Wednesday, November 28, 2007

Melayu macam "PARIAH"


Semasa perhimpunan demonstrasi Hindraf pada 25hb November 2007, tidak banyak orang mengambil kisah atas tindakan beberapa orang peserta perhimpunan itu yang telah mempamerkan atau menunjukkan gambar Mohandas Karamchand Gandhi yang kemudian bertukar nama kepada Mahatma Gandhi (Mahatma memberi erti “Jiwa yang agung”) seorang pejuang Kemerdekaan India yang menolak jawatan Perdana Menteri sebaik sahaja India mencapai kemerdekaan dari British.

Apakah kaitan Gandhi dengan tuntutan Hindraf itu? Bagi mereka yang ada sikap kepedulian khasnya warga Negara Malaysia semua kaum termasuk orang-orang keturunan India sendiri, itu satu pertanyaan yang perlu dijawab oleh mereka yang mengaku sebagai pemimpin Hindraf, kerana Gandhi juga terkenal dalam perjuangan menghapuskan kasta di India.

Bagi mereka yang tahu memanglah di akui sebelum orang-orang keturunan India di Malaya mengetahui kedudukan masa depannya khas selepas perang dunia kedua, orang-orang keturunan India yang sebilangan besar bekerja sebagai buruh estet milik Inggeris, taat setia mereka masih lagi kepada leluhur mereka, itu sebab dalam masa perjuangan kemerdekaan India, tokoh-tokoh seperti Jawaharlal Nehru dan Subhas Chandra Boes pernah ke Malaya untuk berkempen Kemerdekaan India dan khusus menerima wang derma dari pekerja-pekerja atau buruh India di Malaya bagi menampung perbelanjaan Azad Hind Fauj atau Indian Nasional Army yang dikenali akronimnya INA.

Yang pasti sejarah tidak boleh menafikan bahawa nama Malayan Indian Congress, satu parti politik orang-orang India di Malaya di ambil dari semangat Parti Indian National Congress atau juga dikenali nama Parti Congress.

Dalam India moden, istilah Kasta (caste), diperkenalkan oleh Kolonial Inggeris yang menguasai India sampai 1947. Inggeris yang ingin menguasai India, secara efisien membuat daftar masyarakat India. Mereka menggunakan dua istilah untuk menggambarkan komuniti India , iaitu Caste dan Tribes. Istilah Kasta digunakan untuk Jat dan Varna . Tribes adalah komuniti yang hidup di kedalaman hutan, rimba dan pergunungan yang jauh dari keramaian dan juga bagi komuniti yang sulit untuk diberi kasta contohnya komuniti yang mencari nafkah dari mencuri atau merompak. Daftar-daftar inilah yang dipakai juga oleh Kerajaan India untuk menciptakan daftar komuniti yang diperlakukan Diskriminasi Positif


Para pemimpin di India masa kini telah menentukan bahawa India akan menjadi sebuah negara yang demokratik, sosialis dan sekular. Menurut undang-undang, ada pemisahan antara agama dan negara. Tindakan penghinaan atau diskriminasi terhadap seseorang berdasarkan kastanya sangat dilarang. Bersamaan dengan hukum ini, pemerintah menerapkan Diskriminasi Positif bagi kaum tertindas di India. Malah ada pertanda Diskriminasi Positif (Positive Discrimination / Affirmative Action) satu cara Kerajaan India yang bertujuan untuk membetulkan amalan diskriminasi di masa lalu dan sekarang melalui tindakan-tindakan aktif untuk menjamin persamaan hak untuk memperoleh peluang dan hak dalam semua rancangan-rancangan kerajaan.

Di India sekarang, ketegangan mulai timbul kerana kebijakan diskriminasi positif ini. Komuniti dari kasta tinggi merasa didiskriminasikan oleh kebijakan kerajaan untuk menentukan hak-hak bagi Backward Class atau Klas kebelakang ini. Dalam beberapa contoh, sejumlah kasta tinggi bersaing untuk mendapatkan tempat bagi mereka. Sementara anggota dari BC tidak perlu bersaing sama sekali kerana ada sejumlah besar kuota sudah dipersiapkan bagi mereka. Kadang-kadang untuk memenuhi kuota ini, kandidat dari kasta rendah diterima meskipun mereka tidak layak untuk posisi tersebut. Kadang-kadang juga ada posisi yang telah di alokasi tetap dibiarkan kosong kerana hanya ada beberapa kandidat dari kasta rendah, dan hal inilah menyebabkan ketegangan di antara kasta. Diantara kasta rendah sendiri ada juga ketegangan terhadap kuota dan rizab ini.

Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggerisnya "untouchables". Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini



Sejarah Sistem Kasta

Sistem Kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita yang menyatakan:

· Pekerjaan-pekerjaan kaum Brahmin, Ksatriya, Vaishya, dan Sudras adalah berbeza, harmoni dengan tiga kuasa yang berkaitan dengan kelahiran mereka.

· Peranan kaum Brahmin adalah keamanan; harmoni, austerity, dan kesucian; kecintaan – bermaaf-maafan dan peribadi yang murni; berwawasan, berhikmah dan berkepercayaan.

· Peranan kaum Ksatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik.

· Perdagangan, pertanian dan membela kerbau ialah pekerjaan kaum Vaishya. Dan kerja kaum Shudra pula ialah untuk memberi perkhidmatan


Maka jika Hindraf memperjuangkan soal yang ada kaitan dengan kepentingan Melayu seperti menghapuskan kuota bumiputra di dalam perlembagaan, maka perlulah orang Melayu bertanya kepada Hindraf, adakah maksudnya penghapusan itu memberi pengertian bahawa Malaysia telah mengamalkan sistem kasta sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan India yang mengujudkan beberapa kuota untuk golongan kebelakangan ini yang dikenali seperti kasta “pariah?”

Sekiranya Hindraf berjuang bagi menuntut hak persamaan sebagai warga Negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat, perjuangan itu adalah satu perjuangan yang perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Tetapi yang menyebabkan orang-orang Melayu kena berfikir semula untuk menyokong perjuangan Hindraf ialah kekeliruan perjuangannya.

Kerana Hindraf sudah pasti datang dari keturunan India yang tidak dipedulikan oleh pemimpin India yang kasta tinggi dan pernah terjadi satu parti politik orang India terpaksa diwujudkan kerana diskriminasi terhadap satu golongan orang India yang kastanya rendah dan parti itu mendapat sambutan dari masyarakat India yang tercicir ini sehingga bagi menebus maruahnya kasta ini telah menghadiahkan kereta Mercedes kepada pemimpinnya, betapa pun ahli-ahlinya terdiri dari kaum buruh dan pekerja estet.

Adakah apa yang dilakukan oleh Hindraf itu seperti bidalan Melayu yang pernah digunakan, ia itu “ku tembak pelanduk, rusa yang kena, dan bila ku lihat gajah yang mati” Ia itu yang hendak tembak ialah British, yang terkena ialah MIC dan pejuang kaum India tetapi yang matinya ialah Barisan Nasional?

Bagaimana pun sebagai orang yang boleh berfikir,seharusnya orang Melayu jangan melatah dengan tindak tanduk Hindraf, kerana di dalam satu sudut pandang, memanglah nampaknya Hindraf itu mencabar orang Melayu tetapi dari segi yang lain, ada juga kebenarannya bahawa orang-orang Melayu sudah menjadi sebagai kaum pariah atau Backward Class, yang diperlukan disiapkan kuota dan rizab ekonomi tetapi malang yang, dapat segala peluang itu bukan Melayu yang tertinggal dan kebelakang tetapi sebaliknya di lapah oleh keluarga-keluarga Brahmin atau Brahmana UMNO seperti kasta yang wujud di badan Abdullah Hj Ahmad, cucu Arifbillah dan anak ulama besar.

Sang Kelembai: Ada pertanda tindakan Hindraf itu satu konspirasi Kerajaan Tiga Beranak, kerana formula ini sudah pernah digunakan oleh Amerika, yang mana Presiden JF Kennedy menolak cadangan CIA untuk menembak sendiri peluru berpandu ke Bandar-bandar besar Amerika untuk provokasi di zaman konflik Cuba dan yang terbaru ialah pengeboman World Trade Center di New York bagi menghalalkan serangan Amerika ke Iraq. Bila melihat cara Abdullah Hj Ahmad bercakap sama seperti Operasi Lalang yang mana UMNO menganjurkan demonstrasi isu Lim Kim Sai dengan MCA.

17 comments:

SRRDJPS said...

Encik Bahagavd-Gita tidak pernah mengalakkan sistem kasta. Apa yang anda lihat hari ini adalah versi korup daripada sistem sebenar yang berlandaskan kepada kepintaran dan perkembangan akal seseorang. Kalau encik hendak mengenali lebih dekat, encik boleh hubungi saya

Anonymous said...

There is an error in your interpretationof bhagavad gita on the caste system. It should be read as below:-

Bhagavad gita as it is chapter 4 verse 13:

translation: According to the three modes of material nature and the work associated with them, the four divisions of human society are created by ME (Lord Krishna)......

So your interpretation that caste is based on BIRTH is wrong not caste actually it's division of work which is based on work and quality.
If one takes birth in royal family and has the brain of labourer class according to bhagavad gita he would be considered as labourer class only.


The division of human society is based on what type quality he has acquired whether is in the mode of goodnes, passion or ignorance and what type of work he's doing.
The makan gaji are considered sudra or labour class.

The modern version of caste system is a hodge podge.

Anonymous said...

Saudara Sang Kelembai,

Sebagai seorang yang bukan dari kaum India saya melihat dari perspektif luar atau third party’s view. Saya melihat bahawa orang India amat kecewa and marah terhadap MIC yang selama ini tidak banyak memperjuangkan nasib orang India terutama sekali dalam isu "welfare" dan peluang perkerjaan, khasnya dari ladang estet and yang terpingir di arus pembangunan di kota-kota besar. Sering kita mengaitkan kaum India ini dengan todi atau arak, memukul isteri, gangster, padai menipu dan membelit-belit. Saya rasa generasi muda kaum tersebut tidak mahu lagi berada dalam kancah "stereotype" tersebut dan mahukan kemajukan pada kaum mereka. Akan tetapi, mereka tahu bahawa dalam hal ehwal komuniti mereka, MIC yang paling berkuasa and jika mereka bertindak menentang MIC secara terus, mereka akan kalah. Oleh sebab itu mereka merancang satu gimik untuk meraih sokongan dengan imbuhan pampas berjuta-juta yang di tuntut dalam saman mereka terhadap kerajaan British. Walaupun tututan saman dalam hikmat saya, memang gila lagi lucu, akan tetapi gimik tersebut mendapat liputan yang meluas dari serata dunia dan sokongan padu dari kaum merek. Ini memalukan BN/MIC yang tidak berguna itu. Saya melihat itulah cara mereka untuk sedarkan kaum mereka supaya tidak lagi di kongkong oleh MIC sekian lama ini. Dan masa yang di buatnya memang tepat kerana musim pemilu dah nak tiba.

Semalam di akhbar, The Star ada mengatakan molotov yang di tujukan ke pejabat MIC di Pulau Pinang. Ini menunjukkan Hindraf and orang India yang menyokongnya ini memang targetnya terhadap MIC dan bukan UMNO atau mana-mana parti komponen yang lain. Saya lihat rakyat bukan Melayu sedar akan realiti bahawa UMNO lah pemimpin rakyat sebenar dan tidak boleh menaruh harapan apa MIC ataupun MCA. Oleh yang demikain mereka lebih suka untuk berunding terus dengan pemimpin UMNO daripada MCA ataupun MIC yang tidak berguna itu. Dan memang betul dalam hal ini kerana UMNO mempunyai 109 kerusi di parliament manakala MCA dan MIC masing-masing mempunyai 31 and 9 kerusi, manalah cukup untuk membuat “bargaining power” untuk rakyat yang bukan melayu? Oleh yang demikain, memang tepat jika NGO and rakyat biasa mengeluh sakit kepada UMNO dan bukan parti-parti komponen yang langsung tidak berguna itu.

Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara,

Hati hati buat tuduhan atas Pak Lah. Dia PM Kami yang sah yang dilantik oleh rakyat. Janganlah terlalu dasyat tuduhan hingga melibatkan satu kumpulan Hindu dengan beliau.

Kalau saudara tak setuju dengan Pak Lah pun janganlah libatkan beliau dengan satu kekejian sebegini. Amat Besar dosanya.

Apa dosa Pak Lah, anak dan menantunya pada Saudara? Pernahkah mereka menganggu saudara dan family saudara?

Cubalah fikirkan yang positif. Tak kanlah tidak ada satu kebaikan pun yang telah Pak Lah lakukan pada kita semua.

Ini rezeki yang Allah swt beri kepada sesiapa yang di kehendaki dan kuasa juga pada sesiapa yang di kehendaki. Kun Pa Ya Kun. Dan janganlah DENGKI KJ jadi menantu PM.

Ini rezeki KJ lah. Jodoh dia. Kita semua dari Luh Mahfuz lagi memang sudah ada jodoh masing masing. Janganlah biarkan perasaan Hasad Dengki saudara kepada penulisan penulisan yang mengaibkan orang lain lebih lebih lagi pemimpin negara kita yang seagama dengan kita.

Renung renungkanlah. Saya tidak ada kepentingan apa apa dari Pak Lah ke atau dari KJ atau JFK, umur pun dah 50 tahun. Terpaksa act pun macam 50 tahunlah.

Gunakanlah keistimewaan yang Allah swt beri pada saudara dalam Penulisan ke arah kebaikan, perpaduan sesama Melayu dan Islam khasnya kalau pun tidak ke arah Kemajuan Ekonomi.

Jangan dibakar jiwa jiwa muda dengan api kebencian yang tidak tentu hujung pangkal, menghasut anak bangsa benci dan memandang remeh kepada nikmat bertuankan dan berPemimpinkan seorang Melayu dan Islam.

Kita kuatir Saudara, kalau kita tak bersyukur, Allah swt akan tarik balik nikmat ini. Nauzublillah!!!

Anonymous said...

I really appreciate ur comments on the 25th rally at KL city. And thanks for supporting indians and waking up malays from being fooled by the rulling government.

Anonymous said...

Konklusi yang menguatkan lagi ramalan bahawa Pak Lah 3 beranak adalah antara ahli Freemason yang terlibat dgn NWO Illuminati.
Go blogs!

equaliser said...

Usaha kamu untuk menerangkan sistem kasta Hindu saya puji. Sistem kasta pada asalnya adalah berdasarkan sifat atau perwatakan seseorang manusia. Seorang yang bersifat baik dan 'beriman' dikatakan kasta tinggi dan sebaliknya jika kasta rendah. Sistem ini untuk menghargai orang baik dan mengasingkan orang tidak baik.

Lama-kelamaan sistem ini telah disongsangkan berdasarkan warna kulit. Maklumlah tamaddun Hindu/India beribu tahun lama disamping kedatangan orang-orang berkulit cerah dari sebelah barat daya.

Zaman sekarang sistem kasta lebih songsang- tidak lagi ditentukan oleh perwatakan atau warna kulit tetapi wang dan kuasa. Misalnya, penjual dadah yang hidup mewah kasta tinggi, orang yang tinggal rumah kos rendah guna motorsikal kasta rendah. Walaupun orang yang kurang tersebut seorang yang baik perwatakkannya.

equaliser said...

Satu lagi perkara, positive discrimination yang diamalkan oleh kerajaan India sungguh berkesan sehingga orang-orang Islam dan Kristian pun meminta dikategorikan sebagai kasta rendah supaya mereka juga dapat faedah quota tersebut.

Baru-baru orang India Muslim sedang menyaman kerajaan India supaya mengkategorikan mereka sebagai kasta rendah!

Anonymous said...

i honestly don't think Hindraf can be put on the same pedestal with the Bumi issues. Pity those estate Indians indeed who have been sidelined for so many years. Yes, the Government has done some to alleviate their problems. But surely, they deserve more. They cannot be faulted when they take after the Malay principles and slogans: There cannot be a Malaysian Malaysia when one ethic group is left behind. In this case, way behind.

Anonymous said...

salam saudara, kita memaparkan gambar Gandhi ahad lalu, sebagai tanda kita berkumpul secara aman.

Sudah pasti saudara seorang yang pandai dengan sejarah gandhi, jadi saudara tahula bahawa seluruh kempen merdekanya dilancarkan dan telah berjaya atas prinsip hindu yang berusus 'ahimsa' or 'non violence' atau 'tanpa kekerasan'. sebab itulah kita memaparkan gambar gandhi, untuk mengingatkan para perserta dalam himpunan dan juga semua yang lihat kami, di jalan raya dan kaca T,V, bahawa kita di sana berdasarkan prinsip tanpa kekerasan, berhimpun secara aman. Itu sahaja, isu kasta tak pernah dilayan orang india yang mengetahi agama Hindu dengan teliti, dan sama sekali oleh Hindraf.

Warna kulit dan kasta tidak ada kaitan menurut Bhagavad Gita. Malah perkataan yang membawa makna 'Kasta' pun tidak wujud dalam Bhagavad Gita. Konsep 'kasta' digunakan oleh orang portugis yang tiba di Goa.

Dalam Bhagavad Gita, konsep warna dan peranan social seorang individu dalam komunitinya adalah berdasarkan 'freedom to choose'.
Contoh, jikalau seorang ingin dan berusaha unutuk memimpin atau menjadi askar untuk memberi perlindungan kepada bangsa, dia digelar seorang Kshatriya. Kalau ingin mempelajari agama, dia digelar seorang Brahmin. Dan pernanan ini bukan tetap, kita tidak lahir dalam peranan kami, ia berdasarkan pilihan. Kita berupaya memilih apabila mempunyai intelek dan berkelakuan responsible. Tibanya masa itu individu yang sudah memilih akan dirasmikan dengan tali yang warnanya mewakili parananya dalam komuniti.


Terima kasih untuk masa saudara dan peluang menyuara di sini.

Salam,
Sathya

Anonymous said...

Tuan yang terpelajar. Saya dapati banyak perkara yang disebut tidak merujuk kepada fakta dan tidak mengikut perkembangan masa
1.Mahatma Gandhi di gelar- beliau tidak mengelarkan / menamakan
dirinya.
2. mahatma dalah bereri berjiwa besar. Beliau adalah merupakan sibol pasifist. Satya graha cara nya . penggunaan simbol M. gandhi oleh HINRAF tidak ada sebarang kaitan dengan India atau kemerdekaan India dsb.Orang barat pun selau kaitkan beliau dan Martin Luther king dalam cara mereka menegakan kemenangan
Orang India di Malaysia sudah 4 generasi. ramai yang tak tahupun fakta yang tuan ketahui berkenaan India. Ramai dari orang India sini sudah tidak ada perhubungan keluarga pun
Sekiranyan tuan mahu sebut kan Bagawatgita..harus sebut dari petikan mana. Setahu saya orang islam dilarang bac Kutab orang kafir. jadi biarlah say betulkan kasta itu tidak terus datang dengan kelahiran tapi dengan kelakuan manusia tertentu, yang di kaitkan dengan karma. Tapi apa yang tuan sebutkan adalah apa yang orang amalkan . Apa yang di amalkan oleh orang Islam tak semestinya amalan betul islam...sebagitulah kirannya.
Lebih baik tuan fokus tentang perkara yang tuan tahu sahaja> jangan nak sebut pasal agama orang lain tanpa tahu fakta sebenar.

Ugama Hindu itu lebih menyuluroh dan lebih dari kasta sahaja. Apa yang tuan pandang seharian tidak semestinay betul. macan orang agama islam extremist yang suka bom (walaupun tujuan nak bunuh seorang)saya kira bukan ajaran islam sebenar.
Terima kasih

Anonymous said...

Saudara salah tafsir. Orang Melayu biasa adalah insan dengan pemikiran waras dan takut kepada Tuhan..

Generasi Pariah adalah UMNO yang kini bongkok dan tidak takut ap jua kepada Tuhan..hingga boleh bunuh orang dagang dengan letupan bom. UMNO Belia dan UMNO orang tua kini sedang mengalatkan orang Melayu untuk mengkayakan diri dan saudara mar mereka saja...Memang sapi..mereka sapu..tinggal sakibaki untuk orang Melayu untuk jilat.

Anonymous said...

saya rasa sistem kasta ini wujud bukan berpunca dari Bhagavad Gita tetapi berpunca dari kegagalan pembaca Bhagavad Gita untuk memahami apa yang tercatat dalamnya.

Dalam Rig Veda ter catat

कारुरहं ततो भिषगुपलप्रक्षिणी नना । (RV 9.112.3)
"I am a bard, my father is a physician, my mother's job is to grind the corn......"

kasta hanya dilihat sebagai perkerjaan

saya kurang setuju dengan tajuk article ini kerana ini bagaikan menuduh semua orang melayu macam pariah disebabkan kegagalan segelintir orang dalam memimpin

mungkin sistem Bumiputra ini sengaja diwujudkan untuk memastikan penguasaan ke atas kaum bumiputra berkekalan sedang kan ia sebenarnya melemahkan kaum ini. Ini bagaikan acara lumba lari yang diadakan di kawasan tempatan dimana satu pihak di beri masa untuk lari 5 minit dulu sebelum pelari lain dimana menyebabkan pelari lain untuk kuat berusaha dan mencari jalan untuk menguatkan diri dan mengatasi pihak yang diberi keistimewaan. Manakala pihak yang diberi keistimewaan ini leka kerana ada kelebihan 5 minit. Tetapi bila pihak yang diberi keistimewaan ini belari di acara dunia mereka menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan pelari luar negara kerana tidak diberi keistimewa masa lebih 5 minit ini. ini yang cuba menyatakan bawa sistem bumiputra yang memberi 5% ini sebenarnya melemahkan mereka. Maafkan saya jika tersilap kata , saya hanya meluahkan pendapat saya.

johari said...

what are you talking ,we are see are serious probleam you are talking about carst stupid do you like war it is thry belife they pray to satan or good you are not invovle what you need peace and good live ,if they are happy let them be happy our father of indepent have promise them the right of prayer ...this stupid mamak and indonesian run country are destoying not malay are good some thing went wrong some were they let the indonisian are run the country they have no idea about malaysia they are not malay

Anonymous said...

Nak balas sikit komen saudara ini ...

"Assalamualaikum Saudara,

Hati hati buat tuduhan atas Pak Lah. Dia PM Kami yang sah yang dilantik oleh rakyat. Janganlah terlalu dasyat tuduhan hingga melibatkan satu kumpulan Hindu dengan beliau.

Kalau saudara tak setuju dengan Pak Lah pun janganlah libatkan beliau dengan satu kekejian sebegini. Amat Besar dosanya.

Apa dosa Pak Lah, anak dan menantunya pada Saudara? Pernahkah mereka menganggu saudara dan family saudara?

Cubalah fikirkan yang positif. Tak kanlah tidak ada satu kebaikan pun yang telah Pak Lah lakukan pada kita semua."

Dasar Pak Lah yang menyusahkan rakyat dan mengkayakan suku-sakat sudah cukup menjadi dosa kepada saya. Mungkin saudara cuma membaca Utusan, Berita Harian dan lain-lain bahan belitan BN ... sehingga tidak sedar tentang kemerosotan kekuatan negara sejak era pemerintah BN lagi.

Saya katakan bahawa adalah satu dosa apabila kerajaan menghabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk membuat kerja tak berfaedah seperti menghantar kosmonot ke angkasa lepas, tatkala masih lagi banyak rakyat Malaysia miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tatkala rakyat menanggung beban ekonomi yang meningkat.

Saya tidak melihat satupun perkara positif yang dilakukan oleh Pak Lah. Yang negatif itu buat satu senarai satu muka surat tak cukup. Jika saudara merasakan ada, elok catatkan untuk tatapan umum, jangan sekadar mengagak ada saja.

Anonymous said...

Saudara SK,
Saya sokong jika sekiranya orang India memperjuangkan kemajuan dari pelbagai segi sama ada ekonomi, sosial dsbnya. Tetapi saya sama sekali tidak menyokong tindakan HINDRAF tempoh hari.
Hindraf bukan memperjuangkan kemajuan kaum tetapi agama kerana bukan semua kaum India beragama Hindu - ada yang Buddha,Islam dan Kristian. Tuduhan dalam Memorandum mereka adalah melampau dan sepatutnya dikenakan ISA.
Dari segi ekonomi, kaum India perlulah digalakkan bekerja keras untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Lihat para pekerja pendatang asing seperti Indonesia, Bangla, Vietnam, Burma dsbnya yang datang dan bekerja keras siang malam malah ada yang menjadi kaya. Maka saya merasakan untuk menyalahkan sesiapa terhadap kemunduran sendiri kerana malas adalah keterlaluan. Kaum lain juga boleh menuntut dari Kerajaan British sekiranya tuntutan Hindraf dilayan kerana British telah menurapkan budaya malas bekerja kepada mereka sejak awal lagi dibawa ke Malaysia. Hanya bekerja 4-5 jam sehari kerana menoreh getah dari pukul 6pagi hingga 10 pagi.
Sepatutnya pihak pembangkang khas Anwar/DAP dan pemerintah MIC,PPP patut menasihatkan Hindraf egar melihat kepada diri sendiri. Isu kuil sepatutnya ditangani secara rasional dan bukannya secara gangsterisme sudahlah tidak menghormati perasaan dan harta orang lain mereka bersikap ganas serta membina kuil di mana suka atas tanah orang. Kemudian degil untuk berpindah. Bagaimana orang hendak hormati mereka jika mereka tidak menghormati kaum lain. Di mana sahaja sudah jadi trend mereka menduduki secara haram di hartanah milik orang lain samaada setinggan, kuil atau membela lembu dsbnya. Kerajaan perlu tegas dalam menangani isu ini dan undang-undang harus digubal untuk menghukum mereka yang menceroboh menduduki kawasan orang secara haram tanpa kebenaran dan bukannya seperti yang diamalkan sekarang iaitu memberi pampasan lagi kepada mereka.
Hindraf jangan lupa Tan Sri Ananda Krishnan adalah dari kaum mereka dan dia merupakan orang kedua terkaya di Malaysia. Semua ini dicapai kerana usaha keras beliau.

Anonymous said...

SK,
Semua ini adalah permainan Anwar yang tidak boleh dipercayai. Kenapa disokong sesuatu yang tidak betul dan salah seperti tindakan Hindraf. Jangan nyalakan isu agama dan kaum sehingga mengugat ketenteraman negara. Semasa Anwar menjadi TPM lagi gawat beliau buat dan kenapa bila beliau berpeluang mengubah semasa di atas tidak dilakukan.
Pak Lah is Useless leader and it was a fact but Anwar is hipocrite leader. Orang kata kalau nampak ular dan orang __dia pukul si dia tetapi saya rasa kalau nampak sidia lebih baik pukul Anwar dulu.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia