Sunday, June 10, 2007

Akan mahu dibawa ke mana bangsa ini?



Dalam musim cuti sekolah di pertengahan tahun,memang banyak orang mengambil kesempatan mengadakan kenduri nikah kahwin. Mungkin dipilih tarikh itu bagi memudahkan saudara mara meraikan perkahwinan dan juga itu kehendak Nabi Muhammad S.A.W., jika ada pernikahan, hendak kamu khabarkan.

Tarikh itu juga dipilih oleh Abdullah Hj Ahmad untuk bernikah dengan seorang serani janda beranak dua dan dahulu bekas orang gajinya di Seri Perdana. Tuah ayam boleh nampak pada tajinya, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi Imam Besar Islam Hadhari itu yang mengamalkan macam filem "Keluarga 69" dahulu biras sekarang"darling" membuat majlis pernikahan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga yang terdekat.

Agaknya ini ajaran Islam Hadhari, pemimpin itu milik rakyat tetapi apa pemimpin buat itu bukan milik rakyat. Rakyat kini matang dan sering ingat dan tak mudah lupa. Isu bernikah walau pun menggunakan alasan untuk keluarga yang terdekat sebenarnya sudah dimulakan oleh salah seorang Menteri (wazir) kabinet Kerajaan Tiga Beranak, bila salah seorang Menterinya yang bernama Azmi Khalid terpaksa bernikah dengan pindah randah dan kemudian di selubung dengan kain bagi menutup pandangan wartawan yang hendak membuat liputan. Begitulah bentok budaya Melayu sekarang yang diajar oleh Abdullah Hj Ahmad, jika berkahwin janda atau status ibu tunggal mesti tertutup.

Jauh bezanya pasangan di kampung dan rakyat yang berpendapat rendah, mereka yang berkahwin janda walau beberapa anak pun, kalau tidak yang begitu ekstrem sehingga bersanding semula, sekurangnya mengundang kawan-kawan untuk membuat kenduri doa selamat dan kemudian disertakan dengan jamuan ala kadar.

Dalam perkahwinan "Wedding The Year" ini apa yang kita baca dan dengar dari media elektronik ialah semua mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia tetapi ada juga yang terbabas macam Mohd Ali
Rostam@Ali Ketam yang mengatakan bahawa senanglah Abdullah Hj Ahmad sudah ada orang yang menyangkut baju. Makna dari segi perspektif Naib Presiden UMNO itu, perkahwinan Abdullah Hj Ahmad hanya sekadar hendak mencari tukang penyangkut bajunya dan tidak seperti tuntutan Islam bahawa setiap perkahwinan adalah untuk menyambung zuriat umat, jadi mengapalah tidak boleh diucapkan "Selamat Pengantin Baru dan semoga mendapat anak dan bahagia hingga ke cucu"

Setiap perkahwinan, cabaran bagi seorang lelaki muda atau tua ialah menjadikan perkahwinan tersebut sebagai menyambung zuriat. Kebiasaan semua perkahwinan berkehendakkan begitu. Bagi yang belum ada pertanda berjaya memberi zuriat, biasanya akan berdalih kerana muda, belum tiba masanya dan macam-macam alasan. Jarang terdapat orang berkahwin tak hendak anak, kerana dengan adanya anak lelaki atau perempuan, dia sudah cukup jantannya, tak perlu nak menujukan kejantanannya dengan memukul orang dan beradu kuat. Tapi jika tidak mahu anak walau mampu, ini bererti perkahwinan itu kerana nafsu dan sekadar menghalalkan.

Abullah Hj Ahmad mengikut kata Mohamad Mohd Taib, cucu arifbillah dan anak ulama. Dan hari ini dia mengembangkan fahaman (bukan ugama baru) supaya wujud Islam Hadhari bagi meningkat tamadun Islam yang kononnya terhakis. Jika melihat sejarah kejatuhan Islam semuanya disebabkan pemimpin bukan rakyat, sama ada rakyat itu Hadhari atau tidak segalanya bergantung kepada pemimpin seperti yang pernah diucapkan oleh Nelson Mandela, mengatakan, seorang akan benar-benar mampu memimpin rakyatnya, jika ia benar-benar mengenal mereka.

Persoalannya di sini boleh kah kita percaya Abdullah Hj Ahmad mengenal rakyatnya? Jika Adnan Yaakob yang boleh menunjukkan bahasa lucah dalam satu pilihan raya tidak diambil tindakan kerana dia Menteri Besar, tidak mengambil peduli akan perihal satu keluarga yang miskin dengan 8 orang anak dan duduk rumah yang sesuai untuk kambing dan ayam seperti mana dilaporkan di Kuantan itu dan belum lagi yang lain-lain, itu sebab Bung Hatta seorang tokoh kemerdekaan Indonesia memberi makna pembangunan rakyat itu kepada apa yang dikatakan oleh seorang pujangga besar Denmark bernama Henrik Ibsen di abad ke19, Demokrasi saja tidak akan memecahkan persoalan masyarakat. Satu unsur kebangsawanan harus dimasukkan dalam hidup kita. Yang saya maksud tentulah bukan bangsawan keturunan bangsawan kekayaan, malah juga bukan bangsawan intelek, yang saya maksud ialah bangsawan karakter, bangsawan kemajuan dan bangsawan fikiran. Itulah yang boleh membebaskan kita.

Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad bukan anak seorang ulama jauh sekali seorang cucu ariffbillah, dia hanya sekadar anak tukang besi. Sebaik sahaja diangkat menjadi Presiden Iran dia hanya menggunakan kalimat, "saya bukan Presiden, saya hanya seorang pelayan rakyat". Dia sudah diakui sebagai seorang selepas Dr Mahathir Mohamed, lidah penyambung suara negara Islam yang tertindas oleh imperialis barat. Jauh beza dengan Abdullah Hj Ahmad, Pengerusi OIC dan Negara berkecuali, tetapi bersama kita, maafkan dia kerana baru kita sedar selama ini dia sibuk bercinta untuk mencari isteri.

Abdullah Hj Ahmad menggunakan ungkapan "Bekerja bersama saya, jangan bekerja kerana saya" yang telah bertukar pada fakta hari ini dalam kerajaan tiga beranak ini, "Bekerja bersama saya , untuk anak dan menantu saya" dan mungkin ditambah untuk anak tiri saya jika mengikut perkembangan hari ini. Ungkapan itu hanya pada realiti tetapi tidak kepada fakta. Dan ada orang yang menulis "bekerja bersama saya tetapi jangan kerjakan saya" dan inilah sebenarnya berlaku, kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad dan ini tidak dicegah oleh Menteri (wazir)nya kerana mereka juga tahu jika Abdullah Hj Ahmad dengan berbagai kesalahan, dengan segera rakyat menolaknya maka ada peluang untuk mereka naik dan mengampu Perdana Menteri yang baru, kerana hari ini kesemua perniagaan dibolot oleh anak dan menantu Abdullah Hj Ahmad, dan jika mereka dapat apa-apa perniagaan itu kerana Kamalludin dan Khairy terlepas pandang, tak nampak atau yang tercicir yang dikutip oleh Menteri-menteri ini untuk menolong kroni mereka pula.

Selepas kuasa berpindah kepada Abdullah Hj Ahmad konsep tentang siapa rakyat dan kedaulatan rakyat sudah tidak ada lagi walau pun nampaknya dia liberal dalam segala hal. Tidak akan mungkin seorang pemimpin punya kemahuan, keberanian dan kesediaan untuk membela kaum miskin, selama pemahaman mengenai rakyat masih amat kabur. Demokrasi yang tidak disandarkan kepada keadilan ekonomi, hanya akan menghantar kemiskinan.

Itu sebab kita merasa hairan bila akbar dan media elektronik terus menerus menggunakan perkataan "First Lady" kepada Jeane
Danker @ Jeanne Abdullah, ini kerakusan kita dan kejahilan tidak memahami konsep bahawa negara ini diwujudkan oleh Pejuang Kemerdekaan Dulu. Malaysia bukan sebuah negara Republik, hanya negara-negara Republik macam Amerika Syarikat, Mesir, Indonesia yang memperuntukkan First Lady atau wanita pertama. Di Malaysia, sebagai sebuah negara Monarki dan disahkan dalam Perlembagaan Malaysia 1957, Raja Permaisuri Agung mengambil tempat pertama selepas Yang Di Pertuan Agong dan dialah yang bergelar "First Lady Of Malaysia" dan bukannya isteri Perdana Menteri, malah dalam Protokol Persekutuan, jika dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, Perdana Menteri dan Isteri mengambil tempat ke enam selepas bekas-bekas Raja Permaisuri Agong ( bekas-bekas first lady) yang masih lagi menerima pencen kerajaan persekutuan.

Maka hairanlah kita bila bahagian Media JPM, melarang penggunaan perkataan janda kepada Jeanne
Danker@Jeanne Abdullah, apa salahnya kalau nak pakai Ibu Tunggal pun tidak mengapa kerana dia sudah menjanda hampir 15 tahun , adakah Ibu Tunggal hanya sesuai untuk bekas isteri-isteri pemandu teksi, buruh dan pekerja kilang. Sebaliknya perkahwinan ini adalah motivasi kepada semua Ibu Tunggal bahawa jika ditakdirkan tuhan tanpa sebab di suatu masa Ibu Tunggal akan berkahwin dengan Perdana Menteri. Maka janganlah kita merasa malu untuk mengaku sebagai Ibu Tunggal kerana seorang Ibu Tunggal bernama Jeanne Danker sudah meletakan maruah Ibu Tunggal di puncak persada, walau pun dia satu dalam 1 juta Ibu Tunggal, pada yang lain cuba pada yang masih kosong.

Sang Kelembai: Didoakan kepada Abdullah Hj Ahmad akan dapat anak bunting pelamin. Kepada bangsa ku Melayu bangunlah dari ikut sama tidur dengan Imam Besar Hadhari itu, kerana di hadapan kita ada dua persimpangan. Kemungkinan Abdullah Hj Ahmad akan bangun awal atau kedua terus tidur lagi. Harap-harap tidak ada andaian orang Kedah yang mengatakan jika Pak Lah datang lewat itu perkara biasa tetapi kalau dia datang tepat waktunya, itu luar biasa.

8 comments:

Rockybru said...

"Dahulu biras, sekarang darling."
Kelasik statement, Sang Kelembai.

Anonymous said...

saya setuju dgn "Harap-harap tidak ada andaian orang Kedah yang mengatakan jika Pak Lah datang lewat itu perkara biasa tetapi kalau dia datang tepat waktunya, itu luar biasa." krn baru2 ini, di majlis perasmian enrolmen pelajar uitm 200 000 di uitm shah alam, paklah telah terlewat selama 3 jam.mcm mana ni

joe penang said...

Mungkinkah kerajaan Tiga Beranak kan menjadi Empat atau Enam(anak tiri dia dua)?

Anonymous said...

Saudara Zahrin
Pertama izinkan saya merakamkan ucapan tahniah kepada saudara kerana terlebih dahulu 'berani' menceritakan tentang perkahwinan (ketika itu bakal berkahwin) seorang perdana menteri dengan seorang janda seawal empat lima bulan dahulu. Tahniah kerana saudara berani mendahului masa malah masa yang saudara dahului itu benar belaka.

Apapun, hari ini apa salahnya kita sama-sama ucapkan selamat pengantin baru untuk seorang perdana menteri itu.

cuma yang menarik perhatian saya cuma kaedah perkahwinan itu dirai dan dihargai. Walaupun saudara kurang bersetuju perkahwinan yang baik itu dibuat secara tertutup tetapi bukan itu yang ingin saya tumpang memberi komen dalam blog saudara ini.

Apa yang ingin saya sentuh cuma sekadar satu perbandingan iaitu antara perkahwinan Raja Nazrin bulan lalu dengan baru beberapa hari perkahwinan seorang perdana menteri.

Bezanya tentang kaedah dan cara kaedah itu disambut. Raja Nazrin melarang majlis meraikan perkahwinannya diadakan secara besar-besarkan kerana baginda mentafsirkan itu sebagai pembaziran. sebaliknya jamuan rakyat untuk meraikan perkahwinan baginda itu dialih kepada menjamu orang miskin dan golongan kurang upaya. Kedua baginda melarang mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan membuat ucapan tahniah yang membabitkan pembelian ruang iklan dalam akhbar semata-mata utuk menunjukkan prihatin dan ucapan tahniah kepada perkahwinan baginda.

Aku tak pandai mentafsir mimpi malah aku tak pandai mentafsir hati budi. Aku sedih ada glc yang susah sangat nak tolong melayu mampu mengucap tahniah satu muka penuh, warna lagi dalam akhbar arus perdana. Itu boleh tahan lagi tapi ada badan perhubungan Umno negeri atau menteri besar atau individu yang sanggup membeli ruang iklan untuk tujuan itu. Tidak kah itu pembaziran namanya atau perlu kerana ada arahan.

Aku tak salah seorang perdana menteri tapi kenapa tidak ada arahan dari perdana menteri tersebut sebagaimana arahan yang dikelurkan oleh raja Nazrin.

Zahrin
apapun selamat pengantin baru la pada seorang perdana menteri. semoga dia bahagia dan ramai lagi yang boleh tumpang bahagia walaupun bukan kau dan aku.

Selamat berjuang

Anonymous said...

'tiada arahan seperti raja nazrin' itulah namanya kerajaan islam hadhari. bapak segala kejahatan dan kemaksiatan. apa kaitannya pernikahan dan perkuburan? suatu ketika nanti, lepas nikah di masjid terus ke kubur. satu lagi malapetaka 'bidaah' orang melayu.

labulabi

Anonymous said...

Bukankan elok kalau berkahwin. Kenapa dicerca..apakah saudara sekelian suka melihat pemimpin mempunyai perempuan simpanan dari bernikah secara sah..aku bukanlah penyokong paklah tadi dalam hal@ yang elok kita kenalah terima..jangan kerana politik semua tak betul..Abis sapa yang betul...

Anonymous said...

Best!!!

Anonymous said...

Kalau dulu Pak BODOlah sering lewat dan tidur semasa mesyuarat, saya jangka lepas ini, langsung tak datang meeting.

Dulu, tak boleh tidur nyenyak (tidur2 ayam) sebab dok baring sorang sorang atas katil... Skrg ni, dah ada partner, langsung tak leh tidur... Macam mana nak gi meeting..

The only pemimpin yg paling worst time management..... Macam ni pun kita nak simpan lagi?

Bagi yg berpelajaran dan berakal, fikir-fikirkan lah.... Bagi kaki mengampu, joinlah dengan Pak Imam Besor Ada Had Ada Hari....

Teruskan Saudara Zahrin....

Orang Tanjung

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia