Sunday, January 27, 2008

Minda Melayu Tahun 2008


Adakah benar rakyat Malaysia khasnya yang keturunan atau berbangsa Melayu terlalu rendah sikap politiknya dan masih tidur lagi jika dibandingkan dengan keturunan dan bangsa lain khasnya orang-orang Cina ?

Orang-orang Melayu di Malaysia agaknya berlainan dengan orang lain di dunia ini. Jika kita melihat negara lainnya khasnya Indonesia , Thailand dan Filipina, sebahagian rakyatnya yang dikira miskin dan berada di tingkat kelas menengah yang biasanya dipanggil “middle class” tetapi merupakan kuasa yang akan menentukan masa depan satu parti politik memerintah atau tidak. Dan kebiasaan nya mereka yang hidup selesa di negara tersebut akan menyokong parti yang memerintah atau tidak ambil tahu hal kerajaan dan politik.

Tetapi di Malaysia terbalik, yang hendak ambil tahu akan perihal politik dan kerajaan termasuk rasuah bukannya rakyat yang terdiri daripada penoreh getah, nelayan atau peneroka FELDA. Yang ambil tahu akan masa depan negara ialah mereka yang berpendapatan tinggi dan lumayan hidup.

Itu sebab lebih mudah bercakap politik dengan para saudagar, pegawai tinggi kerajaan, tokoh korporat dan juga mereka yang hidup selesa dari bercakap politik dengan pemandu teksi, peniaga kecil, kerani pejabat, kerana sebilangan besar mereka tidak ambil peduli akan apa nak jadi dengan negara ini.

Itu sebab UMNO sombong dalam menghadapi setiap kali PRU- Pilihan raya Umum kerana dia amat tahu dan amat sedar bahawa mereka yang terdiri dari kalangan berpendapatan rendah khasnya orang Melayu yang terasa sudah cukup mewah dengan harga getah dan harga kelapa sawit yang tinggi sekarang. Kepada mereka, rasuah dan penyelewengan yang merugikan wang negara yang sebenarnya adalah wang mereka sendiri , bukan satu masalah kerana itu tidak mengganggu hidup mereka.

Pada orang Melayu di luar Bandar, samalah seperti slogan dasar ekonomi baru dilancarkan di tahun 70 dahulu yang dinamakan “kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kepada mereka hari ini mereka bekerja untuk makan hari ini dan mereka tidak peduli hari esok.

Apa yang berlaku hari esok bukan satu sifat kepedulian orang Melayu. Bagi bukan Melayu khasnya orang Cina, hari esok adalah hari yang lebih baik untuk hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam, satu ajaran yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W. tetapi di fahami oleh orang bukan Islam.

Itu sebab sebilangan besar orang UMNO dari pembesar negara sampai ke pembesar kampung percaya akan menang dengan mudah dalam PRU yang mendatang. Tetapi pembesar negaranya percaya bahawa di kawasan Bandar tidak semudah itu.

Kenapa di kawasan Bandar tidak semudah itu? Ini kerana di bandar walau pun majoriti Melayu masih sama berfikiran seperti orang kampung tetapi kuasa penentunya adalah bukan Melayu khasnya pengundi China .

Dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai, yang dikira kawasan elit kerana ramai bijak pandai seperti di Bangsar, Damansara dan Taman Tun Ismail dan pernah diwakili oleh DAP, kesemua kawasan itu jika dilihat keputusan peti undi antara BN-Barisan Nasional adalah kalah atau tidak menang selesa. Maka yang menjadi kuasa penentu kemenangan BN ambil contoh, bagi peti undi Kampong Sentosa dan Pantai Dalam, di mana di situ banyak terdapat Melayu miskin yang tinggal di rumah pangsa PPRT- Projek Perumah Rakyat Termiskin atau setinggan.

Jika penduduk Kampong Sentosa dan Pantai Dalam mempunyai sedikit sikap kepedulian terhadap masa depan negara dan anak cucunya, maka sokongan sepatutnya kepada parti pembangkang kerana parti yang mendukung kerajaan hari ini telah menjual mereka dengan harga murah dengan memberi beberapa kemudahan seperti yuran sekolah dan beberapa lagi tetapi dalam yang sama pemimpin mereka yang berkuasa khasnya UMNO mengumpul harta yang tujuh keturunan tidak habis makan dan parti pembangkang boleh menang di Lembah Pantai.

Bagaimana pun kita kena tabik hormat kepada pengundi Cina, sebilangan besar mereka, mereka memang tahu DAP-Demokratik Action Parti atau Parti Tindakan Demokratik berhaluan sosialis demokratik dan jika DAP boleh memerintah negara ini dia boleh mengancam para saudagar, pemodal dan gulungan peniaga besar kerana dalam sistem sosialis ia menolak akan sistem monopoli barangan keperluan rakyat dan sistem kapitalis tanpa had yang diguna pakai oleh BN dalam mentadbirkan ekonomi negara ini. Tetapi pengundi Cina tetap mengundi DAP jika DAP bertanding.

Kenapa pengundi Cina tetap mengundi DAP? Adakah mereka tidak sayang negara ini kerana DAP dikaitkan dengan PAP di Singapura atau sikap cauvinis Cina. Masalahnya DAP bukan satu parti perkauman, dia telah membuktikan dengan kemenangan Ahmad Nor dan beberapa orang Melayu di Perak seperti Fazlan Yahah suatu masa dulu. Hanya orang Melayu sahaja menganggap DAP parti Cina hakikatnya dia satu parti sosialis. Kerana orang Melayu nak masuk politik untuk jadi kaya, maka DAP bukan pilihannya.

Bagi orang Cina .. dia memerlukan satu suara melahirkan kepentingannya dan dia melihat DAP boleh menyuarakan kehendak-kehendak perjuangan orang-orang Cina . Yang berbeza cara pemikiran UMNO dengan PAS ialah MCA- Malaysian Chinese Association menggunakan seluruhnya apa yang dibangkitkan oleh DAP untuk kepentingan Cina dan MCA akan membuat tuntutan perihal kepentingan Cina dengan mengugut UMNO jika tidak melaksanakan tuntutan Cina, akhirnya MCA akan kehilangan pengaruh dan UMNO tidak boleh mendabik dada di persada antarabangsa sebagai negara contoh perkongsian kuasa, sebagai contoh ialah pemberian tanah dengan harga RM1 untuk Universiti Tuanku Abd Rahman yang ditentang berpuluh tahun di Kampar, Perak. Bukan kah isu lambatnya kerajaan meluluskan mengadakan universiti dibangkitkan oleh DAP?

Bagi UMNO pula, semenjak kematian Tun Razak Hussein dan kemudian PAS dikeluarkan dari BN di tahun 1978, jika PAS tidak boleh dianggap sebagai rakan perjuangan tetapi sekurangnya UMNO menggunakan apa yang dikatakan oleh PAS sebagai menghalang sebarang tuntutan melampau bukan Melayu atau parti-parti gabungan BN, seperti dilakukan oleh Tunku dan Tun Razak Hussein sebelum PRU 1969, di mana beberapa tuntutan dari bukan Melayu ditolak oleh UMNO kerana bimbang UMNO akan kehilangan kuasa bila orang Melayu bertukar menyokong PAS.

Tetapi hari PAS hendak dimatikan terus dan jika boleh UMNO mahu dia sahaja yang mewakili Melayu. Perjuangan dan tuntutan Pas kepentingan Melayu di masa depan tidak dipedulikan, sehingga bagi Parti-Parti bukan Melayu dan BN lain menganggap UMNO telah berbuat yang terbaik untuk kepentingan kaum mereka dan demi kuasa UMNO akan menerima apa sahaja tuntutan mereka seperti yang diperjuangkan oleh Hindraf.

Kesimpulannya, jika orang-orang Melayu di tahun 1969 belum lagi banyak bergelar doktor, profesor, jurutera, arkitek dan sebagainya dan masih dalam tahap tak cerdik begitu orang bukan Melayu terdiri dari Cina, India dan Sikh boleh mengambil keputusan extreme dengan mengundi pembangkang, sehingga jatuhnya kerajaan Perikatan di Pulau Pinang, dan tidak boleh menubuhkan kerajaan di Perak dan Selangor. Adakah para pengundi sekarang lebih bijak atau lebih bodoh dari mereka yang berada di tahun 1969?

Satu modal besar UMNO untuk mempengaruhi para pengundi ialah satu soalan bodohnya yang dikira oleh UMNO sebagai persoalan cepumas. Soalannya adalah siapa nak jadi Perdana Menteri, nak jadi Menteri Besar atau siapa yang boleh jadi PM macam Abdullah Hj Ahmad yang hadhari-ada had ada hari?

Sang Kelembai: Berdasarkan fakta dalam PRU 1969, tidak pula para pengundi atau Parti Pembangkang memikirkan siapa hendak nak jadi PM. Mereka mempunyai satu niat sahaja hendak tumbangkan kerajaan Perikatan kerana pada masa itu mereka tak suka Tunku Abd Rahman dan tak suka Perikatan. Tidak seperti tahun 2004, mereka suka Abdullah Hj Ahmad dan mereka suka Barisan Nasional tetapi hari ini mereka cukup tak suka Abdullah Hj Ahmad dan cukup tak suka Barisan Nasional dan ini berbeza dengan tahun 1999, mereka tak suka Dr Mahathir Mohamed tapi
mereka suka Barisan Nasional.

5 comments:

Anonymous said...

Pandangan dan tulisan saudara cukup tepat. Orang Melayu akan terus hidup dan mati dengan UMNO dan BN.

Tidak hairanlah jika manusia semacam ini akan terus berkuasa 1000 tahun lagi.

Mereka ini tidak boleh dipersalahkan sebab yang pilih mereka berkuasa dan hidup mewah adalah diri kita sendiri.

Inilah kelebihan istimewa orang Melayu Malaysia, yang tidak ada pada bangsa lain di dunia ini.

Ali Akbar Bin Hashim

zainal abidin awang kechik said...

saya bersetuju dengan abang..
yang menarik nya.. kita tengok..mampukah ahmad zahid hamidi bawa balik kerusi pematang pauh.. kepada UMNO.

kerana tok iman kalah pasal undi pasar borong dan pasar malam cina tak bagi undi..

orang melayu di sana tengelam punca.

Anonymous said...

Tuan SK.

Sila rujuk http://www.straitstimes.com/Latest+News/Asia/STIStory_199991.html

Sesuai dijadikan topik perbincangan.
Tks.

Anonymous said...

Your comments regarding Malays and Chinese may be correct. But you are wrong about Indians. What we are asking is the basic of being the citizen of this country. We Indians, do not want hand-outs from UMNO. We want our rights which has been marginalized under the pretex of NEP. A bunch a corrupted MIC goons do not represent the majority Indians. It is not the matter a majority rule. It is the rule of conscience. In matters of conscience, the law of the majority has no place. It is very pity that most the Malaysian politicians, the Ministers, the Civil servants fail to realize this. In order to conceal their stupidity, they play ignorance to this. The fall of every earlier cilization is not due to forces from outside but forces within them. The Malays will suffer for what they are doing now. The next generation will has to carry the burden of mistakes and sins committed by the current batch of malay politicians and Islamic activists.

Anonymous said...

Sebabnya orang melayu yang miskin pada hari ini hanya memikirkan sesuap nasi untuk masa itu sahaja bukannya untuk generasinya pada masa hadapan.

labulabi

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia