Sunday, October 28, 2007

Perdana Menteri yang sakit..... Bil 2

Kenapa kita tidak berfikir, kenapa agaknya dengan tiba-tiba Abdullah Hj Ahmad mengarahkan tindakan diambil kepada seorang pelajar Malaysia keturunan Cina yang belajar di Taiwan kerana telah menghasilkan “klip video” dan kemudian disebarkan dalam Internet dengan tajuk “Negarakuku”.

Pelajar ini telah secara terbuka memohon maaf dan bersedia masuk penjara jika kesalahannya itu menyentuh orang Melayu dan rakyat Malaysia, jika itu sebagai penerimaan maafnya.

Sekali mendengar klip video itu, mungkin akan tersinggung dengan liriknya yang mengaitkan azan subuh , yang meminta orang Islam bangun awal pagi sebelum terbit matahari, bersembahyang mengakui kewujudan tuhan dan kemudian bertebaran mencari rezeki di muka bumi Allah ini seperti kokokan ayam jantan di pagi hari.

Tetapi rasionalnya soal azan ini telah pernah disentuh tidak kurang dua kali. Pertama oleh Almarhum Sultan Sallehudin Abd Aziz Shah, Sultan Selangor dan jajahan takluknya sendiri dalam tahun 80an yang meminta azan dari Masjid, Madrasah dan Surau dan mungkin Musala di Shah Alam supaya memperlahankan Azan Subuh kerana mengganggu rakyat yang lain.

Dan kedua ialah tindakan Genting Berhad melalui seorang lembaga pengarahnya Tan Sri Abd Kadir Yusof meminta supaya pembesar suara sebuah surau di puncak Bukit Genting itu ditutup dalam azan subuh dan waktu-waktu yang lain.

Bagaimana pun dalam kedua perintah itu, seorang Ketua Agama Negeri dan seorang Mantan Menteri tidak di endah oleh sesiapa pun dan keadaan semuanya seperti biasa.

Biarlah dibuat kajian dahulu kenapa dan sebab apa terbitnya klip video itu. Adakah pelajar itu hendak mengeluarkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Negara ini, di mana keluarganya membesar di Muar, Johor dan kerana keamanan negara ini, keluarganya boleh hidup dengan aman dan selamat dan mencari kehidupan sehingga boleh membiayai kewangan dia belajar di Taiwan. Maka tidak timbul akan isyarat dia hendak memberi tahu bahawa negara ini di bawah perintah “kuku besi”

Menyebut “kuku” tidak mesti dirujuk kepada perkataan kuku yang memberi maksud kuku di hujung jari, sama ada di jari tangan atau di jari kaki. Sebenarnya bila menyebut kuku tanpa menulis ejaannya, akan didapati bahawa sebutan itu persamaan dengan perkataan “cuckoo” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud dalam Bahasa Melayu memberi pengertian “gila”.

Agaknya klip video “Negarakuku” dari segi pendengaran dan pemahaman Abdullah Hj Ahmad memberi maksud bahawa Negara ini sudah gila atau diperintah oleh orang gila ia itu dia sendiri. Kenapa Abdullah Hj Ahmad tersinggung sangat dengan klip video yang tidak memberi apa-apa impak kesan keselamatan dan perpaduan negara? Dan hari ini isu itu seperti sudah dilupakan.

Agaknya pelajarnya itu telah mendapat maklumat atau ada perasaan akan perihal Abdullah Hj Ahmad yang berubat di Australia , di mana jika mengikut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hanya sekadar berubat penyakit “resdung”. Di mana bagi rakyat biasa hanya berjumpa doktor di klinik-klinik yang terdapat dengan banyaknya di klinik swasta di Jalan Ipoh , Kuala Lumpur . Dan semua orang tahu bahawa penyakit resdung ini, jika pergi ke penghujung dunia pun, ubat dan rawatannya tetap sama kerana dia bukan penyakit berjangkit dan kumanya berterbangan.

Mungkin juga pelajarnya ini yang bercampur dengan berbagai pelajar lain dan rajin membaca Internet sudah menemui satu rencana atau artikel dalam Internet, terdapat satu tulisan yang menyebutkan bahawa ada sorang Menteri Kewangan di Asia yang selalu menemui seorang Doktor Psikiatri asal Australia .

Menteri Kewangan di Asia?, Di mana Asia bermula di Istanbul , Turki dan berakhir sempadan akhir Rusia dengan Kanada dan mengandungi lebih 30 negara dan Malaysia sebahagian Asia . Terlalu sukar untuk mengesan siapa Menteri itu seperti mana “klu” yang diberi dalam Internet. Bagaimana pun diketahui yang rajin ke Australia ialah Perdana Menteri Malaysia dan dalam yang masa sama beliau adalah Menteri Kewangan Malaysia .

Dari segi pandangan umum, Abdullah Hj Ahmad memang tidak sihat. Di samping ada andaian yang mengatakan dia menghadapi masalah tidak dapat menahan dari terkencing, maka terpaksa memakai pampers, sehingga secara rambangnya memang dapat dilihat buntutnya berlainan dengan orang lain dan sehingga ada yang mempertikaikan kelayakannya menjadi imam sembahyang dalam keadaan itu. Kali ini dalam bulan Ramadhan yang baru berlalu publisiti dia menjadi imam sembahyang sudah tidak dibesar-besarkan.

Semua orang tahu bahawa kesihatan seorang manusia mestilah merangkumi tiga aspek penting.. ia itu kesihatan fizikal atau jasmani, kesihatan mental atau rohani dan kesihatan sosial. Sekiranya ketiga-tiga aspek ini sudah ada pada setiap orang manusia, ini bermakna dia telah mencapai tahap kesihatan optimum dan dikira sihat luar dalam.

Kesihatan mental atau rohani yang dipanggil minda dengan tubuh badan tidak boleh dipisahkan dan mental yang tidak sihat akan mengakibatkan kerisauan, kegelisahan sehingga kepada tekanan perasaan dan lama kelamaan individu itu mendapat gangguan fizikal.

Mungkin orang akan bertanya, dah jadi Perdana Menteri tak kan nak gelisah, risau dan tekanan perasaan. Sebenarnya kedua perkara berlainan dari isu yang dibangkitkan kepada Abdullah Hj Ahmad sebagai orang yang tidak sihat mentalnya kerana penyakit itu sudah berada dalam tubuh hampir 20 tahun dan disebabkan kerana pandai menyimpan dan berpura-pura maka penyakit itu tidak dapat dikesan dan diketahui orang, kecuali keluarga yang terdekat.

Jika dilihat dari segi profil Abdullah Hj Ahmad, beliau seorang cucu ulama besar yang digelar oleh Mohamad Bin Mohamed Taib sebagai cucu “Ariffilah”- orang yang mengenal Allah dan bapa nya juga berpengetahuan Islam yang dikira sebagai cerdik pandai hukum hakam Islam dan dia sendiri mendapat gelaran Siswazah kerana lulus Pengajian Islam di Universiti Malaya .

Bagaimana agaknya sekiranya ini berlaku kepada orang lain, katakan ambil contoh seperti Haji Hadi Awang atau ulama-ulama lain yang memperjuangkan syariat Islam, semasa perjuangan waktu muda dan awalnya selepas lulus universiti dan bekerja dan kemudian diangkat menjadi pemimpin umat. Bila mana bapa dan datuk dihormati orang kerana agamanya dan Haji Hadi Awang dapat menumpang nama besar bapa dan datuknya dengan tiba-tiba realiti tidak menjadi fakta.

Bagaimana pandangan umum jika Haji Hadi Awang bercakap soal Islam, jadi imam dan berkhutbah, bila mana di rumahnya sendiri bertentangan dengan seruan nya. Bila mana isterinya menghisap rokok macam perempuan pelacur, berjudi “Manjong” atau bermain bacuk berjam-jam dan berhari. Janganlah diharap sudah berusia atas 40 tahun masih tidak bertudung kecuali majlis keagamaan. Bagaimana pandangan umum bila mana tetamu berada di rumah Haji Hadi Awang, tanpa rasa segan dan perasaan, isterinya menutup lampu dan meminta Haji Hadi Awang tidur sahaja kerana sudah tak jadi Menteri.

Dan keadaan teruji, bila mana Haji Hadi Awang sudah tidak jadi Menteri, keluarganya sebelah isterinya langsung tidak memberi bantuan walau pun di anggap kaya, rumah terpaksa dijual untuk berniaga dan kemudian kena tipu. Dan di mana-mana orang tahu bahawa bapak mentua Haji Hadi Awang, mempunyai kelab yang penuh dengan maksiat perjudian dan jamuan arak.

Bagaimana kah sikap Haji Hadi Awang jika andaian ini berlaku kepada dirinya? Bagaimana mentalnya..

Sang Kelembai: Ada seorang kawan kata… jangan marah dengan Abdullah Hj Ahmad kalau dia betul sakit atau mental disorder, kerana dia tidak bersalah kerana yang sakit dan mental disorder adalah orang yang memilihnya.. siapa yang memilihnya? Jawab sendirilah

Bersambung………….. siri bil 3.

3 comments:

Anonymous said...

Nauzubillah himinzalik...Apa nak jadi Negara Tercinta kita ini. Ada Pemimpin dah jadi gila, gila dgn kekayaan, kuasa, melancong dan mcm2 gila lagi.
Wahai Pemimpin UMNO, ahli MKT UMNO, tegurlah sikit PM tu. Jangan takut demi Agama dan Negara. Biar kita lingkup jangan Negara dan Rakyat lingkup. Lagi lama dia jadi PM lagi malu kita pada Dunia.

zainal abidin awang kechik said...

31/10/2003......31/10/2007.. ulangtahun yang melambangkan KEJAYAAN POLITIK KU...

kawan ku menjadi perdana menteri ..sudah genap EMPAT TAHUN...ingin ku pesan pada nya..PAK LAH.. berlaku adillah seperti UMAR berlaku adil..aku gembira kerana kawan ku telah berjaya memberi sebuah penerusan perjuangan melayu.. PAK LAH..non masih ingat PAK LAH berpesan pada non.." jangan ada pengabaiyan tanggungjawab bila kita diberi kuasa.. "

"DEMI KOTA MADINAH NON DOAKAN SEMOGA PAK LAH DI BERI TENAGA DAN FIKIRAN YANG WARAS BAGI MENERUSKAN KEPIMPINAN NEGARA MALAYSIA..

Anonymous said...

Barulah tahu siapa Abd Kadir Yusof. Anti Islam jugakah dia? Tempoh hari melawat makam pahlawan Masjid Negara,di perkarangannya ada kubur Tan Sri Noah dan di sebelahnya ialah kubur Abd Kadir Yusof. Kedua-duanya orang kuat Genting.

Agaknya, salah satu syarat untuk dikuburkan di perkarangan masjid dan makam pahlawan mestilah berjasa. Salah satu jasa yang menjadi syarat ialah jasa dalam mengusahakan dan menaikkan sesuatu yang dilarang oleh Islam.

Khir Johari dikuburkan di mana? Bukankah dia pun layak dikuburkan di situ?

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia