Monday, November 26, 2007

Ketua Polis Negara pun dah sakit

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi mengenai perhimpunan Hindraf berkata, tindakan menahan peserta perhimpunan haram tersebut diambil berikutan mereka bertindak liar dengan membaling batu dan besi kepada anggota polis yang bertugas mengawal keadaan.

Menurutnya, polis terpaksa bertindak demikian kerana kumpulan berkenaan mengingkari arahan bersurai selepas diminta berbuat demikian. Seramai 4,000 anggota polis yang ditugaskan, kata Musa dan pihaknya tidak menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan mereka daripada menyertai perhimpunan haram itu.

Ditanya dalang di sebalik perhimpunan haram itu katanya, polis masih menyiasat individu yang bertanggungjawab menganjurkannya dan yakin mereka dapat dikenal pasti dalam masa terdekat ini.

‘‘Para peserta perhimpunan haram hari ini seolah-olah tiada haluan dan berpecah belah, sekali gus menunjukkan seolah-olah mereka tiada ketua,’’ katanya. Utusan Malaysia . 26hb Nov 2007.

"Di situ, polis menggunakan tindakan pencegahan paling minimum, iaitu pancutan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka tanpa menggunakan kekerasan fizikal,"katanya. Musa menegaskan, polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan haram itu termasuk pemimpinnya.

"Polis mempunyai cukup bukti untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin, penganjur serta penunjuk perasaan terbabit," katanya sambil menjelaskan polis sudah memantau aktiviti Hindraf dalam tempoh tertentu. Beliau berkata, polis sedia mengadakan rundingan dengan pemimpin kumpulan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain , tetapi tidak seorang pun pemimpin Hindraf yang kelihatan sehingga jam1.30petang.

"Mereka berucap dan pulang tanpa menyerahkan sebarang memorandum pun seperti di war-war," katanya.
Berita Harian 26hb Nov 2007


Bila membaca kedua berita dalam surat khabar arus perdana milik ULC-Umno Link Company tiada apa-apa yang tidak kena mengenai pemberitaan mereka terhadap Perhimpunan halal dari segi Perlembagaan Malaysia tetapi haram dari segi undang-undang Polis ke atasa Hindraf-Hindu Right Action Force.

Tetapi jika teliti laporan yang dibuat oleh Berita Harian perkara mengenai KPN-Ketua Polis Negara menyatakan Polis bersedia berunding dengan pemimpin Hindraf menimbulkan tanda tanya.

Bukan kah pada Khamis, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang lima pemimpin Hindraf dan penyokong mereka daripada menganjurkan atau menyertai perhimpunan hari ini di ibu kota.

Kelima-lima mereka ialah P. Uthayakumar, adik lelakinya Waythamoorthy, M. Manoharan, V.S. Ganapathi Rao dan R. Kengadharan.

Polis bukan sahaja tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan itu kerana bimbangkan keselamatan awam tetapi melarang sesiapa sahaja untuk mendekati atau berhimpun di Pejabat Suruhanjaya atau Kedutaan British, Di Jalan Ampang

Soalnya tak akan KPN tidak mengetahui bahawa ada pemimpin Hindraf setengahnya ditahan dan berada dalam penjara dan setengahnya dilarang ke kawasan tersebut. Ini bererti jika pemimpin Hindraf didapati berada di kawasan tersebut dengan secara sendiri mereka boleh ditangkap.

Maka berita itu menjadi senda gurau, bagaimana Polis mengatakan bahawa bersedia berunding dengan pemimpin mereka, walhal pemimpin mereka ada yang sudah ditahan polis dan berada dalam penjara. Ini bererti KPN sendiri sudah mula mengidap penyakit lupa, jika tidak seteruk Menterinya yang sudah jelas "mental disorder" atau kenapa Polis tidak berunding sebelum perhimpunan itu disuraikan secara paksaan dengan belantan, water canon dan gas pemedih mata.

Akhirnya Polis pun dengan pertolongan semua saluran berita TV dan surat khabar memberikan cerita mohon simpati bila berulang kali menayangkan akan kisah Polis yang luka kerana dibaling oleh peserta perhimpunan. Publisiti Polis yang cedera menjadi berita utama dari menceritakan akan kisah puluhan ribu orang awam yang tidak berdosa disemburi dengan air kimia dan gas pemedih mata dan jauh sekali seperti di Terengganu akan kisah bagaimana orang awam ditembak Polis, mangsa tidak pernah dikunjungi Polis jauh sekali di “interview” untuk menceritakan kisah yang sebenarnya.

Orang ramai dan rakyat bukan tidak simpati dengan Polis tetapi bila mereka melihat cara Polis dalam menangi isu perhimpunan halal yang diharamkan dan juga provokasi Polis terhadap orang awam dengan cara membuat sekatan jalan raya supaya orang ramai akan memaki seranah atau marah kepada penganjur perhimpunan dan keadaan itu akan menguntungkan Kerajaan Tiga Beranak yang di pimpin oleh Abdullah Hj Ahmad, tetapi sebaliknya orang ramai sebenarnya lebih marah kepada Polis daripada simpati.

Sebenarnya jika Polis hendak membantu Kerajaan Tiga Beranak,dalam dwifungsi barunya belajar cara pemikir Polis terdahulu yang menasihatkan kerajaan, soal perhimpunan halal atau haram sudah beberapa kali berlaku sebelum dan selepas merdeka. Tetapi pemikir keselamatan dahulu tidak menggunakan formula bodoh dengan membenarkan pemimpin kerajaan bercakap mengatakan bahawa perhimpunan itu di dalang oleh parti pembangkang dan berunsur kepentingan politik.

Dahulunya hanya dengan satu kenyataan sahaja oleh Kerajaan bahawa perhimpunan yang diadakan itu berunsur ""anti nasional" atau dihasut oleh "elemen subversif," dengan sendiri rakyat takut untuk melibatkan diri dalam satu-satu perhimpunan, malah bila Polis berdepan dengan perhimpunan yang boleh mengganggu keselamatan orang awam, orang awam menerima senang hati tindakan Polis dalam menyuraikan perhimpunan, demonstrasi atau bahasa selalunya dipanggil penunjuk perasaan kerana demonstrasi itu sudah menjadi musuh orang ramai.

Bila penunjuk perasaan sudah menjadi musuh rakyat dan rakyat tidak langsung bersimpati dengan penunjuk perasaan tetapi hari ini sudah menjadi berlainan. Semenjak beberapa kali perhimpunan dan demonstrasi diadakan serta melihat cara polis bertindak maka kesimpulan yang timbul adalah tindakan polis sudah diambil kira sebagai tidak selari dengan Hak Asasi Manusia.

Kenapa jadi begitu. kerana terlalu ramai sangat orang yang hendak bercakap dalam isu keselamatan, dari Menteri Penerangan, Menteri Kerja Raya dan macam-macam Menteri semuanya membuat ulasan termasuk Timbalan Perdana Menteri. Dahulunya seorang atau dua orang sahaja yang terlibat sama ada Perdana Menteri atau Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Itulah yang menyebabkan orang ramai menjadi keliru, seperti isu Perhimpunan 10hb November dan 25hb November, pengharaman perhimpunan itu isu keselamatan atau isu memperkukuhkan kuasa Abdullah Hj Ahmad? Yang dinanti sekarang adalah gelombang rakyat untuk menunggu siapa nak mulakan Perhimpunan Aman untuk mengadakan majlis "Berhenti Dolah Berhenti" ia itu mendesak Abdullah Hj Ahmad berhenti menjadi Perdana Menteri, sebelum negara ini lingkup atas gaya hidup yang berfoya-foya dengan menggunakan lawatan rasminya ke Mesir untuk meraikan hari jadi yang ke 69 tahun.

Jika Abdullah Hj Ahmad ini bijak dan boleh berfikir, bukankah tarikh 25hb itu, dia berada di sidang Chogm di Uganda, dia benarkan sahaja perhimpunan itu dan di sana dia berkata jika kes tuntutan itu di bawah ke Mahkamah British, Kerajaan Malaysia akan berpihak kepada Kerajaan British untuk menyediakan peguam untuk menolak kes itu. Tetapi kerana dia kurang cerdik kerana banyak tidur dari jaga, dia tak tahu macam mana nak urus krisis dan damage control.

Sang Kelembai: Jika buka fail “Special Branch” sudah pasti akan terjumpa pada tahun 60an, orang China telah membuat tuntutan "Hutang Darah" kepada Jepun, ada juga tunjuk perasaan tetapi Almarhum Tunku Abd Rahman semasa Perdana Menteri, memberikan sokongan sepenuhnya dan menjadi jurucakap tuntutan itu kepada Kerajaan Jepun. Walau akhirnya pemberian hutang darah dibayar dalam bentuk pemberian kapal yang sekarang bernama MISC dan ditadbir oleh Petronas sebelum terjual ke Hong Kong. Apalah salahnya jika hari ini Abdullah Hj Ahmad sendiri mengetuai perbincangan "Hutang Perhambaan" orang India yang dibawa ke Malaya oleh British.

7 comments:

Anonymous said...

Saudara SK,
Pd pendapat saya, Tan Sri KPN tidak sakit hanya terdapat severe hick up dalam chain of command dlm PDRM. Malam tadi saya menonton siaran berita mengatakan bahawa peguam yg merupakan penganjur Hindraf telah di `discharged not amounting to acquittal'. Ha, apa dah jadi. Ini betul betul kecoh dan menampakkan tidak ada efficiency langsung di pihak PDRM sebelum menangkap dan mengheret tertuduh ke mahkamah. Sepatutnya sebagai penguatkuasa undang-undang mereka mestilah berpegang kepada prinsip bahawa pihak yang bersalah akan pasti didakwa dan bukannya ditangkap tetapi tidak berjaya didakwa atas kelemahan teknikal.

Unknown said...

Tuntutan Cina terhadap Jepun adalah fakta, tetapi tuduhan Hidraf
adalah fitnah dan pembohongan semata mata.Kalau nak sokong sesiapapun lihatlah pada kebenaran, jangan lah jadi Sang Bangang.
tukjanggut

annonymous said...

Kadang2 Pegawai2 tinggi kerajaan kita ni mengeluarkan kenyataan tanpa persediaan yang cukup. Cukup dari segi fakta2 samada bersurat atau ditaklimat secara lisan. Bila berhadapan dengan media , menjadi kelamkabut dan mengeluarkan kenyataan ynag somborono aje gara2 nak tunjuk pandai! Ini yang berlaku kepada IGP sekarang. Ini bukan pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan fakta.

Dari awal lagi tindakan IGP dalam menanagi kedua2 demo , menunjukkan ketidakmatangan dan perancangan yang amat minimal sekali. Mungkin beliau tidak dapat menghayati secara mendalam ancaman yang mungkin akan timbul kerana beliau bukan nya 'inteligence-orientated officer'. Maka dengan demikian segala keputusan yang diambil kurang bertepatan kerana tidak mempunyai back-ground secukupnya. Keadaan in i bertambah parah apabila beliau enggan menerima nesihat pakar dari pegawai bawahan -nya. Secara akedemik beliau tidak sebegitu tinggi , sekadar diploma in law aje, tetapi kerapkali cuba menonjolkan diri sewbagai seorang yang bijakpandai!! Kalau setakat naik pangkat dengan memijak kepala kawan, tiada lah hebatnya!!

Jadi tak payahlah Sang Kelembai cuba memberi diagnosis penyakit IGP, memang beliau tenat dalam mengepalai PDRM. Lihat lah dalam episode Tg Goh. Untuk menyelamatkan cina mafia ini dari buangan di Jeli, beliau sanggup mengorbankan berbelas pegawai dan anggota polis dengan tindakan undang2 tanpa sebarang pembelaan dari nya!! Ini merupakan suatu sejarah dalam 200 tahun PDRM dimana pegawai polis dikenakan tindakan undang2 kerna merekod pernyataan sokongan dari orang awam yang memangnya mengetahui kegiatan jenayah Tg Goh!!! Ingat IGP, berbelas pegawai dan anggota yang telah di tuduh itu mempunyai berpuluh tanggungan dan doa2 mereka ini akan dimakbulkan tuhan apatah lagi dalam keadaan pertuduhan diada-adakan!!!

Anonymous said...

hii.. terima kasih sesangat kepada rakyat malaysia khususnya kepada org2 melayu diatas keperihatinan kamu kepada golongan india yg hidup serba kekurangan pada masa sekarang. sy sgt terkejut walaupon org2 melayu seperti dikutuk oleh beberapa pihak dlm isu indraf ttp masih anda menyokong kami. walaupon kerajaan lupakan penduduk minoriti ttp anda tidak melupakan kami. harap isu ni tidak menjarakkan perhubungan kita org malaysia dan harap kita hidup makmur seperti biasa. sekian terima kasih malaysia!

dr rssays

Anonymous said...

just a short correction.
Yes the 2 bunga ship was a remarkable gift paving way for Malaysian/MISC to ventures into the shipping industries.
Yes it's 62.9 % own by Petronas but no, to your HONKIES issue. MISC still own by Malaysian ( majority )and never was sold to others apart from a small minority shares as a stake holder. Shall be proud as Malaysian own MISC is one of the most profitable shipping company in the world as well as the LNG operators/owner

Anonymous said...

sang kelembai...
orang hindraf bukan racist seperti yg diperkatakan oleh kerajaan...tapi saya faham permintaan mereka...dia tak pernah mintak hak istimewa mana mana kaum ditarik balik...sebaliknya dia mintak hak mereka yg sedia ada jangan ditarik balik...apalah susah, nak bagi kerja kat org india yg lebih kurang 7% shj...kalau tu pun tak boleh...apa guna MIC...perbuatan pihak kerajaan ke atas depa ni sama macam, pagar makan padi...kalih kanan kerajaan tindas..kalih kiri sektor swasta (tak payah nak kata)...habih depa ni nak pigi mana lagi...MALAYSIA ini juga tanah air mereka....INDIA adalah tempat asal moyang mereka...jadi jangan nak suruh mereka ni balik INDIA...semua yg dok buat jahat ni....dah lupa diri...dah lupa akhirat...sedarlah sebelum TUHAN habiskan kamu...

tima kasih SK pasal bagi peluang luah perasaan..

Anonymous said...

kalau kepala dah lemah maka yamg lainnya tentunya lembik. Ini bukan cara seorang negarawan, Pak Lah tidak mempunyai kualiti pemimpin yang berkualiti. Orang lain yang berfikir untuknya itu pun dia tak bolih berfikir

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia