Thursday, August 02, 2007

Bulan Kemerdekaan



Sekarang sudah bulan Ogos. Setiap kali bulan Ogos rakyat Malaysia akan merayakan Hari Kebangsaan, Malaya- Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia pada setiap 31hb dan kali ini genap 50 tahun Merdeka atau selalunya dipanggil Jubli Emas.

Di mana-mana sekarang Bendera Malaysia - Jalur Gemilang yang sepatut sesuai dengan nama Sang Saka Negara dikibarkan. Negara jiran kita sudah pun meraikan Jubli Emas pada tahun 1995 dengan slogan Dirgahayu Indonesia tetapi Malaysia menggunakan tema Malaysia ku Gemilang.

Sebelum itu pada 31hb Julai, kita meraikan Hari Pahlawan. Pada pengertian kerajaan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional, pahlawan itu hanya terdiri dari pasukan keselamatan sahaja, tentera dan polis. Setiap tahun memperingatinya hanya setakat menyembah tugu yang tidak bergerak itu. Bagaimana pun istiadat meletakan bunga di Tugu Negara itu ialah sebagai satu tanda penghormatan kepada mereka yang telah berkorban demi Malaysia selama 50 tahun ini dan sebelumnya.

Sebelum itu banyak lagi penentang-penentang penjajah asing wujud. Sungguhpun begitu tidaklah perlu untuk dibariskan namanya tetapi harus kita persoalkan bagaimana pahlawan anak bangsa yang berjuang tetapi tidak memakai pakaian seragam? Adakah mereka diingati? Kita sehingga hari ini setelah 50 tahun merdeka, sehingga sekarang belum ada ada bentuk pengesahan dari kerajaan kepada Pahlawan yang bukan berpakaian seragam, kecuali pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan Panglima Gagah Berani yang kedua-duanya hanya diberi untuk tentera dan polis. Telah tiba masanya sekatan itu dimansuhkan sebaliknya pingat SP dan PGB boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan jasa yang besar demi negara ini.

Memanglah benar sebilangan besar pemimpin politik dan pentadbiran di iktiraf jasanya dengan berbagai pingat dan darjah kebesaran tetapi jika orang seperti Tunku Abd. Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V T Sambhantan dan wakil-wakil raja-raja Melayu yang menuntut kemerdekaan dulu sudah diiktiraf secara teks sebagai Pahlawan tetapi malangnya dari segi dokumentasi tidak ada. Berlainan dengan Indonesia dan negara bermaruah lain seperti Filipina yang mengiktiraf Jose Rizal sebagai Pahlawan, kesemua Pahlawan Kemerdekaan mereka diwartakan dalam Warta Kerajaan negara-negara masing-masing dan dimasyhurkan keseluruhan negara.

Malaysia sama seperti yang selalu dikatakan "negara yang tertinggal kereta api". Kita masih tidak ada pahlawan sejati, tidak ada yang boleh dijadikan idola. Di Indonesia, walau pun ada kebencian mereka dengan Ir Soekarno atau dikenali Bung Karno, potretnya masih terpapar di pejabat-pejabat Kerajaan dan di rumah-rumah. Soal kontroversi betul atau tidak corak kepimpinan sewaktu pemerintahannya tidak menyebabkan dia kurang dihormati, begitu juga India dengan Mahatma Ghandi, Vietnam dengan Ho Chin Min, di Filipina dengan Jose Rizal dan yang aneh di China, masih lagi tergantung gambar Mao Tze Tung di mana-mana walau masa hidupnya bukan sedikit kezaliman Komunis yang dilakukannya.

Berbeza di Malaysia, bukan sahaja kehidupan sehari-hari mereka tidak mengenang "founding father" negaranya seperti berlaku dalam negara Asia yang tinggi budaya menghormati yang berjasa tetapi di mana sekarang banyak paparan dan banner gambar-gambar bekas-bekas Perdana Menteri yang semuanya mengikut susunan zaman pemerintahan mereka.dan gambar itu akan dikecilkan daripada gambar Abdullah Hj Ahmad.

Jika sekali tengok gambar-gambar itu tiada apa yang pelik tetapi jika diamati kita akan dapat melihat gambar-gambar itu di susun dengan beberapa makna yang tersirat. Jika melihat poster atau paparan yang dibuat oleh Jabatan Penerangan, yang menterinya hitam legam itu yang penuh kebencian dengan Tun Dr Mahathir Mohamed, yang pernah berjasa dengannya melantiknya menjadi Senator walau pun tidak menjadi ahli UMNO dan kemudian menjadi Timbalan Menteri, gambar Dr Mahathir Mohamed bukanlah gambar rasminya dan gambar itu dalam keadaan ketawa dan tidak dalam posisi "face to face". Tetapi niat yang tak betul, tetap akan nampaknya tak betulnya. Gambar Tun Dr Mahathir Mohamed tersebut seakan ketawa seperti memperlihatkan dia sedang mengetawakan Abdullah Hj Ahmad yang senyum simpul semenjak dapat bini baru ni. Maka gambar itu boleh menceritakan dalam 1000 tafsiran.

Dengan beberapa kesilapan itu termasuk apa yang dilakukan oleh DBKL-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memaparkan gambar Tunku Abd. Rahman Putra waktu meneriakkan "Merdeka" digelapkan dan di masukan dari hujung kepalanya gambar KLCC, di badannya Bangunan Sultan Abd. Samad dan di kakinya Tugu Negara. Gambar itu memberikan pengertian cara berfikir pembesar di DBKL, asal ada sahaja tetapi tidak memikirkan implikasinya. Harap-harap Menteri Zulhasnan Rafiqe boleh tolong perhatian poster yang dipasang ditiang lampu sepanjang Jalan Kuching itu.

Dan yang terakhirnya hari ini dalam Utusan Malaysia Khamis- 2hb Ogos 2007 di muka depan akan berita gambar Angkasapuri dipasang poster gambar pemimpin Malaysia. Maka terserlah pemikiran Menterinya tak sama dengan iklan Petronas yang dilakukan oleh Othman Hafsham " jalan mesti ke depan bukan jalan ke belakang". Susunan gambar sememangnya memainkan peranan dan sememangnya bila gambar Abdullah Hj Ahmad di sebelah kanan dan Tunku Abd Rahman Putra kiri, ini menunjukkan fikiran Menteri Hitam itu dia hendak jalan nak ke belakang dalam rakyat dan negara nak jalan ke depan dan anehnya bendera Jalur Gemilang itu seperti sudah tersungkur dan hanya ada bintangnya dan bulan yang sudah terkoyak.
Pada orang yang tahu asal Menteri ini, dia hanya menjual cendol di Alor Star sebelum dilantik jadi pemberita sambilan (stringer), inilah sebenarnya monyet yang dikatakan oleh Khairy Jamalludin, bila monyet diberi kacang, apakah yang rakyat dapat? Sepatutnya gambar Bendera itu di atas dan dalam keadaan gambar penuh, bendera itu adalah panji negara, jika panji dah tak dihormati dalam disiplin tentera, maka ini bererti tentera itu sudah tak ada disiplin dan tidak boleh diperintah lagi.

Seperkara lagi yang perlu di ingat bahawa dalam keadaan mendukung jiwa mengampu jangan sampai terlupa asas yang sebenarnya Malaysia ini wujud. Tidak salah jika gambar-gambar pejuang kemerdekaan Malaya atau Malaysia dipasang bersama seperti Tun Tan Cheng Loke, Tun V. T Sambhantan dan ramai lagi supaya generasi warganegara Malaysia bukan Melayu dapat menghayati bulan kemerdekaan ini. Janganlah terlalu dipolitikkan kerana sejarah membuktikan bukan UMNO sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan, parti-parti lain pun terlibat sama seperti PKMM, IMP malah PKM-Parti Komunis Malaya pun berjuang untuk kemerdekaan. Dan yang sangat terasa dalam bulan kemerdekaan ini sekeping gambar YDP Agung pertama tidak dipaparkan.

Kita semua mesti sedar, adakah Malaya atau Malaysia akan merdeka jika Raja-Raja Melayu tidak mahu menandatangani perjanjian kemerdekaan termasuk undang yang empat di Negeri Sembilan. Apa akan terjadi jika daya pendidikan bukan sahaja Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu tetapi rakyat Malaysia seperti hari ini pada tahun 1957 yang tidak bersetuju dengan percantuman negeri mereka yang dinamakan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terutama Johor, memang sebuah negeri diakui sebuah negeri Melayu Beraja Merdeka? Maka sesuailah pembesar yang diberi tanggung jawab dalam bulan kemerdekaan ini, memberi sedikit penghormatan kepada Raja-Raja Melayu.

Sang Kelembai: Masih teringat kerana terlibat di dalam meraikan 10 tahun Merdeka dengan berbaris di Jalan Kuching pada tahun 1967. Pameran pembangunan di Lake Garden (Taman Tasik Perdana) memakan masa tiga bulan dan Persembahan Kebudayaan setiap negeri di merata di Kuala Lumpur. Bagaimana orang Melayu,Cina, India dan berbagai kaum bergesel bahu dalam semua atur cara perayaan itu. Poster gambar kanak-kanak sekolah berbagai kaum terpasang di mana-mana dengan tajuk besar "Malaysia Berjaya"

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum-Teringat semasa TDM menjadi PM Malaysia, rakyat Malaysia tidak kira kaum begitu bersemangat untuk mengibarkan jalur gemilang di kereta dan rumah masing-masing. Di sepanjang perjalanan, tidak putus kenderaan tidak mengira jenis, lori kontena dan juga motorsikal kapcai pun tidak melepaskan peluang meraikan bulan kemerdekaan.

TAPI SEKARANG suasana berubah sama sekali, semenjak Pak Lah IAHAH memerintah, semangat tersebut luntur dan hilang sama sekali.

KENAPA DAN MENGAPA jawapannya mudah sahaja, masing-masing tidak percayakan lagi pemerintahan Pak Lah IAHAH yang lebih mementingkan anak menantu. Menantunya KJ pun sekarang ini sibuk mengiklankan diri untuk bertanding menjadi Ketua Pemuda tanpa menghormati senior dalam kepimpinan Pemuda UMNO yang lebih layak dan berkredibiliti. TAPI APAKAN DAYA ... WANG RINGGIT ... PROJEK ... semuanya tiada maka pemimpin senior pemuda ini hanya mampu melihat sahaja dari jauh.
Maka akan naiklah pemimpin bukan atas kredibiliti dan karismanya tetapi atas wang ringgit dan projek yang ditaburkan.

Amat malanglah negara tercinta ini mempunyai pemimpin yang sedemikian ... tidak hairanlah Rasullullah pernah bersabda di akhir zaman nanti otang Islam ni hanya banyak dari segi bilangan tapi lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. KENAPA DAN MENGAPA kerana pemimpinnya merupakan seorang yang tidak amanah.

Pada masa ini juga banyak aset strategik negara pun telah pun dikuasai oleh Temasek. Bermula dengan ECM Libra yang mengambil alih Capital Avenue, Synergy Drive yang mengambil alih Syarikat GLC yang terlibat dalam bidang pertanian dan tidak lama lagi mungkin semua aset Kerajaan yang sebelum ini dikendalikan/diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM akan diambilalih dan dikendalikan/diuruskan oleh satu Syarikat Korporat di mana Kerajaan perlu membayar sewa untuk menggunakannya. Walhal kalau dimantapkan dan diperbesarkan lagi pengurusan BPH, ia mampu mengendalikan/menguruskan semua aset Kerajaan tanpa perlu Kerajaan membuat apa-apa bayaran.

Haai ... macam nilah rupa kepemimpin UMNO. Tidak hairanlah banyak yang sudah hilang semangat ...

Menjelang malam 31 Ogos nanti bolehlah kita melaungkan pada detik 12.00 tengah malam dengan laungan -

Pak Lah Cemerlang
KJ Gemilang
Scomi Terbilang
Pemimpin UMNO yang membutakan mata dan menutup telinga Berjaya
ECM Libra/Avenue Capital Berjaya
Kalimullah Berjaya
Brenda Berjaya
Patrick Berjaya

Dan akhir sekali,

Temasek Cermerlang, Gemilang dan Terbilang

Wassallam.

AHIRUDIN ATTAN said...

Abang Zahrin!

Saya kurang setuju pingat2 pahlawan yang dikhususkan untuk ahli tentera dan polis kita di"buka" untuk orang awam. Sebabnya saya khuatir kalau dibuat demikian, orang2 politik akan mula ampu-bodek untuk dapat pingat2 tersebut. Bayangkan lah -- dah tentu Nazri mau bergelar Pendekar. Saya takut Kalimullah pun akan gunakan kuasa dia di NSTP untuk ditabalkan menjadi Pahlawan.

Begitu "observant" Sang Kelembai mengenai poster2 DBKL tu. Saya pun ada jugak terfikir bila tengok poster2 tu.

Anonymous said...

Pak cik !

Negeri mana yang merdeka 50 tahun? Malaya ke ? atau Malaysia?

Setahu saya, Malaysia ialah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu pun merdeka pada tahun 1963.

Jadi saya keliru dengan permainan politik murahan umeno nie. Bila pula Sabah, Sarawak merdeka 50 tahun?

Tanya LAH PAK, kang dia kata..." I don't now, I.m not involve?????

Anonymous said...

awangsulungmerahmenyala WROTE,

Menteri Hitam yg jual cendol di pakan aloq staq tuh.depa asai dr jalan stadium huhuhu.pak fadzli penyanyi tu pula dulu dok tolong tok wan fadzli juai mee goreng mamak kat aloq mherah depa semua sekaum lah ngan che det sama semua tuh huhuhu.

Anonymous said...

sdr zaharin...
dunia sekarang dah berubah...
dunia sekarang dunia duitan...
siapa lagi yang nak fikir pasal negara...menteri fikir pasal duit..rakyat fikir pasal duit...
bloggers sendiri fikir pasal duit...
saya sendiri pon fikir pasal...macamana nak bagi makan anak bini kalau takder duit...

kononnya buat projek untuk negara..koridor sana...koridor sini...last tengok la syarikat mana yang MASYUKKK?
diorang dan keluarga diorang jugak...kaum kerabat diorang...kroni doirang...

sebab tu la jati diri rakyat dah hilang..terbang...
bila dah merdeka ni rakyat terlalu disogok dengan hiburan...
Hollywood..Bollywood..Malaywood..
Hongkongwood...indonwood...
kita dah terlampau leka...

bila ader jer sambutan malam merdeka...cuba perhati tempat mana yang ramai orang pegi...dah tentu KLCC..BB..yang mana artis popular pulak dok melaung MERDEKA sambil tergelak gelak...macam sarkas...

kita rakyat Malaysia ni terutama Melayu...terlampau lalai...tapi bila dah jadi musibah macam 13 Mei...baru nak sedar..baru nak bersatu...sebab tu la masa merdeka dulu melayu begitu berkobar kobar...

tetapi sekarang ni bila dah senang lenang..bebas sana sini..makan minum senang...pakaian senang...hiburan pon senang...kita biar bangsa lain pijak kita...

namanya je Tanah Melayu(dulu)...yang kaya raya bangsa lain...ini mencerminkan fikiran kita belum merdeka...itu baru satu...bila nak menolong orang pulak...nak kena tunggu bulan Ramadan..nak masuk tv...biar orang tahu yang kita ni pemurah..kenapa jadi macam tu?pasal bulan lain asyik nak menketadarah melantak...

apa pon puncanya hiburan yang keterlaluan...tambahan pula sekarang ni kita orang melayu semacam dah lupa pada agama ISLAM..
kalau buat tahlil ke baca yasin
mana peginye melayu ni? sume nye tengah dok isap dadah...melepak disko..merosak anak orang....
jadi di sini di mananya bangsa kita bangsa melayu yang kita bangga banggakan sangat tapi sebenarnya masih belum merdeka lagi? bangsa lain tu lantak la apa nak jadi...

harap kita sedar sebelum terlambat

Anonymous said...

Rakyat menjadi jemu untuk mengibarkan jalur gemilang terutamanya selepas zaman Anwar dipecat. Saya masih ingat sebelum itu, sampai je bulan kemerdekaan, lori sampah pun tak terlepas nak kibarkan bendera tetapi hari ini kerajaan terpaksa mengsyorkan "kalau kibar, kita bagi pelepasan cukai".

Saya sendiri dah beberapa tahun tak beli bendera dan tidak akan membeli tahun ini juga. Itu bukan bermakna saya tidak patriotik tetapi berpendapat ketagihan saya untuk mengibarkan bendera telah disalah gunakan oleh mereka-mereka yang bergelar pemimpin untuk mewar-warkan rakyat sentiasa bersama-sama dengan kerajaan dan sebagai tanda jalur gemilang dikibarkan dengan megahnya.

Saya berpendapat, sudah tiba masanya kuasa 2/3 kerajaan barisan nasional ditidakkan. Rakyat semakin diperbodohkan dan harta pemimpin yang diperolehi dengan memperbodohkan rakyat semakin meninggi.

Istana negara yang asalnya berpuluh juta kini telah menjadi billion.

Cukuplah kita diperbodohkan. Biar kita ajar sikit BN. Tak perlu risau, kalau 2/3 boleh ditidakkan maka yang membentuk kerajaan mahupun yang duduk di kerusi bukan kerajaan tidak boleh menipu dan terus memperbodohkan rakyat.

Anonymous said...

Salam kepada Saudara Zahrin...

Saya amat bersetuju dengan semangat patriotisme dan kemerdekaan dalam diri saudara. Rakyat sememangnya mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dengan barisan kepimpinan yang telus dan adil.

Anonymous said...

salam siber...

Saya juga sememangnya amat bersetuju dengan pandangan dan penjelasan saudara berhubung semangat juang pejuang-pejuang negara. Mereka wajar diiktiraf sebagai pahlawan negara yang terbilang. Namun ada jua kenyataan saudara yang tidak dapat saya terima/setuju.

Saudara menyatakan bahawa Parti Komunis Malaya jua berjuang untuk kemerdekaan negara (Tanah Melayu). Tetapi kita perlu sedar bahawa corak perjuangan PKM adalah terlalu keras dan zalim. Sejarah merekodkan bahawa mereka berjuang menggunakan kekerasan dan senjata api/tajam. Sedangkan perjuangan pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin-pemimpin negara adalah secara lidah dan kebijaksanaan fikiran. Pada pendapat saya, kita perlu bezakan kenyataan tersebut. Lebih-lebih bagi meningkatkan semangat patriotisme generasi muda terhadap kemerdekaan negara.

Terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum dan salam sejahtera

malam 31 Ogos je nak laung merdeka
tapi persoalannya merdeka ke????
remaja sekarang ...nak sambut merdeka la konon tapi hampeh...
benderanye aje dari mana mereka dapat??????ala dari tepi jalan... maknanya mencuri takkan mereka nak mintak ...lagi payah kalau mereka nak beli.....merdeka?????????
cuba tanya makna merdeka ..... mereka akan cakap 'nagara kita bebas dari penjajah'........
negara je yang merdeka ..mereka macammane? pemikiran aje belum merdeka ....akidah porak-peranda,jati diri hilang entah kemana ,kalau yang melayu ..pakaian hilang kemelayuan entah mereka campak kat mane.....kalaulah pejuang kemerdekaan tahu macamnie jadinya selepas kemerdekaan ....hhhhmmmmmmmmmm tak taulah... mungkin mereka tidak akan memerdekakan negara kita yang 'tercinta' nie

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia