Wednesday, February 13, 2008

Empat tahun yang "black out"

Dalam jangka dua bulan ini kita merayakan tiga kali tahun baru, di awal dengan tahun baru 2008, tahun hijrah 1429 dan minggu yang lalu tahun baru Cina. Maka mungkin ada banyak orang yang bertanya-tanya apakah di tahun 2008 ini dan menjelang PRU-Pilihan Raya Umum yang akan diadakan bila-bila masa sekarang boleh mendatangkan perubahan-perubahan besar yang menguntungkan negara dan bangsa khasnya orang Melayu?

Jika meneliti empat tahun yang berlalu di bawah pentadbiran "The Invisible Government" yang dikuasai oleh tiga beranak yang sedang memerintah Malaysia iaitu Abdullah Hj Ahmad sebagai “Saya Perdana Menteri”, anaknya Kamaludin Abdullah yang memunggah semua perniagaan kerajaan atas nama Scomi yang di darat, lautan dan di langit dan menantunya Khairy Jamaludin anak muda yang punya wang tak kurang RM100 juta tunai kerana menjual kepentingannya dalam ECM-Libra dengan tidak bersusah payah kecuali mendapat komisen menjual Bank Bumiputra yang bertukar nama kepada CIMB.

Rakyat/pemilih berbagai kaum di Malaysia telah dikecewaka bila mereka ini yang lari dalam PRU 1999 menyokong semangat reformasi kemudian kembali memberi sokongan kepada UMNO/Barisan apabila Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan Perdana Menteri dan diganti oleh seorang dengan kononnya imej anak Ulama besar yang Arifbillah, Mr Clean yang tidak mencari harta bertimbun-timbun atau mencari kawan untuk berfoya-foya.

Bila menjelang PRU ini beberapa sogokan politik wang sudah bermula. Bermula dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan tahun lalu, yang akhirnya “break even” bila barang-barang keperluan perut ikut sama naik. Itu sebab pegawai kerajaan yang mempunyai pendapatan RM 2 ribu sebulan hanya sekadar wal hasil balik asal. Kemudian dihebohkan satu Malaysia akan pendidikan percuma tetapi sebaliknya ibu bapa pelajar terpaksa menanggung kos lain yang tidak ditanggung oleh kerajaan yang lebih tinggi dari yuran yang dihapuskan.

Di samping demi kepentingan hampir 72 kawasan Parlimen yang bergantung dengan undi peneroka Felda, beberapa habuan sama ada projek dan bantuan diberikan. Tetapi dalam keadaan yang sama peneroka Felcra yang tidak mengikut sistem Felda seperti dilupakan dan begitu juga para pekebun kecil yang terlibat di bawah program RISDA. Maka akan disahkan bodoh kepada semua peserta Felcra dan Risda jika terus memberikan undi kepada calon-calon Barisan Nasional kerana dalam pada itu mereka dipinggirkan dari pemberian beberapa geran Politik Wang. Kenapa masih mahu menyokong calon ini?

Dan yang terakhirnya ialah pemberian dividen kepada pencarum LUTH-Lembaga Urusan Tabung Haji sebanyak 7%. Dalam keadaan hebat membelanjakan wang maka mereka tidak menggunakan perkataan juta sebaliknya bilion sungguhpun rakyat miskin terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga memaksa Abdullah Hj Ahmad terjerit di mana-mana dalam pasca kempen PRU menerangkan kerajaan tiga beranaknya akan membuat sesuatu untuk menghapuskan kemiskinan termasuk kepada rakyat keturunan India.

Jika didengar dengan baik atau dibaca apa yang dilaporkan akan ucapan Imam Besar Islam Hadhari “ada had dan ada hari itu” dan bagi setengah orang yang tak faham buah butir yang dia cakap, maka terpaksa menunggu apa yang ditulis dalam surat khabar seperti Utusan Malaysia, sebenarnya ucapan Saya Perdana Menteri itu sama tarafnya dengan menuntun filem di tahun-tahun 60an dan 70an yang dipanggil Cheap Matinee sebuah filem lama yang tiketnya sudah berharga 20 sen sahaja jika duduk di First Class yang tiket asalnya berharga RM1.40.

Di samping penipuan dan pemalsuan karakter Abdullah Hj Ahmad yang kononnya hendak mencari Imam Ghazali dan membuka surah nabi tetapi sebenarnya dia mengotorkan segala-galanya sistem yang di asaskan oleh pendahulunya.

Dengan isu rasuah bukan dapat dibendung tetapi di zaman Kerajaan Tiga Beranak ini malah terus maharajalela dan mana yang boleh dibuktikan dengan faktanya dipertahankan bila BPR dan Peguam Negara, sehingga agensi seperti ada kekebalan atau menjadi kuasa veto bagi menentukan seseorang itu tidak terlibat rasuah. Sungguhpun begitu jika ada kemarahan dan kehendak Kerajaan Tiga Beranak, rasuah orang itu akan dicari sampai memasukan jari ke lubang duburnya walau pun sewaktu dia melepaskan hajat dan telah membersihkan segala baki najis yang terpalit dan sepatunya sekadar itu sahaja yang patut dibersihkan seperti mana berlaku kepada seorang pegawai kanan polis yang sudah pun dituduh rasuah dengan berbagai tuduhan.

Dan rasuah yang dahulunya dipanggil bahasa sopan nya "tumbuk rusuk" sudah menjalar bermula di kalangan atas, membawalah ke kalangan menengah mahu pun kalangan bawahan. Budaya makan suap ini dikembangkan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad dan kroninya. Ini termasuklah penyalahgunaan kuasa dan amalan batil seperti memberi kontrak yang berjuta ringgit dengan tidak mengikut prosedur perbendaharaan sebaliknya dengan satu catatan Saya Perdana Menteri yang menulis perkataan lebih kurang "Saya luluskan dan segera ambil tindakan" tidak ada lagi perkataan “Dikemukakan untuk tindakan tuan dan diproses.

Perkataan proses itu yang akan melaksanakan kehendak-kehendak pekeliling perbendaharaan sama ada orang itu layak atau tidak. Tindakan dengan hanya berunding dengan anak beranak menjadikan kebatilan terus terjadi di berbagai bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Itu sebab isu video Lingam mendedahkan segalanya akan sikap mereka yang terdiri dari hakim, pegawai kerajaan dan polis yang semuanya Melayu yang pasti beragama Islam, akan rakyat mempunyai prasangka bahawa ketidakjujuran dan ketidakadilan mereka itu dalam menjalankan tugasnya bertambah pula dibuktikan dengan fakta bila kes 31 orang peserta demonstrasi Hindraf ditarik balik atas arahan Saya Perdana Menteri yang mana semua orang tahu bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa melangkau Perdana Menteri dalam soal perundangan dan pendakwaan.

Masalahnya di ketika sebahagian terbesar rakyat tanpa mengira kaumnya mengalami penderitaan berat akibat kehidupan sehari-hari yang sulit seperti kenaikan harga bahan bakar, minyak makan, beras, kenaikan takrif air dan elektrik maka rakyat juga menyaksikan juga bahawa sebahagian kecil bangsa ini khasnya orang Melayu dan pemimpin UMNO hidup dengan kemewahan yang berlebih-lebihan.

Setengahnya boleh membuat rumah mewah di kawasan lembah rakyat yang miskin dan yang hendak dikutuk oleh rakyat bahawa banyak kehidupan bermewah-mewah dan berfoya-foya itu adalah hasil curian atau amalan rasuah yang merugikan negara tetapi menguntungkan mereka dan dilakukan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad sebagai suri teladan yang bercuti di rumah mewahnya di Austaralia yang rumah itu atas nama Patrick Badawi.

Sebenarnya apa yang di saksikan dan di lihat sekarang atau di alami oleh rakyat hari ini akan kebobrokan (pinjam ayat Dato Kamal Amir) moral dan kebusukan mental sudah berakar dan berpokok sejak UMNO Baru ditubuhkan yang menghilang identiti asal UMNO itu sendiri.

“De-Umnoisasi” semua orang Melayu semenjak puluhan tahun ini adalah pada dasarnya pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu untuk mencipta masyarakat adil dan makmur. Dengan “De-umnoisasi” semua orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai alat kepentingan pemodal dan imperialisme asing sehingga Abdullah Hj Ahmad dan ahli-ahli UMNO di Johor tidak nampak bahawa WPI - Wilayah Pembangunan Iskandar akan menjadi ladang pemilikan kekayaan bagi kepentingan modal asing dan akhir menjadi sengketa Malaysia dan Singapura seperti yang berlaku antara Palestin dan Israel di suatu masa nanti.

Sang Kelembai: UMNO yang memiliki pemimpin bermoral rendah, sudah pasti tidak menginginkan perubahan-perubahan besar atau perbaikan fundamental dalam mentadbir negara kerana yang penting adalah mereka seperti Abdullah Hj Ahmad dan yang terpenting kepadanya ialah "Saya Perdana Menteri" dan pergi jahanam Melayu. Maka untuk mengekal identiti Melayu di mata orang asing sebagai bangsa termiskin di Malaysia.. undilah Barisan Nasional dengan calonnya macam ramuan rojak itu.

7 comments:

duagelasteh said...

Tuan SangKelembai antara lain menulis bahawa:

'...yang terpenting kepadanya ialah "Saya Perdana Menteri" dan pergi jahanam Melayu. Maka untuk mengekal identiti Melayu di mata orang asing sebagai bangsa termiskin di Malaysia.. undilah Barisan Nasional dengan calonnya macam ramuan rojak itu.'

1. Saya masih berpendapat bahawa Umno sekarang tak jual/gadaikan kepentingan2 orang Melayu.

2. Sebab, itu bukan 'kerja/stail/pendekatan/dasar/perjuangan Umno ( dan para pemimpinnya ) sejak dulu sampai sekarang ( dan selama-lamanya ).

3. Dalil yang sama saya gunakan untuk perjuangan Pas: Pas tak mungkin mengkhianati Islam ( dan dengan itu kebajikan orang Melayu) dengan kegiatan2 politiknya di Malaysia - spt yang dituduh segelintir penulis pro-Umno di forum-mykmu.

4. Begitu juga dgn MCA. Dalil yang sama juga bisa digunakan untuk menjelaskan bahawa MCA tidak mungkin mengkhianati sekolah2 dan pendidikan Cina di negara ini - spt yang dituduh segelintir orang Cina termasuk yang berada di dalam Dong Jiao Zong (Pertubuhan Induk Pendidikan Cina ).

5. Kalu parti-parti di atas menjual @ menjual habis kepentingan2 yang diperjuangkan mereka masing-masing, maka mereka akan kehilangan modal politik. Akibatnya mereka akan ditolak penyokong2 masing-masing!

6. Hakikat bahawa Umno masih mendapat sokongan majoriti orang Melayu ( dan sebilangan orang bukan-Melayu), dan bahawa Umno masih menjadi tunjang @ Taiko Pemerintah kita pada hari ini (dan selepas PRU ke-12 nanti)menyokong huraian2 saya di atas.

7. SEBAB ITU JUGA, SPT YANG SAYA DUK PERHATIKAN, PAK LAH DAN Umno baru-baru ini tak menumpukan perhatian sangat kepada pengundi2 Melayu. Sebaliknya, terlalu banyak ANGPAU diberikan kepada kaum Cina dan India....

Mereka ambil sokongan orang Melayu "FOR GRANTED"!

Sungguhpun pendekatan Pak Lah kali ini berisiko, namun risiko itu berbaloi kut sekiranya bukan-Melayu ada makan/termakan umpan dan sokong BN dalam PRU ke-12 nanti.

8. Saya akui stail kepemimpinan Pak Lah ada kelemahan-kelemahannya, tapi kelemahan-kelemahan itu berpunca dpd ahli2 cerdik-pandai di kelilingnya yang NAMPAKNYA belum pandai memberikan input kpd PM...dan keadaan ini bertambah parah jika sekiranya ada di kalangan ahli2 itu yang tidak beramanah...maksudnya tidak bersikap 'selfless' spt yang diperlukan etika politik....

9. SEKIRANYA KITA SEMUA BISA TOLONG (tanpa syarat/habuan) KAWAN KITA YANG MENJADI PEMIMPIN ITU, SAYA KIRA BELIAU AKAN MAMPU PERBAIKI PRESTASINYA. MUDAH-MUDAHAN.

SALAM HORMAT.

Hovidpure said...

Siakap senohong gelama ikan duri.
Cakap bohong perangai Dollah Bedawi
Ada menantu namanya khairy.
Harta rakyat habis dia curi.

Ada menantu namanya khairy.
Harta rakyat habis dicuri.
Kehulu kehilir setiap hari.
Menipu merompak membohong mencuri.

Kehulu kehilir setiap hari.
Menipu merompak membohong mencuri.
Itulah amalan Dollah Badawi.
Imam Besar Islam Hadhari.

Itulah amalan Dollah Badawi.
Imam Besar Islam Hadhari.
Pembantu rumah dia buat isteri.
Kerana dia tiada harga diri.

Pembantu rumah dia buat isteri.
Kerana dia tiada harga diri.
Ikut telunjuk menantunya khairy.
Pemuda dajal yang tak sedar diri.

Ikut telunjuk menantunya khairy.
Pemuda dajal yang tak sedar diri.
Ingatlah saudara dan saudari.
Jauhi UMNO, selamatkan diri.

Ingatlah saudara dan saudari.
Jauhi UMNO, selamatkan diri.
Demi bangsa dan agama sendiri.
Undi UMNO, bala yang mari.

Demi bangsa dan agama sendiri.
Undi UMNO, bala yang mari.
Ingatlah saudara dan saudari.
Kepada PAS dan Keadilan undi diberi

Ingatlah saudara dan saudari.
Kepada PAS dan Keadilan undi diberi
Agar hidup kita diberkati.
InsyaAllah nyaman sampai kemati

Anonymous said...

semenjak kita di bwh pemerintahan kerajaan 3 branak, rakyat malaysia menerima ramparan yang hebat dari segi kenaikan harga minyak serta barang keperluan harian. saya hairan kenapa kenaikan harga minyak berlaku sedangkan negara kita adalah negara pengeluar minyak. saya pernah melawat petronas fertelizer di gurun kedah, seorang pengawai memberi penerangan kepada kami pengeluaran minyak di malaysia adalah 900ribu tong sehari dan kita mampu untuk mengeluarkan sejuta tong minyak sehari tetapi disebabkan malaysia tidak mahu menjadi pertubuhan opec kita hanya mengeluarkan 900ribu tong sehari.
ini menunjukkan bahawa malaysia mempunyai banyak keuntungan tetapi maslahnya kemana duit yg banyk itu di salurkan? sebagai rakyat di mana suara kita? adakah demokrasi kita hanya sebagai hiasan?

Anonymous said...

dengan pembubaran parlimen hari ini, di harap semua rakyat malaysia membuka fikiran agar berfikir secara waras. umno sekarang bukan lagi umno seperti dahulu yg btul-btul berjuang untuk rakyat. tapi umno sekarang ini berjuang untuk kepentingan diri sendiri.

Anonymous said...

Tuan Zaharin,

Sekarang ini Pak Lah, Najib sibuk berkempen dan melabur dan untungnya akan dikaut pada selepas 8 Mac 2008. Kempen dan pelaburan jangka pendik ini amat digemari oleh pengundi, malah media arus perdana samada yang bercetak atau elektronik memainkan peranan yang amat aktif. Makanya selepas 8 Mac 2008 hasil yang akan Pak Lah kaut juga lumayan.

Lepas PRU ke-12 ini nanti kita boleh lihat ;

1. Harga petrol dan gas akan dinaikkan...alasan ikut pasaran global, kemudian dikuti barangan lain.

2. Koridor-koridor samada utara, selatan, timur dll, akan tinggal koridor...sebab Pak Lah dah menang...bolehlah dia tidorrr!!!

3. Pak Lah boleh bertindak sewenang-wenangnya bila majoriti 2/3 di Parlimen dicapai...boleh pinda dan gubal pelbagai undang-undang untuk kepentingannya, maklumlah 4-5 lagi nak memerintah. Masa mana lagi nak kayakan anak pinak dan kroni.

Selamat mengundi rakyat Malaysia yang bijaksana.

Anonymous said...

Tidak kira siapa anda, parti manakah anda, seharusnya sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa kisah Palestin/Israel. Jika Israel jahanam yang dilaknat itu menggunakan kekerasan dan ketenteraan untuk menawan bumi Palestin, kita rakyat malaysia jangan sesekali lupa bahawa PENASIHAT TENTERA SINGAPURA ADALAH ISRAEL, maka taktik/teknik yang digunakan adalah secara halus supaya tidak nampak bahawa mereka MERAMPAS BUMI MALAYSIA dengan cara kekerasan TETAPI secara SAH yang diizinkan oleh PEMIMPIN2 yang ada sekarang. Renungkanlah.............

Anonymous said...

Sdr SK.

Bangsa Melayu tidak dapat lagi bernaung di bawah UMNO krn kepimpinan yang ada kini tak sama dengan kepimpinan UMNO lalu. Mana tak sama dgn Tun Mahathir, Tun Hussin Onn, Tun Razak, Tunku yang dikasihi .Nampaknya UMNO kini sudah menjadi musuh kepada bangsa melayu. Apatidaknya, dengan kuasa dan mandat rakyat kepada UMNO dapat memerintah. Akhirnya bangsa melayu yang menyokong parti itu kena buldozer. Jentera Berat merobohkan rumah anak bangsa. Kita lihat Anak2 menangis kepanasan dan kehujanan..kelaparan..tidak ada tmpt berteduk kerana rakusnya Ketua Bahagian atau Ketua Pemuda membangunkan projek utk masa depan mereka. Mereka yang berkuasa sangat rakus tanpa memikirkan masa depan anak-anak bangsa nya. Mereka sentiasa berada di Pejabat Tanah kawasan masing2 membuka pelan, buka fail dsbnya untuk mengambil tanah yang sepatutnya di berikan untuk rakyat. Apa yang di mohon oleh rakyat, akan di tindih dengan permohonan mereka. Mereka menduduki JAWATANKUASA TANAH DI DAERAH dan akan meluluskan permohonan mereka sendiri.

4 tahun black out pimpinan Dollah Badawi tak ada satu pun yang boleh membantu rakyat hidup selesa. Pengangguran beratambah setiap tahun, kilang tutup saban bulan dan berpindah ke Thailand, Vietnam dan China, dana mengalir keluar negara, pendatang haram semakin ramai (mereka dibenarkan masuk dan dapat visa pelancung kemudian hilang kebanyakan dari Bangladesh)
barang2 naik mendadak, jenayah meningkat, hutang rakyat meningkat, sedangkan dia tidor bila buat kerja. Apa nak jadi? Pikir-pikir lah sendiri.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia