Adalah terlalu sukar untuk mempercayai jika ada orang menuduh atau mengatakan bahawa Abdullah Hj Ahmad mabuk di Majlis Tahun Baru 2007 di Australia atau menuduh dengan mengatakan bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah ada potensi menuju ke arah ketidaksiuman atau sudah mula tidak siuman.
Ini disebabkan satu gambaran telah ditanam semenjak 30 tahun dahulu oleh orang sekeliling Abdullah Hj Ahmad, bahawa dia adalah cucu seorang bekas Mufti Pulau Pinang yang merupakan seorang ulama yang terkenal di zamannya dan kemudian anak kepada seorang ahli politik yang berlatar belakang agama, maka tidak mungkin segala ini akan berlaku kepada Abdullah Hj Ahmad.
Itu sebahagian dari fikiran orang yang tidak mahu berfikir dan kalau dia seorang Melayu beragama Islam, itu hanya fikiran Melayu bukan fikiran seorang Islam atau mukmin kerana Melayu untuk sekian tahun berketuakan seorang Raja atau Sultan, sehingga hendak memperkuatkan pengaruh raja dalam satu negeri dan daerah pemerintahnya maka dibentuk cerita mitos yang berunsurkan bahawa raja mempunyai daulat, sebarang tindakan ingkar akan menjadikan seorang itu ketulahan.
Hari ini mentaliti itu masih mengalir dalam darah orang Melayu, sama ada dia Melayu asli yang mempunyai etnik Minangkabau, Jawa, Mendeliang, Rawa, Banjar, Bengkulu, Kampar, Bugis dan lain-lainnya atau Melayu yang sudah bercampur Arab, China, Pakistan, Afghanistan, India atau sebagainya atau juga Melayu yang tidak ada darahnya Melayu seperti orang-orang China, India, Siam atau Champa yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan menggunakan adap istiadat Melayu.
Budaya dan fikiran feudal yang menjajah orang Melayu masih abadi walau sudah bertukar generasi hampir 50 tahun. Walau pembelajaran sains dan teknologi telah diserapkan kepada orang Melayu, mereka masih di tahap yang sama seperti sebelum Merdeka yang mana mereka tidak boleh berfikir menggunakan akal.
Ada setengah Melayu yang sudah bergelar Profesor, intelektual dalam disiplin ilmu tertentu dan juga pakar dalam bidang-bidang yang khusus namun untuk berfikir demi kepentingan agamanya yang membawa sekali pemikiran untuk bangsa dan negaranya jarang sekali. Sedangkan isu terpencil seperti ini tidak terdapat bijak pandai Melayu yang akan menulis atau bercakap soal masa depan agamanya, bangsanya dan tanah airnya dan mengaitkannya dengan Abdullah Hj Ahmad.
Apa yang sebenarnya berlaku kepada bangsa Melayu adalah kerana sikap orang yang ahli dalam bidang agama. Itu sebab kewujudan orang alim di ukur dengan seberapa jauh kepekaan dia terhadap masalah-masalah yang diketahuinya. Itu sebab Imam Al Ghazali menyatakan bahawa yang tergulung ulama ialah “orang yang tahu dan dirinya adalah tahu” atau "rojulun yadri wa yadri annahu yadri fa dzalika alimun". Sebaliknya sambung Al Ghazali “orang yang tahu dan tidak tahu dirinya adalah tahu, maka termasuk gulungan tertidur atau "rojulun yadri wa la yadri annahu yadri fa dzalika naimun".
Sebenarnya jika seorang bersikap ulama dia perlu peka terhadap masyarakat dalam negerinya, dia tidak semestinya hablun minallah (hubungan dengan tuhan) sahaja tetapi juga hublun manannas (hubungan dengan manusia). Pada hal dalam ajaran Islam kedua-duanya harus ada tawazun (keseimbangan)
Masalah yang dihadapi oleh umat Islam dan khasnya orang Melayu adalah mencari ulama yang boleh membezakan yang hak dan yang batil, yang tidak takut dengan siapa pun bagi menyuarakan kebenaran,tetapi kebanyakan berada di luar kerajaan telah di mental – “blokkan” oleh UMNO kepada orang Melayu, mereka sebagai pembangkang kerana kebetulan sebilangan mereka sama ada dalam Parti Pembangkang tidak berpihak kepada dasar-dasar kerajaan yang menyentuh soal agama.
Orang Melayu khasnya ahli UMNO boleh melihatnya buktinya akan ulama-ulama UMNO yang pernah dan sedang berada dalam Kerajaan. Di mana mereka kesemuanya sudah berubah, sama ada kata-kata ataupun cara kehidupan mereka. Ini alasan ulama yang sebenarnya tidak mahu menyokong UMNO kerana amat bimbang bahawa amar makruf nahi mungkar tidak dapat diterapkan kerana semua keperluan telah dicukupkan oleh kerajaan.
Di samping alasan aqliyah (menurut akal), juga ada alasan berdasarkan dalil naqly. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “ Para ahli hukum agama itu memegang amanat para Rasul, selama mereka (ulama itu) tidak masuk dalam urusan keduniaan dan mengikut Sultan. Maka apabila mereka telah mengerjakan demikian, hendaklah kamu awasi mereka itu. (H.R Al-Askary dari Ali Bin Abi Talib-hadits hassan)
Itu sebabnya banyak orang tidak menyedari bahawa Abdullah Hj Ahmad telah berucap dengan hadapan bukan Islam di Majlis MCA-Malaysian Chinese Associotion bahawa terdapat orang Islam yang hafiz Al Quran tetapi tidak mengerti maksud Al Quran. Ini bukan satu ucapan dari sembarangan orang, dia di samping seorang Perdana Menteri beragama Islam, dia juga seorang Presiden UMNO, sebuah Parti Politik yang memperjuangkan Islam dalam tujuannya.
Percakapan serupa ini, bolehkah dilakukan oleh seorang yang siuman, sudah pasti dia sudah mula menunjukkan pertanda sudah tidak siuman dan selalu jika seorang sudah mempersendakan agamanya, dia sudah termasuk dalam golongan “gila isen” satu penyakit jiwa yang berbahaya.
Abdullah Hj Ahmad sekarang samalah seperti kisah seorang bapak dan anak yang menaiki keldai, kerana sayangkan anak, beliau sanggup berjalan kaki dan anak di atas keldai. Sehingga ditanya orang, kenapa begitu kelakuan anak, bapaknya yang tua berjalan menarik keldai dan anak senang-senang duduk di keldai.
Setelah mendengarnya percakapan orang itu, maka bapak di atas keldai dan anak menarik keldai, sehingga dia bertemu dengan orang lain, yang marah kelakuan bapak yang meminta anaknya menarik keldai dan dia senang-senang di atas keldai, dan orang itu mencadangkan supaya keldai yang memang mampu mengangkat berat, kedua duanya menunggang keldai itu.
Akhirnya ditegur lagi oleh orang lalu lang akan perihal kedua anak beranak itu menaiki keldai yang tua dan nampak keletihan kerana beban yang ada di atas belakang badannya. Dan orang itu pula meminta supaya belas kasihan dengan keldai itu. Tanpa berfikir panjang kedua beranak itu turun terus mengandar atau mendukung keldai itu.
Moralnya cerita yang tertulis sebahagian kisah-kisah tauladan itu ialah menggambarkan akan perihal Abdullah Hj Ahmad yang bertindak dan bekerja mengikut nasihat orang. Itu sebabnya banyak gelaran penasihat khas kepada Perdana Menteri bekerja dengannya. Kebiasaannya seseorang yang dilantik penasihat ialah seorang yang ada integriti sumbangan dalam bidang tertentu tetapi lain pula dengan Abdullah Hj Ahmad, dia melantik seorang penasihatnya untuk bekerja dengannya kerana dia malas untuk bekerja.
Temberang sakit jiwa dan mental disorder Abdullah Hj Ahmad terserlah semenjak kematian Setiausaha Politiknya bernama Abd Fatah Abdullah, seorang kawan rapatnya di zaman budak-budaknya. Banyak kerja politik Abdullah Hj Ahmad diselesaikan oleh Abd. Fatah Abdullah seorang di belakang tadbir, dia yang banyak melayan orang-orang politik jika datang ke pejabatnya dan juga orang yang membaca fail-fail kerja Abdullah Hj Ahmad dan melaporkan apa-apa yang perlu dibuat .
Disebabkan Abdullah Hj Ahmad tidak lama di Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pertahanan dan bila balik semula memegang jawatan Menteri Luar, perangai dan sikapnya yang tak datang ke pejabat, tidak banyak diketahui orang khasnya Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang tidak ambil kisah Kementerian itu kerana secara de factonya kesemua dasar-dasar luar dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri.
Bacalah buku-buku biografi selepas dia angkat menjadi Perdana Menteri, berapa banyak adanya kisah-kisah kejayaan dalam Kementerian yang dia menjaganya. Malah pengharaman segala jenis minuman keras di Kementerian Pertahanan yang melibatkan Angkatan Tentera telah dibuat oleh Hamzah Abu Samah bila menjadi Menteri Pertahanan.
Bila dia menafikan akan Scomi terlibat dalam perniagaan dan kemudian dapat dibuktikan dalam Internet, maka dengan sendirinya tidak menyedari bahawa di zaman Khalifah Umar Abd Aziz, sebaik sahaja beliau sedang membahagi-bahagikan buah epal yang diperoleh dari rampasan perang ketika itu seorang anaknya mengambil sebiji dari jumlah epal yang bertimbun itu, tetapi dirampas kembali dari mulut anaknya dan memukulnya, sehingga memaksa isterinya membeli epal lain di pasar.
Sang Kelembai: Umar Abd Aziz bukan yang dicari oleh Abdullah Hj Ahmad kerana itu dia tidak seperti Umar Abd Aziz yang merasa berdosa anaknya mengambil sebiji epal hasil rampasan perang sebaliknya merasa bangga anak dan menantunya mengambil kesempatan menyiapkan diri menjadi kaya dengan air mata orang Melayu. Itu sebab Malaysia tidak ada pendirian tegas dengan Myanmar atas isu Hak Asasi Manusia kerana Scomi punya kontrak cari gali dengan Myanmar .
Bersambung Perdana Menteri yang sakit… Bil 4.

2 comments:
Wakil Rakyat Bendang..
50 tahun akan datang umno masuk ke fasa 2 ... bangsa melayu meneruskan perjuangan..Melayu bangsa yang ada hanya kuasa politik..
anih dan unik.. bangsa ini tidak ada pengkianatan kepada bangsa lain.
UMNO perlu banyakan wakil rakyat bendang..
wakil rakyat jenis ini.. perlu kerana wakil rakyat ini..rajin..melawat kawasan dan menjaga keharmonian rakyat..orang melayu memang hebat..telah mencipta rekod dunia politik dunia..hanya umno sahaja parti politik tertua di dunia.. biar pun tua.. tapi waras..perjuangan. bila kuasa di beri kepada bangsa lain...jadi lah macam singapore.. melayu di sana menjadi spisis terlindung..hari ini UMNO.. berjaya masuk ke fasa ke 2... "MOGA ALLAH SEJAHTERAKAN.. MELAYU ISLAM UMNO...
PARTI TOK NENEK MOYANG KU...
"YA ALLAH AMPUNI DOSA DOSA KU"
kritikan bangsa kepada bangsa biarlah membina..busuk,hina,tetap bangsaku..melayu adalah musuh yang paling tajam kepada melayu..jangan biarkan yang lain ketawa melihat kepincangan kita..biarlah mereka cemburu dengan keutuhan kita..
Post a Comment