Perdana Menteri, Presiden UMNO yang juga Imam Besar Islam Hadhari yang baru pulang berbulan madu di Australia sepatutnya, bagi pasangan yang punya wang dan ditambah pula ada kuasa wajarlah pergi membuat umrah tetapi ini tidak, tidak cukup berbulan madu digunakan pula tugas rasmi melawat Russia, Bosnia dan Italy seperti dua dalam satu, lawatan rasmi dan berbulan madu sehingga majlis di Sarajevo dipercepatkan sehari kerana mahu membeli belah di London dengan bini baru dan membelikan barang yang ori kerana di KLCC pun belum pasti ori dan kini bercakaplah dia kali kedua soal blogger.
Seperti mana dilaporkan dalam berita minggu-Ahad 29hb Julai 2007 di Kuantan, berkatalah Imam ini yang bernama Abdullah Hj Ahmad dengan memberi amaran kepada pengendali blog bahawa blog juga tertakluk kepada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur tidak baik dan tidak bertanggung jawab.
Jika sekali baca, boleh menaikkan bulu roma akan kenyataan itu tetapi jika di baca seterusnya "undang-undang untuk semua”. Tanggungjawab kewartawanan adalah ke atas semua. Sebagai orang yang mengeluarkan dan membuat berita mereka sama seperti orang yang memberi dan menerima rasuah juga, tiada siapa yang boleh menyatakan dia dikecualikan, kerana ada undang-undang yang boleh dikenakan atas perbuatan itu, namun bulu roma tidak gugur kerana semua bergantung kepada undang-undang dan undang pendakwaan terletak kepada pejabat Peguam Negara. Jika Peguam Negara berpendapat tiada kes untuk didakwa maka tidak akan ada kes untuk pendakwaan namun tindakan tegas itu hanya berlaku jika undang-undang sudah dipolitikkan oleh penjaga pintu undang-undang.
Soal blogger yang menyentuh raja dan agama, tidak pula terdapat di mana-mana blogger yang menulis mengenainya kecuali ada komen dari pelayar yang menulis yang blogger sendiri tak tahu mana datangnya, kecuali pihak kerajaan bekerjasama memberi membantu mengesan IP si penulis dan yang ada aksesnya ialah Jabatan Telekom yang telah diswastakan yang bernama Telekom Malaysia dan sahamnya ada sedikit kepentingan Temasek, Singapura.
Maka soal pelayar blog dan website, samalah seperti isu pembunuhan DPP vs Mokhtar Hashim dalam kes pembunuhan Speaker Dewan Negeri Sembilan dalam masa pilihan raya umun 1982. Dalam pembicaraan tidak ada siapa yang nampak Mokhtar Hashim di dalam bulan terang di kebun getah melakukan pembunuhan itu tetapi kerana peluru pistol sudah dijumpai polis, maka setelah diuji secara balistik didapati ia di miliki oleh Mokhtar Hashim, maka undang-undang mengatakan bahawa dia mesti bertanggung dan kemudian didapati salah dan hukum mati..
Sekarang pendekatan itu juga digunakan, kerana blog atau website milik seseorang, maka jika berlaku tulisan komen yang salah dari segi undang-undang maka pemiliknya boleh disabitkan salah, berbeza dengan undang-undang yang menyentuh soal fitnah dan penyiaran seperti yang selalu berlaku di mana apabila sebuah penerbitan yang berbentuk bahan cetak, majalah atau surat khabar, tindakan akan dibuat ke atas penulis, pengarang, penerbit dan akhirnya kepada pencetak.
Jika format saman dan tindakan kepada bahan cetak digunakan kepada blog, maka pertama kepada penulisnya, kedua kepada pengarang atau pemiliknya dan akhirnya kepada server dan tapak yang membenarkan blog dan website itu diterbitkan. Maka amat berminatlah kita melihat kes-kes yang melibatkan undang-undang siber ini yang masih belum selesai, di mahkamah yang mana pengarang akbar Berita Harian sedang dalam proses menyaman blogger Rocky Bru dan Jeff Ooi dan di luar polis sudah ambil kenyataan 112 Prosedur Jenayah dari Raja Petra pengendali Malaysia Today.
Blogger dan web site yang tidak mengikut arus perdana menyokong UMNO dan Barisan Nasional mengucapkan banyak terima kasih akan haru-biru (pinjam Tajuk Filem) yang diwujudkan oleh orang politik khasnya di rumah UMNO, kerana blogger dan website dengan tidak semena-mena menjemput seorang tua yang boleh membaca dan menggunakan akhbar sebagai saluran informasinya, bekerja sebagai petani, yang memasukan internet di rumahnya bagi kemudahan anaknya yang belajar, yang terdengar akan kisah blogger ini telah meminta anaknya membuka blog atau website yang berkenaan. Dan setelah dia membaca blog dan website, maka terbentuk seorang tua yang celek IT dan bertambahlah seorang pembaca tetap blog dan website dan menjadi bahan loyar buruknya di kedai kopi selepas berkebun. Dan begitu seterusnya minat orang ramai membaca blog dan website.
Blog dan website, bukan satu perkara yang baru. Pada era Reformasi Anwar Ibrahim di tahun 1998, Internet adalah saluran yang paling ampuh dalam membangkitkan semangat rakyat menentang pucuk pimpinan kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan. Apa yang tak dibuat oleh reformasi dalam Internet, fitnah, kata-kata mengata, gelaran dan macam-macam lagi yang dibuat oleh penulis Internet melalui website.
Soalnya, apakah reaksi Tun Dr Mahathir Mohamed? Dia mengambil tindakan mendiamkan isu itu sungguhpun berbagai tuduhan dilemparkan kepadanya. Dia tidak memberi respons apa-apa mengenai perkara yang ditimbulkan dalam website. Dia hanya sekadar menghimpunkan semua tulisan yang terkeluar dari website dan membacanya satu persatu. Selaku seorang doktor perubatan, di memahami betul apakah diagnosis penyakit itu. Tulisan dalam Internet hanya berlegar di kalangan orang tertentu yang telah mencetaknya dan dengan cara tidak melayan tulisan itu ini telah memulangkan kemenangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed. Sebilangan besar rakyat menerima berita-berita dalam Internet itu walau pun ada yang benar tetapi pembohong dan tidak tepat itu terus lesu kerana tiada ada respons dari Kerajaan dan pengikutnya amat sedikit.
Tetapi berbeza dengan pentadbiran Abdullah Hj Ahmad, sudah pasti dia bukan Dr Mahathir Mohamed yang membaca setiap surat yang dihantar kepadanya walau pun surat layang, inikan pula tulisan-tulisan yang kena mengena dengannya. Abdullah Hj Ahmad tidak membaca semuanya, segalanya diserahkan kepada pembantunya dan kadangkala ada surat yang ditandatangani pun dia tidak tahu. Begitu juga bila soal tulisan Internet dalam blog dan website ini, dia tidak ambil kisah kerana dia lebih mementingkan tidur dan selepas kahwin lebih baik penting memelok bininya.
Blogger dan web site yang menjadi isu sekarang tidak akan memberi sebarang impak seperti yang dikatakan oleh Noh Omar, Timbalan Menteri Pelajaran. Ini adalah kerana orang kampung tidak membaca tulisan dalam blog dan website, jelaslah Timbalan Menteri tersebut. Nyata Timbalan Menteri itu seorang tidak faham akan tulisan dalam blog dan website. Mungkin betul orang kampung tidak membacanya tetapi blog dan website dibaca oleh anak muda sekarang, itu sebab penjualan akbar telah menurun begitu drastik, sebabnya tidak ada keperluan lagi untuk membeli surat khabar, dahulu dibeli kerana nak tahu akan kerja kosong, tender dan berita, tetapi sekarang TV sudah bukan lagi bergantung dengan RTM-Radio Televisyen Malaysia (Rehat Tidur Makan) tetapi sudah banyak saluran lain sama ada TV dan Radio semua menyalurkan berita.
Daripada membeli surat khabar yang berharga tidak kurang RM 1.00 seperti Kosmo sebulan lebih kurang RM 30.00 lebih baik masukan Internet di rumah yang hanya RM75 sebulan dan bertambah pula sekarang “lap top” sudah boleh dibeli dengan harga maksima RM2,000 ribu. Anak-anak muda yang kini lebih berpengetahuan berdasarkan pelajaran mereka dan mereka adalah generasi penerus Malaysia semestinya dalam masa sepuluh tahun akan datang mereka akan menjadi pengundi dan pada masa itu dalam pilihan raya, ceramah-ceramah sudah tidak diterima pakai lagi, kalau ada pun hanya formaliti pilihan raya sahaja bagi parti politik hendak menunjukkan kekuatan sokongan masing-masing.
Sebaliknya masa itu semua pengundi sudah membuat keputusan untuk mengundi parti yang memerintah atau menukarnya dan keputusan itu mungkin sudah dibuat setahun sebelum Pilihan Raya sebenarnya diadakan. Maka mungkin setengah pihak akan mengatakan macam Noh Omar, akhirnya UMNO akan menang juga. Kita akui UMNO akan menang juga tetapi bagi penganalisis yang berada di luar kepompong UMNO khasnya pejabat duta-duta asing dan kajian strategik luar negeri mereka mengetahui kekuatan UMNO bukan bersandarkan kepada kekuatan 1/3 kerusi di Dewan Rakyat tetapi undi popular yang diterima oleh UMNO semenjak Pilihan raya Umum.
Betapa pun UMNO megah dengan undi majoriti, semua orang tahu dalam Pilihan Raya 1999 dan 2004 perbezaan ialah dalam lingkungan 19 peratus undi dan hari ini Barisan Nasional dengan kekuatan imej Abdullah Hj Ahmad hanya menguasai 52% undi popular dan kemungkinan dalam PRU yang akan datang sejumlah 10% akan balik menyokong pembangkang, bertambah pula pengundi sudah menjadi 12 juta orang dan sebilangan besar mereka ialah belia yang terdiri dari Mat Rempit, Siswazah yang menganggur dan mereka yang dibuang kerja oleh kilang yang ditutup. Sama-samalah kita tengok sama ada rakyat masih memilih seorang Perdana Menteri yang banyak hari di luar negeri dan seorang yang kaki tidur.
Sang Kelembai: Kalau Abdullah Hj Ahmad ini jenis cerdik sedikit sudah pasti dia mengatakan supaya blogger memainkan peranan dalam pembangunan negara dan mengarahkan Menteri Hitam (Zainuddin Maidin) berjumpa dengan Persatuan Blogger dan berdialog selalu dan jika perlu kerajaan akan membantu. Tetapi semuanya nak berperang kerana nak tunjuk siapa hero lalu terimalah akibatnya.
6 comments:
pertama kali terkelebek blog sdr Zaharin..saya terus minat mengikuti sampai sekarang...
hari hari saya akan bukak nak tengok sama ada dah update ke belum.mungkin gaya penulisan sdr yg kreatif pada pandangan saya mampu sesiapa sahaja tak kira pro kerajaan atau pembangkang...
kena pulak saya ni katagori atas pagar...BN tidak PAS tidak KEADILAN pon tidak...sebab semua nye tak boleh pakai..bukan nak memerintah sangat tapi dok gila harta dan pangkat!!!
sdr Zaharin..
saya akui tak pandai berpolitik dan tak pernah mengerti apa yang terkandung dalam dunia politik..
tp senario sekarang ni memang melampau..pada saya blog diwujudkan untuk menyampaikan pendapat seseorang untuk tatapan seantero dunia tetapi apabila dah sampai tahap maki memaki..menghina seseorang mcm sdr Petra...
memang amat mengaibkan diri sendiri..kerana apa?kerana kita orang ISLAM..siapa yang maki hamun tu? seorang ISLAM...siapa yang dimaki hamun tu?seorang ISLAM jugak..
Senario ini sebenarnya telah menunjukkan kita orang MELAYU yang beragama ISLAM tidak mempunyai budi pekerti yang mulia...
dan jugak menunjukkan perpecahan MELAYU..ini yang tak baik... bangsa lain ketawa berdekah-dekah?apakah ini ke yang kita hendak?
Tengok la bila UMNO dah nampak hilang taring...bila TUN mengundur diri..tak semena mena persatuan cina buat tuntutan bukan bukan.. menteri bukan islam berani buat memrandum...PPP berani ugut nak keluar nak tambah kerusi....
apakah ini yang kita mahukan...
kalau pon kita berdendam jangan lah sampai kita memaki hamun orang lain tak kira la kita keturunan raja ke..keturunan menteri..keturunan bangsat ker...
mungkin kerana saya dibesarkan masa TUN..lahir tahun 1979..
zaman TUN adalah zaman paling cemerlang..biarpon apa orang TUN makan duit sana sini..tapi zaman itu zaman emas rakyat MALAYSIA
TUN..dari lahir..semasa hidup..sampai mati..TUN you are the greatest man in MALAYSIA..
HIDUP TUN!!!
kepada sang kelembai !!
anda mempunyai pandangan yg bernas dan logik ! saya merupakan pembaca blog blog di sini ...
harap rakyat yg daif dan miskin terus menyokong keadilan di masa yg akan datang !!
Sdr Sang Kelembai,
Dengan kemajuan era IT telah membudayakan pemikiran rakyat M'sia sekarang. Budaya yang dimaksudkan adalah `pemikiran analitikal' terhadap sesuatu pembacaan atau isu yang dibangkitkan. Pembaca telah semakin jelik membezakan antara permata atau kaca; tipu atau fitnah. Kerajaan perlulah bersikap lebih terbuka dan matang dalam hal ini.
Kerajaan sepatutnya perlulah memainkan peranan sebagai"Guardian" seperti memperbetulkan yang salah atau membimbing para blogger kepada kesahihan sesuatu berita. Tetapi sebaliknya berlaku apabila para blogger membangkitkan sesuatu isu maka sibuklah mereka membalasnya tanpa usul periksa. Akibatnya dalam kebanyakkan isu didapati pihak media kerajaan yang sebenarnya memutarbelitkan isu tersebut.
Prinsip Keluhuran Undang-undang haruslah dipatuhi oleh semua pihak termasuk juga pihak pemerintah.
Saudara Zahrin
Kenyataan-kenyataan yg dikeluarkan oleh Tuan amat bernas berlandaskan fakta (tak seperti Pak BODOlah dan Keldainya).
Walaupun saya juga tidak pandai berpolitik, tetapi senario politiking sekarang membuatkan saya jelek dengan barisan kepimpinan Imam Ada Had Ada Hari. Entah apa yg dibuatnya pun saya tidak tahu kerana setakat hari ini, tiada suatu pun benda yg significant berlaku. Lebih teruk dari sikap kerja kakitangan kerajaan zaman dulu.
Kenapa harus diambil tindakan kepada bloggers yg rata-rata memperkatakan sesuatu yg benar, telus dan berani?
Yang saya faham, orang berani kerana benar, mereka melatah kerana salah... Itu kesimpulan yg dapat saya buat.
Para pemimpin diharap jangan menganggap bahawa org kampung tidak pandai menggunakan internet. Mereka walaupun kabut ICT, tetapi tahu bagaimana nak mendapatkan maklumat dari internet (tak susah, suruh anak2 cari jeee....) Mungking kerana para pemimpin sekarang terlalu sibuk berpolitik hingga tiada hubungan dengan anak beranak masing2.
Kesimpulannya, pak BODOlah dan keldainya ternyata dah panik....
-org tanjung-
baru ni saya jalan2 kat plaza low yat. skrag banyak gadjet komputer yang bermacam-macam. aku tiba2 teringat akan Tun Dr Mahathir. atas kebijaksanaan beliau maka kita dapat berblogger macam skrg. Vision beliau dapat dinikmati oleh generasi macam saya. Tolak tepi yg negatif tapi yang positif banyak untuk rakyat contoh LRT, KLIA,proton,F1, MSC,Putrajaya,(komputer)Online system dll. inilah kepimpinan yang mempunyai wawasan demi untuk rakyat. Moga Tuhan Memberkati Tun Dr Mahathir. hayati lagu Lagenda. Sheila majid. aku bekas agen reformasi 1998. RAJA PETRA NABILA
Saya seorang ahli UMNO dan menyokong kuat perjuangan UMNO. Dalam setiap pilihanraya saya berusaha secara termampu untuk memastikan kemenangan UMNO. Masa yang lalu tugas ini tidaklah sukar.
Sekarang keadaannya sudah berubah. Kelemahan pucuk kepimpinan yang membuat janji palsu amat sukar untuk digunakan sebagai penawar untuk meraih undi atas pagar.
Kini kami hilang upaya untuk menangkis tohmahan bahawa pemimpin kerajaan tertinggi dan pegawai kerajaan adalah penerima rasuah dan menyeleweng. Tambahan pula tohmahan tersebut di sertakan dengan bukti yang nyata.
Memang amalan rasuah dan menyalahguna kuasa telah menguasai pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka memerlukan duit banyak apabila pilihanraya tiba. Maklumlah semua juak juak tidak akan bekerja sekiranya tak ada upah. Nak naikkan poster pun kena upah. Setiap pos mesti ada bajet untuk makan minum dan rokok.
Malangannya kalau dulu tujuan mencari wang adalah untuk tujuan memenangi piliharaya sahaja, kini sudah menjadi darah daging untuk mencari kekayaan. Semua pemimpin nak jadi kaya dan mempunyai banglo besar, kereta juga mesti besar dan banyak. Penyokong pula mesti dibawa melancong dengan kapalterbang. Paling tidak ke Sarawak. Medan sudah menjadi biasa kepada penyokong ini. Baru-baru ini rombongan penyokong UMNO Tanah Merah ke Labuan. Semua ini memerlukan wang dan cara mana nak cari wang kalau tidak meyalahgunakan kuasa melalui projek? Menantu Pee Em adalah orang yang berkuasa menaburkan projek-projek tersebut. Pandailah dia kepada siapa nak bagi. Apa susahnya kerana semua projek boleh dibuat secara runding harga melaui kuasa yang ada pada menteri Kewangan. Kuasa yang ada pada Menteri Kewangan Kedua pun sudah memadai untuk tujuan ini.
Post a Comment