Friday, November 30, 2007

Bila Anak Raja Terlampau Pandai

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan warga Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang dan institusi penguat kuasa undang-undang negara serta mengambil pendekatan secara bertamadun dan bersopan tanpa mengorbankan keamanan dan kerukunan negara dalam apa juga tindakan mereka.

Baginda bertitah, perbuatan mencabar undang-undang dan institusi penguat kuasa undang-undang dengan mengimport dan memperkenalkan budaya kekerasan bukan merupakan budaya berpolitik yang sihat dan konstruktif.

“Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk itu, warga Malaysia wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara.

“Jika hari ini proses yang menghormati undang-undang dibenarkan untuk dirampas oleh kumpulan tertentu hingga proses undang-undang tersebut boleh runtuh, dibimbangkan negara ini sedang berada pada titik permulaan untuk terheret menuju kepada satu anarki,” titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Ke-160 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini. Utusan Malaysia-30hb November 2007.

Itulah ucapan anak Raja kelulusan Harvard, bakal pewaris negeri Perak yang berucap dalam kotak tembok istana, yang dinaikkan ke jawatan sekarang mengikut kata di kedai kopi dari kerabat diraja Perak tidak mengikut sistem tradisi diraja Perak, kerana bapaknya yang hendakkan begitu, walhal ada lagi pewaris gahara, entah betul, entah tidak memang rakyat bukan sahaja di Perak malah di negeri lain Kerajaan Melayu Beraja tidak ambil peduli hal dalam rumah tangga istana itu, sebagai rakyat yang dilindungi Perlembagaan, semua warga Malaysia (pinjam ayat anak raja ini) terimalah kedudukan Raja yang ada sekarang sebagai Raja Berperlembagaan.

Tetapi bila Raja yang di katakan sebagai seorang intelek kerana dia anak Sultan dan banyak elaun negeri yang diterima, maka bolehlah dia belajar di IPT yang prestij itu, ucapan anak Raja itu ada juga masanya sedikit mengarut, walau pun selama ini ucapan disanjung oleh rakyat marhaen kerana mewakili rakyat.


Apa yang dikatakan ucapan anak Raja yang pernah digosipkan dengan seorang pengacara TV sebagai mengarut, bila mana dia “mengatakan menghormati undang-undang dan institusi penguat kuasa undang-undang negara serta mengambil pendekatan secara bertamadun dan bersopan tanpa mengorbankan keamanan dan kerukunan negara dalam apa juga tindakan mereka”

Apakah dimaksudkan mengambil pendekatan secara bertamadun? Walau pun tidak berterus terang maksud dan kepada siapa yang dituju dalam ucapannya, dengan tidak banyak berfikir, ucapan itu ditujukan kepada peristiwa demonstrasi yang berlaku ini sehinggalah kepada perhimpunan 25hb November 2007.

Siapakah yang primitif dan siapa yang bertamadun? Adakah rakyat yang menuntut haknya dalam sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat kepada satu kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan kerajaan tidak menyediakan pintu terbuka untuk menerima kritikan atau cadangan bagi tujuan pembaikan, sebagai primitif dan sebaliknya di anggap bertamadun jika sesuatu yang datang dari kelompok yang menyokong sebagai bertamadun?

Atau juga tindakan tidak mahu mengeluarkan permit perhimpunan kerana alasan keselamatan, di mana sudah diterima secara undang-undangnya bahawa tidak ada undang-undang yang mengatasi Perlembagaan Malaysia, bila mana Perlembagaan fasal 10 memberikan kebebasan bercakap, berhimpun dan kemudian Fasal 10 (2) menghalang segala kebebasan itu atas sebab keselamatan yang belum boleh dibuktikan dan pembuktian hanya mereka-mereka ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dikira itu tamadun dan bukan primitif? Jawablah wahai anak Raja.

Anak Raja ini mungkin kurang tahu atau memang tak tahu bahawa, bukankah orang-orang Melayu mempunyai pendekatan melalui dua kedaulatan yang terdiri dari Daulat Alam dan Daulat Manusia. Kebudayaan yang meletakan setiap ucapan titah raja dalam satu perkara hanya sebagai Daulat Alam dan ini membawalah kepada soal kehidupan seharian dan Daulat Manusia jauh terbatas dengan sifat alam dalam dirinya.

Sebelum Malaysia merdeka dan menjadikan Raja sebagai Raja Perlembagaan, orang-orang Melayu berada dalam pemerintahan Raja yang mengandungi Daulat Alam dan Rakyat terbanyak berada dalam Daulat Manusia, maka terjadilah kalau lahir sebagai orang bawah, sebagai orang miskin, sebagai orang tanpa pendidikan atau juga sebagai orang perempuan, ia sukar meningkat ke atas. Maka terjadilah dalam masyarakat Melayu dalam abad ke 18, 19 dan pertengahan abad 20, kalau dia tikus tetap tikus, yang kucing tetap kucing, yang kambing tetap kambing, yang macam harimau tetap harimau.

Itu sebab anak Raja Perak ini, di samping membeli buku yang ribu harganya di KLCC itu, sesekali bacalah juga buku yang murah harganya atau buku berbahasa Melayu dan akan terdapat sebuah buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka yang ditulis oleh J.M.Gullick yang bertajuk “Sistem Politik Bumiputra Tanah Melayu Barat. Buku amat berguna kepada anak Raja jika hendak memperkatakan soal tamadun dan primitif.

Itu sebab kita(orang-orang Melayu) perlu bertanya bilakah Raja mula bertamadun? Wa hal Sejarah Melayu penuh dengan tindakan-tindakan Raja yang primitif, bukankah juga Raja-Raja yang menyekat perkembangan Daulat Manusia Melayu dan bersengkol dengan British dan sanggup tidak bertamadun menyiapkan sekolah untuk kepentingan pembesar Melayu dan orang Melayu bawahan hanya layak untuk jadi Askar Melayu menggantikan askar sepoi.

Di mana orang Melayu dan Raja Melayu bila ahli falsafah Yunani Aristoteles yang hidup pada tahun 384-322 sebelum Masihi yang menulis buku Politica, yang jelas menerangkan hak rakyat untuk memilih pemimpin bangsanya dan tidak membenarkan tirani kekuasaan. Begitu juga di mana Raja dan orang Melayu dalam tahun 1215 bila King John dari England mengesahkan undang-undang yang disebut orang sebagai Magna Carta, di mana Raja mengakui kejelasan hak-hak bangsawan bawahannya dan juga hak rakyat yang Raja harus hormati dan tak mungkin dilanggar oleh Raja. Dan begitu juga pada tahun 1295, Raja Edward membaiki hak-hak Parlimen, dia mengatakan bahawa hanya Parlemen yang boleh mengubah hukum.

Jadi bila anak Raja ini bercakap fasal Anarki-(tidak adanya pemerintahan, undang-undang, peraturan atau tertib) juga boleh juga dikira kekacauan, maka kita bertanya sekian lama Malaysia ini menghadapi berbagai demonstrasi dan berbagai tunjuk perasaan termasuk Peristiwa 13 Mei, apakah sudah wujud satu anarki atau rakyat menghendaki anarki. Jadi jika kelulusan Harvard pun tak tahu nak meletakan istilah Anarki, maka ucapan itu lebih banyak dari bercakap memakai kepala lutut dari memakai kepala.

Bukankah lebih baik anak raja ini bercakap supaya menasihatkan supaya kerajaan yang sedia ada, sama ada Kerajaan Negeri Perak atau Persekutuan supaya amalan kerajaan secara totaliter ini diberhentikan. Kerana istilah totaliter sesuai dalam masa zaman Kerajaan Tiga Beranak yang diketuai oleh Abdullah Hj Ahmad, yang memberi maksud bersangkutan dengan satu kerajaan yang menindas hak peribadi dan mengawasi segala aspek kehidupan warga atau rakyatnya.

Eloklah anak Raja ini membaca banyak buku-buku perkembangan Sejarah Jepun, Korea, mungkin juga China dan juga Jerman, yang pernah menjadikan Negara mereka di bawah pemerintahan totaliter, kini sudah bertukar menjadi Negara demokratik yang maju dalam semua bidang, termasuk sains dan teknologi dan kehidupan yang lebih baik kepada rakyatnya, sebaik sahaja kerajaannya menerima komsep pemerintah yang lebih bertamadun bila penyatuan Daulat Hukum dan Daulat Rakyat.

Sang Kelembai: Dahulunya di dalam sejarah Inggeris pada tahun 1649 seorang Raja Inggeris bernama Raja Charles 1 di hukum pancung kerana di anggap melecehkan Parlimen dan untuk sementara Lord Gromwell di angkat menjadi pelindung Parlimen dengan gelaran Lord Protector. Ini kesah orang bertamadun tetapi di Malaysia banyak tindakan dibuat secara primitif. Bila ahli Parlimen tolak penyenaraian Ladang Tabung Haji, Perdana Menteri yang “saya Perdana Menteri” meluluskan juga. Ini Perdana Menteri Primitif atau bertamadun?

11 comments:

Anonymous said...

Rakyat nak bersopan, hantar memorandum diam-diam, menteri kasi masuk dalam tong sampah saja.

Habis bila rakyat mahu menghantar mesej secara terang-terang, dituduh pula tidak "mengikut saluran betul". Kalau saluran jamban disekat, maka sudah tentu najis dan kencing yang dibuang akan melimpah dan kena merata-rata. Tidak sesiapa yang inginkan perkara sebegini. Jadi harap menteri segera alihkan sekatan supaya segala-galanya lancar, sebelum terlambat!

Anonymous said...

"Atau juga tindakan tidak mahu mengeluarkan permit perhimpunan kerana alasan keselamatan, di mana sudah diterima secara undang-undangnya bahawa tidak ada undang-undang yang mengatasi Perlembagaan Malaysia, bila mana Perlembagaan fasal 10 memberikan kebebasan bercakap, berhimpun dan kemudian Fasal 10 (2) menghalang segala kebebasan itu atas sebab keselamatan yang belum boleh dibuktikan dan pembuktian hanya mereka-mereka ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dikira itu tamadun dan bukan primitif?"

Saya setuju dengan pendapat ini. Kita sebagai rakyat malaysia yang mempunyai perbagai kaum harus lah diberi hak kebebasan menyuarakan pendapat atau pun bantahan. Menyekat hak kebebasan bersuara, seperti menyekat hak kebebasan manusia atau dikenali sebagai Hak Asasi Manusia. Kita akui mempunyai tempat-tempat dikhaskan untuk bersuara seperti media masa,media cetak,mahupun di dewan. Menyuarakan pendapat atau pun bantahan sebarang isu di Dewan(R/N) tidak cukup. Sebab ada isu yang tidak dipertengahkan dan dibentangkan. Adakah Ahli Dewan(R/N) tidak bekerja??? Jika mereka betul-betul bekerja, negara Malaysia akan aman hingga ke akhir zaman. Kita tahu,tidak ada kaum di malaysia yang mahu ditindas dan dipinggirkan.

Anonymous said...

Satu analisis yang amat bernas ketika pada saat ini banyak yang pro raja untuk mengubah keadaan.

Realitinya kerabat-kerabat di raja itu hidup mewah dan senang lenang mana pula mereka mahu susah-susah campurtangan dalam politik.

Di negeri Johor tiap-tiap Jumaat rakyat mesti menadah tangan mohon raja selamat dan bahagia.

Saya rakyat Johor ada masalah bila teksi kena rampas JPJ, sita dan tidak boleh operasi dan kena lupus pula, tiada siapa mahu bantu, cuba telefon istana minta pertolongan. Konco-konco istana kata masalah saya tiada kena mengena dengan mereka malah ada pula suruh saya rujuk kepada mufti?! Begitulah bongkaknya mereka!

TDM buat silap yang amat besar... sebab tidak seperti Harry Lee yang sedia pelapis yang betul untuk menerajui negara selepas dia tiada.

Ali Akbar Bin Hashim

din merican said...

Syabas, Sang Kelembai, komen anda tepat dan benar.

Kerajaan Badawi sekarang ini sudah tenat dan agak begitu "desperate". Raja pun digunakan untuk kepentingan politik dan propaganda mereka. Lama mana lagi,mereka nak spin dan boleh lari daripada kenyataan?

Rakyat semakin sedar sungguhpun rakyat didesa belum lagi. Bagaimana kah kita dapat mesej kita bahawa negara kita bertambah parah?

Ini lah cabaran yang amat besar bagi kita semua yang ingin berjuang demi maruah agama, bangsa dan negara. Media arus perdana sudah dikawal dan tidak bebas. Sedih sekali, dong!

Salam dari saya, rakan karib and pembaca dan peminat blog Sang Kelembai. Din Merican

Anonymous said...

Ambo sorang gak senang jah..Raja ko,anak raja ko,PM ke,Menteri ko kalu tak betul bubuh dalam tong sampah jah.Kalu bodoh tetap bodoh walu siapa saja yng bercakap.Bukan Nama atau pangkat demo yang menentukan kebenaran kata2 demo,tapi ucapan dan perbuatan demo sendiri yang akan dinilai oleh orang ramai.kalu bodoh, bodoh situ lah walaupun sape saja yang bercakap tanpa mengira kedudukan...Sekarang ni Orang sudah cerdik.Ini bukan zaman 60an lagi.Orang ramai akan menilai pada kata2 dan perbuatan bukan pada kedudukan.jangan ingat kami sanjung dan telan bulat2 kata2 seekor katak yang berada di atas pusu yg diangkat menjadi pemimpin kami..

Anonymous said...

apabila rakyat malaysia diam sekian lamanya dan tiba2 terbangun dr tido belakulah kejutan kepada kesemua pembesar2 negara! mereka tahu keadaan selepas ini tidak bole dikawal selagi pembesar2 ni tidak mengambil tindakan sewajarnya! sebagai anak raja beliau hanya menjalankan tugas rasmi tuk mengeluarkan kenyataan dan tidak semestinya rakyat kena ikut telunjuk sesiapa! pembesar2 ni mungkin tidak sedar bahawa rakyat malaysia tak duduk atas pokok lagi melainkan mungkin mereka tidak perna turun padang tuk melihat berapa ramai yg dah mula pakai komputer! klau mereka masih berfikiran rakyat masih duduk atas pokok (masih bodoh) lagi bermakna mereka ni akan menghadapi cabaran yg getir pada masa akan dtg! PEACE to Rakyat n May God bless This unsmart government n their gengarooz team...good luck!

Anonymous said...

Tak kan pula anak raja yang sdr maksudkan itu nak menitah rakyat membelangkangi undang2 negara? Itu merupakan political statement. Apa yang sebenar di benak hati DYTM tuhan sahaja yang tahu. kalau tengok kepada rekod yang lepas DYTM ini memang rasional dalam titah ucapan baginda. Tak kan lah sekali bertitah yang agak tidak sebulu dengan aspirasi sdr, maka sdr pilih untuk menghentam baginda!! Bior le adil tindakan sdr!!!

Anonymous said...

raja malaysia ramai sgt....sejarah membuktikan raja2 melayu diera penjajah mudah dibeli...

so pada aku ada raja dgn takda raja sama aje...

lagi bagus takde raja sbb perbelanjaan mewah diorg tu boleh tolong org miskin dan anak yatim di Malaysia...

jika Raja bertindak tegas terhadap tuntutan BERSIH bermakna ada fungsi la raja....kalo tidak takde raja lagi bagus laaa....

Anonymous said...

raja ni bila dah senag dia lupa pada rakyat...dia juga lupa macamana UMNO buat kat dia dulu hampir lupus dan pupus...sekarang ni masih nak sokong UMNO....sedarlah ...bukalah mata telinga dan pemikiran....

Anonymous said...

salah TDM bukan tak sediakan pelapis, tetapi termakan fitnah org terhadap anak didiknya anwar. sampai sekarang org umno atasan ckp anwar jahat, tapi bukti takdepun..

Anonymous said...

nonsense.korang ni narrow minded betul.if korang baik dan di landasan yang BETUL, u guys wont be talking this way macam orang tak bertamadun. yes, semua org ada hak bersuara but PLEASE lah, be more rational lah. ish ish. and harlo, TANPA UMNO awak tu tak merdeka lagi tau. sultan tak kisah cos diorang tau UMNO tolong dapatkan kemerdekaan bukan diorang, salutations to the sultans sbb diorang pun dont make such a big fuss about it. korang jer bising.to u whoever anonymous yg cakap pasal ATAS POKOK, i think you're wayyyyyy ridiculous. eugh.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia