Friday, April 04, 2008

Nak Letak Atau Nak Kena Tolak?

Malaysia khasnya UMNO sekarang menghadapi krisis keyakinan kepimpinan. Segalanya bermula dengan keputusan PRU yang ke 12. UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk sepanjang 34 tahun kini berada dalam satu gabungan Parti yang dibesarkan pada asalnya bernama Perikatan.

Perikatan yang berlambangkan kapal layar sudah lama karam di PRU tahun 1969, setelah dia tidak lagi berfungsi seperti Bahtera Nabi Noh dalam kisah Al-Quran yang menyelamatkan umat manusia, bila tuhan turunkan malapetaka banjir besar. Maka diganti dengan lambang dacing atau penyukat, sama seperti yang digunakan oleh kedai-kedai runcit era pra dan pasca kemerdekaan.

Tetapi keadaan tahun sudah berlalu, zaman pun ikut berubah, timbangan dacing sudah tidak digunakan sebaliknya timbangan digital sahaja yang dibenarkan dengan ukuran metrik, malah kati dan tahil dilarang penggunaannya dan ini termasuk dacing diharamkan digunakan.

Begitu juga dacing sebagai lambang Barisan Nasional, berat timbangnya dengan ukuran tahil dan kati sebagai nostalgia, nampaknya tidak menguntungkan pengguna. Sebaliknya banyak berpihak kepada yang memiliki dacing penimbang ini.

Maka di sini segalanya bermula, bila mana jika di Indonesia pernah dikisahkan bagaimana Benny Moerdani menasihatkan Soeharto supaya menjaga kepentingan politik dengan mengawal perniagaan anaknya, langsung Soeharto berhenti bermain dan masuk tidur dan meninggalkan Benny Moerdani seorang diri dalam bilik biliard di Istana Presiden.

Kenyataan Benny Moerdani yang juga Menteri Pertahanan dan juga sebagai Ketua Perisikan Indonesia akhirnya menjadi kenyataan sepuluh tahun kemudian bila Soeharto menjadi serangan dan dipersalahkan membiarkan malah memelopori budaya korupsi. Sehingga memaksa dia berhenti dari jawatannya.

Kalau di Indonesia, Bambang Trihajmodjo atau Tommy di persetujui terima pakai sebagai “Maskot” krisis kewangan, begitu juga di Malaysia bahawa yang sesuai dijadikan maskot bukan satu seperti di Indonesia sebalik Malaysia punya dua maskot dalam krisis keyakinan sekarang ia itu anaknya “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang tiga kali menyebut “Saya ada di sini” bernama Kamaludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dalam Kerajaan Tiga Beranaknya.

Dua maskot ini penyebab utama kekalahan UMNO/Barisan di PRU yang baru lalu. Sekarang ini dalam keadaan politik haru biru kedua mereka masih lagi berusaha mencari keuntungan perniagaan dan yang terbaharu pembelian kapal terbang untuk MAS yang sudah pasti akan persamaan dengan pembelian Air Bas dahulu di mana pembekalnya lebih banyak berunding dengan Kamalludin Abdullah di London dari Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Mas. Dan sekarang berapa lagi juta komisen yang akan diterima atas pembelian yang berharga 4 billion USD oleh keluarga Abdullah Hj Ahmad dan pergilah periksa siapa pengarah dalam syarikat Penerbangan Malaysia Berhad dan hubungan dengan Kamalludin Hj Ahmad.

Khabarnya tidak juga kurang dengan pembelian kapal selam. Dan juga jangan lupa bahawa Kamalludin Abdullah mempunyai kepentingan yang besar dalam Air Asia tetapi monyet-monyet macam Pahamin itu boleh menjadi “puppet” maka dia tidak akan bercerita benar. Itu sebab sehingga sekarang ganti rugi laluan MAS kepada AIR ASIA masih tidak berbayar lagi. Agaknya orang yang bijaksana dalam hal ialah bekas Menteri Pengangkutan - Chong Koy Choy. Itu sebab dia tidak didakwa dalam kes Port Klang Free Trade Zone kerana “sendiri mahu tahulah”

Abdullah Hj Ahmad tidak mahu meletakan jawatan bukan hendak membetulkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi demi kepentingan perniagaan anak dan menantunya. Banyak penyakit yang “package” akan diketahui jika dia berhenti sekarang, maka terpaksalah menjadi Perdana Menteri dengan mengikut telunjuk anaknya. Khabarnya anak dan menantunyalah yang menahan dia meletakan jawatan berbeza dengan Tun Hussein Onn yang terpaksa meletakan kerana desakan anak dan menantu kerana memikirkan kesihatan Tun Hussein Onn.

Ada orang membela Abdullah Hj Ahmad dengan mengatakan kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed tidak diminta meletakan jawatan pada PRU 1999 yang menunjukkan kekalahan bertambah satu negeri selepas Kelantan? Kalau baca kenyataan dua tiga orang dalam akbar Berita Harian terserlah “bangangnya”dalam loghat Negeri Sembilan yang bermaksud baik sikit pada tolol dan bawah sedikit pada bodoh.

Isu PRU 1999 ialah menghadapi dua krisis besar, pemecatan Anwar Ibrahim dan kemudian di lebam matanya oleh Polis dan kegawatan ekonomi. Tidak seperti PRU 2008, tidak ada mata siapa yang lebam dan ekonomi keseluruhan dalam tahap yang baik tetapi kenapa kalah?

Sebabnya kebencian yang amat sangat kepada Abdullah Hj Ahmad, bukan sahaja orang Melayu, Cina dan India kecuali dayak - dayak di Serawak dan Bajau dan Kadazan di Sabah yang terkenal dengan nilai RM50 nya tetapi ialah orang UMNO sendiri yang tidak mengundi calon-calon UMNO.

Kenapa mereka-mereka tidak mengambil contohnya tuntutan UMNO kepada Tunku Abd Rahman supaya meletakan jawatan sebelum PRU 1969 dengan dimulakan oleh Tun Dr Ismail Abd. Rahman sendiri yang meletakan jawatan dalam kabinet di tahun 1967? Kenapa tidak diceritakan tuntutan Pemuda UMNO Malaysia supaya Tun Razak Hussein meletakan jawatan jika masih mempertahankan “Tiga Abdul” yang dikira penyusupan Komunis dalam UMNO atau ketidaksenangan orang-orang UMNO dengan Tun Hussein Onn dalam banyak perkara sehingga dia sendiri meletakan jawatan.

Ini memberi pengertian bahawa tuntutan seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk meletakan jawatan bukan hanya sekali ini dan ditujukan kepada Abdullah Hj Ahmad. Malah jika dikira pada pemilihan jawatan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT- sebutan masa itu) di tahun 1987 bukan itu satu cara desakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan atau disingkirkan. Dan antara yang terlibat untuk mendesak meletakan jawatan itu Abdullah Hj Ahmad sendiri dan beberapa orang yang bercakap soal ini di dada akbar adalah hulubalang Tun Dr Mahathir Mohamed.

Maka jelasnya bahawa yang mempertahankan Abdullah Hj Ahmad supaya meletakan jawatan ini adalah mereka yang menjaga kepentingan diri dari menjaga kepentingan UMNO dan Khasnya Melayu, maka elok dinasihatkan mereka-mereka ini bertafakur dahulu sebelum bercakap. Yang malu bukan yang bercakap tetapi yang membaca dan mendengar kerana punya orang yang selalu lupa.

Sang Kelembai: Dikisahkan oleh setengah orang yang berjumpa Abdullah Hj Ahmad khasnya dari Perlis bahawa dalam percakapan dan meminta pertunjuk selepas kekalahan UMNO/Barisan Nasional maka berkata Abdullah Hj Ahmad bahawa, kalau susah-sangat sangat dia letak jawatanlah dan biarlah diganti oleh Najib dan jika Najib tak boleh bagilah kepada Anwar Ibrahim. Oleh itu ahli Majlis Tertinggi UMNO elok lah bertanya apa pakatan Pak Lah dan Anwar Ibrahim.

5 comments:

Unknown said...

1. Saya dah lama mengesyaki bahawa DSAI ni pemimpin pembangkang yang TAK BISA DIPERCAYAI. Beliau masih menaruh harapan untuk balik ke pangkuan Umno.

2. Saya rasa Pak Lah tak akan menolak jika DSAI minta masuk balik....sebab Pak Lah seorang pemaaf yang lembut hatinya, dan mungkin Pak Lah tak percaya yang DSAI ada buat apa-apa 'kerja' di luar tabii dan/atau mengorat bini orang lain....

3. Cuma hakikatnya, majoriti orang Umno menentang kepulangan DSAI ke pangkuan Umno.

4. Nampak sangat senario sekarang bahawa pintu Umno dah kunci rapat buat DSAI. Mustahil beliau dapat masuk balik.

5. Pak Lah -dgn masalah "Kerajaan Tiga Beranak" - sekarang pun sudah suku nyawa (1/4); kalu beliau nak buka pintu bagi DSAI masuk balik, saya khuatir nyawa Pak Lah akan tinggal 1/8 ! Nanti, dua-dua Pak Lah dan Bung Anwar kena sembelih....

6. Kalu ikut kedegilan Pak Lah, beliau takkan berundur secara sukarela. Beliau tentu mahu para perwakilan Umno membuat pilihan. Paling awal pun kena tunggu sampai lebih 60 bahagian calonkan Ku Li...dan paling lewat bulan Disember ini selepas harijadinya dan sebelum harijadi Tun Dr Mahathir.

7. Siapa yang bakal menjadi Presiden Umno dan PM ke-6? Itu perebutan di antara Ku Li, Najib dan Muhyiddin.

DSAI? Jangan2 nak masuk ke DEWAN RAKYAT pun ngak bisa. Jadi senator mungkin bisa diatur (lewat kuote negeri Selangor).

Salam hormat.

Anonymous said...

Jangan jadi bodoh kerana benci pada pemimpin Melayu tertentu sanggup nak sokong cina.

Sekuarang kurangnya mereka masih lagi Melayu

Aku penduduk Pulau Pinang memang benci pada cina dari dulu lagi.

kalau hang nak tau kami penduduk Pulau Pinang berada dalam ketakutan sekarang. kalau nak tahu sebab apa baru baru ni ada rombongan dari Singapura datang menjenguk kawasan kami. Khabarnya mereka tu askar elit komando dari Singapura. Apa tujuan mereka kalau tidak disuruh oleh Kafir Harbi DAP


Memang BN tu ada kesilapan tapi kami tak sanggup lagi sokong Cina.


Mungkin kau benci melihat komen aku tapi sanggupkah kau bila BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.

Mereka memamng anti Melyu dah lama dah kalau tidak mereka tidak tolak mentah mentah usaha MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN.

Mereka juga menentang sekolah agama dan kalau nak tahu waktu Al Arqam ada lagi pada tahun 1990 mereka pernah ugut nak jahanamkan ekonomi jika tak haramkan Al Arqm.

Mereka memang benci pada orang Islam kalau tidak mereka tak kata nak suruh LANGKAH MAYAT MEREKA KALAU NAK DIRIKAN NEGARA ISLAM

Kalau kau nak tahu lagi DAP juaga telah membakar poster Nik Abdul Aziz dan Haji Hadi Awang semasa pakatan Aternatif dulu tidak dapat diteruskan.

Kami penduduk Pulau Pinang akan cuba kalih semula supaya nasib kami tidak jadi seperti seperti umat Isla di Palestin yang dimana telah dinafikan hak mereka

Anonymous said...

...kalau dah mengaku bertanggung jawab diatas kekalahan BN, letak jawatan...kembali pada dasar pandang ketimur yang diperkenalkan oleh Tun...kalau negara depa kalah mcm ni...dah lama PM depa letak jawatan

Anonymous said...

Sebabnya kebencian yang amat sangat kepada Abdullah Hj Ahmad, bukan sahaja orang Melayu, Cina dan India kecuali dayak - dayak di Serawak dan Bajau dan Kadazan di Sabah yang terkenal dengan nilai RM50 nya tetapi ialah orang UMNO sendiri yang tidak mengundi calon-calon UMNO. <<<

saya melayu, asal dari sarawak, even though anda pointing out dayak-dayak di swk, saya yang terhiris hati....

jika anda rasakan anda jaguh dalam menganalisis politik, di semenanjung msia, mungkin, namun utk di sarawak, u know nothing..

anda tidak tahu apa sentimen org2 di swk,org2 kat swk, tak kira dari kaum apa, kami lebih rela melihat taib mahmud mmbentuk govt, rather than melihat org semenanjung berkuasa di sini....

in term of integration, our people here, jauh lebih mengenal erti apa itu integrasi kaum daripada anda di semenanjung yg mengamalkan hidup berpuak2 dan racist...

even saya dan rakan2 melayu yg lain adakan barbeque khas utk kwn kami yg beragama kristian ketik krismas

malahan kwn kristian itu tadi, bersongkok, berkain samping dan berbaju melayu waktu raya...dan mereka yg beragama kristian ini pulalah yg tolong kejutkan rakan2 muslim yg lain utk solat....

anda di sana? *sigh*

Anonymous said...

'Aku Perdana Menteri' sanggup kena tolak dari kena letak kerana dia 'pantang dicabar'.Tapi apa-apa pun dia kena tanya 'Budak Tingkat 4' sama ada perlu kekal ke tak.Maklumlah dia lagi percaya budak muda tu dari pendapat orang ramai.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia