya UMNO tidak menggunakan semangat menentang Malayan Union 1946 untuk tidak bersetuju dengan British menggunakan pendekatan Jus Soli kepada orang pendatang termasuk melibatkan rakyat tempatan yang terdiri dari orang Melayu.

Bukankah gerakan pendaftaran warga-negara diperbuat oleh British dan mereka itu kemudian menjadi Warga Negara Malaysia selepas Merdeka. Oleh itu tidak sewajarnya UMNO dan pemimpinnya masih lagi mengungkit perkara yang telah disetujui oleh pemimpn terdahulu mereka. Isu warganegara bukan Melayu bukan boleh dibuat pembatalan macam Abdullah Hj Ahmad membatalkan projek Jambatan di Selat Tebrau yang menghubungkan Malaysia dan Singapura yang diputuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dan mengikut kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu syarahan di Petaling Jaya baru-baru ini bahawa semasa dia melawat China bersama Tun Razak Hussein, perkara 300 ribu orang-orang Cina yang memohon hendak balik ke China dan menjadi warganegara China adalah sebahagian perkara yang dibincangkan dengan pembesar China. Tetapi pembesar China meminta Malaysia menyelesaikan isu itu kerana pihak China tidak mahu menerima mereka semula.

Maka disini bermulanya pertanyaan apakah wawasan negara Malaysia akan tercapai termasuk idea kedai kopi Abdullah Hj Ahmad pada tahun 2057. Siapakah bangsa yang terlibat itu, kerana di Malaysia tidak pernah menyebut adanya Bangsa Malaysia dan yang ada selalu disebutnya adalah Rakyat Malaysia. Disinilah sudah tiba masanya dalam 50 tahun merdeka ini, reformasi Perlembagaan Malaysia dilaksanakan kerana ada perkara-perkara dalam Perlembagaan sudah banyak yang tidak relevan sebagai contoh Kuala Lumpur masih dipanggil Ibu Kota, walhal sudah bergelar Bandaraya dan terletak di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan dan ini tidak termasuk lagi akan perihal warganegara, dimana kemasukan menjadi warganegara masih lagi berterusan seperti baru satu tahun Merdeka yang mana sepatutnya perkara-perkara itu dimansuhkan dan ditukar.

Hari ini Dasar Ekonomi Baru dengan penyertaaan 30% Bumiputra masih lagi digunakan oleh UMNO dan pembesarnya dan dari faktanya UMNO sendiri sudah menutup banyak pintu-pintu untuk menjaga kepentingan bumiputera seperti dahulunya setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaaan yang melaksanakan DEB mempunyai Unit dan Bahagian Penyertaan Bumiputra termasuk di Bank-Bank, Perbadanan Badan Berkanun dan GLC. Sekarang semua sudah tidak ada dan generasi baru sudah pasti tidak merasakan kewujudannya. Agaknya kepada siapakah orang-orang Melayu yang menyahut seruan 30% ekonomi hendak mengadu?

DEB telah dibuat pada tahun 1970 dan mula bergerak pada tahun 1973. Generasi Melayu pada masa itu berusaha mencapainya dan kalau mereka berusia bawah 30 tahun, hari ini mereka sudah berusia purata 67 tahun. Sebilangan orang Melayu terseut telah berjaya hari ini dan ada sebahagianya sudah mendapat gelaran bermacam-macam anugerah. Senarai Tan Sri-Tan Sri yang ada dan telah berjaya adalah mereka yang lahir dari produk 1970. Kesimpulannya DEB berjaya dan sudah berjaya namun malang ada antara yang berjaya adalah dari jenis yang tidak sedar diri bahawa dia berjaya kerana DEB dan ada yang sudah duduk tinggal di Austalia dan London.

Jika ada yang dilahirkan pada tahun 1970, sekarang dia berusia 37 tahun dan cuba kita perhatian nama-nama orang Melayu yang profesional hari ini, semuanya adalah produk DEB dan setengahnya dari mereka berjaya betul-betul kerana tidak ada campur politik dan golongan ini yang membeli harta tanah seperti rumah dan kondominium mewah tetapi apabila dasar DEB ditamatkan pada tahun 1990 dengan nama lain bertukar lagi dengan nama Misi Nasional, Agenda Melayu dan macam-macam lagi mengikut selera Kerajaan Tiga Beranak, bagaimana dengan mereka yang berusia 17 tahun sekarang ini? Hari ini mereka terpaksa meminjam wang untuk meneruskan pelajaran, mereka tidak ditentukan keperluan negara dalam modal insan sehingga Kementerian Pertanian Dan Asas Tani tidak boleh mengisi jawatan kerana tiada kelayakan dalam sektor pertanian dan Universiti Pertanian pula diubah nama dan pertanian hanya satu fakulti tidak lagi mengeluarkan siswazah pertanian.

Sebenarnya DEB memang sepatutnya ditamatkan dan sudah tidak relevan dengan orang Melayu dan ditambah pula di bawah pentadbiran Abdullah Hj Ahmad yang mana soal kebolehan, kelayakan dan sebagainya tidak penting. Asalkan tetap menyokong dia,maka banyaklah kelulusan projek-projek diluluskan oleh dia untuk kroninya termasuk jawatankuasa-jawatankuasa UMNO Bahagian Kepala Batas yang tiba-tiba berubah hidup.

Malangnya semua mereka tidak membuat sendiri perniagaan itu sebaliknya menyerahkan kepada orang Cina. Ini sudah pasti kerana nak di ali-babakan oleh orang UMNO ini, maka harga satu tender berlipat ganda. Bertambah pula sekarang semua perniagaan membekal makanan di Kementerian Pertahanan akan diserahkan kepada anaknya yang bernama Kamalludin melalui berpuluh syarikat proksi macam dilakukan dengan syarikat BLT di bawah Kementerian Kewangan.

Bagi orang-orang Melayu yang siuman mereka perlu menyokong DEB dimansuhkan kerana tidak mendatangkan faedah kepada mereka kecuali untuk elit politik UMNO. Sudah tiba masanya soal kepentingan Melayu dan Bumiputra mestilah diletakan di bawah artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Biarlah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agung membuat arahan kepada Kerajaanya dalam soal ekonomi Melayu dan Bumiputra seperti mana dibenarkan oleh Perlembagaan, supaya tidak lagi DEB menjadi kepentingan politik dan perdebatan awam.

Sang Kelembai: Orang-orang Melayu takut dimansuhkan DEB kerana masih mahu bergantung ehsan hidup dengan kerajaan dan orang UMNO pula mempertahankannya kerana jika memegang jawatan dengan sendiri akan berubah hidup, macam pemuda UMNO dan setengah pemimpinya MT UMNO yang menghisap curut setiap hari sekurangnya tiga batang, bayangkan jika sebatang harga serendahnya RM80.00 (lapan puluh sahaja) Tapi bila bercakap dialah pejuang dan bila nak tolong rakyat gunakan peruntukan kerajaan.

9 comments:

Anonymous said...

Beberapa perkara perlu saya tegaskan dalam kali 1 saya membaca blog sedara kita ini.

Apa yang saya lihat adalah usaha sedara kita untuk membuktikan bahawa Dasar Ekonomi Baru telah berjaya pada peringkat awalannya. Kejayaan DEB terbahagi kepada:

Partisipasi Melayu dalam Ekonomi

Kedudukan Melayu dan perhubungan dengan bangsa- bangsa lain

Penegaskan keperluan Bahasa Malaysia dan Islam menjadi tunggak dalam negara kita ini.

Sungguhpun ada persoalan dari bangsa lain tetapi setakat ini persoalan tidak menggangu keharmonian dan sering menjaga agar ianya tidak keterlaluan.

DEB pada zahirnya sudah tamat. Malangnya, apa yang dikatakan oleh sedara kita Si Kelembai ini ada kebenaran. Bila dasar sebenar DEB tamat apa yang ada hari ini adalah dasar DEB haram yang menjadi penyakit kepada kepimpinan negara kita ini. DEB digunakan terus hari ini tetapi semua untuk hakikat yang salah. Ini ditegaskan oleh artikel yang bersahaja ini.

Sedera sekelian,

Kesilapan DEB adalah kerana polisi itu sudah mati. Polisi hari ini adalah polisi yang mencari ruangan untuk digunakan oleh kerakusan penguasa untuk kepetingan diri sendiri. Itu silapnya polisi DEB haram yang saya maksudkan.

Melayu sepatutnya sudah berkerjasama hari ini untuk menentukan bangsa dan bukan berpecah kerana menentukan hasrat dan cita - cita segelintir pemimpin.

Saya mahu cerita panjang tetapi apa yagn mahu sampaikan adalah Melayu perlu tahu dan sedar. Tolak mereka yang mahu memimpin dan bukan diangkat jadi pemimpin.

Anonymous said...

saudara zahrin,

bila teringat akan ekonomi dan kekayaan secara sekelip mata memalui DEB, maka saya perturunkan ayat ini untuk tatapan dan renungan;

Dan firman Allah (3:196-197) yang bermaksud:

"Janganlah sekali-kali kamu terperdaya dengan peredaran (kesenangan) orang-orang kafir bergerak di dunia. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya".

Allah s.w.t menjawab (3:178) yang bermaksud:

"Dan janganlah sekali-kali kamu menyangka kami memanjangkan (umur) orang-orang kafir itu adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan".

labu labi

Anonymous said...

SIRI PEMIKIRAN KRITIS 2

PEMIKIRAN SEMULA MALAYSIA: SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN

Malaysia sebagai sebuah negara akan genap 50 tahun, tahun ini. Sempena 50 tahun kenegaraan, tidak pernah ada saat dan ketika sebaik ini untuk rakyat Malaysia menggambarkan mengenai perkara yang sudah berlaku dan apakah nasib masa depan negara dalam masa 50 tahun akan datang? Isu-isu seperti proses pembandaran yang begitu pantas yang memberikan kesan terhadap sumber negara seperti tanah dan perumahan, menjadi kritikal saban hari. Kebebasan Media dan hak mendapatkan maklumat dalam sebuah masyarakat sivil masih pada tahap bertatih (awal/permulaan). Apakah aspirasi belia hari ini? Siapakah yang hendak mereka meletakkan harapan dan apakah idea yang bakal mewarnai negara 50 tahun akan datang? Adakah kita pada hala tuju yang betul, iaitu untuk menjadi sebuah bangsa yang maju?

Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan (Majlis Peguam Malaysia) dan Belia untuk Perubahan (Youth4Change) dengan bangganya menganjurkan edisi ke-2 “Siri Pemikiran Kritis: (“SPK 2”) yang terdiri daripada 4 siri kuliah yang bermula pada hari Rabu 13 Jun 2007. Kuliah pada hari Rabu 27 Jun bertemakan

Pemikiran Semula Malaysia: Media and Masyarakat Sivil

Panel 1: Cik Elizabeth Wong (seorang Blogger dan ahli SUARAM)
Panel 2: Datuk Paul Low (Setiausaha Agung Transparency International Malaysia)
Panel 3: Mr. Jeff Ooi ( blogger terkemuka di Malaysia)

Tarikh: 27 Jun 2007
Waktu: 8-10pm

Tempat: Bar Council Auditorium, Leboh Pasar Besar

Untuk keterangan lanjut sila hubungi H R Dipendra (h.r.dipendra@gmail.com / 013 366 1222) atau Khai Loon (y4c2006@gmail.com) atau layari www.malaysianbar.org.my.

MELAYU NUSANTARA said...

Salam Perjuangan

Ada beberapa perkara yang saya lihat dan baca telah menggambarkan tuan seperti orang yang kecewa. Mungkin DEB itu munguntungkan sesetengah pihak dewasa ini tetapi inti pati dan hasrat wujudnya DEB itu murni dan adalah bertujuan mendapatkan hak dan mengutuhkan kembali BANGSA MELAYU yang ketinggalan waktu dahulu dan sekarang.

Mari kita imbas sejarah negara MALAYSIA yang mungkin tuan lebih hebat atau pakar. Sebab tuan kelihatan begitu bersahaja dalam penulisan tuan sehingga adakalanya tidak mengambarkan fakta tetapi lebih kepada luahan emosi, macam kecewa atau orang yang tak dapat projek.

Sewaktu Malaya diperintah inggeris kita dijajah, saya tekankan kita dijajah dan sebarang keputusan mengenai negara diputuskan oleh PENJAJAH. PENJAJAH mengamalkan dasar pecah dan perintah yang mana org cina dpt jadi pelombong dan peniaga, org india kerja di estet dan ada juga jadi mandur dan berniaga. BANGSA MELAYU waktu itu disuruh bercucuk tanam dan bertani serta menjadi nelayan. Orang MELAYU kekal sebegitu mewarisi pekerjaan itu dari generasi ke generasi. Adalah 2-3 kerat kerje kerajaan dan dapat pendidikan. Namun keseluruhanya BANGSA MELAYU lah yang paling ketinggalan. Pada 1957, hampir 72% orang miskin atau daif dan susah BANGSA MELAYU.

Bila ada peluang BANGSA MELAYU telah bersatu menuntut kemerdekaan. Seperti yang tuan gambarkan separuh tepat, BANGSA MELAYU selaku pribumi pada waktu di PAKSA oleh PENJAJAH untuk perlu berkompromi dengan bangsa-bangsa lain yang ada di tanah Melayu waktu itu. Sebab PNNJAJAH tak mahu ada masalah yelah nanti orang cina kene hantar balik CHINA, org india kena hantar balik INDIA. Kan susah tu, lagipun CHINA dan INDIA memang taknak terima org india dan cina dari tanah melayu.

Di sebabkan syarat itu, BANGSA MELAYU dan bangsa lain bersetuju dengan KONTRAK SOSIAL. Bangsa lain dapat kerakyatan dan BANGSA MELAYU dapat HAK KEISTIMEWAAN, RAJA, AGAMA, BAHASA macam dalam perlembagaan cth perkara 153. pastu setuju BANGSA MELAYU+bangsa lain join tenaga tuntut merdeka. Dengan inzin ALLAH swt kita merdeka.

Tapi apa kita dapat lepas merdeka, keadaan tetap sama, BANGSA MELAYU tetap miskin, hina, susah, daif manakala bangsa lain mula menguasai ekonomi. Perasaan tidak puas hati, rasa terjajah dan menjadi hamba di tanahair sendiri menimbulkan rasa tidak puas hati dan curiga BANGSA MELAYU kepada bangsa lain. Bangsa lain pulak rasa macam bagus sbb rasa macam berkuasa dan pandang hina BANGSA MELAYU.

Selepas itu apa jadi? TRAGEDI 13 MEI. Tuan mesti tau apa jadi masa 13 mei tu... Kaji punya kaji antara penyebab 13 MEI adalah jurang pemisah ekonomi yang terlalu ketara antara BANGSA MELAYU dan lain.

Maka lahir lah DEB atau dasar ekonomi baru. Melalui DEB lah BANGSA MELAYU dapat PELUANG PENDIDIKAN, PELUANG EKONOMI, PELUANG DIBANTU KERAJAAN, dan keistimewaan lain supaya BANGSA MELAYU dapat diperkasakan dan menjadi TUAN di tanahair sendiri.

Tanyalah diri tuan sedalamnya... ADAKAH CUKUP GAGAH BANGSA MELAYU SEKARANG INI? Kalau diri tuan saya tak tahulah sebab mungkin tuan dah senang atau berada... cukup stabil atau mewah hingga mahu menghapus kan DEB atau perkara 153 hak keistimewaan orang MELAYU. Nak senang cerita hapus teruslah peluang atau ruang kerajaan nak BANTU MELAYU.

Kiranya "Fair and Square" MELAYU+CINA+INDIA bertanding dipadang yang sama. Dah cukup kuat ke MELAYU tu? Saya ibaratkan MELAYU main kaki ayam org kampung, CINA pakai kasut boot lengkap dengan pad kaki dan siap traning lagi, INDIA Pakai kasut boot je. rasa-rasa sapa teruk? sapa lebih berpeluang menang? sapa akan berjaya? DAN sapa pulak akan kalah... takut-takut BANGSA MELAYU.

Sedarlah ramai lagi BANGSA MELAYU yang hidup susah, daif, melarat yang memerlukan bantuan kerajaan dan perlunya kekal hak keistimewaan MELAYU untuk mereka terutama DEB. Siapa kita nak bercakap mengenai nak menghapuskan tanpa buat kajian teliti. Jangan sebab kita rasa senang, dah selesa mudah-mudah mulut nak suruh mansuh nie... mansuh tu... bubar nie... bubabr kan itu... kira semua tak baik dan tak elok dan tak perlu untuk kita tanpa kita fikir mungkin ada insan lain BANGSA MELAYU yang masih memerlukannya. Berdosa tak rasa-rasanya kalau kita mansuh dan bubar bende-benda itu tiba-tiba mendatangkan mudharat dan kesusahan sehingga akhirnya membawa kemelaratan kepada BANGSA MELAYU???

Jangan disebabkan tuan melihat adalah 2-3 kerat MELAYU BUSUK yang memperkudakan DEB hingga jadi kaya raya... tuan rasa mesti menghapuskan DEB. Orang tua-tua kata " Jangan sebab nyamuk seekor habis kelambu dibakar".

Mari berfikir sedalamnya sebelum kita mahu mengubah sesuatu, fikirkan kesan dan akibat kepada BANGSA MELAYU kita. Ada Alim Ulama mengatakan. Adalah berdosa besar bagi kita sekiranya mengubah dan menghancurkan sesuatu, yang mana dengan mengubah atau menghancurkan itu akan mendatangkan mudharat yang lebih besar.

Ingat, kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis dan sampaikan. Allah swt menilai akan keikhlasan dan niat kita. Andai kebaikan yang mendatang dari kita rahmatlah buat ganjaran dariNYA dan andainya kebinasaan yang kita rencanakan dosalah yang akan kita pikul di akhirat kelak.

Saya hanya ingin saling mengingati diri saya dan tuan serta semua yang membaca. Yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu kelemahan dari saya

Bersamalah kita bersuara, menulis dan memperkembangkan idea agar mendatangkan suatu yang benar-benar berfaedah bukan mendatangkan keburukan lebih besar lagi. Semoga dengan suara kita akan mengubah kerajaan secara halus kerah penambah baikan pentadbiran.

Salam Perjuangan.

MELAYU NUSANTARA

http://negerimelayu.blogspot.com/

A'kum sdr SK,
Bagi saya DEB masih relevan kerana isu pokok sehingga terbitnya DEB pada 1970 masih sama sekarang dan fokus DEB adalah sangat baik untuk semua kaum. Ianya ibarat sebuah plan rumah yg cantik diidamkan untuk semua rakyat malaysia.

Malangnya, pelan yang berjalan sangat baik sebelum ini, ditafsirkan dengan tafsiran yang lebih bersifat tamak dan rakus individu dalam organisasi kontraktor yang merialisasikannya. Penyimpangan ini, pada hemat saya amat ketara pada zaman TDM sebagai PM. Sifat tamak dan menjadikan jawatan sebagai alat kekayaan dan bukannya medium untuk berbakti. Gelombang ini melanda dengan cepat, sehinggakan ada yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen ketua bahagian kerana itulah investment yang lebih menguntungkan, lebih untung dari skim Pak Man Telo.

Barah ini, melanda UMNO dan lahirlah sesetengah pimpinan sekarang. Saya tidak pasti TDM sendiri menyedarinya atau pun hanya mendiamkan diri kerana alasan tertentu. Bagi saya sendiri, diam bererti bersetuju. Dato sri AAB sendiri mewarisi UMNO yg sesetengah pimpinannya korup dan menyimpang. Both TDM dan DSAAB bertanggungjawab sebagai pemimpin.

Jika bahagian tertentu hasilkerja kontraktor yg menyimpang, haruslah dibersihkan org2 kontraktor yg buat kerja tak betul tersebut dan bukannya membakar plan tersebut.
Ahli politik UMNO harus dibersihkan dan yang dah berkarat tu buang saja supaya Impian plan DEB terlaksana.

Anonymous said...

Hello, kita sedar, kita tahu dan kita tak pernah mahu melakukan perubahan.

Artikel macam ini kalau macam mana ok pun tidak akan dpt merubah selagi kita lupakan cita-cita popularitu sebaliknya mahu bergorban dengan serius.

Sebenarnya tidak akan ada perubahan, Khairy Jamaluddin dan Pak Lah akan terus berkuasa selama mungkin dia berdiri.

Anonymous said...

Saudara Zahrin

Kalau dilihat kepada tajuk ini, secara automatik, jawapan dari saya adalah "UNTUK KEKAYAAN PARA PEMIMPIN UMNO".

Kenapa jawapan sedemikian yang keluar? Tak lain dan tak bukan kerana umum telah mengetahui bahawa semua pemimpin UMNO sekarang hanya memperjuangkan sesuatu yg boleh menambahkan uncang duit mereka.Sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan nasib rakyat.

Contoh adalah kejadian di Bahagian Tanjung Penang. Ketua Bahagian adalah MD kepada Penang Port yg memberi kontrak supply minyak kepada Koperasi Tanjung Berhad yg majoriti adalah ahli UMNO. Namun, kontrak itu kemudian diberikan kepada sebuah syarikat sdn bhd. Dari sini telah dapat kita lihat bahawa pemimpin UMNO sanggup membelakangkan ahli UMNO yg memilihnya dengan memberikan kontrak tersebut kepada syarikat individu. Sanggup sungguh beliau menjaga mulut seseorang tanpa memikirkan mulut ahlinya yang ramai.

Jesteru itu, saya amat menyokong bahawa kepimpinan UMNO yg berada dibawah pemerintahan pak BODOlah ditukar....... termasuk pak BODOlah kerana dia pun sama jugak kerana menjadi boneka kepada anak menantu bagi mengaut kekayaan sendiri....

-orang tanjung-

Anonymous said...

Orang UMNO kayakah? Orang PAS kayakah? Tak kisah. Janji Melayu. Tak semua orang boleh dapat peluang. Kalau nak bagi semua orang Melayu kaya DEB sahaja tidak cukup.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia