Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah 50 tahun Malaysia Merdeka yang suka berterbangan ke sana dan berterbangan ke sini atas nama lawatan kerja dan memaksa kerajaan kalau tidak membeli konon disewa tetapi wangnya atau pembiayaannya tetap dari wang pembayar cukai (rakyat) sebuah pesawat udara yang serba canggih, kalau tidak sepadan dengan Air Force One milik Amerika Syarikat untuk Presidennya, sekurangnya dia bertaraf lima bintang dan khabarnya siap dengan tempat tidurnya.
Mungkin kerana tidak puas, masa yang begitu terhad, pesawat itu digunakan pertama kalinya ke Australia masa sidang Apec, maka ia dipandu jauh sampai ke New York. Pemergian dia sebenarnya melaksanakan sebahagian jadual perayaan 50 tahun Malaysia merdeka dan menyertai Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam masa yang sama dia mengambil kesempatan sebagai orang penting Pengerusi OIC-Organisation Islamic Conference dan NAM-Non Aliance Moverment, yang mana kedua-dua Organisasi Antara Bangsa itu diberikan kepada Malaysia kerana ketokohan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mereka bersetuju supaya Malaysia menjadi tuan rumah persidangan dan secara automatiknya menjadi Pengerusi.
Di sinilah nampaknya hebatnya Ahmadinejad, Presiden Iran yang kebetulan ada di New York pergi berjumpa Abdullah Hj Ahmad, maka akhbar-akhbar Malaysia menyiarkanlah berita itu bagi tujuan hendak menunjukkan hebatnya Perdana Menteri Malaysia sehingga Presiden Iran datang dan memeluknya. Abdullah Hj Ahmad tidak perasan sebaliknya dia tidak sedar bahawa Ahmaddnnejad menggunakan pendekatan “ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya”
Semua orang tahu, bahawa fokus atau tumpuan ke semua kuasa besar bukan kepada Abdullah Hj Ahmad yang sudah menjadi “budak” Amerika sebaliknya kepada Ahmadinejad yang kini sangat popular di dunia Islam, kerana telah meletakan dirinya sebagai seorang pejuang yang menghasilkan diri sebagai lambang pejuang hegemoni Barat yang melakukan tidak adil kepada negara - negara Islam dan dia se olah-olah mengulang dua tokoh Asia ia itu Ir Soekarno pada tahun 60an dan Tun Dr Mahathir Mohemad di era 90an.
Secara sinis Ahmaddinejad dengan perlakuan ucapan sama ada di PBB atau di Columbia University boleh memberi maksud dalam masa OIC di Pengerusi oleh Abdullah Hj Ahmad yang telah menukarkan akronim OIC hanya sekadar menjadi “Oh I See” atau ayat mudahnya “Ya Saya Lihat” yang selalu digunakan oleh Abdullah Hj Ahmad setelah mendapat nasihat Rumah Putih di Washington dan jadilah OIC sebagai hanya organisasi yang hanya tekun menyemak, melihat dan paling jauh atau berani sikit mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sana dan sini perbuatan Israel atau pembantaian negara Islam. Tiada langsung tindakan yang nyata yang hendak dilakukan.
Inilah padah yang diterima oleh umat Islam khasnya orang-orang Melayu memilih Abdullah Hj Ahmad sebagai pemimpin. Pernah Rasullah s.a.w menyatakan “bahawa Allah mencabut rasa takut dari hati-hati musuh kalian, dan Allah menanamkan “Al-wahnu” dalam hati kalian, maka sahabat bertanya: apa itu Al-wahnu, wahai Rasul Allah? Nabi Muhammad s.a.w menjawab “Al-wahnu” ialah cinta dunia dan takut mati”
Inilah yang menjadi pegangan Abdullah Hj Ahmad walau pun dipuisikan “mencari damai abadi” tetapi hakikatnya luar dari fikiran orang Melayu dan juga beberapa ahli-ahli UMNO bahawa Abdullah Hj Ahmad ada kelainan sebelum dan sesudah menjadi Perdana Menteri, sebagai cucu ulama besar dan anak orang yang beragama nampaknya Abdullah Hj Ahmad sekadar “ular dalam semak” yang bila-bila masa boleh mematuk dan juga membelit orang-orang Melayu.. nauzulbillahzaliq
Betapa ironisnya, di tengah banyaknya orang-orang Melayu yang kelaparan (seperti yang siarkan setiap minggu rancangan “Bersama mu” di Tv3) Orang Melayu menyaksikan banyaknya pemimpin Melayu dari UMNO yang berstatus Menteri dan Menteri Besar menghamburkan kekayaan dan tidak menggunakan pada jalan yang tepat bagi membantu Melayu sebaliknya untuk kekayaan anak, menantu dan adik beradik, seperti yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan Kerajaan sekarang seperti harta emak bapak dia dan wajarlah dipanggil kerajaan hari ini “Kerajaan Tiga Beranak”
Kalau Abdullah Hj Ahmad jenis membaca buku atau sekurangnya dia diberi taklimat oleh “Desk Iran ” Kementerian Luar, sudah pasti bahawa dia dimaklumkan bahawa Ahmadinejad adalah seorang yang mudah hidupnya. Anak seorang tukang besi ini tiba-tiba menjadi seorang yang tersohor bukan sahaja dalam negaranya sendiri tetapi di peringkat antarabangsa, di mana dia tidak menggunakan slogan “Bekerja Bersama Saya dan Bukan Kerana Saya” sebaliknya tanpa bahasa puisi Ahmadinejad hanya berkata dia hanya sekadar “Tukang sapu jalanan dan Pelayan Rakyat".
Dengan slogan itu dalam misi antarabangsanya, dia hanya sekadar dengan nada yang sangat meyakinkan, Ahmadinejad menyatakan “bahawa kini era kebangkitan kaum Mustad’afin (kaum tertindas) dalam melawan kaum mustakbirin (kaum penindas) dan beliau menyambung lagi “semua kita akan berkesempatan menyaksikan tumbangnya dominasi Negara-negara super power, sekali gus menyaksikan kedatangan sang juru selamat yang akan membebaskan umat manusia dari belenggu penindasan, kebodohan dan kegelapan”
Itu sebab setelah hampir dua minggu meninggalkan Malaysia dan berita khabarnya berada di London merasmikan sebuah Universiti tempatan yang membuka cawangan di sana. Di mana Universiti itu telah melatih pelajar-pelajar yang datang dengan dibayar wang atas nama sagu hati, sebenarnya wang itu juga dipanggil rasuah dan pihak MSD - Malaysia Student Deparment bersekongkol mengarahkan semua pelajar MESTI HADIR, jika tidak akan direkodkan.
Lepas perasmian itu Perdana Menteri kita hilang..... Tiba-tiba sudah pulang dan khabarnya dari mengerjakan Umrah di Mekah, Arab Saudi. Agaknya begitu nikmatnya menjadi Perdana Menteri sehingga soal ibadat peribadinya menggunakan kemudahan kerajaan yang dibayar oleh rakyat. Maka marilah kita bertanya dengan Ulama-Ulama khasnya Mufti Perlis, apakah hukumnya seorang pembesar yang menggunakan kemudahan rakyat atas urusan peribadinya menyembah tuhan? Dalam keadaan rakyat dalam negerinya untuk mengerjakan Umrah belum lagi mengerjakan Haji terpaksa menahan selera sepanjang tahun kerana menyimpan wang untuk ke sana, tiba-tiba seorang Perdana Menteri yang keturunan ulama dengan senang hati menggunakan Pesawat Udara yang minyak dan krewnya dibayar oleh kerajaan? Berdosa atau tidak? Atau ada jawapan lain?
Sesudah balik ke Malaysia dan pesawat itu bukan mendarat di Lapangan KLIA-Kuala Lumpur International Airport sebaliknya di TUDM Subang, soalnya adakah Pegawai Kastam bertugas di sana? Kerana sudah pasti bini yang cantik jelita itu akan membeli belah bila berada di London dan Paris , dan juga di New York .. Kebiasaan bila seorang rakyat yang berkunjung keluar negara dan balik melalui KLIA, pihak Kastam akan meminta supaya beg-beg dibuka dan sudah pasti akan ada yang dikenakan cukai walau pun dia hanya sekadar cenderahati untuk keluarga.
Bagaimana pula dengan barang-barang yang dibeli oleh Perdana Menteri dan petugas dia, semenjak berzaman selepas Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri dan Menteri-menteri seperti diberi imuniti pelepas cukai kastam di Airport. Hanya pembantu perlu berkata bahawa beg-beg itu kepunyaan Perdana Menteri dan Menteri. Maka sekali lagi kita kena bertanya dengan Ulama-ulama dan Mufti khasnya Mufti Perlis, apakah hukum dalam konteks Islam, pembesar Islam yang berkemampuan sendiri tidak membayar cukai? Dalam masa rakyat biasa terpaksa membayarnya.
Akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan berita ini - KUALA LUMPUR 6 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pemimpin politik dan ahli Kabinet supaya memberitahu perkara sebenar kepadanya walaupun ia mungkin sesuatu yang sukar untuk diterima oleh beliau.
Perdana Menteri berkata, beliau bersedia untuk mendengarnya walaupun cerita yang paling teruk sama ada berkaitan negara atau dirinya sendiri.
“Saya tidak mahu kita berpura-pura bahawa segala-galanya baik belaka, tak apa jangan bimbang semuanya okey Pak Lah kerana bila orang kata kepada saya jangan bimbang, saya akan lagi bimbang.
“Mereka ini cuba nak bagi saya tenang, kasihan kepada saya dan tak bagi saya susah hati. Beritahu kebenaran walaupun ia menyakitkan kerana seorang Perdana Menteri mesti mempunyai keberanian untuk mendengarnya,” katanya.
Berdasarkan kenyataan itu jelaslah Abdullah Hj Ahmad ini semenjak diserang sindrom gila “Koridor” ini tidak memahami bahawa dia bukan hanya pemimpin kepada ahli politik, dan ahli kabinet sahaja tetapi kepada rakyat. Kenapa dia tak minta rakyat menegur dia, kerana rakyat seperti kumpulan sahabat akan bercakap terus terang.
Kumpulan Sahabat itu mendakwa ini sebagai think tank Abdullah Hj Ahmad dan sebilangan besarnya pencacai dia dan bila tidak tertahan dengan beberapa percakapan orang ramai terhadap menantunya. Bila dibangkitkan oleh kumpulan sahabat maka Abdullah Hj Ahmad dengan bengis dan marah berkata “Kalau you all tak hendak sokong saya tak pa” biar saya dengan Khairy.
Malah terdapat seorang Menteri merasa bingung bila menerima arahan Perdana Menteri untuk memberi keputusan pengambilan hotel Pan Pac PWTC kepada adik iparnya dan bila dirujuk semula kepadanya, maka dia mengarah bagi juga kepada syarikat adik iparnya. Maka akan terdapat kah Menteri yang nak menegurnya.
Itulah percakapan si munafik Abdullah Hj Ahmad dalam soal orang menegur dia. Jika banyak dia bercakap fasal sedia menerima teguran, akan ditulis dialog-dialog dia apa bila berjumpa dengan beberapa Perhubungan UMNO, supaya rakyat yang menyokong Abdullah Hj Ahmad boleh berfikir.
Sang Kelembai: Berkata Muhammad S.A.W. “Barang siapa menguasai perkara kaum muslimin, lalu mempercayakan kepada seseorang, sementara dia tahu ada yang lebih baik daripada orang itu, dia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-nya dan kaum mukminin” Mungkin itu agaknya balasan Allah kepada Abdullah Hj Ahmad sehingga terpaksa ditidurkan selalu dan jarang masuk ke pejabat, sehingga semua rakyat menggagap dia sebagai Perdana Menteri Penglipur lara. Wa hal sebilangan Menteri macam Radhi Sheik Ahmad, Azmi Khalid, Nazri Aziz seperti dikatakan Umar ibn Khattab r.a. “Orang yang mendelegasikan kuasanya kepada seseorang hanya atas dasar suka atau hubung kerabat, sudah mengkhianati Allah dan Rasulnya dan kaum Muslimin”

9 comments:
sang kelembai... TDM pasti menyesal melantik Abdullah Badui yg difikirkan dapat memimpin negara dgn baik berlandaskan Hadhari nya, tp malang... "Ku cari bukan wang berjuta, anak menantu sapulah" Semua MB pun dah ikut cara dia terutama MB N.Sembilan, Dato Mohamad Hassan, memimpin negeri 3/4 beradik. Hampeh punya MB dgn abg dia Tok Azman, sumua dia sapu. Rakyat NS akan meraung dlm PRU akan dtg pasal hilang banyak kerusi silap2 Negeri pun terlepas. Kalau kita hilang lagi 2/3 kerusi pun Tok Mat mesti bertanggung jawab!!! HIDUP TDM
Pak Zaharin,
Sebagai bekas seorang pemimpin UMNO, saya rasa Pak Zaharin lebih arif tentang sepak terajang pemimpin politik terutama pemimpin UMNO. Masing-masing ada matlamat. Pemimpin kecil mungkin matlamatnya kecil. Pemimpin besar tentunya matlamat dan cita-citanya besar.
Tentunya Pak Lah pun hendak menandingi atau sekurang-kurangnya dikenali sebagai pemimpin Malaysia seperti Tun Dr. Mahathir. Maka peranan media amat penting untuk menonjolkan kewibawaan Pak Lah. Mana ada media arus perdana (cetak atau elektronik) menyiarkan gambar Pak Lah tidor semasa menghadiri majlis rasmi tetapi terdapat di laman web/blog.
Cuma rakyat yang celik IT akan tahu siapa Pak Lah. Manakala yang bergantung kepada media arus perdana tentunya akan terus memuja-muja Pak Lah sebagai imam besar Islam Hadhari.
Lihat tulisan S.Hussain Al-Attas(Agendadaily) terus memuji Pak Lah kerana beliau telah dijemput berbuka puasa bersama. Sedangkan Pak Habib tentu lebih arif sebagai pengarang Buletin Rakyat, apa yg. berlaku di Malaysia sekarang ini dibawah pimpinan Pak Lah.
Di sini kita dapat lihat bahawa Pak Lah dan menetunya kesayangannya masih dapat perhatian sebahagian besar rakyat Malaysia.
Salam 'Aidil Fitri kpd Tuan sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين
Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~
10 November Saturday, 3pm Dataran Merdeka - walk to the Istana
09/10: Tuntut pilihan raya adil - Perhimpunan Rakyat 10 November ini di Dataran Merdeka
Intan Abdullah
Harakahdaily
Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menganjurkan satu perhimpunan raksasa yang dinamakan perhimpunan rakyat pada Sabtu 10 November ini di Dataran Merdeka.
Dalam satu pengumuman yang dibuat pada sidang media hari ini, BERSIH dijangka akan mengadakan perhimpunan tersebut bermula jam 3 petang.
"Perhimpunan tersebut seterusnya akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tuntutan rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan hasrat rakyat untuk menjalani pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang terkandung di dalam tuntutan BERSIH sebelum ini," ujar wakil Jawatankuasa Bersih di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.
Menurut Jawatankuasa BERSIH, Sivarasa Rasiah, ia juga sebagai satu ketetapan yang telah diambil oleh mereka yang menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan seawal November.
"Kami membuat telahan tersebut berdasarkan situasi Umno-BN yang kini berada keadaan terdesak, setelah melalui dua insiden yang menekan mereka iaitu peristiwa berdarah di Batu Buruk serta pendedahan video klip rasuah peguam dan hakim negara," jelasnya.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ujarnya mungkin akan membuat pengumuman tarikh PRU 12 lebih awal untuk mengeluarkan diri mereka daripada tekanan-tekanan tersebut sepertimana yang dibuat oleh PM sebelumnya pada PRU 1999.
"Ia adalah suatu jangkaan kritikal dibuat BERSIH berbeza dengan beberapa tekaan yang dibuat oleh beberapa parti politik sebelum ini," ujar AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula,
Tindakan mengadakan perhimpunan tersebut adalah rentetan daripada resolusi Konvensyen Rakyat beberapa bulan yang lalu.
Koordinator Badan Penggerak Demokrasi Rakyat, Anuar Tahir berkata tarikh pilihan raya bukan suatu fokus yang utama bagi BERSIH sebaliknya tuntutan reformasi rakyat terhadap perjalanan pilihan raya perlu terus dihidupkan.
"Kerana ia mungkin akan mengundang kecurangan dalam PRU 12 sebagaimana yang berlaku dalam PRU 2004 yang lalu," jelasnya.
Penganjur juga ujarnya sedang berusaha menyelesaikan urusan mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut, serta telah menggerakkan ahli-ahli parti atau pertubuhan yang bergabung dalam gabungan tersebut bagi menjayakannya.
"Kami juga telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan risiko yang bakal berlaku nanti," tambah Sivarasa.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama BERSIH turut memaklumkan bahawa mereka akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung isu tragedi berdarah di Batu Buruk pada 8 September lalu.
"Setelah mengadakan mesyuarat hari ini, kami membuat keputusan untuk menghantar surat kepada Suhakam mengenai permintaan kami agar diadakan satu siasatan menyeluruh terhadap tragedi tersebut memandangkan Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam telah membawanya ke mesyuarat mereka semalam," ujarnya.
Bersih berharap akan mendapat keputusan yang positif daripada hasil mesyuarat tersebut, seterusnya membawa kepada tindakan bersepadu supaya perkara tersebut tidak akan berulang.
"Malangnya, media arus perdana sengaja memainkan taktik 'kewartawanan jahat' yang sentiasa diulang tayangan menyebabkan persepsi buruk rakyat kepada Bersih dan parti pembangkang," tambah Dr Dzulkefly.
Bersih menyatakan kekesalan dan menyelar tindakan parti pemerintah yang menggunakan media arus perdana sebagai jentera menyebarkan propaganda jahat serta kempen untuk merosakkan imej parti-parti pembangkang.
Ramadhan memberi kesedaran
Syawal itu kejayaan.
Tahniah, itu ucapan perayaan.
Perjuangan ramadhan tiada akhiran.
Selamat hari raya to all. Maaf zahir batin.
Salam and Selamat Hari Raya Aidilfitri to you and family.
God bless you all.
TAK TAHULAH APA YANG SEBENARNYA PERJUANGAN ORANG MELAYU..
YANG AKU TAHU ORANG MELAYU UMNO AKAN BERSORAK GUMBIRA SEDANGKAN
KAMPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKAN TERGADAI..
Saudara Sang Kelembai dan pembaca,
Dalam sejarah Russia, ada seorang bernama Rasputin. Dia memang hebat dan pada masa yang sama ada yang tidak berapa kena dengan tindak tanduknya.
Sejarah sering berulang, hanya pentas saja berbeza, tapi mesej dan pattern tetap sama.
Adakah Rasputin dalam Malaysia?
Post a Comment