Dalam akhbar Berita Harian, Jumaat 13hb Julai 2007 di muka 20 ruangan Berita Nasional melaporkan bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melahirkan rasa tidak puas hati Kementeriannya terhadap Kementerian lain yang tidak berfikiran hijau dan antara lain menyebut isu pemanasan global kerana membenarkan teksi pergi ke destinasi seperti lapangan terbang KLIA dan ke Kuala Lumpur dan kemudian pulang dalam keadaan kosong.
Inilah pertama kali satu andaian dibuat oleh seorang Menteri dalam Kerajaan Tiga Beranak pimpinan Imam Besar Abdullah Hj Ahmad, Ketua Mazhab Islam yang ada had dan ada hari bahawa pemanasan global disebabkan teksi-teksi yang tidak membawa penumpang balik dan akhirnya pengguna terpaksa membayar lebih.
Maka dengan kenyataan itu jelaslah yang Menteri yang beristerikan "Perempuan Melayu Terakhirnya" itu seorang yang tidak berilmu, tidak selarasnya dengan Imamnya dalam Mazhab Islam Hadhari di prinsip ke empat Penguasaan Ilmu dan Pengetahuan dalam tulisan Dr Sidek Baba yang dikeluarkan oleh JAKIM menyatakan:
"Sekiranya sesuatu itu asalnya tidak baik tetapi diurus, ditadbir atau dikendalikan oleh manusia yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak, lambat laun sistem itu akan bertukar menjadi baik. Tetapi sebaik sistem yang telah dibangunkan dan dikendalikan oleh orang yang tidak mempunyai ilmu dan keterampilan yang baik serta kualiti amanah yang rendah, lambat laun sistem itu akan rosak juga kerana ia tidak dikendalikan oleh orang yang ahli dalam bidangnya"
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang terkenal dengan cara berkahwin berpindah randah dan kemudian rumah tempat dia berakad nikah berselubung dan kemudian di ikut oleh Imamnya yang bakal bininya datang ke rumah jantan, yang mana budaya itu tidak pernah dibuat oleh orang yang mengaku bangsanya "Melayu" jika dia berilmu akan tidak sepatutnya dia menyalahkan pemandu teksi yang menyara hidup untuk keluarganya menyebabkan pemanasan global.
Dan anehnya akhir akhirnya ini akan terbaca kita antara anggota Kabinet dalam Kerajaan Tiga Beranak ini sudah tidak seperti amalan kerajaan pendahulu yang mana anggota kabinet merasakan ada tanggung jawab bersama dalam setiap keputusan dan mempertahankan apa-apa dasar tetapi kes yang terbaharu dalam soal kenaikan harga beras, setelah semuanya menjawab tidak tahu dari Perdana Menteri hingga ke Menteri Melawat Pasar - Shafie Afdal dengan tiba-tiba kenaikan itu dibatalkan oleh Menteri Pertanian Dan Asas Tani yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika Anwar Ibrahim berterusan membongkar isu Altantuya.
Peliknya bukan soal harga pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kenapa Kementerian itu tidak buat apa-apa kenyataan, mungkin Menterinya sibuk buat lawatan luar negeri menjalankan tugas promosi barang pengguna menggantikan Menteri MITI. Begitu juga Menteri yang jaga teksi melarang teksi-teksi atau limousin syarikat milik Perbadanan Pelancongan Malaysia kerana tidak ada permit. Menteri sama Menteri berperang dalam akhbar ini mungkin ada kebaikannya kepada rakyat untuk berfikir kerana ini membuktikan bahawa Perdana Menterinya tidak mengawal Menterinya dan juga yang sebenar Menteri adalah Anak dan Menantu dan mungkin hari ini bini baru.
Seseorang menjadi Menteri bukan kerana ahlinya dalam kerajaan Imam Besar Islam Hadhari ini yang berbini baru malah yang dilantik menjadi Menteri bukan kerana seorang itu ahli dalam satu perkara yang boleh membantu rakyat dan negara seperti tulisan dalam prinsip ke empatnya Penguasaan Ilmu dan Pengetahuan tetapi sebaliknya siapa yang boleh menjadi keldai.
Menjadi Menteri hanya bergantung kepada Perdana Menteri yang sudah ditanam dalam fikiran orang politik itu adalah prerogatif Perdana Menteri, walau pun sebelum menjadi Perdana Menteri, dia mesti diangkat dulu menjadi Presiden partinya. Tanpa menjadi Presiden, dia tidak akan menjadi Perdana Menteri. Itu sebab setiap kesalahan Menteri dalam demokrasi Malaysia mestilah disalahkan kepada Perdana Menteri kerana dialah yang bertanggung jawab melantik seorang Menteri itu. Tetapi Perdana Menteri perlu sokongan Menteri-Menteri ini bukan sahaja dalam parti komponennya tetapi juga Menteri-Menteri UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian.
Sokongan dari seorang Ketua UMNO Bahagian adalah perlu untuk menentukan sokongan berterusan sebagai Presiden UMNO. Untuk itu membiarkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian salah laku, seperti politik wang dan rasuah perlu digalakkan dan bagi menunjukkan integriti, tangkaplah seorang dua macam Azman Mahalan, Shariff Jajang dan Kasitah Ghadam menjelang Pilihan raya Umum, dan gementarlah Ketua-Ketua UMNO Bahagian khasnya yang sudah dilantik menjadi Menteri, Menteri Besar atau apa jawatan, dengan mengucapkan "mana titah patik junjung".
Jadi, bila orang seperti Azmi Khaled yang pernah menjadi pegawai kanan di PKNS, kemudian mengendalikan syarikat Talasco Insuran yang sudah dikuburkan dan menjadi hantu dengan nama Tahan Insuran serta mengendalikan beberapa syarikat yang semasa di PKNS semua pegawai kanan tahu dia seorang pemabuk dan bila menjaga Perangsang Trading menggunakan kedudukannya membantu syarikat iparnya-Sri Zaman Construction, dan bila di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, juga membuat perdagangan buruh asing (hamba abdi) dan khabarnya menantunya ada kepentingan, ini terus dibiarkan.
Dan sehingga Radhi Sheik Ahmad terpaksa membuat kenyataan akan ketidak ada ilmuannya dalam isu menggalakkan MyKad. Hari ini sekali lagi Azmi Khaled membuat kerja tidak berilmu bila iklan-iklan alam sekitar menjurus kepada perangai-perangai orang Melayu. Gambarannya seolah-olah orang Melayulah yang menyebabkan sungai menjadi tercemar. Bayangkanlah seorang yang memang imejnya di luar seorang yang beragama dan ditambah dalam lakonan, M. Rajoli digambarkan membuang sampah ke dalam sungai dalam masa yang sama beliau adalah kadi hendak menikahkan orang.
Bukankah tak masuk akal orang beragama, seperti kadi, imam dan mungkin mufti tidak bermoral sehingga sanggup membuang sampah ke sungai. Tetapi kerana di Malaysia, orang beragama sudah tidak lagi sensitif isu begitu, maka mereka menerima sahaja sogokan iklan yang menghina itu. Tetapi kerana mengetahui latar belakang Azmi Khaled, kelulusan filem iklan itu, bukanlah satu yang menghairankan.
Itu sebab bila orang yang bertanggung jawab bercakap soal alam sekitar, ditumpukan kepada sungai sahaja termasuk Imam Besar Islam Hadhari yang juga Perdana Menteri yang marah-marah tempat mandi di air terjun sudah tercemar dan setelah ditegur baru berusaha membersihkan, maka rakyat bertanya bagaimana air terjun yang digunakan oleh orang asli, oleh budak-budak yang tak ada kolam renang jika tempatnya sudah tercemar. Jawabnya kena tunggu orang asli atau budak-budak kampung itu menjadi Perdana Menteri, kerana nanti dia akan bercakap akan tempat mandi semasa kecil sudah tercemar.
Soal alam sekitar bukan soal sungai, bukan soal teksi yang mengeluarkan asap, Soal alam sekitar ialah soal tumbuhan ia itu pokok. Sepatutnya Menteri yang jaga alam sekitar ini berinovatif sedikit, undang-undang mesti dibuat sekarang iaitu adalah menjadi kesalahan memotong pokok mengikut ukuran lilitannya dan usia di mana sahaja. Mana-mana tanah yang dijadikan ladang, Jabatan Hutan perlu untuk meluluskan mana-mana pokok boleh ditebang dan mana kekal. Bukankah indah jika ladang-ladang kelapa sawit akan terdapat pokok-pokok besar dicelahnya.
Di kawasan rumah yang bertanah termasuk rumah Kampong, galakan perlu diberi kepada tanaman pokok dan jika perlu diberi insentif cukai tanah, mana-mana tanah yang mempunyai pokok yang bernilai seperti buah-buahan di kurang cukai tanah atau sebagainya. Lebuh Raya seperti PLUS menghentikan tanaman pokok komersial seperti yang ditanam sekarang, sebaliknya ditanam dengan pokok-pokok warisan dan akhirnya kempen menanam pokok perlu ditingkatkan.
Sang Kelembai: Peliknya minda fikiran Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar ini, setelah tidak dapat menyalahkan penjenayah alam sekitar yang terdiri dari towkey balak, towkey kilang dan towkey pemaju perumahan, akhirnya yang salah kerana pemanasan global ialah “driver” teksi.. minda Menteri di Afrika pun dah berubah tapi Menteri di Malaysia masih primitif.
5 comments:
Saudara Zahrin yg saya hormati,
Fikiran saya dah letih sangat bila memikirkan betapa ceteknya ilmu para pemimpin sekarang ini. Kalau didengar dan dibaca kenyataan yang keluar dari mulut seorang menteri, ternyata, mereka menganggap rakyat boleh diperbodohkan begitu saja (org kedah kata, buleh juai sekupang dua).
Memang benar apa yg dikatakan oleh saudara, pemilihan org menjadi menteri bukan kerana ilmunya, tetapi kerana betapa senangnya org itu dikeldaikan..
Telah tiba masanya, kita semua menggunakan kuasa memilih untuk mengubah corak pemerintahan pak BODOlah malah UMNO itu sendiri.
Mereka hanya mementingkan kedudukan supaya mendapat kekayaan tanpa memandang kebelakang mereka-mereka yg telah memilih mereka.
Walaupun BN akan tetap menang, tetapi biarlah jumlah kerusi yg dimenangi rendah agar ada check & balance di ADUN atau Parlimen bagi membolehkan suara rakyat dapat didengari tanpa ditapisi. Saya puji MP Theressa Kok...
Saya risau dengan bangsa Melayu di masa akan datang kerana terlalu asyik menentang musuh di luar, musuh dlm selimut yg sungguh ketara di depan mata tak dipandang. Ketahuilah, kepimpinan pak BODOlah ngan 3 serangkai (anak, bini, menantu) itulah musuh bangsa Melayu... Itu belum campur anak tiri lagi sbb siong belum keluar... kalau dah keluar, lagi lingkup Melayu...
-orang tanjung-
Alkisah-hikayat "Ibu Mertuaku", setelah membaca nukilan Sdr Zaharin, teringat kata-kata ibu mertuaku yang tinggal di Trengganu semasa dihubungi melalui telefon pada malam "Simfoni Putrajaya" diadakan; lebih kurang maksudnya begini "Hebat sungguh majlis meraikan perkahwinan Pak Lah, siap dengan bunga api dan lagu2 yang didendangkan pun juga seperti meraikan Pak Lah dengan isteri barunya dan bukan untuk meraikan kemerdekaan 50 tahun Malaysia".
Hebat sungguh ibu mertuaku, walaupun tinggal seorang diri dan telah berumur 26 tahun (jenaka ibu mertuaku) tapi masih mempunyai pemikiran yang tajam dan ke hadapan.
Setelah difikirkan benar kata ibu mertuaku; majlis diadakan di kediaman Pak Lah dan jemputan hanya 1,000 orang. Kalau melihatkan kepada jumlah bunga api yang digunakan ianya bukan untuk tatapan 1,000 orang sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia seperti yang biasa diadakan menjelang malam hari sambutan kemerdekaan.
Itulah yang dinamakan sekarang ini penyalahgunaan wang rakyat untuk keseronokan pemimpin dan dalam hal ini Pak Lah Imam Besar IAHAH.
Tidak hairanlah sidang wazir Pak Lah sekarang ini berkecamuk seperti tiada kesatuan termasuk Menteri Yang Belum Berfikiran Hijau, sebab Imam Besarnya masih lagi belum habis/puas berbulan madu dengan wang rakyat.
Adakah bulan madu Pak Lah ini akan berterusan, sama2lah kita lihat selepas ini ....
Wassalam.
heheheh...terima kasih pak cik zaharin...itu biasalah menteri kalut cam tuh..cuma yang baguih berbini aje!
selamat berbini wahai azmi khaled!
Saya bersetuju dengan pandangan saudara org tanjung, berhubung para pemimpin sekarang `buleh juai skupang dua'. Malah lebih daripada itu, mereka juga mementingkan kedudukan dan kekayaan tanpa mengira ia hak atau sebaliknya.
DAN rata2 yang melakukan perkara itu adalah orang2 kita sendiri - orang Melayu! Sebenarnya jika dipertimbangkan kata-kata Hang Tuah tika dulu, `Takkan Melayu Hilang di Dunia' - maksud tersirat dari sudut -ve adalah menyentuh sikap atau peel orang Melayu yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri. Malah, ia seolah-olah menjadi sumpahan (maaf sekiranya ia terlalu kasar) dari generasi ke generasi.
Rasuah, mengambil kesempatan, makan duit rakyat, dengki dan sebagainya berlaku sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Kalau adapun sekadar tutup mata sebelah sahaja.
Contohnya, dalam Kementerian Pelancongan (tidak perlu saya sebut siapa menterinya). Sebenarnya untuk Tahun Melawat Malaysia 2007 (YVM2007) banyak peruntukan kerajaan (duit rakyat) mencecah jutaan ringgit disalurkan untuk menarik kemasukan lebih banyak wang asing.
Sebahagian daripada wang itu disalurkan pula ke beberapa bahagian sehinggalah kepada anak syarikat Pelancongan Malaysia yang menjadi milik menteri-menteri tertentu yang menggunakan `proxy' masing-masing agar mereka tidak dikenakan undang-undang.
Sebenarnya proxy2 ini tidak memiliki syarikat yang berdaftar dengan kementerian kewangan sungguhpun ia telah berdaftar dengan suruhanjaya syarikat ataupun menumpang syarikat kenalan menteri tersebut.
Namun, oleh kerana mereka (proxy)ini rapat dengan menteri2 tertentu mudah bagi mereka memperoleh dana berjuta ringgit tanpa sebarang bantahan atau persoalan. Yang penting 'hang bagi dia (org dlm) sekupang dua' depa bule tutup mulut.
Nah, natijahnya, mereka kaya tanpa perlu bersusah-susah, berpulas tenaga sebagaimana mereka (rakyat) yang membayar cukai pendapatan.
Mungkin ada yang tidak sedar, apabila `sedikit lubang terdedah' (kesalahan rasuah) oleh orang2 tertentu dalam jabatan menteri tersebut pasti ada orang akan menjadi `kambing hitam' pula.
Pesalah yang tidak bersalah terpaksa mengaku salah atau menerima kata dua, che bagi hang duit, hang berhenti dan tutup mulut atau hang terus kekal dan jangan korek lagi atau hang akan masuk penjara atau bunuh dengan famili sekali.
Kini proxy menteri2 tertentu di Pelancongan Malaysia mengambil kesempatan terhadap kelemahan menteri tersebut ekoran tiada pemantauan. Mereka kaya dengan mudah kerana dana yang diminta lulus dengan cepat konon untuk promosi meningkatkan lagi sektor pengangkutan awam yang menggunakan lebel `eksekutif' padahal pada masa sama menjual arak.
Inilah wajah baru Malaysia yang diperkenalkan oleh pLah - Islam Hadari yang jual arak. Bermegah-megah mereka mempromosikan Malaysia dengan lebel eksekutif kerana arak itukan??? sememangnya eksekutif. MasyahAllah...
Kenapa, tak percaya? saudara2 semua dijemput ke KL Tour dan dapatkan info di kaunter yang berwarna biru dekat tangga menuju ke puncak menara - info tersebut memaparkan model wanita bertudung dengan info yang menyatakan `kami menyediakan bermacam arak premium. Memang eksklusif.
Tahukah, kos untuk kaunter biru dan info2 itu mencecah sehingga dua juta??? Che hampir pitam bila dengar kos tersebut bernilai dua juta.
Kenapa berlaku sedemikian? pasti ada motif untuk makan duit rakyat. Terpulanglah kepada saudara-saudara semua untuk berfikir.
-tertindas
"Menteri Belum Berfikiran Hijau"
diorang memang tak suka warna hijau, dulu, kini dan selamanya....
anak-anak yang sekolah agama pun kena tukar warna lain...
itu sebab fikiran tak hijau.
Post a Comment