Tuesday, February 05, 2008

Pengundi Transformasi

JOHOR BAHRU 3 Feb. - Pilihan raya umum ke-12 disifatkan sebagai transformasi menentang reformasi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili pemimpin transformasi manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin reformasi. Jelasnya, pemimpin transformasi membawa perubahan untuk kebaikan seperti melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat- Utusan Malaysia.

Itu kenyataan yang dari bekas seorang yang pernah dituduh kerana mencabul gadis bawah umur, tetapi dia berwang dan Dr Mahathir Mohamed bersekongkol menolongnya maka terlepaslah dia dari tuduhan itu sebaliknya orang yang membela budak itu yang masuk penjara.

Persoalan antara reformasi dan transformasi kepada fikiran Ahli Majlis Tertinggi Umno yang menang dengan membeli undi bernilai RM 500 seorang yang diserahkan oleh leftenan-leftenan nya pada tahun 2004 kepada perwakilannya dan di Wilayah Persekutuan oleh seorang bekas Setiausaha UMNO Bahagian yang menjadi Ketua Pemuda di zamannya sebagainya wakil adalah terlalu rendah martabatnya selaku bekas seorang Ketua Menteri dan lulusan Universiti Malaya jika itu keluar dari mulutnya.

Semua orang di Melaka tahu, bahawa si polan ini bercadang sangat untuk bertanding dalam satu kawasan Parlimen yang wakilnya bermasalah dengan Mohd Ali Rustam @Ali Ketam. Dan jika Selangor sudah bersetuju meletakan Mohamad Taib sebagainya calon hanya sekadar ahli yang dilantik dalam Majlis Tertinggi UMNO dengan jawatan simpati sebagai Ketua Penerangan, bagaimana pula dia yang menang. Dan antara dia hanya sedikit sahaja perbezaan dan jika ada kelebihan pun perbandingan dalam soal perempuan dan rasuah.

Maka beramai-ramailah orang Melayu dan parti pembangkang berdoa semoga dibukakan hati “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai Ketua Kerajaan “Invisible Government” Tiga Beranak meletakan orang yang sedemikian kerana ia akan menjadi titik tolak kepada parti pembangkang memahami sikap dan pendirian orang Melayu. Adakah sikap sekular yang ada selama berada di dalam pemerintahan 50 tahun UMNO/Barisan Nasional sudah berakar kepada orang Melayu Islam tanpa mempertimbangkan syariah Islam dalam memilih pemimpin atau khalifahnya yang akan menjadi pokok yang sukar ditumbangkan di mana soal moral diketepikan begitu sahaja.

UMNO yang terluka parah di zaman Abdullah Hj Ahmad dengan berbagai skandal rasuah, moral dan sebagainya, tidak mengambil kira bahawa jika kedua mereka ditonjol sebagai calon UMNO/Barisan Nasional ini hanya memberi pengertian seperti luka yang menanah disiram dengan air limau kasturi.

Di sini nanti akan kita lihat kategori pengundi yang sudah di bilah kepada tiga jenis, ia itu yang

Pertama: Pengundi Tradisi, mereka terdiri daripada pengundi asal parti-parti yang berkenaan, jika dia UMNO.. UMNO lah sampai sekarang dan jika dia PAS, kekallah dia PAS tanpa berubah begitu juga pengundi DAP. Pengundi Tradisi tidak akan berubah dan jika tidak bersetuju dengan calon dalam kawasannya biasanya dia tidak keluar mengundi dan jika dia mengundi calon yang lain kerana tidak bersetuju, dengan sendiri tidak boleh dipanggil pengundi tradisi.

Kedua: ialah pengundi konvensional, mereka ini terdiri pengundi yang melihat dari segi dua kepentingan ia itu diri nya sendiri dan negaranya. Pengundi yang bersikap demikian akan mengundi mengikut cita rasa masa berlakunya PRU – Pilihan raya Umum itu, jika dia memikirkan kepimpinan masa itu baik untuk dirinya dan masa depan negara, dia tidak teragak-agak mengundi UMNO/Barisan Nasional dan jika sebaliknya dia akan mengundi parti yang bertentangan. Pengundi Konvensional biasanya berlaku kepada anak Malaysia dari berbagai kaum tetapi banyak terdapat kepada pengundi bukan Melayu. Itu sebab Dr Mahathir Mohamed boleh menjadi Perdana Menteri 22 tahun dan melalui proses lima kali PRU kerana mereka tidak terpengaruh dengan kebencian kepada Dr Mahathir Mohamed tetapi mereka percaya Barisan Nasional yang ada visi dan misinya untuk kebaikan mereka.

Dan yang terakhir ialah pengundi Kontemporari. Kelompok ini adalah golongan muda dan berpelajaran. Kerana golongan ini terdedah dengan berbagai berita alternatif sama ada Internet dan akbar parti-parti politik, mereka membuat keputusan dari perasaan ke tidak puas hatinya dalam satu-satu isu yang menyentuh kepentingan kehidupan, masyarakat dan negara.

Betapa pun UMNO sudah berpandangan jauh, memenangi pengundi kontemporari ini dengan cara mengujudkan Puteri dan Putera UMNO tetapi sebilangan mereka tidak terlibat dalam aktiviti UMNO, maka golongan pengundi kontemporari UMNO walau jumlahnya ramai tidak boleh di percaya semuanya akan mengundi UMNO/Barisan Nasional

Kesimpulannya setelah jumlah pengundi tradisi yang setiap kali PRU jumlahnya berkurangan dan boleh di andaikan hanya berada dalam kedudukan 35% sahaja dan pengundi konvensional berada di tahap 40% dan pengundi kontemporari berjumlah selebihnya, ini boleh memberikan pengertian bahawa UMNO/Barisan Nasional tidak semudah itu untuk menang dalam PRU yang akan datang.

Si pulan Rahim Tamby Chik sewajarnya meneliti aliran pengundi semenjak beberapa tahun dahulu dengan dimulai dari tahun 1995 dan zaman PRU reformasi di tahun 1999 yang menunjukkan angka-angka UMNO/Barisan Nasional yang menang dan kalah dan dibandingkan pada PRU 2004, di mana dengan jelas menunjukkan bahawa pengundi 1995 yang lari mengundi pembangkang di tahun 1999 balik semula mengundi UMNO/Barisan Nasional di tahun 2004.

Maka siapakah pengundi yang lari di tahun 1999 dan balik semula di tahun 2004? Hanya pengundi Konvensional yang balik kerana kekuatan masa itu pengundi Tradisi 40% dan pengundi Konvensional 30% dan pengundi Kontemporari kekal tidak menyokong UMNO/Barisan Nasional walau pun UMNO menjenamakan semula dengan meletakan Abdullah Hj Ahmad sebagai Perdana Menteri.

Itu sebab pemikir di pejabat Perdana Menteri mengetahui bahawa pengundi bukan Melayu lebih takut Abdullah Hj Ahmad dari Dr Mahathir Mohamed dalam soal negara Islam. Kerana Abdullah Hj Ahmad yang berkelulusan Sastera-Pengajian Islam kemungkinan akan bertindak tegas dalam melaksanakan hukum-hukum Islam bertambahan pula dia datang dari keluarga beragama dan datuknya dipanggil ulama walau pun bidangnya dalam soal bintang dan bulan.

Maka dicari jalan tengah menyelesaikan dengan cara mengujudkan Islam Hadhari yang lebih merupakan satu tindakan Islam yang ada had dan hari ini seperti isu penangkapan gadis-gadis Islam di sebuah disko yang dilepaskan oleh Abdullah Hj Ahmad. Dan begitu juga kenyataan-kenyataan yang mirip kepada perlaksanaan Islam Liberal yang diperjuangkan oleh setengah negara yang di dalang oleh Yahudi dan yang terbaharu ialah memperakui akan perihal kebebasan memilih agama termasuk kepada orang-orang Melayu.


Akhirnya sewajarnya diketahui bahawa Malaysia telah melalui tahap-tahap kepimpinan dari Tunku Abdul Rahman Putra yang mengamalkan trait model of leadership atau model watak kepimpinan dan kemudian berada di tahun Model of Situational Leadership di bawah Tun Abd Razak Hussein dan Contingency Model atau Model Kepemimpinan Kontingensi yang dibawa oleh Tun Hussein Onn.

Dan Malaysia di zaman Dr Mahathir Mohamed telah melakukan apa yang dipanggil Model Of Effective Leader atau Model Pemimpin yang efektif. Di mana boleh dilihat bahawa type of behaviors yang membawa kepimpinan yang efektif dan mendukung kepimpinan yang mampu menangani aspek organisasi dan manusia sekali gus.

Bila mana Abdullah Hj Ahmad di angkat menjadi pemimpin transformasi, sesuailah Rahim Tamby Chik melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat seperti disarankan oleh Abdullah Hj Ahmad, ia itu pergi belajar balik jika hendak memahami tafsiran Model of Transformation Leadership atau model Kepemimpinan Transformasi.

Ilmu kepimpinan transformasi adalah model yang baru, pengajian bagi kajiannya dalam model ini adalah dinilai lebih mampu menangkap fenomena kepimpinan di banding model-model yang lain.

Jika mengikut kajian yang dilakukan oleh Sarros dan Butchatsky model kepimpinan ini merupakan konsep yang terbaik yang berlandaskan karakter pemimpin. Dan yang terpenting konsep ini dinilai telah mengintegrasikan dan sekali gus menyempurnakan ide-ide yang dikembangkan dalam model-model sebelumnya.

Sang Kelembai: Kata Sarros dan Butchatsky pemimpin Transformasi ialah "break through leadership" yang bermaksud memiliki kemampuan untuk membawa perubahan tetapi Abdullah Hj Ahmad membawa perubahan sebagai pemimpin transformasi ialah memperkayakan keluarga dan dirinya dan menggalakkan rasuah. Agaknya ini dimaksudkan oleh si pulan Rahim Tamby Chik maka beramai-ramai mengundi calon UMNO/Barisan Nasional..

4 comments:

Anonymous said...

Soal moral sekarang ini bagai tidak lagi menjadi kayu
pengukur bagi menentukan kriteria seseorang pemimpin itu...
Ramai orang Islam yang kebanyakannya melayu moderen cuma mahukan Islam dalam urusan nikah kahwin, cerai, puasa, raya, umrah, haji, cukur jambul anak, khatan dan kematian shj...
Mereka2 ini lebih mudah menerima Islam yang ada had dan hari yang dicanang oleh UMNO dan AAB..
Mereka ini selalu memikirkan nanti bila mati kubur lain2 biarlah dengan orang lain nak buat semasa hayatnya, kalau dia buat dosa dia tanggung sendiri...
Apa yang mereka tidak terfikir langsung ialah apabila mereka memilih pemimpin yang cenderung melakukan atau menyokong atau tidak mencegah kemungkaran maka dia juga akan mendapat bahagian di akhirat kelak bersama2 pemimpin yang dipilihnya itu...
Allahu'am...

Tok SK agaknya tergolong dalam pengundi apa ya??
Saya pula Pengundi Tradisi..

Rockybru said...

Teringat pulak cerita yang popular dengan budak-budak, berjodol Transformers. Jalan cerita dan karaktor cerita tu merepek dan dongeng, macam cerita sipulan Rahim "ball-bearing" Thamby Chik jugak adanya.

zainal abidin awang kechik said...

Al-Maeda





(7) Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (8) Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Anonymous said...

sang kelembai,
Betul kata saudara di atas.UMNO n BN mmg suka ambil yg terburuk utk jd calon mereka.rakyat mesti memilih calon yg bersih utk memimpin rakyat.UMNO n BN masih ramai lg calon yg berkaliber utk rakyat.PRU12 kita hancurkan kerajaan tiga beranak ini.saya terasa amat malu terhadap kerajaan sekarang,kerajaan tiga beranak ini menipu dgn janji-janji kosong terhadap rakyat yg mengundi.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia