Polis Di Raja Malaysia atau akronimnya PDRM sudah berusia 200 tahun dan ini memberikan pengertian bahawa Polis telah melalui berbagai tamadun dari zaman primitif hingga ke zaman milenium. Kemajuan Polis di Malaysia pun sudah banyak boleh dibanggakan. Bagaimana pun isu terbaharu Polis dalam menangani isu adanya anggotanya memukul seorang jurulatih karate dari Indonesia , sehingga menyebabkan terganggu hubungan diplomatik Malaysia/Indonesia dan belum lagi termasuk terlibatnya Polis dalam kes pembunuhan Altantuya turut memberi gambaran yang berbeza.
Setelah kes penghapusan babi di Melaka gagal walau pun Polis telah dikerah membantu bagi kegiatan membunuh babi yang berlebihan dan isu tersebut agak mengaibkan Polis kerana jelas menunjukkan Polis tidak berbuat apa-apa kepada towkey atau pemilik kandang babi itu yang secara terang - terang telah menghalang seorang penjawat awam untuk menjalankan tugasnya.
Belum lagi selesai isu babi di Melaka, timbul pula isu baru di Terengganu di mana Polis telah dikatakan bertindak ganas kepada orang yang berhimpun untuk pergi ke satu tempat ceramah awam di adakan. Dan ceramah itu telah tidak diluluskan izin diadakan kerana pihak Polis ada alasan tertentu bagi tidak meluluskannya.
Khabarnya maka terjadilah rusuhan. Apa sekali pun yang berlaku, pertanyaan yang berbangkit ialah adakah setelah ceramah itu sudah tidak di izinkan, mereka-mereka yang terlibat telah berarak atau telah membuat onar di kawasan itu dengan membaling batu, memecahkan harta awam atau mencederakan orang yang tidak berdosa, dan ini menyebabkan Polis dipanggil bagi menyuraikan mereka yang membuat rusuhan kerana sebelum itu Polis tidak berada di kawasan tersebut.
Jika itu yang berlaku, bersamalah kita rakyat Malaysia , tanpa mengira fahaman politik mengutuk perbuatan biadab dan kurang ajar mereka yang membuat rusuhan itu. Bagaimana pun sebagai manusia yang berakal, kita perlu mengambil keterangan kedua pihak ia itu Polis dan orang awam dalam membuat keputusan siapa yang bersalah sehingga berlaku rusuhan (jika itu istilah digunakan) di Batu Burok Terengganu.
Segala teka teki itu sudah terjawab sendiri dari Ketua Polis Negeri Terengganu di dalam pertemuannya dengan media bagi menjelaskan isu itu dari sudut pandang polis yang dipanggil kronologi. Maka dalam Utusan Malaysia beliau mengatakan “Bagaimanapun, kata Ayub, kira-kira pukul 9 malam polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan dengan 250 orang berkumpul di kawasan belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang lagi di hadapan Hotel Permai Inn. Kata beliau, ia menyebabkan polis terpaksa mengambil langkah pencegahan mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan menuju ke Jalan Sultan Mahmud”
Berdasarkan kenyataan itu bahawa Polis datang kerana terdapatnya orang awam yang berkumpul di suatu tempat yang bukan tempat akan berlangsung ceramah itu, kerana sewajarnya Polis menyebut bahawa terdapat 250 orang ke 500 orang berkumpul di hadapan tempat ceramah. Jika ini berlaku dan Polis yang telah mempunyai tamadun 200 tahun, maka polis mengambil tindakan mengepong kawasan ceramah itu dengan tidak perlu membuat sekatan jalan raya dan membuat provokasi..
Semua orang berilmu tahu, bahawa misi Polis di samping menjaga keselamatan dalam negeri, juga berperanan mencegah jenayah. Dalam isu ini ada sedikit yang pelik. Jika dia mencegah, tugasnya ialah mencegah sebelum berlaku apa-apa yang memudaratkan ketenteraman awam. Terdapat di mana mana, apabila pihak kerajaan melalui iklan supaya bila lampu merah kenderaan kena berhenti dan jika dikuatkuasakan ini terletak dibahu anggota trafik. Malangnya, kita tidak akan nampak polis trafik akan berada di hadapan lampu isyarat untuk memerhatikan pengguna jalan raya (kereta motor) supaya berhenti di lampu isyarat bila berwarna merah, sebalik yang biasa kita nampak bahawa anggota trafik akan berada di hujung jalan bagi menangkap yang sudah melanggar lampu merah.
Maka dalam isu ceramah di Batu Burok, persoalan awam ialah apakah yang hendak dicegah? Sepintas lalu jawapannya adalah, tak ada apa-apa yang hendak dicegah, jika ada tunjuk perasaan, ada pergaduhan dan sebagainya, wajarlah polis mengambil tindakan. Memanglah semua orang tahu bahawa undang-undang Malaysia ada memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika berkumpul lebih dari lima orang. Tetapi jarang sekali perlaksanaan tindakan itu kerana bagi membuktikan ke mahkamah niat mereka berkumpul adalah terlalu sukar kecuali di tempat-tempat larangan. Ini memberikan kesimpulan bahawa jika ceramah tidak diadakan mungkin mereka akan meninggalkan tempat tersebut dan sekiranya tidak ada apa-apa keburukan yang berlaku.
Polis sewajarnya mengambil tindakan proaktif untuk memintas supaya ceramah itu dibatalkan dengan cara mencari balik pihak penganjur dan juga berjumpa dengan penceramah-penceramah. Kerana penceramah-pencerah itu bukan "budak" darjah enam, sudah pasti nasihat Polis akan didengar. Sekiranya diteruskan maka tindakan undang-undang selepas ceramah itu mestilah dikenakan kepada penganjur dan penceramah.
Oleh itu, persoalannya ialah apakah yang menyebabkan Polis dengan kekuatan 350 orang yang terdiri dari berbagai unit termasuk FRU-Polis Simpanan Persekutuan ke kawasan itu. Apakah yang hendak dicegahnya? Bukankah mudah jika Polis membiarkan majlis itu diteruskan tetapi memberi notis bahawa tindakan akan dikenakan kepada pihak penganjur dan juga penceramah yang melanggar arahan yang datang dari undang-undang yang diperbuat bagi menjamin ketenteraman.
Cuba bayangkan.. adakah akan ada lagi ceramah-ceramah jika undang-undang digunakan sepenuhnya kepada mereka yang ingkar. Jika tidak ada undang-undangnya yang jelas maka perlulah sekarang setelah beberapa perkara kanun keseksaan dipinda, telah tiba masanya undang-undang yang dipanggil Akta Polis terpaksa dipinda beberapa peruntukan di dalamnya termasuk dalam perkara-perkara permit atau kelulusan untuk mengadakan ceramah dan perhimpunan, yang mana diletakan dalam bidang kuasa polis.
Seperkara lagi, peruntukan baru dalam undang-undang Akta Polis ialah kuasa rayuan kepada keputusan Ketua Polis Daerah bagi menolak permohonan permit atau kelulusan perhimpunan yang mana kuasa tersebut tidak boleh dicabar dan dirayu. Sesuailah bahawa setelah ditolak permohonan kuasa memutuskan hendaklah diserahkan kepada seorang Hakim atau siapa yang diwakilkan bagi mengetepikan keputusan Ketua Polis Daerah atau mengekalkan keputusan tersebut. Kemungkinan dengan cara ini menghindarkan sebarang prasangka yang tidak tepat kepada Polis.
Seperkara yang perlu di ingat bahawa isu penembakan polis kepada orang awam atas alasan mempertahankan diri boleh diterima jika alasan polis diperkukuhkan dengan bukti di luar keraguan yang munasabah tetapi bila mengatakan bahawa bahaya anggota itu dalam pasukan FRU - Pasukan Simpanan Persekutuan, maka satu pertanyaan terpaksa disoal ia itu bagaimana Pasukan FRU boleh berpisah dengan pasukan nya dalam tugas menghadapi rusuhan kerana semua orang mengetahui bahawa Polis FRU akan bertugas secara pasukan, maka banyak perkara yang menjadi tanya bila seorang polis FRU dibelasah oleh orang awam dan tidak ada pula kenyataan yang menyatakan bahawa anggota telah diselamatkan oleh pasukannya.
Jika Malaysia sebuah Negara yang sudah diterima Hadharinya oleh Amerika bagi membanteras “Pengganas” maka isu di Batu Burok mestilah dikira satu pembuktian kepada Presiden G. W. Bush bahawa dalam mazhab Islam Hadhari, persaudaraan sesama Islam tidak akan berlaku, tidak ada perundingan dan musyawarah daripada yang berkuasa kepada yang “tiada kuasa”. Tindakan keganasan hanya berlaku bila rakyat menyerang kepada pihak berkuasa dan tidak dikira pengganas jika penguat kuasa milik kerajaan digunakan bagi menghalang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sang Kelembai: Jika orang-orang Melayu yang tidak sehaluan dengan UMNO di Terengganu boleh rasional sedikit, usahakan cadangan untuk memunggah semua babi-babi di Melaka dipindahkan ke Terengganu bagi tujuan jika ada halangan dan tindakan kekerasan Polis, lepaskanlah babi-babi itu kerana sudah teruji bahawa Polis akan berlemah lembut dengan babi seperti di Melaka.

8 comments:
Mamat yang bakar bendera Malaysia kat Terengganu ni entah berapa ribu dia dapat untuk berlakon depan jurugambar berita. yang aku pelik pemberita boleh dapat action tersebut.Macam pre-plan style Yahudi jer taktik tu.Orang kampong boleh lah diaorang temberang..
Saudara di luar lingkungan kerajaan dan berkata sebagai orang bukan pro kerajaan.
Kita menang pesta bola merdeka
Fru/polis belasah orang kerana masuk stadium kat mppj.seluruh negara nampak.
Polis akan berubah/mengaku silap/ambil tindakan apabila yang kena tembak tu anak pm,suku sakat menteri,ketua bahagian umno,tukang ampu dan terakhir membabitkan orang luar negara...
Saudara bukan pro-kerajaan pastinya belasah orang kerajaan.
Masa didalam saudara adalah wira di pwtc.
Sebelum menang Pesta Bola Merdeka 2007 rakyat Malaysia yang minat bola disepak diterajang kat stadium MPPJ.Wargenegara tu hanya masuk stadium
Babi lebih mulia di Malaysia dah bertahun baru nak kurang.Manusia di Terengganu tak sampai sehari dahHH kena tembak.
Fru/polis akan meminta maaf/dikenakan tindakan apabila yang kena tembak orang itu umno dan orang asing
Ketua pemuda yang ada pistol pun 4 hari je kena tahan, kat hotel kot...porahhhhhhhhhhhhhhh polis
saudara ku zahrin..
selamat berpuasa..
Lain kali buat je ceramah kat dalam kandang babi.Upah penternak babi jadi bodyguard situ.sure polis pun takut.Habis2 pun kalau polis guna water cannon tentu bersih kandang babi tu..
kerajaan nampak begitu tegas kalau ada hal membabitkan pembangkang,lebih2 lagi jika hal yg tidak mengikut undang2,tapi kalau pasal isu babi tu..aduh entah sampai kiamat pun tak selesai2..
Apa yg kebalnya peternak babi ni susah sangat nak usik?kerajaan takut hilang sokongan dari penternak babi ni ke?Dari babi ke datangnya punca kemajuan ekonomi Malaysia?
Jangan sampai satu hari babi pun dah ada mykad...
nie mesia...hebatlah..mesia selam adari memang hebat! amat tepat artikel pak sang kelembai..memang benar polis adalah rakan meno!
ptuii..kalu yang kena tu meno punya orang polis lemah kepala lutut dan kepala dia yang lain ptuii..punya polis hampeh!
Sdr. Zaharin,
Bila saya baca Blog Datuk Ron, Ali Rustam @Ketam pun nak jaga periok nasi dia juga. TPM pun nak jaga periok nasinya juga... maka begini jadinya bila, masing-masing pakat-pakat jaga perut masing-masing.
1. Tahniah Pak Zaharin, atas paparan isu semasa.
2. Bagi saya, semua telah dirancang, maklumlah PRU12 dah dekat. TengGanu merupakan negeri sasaran utama PAS. Maka pihak yg. ingin mengekalkan kuasa mestilah melakukan sesuatu. Mangsanya rakyat yg. terima. Perancang goyang kaki, kemudian kutip hasil bila sampai masanya.
3. PDRM sepatutnya dipantau oleh sebuah Suruhanjaya, tetapi mengapa Menteri Dlm. Negeri tak sanggup utk. laksanakannya. Tentu ada udang sebalik mee... Mee udang katakan !!
Post a Comment