Setelah berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO atau ringkasnya PERGONG UMNO, semenjak diurus tadbir oleh Presiden yang dipercayai mengidap penyakit “mental disorder” Abdullah Hj Ahmad, PERGONG sudah menjadi seperti jambori pengakap, berkhemah kemudian buat camp fire, menyanyi dan bersurai.
Dan apa yang jelas ialah Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi senang ditipu khasnya yang berada di dalam UMNO. Bila disebut membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, di manakah ucapan dasar-dasar yang dibahaskan? Dari 10 sepuluh “point” ucapan Abdullah Hj Ahmad termasuk mukadimah dan penutup dalam PERGONG itu hanya 5 (lima) point sahaja yang boleh dimaksudkan dasar tetapi tidak satu pun yang dikira ada dasar baru yang perlu hendak dibahaskan kerana semuanya seperti membuat taklimat apa yang dia sudah buat dalam empat tahun malam memanjang ini.
Kalau rajin bacalah yang para yang tertulis "Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) apa yang ditulis oleh Annuar Zaini yang sekarang menjadi Penasihat Perdana Menteri yang dahulunya pernah berkata "Dollah tak boleh pergi ke mana?" Cuba dia nafikan ayat yang dia pernah katakan itu kerana banyak orang tidak tahu ucapan itu ditulis oleh dia dan di tokok tambah oleh anak menantunya.
Mana dasar barunya dalam syarikat GLC, kalau apa yang diucapkan itu hanya perkara biasa dan melaporkan sahaja. Sehingga Abdullah Hj Ahmad hanya berkata, "saya akan lebih berbangga apabila GLC turut berperanan aktif, membantu memperbesarkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra' yang disebut sebagai, "Saya Perdana Menteri". Dia sewajarnya berkata,"Kerajaan akan merubah penstrukturan syarikat GLC yang mana sesuai untuk bergabung dengan syarikat bumiputera dan jika berkelayakan dan tiba masanya syarikat GLC itu akan diserahkan kepada syarikat bumiputera atau kerajaan akan mengurangkan kepentingannya. Tetapi itu tidak diperbuat oleh Abdullah Hj Ahmad.
Maka semua beruk-beruk (pinjam istilah anak menantu Abdullah Hj Ahmad) dan setengahnya macam gorila yang berucap membahaskan ucapan itu ,berucaplah mengikut rentak yang dikehendaki oleh Pengerusi UMNO negeri-negeri masing-masing bagi tujuan menghiburkan Mr Presidennya. Dan jadilah PERGONG itu seperti mencari Juara Lawak dan kemudian dikomen oleh otai-otai yang dipanggil penggulungan.
Mereka semua tidak tahu bahawa UMNO sekarang seperti satu kerajaan yang pernah disindir oleh P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang 40 tahun dahulu, di mana kerajaan itu dikendalikan oleh seorang Nujum yang punya anak nama Belalang. Segalanya kebijaksanaan Nujum adalah kerana kebetulan anaknya seorang yang bernasib baik dan punya akal yang panjang bagaimana nak membantu bapaknya yang pemalas dan suka tidur.
Itu sebab Abdullah Hj Ahmad tidak langsung menyentuhnya isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil-wakil berucap dan berucap perkara-perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dibahaskan. Dan sehingga dia terlupa dalam isu perjuangan rasuah dan integriti. Ini kerana kedua - dua agenda itu tidak disebutkan di dalam pengucapan perwakilan kerana telah diarah jangan membangkitkan isu itu kerana pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tahu.. bahawa integriti UMNO sudah dipersoalkan termasuk pemimpinnya dan terutama Abdullah Hj Ahmad sendiri yang khabarnya rumah di Perth sudah diubah suai dan akan mula bercuti awal bulan depan.
Hari ini Buletin Utama TV3 menyiarkan berita perhimpunan 100 ribu kuning, sekadar berita biasa, dan kerana kurang cerdiknya berita itu disiarkan setelah 20 minit berita lain disiarkan dan sebilangan besar penuntun sudah berada di meja TV, kajian itu dibuat oleh TV3 sendiri di mana telah menyerapkan dalam berita liputan Abdullah Hj Ahmad selepas 15 minit kerana kononnya berita minit pertama kurang penuntun kerana leka dengan kerja yang lain.
Maka berhimpunlah rakyat walau pun disekat, dihalang atau apa pun dilakukan oleh Polis, terhadap rakyat yang tidak berdosa itu. Perhimpunan diberi liputan luas dari oleh media asing yang kebetulan berada di Malaysia kerana membuat liputan berita PERGONG UMNO. Soalnya satu perkara yang pelik dalam isu ini, pihak penganjur telah memaklumkan bahawa pejabat Istana Negara tempat bersemayam Yang Di Pertuan Agung telah bersetuju menerima surat atau memorandum yang disiapkan oleh NGO dan Parti-parti Politik bukan Barisan Nasional berhubung isu pilihan raya, di mana YDP Agung mempunyai kepentingan dari segi Perlembagaan Malaysia terhadap SPR-Suruhanjaya Pilihan raya.
Rakyat makin tak faham peranan Polis kerana Polis menggunakan perkataan "DiRaja" tetapi bila rakyat mahu berjumpa rajanya bagi maksud menjaga kedaulatan rajanya, sepatutnya akronim PDRM mesti ditukar kepada Polis Dollah Raja Di Malaysia kerana dalam ucapan di PERGONG UMNO telah mengarahkan Polis supaya rakyat dihalang, di sembor air kimia, disergah dan diugut bagi menghalang perhimpunan 100 ribu rakyat itu.. Agaknya sebilangan besar Polis dari Ketua Polis Negaranya yang dituduh rasuah dan dibersihkan oleh Peguam Negara tanpa perbicaraan sampai Ketua Polis Negeri WP yang bangang tu, membawalah ke Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields yang jelas bercakap dengan gerak mata yang nampak berbohong dan yang anehnya KPD Brickfilelds dengan nada bersungguh melaporkan dalam berita TV3 bahawa "setelah memorandum itu diserahkan mereka telah bersurai dan kesemua dalam keadaan aman".

Jika KPD Brickfields sudah memperakui semua dalam keadaan aman, bagaimana pula KP Polis Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa perhimpunan itu akan menggugat keamanan dan ketenteraman awam. Adakah kerana Dataran Merdeka, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abd Rahman punya KPD Dang Wangi kroni Musa Hassan, ikut sahaja perintah memulakan provokasi.
Tetapi jangan marah polis dalam isu ini. Kemungkinan Polis berpihak kepada perjuangan rakyat, itu sebabnya dia mengambil kesempatan dengan membuat rakyat marah bila semua jalan ditutup,kereta bersesak kerana trafik jam yang jelas orang-orang yang berada dalam kereta itu adalah jenis orang sama ada tidak hendak ambil peduli isu rakyat atau orang-orang UMNO, kerana semua rakyat yang prihatin sama ada dia Melayu, China, India dan sebagainya akan berada di rumah jika tidak mahu terlibat dalam perhimpunan itu. Tetapi banyak juga maki hamun dalam kereta yang sesak itu kepada Polis sendiri, kerana kerja mudah sudah jadi berat dan menghabiskan wang rakyat.
Hujan yang turun pada petang perhimpunan, sebenarnya adalah air rahmat yang memberikan sokongan kepada perhimpunan itu. Walau Polis Diraja Malaysia menghalang rakyat untuk menghantar surat kepada rajanya, mungkin sudah ada pertanda bermulanya dwifungsi Polis seperti mana diamalkan oleh ABRI-Angkatan Bersenjata Republik Indonesia di zaman Presiden Soeharto yang lebih banyak menjaga kepentingan kuasa dan politik GOLKAR dari menjaga kepentingan keselamatan rakyat dan memaksa rakyat menyingkirkannya.
Maka Raja-Raja Melayu sudah perlu di ingatkan bahawa kedudukan Raja-Raja walau pun sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan juga Kerajaan sudah berkali-kali mengatakan bahawa Kerajaan akan memastikan bahawa Kerajaan Malaysia BerRaja dan akan dipertahankan institusi ini tetapi belum tentu selamat jika Abdullah Hj Ahmad masih menjadi Perdana Menteri, kerana setelah menghina Raja Melayu dengan meminta Raja Melayu meraikan hari ulang tahun ke empat menjadi Perdana Menteri dengan menotong kek yang tidak dibuat selama ini oleh mana-mana Perdana Menteri kecuali oleh seorang Perdana Menteri yang agak gila dan tindakan hari ini, selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri, telah mengarahkan Polis Di Raja Malaysia menghalang rakyat berjumpa rajanya untuk "Daulat Tuanku".
Nasib baiklah pemikir-pemikir yang membuat Perlembagaan 1957 dahulu telah memasukan bahawa Yang Di Pertuan Agung adalah juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana jika tidak maka rakyat tidak akan hairan melihat sekiranya Abdullah Hj Ahmad mengarahkan Rejimen Askar Melayu Di Raja membuat sekatan jalan raya atau menembak rakyat yang hendak menyembahkan surat kepada rajanya, yang mana rajanya telah perkenan untuk menerima surat itu melalui petugasnya. Gambarkan apa yang terjadi jika Rejimen Askar Melayu DiRaja, satu pasukan tentera yang diwujudkan oleh Raja Melayu bertujuan supaya sistem kerajaan Melayu beraja tidak terancam dengan mengikut perintah orang politik untuk menderhaka kepada rajanya.
Halangan Polis yang ada perkataan "DiRaja" terhadap rakyat untuk berarak ke Istana Negara untuk menyembahkan surat setelah dipersetujui oleh Raja kecuali jika Raja tidak bersetuju, menimbulkan persoalan siapakah agaknya penderhaka, Polis atau Orang Politik dalam Kerajaan Nujum Pak Belalang? Fikirkanlah sebelum memberi jawapan.
Sang Kelembai: Banyak pertanyaan mengenai bila mahu di adakan Pilihan raya dan ini bukan datang hanya dari Parti Pembangkang tetapi dari orang UMNO sendiri. Ini boleh disimpulkan bahawa orang UMNO juga tidak sabar mahu menukar kerajaan apabila UMNO dan Abdullah Hj Ahmad membuat pilihan raya sekarang ini. Lagi pun orang UMNO sudah tahu bahawa Abdullah Hj Ahmad adalah beban kepada UMNO menjelang 60 tahun. Banyak parti yang berkuasa hancur dan lebur apabila berusia 60 tahun.. dan mungkin UMNO selagi tidak Abdullah Hj Ahmad meletakan jawatan Presiden UMNO akan menghadapi nasib yang serupa.

6 comments:
tahniah saudara kerana masih gagah terus bersuara..cuma saya lihat semakin kurang yg membaca blog saudara..termasuklah semakin kurang yg hendak memberi komen..mungkin kaedah serta jalan ceritanya perlu di fikirkan sekalilagi agar tidak terfokus pada PM sahaja..rasanya banyak lagi penyelewangan yg telah berlaku yg telah dilakukan oleh pemimpin yg lain..kalau boleh di masukkan mungkin akan menjadi lebih menarik..sekian..teruskan perjuangan uncle kelembai..
Hebat tulisan tuan. Sedarlah mereka yang belum sedar.
Assalamu'alaikum Tuan
YABhg. Tun Dr. Mahathir berkuasa selama lebih 22 tahun. YABhg. Tun cukup kuat sewaktu berkuasa. Namun bila sudah tidak berkuasa lagi, YABhg. Tun diperlecehkan tanpa rasa takut dan gentar oleh mereka-mereka yang sedang berkuasa ini.
Saya cukup yakin, apa yang YABhg. Tun dan pemimpin yang terdahulu alami ini akan pula dialami oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad di kemudian hari nanti. Mungkin lebih teruk lagi. Moga-moga YAB Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad akan cepat sedar serta insaf dan membetulkan keadaan.
Sekian, wassalamu'alaikum warahmatullah.
http://judgejohndeed.blogspot.com/
Abdullah adalah seorang yang lemah dan tidak layak digelar pemimpin. Beliau seharusnya direhatkan seberapa segara sebelum keadaan bertambah parah. Judgement nya banyak berdasarkan kepada perasaan dan emosinya. Tidak berlandaskan kepada perinsip dan intergriti. kelemahanya menyebabkan dia begitu bergantung harap kepada insan insan disekelilingnya sebagai penasihat, menerima dan melaksanakan.
Sebenarnya dia tidak memerintah Malaysia lagi. Apabila dia tersangat lemah, maka kesempatan ini akan diambil oleh orang yang terdekat dengan nya yang begitu ambitious. Begitu juga kaum keluarga dan sahabat handai, mereka akan berlumba lumba akan mengambil kesempatan dengan kelemahan Abdullah.
Mereka telah menjadi seperti Kadok Naik Junjung.
Abdullah tetap menjadi pelakon yang hanya membaca skrip dan diterjemahkan ke alam realiti yang akhirnya Malaysia akan tergadai dan rakyat menderita. Dia dan keluarga akan cabut lari.
Umno nya sebenarnya telah hampir pupus, Umno dizaman sebelum AB berbeza dengan umno sekarang. Perhimpunan Agung bukan lagi untuk UMNO, untuk rakyat atau negara tetapi hanya lah untuk Abdullah dan Company.
Baru-baru ini saya berada di Perdana Resort Pantai Cahya Bulan di mana berlangsungnya Perhimpunan Persatuan Persatuan Islam Malaysia dan yang menariknya, its the complete reverse situation of what it would be like here in West Malaysia. Interesting to note that there are canopies and makan and minum but attendees are very nobly dressed. Wanita UMNO suruh stewardess Airasia to lenthen their skirts (takut laki dia terpikat nak naik airasia kot although travel budget is not the problem with this government)but what happend to the skirts of their daughters at home. Mmmm interesting. I am not one to comments like Sang Kelembai but I really salute you for your briliant inside in UMNO Politic not Malaysian Politic. Without your "personal" comments people like me would be denied of the piece of history.
By the way, Tan Sri Musa is a posse and should relly be entourage to PM. He doesnt have his own mind while holding one of the top job in the country. Shame on you!
SUHAKAM has 'humiliated and toyed' me as a silly 'guinea-pig' since 24-7-2000 when i was called up to attend its very 1st historic INQUIRY and the ex-chairman shook my hand and promised me on 31-7-2000, :"dun worry, well do our best to get justice for you !!"
He ate his words !!
Post a Comment