Sunday, March 30, 2008

Bila air berkata-kata

PETALING JAYA 29 Mac “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap pelantikan pengganti Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad yang akan tamat tempohnya pada bulan Oktober ini akan dapat dilakukan melalui sebuah suruhanjaya.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah mustahak untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman negara apabila pelantikan hakim dapat dilakukan melalui satu proses yang lebih telus, ketat dan meyakinkan.

Katanya, ini kerana apabila adanya suruhanjaya, seseorang calon itu akan dikaji serta disiasat kebolehannya, rekod dan moralnya oleh suruhanjaya yang dianggotai wakil daripada pelbagai bidang yang terlibat dalam undang-undang.

Ini sangat penting kerana proses pelantikan dan kenaikan pangkat seseorang hakim sekarang, sesiapa pun tidak boleh persoalkan nama yang dipilih.

Dalam tempoh masa agak singkat ini, saya akan berusaha keras supaya suruhanjaya dapat ditubuhkan bermula dengan pelantikan Ketua Hakim Negara sebelum diikuti dengan yang lain-lain, katanya kepada wawancara khas Mingguan Malaysia di sini hari ini. Mingguan Malaysia-30hb Mac 2008.

Bagi setiap orang yang mengakui dirinya orang politik, kalau tidak lulus atau pandai sekurangnya ada asas dalam dirinya dua pengetahuan, sejarah dan undang-undang. Pengetahuan ekonomi jika mengetahui adalah sebagai satu tambahan yang baik bagi seorang yang hendak mengaku orang politik.

Zaid Ibrahim seorang Menteri dalam Kabinet Dinamik di Kerajaan Tiga Beranak yang lebih baik dipanggil kabinet lembik, seorang yang berkelulusan undang-undang, ini bererti dia punya satu cabang pengakuan sebagai orang politik tetapi bagaimana dengan pengetahuan sejarahnya?

Jawabnya tidak ada. Kerana jika dia tahu dan memahami sejarah kemungkinan dia tidak bercakap setolol itu. Bagi orang yang mengetahui seperti kebiasaan jika ada setengah orang yang pernah berkomunikasi dengan penagih arak yang tegar seperti Menteri itu, seperti yang diceritakan oleh Ibrahim Ali sehingga tanpa segan silu di depan pemimpin UMNO Kelantan meletakan minuman keras di atas meja di dalam mesyuaratnya, maka kita kena pinjam perkataan dalam poster yang dibuat oleh UMNO Terengganu bagi menyokong Idris Jusuh tempoh hari..... natang apa dia ini?. Maka secara kasarnya Menteri ini boleh ditanya? Cakap botol ke, atau perkataan lembutnya “air-berkata-kata”.

Bila Menteri yang berada dalam kabinet “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang sekarang sudah dikenali dengan nama baru dalam SMS yang beredar “Abdullah Bodohwi” dalam Kerajaan Tiga Beranaknya di mana dalam doktrin Islam caranya ada had dan ada harinya membenarkan orang yang hidup bergantung dengan arak sebagai ahli fikirnya bayangkanlah apa akan terjadi masa depan bukan sahaja agamanya, tetapi bangsa dan negara ini.

Apa permasalahan melantik seorang Ketua Hakim Negara, apakah maksudnya untuk menyiasat dan melaporkan oleh Suruhanjaya yang bakal hendak ditubuhkan. Kalau sekali membaca kenyataan dalam wawancara oleh Menteri penagih arak tegar ini, nampaknya sangat dia tidak seperti digambarkan dan dilihat. Bodoh bukan kepalang.

Kenyataan itu bermaksud bahawa setiap orang boleh dilantik menjadi Ketua Hakim Negara tanpa kira ke kananya dalam bidang kehakiman, malah nanti jangan terperanjat seorang tokeh syarikat guaman dengan tiba-tiba dia boleh menjadi Ketua Hakim Negara jika melepasi garis panduan yang diberikan oleh Suruhanjaya yang melantik Ketua Hakim Negara. Dan bagaimana dengan Hakim-hakim yang sedia ada, mereka juga macam orang politik yang bercita-cita jika sudah menjadi ahli parlimen bercadang untuk jadi Perdana Menteri, bertambah pula jika sudah mendapat jawatan Menteri di mana dia berpendapat yang dia terpandai tetapi sebaliknya teramat bodoh seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga undang-undang ini.

Bagaimana “Saya Perdana Menteri” yang terkena sindrom Suruhanjaya, Menteri ini juga nak tubuh Suruhanjaya. Sebenarnya dalam tertib dan adat Melayu sudah dinyatakan dalam peribahasa yang mudah yang berbunyi Sesat Di Hujung Jalan, Balik Ke Pangkal Jalan.. Baliklah ke pangkal jalan, bagi meyakinkan rakyat akan sistem kehakiman di Malaysia bukan orangnya tetapi sistemnya. Sistem yang berlaku sekarang memperlihatkan bahawa pelantikan Hakim di peringkat bawah sudah tidak betul bagaimana pula dengan yang di atas.

Apakah yang tidak betul? Bagaimana seorang Pesuruh Penghakiman atau Hakim dilantik di kalangan orang yang mempunyai firma guamannya? Mungkin boleh untuk sementara waktu bagi mengisi kekosongan atau beban kerja tetapi tetapi berpanjangan bagaimana? Walau pun Hakim pengganti tuhan untuk mencabut nyawa manusia di muka bumi ini tetapi yang penting dia bukan nabi yang maksum dan Al-Amin.

Maka persoalan seorang yang bakal menjadi Ketua Hakim Negara tidak memerlukan satu suruhanjaya untuk menapisnya. Hanya yang diubah ialah seorang Ketua Hakim Negara ialah seorang yang telah berkhidmat secara terus menerus dalam bidang undang-undang dan kehakiman di perkhidmatan kerajaan sekurangnya 25 ke 30 tahun sepanjang hayatnya. dan tidak pernah mempunyai atau rakan kongsi dalam mana-mana firma guaman.

Dan sekatan bagi melihat kemajuan dan integritinya ialah bila dilantik sebagai seorang Hakim Mahkamah Agong, dan jika ada keperluan pun untuk satu Suruhanjaya bagi menapisnya seperti cadangan Menteri Penagih Arak tegar ini ia hanya di peringkat pelantikan di sini dan di sinilah di suatu masa nanti calon-calon yang berwibawa menjadi Ketua Hakim Negara diberi pertunjuk dengan kebolehan dan reputasinya mereka sendiri.

Sang Kelembai: Adakah berani Menteri Zaid Ibrahim buat cadangan kepada Kerajaan Tiga Beranak supaya semua hakim-hakim melalui ujian darah untuk diketahui berapa peratus alkohol dalam darahnya dan terutamanya Hakim-hakim beragama Islam sebelum mendengar pembicaraan. Jika hendak alat kelengkapan ujian darah pergi jumpa Penerbangan Malaysia(MAS) atau TUDM kerana setiap Pilot dikehendaki melalui ujian darah sebelum dibenarkan menerbangkan pesawat.

9 comments:

Anonymous said...

Salam..Sdr Zahrin..

Apabila kuasa dpegang oleh org bukan ahlinya...tunggu lah saat kehancuran..

zaid ibrahim ngan zahid hamidi ??

Pemuda PAS Pekan

Hasbullah Pit said...

Sebenarnya struktur kabinet kita tak betul, ianya dibbuat atas umpama "kurniaan taraf menteri"

Apa erti Menteri Kehakiman, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada msa yang sama banyak negara yg ada menteri kehakiman.

Sebagai contoh, Di Sweden, bilangan kementerin tidaklah sebanyak bilangan kementerian di Malaysia, tapi dia ada kementerian kehakiman.

Unknown said...

siapa yang menganggotai suruhanjaya tersebut? siapa yang melantik ahli suruhanjaya tersebut? apa panduan dan pendoman orang yang melantik ahli suruhanjaya tersebut?
kalau semua perkara dalam hal perlantikan suruhanjaya tersebut ada kaitan dengan parti umno/bn maka sia-sia saja segala usaha, yang ada hancur dan musnah, selagi tak ikut panduan dari Al-Quran dan Hadis.
sebab jika memilih jalan selain jalan yang Allah tunjuk maka sesat lagi menyesatkan. hilang arah haluan kebenaran.

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)

Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?

Sila buat lawatan sambil belajar di:

http://theindiestory.blogspot.com/

CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.

Anonymous said...

Apa motif Zaid buat proposal supaya meminta maaf kepada Tun Salleh Abas? Ini semua hanya memberi peluang kepada bukan melayu untuk menghentam melayu. TDM tu bukan Melayu ke? Zaid bukan Melayu ke? Buat apa nak buka cerita lama kalau diri sendiri pun tak diukur terlebih dahulu?

Anonymous said...

SAPA YANG AKAN CADANG SAPA YANG NAK JADI AHLI SURUHANJAYA NI ? MENTERI ALKOHOL JUGA KE ? KERANA DIA PENASIHAT UNDENG UNDENG KEPADA MAMAK MENTERI KAN ? KALAU MACAM TU, AHLI SURUHANJAYA PUN KENA TEST ALKOHOL JUGA LAH BEB, BARU BETUL

Anonymous said...

Menteri baru ni bercakap macam botol arak kosong juga...bunyi jer kuat tapi kosong...aku rasa masa dia bercakap apa2 mesti dia tengah mabuk

Zakariya said...

Salam..

Benarkah menteri tu penagih tegar arak ? Kalau gitu tak heranlah kalau dia beria-ia nak saman kerajaan Pas Kelantan jika nak laksanakan hukum HUDUD.

Namun ideanya untuk menubuhkan suruhanjaya untuk melantik ketua Hakim dan Hakim kanan patut disokong. Badan kehakiman kita terlalu teruk kerana dimulakan dari tangan kotor TDM dan diteruskan oleh Bodollah Badwi Tentulah para Hakim kanan diutamakan. Tuanpunya firma kehakiman harus dijauhkan dari jawatan nie.

Apapun tunggu dan lihat sahaja kesudahan idea ini. Samaada diterima dan dilaksanakan atau dibakulsampahkan oleh Bodolah Badwi.

Anonymous said...

Kami sebagai SILENT MAJORITY MENYOKONG PENUH LANGKAH KERAJAAN PAK LAH MENEBUS BALIK MARUAH
HAKIM2 YANG TELAH DIPECAT DEK ANGKARA MAMAK MAHADIR PD
TAHun 1988!

INI ADALAH LANGKAH BIJAK OLEH PM PAK LAH KERANA AKUR KEPADA KEHENDAK SILENT MAJORITY RAKYAT MALAYSIA.

KAMI INGIN TEGASKAN DI SINI UMNO
BUKAN BERKUASA SEKARANG!
YG BERKUASA ADALAH RAKYAT!
RAKYAT TELAH MEMUTUSKAN
ABDULLAH BADAWI MENJADI
PM MALAYSIA DAN JUGA
MEMUTUSKAN PAKATAN RAKYAT
MEMBENTUK 5 KERAJAAN NEGERI
BUKAN BN!

OLEH ITU KAMI MINTA AHLI2 UMNO
STOP BUAT KECOH REBUT JAWATAN !
PRU DAH TAMAT & NASI DAH JADI BUBUR!

RAKYAT PERLU AGENDA PEMBANGUNAN
DI UTARA,TIMUR, SELATAN &
SABAH/SARAWAK!

HIDUP RAKYAT!

Megat Ali
Harun Ahmad
Ibrahim Samad

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia