Sunday, September 30, 2007

Menteri Tidak Profesional

Apa agaknya yang diharap oleh orang ramai akan hasil pemikiran seorang yang hanya sekadar penjual cendol, jika dibandingkan dengan seorang peon dalam pejabat kerajaan atau swasta. Sekurangnya seorang peon dia tahu banyak daripada pegawai kerana semua fail-fail dalam pejabatnya dia membaca dulu sebelum diserahkan kepada pegawai yang di minit oleh pegawai lain, banyak peon yang berjaya di dalam kerjaya sebagai kerani atau sekarang dipanggil pembantu tadbir dan yang rajin belajar malam bertukar menjadi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik atau sekurangnya Ketua Kerani atau sekarang dipanggil E.O- Executive Officer.

Seorang penjual cendol macam dilakukan semasa mudanya oleh Menteri Penerangan Malaysia, tidak ada apa-apa kelebihan, kerana cendol memang di monopoli oleh “mamak” semenjak berzaman, maka orang Melayu dianggap tidak standard mutu rasanya untuk membuat apa lagi nak menjual cendol. Tetapi di suatu masa pernah dikatakan orang bahawa mamak cendol ini meletakan sebungkus cacing yang di masukan dalam periuk cendol, kononnya cendol itu akan menambah kesedapan dan cendol itu akan tahan lebih lama. Kalau makanan boleh dibuat demi kepentingan berniaga oleh mamak-mamak ini, apa lagi yang lain.

Hari ini penjual cendol yang tersohor dan menjadi mentor kepada semua penjual cendol sehingga menjadi Menteri adalah Zainuddin Mydin, Menteri Penerangan Malaysia yang selalu menggelapkan jalan lurus daripada menerangkan jalan bengkang bengkok. Selaku Menteri yang kerja menerangkan, dia hanya perlu menerangkan apa yang tidak terang dan dipandang samar-samar oleh rakyat atau orang ramai.

Rakyat dan orang ramai memang tidak tahu apa hujung pangkalnya bila Majlis Peguam Malaysia mengambil respons kepada isu yang dibongkar oleh Parti Politik mengenai satu klip video yang memaparkan dengan jelas perihal seorang yang dikenali sebagai peguam bercakap dengan seorang dan percakapan itu ada kaitan dengan melobi atau mengingatkan sesuatu yang menyentuh kepada pelantikan hakim.

Bila Menteri Penerangan meminta Majlis Peguam Malaysia supaya Profesional dalam bidangnya, persoalan yang perlu ditanya siapa yang dahulu menjadi Profesional. Sepatutnya yang dahulu atau memulakan menjadi Profesional ialah Kerajaan sendiri. Setelah timbul ura-ura pihak Majlis Peguam Malaysia, satu pertubuhan berkanun melalui satu akta di Parlimen hendak berarak bagi menghantar Memorandum sepatutnya kerajaan memanggil wakil mereka untuk mereka berbincang dalam soal itu dan kerajaan boleh meminta sama ada Peguam Negara, atau siapa yang diwakilkan untuk berjumpa dan mendengar kehendak Majlis Peguam.

Sepanjang pembongkaran isu Klip Video itu oleh satu Parti Politik yang berdaftar, tidak semestinya semua tidak betul, adakah Malaysia mengamalkan konsep apa yang dibuat oleh kerajaan semuanya betul?

Kenapa Majlis Peguam Malaysia mengambil tindakan yang dikatakan tidak profesional? Adakah mereka yang telah mendapat ijazah graduan undang-undang, ada yang berusaha untuk mendapatkan di Temple Inn dan Middle Inn dan memakan masa tidak termasuk sekolah tadika hampir 21 tahun - enam tahun sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dua dan tiga tahun sekolah menengah atas atau kolej dan empat tahun di Universiti dan kemudian terpaksa bekerja dengan syarikat peguam sekurang tiga tahun sebelum di iktiraf sebagai peguam bela dan peguam cara, masih tidak Profesional.

Isu yang dibangkitkan oleh para peguam bukan video klip itu, persoalan sama ada benar atau tidak bahawa seorang peguam yang dikenali sebagai pelobi dengan mereka yang berkuasa dengan Jabatan Kehakiman khususnya dengan Hakim-hakim dan pernah dipersoalkan kedudukan dia dengan seorang Ketua Hakim Negara yang bercuti keluar negeri dan berada sama dalam percutian itu dan dia pula terlibat dalam beberapa kes Mahkamah yang melibatkan pelanggannya. Inilah isu yang patutnya diterangkan oleh penjual cendol itu, sama ada isu yang dibangkitkan itu profesional atau tidak?

Profesional biasanya, tanpa merujuk kepada Kamus Dewan secara ringkasnya ialah bermaksud kemahiran yang ada kepada setiap orang yang mempunyai ilmu dalam bidangnya dan bila di minta bertindak secara profesional, dia mestilah menggunakan akal dan ilmunya dalam menangi satu-satu isu. Maka adakah para peguam itu tidak layak untuk membincangkan isu penodaan pengasingan kuasa yang berlaku, kecuali orang yang mempertikaikan itu hanya penjual cendol atau mi rebus mungkin itu tidak profesional kerana itu bukan profesionnya atau bidangnya.

Apa yang dibimbangkan oleh Majlis Peguam dan juga rakyat akan percakapan dalam klip video ialah pembohongan yang berterusan oleh Kerajaan akan pembelajaran Tata Negara dan pengurusan Negara yang di ajar kepada Rakyat bahawa pengasingan kuasa yang meletakan Perundangan(Parlimen), Eksekutif(Kabinet), Kehakiman(Mahkamah) dan Yang Di Pertuan Agong yang bertindak dengan nasihat sebenarnya tidak berlaku. Sebaliknya ada orang lain yang boleh melobi seorang Hakim yang dilantik dan tidak dari cadangan seorang Ketua Hakim Negara yang mempunyai integriti memahami sesiapa yang wajar untuk meneruskan kesinambungan sistem kehakiman dengan melantik hakim yang boleh menjadi tempat rakyat bersandar dan berlindung.

Berdasarkan video klip itu, rakyat bertanya balik kepada isu yang terbaharu dalam sebulan dua ini, pertama ialah isu pembunuhan warganegara Mongolia yang di saat akhir Peguam Negara telah menukar seorang DPP - Timbalan Pendakwa raya kerana kesalahan dilihat bermain badminton dengan Hakim Bicara dalam kes itu dan kedua pelantikan seorang Hakim yang mana telah cacat bila dia berkahwin dengan seorang perempuan di luar negeri. Bagaimana seorang yang cacat dan secara jelas melanggar undang-undang syariah boleh dilantik menjadi Hakim, ini mungkin satu ajaran Islam Liberal yang dianjurkan oleh Mazhab Islam Hadhari, wa hal Islam mempunyai peraturan yang ketat bagi melantik seorang Hakim.

Maka jika ini berlaku kepada seorang Hakim yang terikat dengan orang lain dan boleh bercakap dengan orang yang tidak berhak untuk dia bercakap dalam soal kerjanya bertambah pula perkara-perkara tersebut terikat dengan OSA - Akta Rahsia Rasmi kerajaan, dia adalah satu yang pelik, di mana seorang Hakim yang di panggil "Yang Amat Arif" lebih tuli dari penjual cendol.

Berbalik kepada isu tidak Profesional itu, sepatutnya Menteri yang pernah dibuang sebagai Pengarang Utusan Melayu itu dan terpaksa menulis beberapa buku kisah Tun Dr Mahathir Mohamed untuk rapat semula dengan orang di gerbang kuasa dan akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed macam “tipah tertipu” melantiknya dia menjadi Senator dan semenjak menjadi anjing pemburu, yang menyalak menunjukkan mangsa untuk ditembak dan mengharapkan tulang-tulang yang tidak dimakan dilemparkan kepadanya, maka berlaku kenyataan yang tidak langsung menunjukkan intelektual sebagai seorang Menteri.

Perkataan "Tidak Profesional" itu sewajarnya patut digunakan kepada “Polis” kerana dalam masa apa yang kemudian dipanggil rusuhan di Batu Burok, Terengganu, jelas menunjukkan bahawa Polis sudah tidak Profesional dalam menangi isu ceramah yang tidak dibenarkan. Di mana jelas bahawa orang ramai datang kerana ada ceramah dan bukan hendak buat rusuhan, dan bila ceramah dibatalkan mereka masih lagi tersidai di jalan-jalan yang berhampiran. Maka ini jelas menunjukkan Polis tidak profesional dalam menghadapinya, kerana yang patut dikawal ialah tempat ceramah, tetapi yang Polis pergi menyerang dengan belantan dan meriam air di tempat orang awam yang tak buat apa-apa, maka provokasi polis itu menjadi sebaliknya.

Dan bila Polis yang tidak Profesional maka terjadi tembak menembak peluru hidup dan ada kecederaan, Polis dengan bantuan UMNO melarikan isu dari menembak orang awam yang tidak bersenjata bertukar kepada membakar bendera. Tenggelam isu kisah polis menembak orang awam, timbul isu rusuhan dan juga pembakaran bendera. Wa hal soal pembakaran bendera itu bukan perkara baru, orang yang mengajar membakar bendera ini adalah menantu Perdana Menteri sendiri, yang membakar bendera Amerika Syarikat waktu sidang Menteri Luar Asean tahun lalu. Di hadapan pejabat Dubes Amerika Syarikat.

Bendera itu dibakar oleh Khairy Jamalludin atas nama Pemuda UMNO dan Amerika Syarikat sehingga kini tidak membuat bantahan atas pembakaran itu kepada Kerajaan Malaysia . Itu adalah cara Amerika Syarikat untuk melarikan isu dan melepaskan Khairy Jamalludin sebagai tali barut Amerika. Kalau Amerika Syarikat tidak kisah dengan pembakaran benderanya kerana niat sesuatu dan tidak seperti di Iraq, bila Saddam Hussein menjadikan bendera Amerika Syarikat sebagai pengelap tapak kasutnya, berbagai cara dilakukan Amerika Syarikat termasuk soal senjata kimia yang sehingga sekarang tidak pernah diumumkan telah ditemui setelah dia menakluki Iraq.

Tindakan Majlis Peguam Malaysia dan mana-mana orang yang berjuang untuk meminta penyiasatan terhadap susulan percakapan dalam klip video itu dilakukan mestilah disokong. Rakyat mahu tahu apa yang terjadi dengan nama-nama yang disebutkan itu dan antara yang mesti dipanggil oleh Jawatankuasa Panel Khas itu ialah Tengku Adnan Bin Mansor yang masa itu menjadi Timbalan Menteri di JPM dan bertanggung jawab dengan portfolio Undang-undang dan dia juga dalam berapa tahun dahulu punya hubungan dengan Vincent Tan dan kita mahu kaji semula kesemua kes undang-undang yang pernah dituntut oleh Berjaya dalam beberapa kes Sivil kenapa selalu berpihak kepadanya seperti kes MGG Pillai dan Hassan Hamzah, dua orang yang pernah di saman kerana tulisannya.

Sang Kelembai: Satu-satu pertanda akhir zaman ialah para mujahid dituduh sebagai pengganas dan para pengganas itu dipuji sebagai pemelihara keamanan, Nabi Muhamad s.a.w. telah berbicara tentang masa tersebut di mana seluruh ukuran telah rosak, beliau bersabda "Sesungguhnya akan datang kepada manusia tahun-tahun tipu daya, di mana pendusta dibenarkan, sedangkan orang jujur didustakan, pengkhianat di percaya sedangkan orang amanat dianggap pengkhianat, di masa itu ruwaibidhah berbicara. Beliau ditanya; 'Apakah ruwaibidhah itu?" Beliau bersabda: "Orang bodoh yang berbicara tentang persoalan orang banyak" (Hr Ahmad Hambal)

7 comments:

Anonymous said...

mesia negeri yang mana semua menteri di peringkat atasan dan ketua-ketua di peringkat bawahan adalah tidak profesional.

Mereka semuanya adalah Pro juga...iaitu PROMPAK,PROGOL yang sebenarnya!

Ye ha Idup PROGOL, PROMPAK yang professional....

Anonymous said...

Inilah padahnya bila kita salah meletak seorang Pandir menjadi menteri. Bukan senang untuk memecatkanya oleh kerana seorang pandir pun akan pandai mencari jalan untuk terus berkuasa.
Terpulanglah kepada penguni kawasan yang diwakili oleh Pak Pandir ini untuk mengganti kan beliau dengan seorang yang lebih cerdik.

Kamalkamal said...

Assalamulaikum, Pak Zaharin
1. Biasa portfolio penerangan adalah untuk orang yg. dah nak pencen. Lihat saja Tok Mat Bulat, Tun Khalil, Datuk Kadiq..lepas ni, siapa lagi, mamak ni la pulak.
2. Sebab tu la, akhir-akhir ni, mamak ni buat kerja bela AAB, kot-kot tempohnya dilanjutkan selepas PRU12. Kan tak tahu kot perangai mamak, bodek & kipas...nak hidup!!!

Anonymous said...

Sekarng ni dia kan sedang menayangkan siri syahadah di RTM - nostalgia dia la mengenai kehidupan nenek moyang dia diINDIA. Ada ke siri macam tu dia siarkan? Hiss !! Dari atas sampai bawah BODOH betui!

nikrahim said...

pada pandangan tuan, ruwaibidhah tu Abdullah Hj Ahmad ke?

Anonymous said...

Dey tambi cendoi satu..

Anonymous said...

Sdr SK,
Kalau kita ada menteri professional taklah gamat M'sia hari ini. Sekurang-kurangnya mereka pakai otak sebelum buka mulut. Setiap hari rakyat semakin resah sebab yang jadi mangsa dikenaKAN TINDAKAN DAN YANG MELAKUKAN KESALAHAN TERLEPAS.
Saya cadangkan kita buat survey dijalanan secara rambang tentang persepsi mereka terhadap PDRM mesti guarante punya mengatakan tak takut sebab semuanya `bisa diurus pak'. Tetapi hari ini gejalanya telah merebak sehingga tiada penghujung. Bak kata kita kepada siapa boleh diadu lagi nasib badan.
Satu rombakan besar-besaran perlu dilakukan setidak-tidaknya rakyat Thai dan Filipina masih berani memperjuangkan hak mereka,
Kita hanya lebih air liur sahaja. Fikir-fikirkanlah.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia