Friday, February 29, 2008

Salam berpelukan IMAN HADHARI


ISLAM ADA HAD DAN ADA HARI


















10 comments:

Anonymous said...

benda dah lama dah nih...baru nak cerita plak..bagilah cerita panas yang baru...UNDI LAH BN....hahha..http://blackgagak.blogspot.com

mn said...

1. Betul ka sesetengah orang berkata hadari itu bermaksud "Yang depa suka halal dan yang depa tak suka haram".
2. Saya rasa Pak Lah tak salah dalam hal islam hadari ini tetapi yang salah ialah 'penasihat' beliau yang mencadangkan hadari ini kepada Pak Lah. Kesudahanya Pak Lah juga yang jadi Pak Tanggong.
3. Kesian Pak Lah.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

KALAU MACAM NI LAH PERANGAI IMAM HADHARI, BAYANGKAN LAH MACAM MANA PERANGAI MAKMUMNYA! SIKIT TAK SEGAN SILU BERPELUKAN DENGAN BUKAN MUHRIM DI KHALAYAK RAMAI. INI KAH ISLAM HADHARI, NAMPAK MACAM KERAJAAN FIRAUN AJE! TAK NAK! TAK NAK! GELI2 GEMAN TEMAN DIBUATNYA. SIMPANG MALAIKAT 44! YA ALLAH, JAUHKANLAH KAMI DARI PEMIMPIN MACAM INI!

HINDARI ISLAM HADHARI!

Anonymous said...

Bila lihat gambar-gambar tu...aku jadi gelihati sebab dalam TV dan suratkhabar, berbuih-buih pemimpin no. 1 islam ada had ada hari ni bercakap tentang islam hadhari, mengutuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang kononnya membelakangi agama semata-mata nak menang pru kali ni, tapi lihatlah contoh-contoh nyata dalam gambar-gambar ni, cakap tak serupa bikin!

Anita Kedah said...

Assalamualaikum Dato'

Izinkan saya berkongsikan santapan minda dalam ruangan yang ada kaitan pada topik ini. Dengan Izin...Dato’

Pengenalan : Saya adalah RAKYAT yang tidak menjadi AHLI kepada mana-mana parti. Walaupun saya pernah memohon untuk menjadi ahli kepada sesuatu parti, entah dimana silapnya…permohonan saya itu senyap hingga kini. Saya telah mengundi buat kali 3 dan ini bakal menjadi kali ke4 dalam hidup saya.

Tidak menjadi RAHSIA, bahawa sebelum ini saya acapkali mengundi bekas parti pemerintah (BN) kerana berhajatkan kepada kemajuan pembangunan. Namun, kini selepas bertahun-tahun menghadapi dunia kemajuan, saya disentak dengan suatu persoalan iaitu, kenapa LAGI KUAT saya menyokong parti terdahulu, lagi banyak kesusahan yang menimpa diri saya.

Setahu saya, hasil mahsul Negara kita seperti minyak, getah, kelapa sawit, jelapang padi yang luas, persisiran laut yang sekeliling lagi luas, hutan balak yang masih banyak, yang entah berapa tinggi nilainya, kemajuan sains dan teknologi yang semakin dipelupori oleh anak bangsa kita, kenapa kenikmatan hidup dewasa kini nampaknya semakin sempit lagi dihimpit. Kemanakah perginya peluang-peluang yang harus diadakan buat kita semua.

Saya percaya dewasa kini, kita semua melalui kos sara hidup yang makin meningkat. Perjalanan kesana kesini semakin sesak lagi bertambah kos perbelanjaannya. Lagi kita pangkah bekas parti pemerintah, lagi tinggi yuran pelajaran anak-anak mahupun dari sekolah rendah, menengah ataupun universiti (sudah tu kita perlu pula menyokong kemudahan pinjaman wang pendidikan, agar anak kita boleh berjaya. Bila berjaya, dikatakan pulak sekolah/institiusi pengajian atau pengetua atau guru tersebut adalah yang terulung, walaupun kita ibubapa kanak2 tersebut yang berusaha mengeluarkan perit peluh dan wang untuk menghantar anak kita kepusat tuisyen atau membayar yuran PIBG bagi kemudahan tuisyen). Keselamatan anak kita pula dipersalahkan kepada kita juga sepenuhnya, tanpa mengira perancangan prasarana yang kondusif lagi selamat. Adakah pihak yang mengurus/berkhidmat keatas Negara kita ini tahu bahawa KITA yang memberikan amanah kepada mereka setiap kali PRU, permintaan mereka itu kita tunaikan dengan sepenuhnya (majority 90%+).

Oleh itu izinkan saya Dato’ sekali lagi untuk membentangkan pendapat saya dibawah untuk tatapan semua dimana topik ini adalah amat berkaitan. Dengan Izin…dan terima kasih terdahulu Dato’

SANTAPAN MINDA PRU12 – UNTUK PELANGGAN YANG BERNAMA RAKYAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sidang bloggers sekelian.

Pembubaran Parlimen:

Pembubaran parlimen beerti penamatan semua kuasa ahli dewan undangan negeri dan parlimen, yang bermaksud pentadbiran kerajaan sekarang dipimpin oleh satu kuasa pimpinan penjaga (Caretaker). Oleh demikian, ini bermaksud bahawa tiada bentuk kuasa kerajaan maka dengan itu tiadalah ada ungkapan bagi maksud parti kerajaan atau parti pembangkang. Yang wujud adalah parti-parti yang bertanding. Ada parti-parti yang bergabung dan yang bekerjasama. Kuasa ketika ini sebenarnya terletak kepada Rakyat dan Rakyat perlu sedar akan kehendak mereka.

Dalam situasi PRU12, terdapat berbagai parti yang memancing Undi. Mereka ini adalah ibarat seperti Jurujual (Salesman). Dan di dalam suasana sekarang terdapat beberapa puak yang antaranya di wakili oleh pertubuhan-pertubuhan besar, pertubuhan-pertubuhan sederhana besar yang bergabung mahupun individu-individu persaorangan (contohnya : Barisan Nasional, Parti PAS, PKR, DAP dan calon bebas) yang cuba mempromosi produk mereka. Oleh yang demikian, kita para PENGUNDI adalah PELANGGAN yang mustahak dan penting yang bakal menentukan pemilihannya.

Oleh yang demikian, ketika anda menghadiri sebarang ceramah/sidang layar maya, maka Perlulah Anda Beringat, iaitu: TIDAK PATUT adanya gelaran PARTI KERAJAAN/PARTI PEMERINTAH/PARTI PEMBANGKANG. Yang ada hanyalah parti-parti yang ingin menjual PRODUK mereka sahaja dan kita perlu membuat PEMILIHAN YANG TEPAT dan BIJAKSANA.

KRITERIA PEMILIHAN OLEH SESEORANG PELANGGAN

Buat pertama kalinya, Pelanggan perlulah mengetahui apa yang dia ada/mampu untuk dia membuat sebarang pembelian. Disini, pelanggan perlu mengetahui kemampuan dana/kekayaan yang dia ada untuk dia memberikan tawaran kontrak tersebut kepada pemilihan produk yang ingin dibeli. DAN BUKANNYA kemampuan Penjual yang ingin menawarkan PRODUK, sebab mereka hanya mempunyai bidang khidmat, manakala PRODUKNYA adalah BARANGAN HAK KITA semua. Negara KITA kaya dengan pelbagai sumber hasil. Diibarat KITA mempunyai sebidang besar tanah yang dipunyai oleh pelbagai sumber dan dimiliki oleh sekian ramai pemilik yang bernama RAKYAT WARGANEGARA MALAYSIA. Oleh itu janganlah sekali-kali para Jurujual cuba memandai-mandai menyogok kita dengan janji-janji palsu atau sogokan wang ringgit, sebab NEGARA ini adalah milik KITA. Gerannya kini ditangan KITA dan mereka tidak sepatutnya memberi SOGOKKAN dalam apa benda sekalipun. Jurujual yang menyogok akan menyebabkan KITA menjadi WARGANEGARA yang BERASUAH dan TIDAK BERMORAL. Janganlah KITA sebagai pemilik NEGARA ini mengizinkan MARUAH kita menjadi terlalu RENDAH dan KEJI.

Didalam menentukan kriteria pemilihan, saya menggambarkan bahawa kita semua berada dalam suatu kawasan perkampungan yang mendiami beberapa blok kediaman. Terdapat blok-blok kediaman yang mempunyai prasarana yang lengkap dan yang perlu dilengkapi lagi dengan kemudahan dan situasi sekeliling yang sepatutnya menyenangkan KITA sebagai pelanggan. Maka dengan itu, kita perlulah memilih PERKHIDMATAN yang terbaik untuk diri KITA. Malangnya KITA sebagai PELANGGAN di sogok dengan aspirasi dan mimpi indah yang amat pelbagai hinggakan KITA sendiri terpinggir oleh KEHENDAK yang terbaik untuk PILIHAN KITA sendiri. Ini ditambah pula dengan KETIDAK FAHAMAN KEPERLUAN dan KEMAHUAN yang jauh berbeza diantara sesuatu kaum.

Oleh yang demikian, KITA sebagai PELANGGAN yang PENTING LAGI MUSTAHAK, perlulah berfikiran MATANG selepas melangkaui batas 50 tahun kemerdekaan, harus menjuruskan KEPERLUAN dan KEMAHUAN kita kesuatu TAHAP KEPUASAN LAGI MAKMUR agar ianya mencakupi semua bahagian aspek kehidupan kita dan generasi-generasi yang akan datang. Sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, saya fikir, KITA memerlukan perkara-perkara berikut, jika boleh saya syorkan:

• Perkhidmatan Yang Cekap, Bijaksana dan Mesra.
o Perkhidmatan yang berlandaskan kecekapan mengendali, mengusaha dan meningkatkan kualiti dan kuantiti hidup dari SUMBER BUMI KEPUNYAAN KITA.
o Perkhidmatan yang bijaksana keatas SUMBER BUMI KITA pula haruslah diusaha dengan penuh jiwa semangat RAKYAT, tanpa mengira agama, bangsa dan kepartian.
o Perkhidmatan mesra pula haruslah digembeling dengan nilai-nilai murni adat kesopanan KITA, dengan menolak sikap sombong dan bongkak lagi angkuh.
• Perkhidmatan Yang Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Hidup
o KITA umumnya gusar dengan KEPASTIAN MASA DEPAN KITA dan GENERASI KITA. Oleh demikian Jurujual-jurujual yang akan ditawarkan KONTRAK PERKHIDMATAN ini yang akan dipegang konsesinya selama 5 tahun kemudian, perlulah mengadakan PERANCANGAN JITU, dan bukannya JANJI-JANJI MANIS Jurujual sahaja. Mereka seharusnya memperjelaskan kemana arah tuju masa depan kita dengan disemak oleh kualiti indeks (sebagai Bench Mark) untuk KITA semua TELITI. Disini silalah BUKA MINDA, MATA dan HATI tuan-tuan dan puan-puan untuk memperbandingkan yang mana satu asli, diantara yang dibuat, dicakap dan hasil yang dilihat.
o Kita juga perlu memperincikan PEMILIHAN sedalam-dalamnya dengan meneliti keperibadian Jurujual Daerah, Ketua Jurujual dan Pertubuhan yang bakal menyediakan perkhidmatan mereka. Jika Pertubuhan berkemampuan, tapi Jurujual daerah tidak boleh memberi khidmat yang baik, seperti memekakkan telinga, lebih baik kita cari jurujual lain. Dan jika Jurujual Daerah mesra dan baik, tetapi polisi ibupejabat pertubuhan pulak memekakkan/melengahkan tuntutan kita, juga perlu kita tolak.
• Perkhidmatan Yang menjuruskan kepada KEMAKMURAN dan KESEJAHTERAAN.
o Untungnya apabila KITA sebagai PELANGGAN dapat dipersembahkan dengan dua set PERBEDAAN PILIHAN yang boleh kita buat sebagai ukuran. Barulah kita beroleh KEBIJAKSANAAN untuk memikir dan memilih dan bukannya diBUTAKAN oleh aspirasi sehala sahaja selama 50 tahun. Barulah ini memberikan MAKNA MERDEKA, iaitu tidak dijajah minda oleh satu perspektif sehala sahaja.
• Akhir sekali, Perkhidmatan Yang Membawa kepada KEBERKATAN.
o KITA harus menilik kembali SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA, dimana TAMADUN MANUSIA bermula dari PEMBANGUNAN SAHSIAH MINDA yang dicetus oleh fahaman AGAMA. Keseluruhannya bermula dari kawasan ASIA. Oleh itu insan manusia yang dari cerok Asia ini, samaada Cina, India, Arab dan lain-lainya mempunyai pegangan kepercayaan Agama yang kuat. Maka demikian sebagai kaum puak yang berlainan bangsa dan agama, rasanya tidak menjadi masaalah bagi mengaspirasikan impian KEBERKATAN dalam mencari matlamat kehidupan mereka.
o Oleh demikian, kita sebagai PELANGGAN MUSTAHAK, perlulah mendesak para Jurujual yang ada, agar tidak sekali-kali menokok iklan-iklan pembangunan, mengejar kemajuan dan sebagainya yang mana mereka tidak mempunyai sebarang ikatan keatas GERAN yang ada pada KITA sekarang. Hanya kita yang boleh memilih dan meneliti kualiti-kualiti kebolehan yang terpampang dimata, telinga dan hati kita untuk dibuat PEMILIHAN. Dan model-model yang boleh diunjurkan terdapat diNegeri Kelantan dan Negeri-Negeri Lain seterusnya untuk dibuat perbandingan. SILALAH BUAT PENELITIAN YANG TERBAIK buat sesame kita. Disini, mungkin adanya RAHMAT bila kita boleh membuat perbandingan, ANDAIKATA tiada model yang disediakan, maka pencarian untuk mencari KEPASTIAN adalah dengan pandangan sebelah/sehala sahaja.

PERKONGSIAN PERSEDIAAN MEMBUAT PEMILIHAN CALON PRU12

Sebenarnya sebelum saya menyiarkan artikel bertajuk SANTAPAN MINDA PRU12, saya telah merujuk pelbagai laman layar, yang pada masa kini melalui kaedah kemajuan ICT, telah membolehkan kita memuncakkan penelitian pandang, dengar dan rasa keluhan dengan jelas tanpa berjumpa dengan mana-mana peraih undi (jurujual) bagi mendengar celotehan serta omongan-omongan mereka. Ataupun pengaruh-pengaruh rakan dan taulan untuk kita ‘oblidgekan’ sikap sopan santun kita.

Perolehan makluman dan hebahan berita ini adalah disabitkan juga dari timbulnya perasaan muak dalam mendapatkan bahan berita yang seimbang yang asyik sangat disogok oleh sebelah pihak. (Maklumlah mereka menjuallah katakan)

Kemajuan dunia ICT, telah membolehkan kita untuk mendapatkan berita dari sepelusok tempat, tanpa perlu pergi kesana untuk mengiyakan secara saheh, dari penglihatan dan pendengaran akan sesuatu berita tersebut. Ianya juga mencakupi bidang tatapan yang meluas. Sumber perolehan boleh diseimbang dengan pandangan dan pendengaran yang zahir melalui laman-laman layer seperti YOUTUBE dan GOOGLE VIDEO.

Jadi sebagai PENGUNDI, yang saya rasa KITA semua adalah PELANGGAN yang mustahak, maka saya mula menjengah dan meninjau pelbagai sumber laman web dan blog-blog dari pihak bekas Parti yang Memerintah dan Parti-parti lain. Juga kelaman-laman web yang menyiarkan kuliah agama, sampel-sampel persidangan parlimen dan sebagainya untuk dibuat PENELITIAN PEMILIHAN, akan HAK saya untuk menyerahkan KUASA KONTRAK PERKHIDMATAN kepada Jurujual Daerah/Ketua Jurujual/Pertubuhan yang akan memberikan perkhidmatan mereka.

Saya sebagai seorang muslim, telah merujuk kepada laman-laman web youtube dan google video yang menyiarkan klip video yang menzahirkan pandangan-pandangan orang alim ulamak di kedua-dua belah pihak.

Berikut adalah himpunan catatan yang telah saya perolehi dan ingin berkongsi dengan sekian rakan pemerhati.

• Dalam satu laman Youtube; terdapat seorang MUFTI yang liberal pada pandangan saya menjelaskan ciri-ciri kepimpinan yang orang Islam perlu pilih ialah mereka mestilah yang beragama islam dan beriman lagi takwa kepada Allah SWT. Dan jika tiada kedapatan akan ciri tersebut, maka dipilihlah dari mereka yang sehampir rapat dengan keperibadian orang Islam, yakni tidak berbohong, menipu dan sebagainya. Maknanya orang yang bertuntutan agama.
• Dalam laman Youtube juga; saya memperolehi hebahan-hebahan media video yang mempertontonkan bagaimana satu puak yang dianggap alim, tetapi berceramah secara agresif hinggakan mengeluarkan kata-kata kasar, lagi memperapikan kata-kata permusuhan dan mempersendakan rakan sesaudara Islam. Persoalan – Adakah cara begini boleh dikira keperibadian seorang Islam?
• Dalam sebuah laman web jurno dan klip video Youtube juga; saya mendapati Parti MCA, UMNO dan MIC mengeluarkan ungkapan “Anda perlu mengundi parti Kita, untuk Kita mempertahankan dan memperjuangkan nasib bangsa kita”. Persoalan disini – nak berjuang dan mempertahankan dari siapa? Parti UMNO untuk Melayu, Parti MCA untuk Cina, Parti MIC untuk kaum India, nak memperjuangkan nasib kaum mana dahulu? Kalau difikirkan, Parti DAP dan PKR, ahli-ahlinya terdiri dari pelbagai bangsa, cuma malangnya amat kurang orang Melayu yang menganggotai parti DAP. Manakala parti PAS yang memperjuangkan Islam mengizinkan ahli-ahlinya dari pelbagai bangsa tetapi menganuti perjuangan ISLAM. Oleh itu disini, siapa yang tidur bersama dan bermimpi lain-lain.
• Dalam laman Youtube juga; saya melihat beberapa petikan persidangan diparlimen, bagaimana seorang menteri yang diamanahkan dengan KUASA dari KITA, dengan angkuh mengatakan “Ini adalah kuasa saya sebagai MENTERI, untuk menutupkan 2 buah unit MRSM di Terengganu”. Keputusan itu diteruskan juga, walaupun dirayu untuk dibawak berbincang dengan kerelaan pihak yang lagi satu untuk menuruti sebarang tawaran. Keputusan tersebut pada pandangan saya, telah membelakangi aspirasi RAKYAT yang menginginkan kemajuan yang seimbang tanpa mengira agama, bangsa dan darjat. Dan keputusan menutup 2 buah MRSM itu dilaksanakan dengan mengorbankan harta wang RAKYAT disamping menyusahkan anak-anak kaum melayu. Keputusan itu dibuat oleh MENTERI dari parti UMNO yang mana UMNO bermaksud, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Manakala Cogankata Umno pula Ialah:- BERSATU - BERSETIA – BERKHIDMAT.

Dalam beberapa klip persidangan dewan undangan negeri dan parlimen lagi, saya dapati wakil-wakil rakyat ini, yang kita AMANAH KUASA dan HAK KITA, bersikap tidak professional dalam memperbahaskan hak-hak rakyat. Antaranya seperti, menggunakan dana WANG KERAJAAN dengan sewenang-wenangnya, mutu persembahan media RTM yang tidak berkualiti, bergaduh seperti kebudak-budakkan.
• Dalam laman Youtube juga; kita boleh mengenali keperibadian pemimpin yang ada. Contohnya perwatakkan dan kehidupan seorang ADUN Kelang, perwatakkan social Menteri Kesihatan, ADUN JASIN, malah Perdana Menteri sendiri. Jika dibuat perbedaan dengan Menteri Besar Kelantan yang hidup dengan penuh kesederhanaan, maka terpaparlah kita bagaimana HIDANGAN prospectus Jurujual-Jurujual dari pelbagai Parti ini, kebanyakkannya membawa kecemaran minda.

Mungkin kini tiba pula masa untuk kita perlu adakan dua set pemerintahan perbandingan untuk kita jadikan sebagai CITIZENS BENCH MARK. Bukan lagi cara dimana kita diugut, ditekan atau diperkotak katikkan oleh jurujual-jurujual yang tamakkan HAK KITA. Pada pandangan saya, ada juga kebaikkan untuk kita, agar jurujual-jurujual ini pulak kita jadikan sebagai BENCH INDEX untuk kita pula demand TAHAP yang terbaik buat diri kita semua.

Saya syorkan, tuan-tuan dan puan-puan yang biasa menggunakan hebahan berita ceramah, pandangan rakan dan saudara, serta media perdana yang sediaada, jangan lah cepat membuat penentuan. Gunalah kemudahan kemajuan ICT untuk menjangkau seluas-luasnya maklumat, melihat dan mendengar sejauh-jauhnya perkembangan terkini dalam membuat suatu penentuan terhadap masa depan KITA dan zuriat generasi kita, dimana kita akan serahkan bulat-bulat selama 5 tahun kepada orang yang bakal menjaga HAK kita. Carilah maklumat terperinci tentang wakil dikawasan anda. Setelah menentukan kredibiliti wakil jurujual kawasan anda, tentukan pula kredibiliti ketuanya anda dan pertubuhan yang mewakilinya lantas dibanding dengan petunjuk lain yang dibuat ukuran penentuan.

Dengan izin saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan para sidang pelayaran laman web untuk betul-betul merenung dengan penuh mendalam dalam menjulat PEMILIHAN KITA bersama.

Pergilah lawat semua laman web, laman media layar, dari pelbagai pihak yang pro bekas pemerintah atau yang menjunjung gagasan alternatif dan marilah kita sama-sama mendewasakan diri lagi MINDA kita, agar kita beroleh barang perkhidmatan yang baik untuk kita semua. Kenalilah erti KEMERDEKAAN (MINDA & HATI) yang sebenar, daripada di sogok dengan perasuah-perasuah jurujual-jurujual yang murah ini. Elakkan diri kita dari menjadi pengambil rasuah. Bersihkan masyarakat kita dan marilah kita bina hala tuju yang BERSIH (Perjuangan Rakyat Sebenar).

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan “SELAMAT MENGUNDI”, jadilah PELANGGAN MUSTAHAK, janganlah MASA DEPAN dan MARUAH kita mudah DIPERKOTAK KATIKKAN, lagi DISOGOK dengan JURUJUAL yang KORUP. JANGANLAH KITA KENA JUAL dan JADI PENGAMBIL RASUAH. (BY RIGHT ANYONE WHO OFFER US BRIBES, SHOULD BE KICK IN THEIR BUTT. NO POINT TO REPORT TO THE POLICE FOR NOW… U KNOW WHAT I MEAN. LET THEM KNOW THAT WE REALLY MEAN BUSINESS THIS TIME AROUNG)

Sekali lagi selamat mengundi dan salam hormat dari saya. Wassalammulaikum.

Anonymous said...

Salaaam alaikum w.b.t.. apa kabar bro?? Saya dah tengok klip2 video pandangan saudara dan mesej2 saudara. Saya sokong dan teruskan perjuangan saudara menegakkan keadilan. Selamat mengundi esok, Allahu akbar!!!!!!!! :)

Anonymous said...

Perak MB for DAP. kah kah kah

NabiLah said...

ke mana saudara sang kelembai menghilang..

Anonymous said...

pergerakan pemuda UMNO seluruh malaysia digesa supaya merapatkan barisan dan menolak khairy jamaludin didalam mesyuarat agung UMNO tidak lama lagi. sudah cukup kita memikul mayat hidup selama ini. Ayuh anak muda melayu bangkit! demi alif ba dan tha (Agama, Bangsa dan Tanah air)

ロハンジェプさん said...

memang dah lame die camnie...tapi mahathir p pilih pak lah pasai apa?dulu sebok pecat timbalan yang hbat, tan sri musa hita pastu anwar..ni pak lah, lelah kalo dengar die berucap..

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia