Monday, September 17, 2007

Islam Tidak Galak Kekacauan

PASIR MAS 16 Sept. – “Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Islam tidak pernah menyuruh umatnya melakukan rusuhan dengan merosakkan harta benda awam sehingga menimbulkan kekacauan dalam negara.

Perdana Menteri berkata, sebenarnya rakyat di negara ini mencintai keamanan dan menolak sama sekali sebarang tindakan ganas dan liar semata-mata untuk memuaskan hati golongan tertentu.

“Negara kita merupakan sebuah negara aman dan tindakan merusuh di tempat awam adalah satu tindakan yang tidak bersesuaian dengan keadaan negara ini.

“Kita tidak suka jika ada (pihak) yang bertindak liar dan berbuat rusuhan sehingga menimbulkan kekacauan serta kesusahan, kita tidak mahu itu.

“Allah juga tidak sukakan mereka yang melakukan rusuhan dan kerosakan di muka bumi ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Golongan Daif Parlimen Pasir Mas dan Parlimen Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong di sini hari ini”

Tidak ada siapa yang menyangkal mengenai ajaran Islam Al-Quran seperti apa yang telah diperkatakan oleh Abdullah Hj Ahmad. Bagaimana pun Islam turut mengajar agar seorang yang menganuti agama Islam mesti mempertahankan Islam yang dicemari dengan kezaliman oleh pemimpinnya.

Jika tidak begitu kenapa Khalifah Umar Bin Khattab r.a. berkata kepada Mughirah Bin Syubah sebelum berangkat ke Kufah, Iraq setelah dilantik sebagai penguasa daerah menyampaikan pesannya “Bagaimana orang yang baik merasa aman, dan yang jahat merasa takut. Jika pemimpin menyimpang, dan seterusnya beliau berkata, rakyat pun akan menyimpang. Dan orang paling celaka adalah orang mencelakakan orang.”

Dalam sirah Islam, Kisah terbunuhnya Khalifah Utsman ibn Affan dalam satu pemberontakan yang disebabkan tuntutan menyerahkan pembantunya atau sekretarisnya sepatutnya orang Abdullah Hj Ahmad membacanya atau menceritakan kepada orang yang mendengar ceramahnya di bulan Ramadhan yang mubarak ini.

Di saat para pemberontak mendesak Khalifiah Utsman ibn Afhan menyerahkan pembantunya itu beliau menegaskan “ada pun perkara maut, aku tidak takut. Kematian bagi ku mudah sahaja. Bertempur? Ribuan orang akan datang mendampingi melawan kalian, kalau aku menginginkannya. Tapi tidak, Saudara-saudara. Saya tidak mahu menjadi penyebab tertumpahnya darah kaum Muslimin,walau setitis”

Pada hari itu tidak terjadinya apa-apa keburukan tetapi krisis yang berlanjutan itu mencapai puncaknya bila di sebelah pagi 17 Jun 659 Masihi, Khalifah berusia 82 tahun tewas ditikam waktu mengaji. Darahnya berciciran di antara lembaran-lembaran mashaf yang baru selesai ditulis dalam ejaan baru.

Soalnya kenapa jadi begitu sehingga orang Islam tergamak membunuh Khalifah Utsman? Bukankah tragedi itu bermula dari ketidakpuasan hati sebahagian penduduk di luar Hijaz terhadap beberapa kebijaksanaan Khalifah Utsman.. Isu yang menjadi kemarahan itu disebabkan Khalifah Utsman terlalu banyak sangat mendengar nasihat yang menyesatkan dari Marwan yang menjadi pembantunya. Dan ini ditambah dengan sikap Utsman sendiri dalam isu nepotisme, kesenjangan ekonomi, serta perilaku pegawai kerajaan yang korup dan mewah yang sulit dikawal oleh Khalifah yang tua dan letih itu.

Khalifah Utsman dipilih oleh satu tim pembentukan kabinet yang dianggotai oleh enam orang yang dibentuk oleh Umar ibn Khatab di hari-hari hidupnya. Sebenarnya ada calon lain yang lebih hebat ia itu Ali, dan dia Utsman terpilih kerana dia menyatakan komitmen untuk melanjutkan kebijaksanaan dan dasar-dasar dua khalifah terdahulu. Sedang Ali tidak membuat aku janji itu.

Memanglah di akui Khalifah Ustman Ibn Affan telah berkorban dengan hartanya untuk Islam tetapi setelah enam tahun berpunca dengan pembahagian ekonomi yang tidak sama rata membawa ketegangan bila sebilangan besar peluang perniagaan dan juga jawatan melibatkan nepotisme dan kroni.

Maka dituntutlah Khalifah membetulkan dan setengahnya telah dilakukan oleh Khalifah Utsman Ibn Affan. Bagaimana tuntutan mengangkat Muhamad ibn Abi Bakr Ash-Shiddig sebagai Gabenor ke Mesir menimbulkan masalah bila kononnya ada surat yang ditulis oleh Khalifah Utsman meminta Gabenor Mesir memenggal kepala Muhamad ibn Abu Bakr setibanya di sana., maka mereka mendesak supaya Khalifah Utsman menyerahkan Marwan sebagai orang yang bertanggung jawab. Khalifah menolak, Tidak ada bukti.

Begitulah Malaysia hari ini di bawah pentadbiran Abdullah Hj Ahmad, beliau terlalu percaya dengan anak menantunya khasnya Khairy Jamalluddin. Khairy sudah menjadi seperti “Marwan” di zaman Khalifah Utsman Ibn Affan. Banyak nasihat didengar oleh Khalifah yang akhirnya menyebabkan timbulnya pemberontakan dan dia dibunuh. Bukan sedikit jasa Khalifah Ustman selepas Abu Bakar dan Umar dalam meneruskan syiar Islam tetapi terlepas pandangnya Khalifah Utsman sehingga beliau terpaksa menanggung akibatnya.

Orang menyebut kematian Utsman dan seterusnya seperti Ali yang mati di tangan bekas pengikutnya , kaum Khawarij, anaknya Hussein bersama keluarganya di Karbala oleh pasukan Umaiyah di Iraq sebagai malapetaka terbesar dalam sejarah Islam. Dan sepatutnya orang mengambil iktibar dan panduan.

Pelajaran dari peristiwa kematian Khalifah Utsman Ibn Affan hendak dilihat dari segi bahawa rejim mana pun, yang nampak megah dan berjaya, biasa secara tidak sedar menimbunkan ketidakpuasaan dari bawah akibat banyak sekali kejanggalan yang dipertahankan. Ia mungkin boleh secara diam-diam kehilangan kepercayaan seperti yang berlaku kepada Abdullah Hj Ahmad dan menjadi sasaran sikap sinis dan desas desus. Bila ia sampai tumbang, maka seperti yang mungkin terjadi di masa Utsman, ada yang sudah membusuk, sementara perbaikan tidak biasa dialu-alukan kerana menyangkut banyak kepentingan.

Supaya terpelihara Islam dari kepimpinan separuh munafik ini, orang-orang Melayu kena melupakan untuk mempertahankan UMNO dalam PRU akan datang. Tidak guna orang Melayu hanya menjadi tunggangan kepuasan nafsu Abdullah Hj Ahmad untuk dirinya dan keluarga. Bagi mendesak beliau meletak jawatan ialah mengalahkan UMNO dari terus berkuasa. Dan selepas kalah biarlah UMNO memilih pemimpin baru atau terus kekal dengan kebodohannya. Jadikan isu PRU 1969 dan 1999 sebagai kematangan politik secara demokrasi meminta Perdana Menteri meletakan jawatan atau berundur.

Sang Kelembai: Kalau pemimpin menyimpang, rakyat pun menyimpang mesti digunakan oleh Abdullah Hj Ahmad sebagai kayu pengukur. Bagaimana rasuah tidak bermaharajalela lela. Bila Abdullah Hj Ahmad hendak memenuhi selera bini barunya hendak mendengar Muzik Jazz, dia mengimport penyanyi dan kumpulan itu ke Seri Perdana. Soalnya sebelum ini tidak pernah dilakukan dan siapa yang membayar. Khabarnya ada taikun Cina yang membayarnya hampir setengah juta dan baruanya sudah dilantik menjadi Penasihat. Kawasan Ekonomi Koridor Utara. Kalau hendak jadi penasihat Koridor Timur pergi tanyalah Jeanne Abdullah dia hendak dengar muzik apa pula.. mungkin muzik Latin.

9 comments:

Anti-Anti Khairy said...

Islam tak galakkan kekacauan. Yang galakkan kekacauan ialah menantu PM dan Islam Hadhari.

Salam,

Anak Jati Rembau.

duagelasteh said...

duagelasteh wrote:
Terimakasih banyak-banyak sdr SangKelembai pasai membawakan kisah zaman lampau yang "disyakinya" ULANGTAYANG di Tanah Melayu.

Memang terdapat banyak contoh sejarah -pengalaman/kejadian pada zaman dahulu kala yang diulangi manusia pada zaman beratur-ratus tahun kemudiannya.

Sebab itu, bila ada orang putih berkata bahawa "HISTORY REPEATS ITSELF" (Sejarah sendiri berulang), mudah saja kita sangkal kenyataan itu.

Ini kerana "sejarah" dengan sendirinya tidak bisa berulang; melainkan MANUSIAlah yang MENGULANGI sejarah.

Kalu betui spt yang dikhuatiri sdr SangKelembai, saya yakin dan percaya bahawa Pak Lah sudah tentu akan ( kalu belum lagi) ambik iktibar.

Yang saya duk pikiaq punya pikiaq ialah ini:

Adakah Pak Lah ada buat silap? Atau orang Pak Lah yang duk buat silap tetapi pemerhati2 masuk ke dalam "AKAUN Untung Rugi" Pak Lah?

Kalu betui Pak Lah ada buat silap, adakah beliau SEDAK?

Beliau nampaknya "buat dek" sahaja. Maksudnya beliau memberitahu kita lewat "body languagenya" bahawa beliau puas hati dgn prestasinya....

Kalu betui beliau puas hati dgn prestasinya, maksudnya segala 'pengataan' orang luak termasuk sdr SangKelembai itu barangkali "pengataan" semata-mata?

Saya pun duk teka-teki sahaja. Tak berani nak bagi kesimpulan.

Keadaan sekarang ada keruh sikitlah.

SALAM HORMAT.
18/09 17:56:39
duagelasteh wrote:
Sdr SangKelembai juga ada menulih bahawa:

"Supaya terpelihara Islam dari kepimpinan separuh munafik ini, orang-orang Melayu kena melupakan untuk mempertahankan UMNO dalam PRU akan datang.

"Tidak guna orang Melayu hanya menjadi tunggangan kepuasan nafsu Abdullah Hj Ahmad untuk dirinya dan keluarga.

"Bagi mendesak beliau meletak jawatan ialah mengalahkan UMNO dari terus berkuasa. Dan selepas kalah biarlah UMNO memilih pemimpin baru atau terus kekal dengan kebodohannya...."

* * * * * * * * * * * * * * * *

Berani sdr (bekas ahli Umno) desak rakyat menolak Umno dalam PRU mendatang!

Syabas tu. Ada teloq punya orang.

TDM sendiri ( ya mungkin beliu masih ahli Umno - belum dipecat ) tak berani buat seruan macam itu.

Bukan pasai beliu tak dak teloq; tapi pasai dia "LOVE UMNO MORE" ( sayang akan Umno lebih ).

PENGALAMAN DI TAIWAN: KUOMINTANG (BIRU) DAN MINGJINGTANG (HIJAU)

Umno kita ni macam Kuomintang jugaklah, mulai perintah negara ini sejak Merdeka.

Tapi Umno lebih gagah dpd Kuomintang. Kuomintang dikalahkan Parti Hijau yang diketuai Presiden Chen Shuibian pada tahun 2001 - kira-kira 51 tahun setelah memerintah Taiwan.

Parti Kuomintang tu kalah pasai dia sudah lama reput dari dalam - rasuah, angkuh, nepotisme, "sapu bersih" (wang negara)....

Tapi yang menyebabkan Kuomintang jatuh pada tahun itu sebenarnya ialah kerana pucuk pimpinannya terbahagi kepada Team A dan Team B.

Team A diketuai Presiden (bekas ) Taiwan Li Teng Hui manakala ketua Team B Tsung Chu-Yee.

Team B meninggalkan Kuomintang ( macam Ku Li keluar dari Umno utk tubuhkan Semangat 46 ) dan menubuhkan parti serpihan JING-MING-TANG ( Parti Mesra Rakyat ).

Tiga calon merebut satu(1) jawatan Presiden Taiwan. Undi Kuomintang berpecah dua; maka Parti Hijau/Chen Shuibian menang dan jadi Presiden sampailah tahun 2008.

KEADAAN DI MALAYSIA:

Di negara kita ni parti Hijau ada susah sikit mahu menang jadi Pemerintah.

Mula2 kita tak dak demokrasi liberal. Para pengundi ada hak mengundi, tapi entah macam mana undi kena pi kepada Umno/BN (orang putih ini amalan gerrymandering).

Kemudian para pengundi pulak berpecah kepada beberapa kaum.

Tak sama dgn Taiwan yang hanya ada "pengundi tempatan" ( Cina pribumi )dan "pengundi pendatang"(Cina Kuomintang Benua China dulu).

Sistem dua parti macam di Amerika Serikat dan UK belum wujud. Sistem tiga parti ( yang sama kuatlah ) lagi jangan kita duk mimpi.

PI MAI PI MAI TANG TU JUGALAH, wahai tuan2 dan puan2.

Terimalah nasib menindas dan/atau tertindas di Tanah Melayu ni. Sambil-sambil tu, berusahalah untuk perbaiki apa yang sudah sedia ada.

SALAM HORMAT.
18/09 18:22:44

duagelasteh said...

Terimakasih banyak-banyak sdr SangKelembai pasai membawakan kisah zaman lampau yang "disyakinya" ULANGTAYANG di Tanah Melayu.

Memang terdapat banyak contoh sejarah -pengalaman/kejadian pada zaman dahulu kala yang diulangi manusia pada zaman beratur-ratus tahun kemudiannya.

Sebab itu, bila ada orang putih berkata bahawa "HISTORY REPEATS ITSELF" (Sejarah sendiri berulang), mudah saja kita sangkal kenyataan itu.

Ini kerana "sejarah" dengan sendirinya tidak bisa berulang; melainkan MANUSIAlah yang MENGULANGI sejarah.

Kalu betui spt yang dikhuatiri sdr SangKelembai, saya yakin dan percaya bahawa Pak Lah sudah tentu akan ( kalu belum lagi) ambik iktibar.

Yang saya duk pikiaq punya pikiaq ialah ini:

Adakah Pak Lah ada buat silap? Atau orang Pak Lah yang duk buat silap tetapi pemerhati2 masuk ke dalam "AKAUN Untung Rugi" Pak Lah?

Kalu betui Pak Lah ada buat silap, adakah beliau SEDAK?

Beliau nampaknya "buat dek" sahaja. Maksudnya beliau memberitahu kita lewat "body languagenya" bahawa beliau puas hati dgn prestasinya....

Kalu betui beliau puas hati dgn prestasinya, maksudnya segala 'pengataan' orang luak termasuk sdr SangKelembai itu barangkali "pengataan" semata-mata?

Saya pun duk teka-teki sahaja. Tak berani nak bagi kesimpulan.

Keadaan sekarang ada keruh sikitlah.

SALAM HORMAT.

duagelasteh said...

Sdr SangKelembai juga ada menulih bahawa:

"Supaya terpelihara Islam dari kepimpinan separuh munafik ini, orang-orang Melayu kena melupakan untuk mempertahankan UMNO dalam PRU akan datang.

"Tidak guna orang Melayu hanya menjadi tunggangan kepuasan nafsu Abdullah Hj Ahmad untuk dirinya dan keluarga.

"Bagi mendesak beliau meletak jawatan ialah mengalahkan UMNO dari terus berkuasa. Dan selepas kalah biarlah UMNO memilih pemimpin baru atau terus kekal dengan kebodohannya...."

* * * * * * * * * * * * * * * *

Berani sdr (bekas ahli Umno) desak rakyat menolak Umno dalam PRU mendatang!

Syabas tu. Ada teloq punya orang.

TDM sendiri ( ya mungkin beliu masih ahli Umno - belum dipecat ) tak berani buat seruan macam itu.

Bukan pasai beliu tak dak teloq; tapi pasai dia "LOVE UMNO MORE" ( sayang akan Umno lebih ).

PENGALAMAN DI TAIWAN: KUOMINTANG (BIRU) DAN MINGJINGTANG (HIJAU)

Umno kita ni macam Kuomintang jugaklah, mulai perintah negara ini sejak Merdeka.

Tapi Umno lebih gagah dpd Kuomintang. Kuomintang dikalahkan Parti Hijau yang diketuai Presiden Chen Shuibian pada tahun 2001 - kira-kira 51 tahun setelah memerintah Taiwan.

Parti Kuomintang tu kalah pasai dia sudah lama reput dari dalam - rasuah, angkuh, nepotisme, "sapu bersih" (wang negara)....

Tapi yang menyebabkan Kuomintang jatuh pada tahun itu sebenarnya ialah kerana pucuk pimpinannya terbahagi kepada Team A dan Team B.

Team A diketuai Presiden (bekas ) Taiwan Li Teng Hui manakala ketua Team B Tsung Chu-Yee.

Team B meninggalkan Kuomintang ( macam Ku Li keluar dari Umno utk tubuhkan Semangat 46 ) dan menubuhkan parti serpihan JING-MING-TANG ( Parti Mesra Rakyat ).

Tiga calon merebut satu(1) jawatan Presiden Taiwan. Undi Kuomintang berpecah dua; maka Parti Hijau/Chen Shuibian menang dan jadi Presiden sampailah tahun 2008.

KEADAAN DI MALAYSIA:

Di negara kita ni parti Hijau ada susah sikit mahu menang jadi Pemerintah.

Mula2 kita tak dak demokrasi liberal. Para pengundi ada hak mengundi, tapi entah macam mana undi kena pi kepada Umno/BN (orang putih ini amalan gerrymandering).

Kemudian para pengundi pulak berpecah kepada beberapa kaum.

Tak sama dgn Taiwan yang hanya ada "pengundi tempatan" ( Cina pribumi )dan "pengundi pendatang"(Cina Kuomintang Benua China dulu).

Sistem dua parti macam di Amerika Serikat dan UK belum wujud. Sistem tiga parti ( yang sama kuatlah ) lagi jangan kita duk mimpi.

PI MAI PI MAI TANG TU JUGALAH, wahai tuan2 dan puan2.

Terimalah nasib menindas dan/atau tertindas di Tanah Melayu ni. Sambil-sambil tu, berusahalah untuk perbaiki apa yang sudah sedia ada.

SALAM HORMAT.

Kamalkamal said...

Assalamualaikum, Sdr. Zaharin

1. Saya rasa Pak Lah tentunya sudah belajar sejarah Islam sebab dia lulusan pengajian Islam, kot-kot terlupa ....
2. Kerajaan Islam Hadhari hari ini, nampaknya amat bertindak terhadap bangsa seagama. Kalau dengan bangsa lain, kecut...

Si Bongkok Tanjung Puteri said...

Bidalan Inggeris ada menyatakan: "The road to hell is paved with good intentions" (Jalan ke neraka jahanam dipenuhi niat yang baik).

Si Bongkok Tanjung Puteri said...

Bidalan Inggeris ada menyatakan: The road to hell is paved with good intentions (Jalan ke neraja jahanam dipenuhi oleh niat baik).

Zul Kahar said...

PERINGATAN KEPADA KAUM MELAYU DI MALAYSIA

Walaupun orang-orang sekarang ini memiliki harta kekayaan yang banyak seperti Karun, dan memiliki kerajaan dan kuasa pemerintahan yang besar seperti Raja Firaun sekalipun, atau mempunyai pengikut yang begitu ramai; tetapi jika mereka tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, malahan mereka menentang dan memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu, serta tidak yakin tentang adanya kehidupan akhirat. Maka, segala apa yang dimiliki dan yang dibangga-banggakannya itu tidak boleh menolong dan menyelamatkan mereka daripada azab yang datang daripada Tuhan kepada mereka; samada di dunia mahupun di akhirat. Ketika itu tidak berguna lagi apa-apa yang dimiliki dan yang dibangga-banggakannya selama ini.

Oleh kerana telah datang rasul itu kepada mereka yang menyampaikan ayat-ayat Tuhan serta membawa berita gembira dan memberi peringatan kepada mereka daripada Tuhan. Akan tetapi mereka menyombongkan diri serta menentang dan mendurhakai rasul tersebut serta menuduhnya sesat. Sehingga mereka mengadakan rancangan jahat untuk membunuh atau menangkap bagi memenjarakan rasul itu. Padahal rasul itu adalah membawa rahmat yang besar serta keampunan Tuhan kepada mereka. Akhirnya rasul itu menjadi suatu penyesalan yang besar bagi mereka ketika di akhirat kelak.

Tidak mustahil bagi Tuhan untuk membinasakan kaum Melayu yang ada di Negara ini sebagaimana kaum-kaum yang telah diutuskan rasul oleh Tuhan kepada mereka sebelum ini. Yang kisahnya tercatat di dalam Kitab Suci Al Quran. Jika mereka tidak mahu mengambil pelajaran dan peringatan terhadap kaum-kaum atau penduduk negeri yang telah dibinasakan Tuhan itu, maka mereka akan menerima nasib yang sama seperti kaum-kaum atau penduduk negeri tersebut. Hanya masa saja yang akan menentukannya. Oleh kerana perkara tersebut adalah Ketentuan dan Ketetapan Tuhan.

Tuhan itu tidak akan membinasakan sesuatu penduduk negeri itu kecuali telah ada baginya orang-orang yang memberi peringatan iaitu rasul-rasul untuk menjadi peringatan. Dan Tuhan itu sekali-kali tidak berlaku zalim.

Tuhan itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendirilah yang akan mengubah nasib mereka. Jika baik yang mereka buat, maka baiklah yang mereka dapat. Begitu juga di sebaliknya.

Walaupun Raja Firaun tersebut percaya kepada Allah, dan mengatakan ia telah melakukan kebaikan, tetapi di dalam masa yang sama ia hendak menjadi Tuhan, dengan memaksa manusia supaya tunduk patuh kepada kehendak dan perintahnya. Barangsiapa yang mendurhakainya akan dihukum dan disiksa olehnya.

Begitu juga keadaan Karun sebelum ini. Ia enggan berjihad dengan jiwa dan hartanya itu di atas Jalan Tuhan berserta Musa dan menolongnya. Malahan ia menghina rasul dan Tuhannya serta menyombongkan diri terhadapnya.

Samalah keadaannya orang-orang seperti Raja Firaun dan Karun itu sekarang ini, terhadap Allah dan rasul-Nya. Niscaya mereka itu semua akan ditanya oleh Tuhan ketika di akhirat, iaitu: ‘Bagaimanakah keadaan kamu ketika Ku utuskan rasul-rasul-Ku yang menyampaikan ayat-ayat-Ku kepada kamu semua? Dan ke manakah kamu belanjakan harta kamu ketika hidup di dunia sebelum ini? ‘.

Maka ketika itu ingatlah mereka terhadap rasul yang telah diutuskan Tuhan kepada mereka dan sikap serta perbuatan mereka terhadap rasul itu. Itulah hari yang amat sulit bagi mereka. Kemudian mereka akan dibawa ke neraka berombong-rombongan sehingga sampai di pintu-pintu neraka itu.

Maka dibukalah pintu neraka bagi mereka oleh penjaga-penjaganya, seraya berkata kepada mereka iaitu: “Belumkah pernah datang di antara kamu rasul-rasul yang membacakan ayat-ayat Tuhan kepada kamu semua serta memberitahukannya tentang pertemuan dengan hari ini?”.

Ketika itu mereka akan mengatakan: “Benar, telah datang.” Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang kafir itu.

Jika Rasul itu sesat atau palsu, maka kesesatan dan kepalsuan itu adalah bagi dirinya. Tetapi jika Rasul itu tidak sesat dan tidak palsu, maka azab yang telah diancamkannya itu pasti akan menimpa mereka.

Rujuk FIRMAN ALLAH, Surah Thaahaa, Ayat 134;

‘Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: “Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang rasul kepada Kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah?’.

Rujuk FIRMAN ALLAH, Surah Al Anfaal, Ayat 30;

‘Dan ingatlah, ketika orang-orang kafir memikir daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.’

Rujuk FIRMAN ALLAH, Surah Az Zukhruf, Ayat 78 hingga 80;

‘Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan di antara kamu benci pada kebenaran itu. Bahkan mereka telah menetapkan satu tipu daya (jahat), maka sesungguhnya Kami akan membalas tipu daya mereka. Apakah mereka mengira, bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.’

Rujuk FIRMAN ALLAH, Surah Shaad, Ayat 11 hingga 16;

‘Suatu tentera yang besar yang berada di sana dari golongan-golongan yang berserikat, pasti akan dikalahkan. Telah mendustakan rasul-rasul pula sebelum mereka itu; kaum Nuh, ‘Aad, Firaun yang mempunyai tentera yang banyak, dan Tsamud, kaum Luth dan penduduk Aikah. Mereka itulah golongan-golongan yang bersekutu menentang rasul-rasul. Semua mereka itu tidak lain hanyalah mendustakan rasul-rasul; maka pastilah bagi mereka azab-Ku. Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan saja yang tidak ada baginya saat berselang. Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, cepatkanlah untuk kami azab yang diperuntukkan bagi kami sebelum hari berhisab.”.’

Rujuk FIRMAN ALLAH, Surah Al Mujaadilah – Ayat 20 & 21;

‘Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.’

SEKIAN

Anonymous said...

Dua berita yang memilukan

1. Nurin
2. 1/3 ikan-ikan di Akuarium Langkawi diracuni oleh seorang rakyat Malaysia.

How can there be murderers like that???!!!

1/3 of fishes of the 4000 number - can you imagine? And these are the main display of Langkawi Aquarium. I am so sad. I went to that Aquarium and the fishes swam there for 12 years. The Shark was 12 years old killed by a Malaysian.

We are losing our values.

1. When we get angry, we threaten others and frame one another of wrong doings. The news we read of corruptions are those framed for revealing discrepancies in the govt.

2. When we get threatened, we use C4 bombs from the government storage.

3. When we get angry, we poison fishes that have been brought all over the world.

What has become of us?

Money is our god.
Politics is our god.
We are power crazy.
We think that the short cut way is the way for Malaysians.
We think that we can get what we want, however we want it.

To solve problems, we murder.
To get what we want, we steal even if the baby is a sweetheart of another.
We resort to bribing and covering up.

But Allah S.W.T. knows and sees our heart. Hakim Yang Adil menghakimi semua.

Every action has a consequence.
What we sow, we will reap.
But, it will also cause others pain and misery.

Why? Why do it?

Just live an upright life and be patient.

Rezeki setimpal dengan usaha. Allah S.W.T. akan memberkati segala ketakwaan dan kesabaran kita. Lebih baik menanti nikmat Allah S.W.T. dari merebut dengan gelojoh tanpa memikirkan akibatnya atau hukuman yang menanti.

Marilah kita memilih makanan rohani dari makanan ego.

Kita boleh menggunakan segala peluang untuk menjadi hamba Allah S.W.T. Bersyukurlah nikmat Allah S.W.T. dan menjauhilah dari ego yang tak tentu hala.

Berikut kisah Rasulullah ketika Isra’

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahn dada/perut dilakukan oleh Malaikat Jibril. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Selepas pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Isra’

Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi ma’mun.

Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibil dua jenis minuman - khamr (bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang memabukkan) dan susu. Lantas, Rasulullah memilih susu.

Jibril berkata,
"Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau."

Jika mengikut nafsu dan kebiasaan minuman jahiliah yang menonjolkan sifat kelelakian, mesti dipilih minuman keras. Tetapi, dipilih susu walaupun tidak mencerminkan tindakan agresif dan kelelakian. Memang tidak masuk akal, tapi ini juga pilihan yang akan diberkati Allah S.W.T.

Semoga kita memilih yang betul. Yang sudah memikirkan untuk memberi jawapan kesat atau jalan pintas, biarlah dipenuhi fikiran yang sempurna. Yang sudah mempunyai niat membabi buta, biarlah mengurung diri dan bersembahyang. Sembahyanglah sebelum disembahyangkan - sekarang lepas baca posting pun tidak terlambat. Masa akan menentukan apa yang bakal dianugerahkan kepada mereka yang sabar melaksanakan yang betul.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia