Friday, June 15, 2007

Impian 2057 PM vs Wawasan 2020


Hari ini 15hb Jun 2007, Berita Harian melaporkan dengan tajuk besar yang berbunyi "Impian 2057 PM". Antara lain melaporkan bahawa beliau mengimpikan di tahun 2057 mencapai kejayaan yang tidak pernah difikirkan. Ini termasuk impian Malaysia akan menang hadiah nobel, syarikat yang benar-benar global, dihormati dan memasarkan jenama yang terkenal, mempunyai penyair dan artis diiktiraf dunia, memiliki paten saintifik terbesar di dunia, ahli sukan terkemuka, malah skuad bola sepak terbaik di Asia.

Semua orang tahu bahawa Abdullah Hj Ahmad baharu sahaja berkahwin dengan Janda Beranak dua, yang mana akronim yang diberi oleh penyebar SMS sebagai Gent 2, yang bermaksud Janda dua anak. Kemungkinan sebelum dia berkahwin, seperti banyak lelaki lain yang masih bernafsu bertambah pula kematian isteri pasti akan mimpikan isteri baru, kalau tidak secantik Cinderella atau Sleeping Beauty sekurang kurangnya cantik dan muda. Sebaliknya mimpi dia hanya menjadi realiti tetapi tidak menjadi fakta. Realitinya dia berkahwin tetapi faktanya tidak secantik Cinderella.

Maka mimpi seperti itulah yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad dalam ucapan yang lebih mudah dipanggil angan-angan. Impian 2057 adalah terlalu jauh, Bila Dato Onn Jaafar menjadi Presiden UMNO di tahun 1946 dan tahun 1951 slogan Hidup Melayu bertukar kepada Merdeka, kepimpinan UMNO bertukar kepada Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj dan pejuang -pejuang kemerdekaan Malaya ini tidak bermimpi, mereka menggunakan pendekatan perjuangan itu adalah pelaksanaan kata-kata. Maka dalam tempoh kurang lima tahun beliau menerajui UMNO, Tanah Melayu dapat di kemerdekaan pada tahun 1957.

Selepas Merdeka, semua rakyat mengimpikan sebuah negara yang berdaulat, berkerajaan sendiri dan dari segi pandangan orang UMNO pemerintahan orang Melayu dan pembahagian ekonomi yang adil. Itu realiti perjuangan UMNO dan orang Melayu wajib mempunyai Ketuanan Melayu tetapi faktanya hari ini di bawah kepimpinan Abdullah Hj Ahmad, orang Melayu khasnya Malaysia yang berdaulat terpaksa kalau tidak menyembah, memegang kepada lutut kuasa asing khasnya Singapura. Kenyataan kerajaan Malaysia beberapa hari lalu meminta Singapura memasukan sekali pakej pelancongan yang dibuat oleh Singapura untuk melawat Wilayah Pembangunan Iskandar @ Singapore 3 serta beberapa perkara - perkara lain yang berlaku dalam cadangan Wilayah Pembangunan Iskandar hanya menunjukkan bahawa Ketuanan Melayu kini di kongsi atau lebih kritikal lagi terhakis dan kita kena tunduk dengan beberapa permintaan kaum lain walau pun menyentuh soal agama, pendidikan, bahasa dan juga hak istimewa orang Melayu.

Begitu juga UMNO, mimpi-mimpi lain seperti menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi faktanya dikenali dengan Bahasa Malaysia, mimpinya orang Melayu mendapat pemeliharaan ekonomi 30% tetapi faktanya masih banyak lagi orang Melayu yang miskin dan dari 5.7% seperti mana dilaporkan dalam akhbar yang sama, maka kita bandingkan dengan 52.4% di tahun 1970 semasa itu rakyat Malaysia ialah dalam purata 11 juta nyawa dan hari ini dengan perangkaan baru jumlah penduduk sebanyak 26 juta, maka ini bererti ratio kemiskinan kita adalah sama banyak dengan kemiskinan 1970 dahulu dan soalannya yang lebih penting ialah siapa mereka?

Bagi mereka yang faham, mereka akan merasa hairan mengenai kenyataan Abdullah Hj Ahmad dalam ucapannya di Kelab Perniagaan Kuala Lumpur itu yang bertajuk "Menoleh Ke belakang, Bergerak Ke Depan 5 0 tahun Perniagaan Di Malaysia". Pada para akhirnya ada menyebut... malah mempunyai skuad bola sepak terbaik di Asia, maka kita tahu bahawa kertas kerja itu disediakan oleh menantu yang juga anggota Kabinet Kerajaan Tiga Beranak kerana semua orang tahu bahawa anak menantunya mempelopori Bola Sepak komersial yang dikenali dengan "MyTeam". Ini adalah kerana apa yang disebut bukanlah ada hubung kait dengan perniagaan di masa depan iaitu 50tahun akan datang.

Sebenarnya salah satu kesilapan Perlembagaan Malaysia yang mengandungi 183 Perkara itu, adalah kerana tidak menyebut secara spesifik akan perihal "Bangsa Malaysia". Setelah nama Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan, agama bagi Persekutuan, undang-undang utama Persekutuan dan kemudian dibahagian 02 Kebebasan Asasi, termasuk kebebasan agama dan bila masuk ke Bahagian 3 Kewarganegaraan, maka tidak tertulis apakah dan siapakah "Bangsa Malaysia"?

Adalah malang bagi orang Melayu yang tidak menyedari bahawa dari segi bahasa buku Perlembagaan Malaysia 1957 bahawa sebagai Melayu hanya sekadar "Orang" Melayu dan bukannya "Bangsa". Oleh itu sebelum bercakap dengan soal impian 2057, maka perlulah satu penyelesaian lebih dulu dibuat berkenaan kedudukan rakyat warganegara Malaysia ini. Apa yang dimimpikan itu sebenarnya sebahagiannya sudah hampir dan sudah berada dikelilingi kita. Apakah beberapa nama pelajar dan profesor yang telah menguasai universiti masa sekarang bukan satu kejayaan, kenapa tidak mahu kita mengiktiraf mereka? Adakah kita tidak mengiktirafkannya hanya semata-mata kerana mereka bukan Melayu? Malah terdapat juga ahli fikir Melayu sudah berada di Universiti luar negeri. Soalannya, adakah kita menyimpan data-data mereka dan berusaha memanggil mereka pulang dan kemudian kerajaan mengiktiraf mereka sebagai kejayaan Malaysia’ dan kalau boleh memberi anugerah yang membawa gelaran Dato dan bukan memberi gelaran tersebut kepada orang berniaga yang pejabat pun tiada atau bekas penjenayah yang sudah taubat.

Sewajarnya kita memang perlu menoleh ke belakang untuk berjalan ke hadapan. Pandangan ke belakang adalah menyorot masa lampau dan adakah setelah dilalui masa lalu tersebut, Malaysia sudah berubah? Masa lalu dengan berbagai masalahdan setelah ke hadapan, adakah masalah di belakang sudah diselesaikan.?

Impian 2057 adalah impian seorang Perdana Menteri yang setaraf dengan cara berfikirnya. Semua rakyat Malaysia mengharapkan impian Abdullah Hj Ahmad terhadap negara ini berbeza dengan cara impian beliau mencari isterinya, ini bukan soal serasi, soal cinta atau sudah kenal lama dan kemudian bila mengadakan majlis suai kenal isteri dengan Menteri-menteri Kabinet tanpa segan dan silu sebagai seorang tua menyebut di hadapan menterinya bahawa "bahawa saya terasa seperti dimudakan". Semua rakyat menghendaki seorang pemimpin yang berfikiran waras, seperti mana pernah dikatakan oleh orang yang ahli dalam kepimpinan "bahawa pemimpin itu semacam gembala, dia mesti berada di belakang ternakannya sama ada ayam, kambing, unta atau keldai, kerana dengan berada di belakang, gembala dapat melihat ternakannya dan menentukan arah tetapi jika gembala berada di hadapan ternakannya ini bererti bahawa "gembala itu sama taraf dengan binatang ternakannya"

Itu sebab ahli cerdik Islam sudah mula mempertikaikan ayat yang suka digunakan oleh pemimpin Islam khasnya pemimpin UMNO yang berasal dari sebahagian ayat 11 surah (13) ar-rad yang diterjemahkan secara harfiah:... Sungguh Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum sampai kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka. Mereka berpendapat kenapa tidak disambung seterusnya yang berbunyi: Tetapi bila (sahaja) Allah menghendaki untuk menimpakan kepada satu kaum itu bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri) maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak nya itu, dan tidak sesiapa pun dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-nya. Sewajarnya Abdullah Hj Ahmad yang dalam sajaknya Mencari Damai Abadi dengan baitnya "Kita membongkar rahsia kita suci" dan memberitahu semua orang bahawa setiap pagi membaca Al Quran supaya mengulang membaca Surah Ar Rad kerana surah itu wahyu tuhan terhadap dirinya, kepada manusia serta perhubungan tuhan dengan manusia.

Sebenarnya sebagai Perdana Menteri dan Imam Besar Mazhab Islam Hadhari perlu untuk beberapa kali setelah mengaku sebagai khalifah di muka bumi ini , mencari pedoman itu. Rakyat telah sekian lama memperkatakan akan kisah setiap keputusan olehnya adalah bersandarkan kepada campur tangan dari anak dan menantu. Sebagai faktanya dalam soal kahwin pun, dia kena minta kelulusan anak dan menantu.

Sekarang Malaysia yang dianugerahi oleh Allah dengan tanah air yang subur, alam yang dahulunya ramah dengan matahari dan hujan yang mencukupi, masyarakat yang memegang kepada agama, berbudaya murni dengan falsafah hidupnya yang luhur serta aman dan harmoni, kini sudah bertukar tiba-tiba menjadi Malaysia yang gersang, alam menjadi garang, masyarakat menjadi sangar ; akan dapat bala bencana yang menakutkan, saling curiga atau saling tuduh menuduh.

Kesimpulan setelah Wawasan 2020 akan dilaksanakan mengikut acuan Abdullah Hj Ahmad dan sebelum impian dalam mimpi tahun 2057 mahu direalisasikan, rakyat perlu melihat krisis yang melanda semua aspek kehidupan secara menyeluruh, bukankah sebaiknya dimulai oleh Abdullah Hj Ahmad dan kabinet Kerajaan Tiga Beranaknya meneliti diri sendiri? Apakah selama ini semua masih tetap menjadi manusia yang berbudaya dan berhemah tinggi atau adakah dalam hati perut mereka kini terbit sikap seperti serigala yang culas, tikus yang rakus atau kera yang tak tahu malu, kalau tidak keterlaluan setan yang takabbur.

Sang Kelembai: Kalau dibaca secara betul akan kertas Abdullah Hj Ahmad itu hanya sebagai persiapkan untuk menyiapkan jawapan jika isu anaknya yang menjalankan perniagaan atas nama paten "Scomi" sebagai bersesuaian dengan Go Internasional atau Global. Akhirnya orang Melayu atau ahli UMNO kalau tidak mahu berubah dan menyimpan lagi Abdullah Hj Ahmad sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, maka janganlah salah orang lain, salahkan diri sendiri. Pengundi bukan Melayu nampaknya lebih sedar dari orang Melayu seperti PRU 1969.

3 comments:

Pak Zawi said...

Dia cuba sedaya upaya dengan bantuan bantuan menantunya untuk merungkai legasi TDM dan meninggalkan legasinya sendiri. Dengan demikian dia berangan angan untuk dikenangkan sebagai pemimpin yang berpandangan jauh. Lupa pulak dia bahawa kecerdikan yang ada tidak membolehkan dirinya dikenali sebagai visionary dan rakyak sendiri melihatnya sebagai seorang yang bodoh dan digerakkan oleh seorang dalang budak yang belum berakal.

Anonymous said...

Saya belum pernah mendengar kawan kawan atau orang bercakap tentang kercerdikan Abdullah Badawi memimpin Malaysia atau sebagai Pengerusi OIC. Kebelakangan ini bertambah tambah issue yang tak baik mengenai kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri.Apa yang kami selalu menerima komen dari orang asing di luar negeri ini ialah Dr.mahathir ..bagus.
Setelah berada diluar negeri barulah kami tahu rupa-rupanya Dr Mahathir ialah Hero Islam dan contoh pembangunan. Belum saya berjumpa dengan orang asing terutamanya orang arab yang sudah pergi ke malaysia bercakap buruk terhadap Malaysia. Antara perkara yang disebut ialah Dr Mahathir tidak Abdullah Badawi..KLIA..kebersihan..orangnya baik-baik. kami berbangga sebagai rakyak Malaysia. Soalnya..siapa yang membawa Malaysia pada tahap kehormatan sebegini rupa...

Anonymous said...

Ada seorang janda dalam Wanita UMNO yang pi jumpa Pak Lah minta projek.

Pak Lah tanya; "Tell me one good reason why should I give you the project"

Pompuan tu jawab;"Well... we have been sleeping together a couple of times!"

Terbeliak mata Pak Lah..."Bila ni....!"

Pompuan tu selamba je jawab;"The last one during recent UMNObGeneral Assembly. You tido kat podium I tido kat bawah...."

Tersentak Pak BODOlah dari mimpi yang panjang dan jauh sehingga 2057... Sedih bila tak dapat menikmati kekayaan yang dikaut kerana maybe telah berada di alam barzah.

Yang seronok, anak menantu.... Yang merana bangsa Melayu....

Bangsa lain....... mereka maju kerana Melayu masih dungu....

-Orang Tanjung-

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia