Sunday, August 26, 2007

Wanita Hari Ini

Tun Razak pernah batal hasrat bina kolam renang demi rakyat. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pernah membatalkan hasrat membina kolam renang di kediaman rasmi beliau demi kepentingan rakyat.

“Tun Razak berkata lebih baik duit itu (perbelanjaan membina kolam renang) digunakan untuk membina tiga klinik desa,” kata Pengerusi Bernama, Datuk Mohd Annuar Zaini pada Forum Merdeka: Sembang-sembang Kopi ‘O’ Nasi Lemak anjuran bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena di sini, semalam.-Mingguan Malaysia. 26hb Ogos 2007.

Itulah dia Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua, bukan sahaja mengambil kira akan kepentingan rakyat tetapi yang terpenting ialah beliau menghormati akan orang yang diberi tanggung jawab akan menjaga perihal pendapatan dan perbelanjaan negara yang dipanggil Menteri Kewangan

Tun Razak Hussein menolak pembinaan kolam renang di Seri Taman bukan sahaja kerana alasan tersebut tetapi yang terpenting dia percaya bahawa Tun Tan Siew Sin yang pada masa itu menjadi Menteri Kewangan tidak akan meluluskan perbelanjaan itu dan jika diluluskan pun iannya hanya setelah melalui perdebatan yang panjang di Perbendaharaan. Ini juga kerana semua orang tahu Tun Razak Hussein tidak menggunakan kolam renang sebagai tempat beliau bersenam, sebaliknya Tun Razak Hussein lebih suka beriadah dengan bermain Golf.

Perihal Tun Razak Hussein, hidup dan perjuangan di sudut mata kawan, kenalan dan musuhnya terdapat dalam komplikasi Tun Abd. Razak-Potret Dalam Kenangan terbitan Yayasan Tun Razak.

Bagaimana sekarang? Hari ini kita diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang bernama Abdullah Hj Ahmad, dalam buku tersebut tidak ada pula artikel yang ditulis oleh Abdullah Hj Ahmad akan perihal dia bekerja dengan Tun Razak Hussein semasa di Mageran. Bila dia mengaku yang dia yang pernah bekerja dengan Tun Razak Hussein dan dilahirkan oleh Tun Razak Hussein ini adalah satu pembohongan bagi seorang yang suka berbohong.

Jika Tun Razak Hussein menjadi 'mentor" oleh pembawa mazhab Islam Hadhari ini yang beliau menjadinya imam besarnya, samalah seperti orang-orang Islam yang menerima secara bulat akan Nabi Muhamad S.A.W. sebagai mentor bagi setiap mukmin. Hendaklah mentor itu dijadikan tauladan.

Tetapi tidak, jarak beliau dengan Tun Razak Hussein kalau tidak setanding jarak planet bumi dengan langit mencukupilah jarak antara planet bulan dengan matahari. Tun Razak Hussein walau sudah meninggalkan kita hampir 31 tahun dan menjadi Perdana Menteri yang singkat selama lima tahun tetapi apa yang dilakukan beliau akan terasa untuk beribu tahun lagi ke hadapan.

Berbeza dengan Abdullah Hj Ahmad, walau empat tahun sudah menjadi Perdana Menteri belum satu pun mimpi yang menjadi realiti. Yang realiti ialah bahawa beliau sudah berkahwin baru, betapa semasa kematian Endon Mahmud sebelum dan sesudahnya beliau menjadi mentor dan tauladan kepada isteri-isteri yang meminta suami-suami masing-masing menjadikan Abdullah Hj Ahmad sebagai contoh suri tauladan kasih sayang seorang suami kepada isteri.

Mengapa tidak? Selepas kematiannya setiap kali selepas Jumaat atau hari-hari tertentu, kuburnya di ziarah, Nama pula disemadikan pada berbagai-bagai tempat termasuk nama dewan latihan di Ibu Pejabat UMNO dan jika agaknya dia tidak beragama Islam sudah pasti akan terdirinya satu bangunan kalau tidak setanding Taj Mahal sekurangnya macam kuburan Nirwana di Nilai itu, di mana di atas kubur terdapat binaan-binaan yang mahalnya dan setanding dengan harga sebuah rumah mampu milik rakyat.

Tetapi akhirnya nafsu akan tetap menang dan menewaskan keimanan disebabkan setiap manusia tidak meletakan tauhid dalam diri. Maka sebilangan lelaki akan berkahwin lain kerana beralaskan dia memerlukan sampingan dalam hidupnya. Bagi lelaki yang berusia 50 tahun ke bawah, agaknya boleh diterima alasan itu kerana jangka usia sisa kehidupannya mungkin ada 20 tahun lagi. Tetapi bagi seorang lelaki yang mempunyai sokongan hayat sekitar mengira jari tangan dan jari kaki.. dia boleh dikira miang atau gatal dan tak tahu malu.

Bertambah pula dalam usia senja, tanpa segan dan silu bercakap soal cinta, kasih sayangnya dengan bini baru dan di khalayak ramai bermanja-manja, berpelukan pinggang dan si perempuan pula meletakan tangan di paha si lelaki, bagi tujuan hendak menunjukkan romantiknya pasangan tua dan jika tidak bergelar Perdana Menteri dan hanya seorang buruh kasar, pemandu teksi dan pekerja kampung, akan dikatakan orang. "Rumah kata pergi, Kubur kata mari"

Bagaimana budak-budak muda khasnya anak-anak orang-orang Mukmin atau juga anak orang Muslim termasuk yang tidak beragama Islam melihat telatah pimpinan kerajaan yang selalu bercakap soal masa depan negara ini tetapi tidak nampak hala yang hendak dibawanya? Sudah pasti mereka menjadi keliru dan celaru. Maka berkatalah mereka yang muda-muda termasuk mereka yang dipanggil Mat Rempit bahawa jika yang tua masih bernafsu bercinta apa lagi yang muda.

Belum termasuk lagi akan kenyataan kurang akalnya bila berkata bahawa dia masih lagi mengingati bekas isterinya dan kadang kala terpanggil isteri baru dengan nama isteri lama. Jika ada mereka yang tekak terloya bukan sahaja melihat benda yang menjijikkan tetapi perkataan sudah pasti dia akan muntah dengan perkataan yang memualkan itu. Kalau seorang perempuan Melayu yang berakal dengan perkataan itu oleh seorang suaminya masih lagi mengagungkan bekas isterinya sama ada ada masih hidup atau mati, dia boleh mengambil kesimpulan bahawa dia hanya sebagai perkakas kepada suami, bagi tujuan nafsu atau sekadar penghias.

Semalam Malaysia meraikan Hari Wanita. Tidak ada apa-apa kenyataan pembelaan yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad terhadap kebajikan wanita dan kaum perempuan kecuali menceritakan akan kisah hebat seorang dua wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing. Ini memberi pengertian bagaimana tumpul otak seorang Perdana Menteri dalam menajamkan masalah wanita yang telah berubah daripada konvensional kepada kontemporari.

Masalah gender, feminin dan kaum perempuan yang didiskriminasikan masih berterusan di Malaysia. Malaysia di zaman Tun Dr Mahathir Mohemad telah banyak meletakan wanita setaraf manusia yang berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan lelaki, kecuali beberapa hukum dalam agama Islam yang konsisten. Perjuangan kaum perempuan masih lagi belum banyak lagi menunjukkan kejayaan dalam memperjuangkan hak-haknya kecuali beberapa undang-undang perlindungan.

Soal wanita atau perempuan bukan soal Malaysia sahaja. Ini adalah soal sejagat. Ambil sahaja isu pekerja pembantu TKI-Tenaga Kerja Indonesia yang menjadi mangsa dera majikan. Kenapa soalnya hanya diletakan kepada undang-undang kanun keseksaan atau kanun buruh sahaja? Kenapa tidak diletakan kepada perkara-perkara kebajikan walau dia orang Indonesia atau negeri lain. Isunya mereka adalah kaum perempuan dan menjadi tanggung jawab Kementerian yang menggunakan nama "wanita" memberi pembelaan kepada mangsa-mangsa ini.

Pernah kita terdengar, bila seorang pembantu rumah yang didera atau lari dari majikannya, masalahnya pembantu rumah diambil alih oleh Kementerian wanita? Pernah kita dengar bahawa mereka diberi perlindungan di bawah institusi kebajikan termasuk memberi bantuan kewangan. Maka soal sempadan geografi pembantu rumah itu, warga-negara atau tidak itu bukan alasan Kementerian wanita untuk tidak ikut serta memberi pembelaan kepada wanita.

Belum lagi isu-isu yang menyebabkan moral, bagaimana wanita menjadikan gender sebagai alat komersial. Tidak kah ada usaha bagi menyedarkan wanita bahawa kurniaan tuhan kepada dirinya dengan kecantikan dan rupa parasnya seharusnya tidak digunakan untuk menjadi pelacur atau GRO di pusat-pusat hiburan sebagai sara hidup.

Dalam merangka usaha mencegah wanita dan perempuan bermasalah telah tiba masanyakerajaan meyakinkan wanita dengan motivasi yang tinggi bahawa mereka juga boleh berjaya. Kedudukan kaum perempuan dalam konteks Islam terlalu mulia dan disanjung. Tidak ada peraturan dalam Islam yang menjadikan wanita sebagai rakyat kelas dua. Perjuangan kelompok yang menggunakan Islam mestilah menjurus kepada al-Quran, sunnah dan hadis dan pendapat ulama melalui fatwa.

Dalam meraikan Hari Wanita, perjuangan wanita selama 50 tahun Kemerdekaan dengan cara perjuangan wanita dalam beberapa isu masa depan disertai bersama oleh gender lelaki. Tidak menjadi salah jika lelaki menjadi benteng hadapan memperjuangkan nasib dan masa depan wanita. Tetapi malangnya belum ada lelaki yang hendak mati kerana memperjuangkan hak wanita tetapi banyak lelaki mati kerana hendakkan wanita.

Sang Kelembai. Selalu berpegang kepada prinsip bahawa seorang perempuan yang melabelkan diri "ibu tunggal" mestilah dilihat jika di balu, dia bukan ibu tunggal.. dia adalah seorang balu. jika dia ada anak, itu anak yatim, kita yang hidup ada tanggung jawab menjaga dia dan anaknya. Jika dia diceraikan suami.. dia bukan ibu tunggal.. dia seorang janda. Ada belas ihsan kita membantu meringankan bebannya. Jika dia minta cerai. Kita dengar kedua pihak dulu dan kita putus sendiri membantu atau tidak.

9 comments:

Anonymous said...

Sdra
Kem Pem Wanita ini sekadar penghibur lara Shahrizat sahaja. Isu yg saudara bangkitkan memang tepat. Adakah mangsa wanita warga Indonesia diberi tempat di Rumah Kebajikan. Tidak. Hanya di lokap dan penjara sementara menanti siasatan. Atau dibantu oleh kedutaan mereka sahaja.

Rockybru said...

Abang Zahrin,

Bagus cerita Anuar Zaini tentang Tun Razak dan kolam renang yang tak jadi dibina sebab nak jaga hati rakyat. Memang kalau standard sekarang, tak masuk akal dan tak praktikal perbuatan arwah PM ke-2 dan ayahanda timbalan PM kita sekarang tu. Standard PM kurun 21 kalau setakat RM10 juta nak belanja untuk kediaman resmi masih tak jadi hal. RM10 juta tu bukan kos membina kediaman tapi untuk ubah-suai kediaman tersebut! Tak masuk bab belanja nak meningkat "security" kediaman pembesar tersebut.

Malah, tak payah PM. Ahli politik biasa macam Zakaria Derus belanja juta-juta buat rumah. Mat Taib pergi cuti kat Australia pun bawak juta-juta. Tu cuti untuk berapa hari saja. Kalau PM pergi bulan madu di Perth, berapa agaknya duit rakyat yang hangus?

Peliknya, adakah perangai Tun Razak yang sayangkan rakyat tu tidak diteladani oleh PM?

Bukankah Anuar Zaini akrab dengan Pak Lah?

Mungkin Anuar Zaini patut ingat-ingatkan PM kita.

Bab lain pulak : Abang Zahrin punya sessi di Forum Merdeka mananya?

Anonymous said...

mana kala kepala terbatas maka mmg fit dgn kepala batas. loya dan meluat tengok otai buat perangai mcm pasangan belangkas di tempat awam

Anonymous said...

Takpe lah bila imam besar hadari kawin lain pasal dia dapat Gen 2 Recond je. Saya amat tertarik dgn Tan Sri Isa Samad kerana selepas kematian isteri masih belum terdengar kisah beliau hendak kawin lain. walhal Tan Sri Isa jauh lebih muda dari Imam Hadari itu. Orang macam ini lah patut ada dalam Kerajaan dan UMNO, ni tak dia cuba disisihkan. Imam Besar mesti fikirkan untuk membawa Tan Sri Isa balik kedalam MKT dengan memberi pengampunan keatas kesalahan yg semua org buat, dan memulangkan semula jawatan Naib Presiden yang dimenangi. Saya doakan Tan Sri Isa sentiasa dalam lindungan ILLAHI...

Razlan said...

salam perkenalan .. wahai sangkelembai ...

terima lah lagu ini ..

Aku pulang dari rantau
Bertahun-tahun di negeri orang
Oh Malaysia

Oh dimana kawan dulu
Kawan dulu yang sama berjuang
Oh kawanku

Inilah kisahku semalam di Malaysia
Diri rasa sunyi aduhai nasib
Apakah daya cinta hampa hidup ku pun merana
Mana dia

Kekasih hatiku pun telah pula hilang
Hilang tak berkesan aduhai sayang
Apakah daya cinta hampa hidupku pun merana
Mana dia ...

Razlan said...

Salam perkenalan .. wahai sang kelembai ...

Aku pulang dari rantau
Bertahun-tahun di negeri orang
Oh Malaysia

Oh dimana kawan dulu
Kawan dulu yang sama berjuang
Oh kawanku

Inilah kisahku semalam di Malaysia
Diri rasa sunyi aduhai nasib
Apakah daya cinta hampa hidup ku pun merana
Mana dia

Kekasih hatiku pun telah pula hilang
Hilang tak berkesan aduhai sayang
Apakah daya cinta hampa hidupku pun merana
Mana dia ...

terimalah lagu ini ..

Anonymous said...

Sdr Sang Kelembai,
Satu artikel yang bagus dan menarik. Marin mak saya yang berumur 70an kata `Tengoklah Pak Lah sayang isterinya tak macam pak ko tak tau sayang isteri'. Kemudian tak sampai 3 bulan ayah saya yang berumur dalam 80an pulak berkata `Sayang saya kat isteri sampai hari ini apa dah jadi kat Pak lah, lebih airmata dari hujan tapi kahwin juga. Saya amat terperanjat bila terdengar statement Pak Lah semasa merasmikan Wisma Budi Penyayang kelmarin dikatakannya kekadang terpanggil nama Kak Endon kepada isteri barunya. Ini sangat menampakkan betapa kurang manisnya ungkapan dilakukan pada upacara rasmi. Kebanyakan lelaki nakal juga di luar tetapi kenalah jaga maruah dan air muka isteri di khalayak ramai. Apa ingatkan DSJ itu tunggul ke! Takde perasaan langsung. Hipokrit.Orang tua-tua kata biarlah Hidup Melarat tetapi BERMARUAH.

Anonymous said...

Sdr Zahrin.

Saya tertarik dengan tulisan sdr. Sdr memang buat homework dan tau apa yang nak dibangkitkan.

Kalau dia tu, memang rakyat betul2 meluat dah. Kat mana saja, kalau org cerita, baik warong kopi, kedai gunting, masjid dan lain2, mereka kata dia tu memang nyanyok dan tak siuman lagi. Jadi apa kahalnya masih mau memimpin negara tercinta ini.

minta-minta padamlah cepat. Budak tahun 5 tahun pun menyampah.

Anonymous said...

Sdra Zahrin saya amat tertarik dan saya angkat topi hormat dengan kemampuan tulisan saudara dan dalil-dalil tentang sejarah Islam yang tepat yang telus maka puak-puak UMNO harus sedar sila baca dan buat muhasabah diri diramadahan yang mulia ini.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia