Tuesday, November 13, 2007

Raja Dan Politik


Amat malang bagi Malaysia kerana dapat seorang "bungkor" (dalam bahasa Negeri Sembilan memberi maksud bodoh kerana tidak berfikir) sebagai seorang Perdana Menteri yang membuat ulasan macam budak tidak sekolah. Kalau itu taraf ulasannya maka rakyat langsung tidak faham dengan UMNO yang masih memberikan sokongan kepadanya.

Ketika diminta mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu adalah cubaan mengheret institusi raja ke dalam politik, Abdullah berkata: "Tentu sekalil. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang Di Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam kancah politik mereka", dan itu adalah perkataan yang keluar dari seorang Perdana Menteri dan ini dilapur dalam semua akbar tempatan.

Faham ke dia (Abdullah Hj Ahmad) bahawa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ialah untuk tidak membenarkan Raja-Raja Melayu termasuk Yang Di Pertuan Agong terlibat secara aktif dan berpihak kepada mana-mana parti politik dalam isu-isu pertikaian mereka. Kebiasaan yang demikian Yang Di Pertuan Agong akan menyerahkan keadilan kepada hakim yang dilantik olehnya atas cadangan Perdana Menteri atau kehendaknya. Itu sebab hanya gambar-gambar Yang Di Petuan Agung sahaja yang boleh berada di dalam kamar Hakim atau bilik Bicara. Tetapi ada juga yang tak faham, terdapat juga di Mahkamah tertentu gambar Abdullah Hj Ahmad dipamerkan di dalam Mahkamah.

Maka perlulah rakyat bertanya, adakah keputusan persidangan Raja-Raja Melayu yang menolak permintaan Perdana Menteri untuk menyambung KHN-Ketua Hakim Negara kalau tidak boleh enam bulan cukup sekadar dua bulan hanya sekadar nak menjaga air muka dia sebagai Perdana Menteri setelah media Internet menyiarkan lebih awal akan keputusan penolakan Raja-Raja Melayu yang disampaikan kepada wakilnya yang bernama Yang Di Pertuan Agong, untuk tidak perkenan menyambung tempoh kecederaan selama enam bulan yang pada keselaluannya diperoleh secara automatik oleh bekas-bekas Ketua Hakim Negara yang tamat tempoh persaraan wajibnya, bagi memberi masa menyelesaikan dan menyudahi kerja-kerja tertangguh beliau yang memerlukan keputusan penghakimannya, bukan satu keputusan politik Majlis Raja-Raja?

Bukankah politik itu "kuasa" , dari itu tidak ada percanggahan hendak menyeret Raja dalam politik jika politik itu memberi maksud kuasa yang ada kepada Raja yang bernama Yang Di Pertuan Agong. Dan isu yang dibawa kepada Raja itu ialah isu yang ada sangkut paut dengan Raja berdasarkan Perlembagaan Malaysia.

Kerana Malaysia diuruskan secara Kerajaan Nujum Pak Belalang, yang bapaknya seorang pemalas dan hanya tidur sahaja di mana makan minum diurus oleh anaknya, maka begitulah Abdullah Hj Ahmad yang suka tidur dan malas membaca, tanpa dia ketahui bahawa Perkara 114 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa SPR- Suruhanjaya Pilihan raya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan yang terpenting ialah Perkara 114 (2) yang berbunyi.

"Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan raya, Yang Di Pertuan Agung hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan raya yang mendapat kepercayaan awam:

Selama ini Parti Pembangkang sudah menyuarakan pendapatnya sama ada di Parlimen yang mereka ada wakilnya dan juga secara menghantar memo atau surat kepada Suruhanjaya Pilihan raya tetapi tidak ada satu respons yang meyakinkan diterima oleh mereka, kecuali dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan raya mengikut rentak politik Kerajaan dan UMNO yang menyeret secara terang SPR ke dalam kehendak politiknya dengan cara mudah ia itu mengekalkan pegawai-pegawai yang pernah bekerja dengan SPR selaku Pegawai Kerajaan bertukar menjadi Ahli Suruhanjaya atas nama Pengerusi atau ahli dalam SPR.

Maka anggota SPR masih kekal dengan fikiran yang pernah diarah oleh Kerajaan yang memerintah, itu sebabnya sebarang permintaan Parti Pembangkang dalam isu Pilihan raya yang bersih dan adil dinafikan kerana ahli SPR terpaksa mengikut telunjuk Parti Kerajaan yang memerintah.

Sebenarnya ini sumbangkan kejayaan terbesar setelah 50 tahun Malaysia Merdeka bagi menghadapi tahun-tahun yang ke hadapan termasuk lima puluh tahun lagi. Di mana SPR perlu ada rombakan sikap dan hala tujunya. Persempadanan kawasan pilihan raya mengikut cita rasa perkauman dan berdasarkan keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepada parti pemerintah sewajarnya diberhentikan. Persempadanan mestilah bersesuaian bukan sahaja dengan bersempadan Pejabat Daerah tetapi juga PBT- Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. Sehingga terdapat seorang ahli Parlimen terpaksa berurus dengan tiga Pejabat Daerah dan dua PBT dalam kawasan pilihan raya.

Setelah 50 tahun, kawasan Parlimen dan Dewan Negeri diwujudkan persempadanan semula kerana kehendak Parti Politik yang memerintah, sehingga undang-undang OSA tidak terpakai, bila mana draf bersempadan telah ditunjukkan dahulu oleh SPR kepada Parti Politik yang memerintah. Bolehkah SPR menafikan bahawa sekian kali persempadanan semula kawasan Parlimen diperbuat adalah untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional. Dan rakyat terbanyak tidak menyedari bahawa beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Negeri direka oleh SPR untuk membolehkan kuota Parti-Parti Barisan Nasional di penuhi untuk bertanding dalam PRU seterusnya.

Malah yang paling aneh dalam SPR ialah persempadanan Peti Undi, di mana banyak terdapat nama-nama yang sudah tidak wujud lagi dalam kawasan lokaliti tersebut. Malah lokaliti ini digunakan dengan nama yang tidak diketahui mana datangnya. Khabarnya SPR berurus dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebilangan besar rakyat telah menggunakan My Kad. Jika mereka menggunakan My Kad telah tiba masanya lokaliti bukan sahaja mesti nama jalan tetapi yang penting sudah tiba masanya nombor poskod di masukan sekali di dalam senarai nama daftar pengundi yang berkenaan.

Inilah cara bagi nak menyelesaikan pengundi hantu dan mati. Sekiranya dalam daftar pemilih tersenarai nama seorang pemilih yang beralamat lain, dia tetap layak untuk mengundi tetapi jika poskod dia berbeza dengan yang disenaraikan di hujung namanya seperti 520502055351, ABD ZARIN BIN MOHD YASIN beralamat di kad pengenalannya poskod 54200 Kuala Lumpur tetapi dia berdaftar Parlimen Bandar Tun Razak, di Peti Undi Seri Kota yang poskod bernombor 56000 dan lokaliti Bandar Seri Permaisuri di hujung nama daftarnya akan bertulis 520502055351 ABD ZARIN BIN MOHD YASIN 54200, Ini memberi pengertian ABD ZARIN BIN MOHD YASIN mempunyai alamat lain dari lokaliti nya.

Maka dengan cara ini sejauh mana canggih penipuan pun, sekiranya petugas Parti yang bertanding berwaspada akan dapat mengesan sekiranya terdapat pengundi hantu dan mati, kerana pengundi itu sudah dikira sebagai pengundi import dan mereka yang mempunyai poskod lain dari kawasan lokaliti yang hendak diberi saluran lain peti buang undinya dan konsep peti undi berdasarkan usia mestilah dihentikan, supaya pengecaman boleh dilakukan atau juga memudahkan parti politik membuat penyemakan daftar pemilih.

Kesimpulan isu yang dikemukakan oleh NGO yang disokong oleh Parti Politik yang menghantar memorandum itu bukanlah memberi maksud mereka hendak menyeret Raja kepada isu-isu politik sebaliknya itulah sebahagian tugas Yang Di Pertuan Agong bagi menilai adakah SPR yang ditubuhkan di bawah bidang kuasanya 100% sudah tercemar di tangan parti politik bernama UMNO yang memerintah.

Inilah sejarah selepas tuntutan Melayu menentang Malayan Union, berhimpunnya rakyat meminta Raja menggunakan kuasanya. Bagi mereka yang buta huruf Perlembagaan Malaysia seperti Abdullah Hj Ahmad sudah pasti akan berkata bahawa parti pembangkang cuba menyeret Raja dalam Politik tetapi sebaliknya apa yang dilakukan oleh 100 ribu perhimpunan itu ialah sebagai tanda sokongan kepada Raja jika hendak membuat perubahan dan jangan tunduk dengan Harold Mac Macheal yang sudah berubah bernama Melayu, Abdullah Hj Ahmad.

Sang Kelembai: Apa hendak dihairankan dengan Perdana Menteri yang ada, Menteri Penerangan asal jual cendol, sepatutnya dia nasihatkan supaya jangan menyeret Pakistan, Myanmar dan Thailand dalam perhimpunan 100 ribu itu kerana ini boleh membuktikan bahawa Malaysia sudah mengesahkan negara-negara tersebut tidak demokratik. Jom kita nak tengok Duta-Duta Pakistan, Thailand dan Myanmar buat bantahan tak atas kebodohan Zam Mamak itu atau memang benar Pakistan, Thailand dan Myamar tidak demokratik.

12 comments:

Judge John Deed said...

Assalamu'alaikum Tuan

Penulisan yang cukup baik. Kupasan dan olahan yang cukup menarik. Memerlukan pemikiran dan pengetahuan yang mendalam untuk menghasilkan penulisan ini.

Teruskan menulis, tak jemu untuk membacanya.

Anonymous said...

awangsulungmerahmenyala WROTE;

dalam temuramah melalui telefon si maidin cendol bertutur secara kelam kabut tak cool.bait2 ayat yg membuat saya kecewa dgn mamak yg kununnya fasih berbahasa Inggeris ialah antaranya `POLICE DON`T FIRE ANYBODY` betoi ka maidin ayat hang tuh.aku malu kat wartawan minah salleh aljazeera.

Anonymous said...

Mengikut Zam Myanmar dan Burma adalah dua negara berasingan. Betul ke?

zainal abidin awang kechik said...

abang zaharin..

AL MULK... untuk pedoman kita semua

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

[2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

[3] Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

[4] Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

[5] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang.

[6] Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

[7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

[8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?

[9] Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!

[10] Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka.

[11] Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka.

[12] Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[13] Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

[14] Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

[15] Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

[17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

[18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

[19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

[ 21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

[22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

[23] Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

[24] Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

[25] Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata.

[27] Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!.

[28] Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?.

[29] Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata.

[30] Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?.

Anonymous said...

Good Article, 'Ho Liao' !

Aminuddin - MAA Takaful Consultant said...

semoga rintihan dan pengorbanan rakyat melalui Memorandum itu dapat perhatian Majlis Raja-Raja..

din merican said...

Zaharin,

Tulisan ini cukup terang dari seorang insan yang jujur dan ikhlas. Hanya Ahlil Nujum Pak Belalang and pihak tertentu dalam UMNO saja yang tidak faham implikasinya.

Jika mereka tidak faham hal ini, macam mana mereka hendak mentadbir negara kita and menjaga kepentingan rakyat dan masa depan bangsa, agama dan negara? Boleh kah kita taroh harapan terhadap kumpulan Ahmad Albab ini? Mereka main dengan Jeanne untuk mendapat harta karun!!

Salam.

din merican said...

Zaharin,

Perjuangan kita demi maruah orang Melayu dan untuk membela nasib rakyat Malaysia yang menghadapi harga barangan keperluan yang semakin meningkat hendak diteruskan. InshaAllah. Berjuanglah atas nama Allah demi agama, bangsa dan negara.

Penulisan itu lebih kuat dari senjata.

Salam.

din merican said...

Zaharin,

Perjuangan kita demi maruah orang Melayu dan untuk membela nasib rakyat Malaysia yang menghadapi harga barangan keperluan yang semakin meningkat hendak diteruskan. InshaAllah. Berjuanglah atas nama Allah demi agama, bangsa dan negara.

Penulisan itu lebih kuat dari senjata.

Salam.

Anonymous said...

sesungguh tidak semua kerajaan itu betol dan tidak semua pembangkang itu betol.

Anonymous said...

Kita rakyat jelata sedang menunggu apakah reaksi Majlis Raja-raja terhadap memorandum Bersih kali ini.....tunggu dan tunggu dan tunggu.... adoi ...lamanya

Anonymous said...

betui tu, tak semua kerajaan itu kera jaan itu betui dan tidak semua pembangkang itu betui...tapi kalu dah buek muka bodoh, pekak badak dan macam-macam laih, tak kan kita nak berserah aje!

Kenalah buek tindakan, cam Nabi S.A.W dulu, macam-macam tindakan orang Quraisy buek. Jadi, mana yang lebih afdal? Tanya kek anonymous yang tulis cam fikiran bebudak tadika tuh!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia